Aku sedikit ternganga. Gelabah tak tentu pasal. Aku ketap gigi. Saat ini, nak aje aku berlari perlahan-lahan ke belakang Ila. Nak menyorok. Malunya!
Dah lah semalam aku buat hal dengan dia. Lepastu, jumpa lagi dengan dia tanpa diduga. Ya Allah, apa lah nasib aku ni. Malunya! Muka aku dah berbahang teruk dah ni.
"Err...Saya minta maaf lah, encik. Kami berdua tak sengaja." Apabila sudah lama berdiam, Ila bersuara bagi pihak aku. Bagaikan dia sudah tahu perasaan aku saat ini.
"Next time, teach your friends to be civil with others!" Dia memberi amaran pada Ila. Jelingan tajam diberikan kepadaku sebelum senyum sinis padaku dan meninggalkan aku yang masih berfikiran melayang entah ke mana.
Tapi, aku kenal dia. Aku tak salah. Memang dia lah doktor yang suka sakitkan hati aku! Tadi pun dia boleh cakap macam tu kat Ila. Eeee! Geram pulak aku lah! Nak aje aku tonyoh-tonyoh mulut dia dengan cili padi!
Astaghfirullahalazim! Istighfar banyak-banyak Rina! Mamat tu harap je muka handsome, tapi mulut tu kalau dah buka memang suka hati dia aje bercakap membuatkan hati aku sakit! Huh!
Ila melihat aku berwajah merah menahan marah lantas dia menarik lengan aku untuk pergi. Seakan-akan sudah tahu aku sedang marah. Nak aje aku cakap kat bodyguard dia tadi tu, hei tolong ajar sikit bos awak ni agar mulut tu selalu tutup! Kalau bercakap memang suka sakitkan hati orang ke hah?! Nanti tak pasal-pasal aku tonyoh cili kat mulut dia!
Nasib baik lah ayat tu tak lepas daripada mulut aku. Sabar Rina. Sabar. Aku tarik nafas panjang-panjang. Mengikut langkah Ila.
********
"Wei, kau selamba je kan marah lelaki tadi. Kau tak takut ke mana lah tahu dia tu mafia ke? Ketua mafia ke? Aku tengok dia renung tajam kat kau tadi pun aku dah kecut perut." Bicara Ila sambil tangan laju mencuci pinggan. Aku ditugaskan mencuci pinggan bersama Ila. Hah, dapat lah membawang sekejap.
Aku berkerut dahi. Mafia? Yup, nampak gaya dia macam mafia, tapi sikit pun aku tak takut lah. Aku jeling sekilas pada Ila yang berwajah sedikit takut lalu aku ketawa kecil. Entah lah, lawak dengan kata-kata Ila itu.
Tapi saat aku melihat wajahnya entah mengapa jantung tiba-tiba boleh berdebar dengan hebat. Aku bukannya nak gaduh dengan dia pun. Lagi-lagi panahan mata tajamnya itu buatkan aku tidak tentu arah.
Di fikiranku masih terbayang-bayang wajahnya. Handsome? Memang lah handsome. Matanya dapat kulihat berwarna hazel. Cantik. Bulut matanya lentik. Bibirnya merah. Kalau orang melihat mahu tergoda dengan wajah ketampanannya itu.
Dengan senyumannya itu membuatkan yang lihatnya boleh cair. Tapi, tak pernah lagi aku tengok dia senyum ikhlas. Hm, biasa lah kalau orang yang suka sakitkan hati orang ni, nak senyum ikhlas tu kedekut!
"Hoi!" Sergah Ila tiba-tiba.
Ternaik bahu aku. Terkejut dengan suara Ila yang mengejutkan aku daripada dunia nyata. Aku jeling tajam ke arahnya sambil tangan mencuci pinggan-pinggan yang tinggal lagi beberapa.
"Isy, kau ni! Terkejut lah aku!" Marahku. Ila ketawa kecil.
"Kau ni dah kenapa? Berangan?" Ketawa Ila lagi.
"Mana ada!" Aku buat muka. Geram dengan dia ni.
"Aku tanya kau ni, kau kenal ke lelaki tu? Sebab aku tengok dia tadi macam kenal kau je." Soal Ila. Aku sedikit tergamam.
Hm, nak tak nak aku terpaksa lah ceritakan semuanya pada Ila. Kalau tak, pasti dia akan tertanya-tanya. Kalau aku tak cakap, pasti dia paksa. Tak kurang itu juga, dia akan mengeluarkan ayat....
"Kau ni dengan aku pun nak berahsia. Macam ni ke best friend?"
*******
Terbeliak biji matanya apabila aku ceritakan semuanya tentang kejadian semalam pada Ila. Ila seperti tidak percaya.
Wajahku tenang. Malas nak ikut serta wajah Ila itu yang sudah terkejut beruk. "Huish, tak sangka ya kau dapat terserempak dengan dia semula. Nampak sangat kau dengan dia ada jodoh."
Ila senyum miang. Mula lah nak mengedik dia tu. Aku jeling menyampah. Tak ada maknanya! Aku pun tak seberapa kenal dia tiba-tiba dah nak cakap yang aku ada jodoh dengan dia. Gila lah minah ni!
"Euw! Memang tak lah. Gila lah kau ni!" Dengan perasaan yang geram terhadap kawan baikku yang sengal ni, secara automatik tangan naik ke bahunya. Dia menggosok-gosok bahunya yang terasa sakit selepas kena pukulan padu daripada aku. Sempat lagi dia ketawa.
"Tapi, kan...Apa kurangnya dia? Dah lah handsome, muka dia macam kacukan Italy pun ada. Tapi kan, tadi aku tengok mata dia cara pandang kau pun macam dia suka kau lah." Bicara Ila lagi sengaja sakitkan hati aku. Haih, minah ni nak kena lagi ni!
"Isy! Kau ni kalau aku layan kau lagi meleret-leret merepek kau tu. Dah lah, aku nak sambung kerja. Stress aku melayan kau ni." Aku jeling dia sebelum berjalan mencapai penyapu dan penyodok untuk mengemas pula di depan. Ila masih ketawa sambil tangan masih menjalankan tugas nya.
Kaki baru aje mahu melangkah pergi, aku berhenti seketika dan berpaling memandang Ila. Aku mendapatkannya semula. Aku baru teringat sesuatu. Haih, macam mana lah aku boleh lupa ya?
"Ila.." Panggilku. Ila berpaling lalu mengangkat kedua-dua keningnya.
"Ha?"
"Malam ni Acap ajak aku keluar. Katanya nak bawa aku makan malam bersama-sama. Aku tak nak lah aku sorang je perempuan. Sebab dia ajak member lelaki dia sekali. So, kau ikut aku sekali boleh? Temankan aku." Aku buat muka comel sambil senyum comel berharap minah depan aku ni setuju. Susah nak ajak dia ni, tapi kali ini harap sangat dia setuju.
Takkan nak tolak pelawaan Acap. Kasihan pula dia. Dah banyak kali dia ajak aku, tapi aku je banyak bagi alasan. Aku pula rasa serba salah sebab dah buat dia kecewa. Dia cuma ajak aku keluar aje, bukannya ajak kahwin. Haih, apa lah kau ni Rina!
Jadi, kali ini aku setuju dan ini juga merupakan kali pertama kami keluar bersama-sama.
Melihat wajah Ila bagaikan nak tak nak aje. Aku mengeluh kecil. Pasti dia tidak setuju. Hm, redha aje lah Rina.
"Kalau tak nak tak apa lah. Tahu-tahu lah aku bagi alasan apa dengan Acap. Lagipun, aku malas lah nak keluar dengan dia. Lebih baik aku duduk rumah jaga nenek aku." Bicaraku lalu melangkah keluar. Lenganku ditarik oleh Ila sewaktu aku mahu melangkah pergi.
"Eh, nanti lah dulu. Okey, aku teman kau. Pukul berapa dia orang nak pergi ni?"
"Entah lah. Nanti aku tanya Acap."
Hati sejujurnya memang rasa berbelah bagi. Hati kata tak nak tapi ada rasa terselit sedikit nak pergi untuk menjaga hati Acap. Kita kena buat baik dengan orang maka orang itu juga akan membalas kebaikan itu kepada kita.
Kasihan pula dengan Acap. Dah lama dia nak keluar dengan aku. Hm, apa-apa pun setuju je lah walaupun hati berat nak setuju.
*******
"Oi, Rina!"
Suara itu membuatkan aku rasa malas nak menoleh ke belakang memandang tuan punya suara itu. Huh, menyampah betul!
"Rina! Kau pekak ke aku panggil kau ni?! Hoi!" Dah macam orang gila panggil-panggil aku. Aku buat-buat tak dengar je. Malas nak pandang.
Aku teruskan berjalan. Sikit lagi dah nak sampai ke rumah. Badan memang letih tak terkata.
Tak lama itu aku rasa kepalaku bagaikan ada seseorang membaling sesuatu benda di kepalaku. Hati makin mendidih. Geram!
Melihat mak su sedaya upaya membaling batu-batu kecil kepadaku. Kalau dia bukan makcik saudaraku memang aku dah tarik rambut si orang tua tu biar sampai botak!
"Auch! Sakit lah! Mak Su ni nak apa?!" Marahku memandang tajam ke arahnya. Dia ketawa sinis sambil bercekak pinggang.
"Hoi kau pekak ke aku panggil kau tadi? Ke buat-buat tak dengar?!" Dia bersuara pun dah buat telinga aku panas dan hati aku sakit. Entah apa lagi dia sindir aku, lagi berapi-rapi hati aku ni. Sakit hati!
Aku jeling ke atas. "Ada mulut tapi suka sindir orang. Memang malas lah orang nak layan dia." Entah bagaimana kata-kata itu tiba-tiba boleh keluar dari mulutku. Aku tergamam sendiri. Mak su yang mendengar kata-kata aku itu lantas mendapatkan aku.
Sanggul rambutku yang melitupi tudung itu ditarik kasar. Aku sudah mengadu sakit. Makin aku jerit menahan sakit makin kuat dia menariknya.
"Hei, kau jangan nak kurang ajar ya dengan aku! Kalau nenek kau tu dah mampos harta kau semua tu bukan jatuh pada kau ya! Jatuh pada aku! Ingat tu! Jadi jangan sesekali kau nak kurang ajar dengan aku!" Bentaknya. Air mataku mengalir sambil menahan kesakitan itu. Ya Allah, apa lah dugaan aku ni? Kenapa lah dengan mak su aku ni?
"Lepas lah mak su. Sakit lah..."
Kata-kataku itu tidak dia ambil peduli. Lagi kuat dia genggam. Mahu rasa tercabut rambut aku ni. "Mak kau tu dah banyak sangat hutang dengan aku. Jadi, kau kena bayar hutang tu dengan menggunakan harta nenek kau tu. Aku tak nak harta mak kau. Mak kau tu tak ada apa-apa harta. Jadi, kau kena bayar semua tu dengan harta nenek kau!" Jeritnya. Aku memandang tajam ke arahnya.
"Apa kena mengena dengan Rina? Mak Su nak apa sebenarnya ni?! Kalau mak su nak harta nenek, Rina haramkan mak su sentuh harta nenek!" Entah mana datangnya keberanian itu aku bersuara.
"Wah, dah pandai menjawab!" Lagi kuat dia menarik. Aku pula sudah meronta-ronta sakit. Tulah kau Rina, pandai sangat menjawab.
"Lailah haillah...Kamu ni dah kenapa Su? Bawa lah istighfar." Suara itu membuatkan genggaman mak su di sanggul rambutku semakin renggang. Lantas aku melarikan diri lalu mendapatkan Cik Yah. Aku bersyukur sangat Cik Yah nampak semua ni. Kalau tak, habis lah rambut aku.
Air mata yang mengalir laju di pipiku, aku menyekanya. "Hei, Yah! Kau tak payah nak sibuk lah tentang hal aku! Kau tu orang luar tak payah nak masuk campur!" Jerit mak su bagaikan orang gila.
"Dah Rina, pergi masuk ke dalam. Kamu pergi rehat. Tak payah layan si mak su kamu ni. Dah tak betul rasanya," bicara Cik Yah padaku sambil menjeling tajam ke arah mak su yang sedang tersenyum-senyum jahat.
Aku angguk lalu berlari balik ke rumah kerana jarak aku dengan rumah tadi tak jauh mana. Dah nak sampai, tapi tu lah ada sekor beruk yang sesat kacau aku pulak tadi. Huh, menyampah!
*******
Laju aku mendapatkan nenek. Tubuh nenek aku peluk erat sambil teresak-esak menangis. Saat ini, fikiranku tak tentu. Teringatkan arwah mak dan ayah, langsung begitu sahaja aku terus teringatkan nenek. Nenek ini bagaikan separuh nyawaku. Tak mahu dia hilang.
Lembut nenek mengusap belakangku agar aku bertenang. "Sabar ya Rina. Mungkin ini ujian daripada Allah."
Tersentak aku. Jadi, tadi nenek pun nampak lah apa yang mak su buat padaku? Aku memandang wajah nenek. Nampak tidak bermaya dan lesu. Mukanya juga makin cengkung.
Makin berlinang air mataku melihat wajah ini. "Kenapa semua orang benci Rina, nek? Kenapa mak su benci sangat dekat Rina, nek? Apa salah Rina, nek?"
Air mataku diseka lembut oleh nenek. "Tak. Rina tak salah sayang. Semua sayangkan Rina." Nenek kembali menarik aku ke dalam pelukannya. Kali ini, kami bersama-sama menangis sampaikan tak sedar yang Cik Yah juga turut ada di situ.
Aku berpaling lalu mendapatkan Cik Yah. Dia juga turut mengalir air mata. Mungkin dia juga sedih melihat dugaan yang aku hadapi saat ini. Belum lagi dugaan yang lain pada bila-bila masa sahaja boleh datang.
Sebelum aku bersuara, aku menyeka dahulu air mataku lalu aku mengukir senyuman dibibir menandakan yang aku kuat! Aku boleh lalui semua dugaan ini! Kau kuat Rina!
"Acik Yah, terima kasih ya sudi tolong Rina. Tanpa Cik Yah, tak tahu lah apa jadi dekat Rina. Terima kasih juga sebab dah temankan nenek. Nanti kalau Rina ada rezeki lebih, Rina bagi Cik Yah sikit duit ya." Bicaraku lalu kedua-dua tanganku digenggam kemas oleh cik Yah.
"Tak ada apa yang perlu berterima kasih Rina. Acik Yah okey aje. Lagipun, kan cik Yah dah kata cik Yah tolong Rina ikhlas. Tak payah lah bagi-bagi duit semua tu. Cik Yah okey je." Dia senyum lebar. Aku juga turut tersenyum.
Dalam hati berkali-kali aku bersyukur kerana ada orang baik seperti Cik Yah ini. Kalau tiada cik Yah yang tolong, mungkin hidup aku akan lebih teruk.
Aku sangat-sangat terhutang budi dengan acik Yah. Dia sangat baik. Tak tahu nak bagi apa dekat dia kerana dia selalu menolak. Hati saat ini tak terkata. Perasaanku sangat gembira dan terharu dengan acik Yah.
Aku memeluk tubuhnya. "Terima kasih Acik."
********
"Nek..." Panggilku sambil menyuap nenek makan nasi bubur. Nenek memandangku.
"Ada sorang kawan Rina, dia nak ajak Rina keluar makan malam dengan dia. Dia lelaki. Tapi, nenek jangan risau. Bukan kitaorang berdua aje. Dia ada ajak kawan dia sekali dan Rina ajak Ila untuk temankan. Boleh tak Rina nak keluar malam ni?" Sebelum nak buat apa-apa aku akan minta izin dahulu dengan nenek. Jika nenek tidak izinkan walaupun hati nak buat tapi dihalang oleh nenek. Jadi, terpaksa lah aku ikut kata-kata nenek walaupun hati nak buat.
Lama nenek merenungku. Aku dah agak dah, pasti nenek tak izinkan. Jadi redha aje lah. Terpaksa cipta alasan lain untuk diberikan kepada Acap a.k.a Asyraf.
Nenek senyum sebaris. "Hati kamu tu nak pergi tak?" Soal nenek. Lama memandangku.
Aku pula senyum sebaris sambil mengangkat bahu. Entah lah. Berbelah bagi.
"Kalau kamu nak pergi, pergi lah. Janji ada kawan. Kalau berdua-dua tu tak elok. Tak manis pulak kalau orang lain tengok." Ujar nenek terselit sekali dengan pesanan untuk ku.
"Tapi, tadi kamu kata ada kawan temankan. Jadi, pergi lah. Nenek izinkan. Jangan balik lewat sangat." Pesan nenek lagi. Aku senyum.
"Okey nek. Tapi...."
Huh, kalau ikutkan hati memang berat sangat. Tapi aku tolak ke tepi semua itu.
"Tapi apa?" Soal nenek seakan-akan sudah tahu perasaan ku saat ini.
"Er...tak ada apa-apa." Aku senyum lagi. Mangkuk nasi bubur nenek dah habis. Lantas aku mengangkat punggung dan berlalu ke dapur. Kalau nenek dah bagi lampu hijau tu, hati rasa lega lah sikit tapi masih rasa berbelah bagi untuk pergi.
******
Apabila Acik Yah dah tahu yang aku mahu keluar malam ini, langsung aje dia temankan nenek. Aku tak mahu menyusahkannya, tapi dia tetap mahu menemani nenek.
"Terima kasih ya Acik. Rina janji Rina akan balik secepat mungkin." Janjiku pada Cik Yah. Dia ketawa kecil.
"Pergi je lah enjoy dengan kawan-kawan tu. Cik Yah tengok kamu ni asyik berkurung dalam rumah. Kesian pulak cik Yah tengok. Asyik kakak kamu aje pergi berlepak dengan kawan-kawan dia, kamu langsung tiada peluang nak berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan kamu tu." Ujar Cik Yah sambil ketawa kecil.
Kalau cakap pasal kakak, mahu aje aku tutup kedua-dua telingaku. Malas mahu mendengarnya. Menyampah.
"Okey, Cik Yah. Terima kasih." Ucapku sebelum pergi meninggalkan kawasan rumah itu.
Apabila aku cakap yang aku setuju, Acap bukan main mesra pada saat itu. Haih, seronok betul ya.
*********
Kata Ila dia menunggu aku di tempat perhentian bas. Jadi, terpaksa lah aku berjalan ke tempat perhentian bas. Kiri kanan sawah padi. Gelap? Dah tentu lah gelap. Jam sudah tepat pukul 9 malam.
Sewaktu aku berjalan pun aku sudah berasa berdebar-debar. Jantung berkencang dengan begitu hebat.
Beg yang aku galas dibahu kini aku peluk erat-erat sambil mata memandang kiri kanan. Di dalam hati aku memohon pelindungan daripada Allah agar Allah melindungiku setiap jejak langkahku.
Tak lama selepas itu, aku terasa lenganku bagaikan ada orang menarik kasar. Serta-merta aku menjerit nyaring tetapi tidak sempat mengeluarkan suara jeritanku, orang yang menggenggam kasar lenganku lantas menutup mulutku.
Aku meronta-ronta lagi untuk melepaskan diri tetapi kudrat seorang wanita aku tidak lah sekuat orang yang cuba mahu menarik aku itu.
"Eee! Lepas lah! Kau siapa hah?!" Jeritku mencuba melarikan diri tetapi tidak berjaya.
Kini aku dibawa orang itu disebuah tempat. Tetapi, tempat itu di dalam semak. Hati aku mula tak sedap. Aku meronta-ronta lagi mahu dilepaskan tetapi dia tetap kuat mengheret aku masuk ke dalam semak itu.
"Lepaskan lah!" Aku jerit lagi tetapi aku rasa perkara itu tidak dapat membantu. Ya Allah, lindungilah hamba.
Air mata mula mengalir. Ya Allah, dugaan apakah lagi ini? Hamba meminta pertolongan daripada mu Ya Allah. Lindungilah hamba, Ya Allah. Berkali-kali aku berdoa dalam hati.
Kini aku merasa tubuhku ditolak ke dalam semak. Sekarang aku sudah terbaring. Kepala berasa berdenyut-denyut apabila kepala terhantuk dengan sesuatu benda aku pun tidak tahu.
Kepala yang terasa sakit itu aku pegang. Mata dipejam. Sakit!
Tiba-tiba aku dengar ada seseorang ketawa jahat. Wajah itu langsung aku tidak dapat lihat kerana suasana yang sungguh gelap. Hitam pekat. Sikit pun aku tak dapat lihat wajahnya.
Tetapi, aku yakin dia lelaki. Hati aku makin tidak sedap. Apa yang dia nak buat dekat aku ni? Aku mula teresak-esak menangis. Mahu lari tetapi dia terlebih dahulu menindih tubuhku. Langsung aku menjerit meminta tolong tetapi dia menekup mulutku.
"Jangan lah menangis sayang, I love you so much sayang." Bisikan itu kedengaran lembut betul-betul di telingaku. Makin laju air mataku mengalir.
Aku cuba meronta-ronta lagi, tetapi dia dengan kasar mengoyak bajuku. Tudungku juga dibuka. Aku menjerit lagi tetapi mulutku tetap ditutup.
Tidak mampu buat apa-apa, aku hanya redha. Hanya mempu menangis. Kudrat wanita yang aku ada tidak mampu untuk melawan dia. Dia kuat.
Terasa tangannya meraba-raba seluruh tubuhku. Terasa perutku dipegang olehnya. Kini aku merasa pula leherku dikucup berkali-kali olehnya. Makin kuat aku menangis berharap orang mendengar. Sesudahnya langsung tidak ada kerana mulutku ditutup rapat olehnya dengan tangannya.
"KAU MILIK AKU! TIADA SESIAPA BOLEH MEMILIKI KAU SELAIN AKU! KAU TETAP MILIK AKU SELAMA-LAMANYA!" Bisiknya lagi ditelinga aku. Aku tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Terasa tubuhku sejuk, pasti pakaianku sudah dibuka. Ya Allah hilang sudah maruahku. Aku perempuan yang paling jijik. Aku berasa jijik dengan diriku sendiri.
Ya Allah, tolong aku...
Mak...Tolong Rina...
Ayah...Tolong Rina....
********
Aku memejam mata rapat-rapat. Masih berdoa di dalam hati, tetapi aku bersyukur kerana doaku di makbulkan. Tubuh lelaki itu yang menindih tubuhku tadi ditolak ke tepi oleh seseorang.
Aku tidak tahu apa-apa. Tubuhku lemah. Aku cuba menutup tubuhku. Kedua-dua tangan disilang ke dada. Malunya Ya Allah!
Aku menangis semahu-mahunya. Tetapi telingaku dapat menangkap ada seseorang bergaduh. Mungkin sedang bertumbuk.
"SIAL!"
Aku tidak tahu suara siapa. Lebat air mataku masih mengalir. Seluruh tubuhku lemah. Tidak berdaya lagi. Tiba-tiba, aku rasa kepalaku diangkat lalu kepalaku diletakkan di atas pehanya. Tetapi seseorang itu langsung tidak aku kenal.
"Ya Allah, kenapa ni? Awak tak apa-apa ke?" Soalnya. Aku tahu dia lelaki tetapi tidak kenal dia siapa.
"To...Tolong saya..." Hanya itu yang mampu aku bersuara. Badan mula menggeletar. Takut. Nasib baik aku ada pakai baju singlet di dalam. Jadi, tidak lah lelaki itu nampak keseluruhan tubuhku.
Dia cuba menenangkanku yang masih menangis. Perlahan-lahan dia memeluk tubuhku. Belakangku diusap lembut agar aku bertenang.
Mak...Rina dah tak suci. Maruah Rina dah hilang. Diri Rina dah tak suci mak. Rina jijik dengan diri sendiri mak. Mak...tolong Rina mak....ayah...tolong Rina....
*********
"Kita kena buat report polis. Walau bagaimana sekali pun, kita tetap kena report kes ni." Kedengaran suara Cik Yah yang begitu risau tentang keadaanku. Balik aje rumah aku terus berkurung di dalam bilik.
Di fikiranku cuma satu. Nenek. Pasti nenek kecewa dengan cucu dia. Aku menangis lagi di dalam bilik itu. Tidak dapat terima apa yang dah terjadi pada diri aku sekarang ni. Aku dah tak suci!
"Rina, sabar ya, nak." Dengar aje suara nenek yang baru aje masuk ke dalam bilikku, lantas aku memeluk erat tubuh orang tua itu. Semahu-mahunya aku menangis.
Kepalaku diusap lembut oleh nenek. Nenek juga turut menangis. Sedih melihat aku begini.
"Rina minta maaf nek. Rina dah gagal jaga diri Rina sendiri. Maafkan Rina, nek."
"Tak. Jangan salahkan diri Rina. Ini mungkin takdir nak. Jangan salahkan diri Rina..."
Tanpa sedar, acik Yah sudah berada di muka pintu bilikku. Dia juga menangis melihatku. Dia mendapatkan kami berdua lalu aku memeluk erat tubuhnya.
Ya Allah, aku tak boleh nak bayangkan. Aku dah banyak berdosa. Maruah aku dah hilang. Aku tak suci. Semua orang pasti akan jijik dengan aku. Lagi-lagi mulut mak su, pasti akan memandang jijik kepada ku. Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Aku tak dapat terima semua ini!
Dan, aku juga takkan lupa pada orang yang telah menyelamatkan aku. Aku juga turut malu padanya. Semua tubuhku dia sudah nampak. Ya Allah, malunya. Bagaikan diri aku ini pelacor.
Tetapi, lelaki itu sangat baik. Sudi menolongku. Aku harap sangat aku dapat jumpa dengan dia lagi. Dia dah tolong selamatkan aku.
Dan aku harap aku dapat jumpa orang yang sentuh tubuhku pada malam itu. Aku dapat dia, aku bunuh dia!
Ya Allah, Rina jangan ikut kata setan. Istighfar banyak-banyak dalam hati. Ingat nenek, arwah mak dan arwah ayah. Dan, jangan lupa juga Allah.
Share this novel