• EPILOG

Romance Completed 27650

Jantungku makin hebat berdetak apabila lelaki itu berjaya mencari aku. Telan liur aku seketika. Dia memandangku dengan penuh sinis.

Dia sedikit mencangkung memandang aku yang masih terduduk. Masih terkaku.

Daguku diangkat olehnya untuk aku memandang wajahnya. Mata kami berdua bertentangan membuatkan aku dapat lihat mata hijaunya. Cantik, tapi tak secantik seperti tuan nya!

Dia senyum sinis lalu mengusap lembut pipiku. Kasar aku menepis. Cuba untuk bangun tetapi terasa kaki saat ini sakit akibat terjatuh tadi. Ah, bagaimana aku nak lari ini?

Sedaya upaya aku berdiri dan cuba berlari keluar daripada sini tetapi laju sahaja tangan lelaki itu menangkapku. Tanganku dicengkam kuat olehnya membuatkan gelang yang aku pakai itu terputus.

"Please, let me go." Aku merayu padanya. Harap sangat dia tidak buat apa-apa pada aku. Air mata makin laju mengalir.

"Please..." Aku merayu padanya lagi sambil teresak-esak menangis.

"Shh...Don't cry, baby." Air mataku yang mengalir di pipi diseka olehnya.

Tuhan...Aku lemah. Aku tidak mampu melawan dia. Hanya air mata yang mengalir. Berkali-kali aku seru nama Rayyan berharap dia cepat muncul. Aku lemah. Sungguh aku takut.

Dia senyum sinis sebelum menutup mulutku dengan sehelai kain. Aku pun tak tahu ubat apa yang dia letakkan di kain itu membuatkan mata aku tertutup rapat.

Mata terus tertutup rapat. Dapatku rasakan tubuhku mahu terjatuh tetapi disambut oleh lelaki itu.

Dan...Aku terus tidak mengingat apa-apa lagi. Otak langsung tidak dapat berfungsi lagi. Hanya mahukan berehat.

*******

Sedar-sedar aje aku sudah berada di dalam sebuah bilik. Bilik itu tidak besar dan tidak kecil. Kiri kanan kosong. Bilik kosong. Hanya aku sendirian di dalam bilik ini.

Melihat kaki dan tanganku diikat ketat. Kalau melihat keadaan aku begini, aku kembali teringat kejadian tempoh hari lepas. Acap pernah buat aku begini. Trauma aku dahulu kembali menerpa.

Takut!

Tetapi, aku bersyukur kerana mulutku tidak ditutup. Aku yakin, pasti ini tempat tertutup. Kalau aku menjerit meminta tolong pun tak akan ada yang tolong kerana tempat itu tempat jauh daripada orang lain.

Air mata kembali jatuh. Sebak di dada. Aku harap sangat Rayyan cepat-cepat datang membantu aku. Harap sangat dia segera dapat membantu aku yang dalam keadaan begini.

Aku sedikit terkejut apabila pintu bilik itu dibuka seseorang daripada luar. Sebelum seseorang itu masuk ke dalam bilik ini, aku sudah tahu siapa orang itu.

Pasti Mark. Lelaki mafia itu.

Dan, benar! Benar sangkaanku. Mark berjalan masuk ke dalam bilik ini menghampiriku. Aku ketap bibir, air mata masih mengalir. Takut jika dia apa-apakan aku. Sudah dua kali aku ditangkap dengan dia. Harap sangat aku dapat lepaskan diri lagi.

"What else do you want from me?!" Soalku laju dengan nada sedikit meninggi. Aku dah tak tahan untuk meneruskan hidup dalam keadaan begini.

Melihat lelaki itu senyum sinis sebelum menjawab pertanyaanku.

"I want you dead. And, I want Leo to live a miserable life when he loses someone he loves. I want him to feel how it hurts to lose a loved one!" Bentaknya buatkan bahuku ternaik terkejut.

Aku yakin, pasti Rayyan ada buat sesuatu pada Mark sehinggakan lelaki ini masih berdendam dengan Rayyan. Ah, apa yang Rayyan telah lakukan?

"If you want to know, I want you and Leo dead!" Tersentak aku mendengarnya.

Ngeri melihat renungan tajamnya menikam anak mataku. Jantung makin hebat berdetak. Ya Allah, bantunilah hamba. Hamba insan yang lemah...

"So now, I want you die!" Jeritnya lalu mengacukan pistol padaku. Makin teresak-esak aku menangis.

Saat ini, aku hanya serahkan segala-galanya kepada Allah. Aku tidak mampu lakukan apa-apa lagi. Sumpah, aku tidak kuat. Aku lemah. Laju air mataku mengalir. Rapat-rapat aku pejam mata. Aku berserah pada Allah. Rasa macam hari ini hari terakhir aku hidup.

"Bos!"

Mata aku kembali terbuka apabila terdengar satu suara itu. Huh, lega apabila lelaki itu sudah menolongku untuk menghentikan tindakan kejam daripada Mark itu.

Mark menoleh memandang anak buahnya yang sudah tercungap-cungap mendapatkannya.

"The woman escaped again." Melihat wajah Mark bertukar makin bertambah marah.

Dia memandang aku pula sambil mendengus kasar. Pistol yang tadi diacukan di kepalaku kembali diturunkan.

"Find him now!" Arahnya pada anak buahnya lalu berjalan laju keluar daripada bilik ini meninggalkan aku keseorangan kembali.

Pintu itu ditutup rapat. Aku hela nafas lega. Mengatur nafas kembali. Sedaya upaya aku berusaha untuk melepaskan ikatan itu pada pengelangan tanganku. Terlalu sakit. Dah dua kali aku diikat sebegini.

Dugaan hidup. Allah mahu uji kita. Masih terngiang-ngiang dipeluput telingaku pesanan nenek. Segala-galanya hanya mampu berserah pada Allah.

Tidak berjaya melepaskan ikatan tali di pengelangan tanganku dan di kakiku aku hanya mampu menangis.

Tangisan aku terhenti apabila pintu bilik itu kembali dibuka seseorang daripada luar. Terkaku aku seketika. Sudah tahu siapa yang akan masuk ke dalam bilik ini. Pasti Mark.

Tapi, aku salah!

Bukan lelaki sebaliknya seorang perempuan!

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik ini. Melihat wajahnya sedikit terluka dan berdarah. Ya Allah, kasihannya dia. Dan, satu persoalan. Siapakah dia? Adakah dia kenal aku? Nak ditanyakan aku? Memang aku tak kenal langsung dia siapa.

Perlahan-lahan dia berjalan mendapatkan aku.

Senyuman manis dihulurkan padaku lalu dia menolongku untuk buka ikatan tali di pengelangan tanganku dan di kakiku. Aku bersyukur sangat-sangat dia sudi menolongku. Alhamdulillah.

Tapi, adakah nasibnya sama denganku? Mafia itu juga turut menculiknya?

"Ikut saya." Arahnya dalam nada berbisik. Aku hanya akur dan mengikut kata-kata gadis itu.

Tanganku ditarik lembut olehnya. Dia memberi isyarat padaku agar aku berdiam diri. Perlahan-lahan kami menapak keluar daripada bilik kosong itu.

Melihat di luar bilik itu sepertinya aku berada di sebuah rumah besar. Dah macam tempat istana pula. Besar sangat rumah ini.

Aku harap sangat kami berdua tidak ditangkap lagi oleh mafia jahat itu. Moga kami selamat untuk melepaskan diri. Aku menyeka air mata yang mengalir. Menguatkan diri sendiri.

Kami berdua berjalan sambil menunduk. Takut juga jika anak-anak buah John nampak kami terlepas.

Sampai ke satu tempat, tubuhku ditolak ke tepi oleh gadis itu. Dia meletakkan jarinya di bibir agar aku berdiam diri. Dan sekarang baru aku faham yang anak buah John sedang mencari aku dan dia.

Seorang lelaki bertubuh sasa kehulur-kehilir mencari kami berdua.

"Damn! They both missed it again!" Bentak lelaki yang bertubuh sasa itu lalu berjalan pergi daripada situ. Wajahnya jelas bengis. Marah mungkin sebab aku sudah terlepas.

Gadis itu kembali menarik aku apabila melihat lelaki bertubuh sasa itu sudah pergi.

Perlahan-lahan kami berjalan menurun ke tangga. Melihat di ruang tamu itu kosong. Mungkin semua sibuk mencari aku dan gadis malang ini.

"Kita nak lari ke mana ni?" Aku bersuara apabila kami berdua sudah ligat berfikir untuk cari jalan keluar daripada rumah besar ini.

Kalau keluar ni, sah-sah kena tangkap. Pasti diluar juga sedang dijaga oleh anak-anak buah John.

"Kita kena cari jalan untuk keluar. Jangan bagi dia tangkap kita lagi. Kalau kita ditangkap, pasti kita berdua akan mati." Gadis itu bersuara dengan nada sedikit takut.

Kami kembali sembunyikan diri di belakang sofa besar itu apabila aku melihat John dan Mark bersama anak-anak buah mereka berjalan ke ruang tamu besar ini. Teguk liur aku. Dahi sudah berpeluh. Takut jika mereka menjumpai kami berdua.

"Leo is on his way. This time, I will not let them go again!" Keras suara Mark. Bagaikan berdendam dengan Rayyan.

"Relaks, Mark. They will not survive. I will destroy the KING BRUSIO group. And the group will never exist again. They will both die too." Kedengaran orang tua iaitu John ketua mafia DIAMOND bersuara.

Aku sedikit terjerit kecil apabila terdengar bunyi tembakan kuat dari luar rumah. Aku pasti, mereka sedang bertembakan di luar rumah. Tapi, tidak tahu siapakah yang telah melepaskan tembakan itu.

Kerana bunyi jeritan kuat aku itu, mereka sudah ketahui di mana kami sembunyikan diri. Wanita yang telah menyelamatkan aku itu turut terjerit kecil terkejut. Kami berdua di bawa ke hadapan. Aku dan wanita itu melutut menghadap John dan Mark yang sedang duduk bersantai di atas sofa.

Aku teguk liur. Wanita itu masih setia berada di sebelahku. Badan kami berdua sudah mula menggigil takut.

"Ora voi due non potete più scappare!" John tersenyum sinis.

********

"Lascialo andare!" Keras suara itu buatkan pandanganku beralih pada suara itu.

Rayyan!

Ya Allah, nak aje aku bangun dan berlari mendapatkan dia. Saat ini aku sangat memerlukannya. Bersyukur sangat dia datang dan menyelamatkan aku.

Aku yakin, pasti yang melepaskan tembakan tadi itu ialah Rayyan dan anak-anak buahnya. Melihat Zarief juga turut serta ada di situ.

Aku melihat wajah Zarief sedikit berubah terkejut apabila matanya menangkap satu susuk tubuh yang berada di sebelahku.

Kenapa dengan dia? Dia ada apa-apa masalah ke dengan wanita yang berada di sebelahku itu? Melihat gadis yang berada di sebelahku itu juga terkejut melihat kemunculan Zarief di situ.

"Leonardo Luciano and Chris Martinez." Orang tua itu bersuara seperti menyebut nama kedua-dua adik beradik itu. Dia berdiri sambil ketawa kecil.

Melihat wajah Rayyan dan Zarief sudah merah menahan marah. Kecut perut juga jika nak direnung wajah kedua-dua adik beradik itu pada saat ini. Takut!

"Come state tutti voi?" John masih bersuara dalam bahasa Italy. Aku langsung tidak faham. Dia ketawa lagi.

"What else do you want from me?" Keras suara Rayyan bertanya. Aku masih menunduk. Air mata mengalir laju.

"Non sono ancora felice con te!" Kini giliran Mark pula bersuara dengan nada yang meninggi. Dia berdiri lalu merenung tajam ke arah Rayyan dan Zarief.

"You killed my girlfriend! And, you both stubbornly don’t want to join our group! Now, we will take revenge on you both for what you have done to us!" Keras suara Mark.

Kedengaran jelas yang dia tidak puas hati. Yang buat aku terkejut. Siapakah yang telah membunuh kekasih Mark? Sebab itukah lelaki itu tidak puas hati dan mahu membalas dendam terhadap kumpulan KING BRUSIO?

Aku pula yang berasa makin takut. Melihat gadis di sebelah aku ini sudah mula menangis teresak-esak.

"And I will take revenge by killing the people you love. You will feel the loss of your loved ones as much as I did!"

"I still can't forget what you did to my mom and dad. You have brutally killed my mother and father!" Kini giliran Rayyan pula bersuara. Bernada tinggi. Dia mengepal penumbuknya sehinggakan timbul urat-urat ditangannya.

"We will do to you what you have done to my mother and father before! You will all die!" Bentak Zarief pula. Tajam mereka berdua merenung John dan Mark.

"And your loved ones will die." Sinis Mark berkata lalu mengacukan pistolnya pada aku. John pula mengacukan pistolnya pada wanita disebelahku. Teguk liur aku mendengarnya.

BANG!

Aku memejam mata rapat-rapat. Rasa kali ini nyawa aku hampir hilang. Tapi, sedikit pun tidak rasa apa-apa. Kembali ku buka mata. Melihat John sudah kembali terduduk di sofa sambil memegang lengannya yang terkena tembakan daripada Rayyan.

Membulat mataku melihat. Kini berkali-kali tembakan dilepaskan pada anak-anak buah John yang turut berada di situ. Lantas gadis yang masih setia berada di sebelahku itu menarik lenganku untuk pergi.

Sempat mata melihat Rayyan juga turut terkena satu peluru. Ah, aku tidak boleh melihatnya. Terluka hatiku melihat dia cedera.

Aku bersama-sama wanita itu duduk berjauhan daripada mereka. Kami sama-sama menutup kedua-dua telinga dengan telapak tangan sambil memejam mata rapat-rapat.

Takut!

Telinga ini dapatku dengar berkali-kali tembakan dilepaskan. Bunyi orang mengerang sakit pun ada. Pelbagai bunyi aku dengar buatkan aku terkejut.

Aku cuba membuka mata. Terbeliak biji mataku. Sumpah, ini kali pertama aku melihat Rayyan melepaskan tembakan pada seseorang. Iaitu...

John!

Mungkin dia berdendam sangat-sangat. Dan inilah kesempatannya untuk membunuh lelaki tua itu.

BANG!

Akhirnya, tembakan daripada Rayyan terlepas jua pada John tetapi lelaki tua itu sempat mengelak menyelamatkan diri sendiri. Wajah Rayyan masih merah. Tidak puas hati.

Aku sedikit terkejut mendengar tembakan itu. Melihat Zarief pula sedang berlawan dengan Mark. Berkali-kali dilepaskan tembakan tetapi dapat dielak oleh Mark. Anak-anak buah John juga semua serang anak-anak buah Rayyan. Ah, takut!

Tajam John merenung Rayyan. Dengan itu, dia bangun semula lalu berjalan menghampiriku. Aku sedikit terkejut. Apa yang dia mahu lakukan ini? Sumpah, aku takut sangat-sangat.

Tubuhku ditarik kasar oleh John. Aku sedikit takut apabila dia mula mengacukan pistolnya di kepalaku. Seperti sedang mengugut Rayyan.

Wajah Rayyan mula berubah apabila John berlari mendapatkan aku lalu dia mengacukan pistol itu padaku. Teresak-esak aku menangis. Memohon pelindungan daripada Allah. Harap sangat dia tidak buat kerja gila dia.

"Please, John. Don't do this." Bicara Rayyan separa merayu.

John senyum sinis. Aku memejam mata rapat-rapat. Mungkin ini kali terakhir aku hidup.

Semuanya aku serahkan kepada Allah. Sumpah aku tidak tahu mahu lakukan apa-apa. Aku lemah. Melihat wajah Rayyan berubah. Dia pula yang merayu-rayu pada John. John ketawa sinis.

"Ucciderò questa donna!" Bentak John keras.

"No!" Jerit Rayyan berharap John tidak melepaskan tembakan di kepalaku. Mahu terburai isi otak aku nanti.

"If you kill him, I will kill you!" Bentak Rayyan lalu mengacukan pistol tersebut pada John.

Entah untuk beberapa kali, aku pun tidak tahu. Sudah banyak kali aku terkejut mendengar tembakan itu. Rapat-rapat aku pejam mata. Bersyukur kerana aku tidak merasakan tubuhku sakit.

Perlahan-lahan aku buka mata. Melihat John sudah terbaring dan Rayyan juga sudah terduduk memegang bahunya. Terbeliak biji mataku melihat. John sudah terbaring cepat-cepat aku berlari mendapatkan Rayyan.

"Ya Allah, abang!" Cepat-cepat aku memeluk tubuhnya. Dia juga membalas pelukanku. Menitis kembali air mataku. Sumpah aku tidak boleh melihat Rayyan cedera.

Tak lama itu, aku sedikit bingung apabila Rayyan menolak tubuhku kebelakangnya dan dia pula melepaskan tembakan pada John. Tetapi, John sempat melepaskan tembakan itu pada Rayyan. Satu peluru terkena di tepi perut Rayyan dan satu peluru yang dilepaskan oleh Rayyan terkena di dada John.

Lelaki tua itu terus terbaring. Darah mengalir laju. Tubuhnya kaku di situ. Rayyan terus tersungkur jatuh. Terkejut besar aku melihatnya. Cepat-cepat aku mendapatkannya. Ya Allah, saat ini aku tidak boleh melihat Rayyan dalam keadaan begini. Darah mengalir laju ditubuh lelaki itu.

"Ya Allah, abang!”

"Khai..." Tangannya sedikit ternaik. Lembut dia mengusap pipiku. Senyuman kecil sedaya upaya dia mengukir di bibirnya. Air mataku tak henti-henti mengalir saat ini.

"Kalau abang dah tak ada, Khai jaga diri ya. Jagakan juga anak kita. Abang nak Khai tahu yang abang sayang sangat dekat Khai dan anak kita. I love you so much sweetheart." Pipiku yang basah dek air mata lembut dia usap.

Berkali-kali aku menggeleng. Tak! Aku tidak suka mendengar dia berkata begitu. Aku tidak mahu dia pergi. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku sayang dia. Sampai bila-bila pun dia tetap milik aku.

"Tak, abang. Abang akan selamat. Please, jangan tinggalkan Khai. Khai tak nak kehilangan abang." Tubuhnya aku peluk erat-erat. Sumpah aku tidak mahu kehilangannya.

Terkejut aku apabila mendengar dia ketawa terbahak-bahak. Apa yang lawak? Dia tengah sakit dalam keadaan nyawa-nyawa ikan boleh pula ketawa? Aku melihat dia masih ketawa. Berkerut-kerut dahiku.

"Abang selamat sayang." Ujarnya buatkan aku masih berkerut dahi. Bingung. Dia ni kena tembak ke tak kena.

Tak lama itu, dia membuka butang baju kemeja putih yang dipakai olehnya lalu dia mengeluarkan satu baju hitam di dalam baju kemeja yang dipakai olehnya.

"Ini baju kebal. Baju anti peluru. Nasib baik tau abang pakai ni, kalau tak. Mesti abang dah tak ada di sisi sayang.”

Terkejut aku melihat. Satu cubitan hinggap di lengannya. Aku tak kisah kalau lengannya itu terkena tembakan ke apa ke, aku tak kisah. Geram! Sengaja betul dia buat aku sedih.

Dia masih ketawakan aku lalu dia memeluk tubuhku erat. Dahiku dikucupnya lama. Hati sedikit lega. Rayyan selamat. Kalau tak, pasti dia sudah tiada bersamaku. Ah, mafia ni bos. Jangan main-main!

"Abang ni, mengada-ada lah. Risau Khai tau!" Marahku.

"Alolo, jangan lah sedih-sedih. Sayang okey tak ni? Ada apa-apa cedera?" Soal Rayyan sambil menilik tubuhku. Memeriksa jika di tubuhku ada cedera.

"Ada."

"Apa?"

"Sakit hati!"

Melepas kembali tawa Rayyan. Dia kembali memeluk tubuhku. "Abang minta maaf, sayang." Bernada memujuk. Aku juga turut membalas pelukannya. Bersyukur dia selamat.

"Argh!" Tersentak aku dan Rayyan mendengar suara itu. Cepat-cepat kami berdua mendapatkan suara itu.

Terbeliak biji mataku melihat Zyan sudah terlentang jatuh apabila terkena satu tembakan daripada Mark.

Mark sudah tersungkur jatuh memegang bahunya yang terkena tembakan daripada Zyan. Laju sahaja Rayyan menarik tubuhku. Erat dia memeluk tubuhku. Ya Allah, aku bersyukur sangat kami berdua selamat.

Teresak-esak aku menangis di dalam pelukannya itu. Bersyukur sangat-sangat Allah melindungi kami semua.

Sempat mataku melihat Zarief sedang mendapatkan gadis itu. Melihat gadis itu masih menggigil takut. Aku bersyukur juga dia selamat. Dan aku patut berterima kasih padanya kerana telah menyelamatkan aku.

"Game over!"

BANG!

Terkejut aku lagi apabila Mark melepaskan tembakan pada Zyan. Melihat peluru itu terkena pada kaki Zyan. Lelaki itu terduduk. Menahan sakit.

Tubuhku ditarik ke tepi oleh Rayyan. Erat dia memeluk tubuhku. Melindungi aku daripada terkena peluru sesat itu.

"You will die!" Zyan bersuara sambil tersenyum sinis. Dengan itu, dia pula yang melepaskan tembakan pada Mark. Dengan serentak itu Mark juga melepaskan tembakan itu pada dada kiri Zyan.

Terkejut aku melihat. Melihat kedua-duanya sudah terbaring. Darah mengalir laju. Bukan sedikit peluru yang terkena pada Zyan. Berkali-kali. Juga turut sama dengan Mark. Lelaki itu telahpun tutup mata.

"Zyan!" Jerit seseorang.

Gadis yang tadi menyelamatkan aku berlari mendapatkan Zyan. Kepala lelaki itu diangkat lalu dibawa ke pehanya. Menitis air mataku melihat mereka berdua.

"Zyan, bangun! Jangan tinggalkan saya. Bangun Zyan..." Gadis itu menggoncang lembut tubuh Zyan. Dari jauh aku melihatnya. Ya Allah, kasihannya dia.

Tapi, aku sedikit berkerut dahi melihat Zarief berwajah pelik. Bagaikan tidak percaya melihat gadis itu bersama Zyan.

"Wait. What? Apa ni?" Suara Zarief yang begitu bernada tinggi.

Kami sama-sama mendapatkan mereka berdua. Melihat Zyan masih mengerang sakit. Aku masih tertanya-tanya, siapakah gadis ini pada Zyan? Adakah gadis ini tunang Zyan?

"Bos. Saya minta maaf. Dia...Dia lah tunang saya. Saya minta maaf bos. Saya harap sangat bos dapat maafkan saya. Saya buat semua ini untuk melindungi Bella untuk bos. Saya tak nak dia di apa-apakan. Saya buat semua ni juga demi bos dan Bella. Saya tahu bos cintakan Bella, sebabkan itu juga demi bos saya sanggup memendam perasaan cinta saya pada Bella. Saya tahu Bella bukan jodoh saya." Zyan bersuara dalam nada sedikit serak.

"What? Zyan, what are doing? Dia milik aku. Kenapa kau sanggup buat macam ni Zyan?!" Nada suara Zarief kelihatan jelas tidak puas hati.

"Zarief, relaks. Bagi Zyan jelaskan dulu." Rayyan memujuk adiknya.

"Kenapa? Abang pun dah tahu semua ni kan? Kenapa abang tak cakap dekat Zarief?!" Bentak Zarief geram.

"No, bukan macam tu bos. Saya buat semua ni untuk bos bersama dengan Bella. Saya tahu bos cintakan dia. Jika saya sudah tiada untuk hari ini, saya nak bos menjadi pengganti di tempat saya. Sebab saya yakin, orang yang tepat sekali untuk Bella ialah bos. Saya percaya, bos boleh bimbing Bella. Bos boleh lindungi dia dan saya doakan moga hubungan bos dan Bella berkekalan hingga akhir hayat bos dan Bella. Saya minta maaf lagi sekali bos. Saya minta maaf sebab dah tipu bos dan Bella." Bicara Zyan sambil tersenyum tipis. Masih mengerang sakit.

Aku yang mendengar juga bingung. Jadi, tunang Zyan itu kekasih Zarief? Ah, aku betul-betul bingung dan tertanya-tanya.

Melihat gadis itu pula masih menunduk. Seperti dia bersalah pula. Tetapi, aku tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak. Aku tidak faham dan aku tidak mahu masuk campur dalam hal mereka.

Zarief terdiam seketika. Di renung gadis itu yang masih menunduk.

"Saya minta maaf lagi sekali bos." Aku sedikit berkerut dahi apabila melihat Zyan cuba sedaya upaya untuk bangun dan dia menolak tubuh Rayyan ke tepi.

BANG!

Terkejut besar aku apabila melihat Zyan terkena tembakan daripada Mark yang masih bernyawa-nyawa ikan itu.

BANG!

Aku tahu, Zyan tak akan melepaskan lelaki itu untuk hidup. Dia juga melepaskan tembakan pada Mark. Betul-betul di dada lelaki itu. Kedua-duanya terbaring kembali.

Melihat wajah Zyan pucat. Gadis tadi kembali mendapatkan Zyan. Digoncang berkali-kali tubuh Zyan tetapi lelaki itu sudah tidak membuka mata. Teresak-esak gadis itu menangis.

Dapat kurasakan bagaimana sakitnya kehilangan orang yang tersayang. Aku mendapatkan gadis itu. Menarik tubuh gadis itu berjauhan dengan mayat Zyan. Belakang susuk tubuhnya lembut aku usap. Memberi dia tenang.

"Zyan!" Jerit gadis itu lagi. Aku juga turut menitiskan air mata. Sedih. Sebak di dada tidak dapat ditahankan lagi.

Makin laju darah mengalir. Zyan sudah terlentang baring di situ. Sudah tidak bernafas lagi dan dia sudah pergi buat selama-lamanya.

"Zyan!"

********

Alhamdulillah, tak lama itu pihak polis datang menyerbu di dalam rumah besar ini. Hatiku lega melihat semua anak-anak buah John yang tadi dibelasah teruk oleh Rayyan dan Zarief ditangkap oleh pihak polis.

Ada yang mati dan ada juga yang masih hidup dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Ah, ngeri kalau dilihat mereka semua. Malam ini rumah besar ini penuh dengan darah. Takut untuk melihat sekelilingnya.

Mayat John dan Mark juga di ambil. Tak akan nak simpan letak dekat muzium bersejarah yang mereka ini mafia paling kejam? Pastilah ditanam. Puas hati aku melihat mereka sudah mati.

Dapatku rasakan pasti Rayyan puas hati apabila dapat membunuh orang yang telah membunuh kedua-dua orang tuanya dahulu.

Semua kisah dahulu untuk seseorang itu tidak lah terlihat bahagia dan indah. Banyak kisah-kisah silam yang tidak seindah seperti yang kita sangkakan. Tetapi, percayalah. Tuhan sudah aturkan yang terbaik untuk kita di masa hadapan nanti. Tidak sempurna dan tidak indah pada kisah silamnya percayalah, pasti kita akan rasa indah dan bahagia di masa hadapan nanti. Hanya perlu berserah semuanya kepada Allah. Allah sebaik-baik perancang.

Ramai yang datang ke rumah besar itu. Jururawat dan doktor juga ada datang. Mereka semua sedang membantu anak-anak buah Rayyan yang cedera.

Mayat Zyan juga di ambil dan dibawa pergi. Menitis air mataku. Tak sangka dia pergi buat selama-lamanya. Melihat wajah Rayyan juga sedih.

Ya lah, Zyan kan paling rapat dengan Rayyan dan Zarief. Zyan orang pertama yang menyertai kumpulan KING BRUSIO iaitu kumpulan mafia daripada Rayyan dan Zarief.

Wajah Rayyan penuh dengan luka dan darah. Aku tidak mahu lagi doktor Emelia itu merawat suami aku. Sumpah aku cemburu melihat dia pegang-pegang suami aku. Nak aje aku hayun-hayun kepala dia. Nasib baik lah dia tu doktor peribadi Rayyan dan Zarief.

Aku mencuci luka di wajah Rayyan lalu meletakkan sedikit ubat di luka pada wajahnya. Dapat kulihat dia senyum padaku. Aku juga turut membalas senyumannya.

"Abang bersyukur sangat-sangat sayang selamat." Ucapnya sambil tersenyum lebar.

"Khai pun sama. Tak sangka kita selamat. Kalau abang tak ada, Khai tak tahu nak cakap macam mana lagi. Khai betul-betul tak boleh kehilangan abang." Bicaraku dalam nada sedikit menggeletar. Masih terasa sebak di dada.

Lembut dia mengusap pipiku yang sudah basah dek air mata yang mula mengalir laju. Kedua-dua tanganku dipegang olehnya. Digenggam kemas.

"Shh...Jangan cakap macam tu, sayang. Kan abang dah janji nak jaga, Khai. Nak lindungi, Khai. Abang patut bersyukur sebab Khai selamat." Ujarnya menenangkan aku yang masih menangis.

Dia menyeka lagi air mataku. Nafas ditarik dalam-dalam. Menenangkan diri sendiri. Cuba untuk tidak menangis. Benda pun dah jadi. Buat apa lagi nak cakap pasal itu sedangkan benda dah terjadi.

"Tuan Rayyan." Suara itu buatkan kami berdua mengalihkan pandangan memandang tuan punya suara itu. Tegas suaranya.

Seorang wanita yang berpakaian lengkap uniform polis mendapatkan Rayyan. Aku memberi ruang untuk mereka bercakap. Tetapi, telinga tetap pasang ingin tahu apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"Untuk kes ni, Tuan jangan risau. Semua ini salah daripada mereka. Dan, mereka juga banyak buat hal sehinggakan banyak kali orang luar membuat laporan polis. Kami juga sedang mencari mereka untuk ditangkap, jadi kami juga perlu berterima kasih pada Tuan Rayyan kerana telah berjaya menangkap mereka. Untuk kes ini juga Tuan Rayyan jangan risau, pihak polis tak ada ambil tindakan pada Tuan. Jadi, boleh dikatakan kini hidup Tuan makin aman."

Jelas wanita itu panjang lebar. Rayyan pernah kata pada aku, wanita dihadapanku ini juga ialah anak buahnya. Rapat dengan kumpulan KING BRUSIO. Jika Rayyan ada membunuh orang, dia yang akan selesaikan semua kes ini.

Boleh dikatakan, kumpulan DIAMOND yang banyak buat hal sehinggakan polis sedang mencari mereka. Aku bersyukur sangat-sangat keadaan semakin pulih dengan baik. Hidup aku dan Rayyan pun menjadi aman damai tak lama lagi.

Senyuman lebar terukir di bibir. Lega hati ini. Hanya Allah aje yang tahu betapa lega dan lapang hatiku saat ini.

"Thank you so much, Sarah. Saya banyak terhutang budi pada awak. Thanks again." Ucap Rayyan bersungguh-sungguh.

Wanita yang bernama Sarah itu hanya mengangguk lalu tersenyum lebar sebelum meminta diri untuk pergi. Pihak polis terus membawa anak-anak buah John pergi daripada sini. Ada yang menjadi mayat dibawa oleh pihak hospital.

Aku kembali mendapatkan Rayyan. Melihat keadaan semakin baik, hatiku bertambah lega dan tenang. Dengan sekelip mata malam ini, nyawaku hampir sahaja hilang. Dan, aku bersyukur kerana aku dipanjangkan umur lagi untuk hidup di atas muka bumi ini.

Dan, tak sangka juga malam ini ada juga seseorang telah kehilangan orang yang tersayang. Kalau aku ditempat seseorang itu, mahu menjadi gila. Sudah lah kita terlalu sayangkan dia, meletakkan perasaan cinta padanya, menjadi tunang dia lagi. Lepastu, seseorang itu pergi meninggalkannya. Mana tak sakit hati ini.

Haih, banyak betul dugaan gadis itu. Tinggi orangnya. Cantik. Yang buat aku terkejut apabila aku dapat tahu yang gadis itu juga ialah bekas kekasih Zarief. Tapi, langsung tidak nampak seperti bekas kekasih. Adakah benar Zarief masih menganggap wanita itu kekasihnya?

Aku berdoa moga arwah Zyan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Rela kehilangan nyawanya sendiri demi menyelamatkan nyawa seseorang. Baik sungguh lelaki itu.

Apa-apa pun aku patut bersyukur semuanya selamat tetapi terselit sedikit sedih apabila Zyan telah pergi buat selama-lamanya.

*******

Kejadian minggu lepas masih kuat difikiranku. Masih terasa trauma. Takut.

Kata Rayyan, dia tidak mahu aku risau lagi. Katanya, sekarang dia tidak lagi mempunyai musuh. Dia juga puas hati kerana telah berjaya membunuh orang yang telah membunuh dengan kejam kedua-dua ibu bapanya dahulu.

Sekarang, aku juga boleh hidup bebas. Boleh pergi ke mana-mana sahaja.

Rindunya mahu ke bandar. Semua benda aku mengidam. Biasalah, perangai orang mengandung. Rayyan pula pening nak melayan aku yang mula mengada-ada ini.

Kalau diingat-ingatkan kembali, mahu aje aku ketawa terbahak-bahak. Aku senyum lebar sambil mengusap lembut perutku yang masih kempis.

Senyuman terukir di bibir. "Mama dan papa tak sabar tunggu anak mama ni lahir." Ucapku perlahan sambil senyum lebar.

"Bercakap dengan siapa tu?" Aku sedikit terkejut dengan kemunculan Rayyan di belakangku. Senyuman masih mekar bibir.

Sampai ke sini dia cari aku? Aku saja nak berjalan ke sawah padi. Bosan. Mahu menghirup udara segar di pagi hari.

Tak sangka pula Rayyan mengikuti jejak langkahku sampai ke sawah padi sini. Aku ketawa kecil. Dia memeluk pinggangku daripada belakang. Kepalanya dijatuhkan di bahuku. Selesa dalam keadaan begini. Hati disimbah dengan rasa sungguh bahagia.

"Bercakap dengan baby lah, abang." Jawabku. Senyuman bahagia masih terukir di bibir. Cantik pula melihat pemandangan sawah padi pada pagi hari ini. Cantik.

Suasana menjadi sunyi kembali. Memerhatikan pemandangan yang sungguh cantik dihadapan mata. Rayyan masih memeluk tubuhku dari belakang dengan sungguh kemas.

Tenang.

"Sayang." Panggil Rayyan lalu memusingkan tubuhku menghadap dengannya. Senyuman masih terukir lebar di bibir.

"Abang nak minta maaf. Abang nak minta maaf sangat-sangat sebab abang seorang suami yang tak berguna untuk sayang. Abang jahat. Mesti sayang bencikan abang, kan? Abang minta maaf sayang. Abang betul-betul minta maaf." Kedua-dua tanganku digenggam kemas olehnya.

Aku senyum lebar. Sikit pun aku tidak rasa menyesal hidup bersamanya. Malah aku berasa sungguh bahagia. Bahagia sangat-sangat. Kata-kata nenek masih terngiang-ngiang dipeluput telingaku.

"Kamu berhak bahagia, Rina. InsyaAllah, kebahagiaan itu akan menjadi milik kamu."

Itulah kata-kata terakhir nenek. Tak akan aku lupa sampai bila-bila. Pesanannya semua akan ku ingat sampai mati.

"Tak. Abang tak ada pun salah dengan Khai. Dan, Khai tak pernah rasa sikit pun menyesal hidup dengan abang. Malah, Khai rasa bahagia sangat-sangat. Kalau Khai tak bahagia hidup bersama abang, dah lama Khai akan tinggalkan abang tau. Ini lah teddy bear besar saya yang paling saya sayang tau!" Pipinya aku usap lembut.

Wajahnya berubah. Aku ketawa kecil. "Teddy bear? Apa ni? Abang bukan teddy bear lah, sayang." Pecah tawa kami bersama-sama.

"Apa-apa pun, Khai rasa sangat bahagia. Khai dah banyak terhutang budi dengan abang, dah banyak susahkan abang. Khai sepatutnya minta maaf dengan abang. Dah banyak sangat menyusahkan abang."

"Khai, bukan ke kita dah berjanji untuk sehidup semati. Susah senang bersama dan kita bersama-sama ada sewaktu dugaan muncul. Sikit pun Khai tak ada terhutang budi tau dengan abang. Abang ikhlas tolong isteri abang ni." Pipiku diusap lembut. Aku ukir senyuman manis.

"Thank you, abang. Khai bersyukur sangat-sangat dapat suami macam abang. Thank you so much. I love you so much, my hero." Ucapku lembut. Dia mengukir senyuman lebar sehingga menimbulkan lesung pipitnya. Ah, cair dengan suami sendiri.

"Love you too, my love." Tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukannya. Erat. Dapat kurasakan dia mengucup kepalaku. Ah, bahagia!

"Eh, jap." Pelukan kami berdua dileraikan. Berkerut dahi aku saat ini. Baru je nak berangan-angan dengan suami sendiri. Ah, kacau pula.

"Kenapa?" Soalku pelik. Berkerut dahiku melihat Rayyan mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya.

Bersinar-sinar mataku melihat dia mengeluarkan seutas gelang tangan aku. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa dengan gelang tu?

Baru aku teringat, sewaktu aku cuba melarikan diri daripada Mark pada malam kejadian tersebut. Aku gagal untuk melepaskan diri. Laju sahaja dia cengkam kuat tempat pengelangan tanganku sehinggakan gelang yang dihadiahkan oleh Rayyan terputus jatuh.

Tetapi, masih tertanya-tanya. Bagaimana Rayyan boleh menjumpai gelang ini?

"Ya Allah, gelang ni..." Teruja kerana dapat kembali gelang ini. Aku fikir, memang dah tak ada rezeki nak pakai sampai bila-bila. Tetapi, alhamdulillah. Jumpa juga.

Rayyan ketawa kecil melihat aku gembira seperti budak kecil. Laju sahaja dia memakaikan kembali gelang itu di pengelangan tanganku.

"Mana abang jumpa gelang ni?" Soalku sambil tak lepas-lepas membelek-belek gelang yang berada di pengelangan tanganku itu.

"Sewaktu abang cari Khai di rumah, abang jumpa gelang ni. So, abang dah 'syak'. Pasti Khai kena tangkap dengan kumpulan mafia DIAMOND tu. Rumah pun time tu dah hancur. Orang-orang abang ada yang mati dan ada yang kena berlasah teruk. Tapi, alhamdulillah. Sayang selamat." Cerita Rayyan. Aku senyum lebar. Selamat akhirnya gelang ini dijumpai oleh Rayyan.

"Alhamdulillah, thank you abang. Khai memang sayang sangat dengan gelang ni. Ingatkan dah tak ada rezeki untuk pakai sampai bila-bila. Tapi, alhamdulillah ada juga rezeki untuk pakai semula. Thank you!" Tubuhnya aku kembali peluk.

Rayyan hanya ketawa kecil melihat aku gembira seperti kanak-kanak kecil. Dia juga membalas pelukanku.

"Tapi kan...." Aku melepaskan kembali pelukan itu. Teringat seseorang buatkan hati aku sebak.

"Zyan dah selamatkan abang. Kalau dia tak tolong abang pada malam kejadian tu, mesti abang dah dapat tembakan daripada Mark, kan?"

Aku memandang wajahnya. Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Tunggu masa aje mengalir. Zyan juga baik orangnya. Peramah dan suka menghiburkan orang.

Kalau aku bosan di dalam rumah besar itu tanpa Rayyan di sisi, pasti aku akan ajak lelaki itu bersembang. Kadang-kadang aku suruh dia makan walaupun dia dah kenyang. Aku tetap paksa dia agar dia makan. Itu lah paling lawak.

Tapi, sekarang dia sudah tiada. Kenangan dia bersama aku dahulu hanya mampu bermain di dalam fikiran.

"Ya. Dia sangat baik. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Dan, abang pun dah terhutang budi pada dia. Kalau dia tak selamatkan abang pada malam tu, mesti abang dah tiada di sisi Khai." Ujar Rayyan lalu memeluk bahuku.

"Moga arwah ni di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman." Ucapku tetapi di dalam hati terselit mendoakan untuk Zyan.

"Eh, abang. Jom kita pergi tengah-tengah tu. Khai rasa teringin sangat nak ke tengah-tengah sawah padi tu." Aku menarik-narik lengan Rayyan agar dia turut mengikuti aku ke mana aku mahu pergi.

Wajah Rayyan berubah. "Apa? Tengah-tengah tu? Sayang, subuh-subuh tadi dah hujan lebat. Ni kalau kita pergi tengah-tengah sawah padi tu mesti lecak teruk dengan lumpur. Tak payah lah, kotor la. Dah jom balik." Lenganku kembali ditarik olehnya dan membawa aku pulang.

"Alaa...tak mau la! Nak juga pergi sana!" Aku mula merengek seperti budak kecil.

"No!"

"Yes!"

"No, lah sayang."

"Isy, abang tu orang bandar sangat. Geli dengan lecak. Tu lah abang cakap macam tu." Aku merengek-rengek lagi. Teringin sangat nak main dekat tengah-tengah sawah padi tu. Mesti best!

"No, no...Please jangan buat hal." Dia sudah tahu perangai aku pada saat ini macam mana. Aku sengih nakal. Saat-saat ini semua benda aku mengidam.

"Nak jugak!"

"Tak boleh!"

"Nak!"

Laju sahaja aku menarik semula lengannya lalu kami bersama-sama berlari ke tengah-tengah sawah itu. Betul sangkaan Rayyan. Banyak lecak di situ. Huh, aku sebagai orang kampung paling suka main lecak. Best!

Aku mencalit sedikit lumpur di hidung mancung Rayyan. Melepas terus tawaku.

"Sayang!" Jeritnya. Aku cuba berlari pergi menyelamatkan diri tetapi laju sahaja dia menangkap tubuhku. Dia mencalit pula di pipiku. Pecah terus tawa kami bersama. Bahagia dalam keadaan begini. Gembira.

Melihat masing-masing sudah comot dengan lumpur. Rayyan pula masih tidak puas hati kerana telah mengikut aku ke tengah-tengah sawah padi ini.

Orang kampung aje akan rasa betapa bestnya main begini. Seronok!

*********

Rasa tak sabar pula dengan kedatangan Zarief sekejap lagi. Katanya mahu bawa tunangnya sekali. Ah, tak sabarnya.

Teringin sangat aku nak tengok muka tunang Zarief itu. Pasti cantik, kan? Bertuah dia sudah berjaya memikat hati lelaki Italy itu.

Sementara menunggu kedatangan mereka berdua, aku memasak sedikit untuk mereka. Rayyan pula keras kepala mahu menolong aku di dapur. Aku tidak mahu dia menolong aku di dapur, tetapi dia tetap degil mahu menolong aku.

Katanya risau, aku mengandung dan angkat barang-barang berat sedangkan aku hanya memasak. Risau betul dia ya.

Sedang sibuk kami memasak bersama, tiba-tiba bunyi loceng berbunyi. Aku pandang Rayyan, Rayyan pandang aku. Senyum terukir lebar di bibir kami berdua.

"Dia orang dah sampai!"

"Yup. Abang buka kan pintu sekejap." Aku hanya akur. Membiarkan Rayyan yang bukakan pintu. Aku pula meneruskan memasak.

"Zarief!" Terkejut aku mendengar suara Rayyan yang begitu kuat dalam nada gembira.

Tak menunggu lama, aku terus melangkah ke pintu utama. Melihat ada dua wajah yang datang. Kedua-dua wajah itu sangatlah aku kenal.

Melihat Rayyan memeluk erat tubuh adik kesayangannya itu. Zarief juga membalas pelukan abangnya.

Zarief hanya menghadiahkan aku dengan senyuman manisnya lalu aku juga turut membalas senyuman manis padanya.

Kini beralih pula pada seorang wanita yang berada di sebelah Zarief. Cantik orangnya. Pemurah dengan senyuman lagi. Sangat sama dengan Zarief yang suka senyum pada orang.

Tapi, aku kenal wanita ini. Wanita ini lah yang telah menyelamatkan aku sewaktu malam kejadian itu. Aku ingatkan aku sudah tidak dapat berjumpa lagi dengannya. Tapi, akhirnya kami dapat kembali berjumpa. Aku perlu berterima kasih padanya kerana telah membantu aku pada malam kejadian itu.

"Err..." Aku cuba bersuara. Mahu ingatkan kembali wajah ini adakah sama mirip dengan wanita yang membantu aku pada malam kejadian itu.

"Pretty. Perkenalkan, ni tunang saya. Bella. Awak, ni kakak ipar saya. Khairina." Zarief perkenalkan diriku pada wanita itu.

Ah, baru aku tahu nama gadis itu ialah Bella. Sedapnya nama dia. Cantik namanya sama dengan wajah tuannya. Untung betul wanita ini sudah berjaya memikat hati Zarief.

Jadi ini lah wanita itu yang diceritakan oleh Zarief pada aku? Banyak kisah yang telah Zarief ceritakan padaku. Tak sangka, wanita ini juga lah yang membantu aku pada malam kejadian itu.

"Panggil aje Rina." Aku perkenalkan diriku pula sambil tersenyum manis pada wanita itu. Gadis itu hanya mengangguk lalu membalas senyuman manisnya.

Aku menjemput mereka duduk dahulu sementara itu aku membancuhkan air untuk mereka. Melihat Rayyan mesra sedang bersembang dengan adiknya.

Dulang yang berisi air aku hidangkan di hadapan. Aku mengambil tempat di sisi gadis itu manakala Rayyan dan Zarief masih rancak bersembang.

"Bella, kan?" Aku cuba menyebut namanya. Takut salah sebut pula. Buat malu aje.

Gadis itu hanya mengangguk sambil tersenyum manis. "Terima kasih ya dah selamatkan saya sewaktu malam kejadian tu. Saya lupa nak jumpa dengan awak Bella, nak ucapkan terima kasih. Terima kasih banyak-banyak." Ucapku padanya. Dia hanya senyum lebar.

"It's okey, Rina. Janji kita sama-sama selamat." Balasnya tenang. Hati sedikit terselit lega.

"Eh, kau orang. Jom la makan. Rina ada masak sikit. Jom." aku mula bersuara mengajak mereka ke meja makan.

Tanpa membuang masa, mereka semua sudah bangun berjalan ke meja makan. Bersama-sama menikmati makanan yang sudah terhidang di atas meja.

Selesai aku mencuci pinggan, aku sedikit berkerut dahi apabila melihat Bella iaitu tunang kepada Zarief sedang bersembang dengan Rayyan. Tetapi, melihat riak wajah Bella yang sedang bersembang dengan Rayyan seperti sedang separa merayu. Melihat wajah Rayyan tetap ketat dan serius.

Apa yang mereka sedang bersembang itu?

**********

6 bulan kemudian.

Baju dress muslimah labuh berwarna merah kemas tersarung di tubuhku. Lama aku merenung penampilanku di cermin dihadapanku sambil mengusap lembut perutku yang sudah mula memboyot.

Tak sabar menunggu kelahiran anak mama. Senyuman manis terukir di bibir.

Tak lama itu, aku terasa perutku diusap juga oleh seseorang. Melihat Rayyan sudah muncul di sebelahku. Lembut dia mengusap perutku. Senyuman lebar terukir dibibir.

Melihat lelaki itu sudah siap berpakaian kemeja putih. Lengannya di singsing hingga ke siku. Membuatkan penampilannya boleh buat para wanita cair. Aku yang melihat pun dah cair entah apa lagi dia senyum lebar.

"Jom." Tanganku digenggam kemas oleh Rayyan dan kami bersama-sama berjalan beriringan keluar daripada rumah ini.

Cadangnya, kami mahu ke rumah mak su. Ada majlis ringkas untuk keluarga kami. Mak long dan keluarganya yang lain semuanya hadir. Ah, aku rindu sangat padanya.

Sampai aje dihadapan rumah mak su, aku dan Rayyan bersama-sama berjalan masuk ke dalam rumah mak su. Tangan kami berdua masih bersatu. Digenggam erat dan kemas. Pasangan paling sweet. Eheks!

Masuk sahaja di dalam rumah itu, orang pertama yang aku nampak ialah mak su. Laju sahaja aku mendapatkannya. Aku peluk erat tubuhnya. Rindu. Dah lama tak jumpa.

Melihat di sebelah mak su ada mak long. Dikucup tangan mak long lalu aku memeluk tubuh mak long. Melihat anak-anaknya ramai yang sudah besar. Dan, anak-anaknya sudah ada yang kahwin dan ada anak. Ah, untung mak long dah ada cucu.

"Ya Allah, Rina dah mengandung berapa bulan ni?" Soal mak long terkejut melihat perutku sudah semakin membesar. Aku senyum kecil. Dah lama tak jumpa, sekali jumpa aku terus dah mengandung. Mana tak terkejut.

Akhir sekali jumpa mak long pun sewaktu majlis tahlil arwah nenek, arwah mak dan arwah ayah. Selepas itu, terus tidak dapat jumpa lagi dengan mak long.

Melihat dia juga terbeliak biji matanya berjumpa dengan aku, terus aku mengandung. Aku ketawa kecil. Tetapi hati terselit dengan rasa sungguh bahagia.

"Dah nak masuk 7 bulan." Jawabku tenang dengan senyuman manis.

"Eh, mana suami kamu?" Soal mak long. Agak terkejut juga mukanya. Aku ketawa kecil.

"Tu, hah suami dia. Yang handsome muka kacukan tu." Jawab mak su. Aku ketawa kecil.

Rayyan masih setia di sebelahku. Dia juga turut senyum melihat mak long bukan main gembira apabila dapat tahu aku sudah mengandung.

"Handsome. Untung Rina." Aku ketawa lagi. Mestilah, hero saya ni dan dia juga teddy bear besar saya sewaktu malam.

"Wow, tahniah Rina." Ucap Aqilah iaitu anak kepada mak long. Dia juga sudah bersalin. Anak pun sudah ada dua orang. Semuanya comel-comel. Ah, tak sabar pula aku nak tunggu bayi di dalam perut ini lahir. Pasti kacak seperti Rayyan.

Berita gembira, kami dapat tahu jantina anak kami ialah lelaki. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Dapatlah Rayyan kawan. Nanti aku pandai-pandai la culik anak perempuan Italy kalau tak ada kawan. Eheks!

Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat Allah memberi rezeki padaku dan Rayyan. Senyuman tak lekang di bibir.

"Hehe, thank you Qilah."

Tak lama kemudian, suasana kembali sunyi sepi apabila ada satu suara yang membuatkan suasana tadi menjadi riuh kini menjadi tempat perpustakaan. Sikit pun tak ada bunyi.

Kanak-kanak kecil yang tadi bermain-main di dalam rumah ini semuanya kembali diam. Masing-masing mendapatkan ibu bapa mereka.

Hanya bunyi kipas yang berpusing. Angin yang lalu. Aku menoleh memandang Rayyan. Rayyan langsung tidak memberi apa-apa reaksi pada wajahnya. Tenang.

Aku menoleh pula pada tuan punya suara itu. Kelihatannya orang itu berada di muka pintu rumah ini. Berpakaian jubah hitam dan juga selendang hitam. Wajahnya sedikit tertutup disebalik selendang hitam yang dipakainya itu.

Aku berkerut dahi. Siapakah orang itu?

"Assalamualaikum." Ucap seorang wanita yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumah ini.

Kami semua teragak-agak untuk membalas ucapannya kerana kami semua langsung tidak kenal siapa dia. Wajahnya tidak terlihat jelas kerana wajahnya sedikit tertutup.

Mak su yang masih tertanya-tanya siapakah tetamu yang datang ke rumahnya itu lantas mendapatkan tetamu itu.

Manis senyuman mak su. Mungkin wanita itu salah rumah?

"Errr...Cik ni siapa ya? Cik salah rumah ke?" Soal mak su mesra. Masih dengan senyuman manisnya.

Wanita itu mengangkat wajah memandang wajah mak su. Aku masih berdiri tegak di sebelah Rayyan memerhatikan mereka berdua daripada jauh.

Masih tertanya-tanya, siapakah wanita itu?

"Mak su...." Makin berkerut dahiku apabila melihat wanita itu laju memeluk tubuh mak su secara tiba-tiba.

Dia kenal mak su ke?

Kelihatannya dia masih tidak melepaskan pelukan itu sambil teresak-esak menangis. Sempat aku mengerling ke arah Rayyan di sebelahku. Melihat wajah Rayyan juga masih tertanya-tanya. Bingung.

Kini pelukan mereka berdua dileraikan. Wajah mak su betul-betul berubah. Mungkin terkejut dengan tindakan gadis itu. Mak su pun tidak kenal wanita dihadapannya itu tetapi secara tiba-tiba wanita itu memeluk tubuh mak su.

Aku yang tidak menunggu lama, lantas berjalan mendapatkan mereka berdua yang masih berdiri di muka pintu rumah itu.

"Mak su, siapa dia?" Perlahan aku bersuara pada mak su. Mak su masih membisu.

Aku memandang wanita itu. Masih menunduk. Kini dia mengangkat wajah lalu memeluk tubuhku pula. Tersentak aku seketika.

Kedengaran dia sedang menangis teresak-esak dibahuku. Erat dia memeluk bahuku.

"Rina..." Namaku diseru olehnya. Tapi, aku macam kenal suara ini.

Pelukan kami dileraikan. Lama aku memandang wanita itu. "Akak...Akak minta maaf..." ucapnya lalu membuka selendang yang menutupi separuh wajahnya itu. Terkejut besar aku melihat wajahnya saat ini.

Mulut yang sudah terlopong luas aku tutup dengan telapak tangan. Sudah aku agak. Aku kenal suara ini dan aku kenal wanita dihadapan aku ini siapa.

Alya!

Mataku mula berkaca-kaca. Kenapa selama ini Alya tak pernah beritahu yang dia sedang menderita? Dia menghilangkan diri selama 6 bulan. Agak lama, tapi sekarang aku sedih melihat keadaannya begini.

Sebelah muka Alya telah melecur teruk. Sebelah matanya juga turut buta. Apa sebenarnya yang dah berlaku kepada Alya? Tapi aku dapat agak sesuatu, pasti ini pasal lelaki.

"Rina, akak nak minta maaf..." Sedikit bergetar nada suaranya meminta maaf pada aku.

Menitis jua air mataku mengalir di pipi melihat keadaannya begini. Aku sebagai adik kepadanya, sumpah sedikit pun aku tidak ada letak perasaan dendam padanya. Tetapi, bila dia dah buat aku dulu dengan teruk, sanggup aniayakan hidup aku dahulu, entah kenapa aku makin bertambah benci padanya.

Dia cuba mencapai kedua-dua tanganku tetapi laju aku menepis kasar. Kalau aku dah benci, muka dia pun aku tak nak tengok. Tetapi, disebalik hati ini terasa bersalah buat dia begitu. Dia kakak aku. Pesanan nenek terngiang-ngiang dipeluput telingaku.

''Jagakan kakak kamu tu ya, Rina.''

Walaupun dihati mempunyai perasaan benci terhadapnya, tetapi tetap ada juga terselit menyayanginya. Dia kakak aku. Aku perlu hormat dia. Tetapi, tak akan aku lupa apa yang dia telah buat pada aku dahulu.

"Akak dah banyak buat salah dengan Rina. Maafkan akak Rina. Sumpah, akak malu sangat nak berdepan dengan Rina dalam keadaan akak macam ni. Akak minta maaf, Rina. Akak tahu akak salah. Akak dah banyak sangat buat salah pada Rina. Maafkan akak, dik." Bicaranya lalu kembali berusaha memegang aku.

Aku dengan hati yang keras, kembali panas dan mula bencikan dia. Laju aku menepis. Mahu keluar daripada rumah ini. Malas mahu bertemu dengan dia. Sudah terlambat. Tak guna lagi untuk dia menangis-nangis air mata darah depan aku. Aku benci dia!

Laju aku capai beg tanganku lalu berjalan keluar daripada rumah ini. Air mata tidak dapat ku tahankan akhirnya jatuh jua.

Tak sempat aku nak melangkah keluar, tanganku lagi sekali dipegang oleh Alya. Teresak-esak gadis itu menangis meminta maaf padaku. Sampaikan sanggup melutut dihadapanku meminta maaf pada aku.

Bibirku ketap. Menahan sebak di dada. Fikiran kembali terbayang apa yang Alya telah buat pada aku dahulu. Tapi, aku tidak boleh mengungkit lagi kisah-kisah dahulu. Terlalu menyakitkan hatiku.

"Maafkan akak, dik. Maafkan akak. Akak merayu. Akak minta maaf. Akak tahu, Allah bagi balasan pada akak macam ni sebab akak dah aniaya hidup adik. Maafkan akak, dik. Akak bodoh. Aku tahu akak salah, maafkan akak." Berulang kali dia meminta maaf padaku.

Entah kenapa, hatiku keras untuk memaafkannya. Aku benci dia. Kesilapannya dahulu terhadapku terbayang di ruang kotak fikiranku. Sakit sangat-sangat hati ini bila diingat-ingatkan kembali.

"Sanggup kau buat aku macam ni kak. Kau dah buat hidup aku aniaya lepastu kau menghilangkan diri. Selepas 6 bulan ni baru kau muncul kembali? Kenapa tak terus tak muncul je? Aku benci dapat kakak macam kau ni, Alya!" Bentakku keras. Cuba menolak tubuh dia yang sudah memegang kakiku.

Baru sahaja aku mahu melangkah pergi, Rayyan menghampiriku. Direnung tepat ke anak mataku yang sudah basah.

"Khai, jangan lah macam ni. Ingat Allah, Khai. Tolak ke tepi semua bisikan-bisikan syaitan tu." Rayyan cuba memujuk aku. Tetapi, entah kenapa makin bertambah panas hatiku saat ini apabila Rayyan cuba membela Alya.

"Kenapa? Abang nak bela perempuan ni pula? Kalau dari dulu abang nak perempuan tak guna ni, bagitahu awal-awal pada Khai. Tak ada lah hati Khai ni sakit!" Tajam aku membalas renungannya lalu aku menolak kuat tubuh Alya agar Alya tidak memegang lagi kakiku. Malas nak layan drama-drama air mata palsu semua ini. Aku tahu Alya hanya berlakon baik. Aku benci dia!

"ARGH!" Aku terus tak jadi melangkah pergi apabila terdengar Alya menjerit mengerang sakit. Cepat-cepat aku toleh. Melihat di kakinya sudah mengalir banyak darah. Membulat mataku melihat. Terkejut.

Lantas aku kembali mendapatkannya. Dia sudah menahan kesakitan. Banyak cecair darah mengalir di kakinya buatkan aku panik.

Adakah Alya mengandung?

********

Lama aku menunggu keputusan doktor di dalam bilik wad kakak. Sumpah, aku rasa berdosa pula buat dia begitu tadi.

Teresak-esak aku menangis di dalam pelukan Rayyan. Rasa aku pula yang bersalah telah buat Alya begitu. Tak sangka pula yang dia mengandung.

"Kita doakan sama-sama moga Alya tak ada apa-apa berlaku pada dia." Rayyan masih memujukku. Belakang tubuhku diusap lembut olehnya. Menenangkan aku yang masih tidak henti-henti menangis.

Aku rasa bersalah sangat dah buat Alya begitu. Tetapi masih berjaga-jaga jika dia berlakon pura-pura baik di depan aku lagi. Aku tidak mahu dibodohkan lagi olehnya.

Pelukan kami berdua terlerai apabila mendengar ada seseorang keluar daripada wad yang menempatkan kakak berada.

Cepat-cepat aku menyeka air mata lalu menghampiri doktor yang sudah selesai memeriksa keadaan kakak di dalam.

"Adik dia ke?"

"Ya, saya. Macam mana keadaan kakak saya doktor?" Soalku laju tidak menunggu lama.

Doktor wanita itu tersenyum sebaris sebelum menjelaskan keadaan kakak.

"Alhamdulillah, kandungan di dalam perutnya selamat. Puan jangan risau ya. Dia dan kandungannya selamat. Cuma dia terlalu stress sekarang ini. So, bagi dia berehat dulu. InsyaAllah, dia tiada apa-apa berlaku." Jelas doktor itu dengan senyuman sebaris.

Lega hatiku mendengar. Tetapi, masih terselit dengan rasa terkejut dan kecewa apabila dapat tahu yang Alya mengandung. Adakah anak itu anak luar nikah? Kalau bukan anak luar nikah, mana suami Alya? Dia perlu bertanggungjawab atas semua yang sudah terjadi pada Alya saat ini.

Bermacam-macam soalan berlaga difikiranku saat ini. Doktor itu meminta diri untuk pergi. Air mataku mengalir semula. Rasa sebak di dada ini. Aku dah gagal untuk jaga kakak walaupun sebaliknya dia yang sepatutnya menjaga adiknya sendiri. Tetapi, kata-kata nenek akanku ingat selalu. Dia mengarah aku untuk menjaga kakak. Tapi, aku dah gagal melindungi dan menjaga dia.

Saat ini aku merasa diri aku ini tidak berguna. Bodoh. Adik tak guna! Rasa bersalah sangat terhadap dia. Dah buat dia begitu.

Tak menunggu lama, aku terus melangkah masuk ke dalam wad itu. Tetap juga aku mahu melihat keadaan kakak aku bagaimana.

Melihat Alya sedang merenung siling. Air matanya tak henti-henti mengalir. Laju aku mendapatkannya. Memeluk erat tubuhnya.

"Akak...Rina nak minta maaf..." Teresak-esak aku menangis di dalam pelukannya itu. Terasa di hati ini terlalu sebak. Aku yakin kali ini Alya sudah betul-betul berubah. Tolak ke tepi semua bisikan-bisikan syaitan itu.

Aku tidak mahu dihasut lagi oleh syaitan yang telah menggoda aku untuk membencikan kakak sendiri.

Dia darah daging aku. Aku sayang dia.

Aku mengangkat wajah memandang wajah sembab Alya. Lagi bertambah sedih aku melihatnya. Dia dalam keadaan begini lagi. Mengandung lagi. Tak sanggup aku nak lukakan hatinya.

Alya cuba tersenyum padaku. Air mataku diseka oleh Alya.

"Tak. Kau tak bersalah pun, dik. Akak yang salah. Akak dah banyak buat dosa pada kau dan arwah nenek. Aku minta maaf, dik. Mungkin ini balasan tuhan padaku kerana telah aniaya hidup kau. Aku minta maaf..." Ujar Alya dalam esakan tangisannya.

Tak, aku tak mahu Alya ungkitkan lagi kisah-kisah lama. Biarlah kisah lama itu berlalu pergi dan lupakan segala-galanya yang telah terjadi dahulu. Aku tidak mahu ulangkan lagi perkara itu. Mahu buka buku baru. Berazam baru.

Aku geleng kepala beberapa kali. Tidak suka apabila Alya bercakap tentang kisah lama itu. Aku tidak mahu dengar.

"Shh...Akak tak perlu lagi cakap tentang tu. Biarlah kisah lama itu berlalu pergi. Aku pun nak minta maaf, kak. Maafkan aku juga sebab dah buat kau terluka dulu. Aku minta maaf."

Alya senyum lebar lalu mengeratkan kembali pelukanku. Berkali-kali dia meminta maaf pada aku. Terasa hati ini sungguh lega jika dia benar-benar sudah berubah. Tetapi, melihat riak wajahnya kali ini benar-benar dia sudah berubah.

Ya Allah, terima kasih. Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah lembutkan hati Alya untuk kembali ke jalan yang benar. Tidak perlu dia cakap kenapa dia jadi begini, sudah ku tahu kenapa dia jadi begini.

*********

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku cukup berterima kasih juga pada orang yang sentiasa berada di sisiku. Tak lupa juga dengan suami tersayang.

Rayyan.

Ya, lelaki itu telah banyak membantuku. Banyak sangat. Aku sungguh terharu. Sentiasa ada di sisiku walaupun aku ini banyak kekurangan, gadis malang dan banyak dugaan yang datang. Dia tetap setia hidup bersamaku.

Dan, aku bersyukur juga. Alhamdulillah, aku sudah selamat melahirkan zuriat kami berdua. Nama pun dah siap letak.

Muhammad Amirul Danish.

Nama itu juga diberikan oleh Rayyan. Katanya, dia minat sangat dengan nama itu. Kena dengan anakku yang baru lahir ini.

Aku senyum lebar melihat bayiku didukung oleh mak su. Dikucup bertalu-talu. Lebar senyumanku apabila melihat bayi Amirul kini bertukar pada Cik Yah. Makin bertambah gembira cik Yah melihat aku sudah selamat bersalin.

Alhamdulillah, syukur.

Kini, mata beralih pula pada suamiku yang masih setia di sisiku. Tangannya aku capai lalu aku kucup lama. Susah senang dia sentiasa berada bersamaku.

"Thank you abang." Ucapku sambil menahan air mata agar tidak mengalir.

Dia senyum lebar. "Abang yang sepatutnya berterima kasih pada sayang. Thank you so much dear and I love you so much, my love." Ucapnya lembut. Aku senyum lebar.

"Love you too, my hero." Balasku. Hati disimbah dengan rasa sungguh bahagia. Tak terkata.

"Alolo...Comelnya." Kini bayi Amirul berada pada Alya. Melihat perut Alya juga sudah memboyot. Sudah masuk 5 bulan. Ah, tak sabar juga mahu melihat Alya bersalin. Dan aku juga mahu mencari jodoh untuk Alya nanti hihihi.

Aku senyum melihat Alya juga turut senyum. "Hah, bagus lah tu. Nanti Mirul dah ada makwe." Aku berkerut dahi apabila Alya berkata begitu. Cik yah dan mak su sudah ketawa kecil.

"Kenapa?" Soalku bingung.

"Sebab dalam perut ni baby girl." Ujar Alya gembira. Ah, apa lagi. Memang gembira lah aku. Aku memang nak anak perempuan mungkin tiada rezeki. Tapi, Alya pula dapat anak perempuan. Apa-apa pun aku patut bersyukur pada Allah.

"Wow, congrats kak." Ucapku. Alya ketawa kecil.

"Thank you, adik akak." Jawabnya sambil tersenyum manis.

"Assalamualaikum." Ah, kehadiran itu yang aku nanti-nantikan. Akhirnya dia sampai juga. Apa lagi, aku yang tadi duduk bersantai di atas sofa bersebelahan dengan Rayyan, kini bangun dan berlari anak ke pintu rumah.

"Eh, Rina. Hati-hati. Kamu tu belum habis pantang lagi." Pesan mak su apabila melihat aku berlari anak ke pintu rumah. Aku ketawa kecil.

"Ila!" Sebaik sahaja membuka pintu, melihat wajah Ila dihadapan terus aku menjerit gembira. Erat-erat aku memeluk tubuh gadis ini. Rindu sangat padanya.

"Wei, rindunya dekat kau. Eh, mana anak kau. Aku tak sabar nak tengok anak kau." Ujar Ila gembira. Aku mencebik.

"Isy, kau ni datang sini nak jumpa aku rindu dekat aku ke nak jumpa dengan anak aku?" Sengaja aku buat-buat merajuk. Ila ketawa kecil.

"Alololo....Jangan lah merajuk. Mestilah aku nak jumpa kau sekali. Kau kawan baik aku kut." Dipeluk tubuhku sekali. Lebar senyumanku. Gembira.

"Dah, dah jom masuk."

"Baby Mirul!" Jerit Ila lalu mendapatkan si kecil itu.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Gembira saat ini tak terkata. Perasaan bahagia saat ini juga tak terkata.

Happy!

*******

Malam itu, selesai aku tidurkan si kecil itu aku terus ke balkoni bilik. Mengambil angin malam sekejap. Dah lama tak ambil angin.

Malam ini sedikit dingin tetapi mampu buat aku tenang. Hati terasa lapang. Tetapi, terselit rindu pada arwah nenek, arwah mak dan arwah ayah. Kalau mereka ada pasti suasana makin riuh dan gembira. Pasti arwah mak orang pertama yang gembira dapat cucu.

Masih terbayang wajah mesra kakak dan kata-kata kakak pada petang tadi. Mungkin dia masih tidak dapat lupakan perkara yang telah dia buat pada aku dahulu.

"Rina, aku...aku nak minta maaf. Ya, aku mengaku aku salah. Tolong percayakan aku Rina. Aku tak tipu kau. Aku nak minta maaf betul-betul. Aku tahu pasti kau anggap aku macam pura-pura baik di depan kau. Sumpah tak Rina, aku betul-betul nak minta maaf pada kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu aku kakak yang paling tak guna untuk kau. Aku sepatutnya jaga kau lindungi kau tapi aku gagal aku bodoh. Aku lebih pentingkan diri sendiri. Maafkan aku Rina." Tanganku dicapai olehnya lalu dikucup lama. Menitis air mataku melihat dia lakukan begitu.

"Kak, cerita tu dah lepas biar lepas begitu sahaja. Rina tak ambil hati pun. Lagipun, Rina bersyukur sangat-sangat akak dah berubah. Akak jangan lah stress-stress macam ni. Risau baby dalam perut tu." Aku mencuba memujuknya. Air matanya aku seka. Senyuman manis aku hadiahkan padanya.

"Terima kasih dik kerana terima akak kembali walaupun akak jahat." Tubuhku dipeluk erat olehnya. Aku senyum lebar. Air mataku mengalir di pipi. Tidak dapat ditahankan sebak di dada.

"Tak ada apa la kak. Kau tetap kakak aku."

"Aku sayang kau dik." Pelukan itu masih dieratkan lagi. Aku senyum lebar. Makin laju air mataku mengalir. Tangisan kesyukuran.

"Aku pun sayang kau, kak."

Apa-apa pun aku bersyukur pada Allah. Hati Alya telahpun terbuka untuk kembali ke jalan yang benar. Aku tak mahu lagi melihat hidupnya terseksa. Aku mahu dia bahagia.

"Sayang tak tidur lagi, hmm?" Suara itu lembut berbisik di telingaku. Pinggangku dirangkul kemas oleh Rayyan. Aku senyum lebar.

"Tak. Nak ambil angin kejap." Jawabku ringkas. Senyuman masih tak pudar di bibir.

Aku melabuhkan kepala di dada bidang Rayyan. Kalau nak labuhkan kepala di bahunya memang tak ke sampaian. Aku dah lah pendek dia pula tinggi lampai.

Hanya mampu labuhkan kepala di dadanya aje. Itupun dah cukup buat aku tenang dan bahagia.

"Abang..."

"Hmm..."

"Khai bersyukur sangat-sangat akak dah berubah. Hati Khai lega dan tenang. Kalau arwah nenek masih ada pasti dia gembira melihat kakak sekarang ni, kan?" Ujarku masih terngiang-ngiang kata-kata Alya pada petang tadi.

"Ya. Abang pun bersyukur sangat-sangat kerana dia dapat terima takdir dan mengaku kesalahan dia."

Alhamdulillah, itu lah yang aku mahukan. Alya sudah berubah. Kini keadaan pun semakin baik. Mak su juga sudah mula berbaik dengan Alya. Makin mesra mereka semua.

Suasana diam seketika. Menghirup angin malam yang sungguh tenang.

"Abang..."

"Ye sayang..." Ah lembutnya suara dia berbisik di telingaku. Cair aku saat ini. Senyuman tidak dapat disembunyikan lagi. Bahagia!

"Abang sayang Khai tak?"

Kalau orang dengar pasti akan ingat soalan ini soalan merepek. Pasti lah Rayyan sayangkan aku. Tapi aku aje mengada-ada mahu soalkan soalan itu padanya.

Kedengaran seperti Rayyan ketawa kecil. "Mesti lah sayang. Kalau abang tak sayang Khai dah lama Khai jadi janda tau." Hati aku berapi-api apabila dia kata begitu. Pasti mahu mengusik aku.

Tajam aku pandang dia. "Isy, abang ni..." Aku memeluk tubuh sambil menjarakkan diri daripadanya.

"Alolo...Merajuk pula. Ya, sayang. Abang sayang Khai seorang aje. Tak akan lah abang nak sayang dekat bini jiran sebelah mak su pula." Pecah tawa kami bersama. Aku merangkul kemas pinggangnya.

"Khai bersyukur sangat-sangat abang sentiasa ada di sisi Khai. Dan Khai juga tak akan lupa pada abang. Abang dah banyak bantu Khai dulu. I love you so so so so much, my hero!"

Huish, panjang betul so aku. Hah, tu dah terlampau sayang lah tu. Dah tak tahu nak ungkapkan bagaimana lagi aku sayang padanya. Nanti ada yang kena kiss kang baru tahu.

Rayyan melepaskan tawanya. "Yeah, abang pun sama sayang. Love you so so so much sweetheart. Sampai mati." Aku senyum lebar lalu mengeratkan lagi pelukan itu.

Selesa dalam keadaan begini. Rasa tenang. Mungkin kisah kami berdua akan tamat di sini dengan perasaan yang sungguh gembira dan bahagia.

Banyak sudah kami lalui dugaan. Bermacam-macam perkara dan dugaan yang kami lalui. Tetapi, kami bangkit semula walaupun aku dan Rayyan bersama-sama jatuh. Demi rumahtangga kami, aku tetap bangkit berdiri semula walaupun kami berdua lemah. Demi cinta antara aku dan Rayyan aku sanggup korbankan apa sahaja.

Dan lelaki ini juga, bukan sebarangan orang. Mafia dan mengetuai ketua mafia. KING BRUSIO. Bukan sebarangan doktor ya. Dia seorang mafia. Tapi, dia tidak lah sekejam seperti mafia yang lain. Itu lah suamiku...

MR.ARAYAN MIKAEL.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience