Perlahan-lahan aku buka mata, seperti biasa kepala aku terasa sungguh sakit. Sakit yang teramat lah.
Baru sahaja aku nak angkat tangan memicit kepalaku yang masih terasa berdenyut-denyut, aku berkerut dahi apabila melihat tanganku diikat. Kaki aku juga diikat dengan tali. Sekarang aku berada di atas kerusi dan mulutku di lekatkan dengan seletip. Ah, aku tak rasa ni seletip biasa. Pasti kalau buka nanti akan sakit.
Hati mula berdebar-debar. Cuak! aku di mana ni?! Melihat sekeliling sepertinya aku berada di sebuah rumah terbengkalai. Kiri kanan kosong dan sedikit kotor. Pasti aku berada di sebuah rumah yang tidak berpenghuni. Aku langsung tidak tahu dan tidak ingat apa-apa.
Kepala masih sakit. Aku pejam mata rapat-rapat. Meminta pertolongan daripada Allah. Aku tak rasa aku selamat. Pasti ada seseorang ada niat jahat pada aku.
Ternaik bahuku apabila terdengar ada seseorang membuka pintu rumah itu. Air mata mula bertakung. Entah kenapa, saat ini tubuhku mula menggigil takut. Takut jika aku diculik lagi oleh ketua mafia jahat itu. Aku tidak mahu lagi ulangkan kejadian itu.
Tapi, aku perlu kuat. Aku tidak boleh mengalah. Tajam aku renung seseorang yang telah masuk ke dalam rumah itu. Perasaan takut semuanya aku tolak ke tepi. Mencuba memberanikan diri.
Seorang lelaki berpakaian hoodie berwarna hitam. Dia juga memakai topi berwarna hitam dan juga pelitup muka berwarna hitam. Semua serba hitam. Yang hanya aku dapat lihat, matanya. Matanya sedang merenung tajam ke arahku.
Aku nak bercakap tidak boleh kerana mulut ditutup dengan seletip. Nak buka sikit mulut pun susah. Dah terkatup rapat sangat sampaikan sikit pun aku tak boleh nak buka mulut.
Dia menghampiri aku. Aku sudah tidak tentu arah. Takut dia nak apa-apakan aku lagi. Buatkan dia nak bunuh aku macam mana? Tengok orang dihadapanku ini sangat menyeramkan.
Dia menunduk sedikit memandang wajahku. Pelitup muka yang dipakai olehnya tadi dibuka. Aku yang melihat mahu terkejut besar melihat wajah itu. Sangat aku kenal lelaki dihadapanku ini.
Acap!
Dia senyum sinis sambil tangan naik menyentuh pipiku. Laju aku menoleh kepala ke tepi tidak mahu dia sentuhku. Aku membalas renungan tajam padanya.
"Hai, sayang. Dah lama betul acap tak jumpa, rina. Acap rindu sangat dengan sayang acap ni. Rina sihat?" Bicaranya dengan nada yang sungguh lembut tetapi terselit dengan nada yang menyeramkan.
Aku yakin dia ada niat jahat nak apa-apakan aku. Aku tahu dia masih tidak puas hati dengan apa yang telah aku buat padanya dahulu. Ya Allah, lindungilah hamba.
"Oh, lupa. Mulut Rina kan tertutup. Tak apa lah. Acap tahu, tengok keadaan Rina macam sihat. Mesti Rina sihat kan? Lagi bertambah sihat dan bahagia kalau Rina bersama acap." Ujarnya lagi sambil senyum sinis. mengerikan.
Dia ketawa sinis. tangannya diseluk ke dalam kocek seluar mengeluarkan satu telefon bimbit. Membulat mataku melihat itu telefon bimbit milik aku. Apa yang dia nak buat sekarang ni?!
Aku melihat dia sedang ketawa sinis sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitku. Tak lama itu, dia kembali menghampiriku.
Dia menunjukkan skrin telefon itu pada aku. Terkejut besar aku melihat dia menghubungi Rayyan. Apa yang dia mahukan daripada aku? Apa yang dia tidak puas hati dengan aku lagi?!
"Mesti dia ingat rina call kan? Hahaha...mati lah dia acap kerjakan dia nanti!" Nada suaranya kini makin meninggi buatkan aku lebih rasa takut. Mata dipejam rapat-rapat. Air mata sudah mengalir laju.
"Hello, sayang..."
Laju sahaja aku buka mata kembali apabila dengar suara Rayyan di dalam talian itu. Dengan sedaya upaya aku cuba melepaskan diri untuk bercakap dengan Rayyan. Tapi, tidak berjaya kerana tali yang telah diikat di pengelangan tanganku diikat dengan sangat kuat.
"Hello, sayang?" Suara Rayyan masih kedengaran. Melihat wajah acap pula sudah tersenyum sinis.
"Sayang dekat mana tu? Ila ada call abang, dia kata sayang tak ada dengan dia. Sayang pergi mana? Hello, sayang?" Rayyan bersuara lagi dengan bernada risau. Aku cuba lagi untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.
Rayyan tolong saya!
"Bro, kau jangan risau. Isteri kau selamat di sini. Dia lebih bahagia bersama aku." Tak menunggu lama, melihat acap sudah bersuara di dalam talian itu. Aku pasti, rayyan akan terkejut besar.
Kini kedengaran suara acap ketawa jahat. "Kau buat apa dengan isteri aku, hah?! Kau siapa?!" Nada suara Rayyan makin meninggi. Acap senyum senget sambil memandangku.
"Kau tak perlu tahu pun aku siapa. Sekarang ni, kalau kau nak isteri kau selamat, kau datang sini selamatkan dia sebelum aku bunuh dia!"
Gulp! telan liur aku mendengarnya. Acap dah gila! Dia kejam! Apa yang dia dah cakap ni? Tak. Aku tidak takut dengan dia. Jangan sampai aku yang bunuh dia!
"Sial!" Bentak Rayyan di dalam talian itu buatkan aku terkejut. Acap ketawa jahat sambil merenungku. Dia kembali menghampiriku.
Seletip yang berada di mulutku itu dibuka dengan sungguh kasar membuatkan aku terkejut. Jangan lah terkupas kulit bibir aku ni. Sumpah rasa pedih sangat-sangat saat ini.
"Abang! Abang, tolong Khai!" Jeritku sudah tidak tahan. Harap sangat Rayyan dengar suaraku itu.
"Khai!"
"Abang, tolong khai abang. Tolong, khai..." Jeritku lagi sebelum seletip itu kembali melekat di bibirku. Automatik aku terus tidak boleh bercakap lagi. Hanya air mata yang mengalir laju.
"Kau dengar. Isteri kau selamat di sini. Jangan risau lah." Bicara acap pula sambil ketawa jahat. Puas hati gamaknya sudah perangkap aku. Tak akan aku biarkan dia terlepas kali ini. Jangan sampai aku yang bunuh dia nanti!
"Hei, kau jangan apa-apakan dia kalau kau tak nak mati!"
Acap terus mematikan talian itu. Dia kembali memandangku. "Alolo...kesian dia. Dah menangis. Acap minta maaf ya sebab dah buat Rina menangis." katanya sambil mengeluarkan satu pisau kecil dari kocek seluarnya buatkan aku lagi bertambah terkejut besar.
"Dunia ni kecil, aje sayang. Akhirnya, dapat juga jumpa dengan Rina lagi. I'm miss you so much, sayang." Aku menjeling tajam ke arahnya. Sah dia gila!
Pisau kecil yang dipegang olehnya itu diangkat lalu diletakkan di sebelah pipi kiriku. Makin lebat air mataku. Takut jika dia buat apa-apa padaku. Sudah lah dia gila, pegang lagi pisau itu. Buatkan dia main-main dengan pisau itu tertusuk pada perutku rasanya dah arwah aku hari ni.
"Rina rindukan acap tak?" Soalnya sambil senyum senget.
Rindu dia? Hei, memang tak lah aku nak rindu dia yang sudah naik gila itu. Sekarang aku rindukan Rayyan. Bukan lelaki gila dihadapanku ini. Sumpah aku rindu sangat dekat Rayyan. Harap sangat dia cepat sampai dan menyelamatkan aku daripada lelaki gila ini.
"Oh, lupa. Macam mana Rina nak jawab sedangkan mulut Rina kena tutup. Hahaha, maafkan acap sayang." aku jeling tajam ke arahnya. Dah lah gila, bodoh lagi. Sakit hatiku melihat dia.
Langsung tidak kasihan terhadapku, dengan kasar dia membuka seletip itu di mulutku. Ya Allah, sakit tu tak terkata. Sakit sangat-sangat. Rasa macam dah nak tercabut mulut aku ni. Aku pasti, mesti kulit bibirku sedikit berdarah.
"Hah, baru lah nampak muka bakal isteri kesayangan acap ni. Rindunya acap dengan wajah Rina, suara lembut Rina. I love you so much, sayang." Bicaranya lagi buatkan aku nak muntah hijau.
"Acap! Apa yang acap nak lagi daripada Rina, hah?! Acap dah gila ke apa?! Rina isteri orang. Boleh tak jangan ganggu hidup Rina lagi! Berapa kali Rina nak cakap, Rina langsung tiada perasaan sikit pun pada acap!" Bentakku geram dengan lelaki dihadapanku ini. Kalau dapat dilepaskan tanganku ini nak aje aku hentak-hentak kepala dia tu. Geram!
Wajah acap serta-merta berubah apabila aku cakap begitu. Wajahnya bertukar marah. Tajam dia renungku. Dia yang tadi sedikit mencangkung kini berdiri tegak dengan renungan tajamnya.
Sanggul rambutku yang melitupi dengan tudungku digenggam erat olehnya. Aku terjerit kecil terkejut dengan apa yang dia buat padaku.
"Argh! Sakit lah, acap! Lepaslah!" Jeritku meminta dia lepaskan genggaman di sanggul rambutku itu. Tetapi aku salah. Dia langsung tidak peduli dan lagi bertambah kuat aku menjerit mengadu sakit lagi kuat dia menggenggam sanggul rambutku itu.
"Apa kau cakap?! Apa yang aku nak daripada kau?! Aku nak kau perempuan! Aku tetap nak kau! Kalau kau degil tak mahu minta cerai dengan lelaki tak guna tu, aku akan bunuh kau Rina!" Pisau tadi kini diletakkan dipipiku. Terasa sedikit pedih.
Makin laju air mataku mengalir. "Acap, apa yang awak cakap ni? Tolong lah lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni, acap. Tolong lah..." Aku sudah separa merayu padanya agar dia lepaskan aku. Tapi, dia hanya senyum sinis. Tak pedulikan dengan kata-kataku itu.
"Aku tak akan lepaskan kau Rina. Aku sayang kau. Aku nak hidup bersama kau. Kau milik aku, bukan milik lelaki tak guna tu!" Bentaknya lagi. Aku sudah teresak-esak menangis. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya aku saat ini.
Tapi aku tidak boleh menyerah. Aku tidak boleh menunjukkan diri aku pada dia yang aku takut. Tak, aku tak takut padanya. Dia dah gila!
Kini aku pula yang senyum sinis. "Rina tak akan hidup bersama orang gila macam acap! Rina benci acap!" Aku memberanikan diri untuk bersuara dengan nada yang sungguh tinggi.
"Kau cabar aku, ya Rina? Jangan sampai aku buat kau mati malam ni!" Bentaknya pula. Tajam dia renungku.
"Acap nak bunuh Rina? Bunuh lah. Rina tak kisah pun. Tapi, acap yang akan menyesal kehilangan orang yang acap sayang." Ujarku dengan wajah tenang. Senyum sinis terukir di bibirku.
Melihat wajahnya sedikit berubah. Pisau tadi yang diletakkan di pipi kiriku kini dijauhkan daripada pipiku. Aku senyum. Tenang. Jangan takut.
Sanggulku yang digenggam kuat olehnya kini dileraikan. Lama dia memandang wajahku buatkan aku terkejut apabila dia mengusap lembut pipiku. Ah, itu aku tak boleh terima.
"Acap minta maaf sayang. Acap minta maaf..." Aku cuba menepis menoleh kepala ke tepi tidak mahu dia sentuh aku. Tapi, dia boleh pula memeluk tubuhku. Erat dia peluk tubuhku buatkan aku terkejut besar.
Liur ditelan. Mencuba mengaturkan jantungku dengan baik. Nafas aku tarik perlahan-lahan. Air mata masih lagi lebat mengalir jatuh ke pipi tetapi wajahku tetap tenang.
"Maafkan acap sayang..." Acap bersuara lagi sambil memeluk tubuhku. Aku tidak boleh menolak tubuhnya kerana kaki tanganku diikat erat dengan tali. Tak dapat melepaskan diri.
"Hoi!" Terkejut besar aku dan acap apabila ada seseorang menendang kuat pintu rumah itu sehinggakan pintu itu pecah terjatuh.
Bersinar-sinar mataku melihat kemunculan Rayyan di situ bersama Zarief dan Zyan. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat melihat mereka datang untuk menyelamatkan aku.
Pelukan acap ditubuhku serta-merta dileraikan olehnya. Dia memusingkan tubuhnya memandang Rayyan yang sudah muncul.
Secara tiba-tiba, acap menepuk-nepuk tangannya sambil tersenyum jahat. "Wow, ketua mafia kita dah datang lah." Bicaranya sinis sambil ketawa jahat.
"Abang, tolong Khai!" Jeritku meminta tolong pada Rayyan. Melihat wajah ketiga-tiga orang itu memang dah merah menahan marah. Kecut perut nak ditenungnya. Lagi-lagi Rayyan. Bagaikan mahu menelan orang!
"Alolo...kesiannya isteri kau ni, Rayyan. Menangis daripada tadi menunggu kemunculan kau. And, kau pun dah datang di sini. Bagus lah." Acap bersuara lagi sambil berjalan menghampiriku.
"Kau jangan sentuh isteri aku kalau kau tak nak mati!" Rayyan memberi amaran keras pada acap. Acap masih ketawa jahat.
"Okay, okay...aku lepaskan isteri kau. Tapi...." Dia berjalan ke belakangku. Pisau yang dipegang olehnya tadi kini diletakkan semula ke leherku.
Laju air mataku mengalir. Berdoa kepada Allah agar aku tidak diapa-apakan pada malam ini.
"Aku nak kau lepaskan perempuan ni dulu." Ugut acap pada rayyan dengan sungguh sinis.
"Kau cakap apa ni, sial? Kau gila ke apa, hah?! Kau jangan sampai aku bunuh kau malam ni! Lepaskan dia kalau kau tak nak mati!" Keras suara Rayyan memberi amaran. Aku memejam mata rapat-rapat. Sumpah aku takut jika pisau itu makan diriku.
Acap ketawa lagi. "Kalau kau tak nak ceraikan isteri kesayangan kau ni, aku yang akan bunuh isteri kau sebelum kau bunuh aku."
"And, sayang. Kita mati sama-sama ya." Bicaranya sambil memandangku. Dia lepaskan lagi tawa jahatnya itu buatkan aku rasa makin takut.
"Bro, kita cakap elok-elok la. Macam ni, kau lepaskan dia. Kitaorang janji akan bagi apa yang kau nak. Lepaskan dia dulu." Zarief mula bersuara. Nada suaranya seperti sedang memujuk lelaki gila itu.
"Chill, chill lah bro. Kita tak main bunuh-bunuh ni. Bagi kerjasama. Kau elok, kami elok. Lepaskan pisau tu ke bawah. Dan lepaskan dia. Kami akan bagi apa yang kau mahukan." Kini giliran Zyan pula bersuara.
Acap ketawa lagi sambil menggeleng-geleng kepalanya. Dia tidak percaya pada mereka bertiga. "Tolong lah acap. Lepaskan saya." Aku pula yang bersuara.
"Kalau kau nak tahu, malam hitam yang kau trauma tu aku yang buat! Aku yang sentuh kau pada malam tu, Rina!" Terkejut besar aku mendengarnya. Sungguh aku terkejut. Melihat wajah Rayyan juga berubah terkejut.
Acap ketawa lagi. Tak henti-henti dia ketawa. Puas hati gamaknya telah buat aku begini. Mengalir semula air mataku.
"Kalau aku rogol kau pada malam tu, kita dapat anak dan kita terus kahwin. Tapi, ada pula seorang hero yang paling bijak memikat hati kau, Rina! Aku menyesal tak dapat sentuh kau lebih dalam sebab lelaki tak guna tu kacau kerja aku!" Bentak Acap. Mungkin masih marah.
Baru aku ingat pada malam hitam itu. Sewaktu dia mahu menyentuh tubuhku, aku terasa tubuhnya ditolak oleh seseorang ke tepi. Alhamdulillah, aku tidak disentuh oleh acap. Kerana Rayyan telah berjaya menolak tubuh lelaki gila itu daripada sentuh aku lebih dalam pada malam hitam itu.
Tajam acap merenung Rayyan. Masih tidak puas hati dengan lelaki itu. Aku berkali-kali berdoa pada Allah. Aku takut sangat. Tak sangka semua itu acap yang buat. Kenapa dia kejam sangat sampaikan buat begitu padaku? Aku benci dia!
"Apa yang awak dah buat ni acap?! Rina benci acap! Rina benci acap!" Ucapku dalam esakan tangisan. Tidak dapat terima dengan apa yang acap dah buat padaku.
"Ya, dengan cara itu aku dapat kau Rina. Tapi, lelaki tak guna ni pula kacau kerja aku! Bila aku dah dapat kau pada malam ni, tak akan aku lepaskan kau pada sesiapa lagi. Kau milik aku!" jeritnya bagaikan orang gila sambil ketawa jahat.
"Kau memang dah gila!" Terkejut aku melihat Rayyan sudah menolak kuat tubuh acap. Sepantas kilat dia sudah mendapatkan lelaki gila itu.
Acap tersungkur jatuh. Pisaunya sudah terlepas daripada tangannya. Dia kembali bangun dan mendapatkan Rayyan. Sumpah, aku tidak boleh melihat mereka bergaduh bertumbuk.
Zarief dan Zyan lantas berlari anak mendapatkan aku. Di pengelangan tanganku yang terikat dengan tali dan kakiku yang diikat kuat dengan tali dibuka oleh mereka berdua. Ya Allah, sakit gila di tempat pengelangan tanganku yang diikat dengan tali tadi. Dah berbirat. Pedih.
"Rina, awak okey? Awak ada apa-apa cedera?" Soal Zarief memeriksa keadaan tubuhku jika aku cedera. Aku menyeka air mataku. Senyuman manis mekar di bibir sambil menggeleng kepala yang aku tidak apa-apa. Aku selamat.
Kini aku dipapah oleh mereka untuk berdiri. Mata sempat memandang Rayyan dan acap yang masih bergaduh. Aku tak mampu melihat. Aku tak nak rayyan di apa-apakan oleh acap.
"Sial!" Satu penumbuk Rayyan diberikan pada acap.
Acap sedikit mengundur sambil memegang pipinya yang baru lepas kena makan dengan penumbuk Rayyan.
"Aku tak akan lepaskan perempuan tu!" Jerit acap lalu mencapai pisau tadi yang terlepas terjatuh tadi kini berada di tepinya.
Membulat mataku melihat dia capai lalu dia berlari mendapatkan Rayyan. Aku yakin dia mahu bunuh Rayyan, dengan itu aku menolak tubuh Zarief yang sedang memapahku lalu aku berlari mendapatkan Rayyan.
Tersentak Rayyan apabila melihat tubuhku sudah berada di depan matanya. Aku menahan sakit yang berada di bahuku. Sumpah sakit sangat. Pedih.
Melihat acap sudah melepaskan pisau itu di bahuku. Aku bersyukur kerana dapat menghalang Rayyan daripada ditusuk pisau itu oleh acap.
Aku senyum lebar pada Rayyan. Wajah Rayyan berubah melihat aku menghalangnya. Aku yang sudah lemah lantas Rayyan menyambut tubuhku.
"Khai!" Jerit Rayyan. Aku masih menahan sakit apabila bahuku masih terasa pedih dengan tusukan pisau itu.
Melihat wajah acap juga berubah. Pisau yang berada ditangannya terlepas sendiri. Sepertinya, acap terkejut melihat yang dia salah tusuk pisau itu pada aku.
BANG!
Terkejut aku mendengar bunyi itu. Sepertinya, ada seseorang melepaskan tembakannya. Aku masih pegang bahuku yang sudah mengalir banyak darah.
Acap tersungkur jatuh sambil pegang lengannya yang telah ditembak oleh seseorang. Aku juga terkejut yang menembak acap itu ialah...
Zarief!
"Aku nak kau panggil Sarah untuk settle kan kes ni." Bicara Zarief pada Zyan. Aku melihat pula Zyan sudah berlalu pergi.
"Argh!" jerit acap menahan sakit.
"Sayang okey ke?" Soal Rayyan panik sambil pegang bahuku yang masih laju mengalir darah. Aku hanya senyum lebar.
"Khai okey, abang. Abang jangan risau ya." Pipinya aku usap lembut. Laju sahaja dia peluk tubuhku. Erat-erat dia peluk tubuhku. Aku juga membalas pelukannya.
Dapat kulihat pula Zarief mendapatkan acap lalu dia mengacukan pistolnya pada acap yang sudah terbaring sambil pegang lengannya yang ditembak tadi.
"Kau main kotor, kami juga akan main kotor. Aku dah cakap, jangan sampai kau yang mati malam ni. Now, you lose. Game over!" Aku melihat sedikit lagi Zarief mahu melepaskan tembakan pada wajah acap, cepat-cepat aku leraikan pelukan Rayyan dan berlari menghalang Zarief agar dia tidak melepaskan tembakan itu pada acap.
"No! Jangan, Zarief! Tolong, jangan. Ingat Allah. Please...jangan buat macam ni." Aku merayu pada zarief.
Kalau dah dikatakan mafia, kalau nak bunuh seseorang itu memang mereka dah tidak teragak-agak untuk bunuh. Seperti orang-orang berkata, mafia ini kejam. Jadi, tolong jangan buat hal dengan mereka.
Zarief memandang wajahku. Dia senyum sebaris. Pistolnya tadi diacukan pada Acap kini disimpankan kembali. tak lama itu, kedengaran bunyi kereta polis menghampiri rumah buruk ini.
Dua orang anggota polis menerjah masuk ke dalam rumah ini. Acap yang masih terbaring, ditarik tubuh Acap agar berdiri oleh dua anggota polis tadi. Kedua-dua tangan acap digari lalu dibawa lelaki gila itu pergi daripada sini.
Ah, aku bersyukur sangat-sangat keadaan semua selamat. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat pada tuhan.
Aku masih tidak boleh terima yang acap lah orangnya yang telah buat aku trauma pada malam hitam itu. Sungguh kejam dia buat begitu padaku. Teringat kembali peristiwa itu, air mataku kembali mengalir. Teresak-esak aku menangis. Tidak dapat terima dengan apa yang acap dah buat padaku selama ini. Dia kejam!
Terasa ada seseorang menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Aku sudah tahu siapa. Aku hanya melepaskan tangisanku ke dalam pelukannya. Sumpah sedih sangat-sangat. Kecewa.
Belakang tubuhku diusap lembut oleh Rayyan. Memberi aku tenang. Aku kembali mengangkat wajah, menyeka air mata. Menenangkan diri sendiri.
"Abang minta maaf sayang..." Ucap Rayyan sambil menyeka air mataku. Aku senyum kecil ke arahnya.
"Tak, abang tak salah pun. Ni semua salah Khai. Dan, Khai tak sangka yang acap buat semua ni pada Khai. Dia kejam! Khai benci dia!" Luahku. Masih tidak puas hati. Tapi aku cuba memujuk hati sendiri. Tidak boleh mengikut bisikan setan.
Tenangkan diri dahulu. Lama rayyan memeluk tubuhku sebelum pelukan kami dileraikan apabila ada seseorang bersuara.
"Tuan Rayyan." Seorang wanita yang berpakaian uniform polis lengkap menghampiri kami berdua.
"Kes ni tuan jangan risau. Kami dah selesaikan. Lelaki itu akan dipenjarakan, jika dia dilepaskan mungkin ada orang yang jamin dia untuk keluar daripada penjara itu." Jelas polis wanita itu pada Rayyan. Aku hanya mendengar.
"No. Saya tak nak dia terlepas lagi. Dan saya tak nak ada orang jamin dia. Biar dia duduk dalam tu sampai mati pun tak apa!" Kedengaran jelas suara Rayyan yang masih tidak puas hati dengan acap.
"Baik tuan. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"
"Tak ada."
"Baik, tuan. Saya pergi dulu." Wanita itu terus berlalu pergi. Aku hela nafas lega. Alhamdulillah, keadaan semua selamat.
Zarief dan Zyan kembali mendapatkan aku dan Rayyan. "Terima kasih Zarief, Zyan dan abang. Kalau kau orang tak ada, mesti saya dah tak hidup dekat dunia ni." Ucapku pada mereka bertiga dengan senyuman manis di bibir.
Rayyan senyum kecil sambil merangkul kemas pinggangku. Zarief dan Zyan pula hanya senyum lebar.
"Tak ada apa-apa masalah pun, pretty. Kami okey aje. Hal kecil aje tu. Janji lelaki gila tu dah masuk penjara. Hidup awak pun dah aman kali ini." Bicara Zarief menenangkan aku yang masih kusut berfikir.
Aku hanya senyum lebar. Tak lama itu, terasa di bahuku sangat pedih. Sakitnya! Nasib baik lah dia tak tusuk ke dalam sangat. Darah masih mengalir. Pedih.
Ah, sakit sangat-sangat. Tak terkata sakit tu macam mana. Baju aku di bahagian bahu pun sudah banyak mengalir darah.
"Aduh, sakitnya." Aduku sendiri. Rayyan yang perasan laju mendukung tubuhku dan membawa aku keluar daripada rumah kosong ini.
Aku bersyukur kepada tuhan yang kami semua selamat. Ternyata malam hitam itu perlakunya ialah acap. Lelaki gila itu! Sanggup dia buat aku begini. Sakit hati aku!
Acap juga ada bersepakat dengan Alya. Tunggu lah tiba masanya untuk perempuan gila itu pula! Aku tak akan maafkan dia jika dia masih mengulangkan kesalahannya dengan sikap perangai dia yang macam itu.
Biar dia tahu acap dah kena tangkap dengan polis jangan sampai dia pula yang kena tangkap dengan polis. Aku tak akan biarkan dia terlepas kali ini.
********
"Abang rasa abang tak jadi lah nak ke Italy. Dengan keadaan sayang macam ni lagi. Abang risau, sayang."
Aku daripada tadi lagi asyik muntah, muntah dan muntah. Tekak ni pun dah rasa sakit asyik daripada tadi muntah.
Nak masak pun tak boleh. Kalau aku ada terbau bahan-bahan masak yang tak kena dengan tekak pasti aku akan muntah. Kenapa ya?
Tertanya-tanya juga. Susah betul aku nak masak. Sesudahnya, Zyan aje yang beli makanan di luar. Kasihan aku melihat dia. Dia terpaksa keluar beli makanan kami.
Badan pun dah terasa lemah. Kepala pula sudah berpusing-pusing. Sekarang aku hanya baring di atas katil. Tidak larat nak bangun jadi seperti lipas kudung asyik berjalan sana sini di dalam rumah besar ni.
"Khai okey je lah, bang. Abang jangan risau lah." Aku cuba memujuk lelaki itu. Melihat wajahnya jelas yang dia sedang risau melihat keadaanku. Senyuman manis aku hadiahkan padanya. Dia mengusap lembut tanganku.
"Abang tak senang hati kalau abang berada di sana dan Khai pula dalam keadaan begini di sini." Ujarnya dalam nada yang sungguh risau melihat keadaan aku begini. Aku senyum kecil.
Bahu aku yang hampir ditusuk ke dalam-dalam bahu dengan pisau sewaktu acap mahu tusuk pada bahuku, satu hari satu malam rayyan risau melihat keadaanku. Tapi, sekarang alhamdulillah. Hanya tinggal parut. Luka dia semakin kering.
"Kalau abang tak nak pergi, tak apa. Khai pun suka abang ada kat rumah ni. Noleh temankan Khai." Aku peluk lengan sasanya.
Memang aku suka jika dia tidak pergi. Beerat hati ini jika dia pergi meninggalkan aku. Aku tidak mahu berjauhan dengan dia. Banyak benda aku fikir kalau dia ke sana.
Rayyan senyum kecil sambil mengusap lembut kepalaku. Aku pun tak tahu lah tiba-tiba aje aku boleh jadi begini. Sakit perut tidak, racun makanan pun tidak, gastrik pun tidak. Haih, penat aku fikir aku dapat penyakit apa hari ini.
Kepala pula sakit, badan lemah daripada tadi muntah. Pantang bau benda yang tak kena dengan tekak, pasti akan muntah. Sarapan pagi tadi pun aku hanya teguk susu putih. Tak mahu makan. Rasa perut ni tak boleh nak telan apa-apa makanan.
"Okey, abang tak jadi pergi. Memang abang tak nak pergi pun. Rasa berat hati kalau tinggalkan Khai dalam keadaan begini duduk dalam rumah ni sorang-sorang. Abang minta maaf sayang. Abang terlalu ikutkan ego sampaikan abang geram sangat nak ke sana nak bunuh orang yang telah buat begitu pada abang." Bicara Rayyan.
Aku sedikit terkejut. Ya, aku dah agak. Dia ke sana nak cari mangsa yang dah buat dia begitu. Tak, aku tak mahu hanya tinggal mayat dia di sana nanti. Aku tak mahu kehilangan dia buat selama-lamanya. Aku mahukan dia selalu berada di sisiku.
"It's okey abang. Khai faham perasaan abang macam mana. Apa-apa pun, abang perlu sabar. Ingat tuhan itu ada." Aku cuba memujuknya. Dia senyum lagi. Hatiku lega melihat dia setuju yang dia tidak jadi ke sana.
Alhamdulillah.
"Nanti kita pergi klinik ya sayang. Abang tengok Khai dah teruk sangat ni."
Aku hanya membalas dengan gelengan kepala. Tidak setuju untuk ke klinik. Aku bukannya sakit teruk pun. Esok-esok ni pasti hilang lah kut muntah aku tu.
"Tak perlu lah. Sikit je ni, Khai bukannya sakit teruk pun." Aku tolak dengan lembut. Rayyan hanya akur, dia senyum kecil.
"Okey lah, abang pergi kerja dulu. Kalau ada apa-apa nanti call abang ya." Pesannya. Aku mengangguk lalu mengucup tangannya. Lama dia mengucup dahiku sebelum aku kembali bangun berlari ke bilik air.
Sewaktu dia mendekatkan dirinya padaku, dapatku hidu pewanginya yang dipakai. Sumpah aku tidak boleh bau apa-apa. Tak kena dengan tekak pasti akan muntah.
Cepat-cepat aku berlari ke bilik air yang berada di dalam bilik ini. Mengeluarkan apa yang akan keluar daripada mulut aku ini. Ah, sungguh menjijikkan!
Selesai itu, aku mencuci mulutku dan kembali melangkah keluar. Melihat Rayyan laju mendapatkan aku. Lama dia perhatikan wajahku yang sudah pucat. Perut pula sudah tidak sedap, kepala pening lagi. Haih, dugaan apa lah kali ini? Tempoh hari lepas aku hampir tiada di dunia ini, kali ini penyakit pula yang datang.
"Ya Allah, sayang. Sayang okey tak ni? Jom lah abang check sayang di hospital. Bahaya tau kalau sayang tinggal sorang-sorang dekat rumah ni dalam keadaan macam ni. Dah, jom." Tanganku digenggam kemas olehnya dan membawa aku keluar daripada bilik.
"Tak apa lah, abang. Khai okey lah," sempat aku menghalang.
"Sayang. Please dengar cakap abang. Abang risau kalau Khai jadi apa-apa nanti dalam rumah ni," lama aku pandang wajahnya dan menghela nafas panjang. Senyuman kecil terukir di bibir. Aku hanya akur. Ikut je lah apa yang dia cakap.
Tudung kucapai lalu disarung di kepala. Kami beriringan berjalan bersama-sama keluar daripada rumah ini.
********
Lama Rayyan merenung wajahku. Aku pula yang rasa hairan. Dah kenapa dengan suami aku ni tiba-tiba renung aku macam itu? Lama juga lah kami berdiam diri. Tak lepas-lepas Rayyan renung wajahku sambil tersenyum senget.
"Kenapa abang tengok Khai macam tu?" Aku mula bersuara memecahkan kesunyian yang daripada tadi asyik membisu.
Lelaki itu ketawa kecil. Tapi, dapat kulihat dia ketawa gembira.
"Abang tengok muka sayang pucat sangat. Daripada semalam sayang asyik muntah dan sayang pernah cakap dekat abang semalam yang sayang dah tak datang bulan. Abang dapat tahu sesuatu," dia senyum senget.
Aku masih blur. Tapi, dalam kepala otak terfikir juga. Ya, aku sudah hampir 3 bulan tidak datang bulan. Risau juga. Tapi itu mungkin hormon. Tapi, bila di fikir-fikirkan semula seperti ada sesuatu yang tak kena pada diriku.
Sepanjang aku tidak datang bulan aku kerap muntah. Adakah ini tanda-tanda....
"Are you pregnant?" Soalnya buatkan aku terkejut besar.
Mengandung?
Tak pelik lah kalau Rayyan tahu. Dia doktor. Pasti lah dia tahu semuanya. Aku ketap bibir. Benar atau tidak ya? Sebab semua ini terjadi baru lagi.
"Abang, Khai tak sure lagi lah. Mungkin ni sebab hormon kut." Aku masih tidak percaya. Tapi, ada betul juga apa yang Rayyan kata. Tanda-tanda orang mengandung semuanya ada pada diriku sekarang ni.
Rayyan ketawa lagi sambil memegang kedua-dua tanganku. "Kalau sayang tak sure, sayang boleh check sendiri. Nanti abang belikan pregnancy test untuk sayang." Bicara Rayyan. Wajahnya jelas gembira.
Bagaikan sudah tahu aku mengandung tapi aku aje yang masih tidak percaya.
Ya Allah, kalau betul aku mengandung memang aku sujud syukur. Gembira sangat-sangat. Tak lama lagi aku akan jadi mama dan Rayyan menjadi ayah. Ah, gembiranya!
Share this novel