• BAB 8

Romance Completed 27650

"Untuk kali pertama saya berjumpa dengan awak, saya mula jatuh hati dengan awak. Saya suka melihat awak. Lagi-lagi melihat awak sedang membebel. Comel." Jujurnya sambil menoleh memandangku dengan senyumannya.

Aku telan liur. Apa yang dia cakap ni? Dia suka aku? Bagaikan mimpi saat ini apabila aku mendengar pengakuan daripada mulutnya sendiri.

"Saya mula jatuh cinta pada awak. Awak sangat baik. Jaga nenek awak sehinggalah nenek awak sudah tiada. Satu hari itu, nenek awak pernah cakap dekat saya. Yang dia teringin sangat mahu lihat cucunya berkahwin. Dan nenek awak juga sukakan saya. Dia mahu kita berkahwin." Tersentak aku apabila dia berkata begitu. Aku teguk liur beberapa kali. Jantung dah berkencang dengan hebat. Laju!

Ya, aku takkan lupa kata-kata nenek itu sebelum dia pergi. Dia ada cakap begitu padaku. Tak sangka pula yang nenek juga ada cakap begitu pada Doktor Arayyan. Ya Allah, nak pengsan aku mendengarkannya.

"Sewaktu itu, saya bawa nenek awak jalan-jalan. Saya kesian dekat dia asyik duduk menunggu awak. Itu lah kata-kata nenek awak yang terakhir untuk saya. Saya pun dah anggap dia macam ibu saya sendiri. Dia layan saya dengan sangat baik. Seperti ibu saya melayan saya sewaktu kecil." Cerita doktor Arayyan lagi. Aku hanya mendengar. Membuka luas telinga ini.

"Sebab itu juga lah saya rahsiakan semua ini daripada awak. Kalau saya mengaku dekat awak yang saya suka awak, saya pasti awak takkan terima saya dengan apa yang dah terjadi sekarang ini. Dan saya pasti awak takkan terima saya kerana saya mafia. Saya jahat. I'm a badboy. Saya tidak seperti lelaki lain yang baik. Saya juga pernah bunuh orang. Sebab itulah saya cakap saya jahat. Tak sesuai dengan awak yang baik, lemah lembut dan cantik."

"Saya dah jujur dengan awak mungkin awak dah tak dapat terima semua ini. Saya rasa, kalau kita bersama pun pasti nyawa awak akan dalam bahaya kerana kumpulan DIAMOND akan membahayakan diri awak. Kerana mereka sudah tahu siapa awak. Mereka juga sudah anggap awak sebagai kekasih saya. Mungkin sebab itu juga, mereka sangka yang saya tak ikut group mereka sebabkan awak."

"But, I'm really-really sorry. I'm so sorry sebab dah buat nyawa awak hampir hilang pada hari ini. Sebabkan saya, awak hampir tiada di dunia ini. Sebabkan saya juga, awak diculik." Ucapnya bersungguh-sungguh, kelihatan seperti dia pula yang bersalah.

"Tak. Awak tak salah pun. Saya yang salah sebab cuai. Sekarang saya baru tahu semua tu. Saya juga nak minta maaf kalau selama ini saya melayan awak dengan kasar. Saya juga dah banyak terhutang budi dengan awak. Tapi...Kenapa awak pilih saya? Saya hanya gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Saya miskin. Awak kaya. Saya bukan perempuan seperti di luar sana. Kalau awak hidup bersama saya pun, saya rasa awak akan menyesal."

Aku bersuara apabila hampir lama aku membisu. Dia senyum sebaris dengan persoalanku. Aku juga terkejut. Banyak-banyak wanita yang cantik model-model yang kurus tinggi lampai berlambak di luar sana, tapi kenapa aku juga yang dia pilih?

Aku tidak cantik, aku gadis biasa, aku tidak punya apa-apa harta. Aku tidak seperti dia. Aku juga duduk menumpang rumah orang. Tak lama lagi, aku juga akan hidup seperti sebatang kera yang tak punya apa-apa apabila mak su mula buka mulut bercakap tentang hartanya.

"Tak. Saya bukan pilih rupa, tapi saya pilih hati awak. Saya tahu hati awak baik. Awak tak macam perempuan di luar sana yang cantik di luar tetapi hatinya tak secantik seperti wajahnya. Awak baik, Khai. Awak sangat baik. Dan awak juga telah berjaya buat hati saya jatuh cinta pada awak." Jujurnya lagi buatkan jantung aku nak terhenti.

Aku rasa nak pengsan bila dia cakap yang dia sudah jatuh cinta padaku. Adakah ini mimpi? Kalau mimpi, tolong lah bangunkan aku! Aku dah tak sanggup nak dibuai dalam mimpi ini!

"Saya tak nak awak rasa tak selesa dengan saya apabila saya sudah cakap begini. Saya bagi awak masa. Dan, saya juga nak minta maaf lagi sekali sebab dah buat nyawa awak dalam bahaya tadi. Sebabkan saya, semua mafia tu cari awak. I'm so sorry, sweetie." Ujarnya bersungguh-sungguh.

Aku terkaku seketika apabila dia memanggilku dengan gelaran nama 'Sweetie'. Hatiku tadi beku kini semakin cair. Ah, kau kena lawan Rina. Jangan cair.

"Tapi, tak semudah itu saya nak ceritakan semua ini pada orang luar. But, awak berhak tahu. Saya dah anggap awak lebih daripada kawan, awak bukan lagi orang luar dalam hidup saya. Jadi, saya cerita ini bersebab. Saya nak awak tahu yang saya jahat, dan saya nak awak jawab soalan saya. Kalau awak tak sudi jadi milik saya tak mengapa, Khai. Saya faham, saya jahat." Ujarnya lagi.

Sekarang aku sudah mengerti semuanya. Betul katanya, tak semudah itu kisah silam kita mahu diceritakan pada orang luar, tetapi adakah aku orang paling istimewa dapat tahu kisah silamnya dahulu?

Kami berdiam diri seketika. Selesa dengan dalam keadaan sebegini. Mungkin perjalanan kami masih jauh. Wajah aku tadi dah berbahang apabila dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta padaku.

"Doktor Arayyan..." Aku bersuara mahu bertanya sesuatu padanya. Tetapi laju sahaja dia memotong.

"Just call me Rayyan, dear." Aku menelan liur. Berbahang wajahku dia panggil aku begitu.

"Err...Rayyan. Macam mana awak tahu saya berada di sana?" Soalku. Mahu tahu jugak, macam mana dia tahu aku kena culik oleh kumpulan mafia DIAMOND itu?

Aku melihat dia senyum senget. “Saya hubungi awak sebab awak kan dah janji pada saya yang awak mahu jumpa saya di hospital, saya tunggu juga tapi awak masih tak muncul. Saya cubalah hubungi awak. Tapi, apabila saya call awak, saya dengar suara awak meminta tolong. Dan, saya dengar pula suara John di dalam talian itu. Jadi, saya dah agak yang mereka culik awak dan mahu apa-apakan awak.” Ceritanya. Kali ini aku baru faham. Ya, tadi telefonku sempat aku angkat sewaktu Rayyan menghubungiku. Aku bersyukur sangat dia dengar semuanya. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doaku.

"Jadi, siapa pula Mark?" Iya, lelaki itu sangat-sangat aku ingin tahu. Hampir sedikit lagi dia mahu sentuhku. Tetapi aku dapat larikan diri daripada dia.

Mendengar aje nama itu, aku melihat wajah Rayyan merah menahan marah. Mungkin masih tidak puas hati dengan lelaki itu. Lambat-lambat Rayyan bersuara.

"Dia cucu kepada John. John sayang dia. John juga arahkan dia untuk diapa-apakan awak jika saya tidak ikut serta ke kumpulan dia. Jadi, saya takut sangat awak diapa-apakan oleh mereka. Saya tak boleh kehilangan awak, Khai." Bicaranya sambil memandang sekilas ke arahku.

Terkejut aku mendengar kata-katanya yang terakhir itu. Haih, kalau wanita yang tidak kuat seperti aku ini, pasti sudah cair dengan kata-katanya yang terakhir itu. Aku telan liur.

"Jadi, dengan itu saya upahkan Chris untuk lindungi awak. Saya tak mahu mereka culik awak begini dan saya tak mahu perkara ini terjadi lagi." Sambungnya lagi.

Kepala otakku lantas dapat sesuatu persoalan untuk ditanyakan kepada Rayyan apabila nama Chris disebut olehnya tadi. "Oh ya, dah lama juga lah saya tak nampak Chris. Ke mana dia pergi?" Tanyaku pada Rayyan. Rayyan masih fokus memandu. Pastilah abang dia tahu ke mana adiknya pergi.

"Dia ke Italy sekarang ini. Ada hal sedikit yang perlu dia selesaikan." Jawab Rayyan ringkas.

"Kenapa? Awak rindukan dia ke?" Soal Rayyan tiba-tiba. Tergamam aku seketika dengan persoalannya itu.

"Err...Ma...Mana ada. Saya dengan dia tu cuma kawan aje lah." Balasku sedikit gagap. Tapi memang aku jujur pun. Chris aku dah anggap macam kawan baik aku sendiri. Dia sangat baik. Chris juga seorang driver aku yang tak bergaji. Kasihan dia.

Aku melihat Rayyan senyum kecil. Aku pula yang cair. "Maaf kalau saya tanya lagi, kenapa awak datang ke Malaysia?" Soalku pada Rayyan. Aku masih keliru. Melihat musuhnya di sini, kenapa dia tidak aje lari ke Italy.

"Chris ada bagitahu saya, di Italy sekarang sudah selamat. Ya, di Italy selamat kerana kumpulan DIAMOND sudah datang ke Malaysia. Chris juga sudah balik ke Italy, rumah asal kami. Dia juga selamat dan baik-baik aje di sana. Dia juga ada ajak saya untuk pulang ke Italy. Tapi, saya tetap mahu ke Malaysia untuk bertemu dengan mereka. Saya tetap nak balas dendam. Saya takkan lari daripada mereka. Kalau saya lari, mereka akan ingat saya pengecut. Tapi saya bukan seperti apa yang mereka cakap!" Jelas Rayyan lagi. Aku menelan liur apabila mendengar perkataan 'balas dendam' asyik keluar daripada mulut Rayyan. Memang berdendam betul ya Rayyan dengan musuhnya itu.

Haih, siapa aje tak sakit hati apabila kedua-dua orang tua kita dibunuh dengan sangat kejam? Pasti lah sakit hati. Kalau aku ditempat Rayyan pun aku akan buat apa yang dia buat sekarang ini. Tapi, kita tak boleh ikut bisikan setan. Semua bisikan setan perlu ditolak ke tepi dan ingat Allah itu sentiasa ada di sisi hambanya.

"Dan, kalau awak nak tahu. Hospital di pekan itu ialah hospital David. Doktor David. Selepas dia mati, saya yang mengambil alih semua itu. Dan, saya juga menggantikan tempatnya, doktor Arayyan Mikael. Semua jururawat yang bekerja di situ tahu saya siapa. Mereka juga takut dengan saya. Tapi, mereka terkejut apabila awak berani bertegang leher dengan saya." Sambil dia bercerita, sambil itu dia ketawa kecil. Aku terpaku melihat dia ketawa. Sungguh kacak. Memang cair aku disebelahnya ini.

Aku juga turut tersenyum kecil. "Hehe, sorry." Ucapku sambil menunduk malu. Alamak, dia masih ingat tentang itu. Malunya aku!

"And, semua nurse di situ terkejut awak orang pertama yang bertegang leher dengan saya dan awak juga orang pertama yang buat saya jatuh cinta pada awak. Dan awak juga telah buat saya tahu apa itu erti cinta." Sambungnya lagi. Aku senyum kecil. Sekarang ni sumpah aku tak boleh duduk diam apabila dia dah cakap yang dia mula sukakan aku. Aku rasa dah berkali-kali dah dia buat aku cair.

"Dan, hospital itu juga milik saya. Semua juga terkejut apabila tahu saya doktor tapi mafia. Doktor mafia." Sambungnya lagi. Jadi, semua kata-kata Ila benar yang Rayyan ialah Doktor mafia. Pandai betul si minah itu korek rahsia tentang kisah hidup Rayyan.

Maklumlah, minah tu suka sangat tengok drama mafia romance ni. Kan dah terbawa-bawa sekali. Tetapi tak sangka menjadi kenyataan pada diriku. Kalau aku ceritakan semua ini pada Ila, pasti dia cemburu dan terkejut beruk.

**********

Kini aku melihat kereta Rayyan sudah berhenti dihadapan sebuah rumah. Sepertinya aku melihat ini rumah dia.

Lama aku perhatikan rumah itu. Besar. Kali ini, dapat juga aku lihat-lihat rumahnya yang besar ini. Dah tak nampak macam kampung, macam rumah mewah aku lihat. Pasti semua orang tahu ini rumah Rayyan kan? Maklumlah, dia kan paling kaya di kampung ini.

Aku melihat Rayyan sudah melangkah keluar daripada keretanya. Aku juga turut keluar daripada keretanya itu. Aku masih berusaha untuk sembunyi daripada Rayyan. Tak mahu dia lihat aku yang masih tidak bertudung.

Kalau boleh alihkan pandangan mata dia tu, dah lama aku alihkan. Tapi, dia tidak lah asyik pandang aku. Pandangan menggoda pun dia tidak berikan kepadaku. Dia juga Islam, jadi dia tahu larangan Allah.

"Jom." Ajaknya lalu melangkah ke pintu besar rumahnya itu. Aku telan liur nak ikut. Takut juga kalau-kalau ada orang melihat aku masuk rumah Rayyan.

Dah lah aku dengan dia je, tak pasal-pasal nanti kena tangkap basah macam mana?

"Errr...Rayyan. Saya tak nak lah masuk. Saya takut lah kalau ada orang nampak saya masuk rumah lelaki. Dah lah kita berdua aje." Aku menggaru-garu kepalaku. Otak ligat berfikir.

Dia senyum kecil. "Jangan risau, dalam rumah ini bukan saya seorang aje." Ujarnya menenangkanku agar aku hilang rasa takut untuk jejak langkah masuk ke dalam rumahnya.

Aku telan liur lagi sebelum ikut dia melangkah masuk. Laju aku melangkah masuk ke dalam rumah dia itu takut pula ada yang lihat.

Sebelum masuk, aku menoleh ke kiri dan ke kanan dan baru lah aku melangkah masuk. Dapatku lihat ramai lelaki yang berbadan sasa berkelilingi kami berdua. Seperti biasa, berpakaian suit kemas.

Oh, mungkin inilah anak buah Rayyan. Aku tidak tahu, tetapi fikiranku kuat mengatakan yang ini semua penolong Rayyan.

Aku berjalan dibelakang Rayyan. Membiarkan lelaki itu melangkah berjalan dahulu. Tetapi aku sedikit malu nak jalan. Sudahlah aku tidak bertudung. Semua memandang ke arahku.

Tapi, terfikir juga. Takkan lah aku sorang perempuan dalam rumah ni? Takkan lah semua lelaki? Malunya! Kenapa lah Rayyan tak teruskan aje hantar aku pulang.

Aku yang tak lepas-lepas memandang sekeliling rumah besar itu sempat brek kecemasan apabila Rayyan sudah berhenti di tengah-tengah jalan. Nasib baik tak tercium susuk belakangnya itu.

"Khai, ni mak Jah. Dia pembantu rumah di dalam rumah ni. Mak Jah, ni Khai." Rayyan memperkenalkan kami berdua. Aku senyum manis ke arah Mak Jah. Dia juga membalas senyumanku. Aku sedikit lega apabila bukan aku seorang diri aje perempuan di dalam rumah ini. Ternyata, ada juga wanita yang duduk di dalam rumah ini. Nafas lega aku hela panjang-panjang.

"Khai, awak duduk lah dulu. Saya nak naik atas kejap." Arah Rayyan menyuruh aku duduk. Aku akur. Punggung terus ku labuhkan di atas sofa yang empuk itu.

Sempat mata melihat tiga bodyguard Rayyan sedang bersembang mesra dengan rakannya. Seorang berwajah seperti berbangsa china seorang lagi berwajah orang melayu dan seorang lagi pula berwajah orang luar negara. Masing-masing buat hal sendiri. Mungkin mereka sudah tiada tugas untuk dijalankan.

Tubuhku sandarkan disofa sambil mata melihat sekeliling rumah itu. Cantik. Nampak sungguh mewah.

Aku hela nafas panjang, mengingatkan kembali kejadian tadi. Semuanya berlaku pada hari ini dan soalanku itu juga sudah dijawab oleh Rayyan. Hidup aku sewaktu kecil lebih kurang sama dengan hidup Rayyan sewaktu kecil.

Patutlah dia ceritakan semua itu padaku. Takut aku tak terima dirinya yang dia mafia. Aku telan liur, terkejut juga apabila dia cakap kat aku yang dia pernah bunuh orang.

Haih, aku pula yang rasa takut padanya. Tetapi, dia telah jatuh cinta padaku. Aku juga keliru dengan hati dan perasaanku sendiri. Aku tidak mampu memiliki lelaki itu, tetapi lelaki itu pula yang jatuh hati pada aku.

Tapi, kalau aku suka dia sekalipun. Aku jatuh cinta dengan dia dan kami bersama-sama bercinta, dia boleh ke terima kekuranganku? Kelemahanku? Banyak benda aku fikir. Tipu lah kalau aku tak suka dia, hati kecil aku ini sudah sedikit demi sedikit mula menyukai lelaki itu.

Aku yang sedang termenung jauh itu, terkejut apabila ada seseorang menutup kepalaku dengan sehelai kain yang berwarna merah.

Aku memandang seseorang itu.

Rayyan.

Dia meletakkan tudung itu di atas kepalaku dengan kemas. Jantung aku ni mahu aje terkeluar apabila aku sedar jarak kami berdua semakin rapat.

"Err....Terima kasih." Ucapku. Alhamdulillah, dia faham tentang keadaanku sekarang yang aku tidak selesa tanpa tudung. Dia senyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya yang sungguh cantik.

Ah, mahu aje aku menjerit. Cantik betul lesung pipitnya. Dengan wajahnya yang kacak kacukan darah Italy membuatkan semua para wanita termasuk aku, cair melihat dia senyum.

Aku juga turut senyum lebar. "Ini selendang arwah ibu saya. Ini lah selendang kali terakhir dia pakai sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Saya masih simpan. Kalau saya rindu dia, saya selalu cium selendang dia ni. Tapi, kalau awak pakai, rindu saya pada ibu hilang serta-merta. But, I am the one who is falling in love with the person who wears this scarf."

Bicaranya membuatkan aku tidak senang duduk. Aku ketap bibir. Menahan senyuman yang mahu diukir dibibirku. Malu-malu aku memandangnya yang sedang duduk dihadapanku itu.

Lama dia merenung aku yang berselendang milik ibunya itu. Aku pula rasa kekok saat ini apabila dia renung aku begitu. Bukan renungan tajam, tetapi renungan penuh cinta padaku.

Ah, aku pula rasa tak senang duduk dan canggung bersamanya. Aku rasa dah banyak kali kut dia bagi aku cair. Ini pertama kali aku melihat dia layan aku seperti aku kekasih dia. Sangat berbeza dengan doktor Arayyan dan ketua mafia yang bernama Leonardo Luciano.

"Ehem...Err, maaf ganggu Tuan Rayyan. Ni mak Jah ada bawakan air sikit untuk kau orang berdua. Jemput minum ya." Aku bersyukur apabila Mak Jah telah berjaya menyedarkan kami berdua daripada mengelamun panjang.

Aku melihat Rayyan hanya mengangguk. Aku pula senyum manis pada mak Jah.

"Terima kasih mak Jah." Ucapku. Wanita yang sedikit berusia itu hanya senyum ke arahku dan berlalu pergi apabila sudah selesai menghidangkan minum untuk kami berdua.

Aku masih berdiam diri. Tetapi, buat aku tak senang duduk apabila aku melihat Rayyan memegang bibirnya yang masih terluka itu.

Aku pula yang risau. Luka dibibirnya itu belum sembuh lagi. Perlu letak ubat segera. Aku tidak suka melihat dia cedera. Hatiku juga rasa sakit melihat dia cedera.

"Err...Rayyan. Bibir awak tu terluka. Pergi lah letak ubat cepat." Aku mula bersuara, bersuara bernada risau. Sumpah aku tak boleh duduk diam kalau dia cedera.

Dia senyum kecil memandangku. Aku pula yang berkerut dahi melihat dia senyum secara tiba-tiba.

"I see, you're kind of worried about me." Bicaranya membuat aku sedikit berbahang. Alamak, aku dah tunjuk pada dia yang aku risau tentang keadaan dia ke? Aduhai! Kenapa tertunjuk lebih sangat ni Rina!

Aku ketap bibir. Menahan rasa malu. Melihat lelaki itu masih tersenyum senget. Seperti sengaja mengusikku.

"It's okey. Nanti lah saya letakkan ubat ni. Esok hilang lah tu." Jawabnya bersahaja. Senang betul dia cakap ya. Serius aku tak mahu lihat wajahnya ada banyak luka. Nanti dah tak kacak!

"Err...Jangan lah macam tu. Nanti makin teruk bibir awak tu macam mana?" Dia jongket kening sebelahnya. Aku pula jadi blur. Tak lama itu dia bersuara.

"Mario!" Panggilnya pada anak buahnya. Aku melihat seorang lelaki yang tadi sedang bersembang dengan rakannya terhenti lalu berjalan ke arah kami berdua.

"Yes, bos." Dia menunduk hormat. Huh, memang setia betul ya dia dengan bosnya.

"Please take the first aid kit for me." Arah Rayyan pada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk lalu melangkah pergi mengambil barang yang disuruh oleh Rayyan tadi.

Tak lama kemudian, lelaki tadi kembali dengan peti kecemasan yang disuruh ambil oleh Rayyan. Diletakkan peti kecemasan itu di atas meja dihadapan kami dan dia berlalu pergi.

Aku lega apabila dia dengar cakap aku. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman kecil tanpa dia perasan.

"Boleh tolong letakkan?" Aku yang tadi lega apabila dia mendengar kata-kataku, kini aku terkejut semula apabila dia menyuruh letakkan ubat pada luka dibibirnya itu.

"Err..." Aku gagap. Nak letak ke atau tak ya? Kesian pula dia.

"If you don't put this medicine on the side of my sore lip, I also don't put this medicine on my sore lip. So, please put this medicine where the wound can be, dear?" Ugutnya padaku agar aku letakkan ubat itu ditempat lukanya yang berada di tepi bibirnya itu.

Amboi, dah pandai ugut-ugut orang ya sekarang. Aku kecilkan mata memandangnya. Sengaja buat-buat marah. Dia ketawa kecil. Hati aku pula yang terasa lega.

"Okey, fine. Tapi, kalau saya letak ubat ni dekat tempat luka awak tu, apa yang awak nak bagi dekat saya?" Sengaja aku ugut dia balik. Padan muka! Ingat dia boleh terlepas dengan aku? Hei, ni Khairina Aulia lah!

Dia ketawa dahulu sebelum menjawab. "Oh, jadi awak tak ikhlas lah tolong saya?" Soalnya sambil mengangkat kening sebelah. Aku pula yang tertawa kecil. Entah tiba-tiba geli hati pula.

"Tak ada lah. Tadi kan awak ugut saya, so sekarang saya lah pula ugut awak." Aku senyum kecil. Dia lepaskan lagi tawanya. Hati aku ni tak terkata, suka melihat dia ketawa mesra begini daripada wajahnya yang ketat beku itu.

"Okey, saya akan bagi awak sesuatu."

"Apa dia?"

"Something special."

Aku pula yang rasa berdebar-debar. Entah apa lah yang dia nak bagi aku nanti. Entah ya ke tidak dia bagi nanti.

"Hm, okey." Setujuku lalu mencapai peti kecemasan itu. Aku mengambil ubat apa yang patut untuk mencuci luka di tepi bibir Rayyan dan meletakkan sedikit ubat di tempat lukanya itu.

Saat aku mencuci lukanya itu, aku tidak perasan pula yang dia sedang renungku. Tiba-tiba baru aku perasan yang jarak kami dekat. Ya Allah, macam mana lah aku boleh tak perasan.

Lantas aku jarakkan diri dengan dia. Bibir diketap malu. Wajah dah berbahang. Jantung pula dah berdetak dengan sangat laju.

Tadi sewaktu kami dekat, dapat kulihat anak matanya yang berwarna hazel. Cantik. Bulu matanya lentik. Hidungnya mancung dan bibirnya sedikit merah jambu. Haih, handsome betul ya lelaki Italy ini.

Ah, aku kena tolak ke tepi semua perasaan itu. Aku masih keliru untuk terimanya. Aku tak nak Rayyan ingat aku mahu ambil kesempatan atas dirinya.

"Err...Dah siap." Selesai aku meletakkan ubat dilukanya, aku kembali menyimpankan semula ubat-ubatan di dalam peti kecemasan itu.

"Thank you, Khai." Ucapnya. Aku hanya mengangguk lalu tersenyum lebar.

Tak lama itu, aku terkejut melihat wajahnya sedikit berubah apabila matanya terpandang pada pengelangan tanganku.

Ya Allah, baru aku perasan yang tempat pengelangan tanganku itu sedikit lebam. Aduhai, macam mana lah Rayyan boleh perasan? Ini semua bekas genggaman daripada Acap. Aku teguk liur apabila melihat dia kembali memandang wajahku.

"Kenapa dengan tangan awak tu?" Soalnya. Aku gagap untuk menjawab.

"Err..."

"Jawab, Khai!"

"Err...Tak ada apa lah. Saya...Saya..."

"Jangan nak tipu. Saya tak rasa ini hal kecil. Siapa yang berani pegang awak sampai lebam macam itu?" Soalnya bernada risau bercampur marah.

Aku terkejut apabila dia seperti tahu ada seseorang yang telah memegang pengelangan tanganku dengan kuat. Aduh, apa aku nak jawab ni. Sudah bagaikan seperti ayah menanyakan pada anaknya kenapa lewat balik malam. Aku pula yang rasa berdebar-debar untuk menjawab.

"Err...Kawan saya." Terpaksa lah aku jujur daripada melihat dia yang semakin marah itu. Kalau nak tipu nanti, tak pasal-pasal aku pula yang kena.

"Siapa kawan awak tu?" Ah, macam aku ni anak dia pula mahu tanya semua tentang hal aku.

"Kawan tempat kerja saya. Acap. Err...Awak jangan lah marah. Dia cuma terpegang aje. Dia bukannya buat apa-apa pun pada saya." Sedikit gagap aku terangkan semua itu padanya. Ah, aku sudah tidak tentu arah apabila melihat wajahnya masih tidak berubah. Kelihatannya dia masih marah.

"Rayyan, saya kena balik dulu lah. Dah lewat malam ni. Tak nak nanti ada orang kampung tengok saya duduk di sini. Nanti dia orang fikir lain pula." Ujarku mahu menamatkan perbualan kami di sini dan meminta diri untuk pulang ke rumah sebelum ada sepasang mata yang memerhati nanti.

"Okey. But, awak boleh ke balik seorang diri?" Soalnya lagi risau melihat keadaan aku begini dan aku perlu balik seorang diri lagi. Kelihatannya, jelas dia risau. Dalam hati mahu aje menjerit. Bersyukur kerana ada juga orang yang risau tentang aku.

Aku senyum lebar. "It's okey. Saya boleh aje balik sendiri."

"Okey, kalau ada apa-apa call saya." Pesannya sebelum aku meminta diri untuk pulang.

Sewaktu aku berjalan mahu pulang ke rumah pada jam lewat malam begini, dapatku rasakan seperti ada seseorang memerhatikan aku dari jauh. Aku telan liur.

Tak menunggu lama, aku terus berlari laju masuk ke dalam rumah. Pintu rumah aku tutup rapat-rapat dan mengunci rumah itu.

Kejadian malam hitam itu masih kuat berada di dalam fikiranku membuatkan aku takut untuk keluar berjalan malam seorang diri.

hari ni saya baik hati untuk double update hahahaha...Jangan lupa Komen and follow sekali ya guys! Thank you, bye! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience