• BAB 10

Romance Completed 27650

"Ya Allah, aku rasa nak pengsan wei. Kau tak rasa nak pengsan ke doktor Arayyan tu cakap macam tu dekat kau?"

Sepanjang kami berjalan kaki untuk pulang ke rumah, Ila tak habis-habis membebel tentang doktor Arayyan. Dia dengan aku lebih kurang sama aje. Tapi, aku aje yang banyak membebel kalau dah dapat bersuara tu. Susah nak dihentikan.

Melihat ila seperti tidak percaya yang Rayyan sudah meluahkan perasaannya padaku dan Rayyan juga sudah mula menyukaiku. Mahu terkejut beruk Ila sewaktu aku ceritakan semua itu padanya. Aku dah cakap dah, pasti dia akan terkejut beruk punya.

Aku ketawa kecil dengan kata-kata Ila itu. "Cair tu memang cair juga lah aku. Tapi, aku kuatkan iman aku." Balasku sambil ketawa.

"Peh, belum lagi kahwin. Kalau dah kahwin kau orang berdua ni aku rasa dah pengsan kau untuk malam pertama." Amboi, suka betul si minah ni usik aku ya. Terbahak-bahak aku melihat dia ketawa kan aku.

"Eleh, biar lah. Yang penting aku dapat doktor mafia. Kau tu, berangan sangat nak husband mafia, tapi mana? Tak muncul-muncul pun." Aku pula kenakan dia. Wajahnya berubah. Aku pula yang ketawa apabila melihat wajah Ila mula berubah merajuk.

"Tak apa, tak apa. Nanti aku pergi UK aku culik sorang lelaki mafia and bawa balik Malaysia. Kau jangan terkejut pula satu hari nanti." Sambil berjalan kaki pulang ke rumah sambil itu kami bersama-sama berangan-angan taik ayam. Aku ketawa lagi. Lucu dengan kata-kata Ila itu.

"Hm, untung lah kau dapat doktor Arayyan tu. Aku dah agak dah, doktor Arayyan memang suka kau. Aku tengok dia pandang kau pun aku dah tahu tau. Dah lah dia handsome, kaya, doktor mafia lagi. Kalau siapa kacau kau ni, matilah orang tu kena bantai dengan doktor Arayyan." Bebel Ila lagi. Aku senyum kecil sambil menggeleng kepala. Aku tak rasa Rayyan jodohku, tapi kalau betul dia jodohku, aku juga bersyukur. Jodoh di tangan tuhan, kalau dia jodohku tak ke mana, bukan?

Tapi, kalau sehari tak lihat wajahnya, senyumannya, entah kenapa aku boleh rindu pula. Adakah aku sudah jatuh cinta pada dia?

"Wow, dah jadi tunang orang? Boleh percaya ke?" Suara sinis itu membuatkan langkahku dan Ila berhenti. Kami sama-sama menoleh orang yang bersuara itu.

Aku melihat Alya tersenyum sinis ke arahku sambil berjalan mendekatiku. Aku mengeluh kecil. Menyampah betul lah kalau dah terserempak dengan dia ni.

Dia merapatiku lalu tanganku dicapai olehnya. Dia melihat di jari manisku lalu dia senyum sinis. "Kata dah jadi tunang orang, tapi mananya cincin tunang? Ke saja nak cakap yang kau ni tunang Tuan Rayyan sebab nak cemburukan aku?" Dia menjongket keningnya sambil senyum sinis.

Aku menjeling tajam ke arah dia. "Kau nak sibuk kenapa kak? Suka hati aku lah. Kalau aku tak ada cincin pun, kenapa? Ada susahkan hidup kau ke? Ke kau memang cemburu? Sebab tak dapat Tuan Rayyan tu?" Aku pula sindirnya. Dia renungku tajam. Hah, sakit hati lah tu. Padan muka!

"Yeah, aku boleh aje rampas Tuan Rayyan tu bila-bila masa sahaja. Bercinta pun boleh putus entah apa lagi tunang. Sekejap aje aku boleh buat kau orang berdua putus!" Sinis dia berkata. Aku sikit pun tak heran.

"Tuan Rayyan tu hanya ada hati pada aku sorang je. Bukan kau. Kau jangan nak perasan lah, kak. Kau tak dengar ke apa yang dia cakap pagi tadi? Dia suka aku bukan dari segi rupa, tapi dari segi hati. Bukan macam kau, harap muka aje cantik, tapi hati tak secantik macam muka kau!" Sindirku pedih. Dia baru aje mahu mengangkat tangan padaku tetapi Ila cepat-cepat menghalang.

Aku tak kisah pun, dia nak lempang aku ke aku tak kisah. Dia memang kakak tak guna! Tetapi aku masih mampu bersabar. Kata-kata nenek akan ku ingat selalu. Sabar.

Aku memeluk tubuh sambil senyum sinis. "Kau ni dah kenapa Alya? Tak kesian ke dekat adik kau? Kau sanggup pentingkan diri sendiri semata-mata nak rampas kebahagiaan adik kau sendiri? Apa punya kakak kau ni?" Marah Ila pada Alya.

Mungkin sudah tidak tahan melihat Alya selalu mementingkan diri sendiri untuk kebahagiaan dia seorang. Habis aku ini apa? Anak patung? Aku juga ada hati dan perasaan lah!

"Hei, yang kau sibuk ni apa hal? Ini hal aku dan adik aku. Kau tu pergi balik sekarang! Tak payah sibuk boleh tak?!" Alya pula yang menengking Ila. Aku melihat Ila makin bertambah panas. Kalau bab gaduh mulut ini semua Ila lah orangnya akan menang. Jangan main-main!

"Hei, perempuan. Kau tu sepatutnya jaga adik kau tu elok-elok. Bukan nak menggatal dengan tunang dia. Ramai lagi lelaki yang lebih handsome macam Tuan Rayyan tu dekat luar sana. Dengan adik kau punya pun kau nak rampas ya. Tak matang betul lah kau ni!"

Makin tajam Alya merenung Ila yang sudah hilang hormat padanya. Baru sahaja Alya mahu menerkam Ila, lantas aku menghalang mereka daripada bergaduh menarik-narik rambut.

"Hei! Sudah lah tu!" Jeritku tetapi mereka tetap bergaduh.

Tiba-tiba....

"Hei, kenapa ni? Apa masalah kau orang ni? Tak malu ke bergaduh depan-depan kampung orang ramai ni?"

Suara itu membuatkan mereka berdua kembali seperti tadi. Jadi budak baik. Ila lantas mendapatkan aku. Puas hati agaknya sudah menarik-narik rambut Alya. Kerana tadi aku melihat Alya langsung tidak menyentuh Ila, Ila sahaja aku nampak menarik-narik rambut Alya. Puas hatiku.

"Tuan Rayyan! Tuan Rayyan, tengok lah dia orang berdua ni! Sakit tau rambut I dia orang tarik." Alya mula menggedik pada Rayyan yang tiba-tiba muncul. Mungkin baru pulang daripada tempat kerjanya.

Aku melihat aku pula yang sakit hati apabila Alya sengaja memeluk lengan sasa Rayyan. Sambil itu dia mengadu pada Rayyan. Ya Allah, sakitnya hati aku tengok dia buat macam tu dekat Rayyan. Sumpah aku tak tipu, aku cemburu!

Aku ketap gigi geram. Hati sungguh panas. Aku melihat Rayyan perlahan-lahan menjarakkan dirinya dengan Alya tetapi Alya tetap memeluk erat lengan sasa Rayyan.

Sempat Alya menjeling ke arahku sambil tersenyum sinis. Tak menunggu lama, sakit pula mataku melihat mereka berdua itu lantas aku terus melangkah pergi daripada situ. Tak suka melihat Alya rapat begitu pada Rayyan.

"Eh, Rina! Tunggu aku!" Jerit Ila apabila melihat aku sudah berlalu pergi.

"Isy, lepaslah! You ni dah kenapa? You tak faham ke dengan status I yang I tunang orang." Dapatku dengar suara Rayyan yang cuba menjarakkan dirinya dengan Alya.

"Err...Tapi .... you tengok lah ni, dia orang buat I. Sakit tau." Adu Alya gedik. Aku sakit telinga mendengarnya. Hanya mampu mendengar, mahu pusing tubuh melihat mereka berdua yang masih melekat itu, malas nak toleh. Sakit hati sangat ni!

"Sorry, Alya." Aku dengar pula suara Rayyan. Mungkin dia sedang cuba melepaskan genggaman Alya dilengan sasanya itu.

"Wei, Rina. Tunggu lah dulu. Kau ni laju sangat lah jalan." Bebel Ila apabila sudah berada di sebelahku. Aku masih berjalan bersama Ila. Sikit pun aku tak toleh memandangnya. Aku tak mahu tunjuk padanya yang aku sedang cemburu dan sakit hati. Biarlah aku pendam sendiri.

"Kenapa ni, Rina?" Soal Ila apabila aku langsung tidak bersuara.

"Tak ada apa lah." Jawabku ringkas. Nada suara sedikit tegas.

Tiba-tiba aku mendengar satu tapak kasut sedang menapak jalan ke arahku. Aku sudah tahu siapa.

Sempat aku brek kakiku ini daripada tercium dada bidang dia yang sudah berada dihadapanku itu. Aku merenung tajam ke arahnya.

Rayyan.

Dia dengan selambanya menghalang jalanku. "Khai, kenapa ni?" Soalnya sambil merenung wajahku yang kelihatan sedang marah. Aku rasa kami sudah jauh jarak daripada Alya. Kalau Alya masih ada di situ dan sedang memerhatikan kami berdua pun, aku suka. Biar bagi dia dengki pulak!

"Ila, kau balik lah dulu. Nanti esok kita jumpa ya." Aku melihat Ila sudah tersengih-sengih. Mesti dia sudah tahu yang Rayyan benar-benar menyukaiku.

"Ila!" Geram melihat dia sengaja nak usik aku dengan Rayyan. Aku melihat lelaki dihadapanku pula, dia juga menahan senyuman lucu.

"Iya, okey. Aku balik. Esok jumpa. Bye!" Ucap Ila sebelum melangkah pergi. Tetapi langkahnya berhenti pula disebelah Rayyan. Ni mesti nak mengusik aku lagi!

"Tuan Rayyan. Saya rasa, confirm yang Rina tengah cemburu. So, goodluck Tuan Rayyan untuk pujuk buah hati Tuan Rayyan ni. Dia keras kepala sikit." Tergamam aku mendengarnya kata-kata itu keluar daripada mulut Ila. Hati makin panas dengan Ila. Dia sengaja usik aku!

Dia ketawa kecil lalu berlari pergi meninggalkan aku dan Rayyan. Wajah aku pula yang terasa berbahang. Eee! Siap kau esok Ila!

Entah kenapa, saat ini rasa kekok pula mahu bertentang mata dengan Rayyan. Aku teguk liur apabila dia senyum senget. Seperti sudah tahu yang aku cemburu dengannya.

Ah, macam mana lah benda ni boleh terkantoi. Aku nak sorokkan, boleh pula Ila kantoikan apabila dia sudah tahu aku cemburu. Minah tu susah sangat nak tutup mulut! Tunggu lah esok, aku jahit mulut dia!

"Is it true what your friend said? You are jealous?" Soalnya lembut sambil menjongketkan kening sebelahnya.

"Jealous? Sorry, saya sikit pun tak cemburu lah. Awak kan lebih suka rapat-rapat dengan Alya tu. So, pergi lah ambil kakak saya tu. Kenapa nak pilih saya pulak?" Aku jeling tajam ke arahnya.

Selangkah aku berjalan, dia menghalang jalanku lagi. Eish! Geram pula aku dengan dia ni! Ada nampak jelas sangat ke wajah aku ni cemburu pada dia yang bersama dengan Alya tadi?!

"Really?" Soalnya sambil mendekatkan wajahnya padaku. Dia senyum senget buatkan hati aku berdebar bagaikan jantung mahu nak keluar sekarang ini! Bau pewangi yang dipakai olehnya dapatku hidu. Sangat wangi.

"Isy, dah lah! Saya nak balik." Aku jeling tajam ke arahnya sebelum langkahku dihalang lagi oleh Rayyan.

"So, betul lah awak cemburu?" Soalnya lagi sambil ketawa kecil. Wajahku pula yang berbahang tetapi hati tetap panas saat ini.

"And, ternyata betul lah yang awak juga sukakan saya." Dia senyum senget buatkan aku gelabah tak tentu arah.

Gulp! Aku baru perasan yang aku sudah tunjukkan padanya yang aku marah. Kalau marah tanpa sebab itu sudah tentu lah dia tahu aku juga cemburu melihat Alya berkepit dengan dia tadi.

Aku teguk liur. Jadi, dia dah tahu aku cemburu. Saat ini nak pandang wajah Rayyan pun aku malu. Tapi, sumpah entah kenapa aku cemburu melihat perempuan lain dekat dengan dia. Hah, sudah! Aku suka dia ke?

"Err...Aduh, sakit pula perut saya ni. Rayyan, saya balik dulu ya, nak membuang kejap. Lagipun, tak elok pula kalau orang lain ada nampak kita berdua-duaan macam ini. Tak manis pula. Saya balik dulu ya." Sengaja aku memberi alasan padanya untuk aku melepaskan diri daripada terperangkap dalam keadaan begini.

Muka aku ni pun dah berbahang. Pasti merah menyala sebab tadi aku melihat Rayyan memandang wajahku sambil menahan lucu. Ah, pasti wajah aku merah teruk. Malunya!

"Sakit perut ke atau...Cuba nak lari daripada saya?" Aku teguk liur.

Tak lama itu aku terus berlari anak pergi dari situ. Dapatku dengar lelaki itu ketawakan aku. Aku yang mendengar, entah kenapa boleh pula bibir ini menguntum satu senyuman. Hati berbunga-bunga. Tenang jika aku bersama dengan nya.

**********

Tangan laju mengelap atas meja dapur tempat memasak itu. Sekarang aku bertugas di dapur manakala Ila dan Afiq mengambil oder pelanggan. Bukan aku seorang aje yang bertugas di dapur, aku bertugas bersama Irah dan juga Acap.

Tapi, selesai aku menjalankan tugasku, aku pelik melihat Acap tiada. Sejak dua-menjak ini, aku jarang nampak Acap selepas kena penamparku itu. Padan muka! Puas hati aku. Suka sangatkan pegang aku sesuka hati dia, hah kan dah dapat!

Tapi, lihat hari ini dia datang kerja. Itupun selalu mengelak diri daripada bertembung denganku. Kalau bertemu pun dia selalu merenung tajam padaku. Aku pula rasa takut.

Jika dia pegang aku, sumpah aku akan teringat kembali peristiwa malam hitam itu. Aku tidak dapat lupakan semua itu. Adakah Acap yang lakukan pada aku?

Ya Allah, Rina! Kalau kau bencikan lelaki itu pun jangan sampai tuduh dia macam itu. Aku tak rasa dia buat begitu pada aku. Aku tak boleh ikut bisikan setan. Berkali-kali aku istighfar dalam hati. Lupakan bisikan-bisikan setan itu.

"Rina, aku nak pergi tandas kejap. Kau tolong tengok-tengokkan sup ni. Nanti dah siap kau hidang aje di depan. Nanti aku suruh Afiq hantarkan sup ni pada pelanggan tu." Ujar Irah yang sudah tergesa-gesa. Mahu ke tandas katanya.

Aku hanya mengangguk. Dia terus berlari anak ke tandas yang terletak dibelakang kedai. Jadi, tinggal lah aku seorang diri di dapur ini.

Aku capai senduk untuk mengacau sup itu, tetapi aku terkejut lalu aku terjerit kecil apabila lenganku ditarik kasar oleh seseorang lalu dibawa aku ke sebuah bilik stor.

Kini tubuhku bersandar pada dinding. Mulutku ditutup olehnya. Jadi, aku tidak berjaya untuk aku melepaskan suaraku meminta pertolongan daripada orang.

Terkejut aku melihat Acap dihadapanku itu. Jarak kami? Memang dah tak perlu cakap lagi dah! Sangat dekat. Wajah aku dengan dia pun lagi beberapa inci sahaja lagi dah nak melekat.

Aku teguk liur. Air mata mudah mengalir laju. Aku takut. Sumpah, aku teringat kembali kejadian malam hitam itu membuatkan tubuhku menggigil takut. Apa yang Acap nak buat padaku ini?

"Shhh...Jangan menangis, sayang. Acap sayang Rina seorang aje. Acap tak nak kehilangan Rina. Acap cintakan Rina. Tolong, jangan tinggalkan Acap. Acap nak Rina putus tunang dengan lelaki tu dan kita kahwin bersama-sama ya sayang." Ujar Acap membuatkan aku terkejut. Dah gila ke apa mamat ni? Apa yang dia cakap ni? Dia sedar ke apa yang dia dah buat padaku?!

Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya yang melekat dimulutku itu. "Acap....Acap sedar tak apa yang Acap dah buat ni? Apa yang Acap cakap ni? Acap dah gila ke apa hah?!" Marahku. Aku cuba untuk jarakkan diriku dengannya.

Dia senyum sinis.

"Acap sedar, sayang. Mungkin dengan cara ni, Acap akan dapat Rina. Tolong jangan tinggalkan Acap. Acap sayang Rina." Ujarnya tak lepas-lepas memegang kedua-dua tanganku.

"Acap dah gila ke apa?!" Bentakku. Aku renung dia tajam. Cuba melepaskan genggaman Acap pada pengelangan tanganku itu tetapi aku tidak berjaya. Dia menggenggam dengan sangat kuat!

"Memang Acap dah gila! Acap gilakan Rina!" Jeritnya padaku. Aku memejam mata rapat-rapat. Takut. Otak ligat berfikir mahu lakukan apa padanya. Aku cuba meronta-ronta, tetapi makin erat dia memegang pengelangan tanganku.

"Lepas lah Acap! Sakit lah!" Bentakku. Dia langsung tidak peduli.

"Rina tak ada perasaan pun pada Acap. Boleh tak Acap terima semua ni. Mungkin kita tak ada jodoh. Jodoh semua ditangan tuhan. Acap boleh dapat perempuan lebih baik daripada Rina. Tolong lah Acap, jangan ganggu hidup Rina lagi! Lepaslah!" Aku memberontak. Geram dengan apa yang dia lakukan pada aku ini. Sekarang ini sudah melebih! Aku tidak boleh berdiam diri lagi!

"Tak! AKU TAK BOLEH TERIMA SEMUA ITU! AKU TETAP NAK KAU SEORANG! KAU MILIK AKU! TIADA SESIAPA BOLEH MEMILIKI KAU SELAIN AKU! KAU TETAP MILIK AKU SELAMA-LAMANYA!" Bentaknya kuat padaku. Aku memejam mata rapat-rapat.

Sumpah, saat ini aku sudah kembali terbayang kejadian malam hitam itu. Kata-kata yang keluar daripada mulut Acap tadi sangat sama dengan apa yang dikatakan oleh lelaki yang cuba sentuh aku pada malam hitam itu.

Aku menangis teresak-esak. Sah, lelaki ini sudah gila!

"Sayang, jangan lah menangis. Acap minta maaf..." Air mataku diseka olehnya. Berderau darah aku apabila melihat dia menyeka air mataku. Kedua-dua pipiku dipegang olehnya. Jantungku makin laju berdetak.

Lantas aku menolak tubuh Acap. Aku cuba mahu lari, tetapi dia sudah menarik tubuhku membuatkan aku susah untuk melepaskan diri.

Tubuhku kembali bersandar pada dinding. Aku menjerit meminta tolong tetapi mulutku ditutup kembali olehnya. Laju air mataku mengalir. Takut dia sentuh aku. Aku memang dah tak boleh percaya dengan lelaki ini. Dia sudah gila!

"I love you sayang. Rina hanya milik Acap. Bukan milik lelaki tak guna tu!"

Dengan itu, aku terasa tubuhku diraba olehnya. Kejadian malam hitam itu serta-merta terbayang kembali diruang mataku.

Aku cuba menjerit. Ya Allah, aku tak mampu terima. Kudrat seorang wanitaku tidak mampu melawannya. Aku menjerit lagi walaupun mulutku ditutup. Biar lah sampai terkeluar anak tekak pun, aku harap sangat ada yang dengar dan selamatkan aku.

Aku melihat sepertinya Acap mahu mencium pipiku, dengan itu niatnya terbatal apabila pintu bilik stor itu dibuka oleh seseorang dari luar.

Terbeliak biji mataku melihat ada Kak Milah, kawan sekerjaku iaitu Afiq, Irah dan juga Ila. Sahabatku. Aku menangis lagi.

"Astaghfirullahalazim! Apa yang kau orang berdua ni buat?! Acap! Apa yang kau dah buat ni?!" Serta-merta tubuh Acap dijarakkan. Aku berlari mendapatkan Kak Milah.

"Ya Allah, Acap! Apa kau dah buat ni? Kau sedar tak apa kau dah buat ni?!" Marah Kak Milah pada Acap. Ila memeluk bahuku. Menenangkan aku yang masih menangis.

“Akak Milah tak boleh terima semua ini Acap! Dengan itu, Kak Milah akan pecat kamu. Jadi, kamu akan diberhentikan kerja dari tempat ini.” Tegas suara Kak Milah memecat Acap daripada tempat itu.

"Tapi saya....." Acap bersuara dengan sedikit gagap.

"Tapi apa?! Kau cuba sentuh Rina, kan?! Aku tak nak tengok lagi kau ada di sini! Berambus!" Jerit Kak Milah. Melihat dia mulai benci dengan Acap. Tajam Acap merenung kak Milah.

Dengan itu, aku melihat Acap membuka apron nya lalu dia berjalan pergi meninggalkan kami. Apron yang dipakainya tadi, dicampak kasar olehnya di atas lantai dan berlalu pergi.

“Rina, kau okey tak ni? Dia buat apa kat kau tadi? Kita kena report polis ni!” Bicara Kak Milah risau melihat keadaanku yang masih teresak-esak menangis.

Aku menggeleng kepala apabila kak Milah mahu membuat aduan pada polis. Aku tak setuju dengan kata-kata kak Milah itu.

"Habis tu, kalau lelaki tak guna tu buat perkara yang sama pada kau lagi macam mana?" Soal kak Milah yang masih risau tentangku.

Aku menunduk. Air mata tak henti-henti mengalir. Sumpah, aku tak mahu kejadian itu kembali lagi terjadi pada diriku.

Tapi, tubuhku ini sudah banyak kali lelaki cuba untuk sentuh. Rasa diri ini sungguh murah. Apa yang dikatakan oleh mak su dan Alya semuanya betul.

AKU PEREMPUAN MURAHAN!

Daripada tadi aku asyik menangis, kini aku rasa tubuhku langsung tidak berdaya. Yang aku ingat saat itu, aku sudah memejam mata. Tubuhku rasa terhuyung-hayang. Bagaikan sedang melayang di udara.

Selepas itu, aku langsung tidak ingat apa yang terjadi. Yang kudengar satu suara sayup-sayup berada di telingaku....

"Rina! Rina bangun..."

**********

Perlahan-lahan aku membuka mata walaupun mataku masih terasa berat. Kepala aku memang dah tak payah cakap dah, sakit yang amat.

Aku bangun, melihat sekeliling sambil memegang kepala yang masih rasa berdenyut-denyut. Perasaan takut masih ada padaku tetapi aku juga sedikit takut apabila melihat aku berada di dalam bilik.

Bilik itu sangat luas dan cantik. Mewah? Ya, sangat mewah. Aku memerhatikan sekeliling bilik itu. Kejadian tempoh hari lepas yang aku hampir disentuh oleh lelaki berdarah kacukan itu kembali terimbas difikiranku.

Aku berasa sungguh takut. Badan mula menggigil takut. Melihat aku juga tidak bertudung. Laju aku capai tudungku yang berada di sebelahku itu. Tubuh bersandar pada kepala katil.

Ya Allah, adakah aku ditangkap lagi oleh lelaki mafia yang pernah dikatakan oleh Rayyan dahulu. Mark! Ya, lelaki itu hampir mahu rogol aku. Aku tak mahu ulang lagi. Aku takut....

Ternaik sedikit bahuku apabila terdengar ada seseorang membuka pintu bilik itu. Dengan itu aku memejam rapat mataku. Aku berserah semuanya kepada Allah.

"Rina." Lantas aku membuka mata lalu aku memeluk erat tubuh orang yang memanggil nama aku itu.

Ila!

Ya Allah, nasib baik lah dia ada di sini. Erat aku peluk dia. Badan pun dah menggigil.

"Shh...Relaks, relaks. Kau kena bertenang." Ucap Ila menenangkanku. Aku masih teresak-esak menangis. Air mataku diseka olehnya.

"A...Aku dekat mana ni?" Soalku pada Ila dengan sedikit gagap. Perasaan takut masih belum hilang.

Aku melihat Ila senyum sebaris. "Jangan risau, kau selamat dekat sini," jawab Ila cuba untuk tenangkan aku.

"Kau sekarang dekat rumah Tuan Rayyan." Sambung Ila. Aku sedikit tersentak. Rumah Tuan Rayyan? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Bukan ke aku tadi di tempat kerja? Dan....Ah, aku tak mahu ingat apa yang Acap dah buat padaku sewaktu ditempat kerja. Dia kejam! Dia gila! Aku benci dia!

Aku yang tadi teresak-esak menangis, kini tangisanku semakin menurun. Aku seka air mataku. Seperti tidak percaya. Wajah Ila aku pandang. Gadis itu senyum kecil.

"Rumah Tuan Rayyan?" Aku seperti tidak percaya. Aku menyoal kembali pada Ila. Ila mengangguk lalu tersenyum lebar.

Dengar aje nama Rayyan, laju sahaja tangan mencapai semula tudung lalu aku memakainya dikepala. Buat-buat lah dia masuk melihat aku tanpa tudung macam mana? Sudah lah tempoh hari lepas dia lihat aku tanpa tudung. Kini mahu tunjuk lagi padanya yang aku tidak bertudung? Memang tak lah!

"Kenapa aku boleh ada dekat sini? Bukan ke aku dekat kedai tadi?" Aku masih bingung. Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

Ila senyum kecil sebelum memulakan bicaranya. "Tadi kat kedai, kau pengsan. Selepas apa yang Acap buat pada kau, kau tiba-tiba pengsan. So, time tu juga waktu dah nak pulang. Waktu-waktu kau dah nak habis kerja, boleh pula kau pengsan. And, waktu tu juga aku nampak Tuan Rayyan datang. Memang terkejut juga aku waktu tu. Macam tahu-tahu aje kau pengsan." Cerita Ila. Aku sedikit terkejut apabila dia menyebut nama Rayyan. Entah kenapa, kalau sebut aje nama Rayyan jantungku mula buat senaman.

"Bagaikan seorang hero sedang menyelamatkan heroinnya. Peh, tengok tadi dah macam dalam drama pula dia dukung kau masuk dalam kereta. Dia pun terkejut melihat apa yang dah terjadi. So, dia suruh aku ikut sekali untuk temankan kau. Dia tahu, kau tak selesa duduk sorang-sorang dalam rumah ni sebab banyak lelaki." Sambung Ila sambil senyum mengusik ke arahku.

Aku juga menelan liur apabila Ila berkata yang Rayyan dukungku? Apa?! Dia dukung aku?! Biar betul? Aku pengsan? Demi Allah aku tak ingat apa-apa tentang itu. Yang aku ingat, aku hampir disentuh oleh Acap.

"Tapi kan, aku tengok dalam rumah ni ramai gila lelaki handsome. Kalau nak dibandingkan dengan Tuan Rayyan, memang sudah tentu lah yang Tuan Rayyan lebih handsome daripada bodyguard dia yang lain. Yang aku tak boleh lupa, tadi ada lelaki mata biru senyum kat aku. Handsome pula tu. Aku pula yang cair." Ila menjerit kecil apabila sudah diingatkan kembali rupa kacak lelaki yang dia katakan itu.

Aku menjeling ke arahnya sambil menggeleng kepala. Tak habis-habis lagi dengan mamat mata biru dia tu. Kalau boleh, nak bakal suami pun mata biru. Hah, itu lah Ila. Satu-satunya kawan baik yang aku ada.

"Isy! Kau ni. Tak habis-habis lagi ya dengan mamat mata biru kau tu. Kalau nak pun, pergi lah culik dia. Tapi, aku rasa bukan kau yang culik dia nanti, dia yang culik kau." Aku menjeling sambil tersenyum kecil.

Tapi, aku masih tak boleh lupa yang Tuan Rayyan dukung aku. Adakah dia tahu tentang Acap yang cuba sentuh aku? Kalau dia tahu, pasti Acap teruk kena belasah dengannya. Ah, aku tak mahu Acap kena apa-apa darinya.

Bukan aku suka Acap atau ada perasaan dengan Acap, walau bagaimana pun Acap tetap kawan aku. Aku tak mahu dia kena pukul oleh Tuan Rayyan sebabkan aku. Biar semua ini dirahsiakan tanpa Rayyan tahu.

Mati pula anak orang nanti kena belasah dengan Rayyan.

"Mesti kau tak percaya kan yang Tuan Rayyan dukung kau? Aku yang tengok dengan mata aku sendiri pun bagaikan tak percaya. Terkejut juga. Tapi, tengok Tuan Rayyan ni dia sweet juga ya. Dah lah handsome, sweet lagi. Ah, untung kau Rina!" Lengan aku digoncang olehnya beberapa kali sambil ketawa gedik. Haih, minah ni dah berfikiran jauh.

"Tapi, aku takkan maafkan apa yang Acap dah buat pada aku. Dia dah gila! Aku benci dia!" Aku ketap gigi geram. Masih tidak puas hati dengan apa yang dia dah buat padaku.

"Ya. Aku pun sama. Kalau aku dapat dia tu, memang teruk aku kerjakan dia!" Ila pula yang menyambung sambil mengepalkan penumbuknya.

TOK! TOK! TOK!

Aku dan Ila sama-sama terkejut apabila pintu bilik itu diketuk seseorang dari luar. Aku teguk liur. Siapa pula tu?

Aku memandang Ila, Ila pula pandang aku. "Siapa wei?" Soalku dengan sedikit berdebar. Ila hanya angkat bahu dan berlalu ke pintu.

"Eh, Ila. Jangan lah buka..."

"Kau sabar jap. Aku rasa Mak Jah kut. Sebab tadi dia kata nak bagi kau makanan."

Tak menunggu lama, laju sahaja tangan Ila memulas tombol pintu itu. Aku sudah berkira-kira untuk bangun mengikut jejak langkah Ila. Tak mahu tinggal seorang diri di dalam bilik ini.

"Tuan Rayyan." Makin laju jantungku bersenam saat ini apabila Ila menyebut nama itu. Ya, benar. Rayyan sudah berada di muka pintu bilik itu.

"Saya ada ganggu kau orang berdua ke?" Soalnya sempat memandangku. Benar sangkaanku. Pasti dia akan datang ke sini. Nasib baik lah aku dah pakai tudung siap-siap.

"Eh, tak ada ganggu pun. Tuan Rayyan nak jumpa Rina ke? Boleh aje. Dia baru aje sedar tu." Ujar Ila pada Tuan Rayyan.

Aku pula malu-malu mahu memandangnya. Ah, kau sengaja ya Ila suruh lelaki itu masuk! Aku ketap bibir geram.

"Okey, thanks Ila." Ucapnya pada Ila. Aku melihat Ila sudah menggedik senyum-senyum pada Rayyan membuatkan aku menyampah dengan senyuman gatalnya itu.

"Hehe, no problem." Ucap Ila lembut. Aku menjuling mata ke atas.

"Err...Rina. Aku nak turun kejap ya. Nanti aku naik balik."

Ya, aku tahu perempuan ni sengaja nak kenakan aku! Sengaja dia tinggalkan aku bersama Rayyan di dalam bilik ini.

"Err...Ila! Ila!" Aku memanggilnya tidak kuat tetapi cuba untuk dikawalkan suaraku agar dia tidak pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik ini bersama Rayyan. Tetapi, dia sudah pun berlalu pergi. Kurang asam punya budak! Siap kau nanti!

Aku teguk liur dan mula rasa tidak senang duduk apabila Rayyan menghampiriku. Dia melabuhkan duduknya dibirai katil sambil berhadapan denganku. Dia merenungku lama membuatkan aku rasa canggung bersamanya.

Aku menunduk sedikit. Tak kuat mahu lihatnya yang masih renungku. Senyuman senget dibibirnya pun itu dapatku lihat. Ah, kekoknya! Ila tolong aku!

"Are you okey?" Soalnya memecahkan kesunyian antara kami berdua.

"Yeah, I'm okey." Jawabku. Tidak sedikit pun aku memandangnya. Rasa kekok di hati ni dah tebal sangat.

"Lelaki tu memang dah lebih-lebih! Siap lah dia nanti!" Kata-kata itu keluar daripada mulut Rayyan membuatkan aku tersentak.

Lantas aku mengangkat kepala memandang dia dihadapanku itu. Teguk liur aku dengar. Melihat dia sudah mengepal penumbuknya. Seperti sedang tahan marah.

"Awak tahu tentang itu?" Soalku mahu mengambil kepastian.

Betulkah dia dah tahu tentang apa yang Acap buat pada aku itu? Ah, aku pula rasa takut. Jangan lah Acap terserempak dengan dia nanti.

"Awak orang paling saya sayang. Pasti lah saya tahu semua tentang awak." Jawabnya ringkas. Ringkas pun dah buat jantung aku nak tercabut keluar.

"Tapi...Awak jangan apa-apakan dia," alamak! Dia renung tajam ke arahku pulak selepas aku berkata begitu padanya! Aku ada salah cakap ke? Teguk liur aku dengan renungan tajamnya itu.

"Kenapa? Awak suka dia buat macam tu pada awak?"

Tak! Bukan macam tu! Dan aku tak mahu Rayyan fikir aku ini perempuan murahan. Tolong, jangan fikir bukan-bukan Rayyan.

"Tak. Bukan itu maksud saya, Rayyan. Tapi..." Aku mula bersuara, tidak mahu lelaki itu fikirkan bukan-bukan tentangku.

"Saya tak nak awak apa-apakan dia. Sumpah, saya langsung tak ada sikit pun perasaan pada dia. Tapi, saya dah anggap dia macam kawan baik saya sendiri. Walau bagaimana pun, dia tetap kawan saya." Jelasku padanya. Wajahnya sedikit bertukar. Dia meraup wajahnya.

Aku sedikit takut, melihat wajahnya merah. Bagaikan masih marah. Tidak puas hati. Aduh, aku ada salah cakap ke ni? Bukan apa, aku tak mahu Acap dibelasah teruk oleh Rayyan.

Kasihan pula dia. Macam lah aku tak tahu Rayyan ni macam mana. Nama pun dah mafia, kalau dapat musuh itu ditangannya mahu tak hidup terus orang itu dikerjakan olehnya.

"Okey fine. Tapi, kalau dia ulang lagi perkara yang sama pada awak. Saya dah tak teragak-agak untuk bunuh dia!"

Dam!

Mahu berderau darahku mendengarnya. Aku teguk liur. Harap sangat yang Acap tidak bertemu lagi dengan Rayyan. Kalau dia ulang lagi kesalahannya itu, aku sudah tidak mampu buat apa-apa lagi.

Mahu halang? Sah-sah aku pula yang kena bunuh oleh Rayyan. Tapi, aku tak rasa Rayyan akan buat aku begitu. Katanya, aku orang paling dia sayang. Ah, cair pula aku!

"Tapi, saya macam kenal dia. Muka dia macam pernah saya nampak. Tak silap saya, saya pernah nampak dia sedang memerhatikan rumah awak dari jauh. Kalau benar itu dia, memang siap lah dia. Tapi, kalau bukan dia. Mungkin saya tidak boleh buat apa-apa padanya. Mungkin orang lain." Bicara Rayyan tiba-tiba membuatkan aku tergamam.

Jadi selama ini ada orang memerhatikan rumah aku daripada jauh? Ya Allah, aku langsung tak perasan. Entah kenapa, aku mula berasa takut untuk tinggal seorang diri di rumah.

Tapi, betulkah kata-kata Rayyan itu? Orang yang mengindap rumah aku dari jauh itu berwajah seperti Acap? Adakah betul itu Acap? Atau salah orang?

Aku diam. Masih menunduk. Dapatku rasa dia sedang merenungku. "Tapi, betul ke awak tak apa-apa? Saya tak boleh terima apa yang dia dah buat pada awak." Dia bersuara, tetapi kali ini suaranya sedikit lembut. Aku melihat renungan matanya juga lembut. Seperti risau melihat keadaan aku.

Senyum lebar terukir dibibirku. "Ya, saya okey. Awak jangan risau lah. Dia...Dia cuma hampir nak sentuh saya, tapi nasib baik kak Milah bos tempat kerja saya cepat-cepat munculkan diri. Mungkin mereka dapat dengar saya menjerit minta tolong." Ujarku pada Rayyan. Mahu memberi lelaki itu kepastian yang aku tidak diapa-apakan teruk oleh Acap.

Dia pula yang senyum lebar. Untuk kali ini, sudah kali ketiga aku melihat lesung pipitnya muncul sekali dengan senyuman manisnya. Ya Allah, cairnya aku melihat senyumannya itu. Manis. Kacak.

"Err...Sekarang dah pukul berapa? Saya nak balik rumah lah. Tak selesa kalau tinggal di sini berdua-duaan dengan awak. Saya kena balik." Ujarku mahu menamatkan perbualan kami. Melihat jam di pengelangan tanganku sudah tepat pukul 10 malam. Sudah lewat malam.

"Okey, awak boleh balik. Tapi, esok awak tak dibenarkan datang ke tempat kerja. Awak perlu rehat dahulu." Bicara Rayyan.

Aku pula yang jadi blur. Dah kenapa pula aku tak boleh datang ke tempat kerja? Aku bukannya sakit teruk pun. Kaki aku pun masih ada. Boleh lagi berjalan. Apa yang Rayyan cakap ni? Aku tak faham.

Melihat wajahku yang blur, Rayyan bersuara lagi. "Kak Milah bos tempat kerja awak suruh awak rehat dahulu. Dia tak benarkan awak datang kerja selepas apa yang Acap buat pada awak. Lagi-lagi awak pengsan tadi, dia risau sangat-sangat dengan keadaan awak. So, awak rehat dulu. Kalau dah sihat sikit, baru lah awak datang ke tempat kerja ya." Jelasnya panjang lebar.

Aku cuma angguk faham. Malas juga kalau tak datang kerja. Bosan duduk rumah seorang diri. Aku ni bukannya sakit teruk pun. Hm, terpaksa akur. Kak Milah juga dah larang aku untuk ke tempat kerja. Jadi, esok aku tidak dibenarkan datang ke tempat kerja buat masa sekarang ini.

"Saya balik dulu. Terima kasih sebab dah tolong saya bawa saya pulang. Waktu tu sumpah saya tak ingat apa-apa. Tahu-tahu aje saya dah ada di sini. Thank you, Rayyan." Ucapku sambil senyum kecil ke arahnya. Melihat wajahnya kembali bertukar tenang. Aku pula yang rasa lega.

"No problem, pretty. You, take care. Kalau ada apa-apa nak minta tolong, just bagitahu saya. Eh, jap. Awak nak saya hantarkan awak pulang ke? Takkan lah awak balik sendiri pula?" Soalnya padaku.

Mungkin dia masih risaukan tentang aku jika aku bersendirian dan dia juga takut perkara buruk akan datang padaku sewaktu aku bersendirian. Ah, aku terharu sangat dengan dia. Ada juga orang yang risau tentang diriku.

"No, it's okey. Saya ada Ila. Rumah saya dengan dia beberapa jarak aje. Jadi, awak tak payah risau ya. Saya boleh balik sendiri." Balasku. Tidak mahu menyusahkannya lagi.

Sudah lah tu selama ini dia banyak tolong aku, sekarang aku tidak mahu dia bantuku lagi. Aku betul-betul terhutang budi dengan dia saat ini.

"Okey, bye. Take care, dear." Ucapnya. Aku pula berbahang. Bibir diketap menahan senyum. Hidung dah kembang kempis. Hati? Hati aku pula tak perlu cakap lagi. Dah berbunga-bunga.

***********

"Okey lah, aku nak gerak dulu. Bye. Kau jalan elok-elok tau. Pandang kiri kanan, kalau ada apa-apa call aku cepat-cepat." Pesan Ila padaku sebelum langkah kami berdua terpisah. Kerana kampungku dengan kampungnya tidak dekat. Sedikit jauh.

Aku mengangguk lalu senyum lebar. "Okey, kau pun sama. Elok-elok jalan. Nanti kena culik dengan abang mafia handsome pula." Aku ketawa kecil. Melihat dia juga turut ketawa gedik.

"Oh, kalau macam tu aku rela wei. Saja nak jalan lambat-lambat tunggu abang mafia handsome culik aku." Pecah tawa kami bersama-sama.

"Okey lah aku gerak dulu, bye." Ucap Ila sebelum melangkah pergi. Aku melambai-lambai tangan ke arahnya sehinggalah bayangan Ila hilang daripada pandanganku.

Aku meneruskan langkah lagi berjalan masuk ke dalam kawasan rumahku. Sikit lagi dah nak sampai ke rumah. Tetapi, kali ini aku memang tak salah dengar, aku dengar ada sebuah kereta dari arah belakangku.

Ah, aku tak kisah pun. Mungkin ada kereta orang dibelakang. Aku sedikit lega, sekurang-kurangnya ada orang menemaniku dibelakang. Kalau dia nampak aku kena ragut ke apa ke, boleh lah dia tolong.

Kelihatannya, jarakku ke rumah sudah semakin dekat. Tapi, aku pelik. Kedengaran kereta itu seperti ikutku. Aku menoleh ke belakang melihat kereta itu yang berada di belakangku. Ternyata benar!

Dia ikut aku! Aku berhenti dia perlahankan keretanya. Aku jalan laju, dia seakan-akan mahu langgarku. Aku teguk liur. Dahi dah berpeluh. Jantung makin laju berkencang. Perasaan takutku mulai menerjah.

Belum sempat aku mahu melangkah masuk ke dalam kawasan perumahanku, aku mendengar ada satu suara menjerit kuat memanggil namaku. Sumpah saat itu aku gelabah. Kedengaran macam suara Rayyan.

"Khai!"

Aku yang tidak tahu apa-apa, kelibat seseorang pun aku tidak nampak. Dapat kulihat cahaya kereta itu semakin lama semakin mendekati diriku.

"Arghh!!" Nyaring jeritanku tetapi aku merasa tubuhku ditolak tepi oleh seseorang.

Tubuh kami berdua sama-sama terjatuh ke tepi. Aku masih takut. Perasaan terkejut pun masih belum hilang.

Perlahan-lahan aku buka mata, melihat aku sudah menindih tubuh seseorang. Aku menelan liur apabila melihat aku sudah menindih tubuh Rayyan!

Ya Allah, malunya! Macam mana aku boleh terbang ke atas nya?!

Lantas aku bangun, kembali berdiri seperti biasa. Melihat kereta tadi yang cuba melanggarku sudah bergerak pergi jauh daripada sini.

Kurang ajar! Bawa kereta tak berlesen ke apa hah?! Sampaikan aku pun hampir nak dilanggar. Tahu lah aku kecil, tapi lain kali pakai mata!

Aku melihat Rayyan juga sudah pun kembali bangun berdiri. Dia renung tajam ke belakang kereta yang sudah pergi dengan laju itu.

"Itu kereta salah seorang anak buah John. Dia nak langgar awak. Nasib baik tiada apa-apa berlaku pada awak." Bicaranya sambil tak lepas-lepas memandang kereta yang telah pergi dengan laju itu.

Aku teguk liur. Alhamdulillah, syukur. Nasib baik aku selamat. Kalau Rayyan tak tolong aku tadi, mungkin aku dah arwah malam ni.

"Kenapa dia nak langgar saya?" Tiba-tiba pula persoalan itu terpacul keluar dari mulutku. Aku melihat, Rayyan merenungku dengan sangat tajam. Tetapi, terselit rasa kerisaun terhadap diriku.

"Mungkin itu satu amaran daripada mereka, kalau saya tak ikut serta dalam kumpulannya awak akan hilang. Nyawa awak juga dalam bahaya sekarang ini. Mungkin dah tiba masanya....." Kata-katanya terhenti dihujung ayatnya itu. Berkerut dahiku mendengar. Masih tertanya-tanya.

"Mungkin dah tiba masanya apa?" Soalku pada Rayyan. Masih bingung.

"Tak apa lah, saya bagitahu awak esok aje. Jom, saya hantar awak balik. Bahaya lah kalau awak jalan seorang diri waktu-waktu macam ni." Aku hanya akur.

Lagipun, memang aku takut untuk jalan seorang diri waktu malam begini. Hanya aku aje keras kepala tak mahu Rayyan hantarkan aku pulang. Lagipun, aku tak mahu menyusahkannya. Dah banyak sangat dia tolong aku.

Tetapi, aku bersyukur aku tidak apa-apa malam ini. Hampir sahaja lagi kereta itu mahu langgar aku. Tapi, kalau aku semakin dekat dengan Rayyan, adakah nyawa aku sedikit demi sedikit mereka akan buat aku tiada di dunia ini.

Entah apa lagi kalau aku bercinta atau berkahwin dengan Rayyan. Entah-entah tak kahwin lagi aku dah berada di dalam kubur. Ah, takutnya. Kenapa semua ini terjadi dan kenapa aku juga terlibat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience