Aku mengatur langkah turun ke tingkat bawah. Terasa tekak ini kering pula. Waktu-waktu aku dah nak tidur ni lah tekak kering. Mata pula masih terang-benderang. Tidak mahu terkatup dan terlena.
Sampai sahaja di tingkat bawah, aku mendengar ada satu suara sedang bercakap. Kedengaran suara Rayyan, Zarief dan juga Zyan.
Mungkin mereka sedang berbincang sesuatu.
"Saya nak ambil cuti untuk seminggu ni." Aku mendengar suara Zyan bercakap.
Aku ni kalau tak curi-curi dengar tentang perbualan mereka memang tak sah. Gatal sangat telinga ni nak dengar apa yang mereka bertiga bersembang itu.
Kedengaran, sepertinya Zyan meminta cuti. Cuti seminggu pula tu. Jadi, siapa yang nak jagakan aku nanti sewaktu Rayyan tiada di rumah dan aku bersendirian di dalam rumah besar ini? Siapa lagi nak jaga kawasan rumah ini?
"Cuti seminggu? Why? Ada hal penting sangat ke sampaikan nak cuti seminggu?" Soal Zarief pula bertalu-talu. Seperti tidak percaya apabila Zyan bodyguard nya mahu mengambil cuti seminggu.
Kira-kiranya, lama juga lah. Nasib tidak sebulan.
"Saya...Saya..." Aku dengar suara Zyan mula gagap. Gagap untuk menjelaskan sesuatu perkara itu.
Aku masih sabar menunggu jawapan daripada lelaki itu. Benar, kami semua sangat memerlukan dia. Jika dia tiada, susah sedikit untuk Rayyan dan Zarief lakukan kerja mereka nanti.
"You know, I need you. If you're not here for a week. How are we supposed to continue this plan if you're not there?" Rayyan pula bersuara dalam nada sedikit tidak puas hati apabila dapat tahu yang Zyan mahu ambil cuti selama seminggu.
"Saya minta maaf, bos. Saya tak boleh ada dalam waktu itu. Saya...Saya..." Masih gagap. Aku pula yang naik angin apabila dia daripada tadi gagap menjawab soalan mereka berdua.
Kelihatannya, Zyan sedikit menunduk. "Saya dah nak bertunang." Tersentak Rayyan dan Zarief mendengar jawapan daripada Zyan.
Melihat lelaki itu ketap bibir. Aku juga turut terkejut besar. Wah, siapa wanita itu yang telah berjaya memikat hati Zyan? Haih, Zyan ni apa kurangnya?
Handsome juga. Berdarah kacukan Italy lagi. Katanya, dahulu dia lahir di Italy. Ibu bapanya orang islam tetapi berasal dari Italy.
Sejak ibu bapanya meninggal dunia, dia dibawa oleh makcik saudaranya tinggal di Malaysia. Dia juga pernah sekolah di Malaysia, sebab itu dia pandai berbahasa Malaysia.
Bila makcik saudaranya sudah meninggal dunia, hidupnya menjadi sebatang kera. Tidak punya apa-apa. Dengan itu tanpa sengaja, dia telah bertemu dengan Rayyan. Dan dia juga bekerja dengan Rayyan.
Hanya itu sahaja yang Zyan ceritakan padaku tentang kisahnya dahulu. Tidak banyak tetapi sikit dan ringkas cukup buat aku faham. Kasihan juga dia. Setiap manusia tidak ada yang kehidupannya bahagia dan sempurna. Pasti akan terselit dengan rasa derita.
Bahagia akan dirasakan dengan sementara, begitu juga dengan derita. Kita terluka hanya sekejap sahaja, satu hari nanti pasti Allah akan beri kita kebahagiaan.
Dengan itu, apabila kita rasa bahagia jangan riak. Kerana Allah boleh menarik semula kebahagiaan itu. Ah, aku masih ingat lagi pesanan nenek. Banyak pesanan nenek yang aku ingat.
Tak semua manusia itu hidupnya akan rasa bahagia, dia juga akan berasa hidupnya terseksa. Apa-apa pun segala-galanya kita hanya mampu berserah kepada Allah. Kerana Allah sebaik-baik perancang.
Melihat Zyan, seorang lelaki yang bertubuh tegap, tinggi, berwajah kacukan Italy. Sempurna. Ya, sangat sempurna. Siapa aje tak tergila-gila kan dia. Dia juga pandai menghiburkan orang. Kalau bab-bab serius memang serius habis. Wajah terus ketat.
Terkejut juga aku apabila mendengar yang Zyan sudah mahu bertunang. Untung betul gadis itu dapat memikat hati Zyan. Aku tersenyum lebar. Walaupun mafia, tapi ada juga ya terselit dihati itu mahu mempunyai teman hidup.
"Are you serious?" Soal Zarief tidak percaya. Memang terkejut besar lah Zarief saat ini. Hanya Zyan yang dia rapat. Ke mana dia pergi, Zyan akan ikut sekali. Sebagai penolongnya.
Nak katakan Rayyan? Hm, dia kiri kanan depan belakang ada bodyguard. Kalau tiada bodyguard pun dia sudah biasa sendirian. Melihat tubuh tegap tinggi sasanya itu pastilah dia pandai melindungi diri sendiri.
Zyan angkat wajah. Memandang kedua-dua wajah dihadapannya itu.
"Ya." Jawab Zyan lambat-lambat.
Aku yang sedang mencuri-curi dengar perbualan mereka turut sama terkejut. Zyan dah nak bertunang. Tak lama lagi dah nak berkahwin. Ah, kenapa aku pula yang rasa gembira ni?
"So, kau nak tinggalkan kumpulan kami?" Bertalu-talu Zarief menyoal anak buahnya itu. Mungkin tidak puas hati. Kerana Zyan orang yang paling lama mereka berkawan.
"Bukan macam itu. Saya akan tetap setia dengan kumpulan kita. Tapi...Saya kena bertunang. Saya minta maaf, bos. Saya tetap kena teruskan majlis pertunangan itu. Tapi, saya janji. Saya tak akan lupakan kumpulan kita."
Ah, memang setia betul ya anak-anak buah Rayyan ni. Sanggup tak nak tinggalkan kumpulan KING BRUSIO iaitu kumpulan mafia Rayyan dan Zarief. Walaupun dah nak bertunang dan berkahwin tetapi masih setia bersama mereka berdua dan kumpulan ini.
"Bila majlis itu akan bermula?" Kini aku mendengar pula suara Rayyan bertanya pada Zyan apabila hampir lama dia membisu.
"Err...Kalau tiada halangan mungkin esok lusa. Majlis tu pun dah tak lama. Lagi beberapa hari aje." Jawab Zyan takut-takut.
Diam.
Mereka bertiga berdiam diri untuk seketika. Aku masih menanti menunggu dan mencuri-curi dengar perbualan mereka bertiga untuk seterusnya.
"Saya minta maaf, bos." Ucap Zyan sekali lagi. Bagaikan dia pula yang bersalah.
Melihat Rayyan hanya senyum sebaris. Dia yang tadi duduk santai di atas sofa kini bangkit bangun dan mendapatkan Zyan yang masih menunduk. Bahu anak buahnya itu ditepuk untuk beberapa kali.
"It's okey, Zyan. Dah tu jodoh kau. Tak akan lah aku nak halang kau bertunang." Aku tersenyum mendengar jawapan daripada Rayyan.
"By the way, congrats." Ucap Rayyan sebelum melangkah pergi meninggalkan Zyan dan Zarief.
Entah kenapa, kakiku masih gatal untuk tetap berdiri bersembunyi untuk mendengar lagi perbualan Zyan dan Zarief. Ah, aku ni suka sangat curi-curi dengar perbualan mereka. Kalau terkantoi ni, hm...aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana.
"Congrats, Zyan." Kini giliran Zarief pula yang ucapkan kepada Zyan. Zyan hanya senyum lebar lalu mengangguk. Pasti lelaki itu lega kerana kedua-dua bos besar mereka izinkan untuk dia ambil cuti mempersiapkan majlis pertunangan nya.
Aku senyum melihatnya. Moga Zyan dan pasangannya itu berhubungan kekal hingga akhir hayat mereka. Dan, moga gadis itu juga selamat apabila berada di sisi Zyan satu hari nanti. Tidak jadi seperti aku yang selalu diperhatikan oleh kumpulan mafia DIAMOND itu.
"Hah, curi-curi dengar lagi?!" Terkejut besar aku apabila ada seseorang sergah aku daripada belakang. Baru aje aku shok-shok dengar perbualan Zyan dan Zarief. Kini ada pula yang menyedarkan aku daripada mencuri-curi dengar.
Perlahan-lahan aku menggosok dada. Masih terkejut. Jantung bagaikan nak terkeluar saat ini. Rayyan memeluk tubuh sambil merenung aku tajam. Dia jongketkan kening sebelahnya.
"Ya Allah, abang! Terkejut Khai, tau!" Marahku pada lelaki itu. Rayyan masih berwajah tenang.
Aku terkejut besar untuk kali kedua apabila melihat Zyan dan Zarief juga sudah ada di sebelahku. Ya Allah, mahu luruh jantung aku ni. Mungkin mereka berdua datang ke sini kerana terdengar suara jeritan kecilku terkejut kerana Rayyan sergah aku tadi.
"Rina, awak okey ke?" Soalan itu daripada Zyan. Dia memerhatikan aku daripada atas hingga ke bawah. Takut aku cedera sebaliknya aku disergah dan terkantoi kerana mencuri-curi dengar. Tawa kecil terlepas jua.
"Saya okay je. Cuma terkejut sebab...." Kata-kataku dipotong oleh Rayyan.
"Sebab dah berjaya curi-curi dengar perbualan kami bertiga?" Aku memandang Rayyan yang sedang mengangkat kening sebelah. Teguk liur seketika.
Zyan dan Zarief ketawa kecil. Jelas sangat ke muka aku ni tengah cuak. Ah, malunya. Berbahang untuk beberapa saat sebelum Zyan membuka mulut.
"Oh, saya lupa. By the way, congrats to you Rina and bos. Tak lama lagi, kau orang berdua akan menjadi mama papa." Ucap Zyan dengan senyuman manisnya. Aku juga turut membalas senyumannya.
"Thank you, Zyan. Err...awak pun. Tahniah. Tak lama lagi, awak juga akan jadi suami orang." Gatal sahaja mulut ini hendak bersuara. Melihat wajah Rayyan sedikit berubah. Berubah marah. Atau cemburu?
Aku hanya ucapkan tahniah pada Zyan aje. Bukannya ajak bercinta. Melihat Zarief pula sudah melepaskan tawanya. Lucu gamaknya melihat wajahku yang masih tidak bersedia untuk tersenyum manis.
"Hehe, thank you."
Aku hanya balas dengan senyuman. "Okey now, Zyan as usual. I want you to check out this residential area. If anything happens, call me." Arah Rayyan pada Zyan.
Zyan hanya sekadar mengangguk lalu berjalan pergi meninggalkan kami. Melihat Zarief masih berada di sini. Melihat wajah Zarief pula bagaikan dia sedang terluka. Adakah dia sedang terluka?
Dia pernah cakap pada aku yang kekasih dia sudah bertunang dengan orang lain. Haih, kasihan betul kisah cinta antara mereka berdua ini.
"I also want to congratulate you and Rayyan." Ucap Zarief setelah lama berdiam diri yang berada di hadapan aku dan Rayyan.
Aku hanya senyum manis. "Thank you." Lelaki itu hanya membalas dengan senyumannya.
"Saya doakan moga awak dapat wanita yang setia selalu dengan awak. Jangan risau, Zarief. Ramai lagi wanita diluar sana yang setia. Jodoh di tangan tuhan. InsyaAllah, satu hari nanti awak akan dapat bertemu dengan jodoh awak dengan tepat." Aku memberi dia semangat yang jelas sedikit kecewa.
Riak wajahnya sedikit terkejut. Mungkin terkejut gamaknya apabila dapat tahu yang aku seakan-akan dapat tahu apa yang dia sedang fikirkan itu. Sebab dia kecewa pun aku dah tahu sebab apa.
Mungkin dia sedih melihat bodyguard nya telahpun bertunang dan dia masih dipermainkan oleh kekasihnya sendiri. Aku yakin, Zarief tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan kekasihnya itu. Mungkin sudah putus.
Zarief hanya tersenyum lebar sambil mengangguk perlahan. "Apa susahnya? Cari lah awek dekat Italy tu. Berlambak kut. Bukan ke dulu kau playboy?"
Setelah sekian lama Rayyan berdiam diri kini dia bersuara memecahkan kesunyian apabila kami berdua berdiam diri seketika.
Sepertinya, nada suaranya sedikit mengusik adiknya yang sedang terluka.
Zarief angkat wajah memandang abangnya. "Awek Italy? Hei, bang. Taste aku awek melayu. Bukannya awek Italy. Awek melayu lagi cun." Pecah tawa kami bersama. Boleh tahan juga ya si Zarief punya wanita idaman. Mahukan wanita melayu untuk menjadikan kekasihnya.
Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Moga dia dapat bertemu dengan jodohnya. Sakit pula hati aku jika melihat adik ipar sendiri sedih terluka begini. Aku pun tidak dapat membantunya apa-apa. Hanya dapat membantunya dengan memberi dia semangat.
Setelah selesai kami bersembang pendek, Zarief meminta diri. Katanya dia mahu berjumpa dengan kawan.
Kini tinggal lah aku berdua dengan Rayyan. Lama aku memandang wajah suamiku di sebelah. Melihat wajah Rayyan menjeling sekilas ke arahku.
Aik, dah kenapa dengan suami aku ni? Merajuk ke? Tapi, apa yang aku dah buat? Tadi okey aje gelak tawa bersama Zarief. Sekarang dah berwajah masam mencuka pula?
Hm, satu kerja malam ni kena pujuk dia tanpa sebab. Laju dia melangkah naik ke atas menuju ke bilik tidur. Aku sempat melepaskan tawa kecilku sambil menggeleng kepala. Entah kenapa, melihat wajah Rayyan yang merajuk itu, lucu pula aku.
Perlahan-lahan aku melangkah ke tangga dan terus berjalan ke bilik tidur. Mata terus menangkap satu susuk tubuh seseorang. Suamiku.
Rayyan sedang berdiri di balkoni bilik mengambil angin malam. Aku senyum lebar sebelum melangkah mendapatkan dia.
"Abang!" Tubuhnya dari belakang aku peluk. Erat.
Dia masih tidak berganjak. Memusingkan tubuh memandang aku pun tidak. Aik, dah kenapa ya dengan dia ni? Ada apa-apa masalah ke? Aku ada buat dia marah ke?
Otak sedang ligat memikirkan kembali apa kesalahanku padanya tadi. Rasanya tiada. Manis aje senyumannya tadi bersembang dengan Zarief. Bila Zarief dah pergi bertukar menjadi singa pula.
"Abang?" Panggilku. Tetapi dia tidak menyahut.
Aku mengangkat wajah memandang dia yang tinggi itu. Pelukan dileraikan. Perlahan-lahan aku berjalan berdiri di sebelahnya. Rambutku terlepas bebas dengan angin malam yang begitu lembut. Terasa kulit ditampar oleh angin malam. Sejuk. Nyaman.
"Abang, kenapa ni?" Aku menyoalnya sambil merenung wajah ketatnya itu.
Dia langsung tidak memandangku. Aku pula yang berkerut dahi.
Pelik.
"Abang kenapa ni? Khai ada buat salah dengan abang ke? Kalau Khai ada buat apa-apa salah dengan abang, Khai nak minta maaf." Lembut aku bersuara dengan bernada memujuk.
Mahu terloncat keluar jantungku apabila dia memusingkan tubuhnya menghadapku. Mata hazelnya merenung anak mata hitamku dalam-dalam. Teguk liur aku seketika.
"You have a big mistake." Ringkas kata-katanya mampu buat jantungku tidak aman. Dengan panahan matanya lagi buat aku tidak tentu arah.
"Err...Khai ada buat silap apa dengan abang? Maaf kalau selama ni Khai ada buat silap dengan abang tanpa Khai perasan. Khai minta maaf." Sedaya upaya aku memujuknya. Tangannya aku cuba capai, tapi cepat-cepat Rayyan mengelak.
Hah, ni buat aku nak menangis ni. Tak boleh lah macam ini! Aku sedih. Hati dah mula rasa sebak. Bagaikan sekarang ini aku seperti budak kecil yang dimarahi oleh orang dewasa.
"Abang cakap dengan Khai, apa kesalahan besar yang Khai dah buat tu?" Aku memberanikan diri untuk menyoalnya lagi walaupun sekarang ni air mata dah nak mengalir.
"Khai suka Zyan, kan?" Soalnya laju buatkan aku terkejut besar. Suka Zyan? Buat apa aku nak suka dekat tunang orang sedangkan aku sudah ada hero kacak aku di depan mata ini?
Aku bingung seketika. Blur jadinya. Melihat wajah Rayyan jelas dia sedang marah. Ah, sah lah yang dia cemburu tadi apabila Zyan seperti mengambil berat tentang aku setelah aku terjerit kecil terkejut apabila Rayyan sergah aku daripada belakang.
"Khai suka Zyan? Isy, abang ni...Mana ada Khai suka dia. Buat apa Khai nak suka dekat tunang orang. Khai kan dah ada suami sendiri." Bicaraku dengan terselit sedikit bernada memujuk.
Lelaki dihadapanku itu mengecilkan matanya memandangku. Seperti tidak percaya dengan kata-kataku.
"Betul. Sumpah, Khai tak suka dia lah bang. Lagipun Khai dah anggap anak-anak buah abang ni macam adik beradik Khai sendiri. Macam keluarga Khai sendiri. Abang jangan lah salah faham, Khai minta maaf tau. Khai kan dah ada abang."
Ah, susah betul ya nak pujuk singa yang sudah naik angin di depan aku ini. Dia yang tadi sedikit menunduk memandang aku yang pendek ini kembali berdiri tegak sambil memeluk tubuh.
"Abang cemburu ya sebab tadi Zyan ambil berat tentang Khai?" Sengaja aku mahu mengusiknya. Dulu bukan main lagi dia asyik mengusik aku. Kini giliran aku pula yang mengusiknya.
Aku ketawa kecil melihat perubahan di wajahnya. Haih, aku layan anak buah dia pun nak cemburu. Bukannya aku ajak Zyan bercinta pun. Aduh, suamiku. Cemburu buta!
"Kalau Khai dah tak suka abang. Abang boleh pergi daripada rumah ni. Tinggalkan Khai seorang diri dalam rumah ni!" Tersentak aku mendengarnya. Tapi, nada suaranya bagaikan sedang menukar topik.
Dada mula kembali sebak. Terkejut apabila Rayyan berkata begitu padaku. Jadi, dia dah tak sukakan aku? Dia dah tak cintakan aku? Sumpah, saat ini hati aku terguris dengan kata-katanya itu.
"Jadi abang dah tak suka Khai lah? Abang dah tak cintakan Khai? Sampai hati abang cakap macam tu. Abang dah tak sayangkan Khai." Air mataku mula mengalir laju.
"Huwaaaaa!" Pecah terus tangisan aku. Dapat kulihat wajah Rayyan berubah cuak. Panik melihat aku tiba-tiba menangis.
Mengalir laju air mataku. Entah kenapa, hatiku sedikit terguris mendengar kata-kata Rayyan itu. Dan saat-saat ini senang sangat air mata ini mahu mengalir.
"Eh, bukan macam itu maksud abang. Errr..." Rayyan cuba memujuk aku yang sudah menangis seperti budak kecil.
Sekarang ni, aku ke dia yang nak memujuk-pujuk ni? Bukan ke dia yang marah tadi? Dah kenapa dia pula yang pujuk aku? Aku pula dah kenapa tiba-tiba menangis. Ah, sakit kepala hendak difikirkannya.
Aku meraup wajah sambil menangis teresak-esak. Tiba-tiba aku terasa tubuhku dipeluk erat oleh Rayyan. Ah, mungkin ini misi memujuk aku. Hahaha, aku yang nak pujuk dia, akhirnya dia pula yang pujuk aku. Lucu pula melihatnya.
"Shhh...Abang gurau aje cakap macam tu. Dah, dah. Jangan menangis." Pipiku yang basah dek air mata diseka lembut oleh Rayyan. Siap bagi hadiah istimewa lagi dengan satu kucupan di dahiku.
Ah, ini baru memujuk. Aku senyum kecil. Kasihan dia. Aku yang sepatutnya pujuk dia, malah dia pula yang memujuk aku yang tiba-tiba menangis ini.
"Bukan ke abang dah janji tak nak tinggalkan Khai? Kenapa abang cakap macam tu?" Terhenjut-henjut bahuku menahan tangisan. Hati saat ini terluka.
Rayyan senyum kecil. Pelukannya masih tidak dileraikan. Tubuhku masih di dalam pelukannya.
"No. Abang tak nak tinggalkan sayang. Hanya ini aje yang abang ada. Paling berharga tau." Sempat lagi dia nak usik aku.
"Tak! Abang tipu!" Bentakku masih dalam tangisan.
"Eh, betul lah sayang. Abang tak tipu." Sedaya upaya dia memujukku. Makin erat dia peluk tubuhku.
"Betul abang tak nak tinggalkan Khai?" Soalku mengambil kepastian. Takut juga jika benar apa yang dia katakan tadi itu.
"Ya sayang. Abang kan sayang Khai seorang je. Cintakan Khai. Mana ada abang nak lepaskan Khai macam itu je." Bernada memujuk. Sambil-sambil itu dia menyeka air mataku. Aku cuba untuk mengukir senyuman.
"Promise?" Jari kelengkeng naik pada wajahnya. Rayyan ketawa kecil.
"Yes, promise. Berjanji untuk sehidup semati." Jari kelengkengku bersambung dengan jari kelengkengnya.
Aku senyum lebar. Hati sedikit terubat. Pelukannya aku balas. Makin erat aku peluk dia. Sayang dengan teddy bear besar saya ini!
Aku bersyukur, dia layan juga dengan perangai tak betul aku ini. Biasalah, perangai orang mengandung. Semua tak kena. Aku yang salah aku yang menangis. Akhirnya, Rayyan pula yang pujuk.
"Khai nak minta maaf kalau Khai ada buat abang marah tadi. Sumpah, Khai tak ada niat pun nak bagi abang cemburu atau sakitkan hati abang. Khai minta maaf," aku angkat kepala memandang wajahnya.
Dia senyum lebar. Ah, senyuman itu paling aku rindu.
Rayyan ketawa kecil. Rambutku yang sedikit menutup wajahku diselak tepi olehnya.
"Tak ada apa la. Abang saje je cakap macam tu. Sebab..." Kata-katanya terhenti. Berkerut keningku. Penuh bersabar aku menunggu kata-katanya untuk seterusnya.
"Sebab abang cemburu," gumamnya perlahan.
Terlepas tawaku. Terkejut juga apabila dia cakap begitu. Lucu!
Amboi, dah pandai cemburu. Cemburu buta lagi! Aku ketawa terbahak-bahak. Benar sangkaanku, dia cemburu aku rapat dengan lelaki lain. Kalau lelaki lain tu tak apa lah. Ini dengan anak buah dia sendiri pun dia tidak bagi.
Macam mana kalau nanti aku nak minta tolong pada anak buah Rayyan jika aku memerlukan bantuan? Aku ketawa lagi. Sakit perut daripada tadi ketawa.
"Amboi, gelakkan abang ya."
"Haih, abang tu la. Dah pandai cemburu." Ujarku sambil melepaskan sisa tawaku.
"Cemburu sebab abang sayangkan isteri abang ni." Ucapnya lembut ditelingaku sambil memberikan satu kucupan di pipiku. Tergamam aku seketika. Berbahang sudah wajah ini, Rayyan memang suka mengusik aku!
Kini giliran Rayyan pula melepaskan tawa. "Why you blushing? Abang cuma kiss pipi Khai je." Masih ketawa. Tawanya buat hati aku panas. Geram!
"But, abang suka tengok sayang blushing. Cute. So, nak bagi sayang blushing lagi, rasanya kena kiss your lips." Usiknya lagi buat aku bertambah berbahang.
Tubuhku terus didukung olehnya. Terjerit kecil aku terkejut dengan tindakannya itu.
"Eh, nak pergi mana ni?" Soalku sedikit gagap. Terkejut.
"Nak masuk dalam lah. Sejuk duduk luar ni. Jom, abang nak kiss sayang." Usik Rayyan lalu membawa aku masuk ke dalam.
Makin bertambah gelabah aku saat ini. Jantung dah tak payah nak cakap. Memang malam ni buat senaman jantung gamaknya. Suka sangat Rayyan usik aku. Dia ketawakan aku yang sudah berbahang teruk.
Tetapi, sebaliknya hati aku disimbah dengan rasa sungguh bahagia. Bahagia saat ini. Rasa tak sabar pun ada nak tunggu bayi di dalam perut ini lahir.
Takdir yang paling indah untuk aku dan Rayyan. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
**********
Rasa macam dah lama sangat aku tak jumpa mak su. Rindu sangat-sangat dekat dia. Harap sangat hari ini aku sudah tidak terserempak lagi dengan minah gedik itu.
Siapa lagi kalau bukan Alya. Ah, menyampah lah aku nak bersemuka dengan dia. Tengok muka dia pun aku menyampah entah apa lagi dengar suara dia. Benci!
Sampai sahaja di hadapan rumah mak su, aku memberi salam. Tak sampai beberapa minit, ada seseorang yang menjawab salamku.
Tapi, suara itu sangat aku kenal. Dan suara itu juga datang daripada rumah mak su.
"Waalaikumusalam, Rina!" Terkejut besar aku melihat Cik Yah yang menyambut aku yang baru datang ke sini.
Hati yang tak terkata gembira sangat dapat bertemu dengannya laju sahaja aku mendapatkannya. Erat aku peluk tubuhnya. Rindu tu dah tak boleh nak cakap. Terlalu rindu.
"Ya Allah, rindunya dekat cik Yah! Dah lama tak jumpa." Masih erat pelukanku. Kedengaran cik Yah ketawa kecil.
Pelukan kami dileraikan. Aku angkat wajah memandangnya yang berada dihadapanku.
"Aik, rindu dekat cik Yah je? Mak su ni?" Aku ketawa kecil melihat mak su juga muncul. Laju sahaja aku mendapatkannya. Erat aku memeluk tubuh makcik saudaraku ini. Kalau tak jumpa sehari tu rasa macam dah setahun tak jumpa.
Tapi, aku sedikit terkejut melihat Cik Yah ada di rumah mak su. Adakah mereka berdua sudah berbaik? Ah, kalau benar mereka berdua sudah berbaik semula, aku gembira sangat-sangat. Keadaan kini semakin baik.
"Mestilah rindu dekat mak su juga." Ucapku siap bagi hadiah satu kucupan di pipinya.
Mak su dan Cik Yah ketawa kecil. Kami beriringan masuk ke dalam rumah mak su. Rasa tak elok pula kalau sembang di luar rumah.
"Ni, cik Yah dengar kamu dah mengandung. Betul ke?" Soal cik Yah bernada gembira. Hm, ni sah mak su bagitahu dekat cik Yah.
Aku ketawa kecil. Perasaan gembira itu memang dah tak terkata. Gembira bercampur bahagia.
Laju aku mengangguk dengan senyuman manis di bibir. Berubah terus riak wajah Cik Yah. Wajah gembira.
"Alhamdulillah, rezeki kamu dan Rayyan." Ucap Cik Yah gembira. Kalau dia gembira, aku ini lagi bertambah gembira tau!
"Err...Rina nak tanya sikit, boleh?" Aku sedikit gagap untuk bersuara menanyakan soalan pada mereka berdua.
"Kamu tu dah lama sangat tak datang. Hah, sekarang tanya lah soalan apa yang kamu nak tanyakan itu, Rina?" Mak su pula yang bersuara. Aku lega melihat dia senyum daripada dulu wajahnya sungguh sinis.
"Mak su dengan Cik Yah dah okey?" Ah, rasa macam tak kena langsung soalan itu untuk ditanyakan. Aku gigit bibir. Melihat mereka berdua sudah ketawa kecil.
"Mesti lah. Ni kawan baik mak su tau. Kalau Rina tak ada, cik Yah lah yang selalu teman mak su. Nak harap kakak kamu. Hm...Dia pun mak su dah tak tahu ke mana. Katanya, dah ke KL."
Aku sedikit terkejut dengan hujung ayat mak su itu. Kakak pergi ke KL? Apa yang dia buat di sana? Kenapa dia benci sangat pada aku dan mak su? Haih, perangai kakak susah sedikit untuk diubah. Dia seorang keras kepala. Kalau dah bergaduh tu, nak berbaik tu punya lah berbulan-bulan pujuk dia baru baik.
Ego tinggi melangit.
Tapi, disebalik itu aku sedikit lega mendengar yang mak su dan Cik Yah sudah berbaik. Kawan baik lagi. Ah, keadaan betul-betul sudah berubah menjadi baik.
Entah kenapa, perasaan saat ini rindu akan arwah nenek. Kalau nenek ada mesti lagi meriah. Gembira. Tapi, nenek telahpun pergi buat selama-lamanya.
Hati yang mula sebak aku cuba tahan. Kuatkan hati sendiri. Diri sendiri.
"Hah, nah..." Aku sedikit terkejut. Kembali ke alam nyata. Mata memandang cik Yah yang mula bersuara.
Berkerut dahiku melihat dia menghulurkan satu bungkusan beg kertas sederhana besar padaku. Apa isi di dalamnya? Ah, gembiranya dapat hadiah!
Aku senyum lebar lalu menyambutnya. "Wow, hadiah untuk Rina ke ni cik Yah?" Soalku teruja tak sabar nak buka.
Cik Yah ketawa kecil. "Ni barang-barang bayi. Untuk baju-baju bayi tunggu lepas dah check jantina. Baru lah Cik Yah belikan." Terkejut besar aku apabila dapat tahu di dalam isi itu ialah barang-barang bayi.
Melepas tawaku. "Ya Allah, cik Yah. Perut Rina ni kempis lagi bukannya dah besar memboyot pun. Nak beli semua ni lambat lagi." Kasihan dia. Buat susah-susah aje.
Perut aku masih aje kempis. Belum lagi besar dah ada barang-barang bayi. Cik Yah dan mak su turut ketawa kecil.
"Tak apa. Siapkan awal-awal dulu peralatan bayi tu. Nanti senang. Cik Yah yang dapat tahu kamu tu mengandung gembira sangat. Tak terkata." Ujar Cik Yah sambil ketawa kecil.
"Terima kasih, cik Yah. Nanti doakan anak Rina, bayi perempuan tau." Aku ketawa kecil.
"Kalau anak Rina anak perempuan, mesti cantik macam ibu dia," bicara mak su sambil ketawa kecil.
Ya, harap sangat anak perempuan. Aku sangat teringinkan anak perempuan. Aku ketawa kecil. Tawa bahagia. Gembira.
*********
Selesai aku menunaikan solat Magrib, rasa kulit ni nak ambil angin malam pula. Aku melangkah ke balkoni bilik. Sambil-sambil itu menunggu kepulangan Rayyan.
Rambutku terlepas bebas dengan angin malam yang sungguh dingin itu. Kulitku rasa sungguh sejuk apabila ditampar dengan angin malam. Nyaman. Tenang.
Mahu tenangkan fikiranku yang sedang serabut memikirkan kakak. Tapi, nama kakak kuat berada di dalam fikiranku.
Kenapa lah kakak buat aku dan mak su begini? Terkejut juga aku mendengar kata-kata mak su semalam yang kakak ke KL. Merajuk sangat lah dia tu sampai lari ke KL tak mahu jumpa lagi dengan aku dan mak su.
Nafas panjang aku hela. Bagaimana lagi aku nak pujuk dia? Kalau tanpa aku, bagaimana hidupnya nanti? Aku sangat mengenali perangai kakak aku tu.
Di KL tidak seratus peratus kita boleh percaya dengan orang situ. Takut-takut aje ada yang berniat jahat mahu kenakan kakak.
Aku tahu selama ini dia pernah tidur dengan entah mana lelaki. Kerana apa? Kerana telah mengikuti kawannya. Apa yang kawannya buat dia buat. Haih, bagaimana ya?
Nak cari dia di KL, tapi aku tak tahu dia berada di mana sekarang. Nak hubungi kawannya, aku tak ada nombor kawan-kawan dia. Kenal pun tidak.
Senang cerita, kakak aku seorang yang sosial. Hidup bebas. Aku doa sangat-sangat moga Allah bukakan pintu hati dia dan lembutkan hati dia untuk pulang ke sini. Dan Allah memberi dia hidayah untuk ke jalan yang terbaik.
Bahuku sedikit ternaik terkejut apabila telefon bimbit milikku berbunyi. Huh semangat. Nasib baik tak luruh jantung aku ni.
Telefon bimbit yang kemas berada di dalam kocek seluar aku ambil. Sebelum aku angkat nombor yang telah hubungi aku itu, melihat tertera di skrin telefonku nama Rayyan. Ah, my husband!
Senyuman lebar terukir dibibir. Gembira. Lagi bertambah gembira jika dia balik awal. Rindu.
"Hello, assalamualaikum abang." Laju sahaja aku bersuara. Rindu benar mahu dengar suara dia.
Rela aku tidur lambat mahu menunggu dia pulang. Tak kisah lah dia pulang pukul 1 pagi sekalipun, aku tetap setia menunggu kepulangannya.
"Waalaikumusalam, my darlin."
Cair? Memang cair dah sangat aku di sini. Makin lebar aku senyum.
"Ada apa abang call Khai ni?"
"Aik, nak call isteri sendiri pun tak boleh? Tak akan lah abang nak call isteri orang pulak?"
Aku ketawa kecil. Ya tak ya jugak. Soalan bodoh apa lah kau bagi ni Rina oi! Tadi bukan main lagi aku rindu dekat dia. Bila dia dah call aku, aku pula yang bagi soalan begitu.
"Tak ada la. Selalunya kalau abang call mesti ada apa-apa hal penting yang abang nak cakap." Aku mula bersuara.
"Yes, tapi bukan itu. Abang saje call sayang and abang ada benda nak bagitahu dekat sayang," jelas nada suaranya buat aku berdebar-debar.
"Ada benda nak bagitahu? Apa dia?" Aku sedia menunggu jawapannya.
"Abang kena balik lambat sikit malam ni. Mungkin dalam pukul 12 malam macam tu. Sayang tidur lah dulu. Jangan tunggu abang, okey."
Ah, aku sudah biasa dengan itu. Dah agak dah, pasti dia akan cakap begitu. Tapi, jarang juga lah dia balik pukul 12 malam. Aku dah faham apa yang dia maksudkan. Mungkin dia nak jalankan misinya dengan mafia dia tu.
Aku tak kisah dengan semua itu, janji keadaan keselamatannya baik-baik sahaja. Aku tidak mahu melihat dia cedera lagi.
"Okey, abang jangan lewat sangat balik tau." Sedih tu memang sedih lah sebab suami balik lambat. Isteri siapa aje tak sedih. Bertambah rindu lagi ada la.
"Ya, sayang. Abang tak lambat. InsyaAllah, abang akan balik awal," nada suaranya jelas sedang sedapkan hati aku. Ah, tahu-tahu sahaja aku nak merajuk. Senyuman kecil terukir dibibir.
"I miss you." Ucapku perlahan. Tapi, benar. Aku dah memang rindukan dia sangat-sangat. Perasaan rindu aku padanya dah membuak-buak ni!
"I miss you too so much sayang." Balasnya pula.
"Kalau abang tak ada satu hari nanti, sayang jangan sedih-sedih tau. Kalau rindu abang, tengok gelang yang sayang pakai tu. Mesti rindu sayang pada abang akan hilang." Bicaranya sambil ketawa kecil.
Tersentak aku mendengarnya. Isy, dia suka sangat cakap macam tu. Sakit pula hati aku.
"Eee! Abang ni, kenapa cakap macam tu? Kalau betul terjadi apa yang abang cakap tu macam mana?!" Marahku padanya yang sudah ketawa di hujung talian itu.
Orang tengah marah dia boleh lagi ketawa. Sempat aku menjeling pada pengelangan tanganku yang tersarung kemas gelang yang dihadiahkan oleh Rayyan pada hari jadi aku yang lepas.
Senyuman lebar terukir dibibir.
"Hahaha...Sorry sayang. Abang ada kerja sikit, nanti kalau ada apa-apa call abang ya."
Kini talian kami berdua dimatikan. Aku senyum sambil memerhatikan gelang tersebut. Hanya gelang itu sahaja boleh buat rindu aku pada Rayyan hilang.
Itu pun sikit. Nak juga Rayyan ada depan mata. Nak peluk cium dia. Rindu!
Terasa badan ni dah sejuk beku, aku berjalan masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni itu aku tutup rapat-rapat. Tak mahu bagi angin malam yang dingin itu masuk ke dalam bilik. Sejuk!
Rambut yang terlepas bebas itu aku ikat. Rayyan ada bagitahu aku, jika dia lewat balik malam dia tidak mahu aku risau kerana di luar kawasan rumah ini ada ramai bodyguard nya menjaga kawasan rumah ini.
Dan aku baik-baik sahaja di dalam rumah ini. Tidak perlu risau jika mafia jahat itu datang. Tapi, aku tidak pernah kena lagi yang mafia itu datang lagi mencariku. Syukur juga. Harap sangat benda itu tidak terjadi pada diriku. Takut!
Melihat jam sudah tepat pukul 10 malam. Aku merebahkan tubuh di atas katil yang empuk. Malam ini Zarief juga tiada di rumah. Zyan? Ah, dia pula ambil cuti. Katanya semalam sudah selesai dia bertunang.
Tak lama lagi berkahwin pula. Zyan pula akan jadi suami orang. Katanya dia tidak akan tinggalkan kumpulan KING BRUSIO ini. Dia masih setia dengan kumpulan ini.
Setia betul dia dengan mereka semua ini. Termasuk lah bos besarnya. Rayyan dan Zarief.
Mata baru sahaja nak lelap. Terasa lena itu dalam perjalanan datang kepadaku. Perlahan-lahan aku tutup mata. Selimut tebal sudah menutupi tubuh. Ah, nyamannya begini. Sekali letak kepala terus dapat tidur.
BANG!
Lena yang tadi sudah datang kini hilang entah ke mana. Mata yang tadi tutup rapat kini terbuka luas. Hilang terus mengantuk aku.
Jantung berdetak makin laju. Terkejut apabila terdengar sesuatu bunyi yang sangat kuat. Nafasku naik turun. Lembut aku gosok dadaku. Masih terkejut.
Perlahan-lahan aku bangun kembali. Memikirkan bunyi apa yang kuat sangat tadi?
Sumpah, bunyi itu buat aku terkejut besar. Elok aje dah nak tidur akhirnya terjaga kembali.
Buatkan aku terkejut besar lagi apabila ada seseorang menjerit kuat. Aku terus tidak tentu arah. Perasaan takut, terkejut semuanya ada saat ini.
Aku terus bangkit. Menyelak sedikit langsir besar itu ke tepi. Melihat di luar jendela ada seorang lelaki melepaskan tembakan pada seseorang. Sepertinya itu bodyguard Rayyan. Dan lelaki yang melepaskan tembakan itu aku sangat mengenalinya....
Mark!
Terbeliak biji mataku melihatnya. Aku mula menggigil takut. Dia sudah berjaya masuk ke dalam kawasan perumahan ini. Aku langsung tidak tentu arah.
Tak boleh berada di sini lagi. Di sini tidak selamat. Mereka sudah berjaya masuk ke dalam kawasan ini. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilik itu.
Mata meliar ke kiri dan ke kanan. Mencari mana-mana susuk tubuh yang dah sesat masuk ke dalam rumah ini. Aku harap sangat bodyguard Rayyan yang lain selamat. Terkejut juga melihat dah ada yang mati.
Teguk liur aku seketika. Jantung makin hebat berkencang. Perlahan-lahan aku berjalan keluar daripada bilik itu. Aku tidak mahu berada di dalam rumah ini.
Perlahan-lahan aku melangkah turun daripada tangga. Melihat rumah ini masih sunyi. Dan aku berjalan ke ruang tamu dan mahu melangkah ke pintu rumah keluar daripada rumah ni. Rasanya tempat selamat untuk keluar daripada rumah ini dibelakang rumah.
Satu langkah, dua langkah dan tiga langkah....
Ternaik bahuku lagi terkejut apabila pintu rumah besar itu pecah dibuka oleh bodyguard Mark. Membulat mataku melihat mereka sudah berjaya masuk ke dalam rumah ini.
"Babygirl!" Serunya dapat buat aku tidak tentu arah. Tajam dia renungku apabila sudah nampak susuk tubuhku. Aku yang sudah tidak tentu arah berlari menyelamatkan diri.
Tetapi, mereka berjaya mendapatkan aku. Rambutku dicengkam kuat oleh Mark.
Air mataku serta-merta mengalir laju. Seluruh tubuhku mula menggigil. Ya Allah, aku tak sangka semua benda ini akan terjadi.
"Where are you going, baby?"
Dia ketawa sinis sambil tak lepas-lepas menggenggam kuat rambutku. Aku cuba untuk meronta-ronta menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya.
"Hoi!" Jerit salah seorang yang baru muncul di dalam rumah ini.
Melihat sepertinya dia seorang bodyguard Rayyan. Aku bersyukur melihat bodyguard Rayyan ada yang masih selamat.
Pandangan Mark dan bodyguard nya beralih memandang orang yang menjerit itu. Dengan itu, lantas aku menolak kuat tubuh Mark berjauhan denganku.
Laju aku berlari semula naik ke atas. Rasanya tidak selamat jika aku turun bawah. Sekarang ni apa yang perlu aku lakukan?
Rayyan!
Ya, lelaki itu sangat aku memerlukan sekarang ini. Aku perlu hubunginya dan meminta dia pulang segera. Ah, aku tidak boleh bersendirian. Aku lemah!
Sempat mata melihat bodyguard Mark sedang bertumbuk dengan anak buah Rayyan. Ah, sungguh takut untuk dilihat.
Tapi, aku tidak peduli lagi. Laju aku berlari naik ke atas. Dapat ku rasakan yang Mark tetap mengikuti jejak langkahku. Dia tak akan lepaskan aku begitu sahaja.
Masuk sahaja di dalam bilik tidur, cepat-cepat aku mengunci pintu. Tidak mahu beri lelaki itu masuk. Otak dah ligat tidak tahu mahu lakukan apa-apa.
Lantas aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja solek tersebut. Jari-jemari sudah menggeletar. Susah untuk aku mencari nombor Rayyan.
Dapat sahaja nombor lelaki itu, aku terus letakkan telefon di telinga. Air mata laju mengalir. Sumpah aku takut sangat-sangat saat ini.
"Hello, abang...Tolong, Khai!" Laju aku bersuara setelah Rayyan mengangkat call daripada aku.
"Ya, abang akan selamatkan Khai. Sekarang rumah tu dah tak selamat. Khai kena sembunyikan diri jangan bagi mereka nampak Khai. Abang akan sampai di situ tak lama lagi." Kelihatan nada suara Rayyan juga sudah tergesa-gesa. Mungkin dalam perjalanan sampai ke sini.
Aku hanya akur. Makin terkejut besar apabila pintu bilik itu ditendang kuat oleh seseorang daripada luar. Sekali tendang masih tidak buka pintu itu, dua kali tendang masih tidak buka.
"Khai, sembunyi sekarang! Jangan bagi dia jumpa Khai!"
Aku hanya ikut arahan Rayyan. Mata meliar mencari tempat untuk aku sembunyikan diri.
Ya! Dah jumpa!
Aku berjalan melangkah masuk ke sebuah almari besar yang terletak di bilik ini. Pintu almari itu aku tutup rapat-rapat.
Aku tak rasa aku selamat, aku pun dah tak tahu nak sembunyikan diri di mana lagi. Sebab sekarang otak dah ligat untuk berfikir.
Terkejut lagi aku apabila terdengar bunyi pintu pecah. Pasti sudah pecah apabila ditendang oleh seseorang daripada luar. Dapatku rasakan yang tendang itu ialah Mark.
Ya, benar! Lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik yang aku berada sekarang ini. Mulut ku tutup rapat-rapat agar suara tangisanku tidak terlepas. Air mata laju mengalir di pipi. Seluruh tubuhku mula menggigil.
Aku baru sahaja mahu bercakap lagi dengan Rayyan dalam telefon, tapi nasib malangnya telefon aku habis bateri. Ah, sungguh nasib malang!
Rapat-rapat aku pejam mata. Berdoa dalam hati agar Allah melindungi aku. Aku lemah. Aku langsung tidak tahu mahu lakukan apa-apa lagi.
"Hei, baby. Where are you hiding?"
Makin berkencang laju jantung aku saat ini. Dia berjalan menapak ke kawasan bilik ini. Aku tahu dia sedang mencariku.
Seakan-akan sudah tahu aku sembunyi di mana. Laju sahaja dia membuka pintu almari itu. Aku tersungkur jatuh di kakinya.
"Finally, I found you, baby."
hai guys! Sorry lambat update chapter...hope korang suka dengan chapter ni >< thank you singgah novel nana..Jangan lupa Komen banyak² ya...bye! <3
Share this novel