• BAB 9

Romance Completed 27650

Seperti biasa, awal pagi lagi aku akan segera ke tempat kerja. Jika lewat, jangan tanya kenapa telinga aku bernanah. Faham-faham sahaja lah.

Aku mencapai kasutku lantas disarung sambil itu mata sempat menjeling sekilas ke arah jam di pengelangan tanganku. Takut pula nanti lewat sampai ke tempat kerja.

"Malam tadi kau pergi mana?" Suara itu membuatkan pergerakanku terhenti. Aku kenal suara itu. Aku mengangkat wajah memandang tuan punya suara itu.

Haih, mak su. Malas betul aku nak layan dia pagi-pagi ni. Suka sangat sakitkan hati aku kalau aku ada bersamanya. Ada-ada sahaja ayat sindir yang dia mahu berikan kepadaku.

Aku jeling sekilas ke arahnya. Selesai memakai kasut, aku kembali berdiri seperti biasa. "Kenapa mak su nak tahu? Perlu ke mak su tahu? Tak silap Rina, mak su tak ambil peduli pun tentang Rina. Sikit pun masuk tak ambil tahu tentang Rina, Rina sakit ke, dah makan ke, bukannya mak su ambil tahu pun." Aku menjeling ke arahnya. Sengaja nak membebel panjang dengan dia hari ni. Pagi-pagi lagi dah hilangkan mood aku nak pergi kerja.

"Hei, kau kenapa biadab sangat hah?! Jangan sampai aku tonyoh-tonyoh cili mulut kau tu!" Marah dia padaku tetapi aku sikit pun tak kisah dan tak takut. Buat apa nak takut pada dia.

"Dah lah, malas lah Rina nak bertekak dengan mak su. Buat sakit hati je. Rina nak pergi kerja dulu. Bye assalamualaikum." Ucapku lalu berjalan pergi meninggalkannya yang masih bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arahku.

"Malam semalam kau pergi rumah lelaki tu kan?" Soalnya sinis. Aku tersentak dengan kata-katanya itu. Ya Allah, ingatkan tiada siapa yang nampak. Rupanya ada juga yang perasan aku ke rumah Rayyan malam tadi. Aku teguk liur. Takut pula mereka fikir lain padaku, lagi-lagi mak su.

Aku menoleh memandang mak su. "Apa mak su cakap ni? Lelaki mana pulak ni? Mak su boleh tak jangan nak tuduh-tuduh Rina." Aku jeling lagi. Panas betul hati ini kalau dia fitnah-fitnah aku benda yang aku tidak buat.

"Hei, kau jangan buat-buat tak tahu ya. Ada orang kampung nampak kau masuk ke dalam rumah dia. Siapa lagi kalau bukan lelaki handsome yang kaya tu."

Aku hela nafas panjang. Susah betul aku nak jelaskan perkara itu pada mak su. Tapi, kalau semalam aku terus pulang ke rumah mungkin hal ini takkan terjadi. Huh...

"Ya. Kenapa makcik? Memang malam tadi dia ada datang ke rumah saya. Tetapi dia tidak masuk. Saya hanya hantar barang dekat dia dari luar rumah. Lagipun, saya tak nak makcik salah faham, sebenarnya Rina ialah tunang saya. Tak lama lagi dia akan jadi milik saya buat selama-lamanya."

Seseorang bersuara dari arah belakangku membuatkan aku terkejut besar. Takut mahu memusingkan tubuhku memandang tuan punya suara di belakangku itu. Kerana aku sudah tahu siapa dia...

Rayyan!

Mahu pengsan aku apabila dia cakap begitu pada mak su. Tak sangka dia berani berkata begitu pada mak su. Aku melihat wajah mak su serta-merta berubah. Dia pun terkejut dengan kemunculan Rayyan di situ.

"Sayang, jom kita pergi. Nanti lambat pulak sayang masuk kerja." Bicara Rayyan padaku sambil senyum manis menampakkan lesung pipitnya. Ini kali kedua, aku melihat dia menunjukkan lesung pipitnya yang manis itu. Ah, aku sangat menyukainya!

Ya Allah, tolong aku. Aku dah nak mleyot kat sini. Nak pengsan! Aku rasa aku tak salah dengar. Dia berkata itu padaku. Dia senyum manis lagi padaku. Berkali-kali aku istighfar. Menenangkan hatiku yang dah cair ini!

Aku melihat riak wajah mak su berubah. Sangat berubah. Terkejut gamaknya. Aku sembunyikan senyumanku. Aku bersyukur Rayyan faham tentangku. Lagipun, bagus lah Rayyan cakap begitu, sengaja nak sakitkan hati mak su. Aku pasti mak su akan bagitahu Alya dan Alya akan sakit hati. Ah, padan muka mereka! Suka aku melihat mereka sakit hati dan cemburu. Lagi-lagi Alya!

Aku melihat mak su mula terkebil-kebil. Seperti tidak percaya pun ada. Teguk liur juga aku mendengar kata-kata Rayyan itu. Haih, nasib baik lah iman aku ini masih kuat. Kalau tak, dah pengsan aku dekat sini.

"Err...Dah bertunang? Bila kau orang berdua ni bertunang?" Soal mak su seperti tidak percaya.

"Minggu lepas. Baru aje lagi, kan sayang? And, InsyaAllah hujung bulan ni kami akan percepatkan majlis untuk kami berdua bernikah. Makcik jangan lupa datang ya. Oh, lupa. By the way, nama saya Arayyan Mikael. Makcik boleh panggil saya, Rayyan aje." Bicara Rayyan lagi sambil menyelit sedikit memperkenalkan dirinya pada mak su.

Dia senyum kecil ke arah mak su. Mak su nak tak nak aje senyum, dia hanya senyum paksa. Mungkin masih tidak puas hati mendengar kata-kata Rayyan itu.

"Oh, errr.... InsyaAllah, kalau makcik ada masa makcik datang ke majlis kamu berdua," balas mak su dengan paksa. Aku masih membisu yang berada disebelah Rayyan. Jantung dah nak tercabut aku rasa saat ini.

"What?! Kahwin?!" Suara itu, aku kenal sangat. Langsung kami bertiga menoleh memandang tuan punya suara itu.

Aku melihat Alya sudah terkejut besar. Mungkin dia sudah dengar penjelasan Rayyan tadi. Ah, makin aku suka apabila Alya muncul di sini. Biar bagi dia sakit hati lebih lagi!

"Tuan Rayyan, serius lah Tuan Rayyan nak jadikan Rina ni isteri Tuan Rayyan? Dah fikir masak-masak ke?" Soalnya pada Rayyan seperti tidak percaya. Wajahnya dah terkejut beruk. Senyuman lucu yang mahu terukir di bibirku tahan agar tidak terukir.

"Yup. Saya dah fikir masak-masak yang tak lama lagi saya akan jadikan Rina sebagai isteri saya yang sah." Jawab Rayyan sambil matanya memandang sekilas ke arahku. Aku senyum kecil. Hati dah berbunga-bunga. Kalau lah jadi kenyataan...Ah, semua itu hanya angan-anganku aje.

Tapi, boleh ke dia terima aku? Aku tak mahu dia kecewa dan menyesal jadikan aku isterinya suatu hari nanti. Dia sudah jujur padaku yang dia suka aku, sudah selesai dia mengaku.

Ini kan pula mahu jadikan aku isteri, ah itu semua angan-angan aje. Tuan Rayyan faham dengan keadaanku. Mungkin dia mahu tolong aku agar sama-sama sakitkan hati mak su dan Alya.

Aku melihat kedua-dua wajah yang berada di hadapan aku itu betul-betul terkejut besar apabila mendengar untuk kali kedua penjelasan daripada Rayyan. Aku melihat Alya seperti tidak puas hati dan tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Rayyan.

Tajam Alya menikam anak mataku. “Tuan Rayyan, kalau Tuan Rayyan nak tahu, si Rina ni dah tiada dara. Maruah dia pun dah tercalar. Dia juga pernah terlanjur dengan entah mana lelaki. Sebab itu lah saya cakap, betul ke Tuan Rayyan dah fikir masak-masak untuk jadikan perempuan yang dah tak ada dara ni sebagai isteri Tuan Rayyan yang sah!"

Tersentak aku mendengar. Malunya aku kalau cakap benda itu di depan lelaki. Tetapi, Alya langsung sedikit pun tidak ada rasa malu bila cakap begitu depan Rayyan.

Aku melihat wajah Rayyan tenang. Sedikit pun tidak terkejut dengan kata-kata Alya. Malah dia mengukir senyuman sinis. Aku tak faham maksud senyuman itu.

Lagipun, ya. Dia boleh ke terima, aku yang dah disentuh oleh lelaki entah sesat mana. Tetapi, percaya lah. Aku tidak mengandung. Aku teguk liur. Masih keliru.

"Tolong jangan nak tuduh Rina sebarangan. Kalau benar dia terlanjur dengan entah mana lelaki, awak ada bukti ke?" Soalan itu membuatkan wajah Alya dan mak su serta-merta berubah. Semuanya terkaku membisu.

Aku juga masih membisu. Hanya mendengar. Kalau aku jawab, mahu kena dengan Alya. Tengok dia masih tidak puas hati. Pasti perasaan cemburu dia tu dah menebal dihati. Haha, padan muka! Aku puas hati!

"Saya boleh dikatakan yang Rina tidak terlanjur malah dia hampir disentuh oleh lelaki entah mana kerana mata saya sendiri yang melihat ada orang mahu sentuh Rina. Dan, saya jugalah yang membantu Rina. Saya juga yang menyelamatkan Rina daripada dirogol." Jelas Rayyan membuatkan kedua-dua wajah dihadapanku itu makin bertambah terkejut dan ada terselit tidak percaya.

"Saya berani cakap kerana sayalah orangnya yang menyelamatkan Rina pada malam hitam itu." Sambung Rayyan lagi. Aku melihat kedua-dua wajah itu terkebil-kebil alihkan pandangan mereka.

Mungkin sudah tahu yang mereka salah dengan anggapan mereka dahulu. Aku sangat bersyukur kerana sudah ada seseorang yang tolong jelaskan perkara ini. Hati berasa sungguh lega.

"Lagipun, saya cintakan Rina bukan dari segi rupa. Tapi, dari segi hatinya yang sangat baik." Bicara Rayyan lagi. Dia senyum ke arahku. Aku pula yang rasa tidak tentu arah saat ini.

"Okey lah, saya dan Rina kena gerak dulu. Kami tak boleh lambat. Nanti lewat pula sampai. Kami gerak dulu ya. Oh, lupa. Nanti tarikh nikah kami nanti saya bagitahu ya. Kami pergi dulu." Ujar Rayyan lalu memberi isyarat mata pada aku agar aku mengikut jejak langkahnya.

Sedikit pun aku tak pandang wajah mak su dan Alya. Menyampah. Aku pasti mereka sedang merenung tajam ke arahku. Aku sangat puas hati, padan muka mereka! Aku harap sangat mereka berdua tahu salah mereka yang mereka sudah fitnah aku.

Sepanjang perjalanan itu aku masih membisu. Masih terkejut, tak sangka kata-kata itu keluar dari mulut Rayyan sendiri. Bagaikan dia sedang membuat Alya cemburu dan mak su sakit hati. Aku sangat sukakan itu. Tapi, buatlah tiba-tiba benar terjadi apa yang dia cakap tu macam mana?

"Rayyan, kenapa awak cakap macam tu dengan mak su dan kakak saya?" Aku membuka bicara apabila hampir lama kami berdua berdiam diri.

"Kenapa? Salah ke saya cakap macam tu? Lagipun, kalau perkara yang saya cakap tu benar, lagi bagus. Saya tak menipu mereka." Jawab Rayyan selamba. Aku pula yang rasa berdebar-debar apabila dia cakap macam tu. Tak senang duduk jadinya aku sekarang ini.

"Tapi...Awak boleh ke terima saya? Saya ni gadis biasa aje. Gadis kampung. Saya tak nak orang kutuk diri awak pula kerana awak mempunyai kekasih wanita yang tidak berguna seperti saya." Bukan untuk hilangkan perasaan cintanya padaku tapi aku takut orang kampung mengutuk dirinya pula.

Cukup lah aku yang kena kutuk oleh satu kampung, tapi tolong...Aku tak mampu melihat dia dikutuk dimaki teruk oleh orang kampung kerana dapat gadis kampung yang selekeh tidak punya harta seperti aku.

Aku melihat dia memandangku sekilas sambil tersenyum senget. "Seperti yang saya cakap tadi, saya cintakan awak kerana hati awak yang sangat baik. Bukan sebab rupa awak. Sayang, pedulikan aje kata-kata orang. Allah itu ada. Dia tahu semuanya. Walaupun kita buat baik macam mana sekalipun, orang lain akan tetap melihat kesalahan kita walaupun sikit." Bicaranya menenangkan hatiku yang sudah berfikir macam-macam.

Aku juga terkejut apabila dia memanggilku, 'sayang'. Aduhai, Rayyan. Sudah-sudah lah tu buat aku cair. Jantung aku ni pun dah mula bersenaman. Makin berdegup dengan sangat laju.

"Tapi, betul ke apa yang awak cakap tadi pada mereka?" Soalku sedikit gagap dan takut. Takut pula dia setuju. Ah, kalau dia setuju pun aku pun setuju. Entah kenapa, hatiku juga sudah mula jatuh cinta dengan dia tanpa sengaja. Kenapa ya?

"InsyaAllah, kalau kita ditakdirkan bersama." Jawabnya ringkas. Kata-kata yang ringkas itu mampu buat aku cair. Cair, cair dan cair. Huh, sweet juga ya Rayyan ni walaupun disebalik wajahnya yang beku itu.

*********

"Terima kasih Rayyan sudi hantar saya ke tempat kerja. Saya pergi dulu ya." Ucapku padanya yang sudah banyak kali tolongku.

Dia mengangguk lalu senyum sebaris ke arahku. Aku terus melangkah keluar. Baru sahaja nak menutup pintu keretanya, aku terhenti seketika apabila Rayyan bersuara.

"Take care, dear. Nanti kalau ada apa-apa call saya ya." Pesannya padaku.

Haih, pagi-pagi lagi dah buat hatiku berbunga-bunga. Aku senyum lebar ke arahnya lalu kembali menutup pintu keretanya dan melangkah pergi ke tempat kerjaku.

"ARGH!" Aku terkejut apabila ada seseorang menarik aku. Aku terjerit kecil. Terkejut.

"Eee! Lepaslah! Apa ni pegang-pegang saya?!" Marahku pada Acap apabila lelaki itu seperti masih tidak puas hati dengan aku. Ya, lihat riak wajahnya memang dia marah sangat pada aku.

"Rina, saya ada sesuatu perkara nak bagitahu awak." Ujarnya masih menggenggam lenganku. Tempat pengelangan tanganku pun masih lebam dibuat olehnya semalam. Lepastu sekarang, ini kan pula nak lebamkan lengan aku pula?!

"Kalau nak cakap sesuatu tu, lepaskan lah dulu lengan saya ni. Sakit lah! Awak sesuka hati sahaja kan pegang lengan saya tanpa izin!" Marahku padanya dengan renungan tajam aku beri padanya.

Aku melihat dia senyum sinis, berkerut dahiku melihatnya dia tiba-tiba senyum sinis ke arahku.

"Kenapa ni?" Suara itu membuatkan genggaman Acap di lenganku itu dileraikan. Cepat-cepat aku menarik semula lenganku yang terasa sakit itu. Acap terkebil-kebil memandang seseorang lelaki yang tinggi daripadanya itu. Siapa lagi kalau bukan Rayyan.

Aku juga terkejut. Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukan ke tadi dia sudah pergi? Aku juga turut bersyukur kerana dia ada. Haih, kalau tidak pasti lenganku makin bertambah lebam apabila digenggam erat oleh Acap yang sesuka hati sahaja pegang aku itu!

Aku melihat Acap seperti takut untuk memandang Rayyan. Rayyan sudah merenung tajam ke arah lelaki dihadapanku itu.

"Kau siapa?" Soal Acap dengan sedikit bernada tinggi. Cuba untuk berlawan dengan heroku. Eh, heroku? Ah, aku ni main cakap aje. Perasan betul!

"Saya. Tunang. Rina." Ucapnya satu-satu sambil tak lepas-lepas lagi merenung tajam ke arah Acap, aku melihat Acap sedikit terkejut.

Seperti tidak percaya pun ada aku melihat wajahnya itu. Ah, ayat itu lagi digunakan oleh Rayyan. Dia cakap begitu, jantung aku pula yang berkencang hebat saat ini.

"Wait. I think I know you..." Rayyan bersuara lagi. Matanya lama merenung Acap yang masih berada di hadapanku itu.

"Tak. Aku tak kenal pun siapa kau." Jawab Acap laju. Kini pandangan matanya beralih memandangku sambil tersenyum sinis.

"Oh, sekarang dah ada tunang. Hari tu lelaki lain, sekarang lelaki lain. Lepastu bertunang? Lepas dah bertunang terlanjur lagi. Lepastu putus. Lepastu cari lagi lelaki lain and buat benda yang sama. Macam tu? Dasar perempuan murahan!" Sungguh jijik dia memandangku. Aku terkejut mendengar kata-katanya itu.

Ya Allah, sanggup dia tuduh aku macam itu? Tetapi, aku rasa sudah ada seseorang memberitahu pada Acap tentang malam hitam itu. Aku yakin dia tahu tentang itu. Kalau dia tidak tahu, kenapa dia cakap aku sudah terlanjur dengan lelaki lain. Ya Allah, fitnah itu sudah tersebar. Adakah rakan sekerjaku yang lain sudah tahu tentang itu?

Dengan kata-katanya itu yang buat hati aku terluka, tangan yang ringan laju sahaja aku mengangkat tangan dan tanpa sengaja telapak tanganku sudah melayang ke pipi kirinya dengan hati yang sungguh sakit.

Dia pegang pipinya yang terasa perit apabila kena penamparku. Menitis air mataku mendengar kata-katanya itu.

"Awak jangan nak tuduh saya, Acap. Saya bukan perempuan seperti apa yang awak cakap! Jangan nak fitnah saya!" Tajam aku renung dia. Hatiku sudah tidak tahan. Sangat perit.

"Okey, okey fine. Saya akan buat awak menyesal, Rina!" Dia terus berlalu pergi. Sempat dia melepaskan renungan tajam pada aku dan Rayyan yang setia berada di sebelahku.

Aku meraup wajah. Air mata makin lebat mengalir. Dapatku rasa bahuku diusap lembut oleh seseorang agar aku bertenang.

Nasib baik lah aku bergaduh dengan Acap diluar kedai. Kalau di dalam kedai, dengan pelanggan yang ramai, pasti sudah kecoh dan bising. Aku tak mahu semua itu. Biarlah dilepaskan di luar kedai.

"Kenapa semua fitnah saya macam tu? Saya bukan perempuan apa yang mereka cakap." Aku masih teresak-esak menangis. Sudah tidak peduli jika Rayyan melihat aku menangis di sebelahnya itu.

"Tak. Awak bukan perempuan apa yang mereka cakap. Sabar, Khai. Awak kuat. Saya yakin awak mampu lawan mereka. InsyaAllah, kita buktikan sama-sama pada mereka yang awak bukan perempuan apa yang mereka cakap." Rayyan memujukku lagi.

Hampir beberapa minit aku teresak-esak menangis sehinggakan tidak sedar yang aku sudah berada di dalam pelukan lelaki itu.

Apabila aku sedar aku sudah berada di dada lelaki itu, lantas aku menjarakkan diriku daripadanya. Air mata cepat-cepat aku seka. Melihat dikemeja putih Rayyan sudah basah dengan air mataku.

"Err...Sorry." Ucapku perlahan masih menunduk. Malu.

"It's okey. Now, awak kena bertenang. Relaks, pretty. Jangan menangis dah, nanti dah tak cantik. Awak kan kuat." Dia pujuk aku lagi. Aku senyum kecil mendengar ucapannya itu padaku.

"Thank you Rayyan. Awak sentiasa ada dengan saya. Saya dah banyak sangat terhutang budi dengan awak. Saya minta maaf..." Ucapku pula. Dia hanya senyum sambil menggeleng kepala.

"It's okey, pretty. Anggap aje ini ujian daripada Allah. Allah nak uji hamba dia. Tapi saya yakin, awak kuat untuk hadapi semua dugaan ini." Aku senyum mendengar kata-katanya itu.

Hati sedikit terubat mendengar pujukkan daripadanya. Hatiku rasa lega. Marah dan terluka dengan kata-kata Acap tadi itu entah bagaimana, semua perasaan itu hilang berterbangan sendirian.

"Oh, ya pretty. Saya ada sesuatu nak bagi pada awak." Dia kembali ke dalam keretanya. Aku hanya menunggu. Melihat kini dia sudah kembali melangkah mendapatkan aku.

Sepertinya, dapat kulihat dia sedang menyembunyikan sesuatu daripadaku. Aku melihat dia sembunyikan sesuatu di belakangnya sambil tersenyum kecil melihatku.

"Apa tu?" Soalku apabila dia sudah tersengih-sengih melihatku. Aku juga turut ketawa kecil.

"This is for you, beautiful." Membulat mataku melihat dia menghulurkan sejambak bunga ros berwarna merah. Hati saat ini tak terkata, berbunga-bunga. Aku senyum lebar sambil menyambutnya. Aku terus mendekatkan hidungku pada bunga itu, wangi!

"Cantiknya. Thank you, Rayyan." Ucapku gembira. Gembira lah dapat bunga tu. Ini pertama kali aku dapat bunga daripada lelaki.

Dia senyum kecil melihat aku gembira. "Welcome, dear. And, ni lah something special yang saya nak bagi kat awak tu. Thanks sebab dah tolong letakkan ubat dekat luka saya ni. And, luka ni pun dah semakin sembuh." Ujarnya. Aku senyum lebar.

Ah, cair aku dibuatnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience