• BAB 15

Romance Completed 27650

Hari ini Chris tinggal di rumah ini. Aku melihat seperti dia enggan mahu tinggal di sini bersama kami. Mungkin dia takut aku berasa kekok dia tinggal di sini.

Aku siapa nak halang. Aku cuma isteri Rayyan. Ini rumah Rayyan dan ini juga rumah Chris. Malam ini dia tinggal di sini. Makin riuh dalam rumah ini dengan gelak tawa kami bersama.

Jam sudah tepat pukul 11 malam. Melihat Rayyan masih belum berada di dalam bilik tidur. Aku sedikit hairan. Mungkin dia sedang sibuk berada di bilik kerjanya.

Kaki melangkah ke bilik kerja Rayyan. Kelihatannya, pintu biliknya tidak tertutup rapat. Sedikit terbuka membuatkan suara Chris dan Rayyan dapat kudengar dari luar.

Aku yang gatal mahu ambil tahu apa yang mereka cakap, aku mengambil tempat di sebalik pintu itu. Mahu dengar apa yang dibual oleh Rayyan dan Chris.

"Non credo che se rimani qui sopravviverai." Aku mendengar Chris bersuara pada Rayyan. Kedengaran seperti dia berbahasa Italy.

Aku sedikit mengeluh. Tidak dapat jelas mendengar kata-kata itu. Sebab aku langsung tidak faham satu apa pun kata-kata daripada Chris itu.

"I don't want to run. I will still take revenge!" Aku dengar pula suara Rayyan sedikit tegas. Dengan gatalnya aku mengintai apa yang mereka buat. Chris sedang duduk di sofa berhadapan dengan Rayyan. Aku melihat pula Rayyan sedang mengepal penumbuknya. Mungkin masih tidak puas hati dengan musuh ketatnya.

"I want you to leave the girl!" Sepertinya itu arahan daripada Rayyan. Tajam Rayyan merenung adiknya. Aku melihat wajah Chris sedikit berubah. Seperti terkejut apa yang abangnya arahkan padanya.

"No. I can't!" Kelihatan jelas wajah Chris seperti marah. Aku pula risau dan takut jika mereka bergaduh.

"Our fate is the same, Chris. If you're still with that woman, you'll lose someone you love like me. The person I love is almost gone." Rayyan seakan-akan tidak puas hati apabila adiknya tetap berkeras kepala tidak mengikut arahan daripada abangnya.

Aku pasti, apa yang mereka sedang bercakap itu tentang kekasih Chris. Kasihan dia. Hidup dia sama dengan abangnya. Musuh ketat mereka mahukan mereka berdua tetapi jika mereka tolak pasti orang yang mereka sayang itu akan hilang. Termasuk lah aku dan kekasih Chris.

Haih, siapa lah yang bertuah dapat menjadi milik Chris itu ya? Siapa lah perempuan itu? Untung betul dia.

"No! I don't want all that! That woman is still mine. I don't want to leave him!" Bentak Chris tidak puas hati. Kecut perut aku tengok mereka berdua bergaduh. Bagaikan mahu bertumbuk pula. Melihat Chris sudah bangun. Huh, sayang betul ya dia dengan kekasihnya itu sanggup tak nak tinggalkan perempuan itu.

"Chris, if you don't leave him, his life will be in danger. If his life is safe, surely your life will be lost." Bicara Rayyan pula apabila melihat adiknya tidak terima apa yang dikatakan oleh Rayyan.

"I was willing to die to save his life!" Chris terus meninggalkan bilik itu. Aku yang masih tekun mendengar perbualan mereka, terjerit kecil apabila aku hampir terlanggar dada Chris kerana telingaku sudah melekat di pintu tadi dan kini dibuka kasar oleh Chris. Nasib tak terpeluk dia.

"Err...Sorry," aku bersuara dengan sedikit gagap. Melihat wajah Chris yang tadi bukan main dingin bagaikan mahu makan orang kini berubah menjadi lembut. Aku teguk liur.

"Hei, pretty. Awak tak tidur lagi?" Soalnya mesra. Aku yang masih takut-takut memaksa untuk tersenyum.

"Err...Belum lagi." Jawabku yang masih gagap. Lelaki bertubuh tinggi dihadapanku ini hanya senyum lebar.

"Saya nak masuk tidur dulu ya. Goodnight." Ucapnya dan berlalu pergi.

"Okey, goodnight."

Kini mata beralih memandang pula Rayyan yang masih duduk di sebuah sofa. Masih tidak berganjak. Wajahnya dingin. Aku pula yang takut untuk mendekatinya.

Perlahan-lahan aku melangkah mendapatkannya. "Abang tak tidur lagi ke?" Soalku tetapi soalanku tidak dijawab olehnya. Sikit pun dia tidak beralih memandangku yang berada di sebelahnya.

Aku melabuhkan duduk disebelah Rayyan. Macam mana aku nak hilangkan wajah dingin dia ni. Takut pula tengok. Pasti masih marahkan adiknya yang keras kepala tidak mahu dengar apa yang abangnya arahkan.

"Sorry kalau saya ada curi-curi dengar tadi. Abang marah ke?" Aku cuba bersuara lagi. Rasa bersalah sangat saat ini. Aku tahu, pasti dia marahkan aku sebab sudah mencuri-curi dengar apa yang dia bualkan bersama adiknya tadi. Tak pasal-pasal satu kerja aku malam ni nak kena pujuk si singa yang tak lama lagi mahu menerkam musuh itu.

Tangannya aku capai lalu aku kucup perlahan-lahan, dia sedikit terkejut. Mungkin terkejut dengan apa yang aku lakukan.

"Saya minta maaf..." Dah macam hari raya pula nak bersalam-salaman meminta maaf semua. Dia hanya senyum kecil. Kepalaku yang diselindung dengan tudung diusap lembut olehnya.

Aku tetap akan memakai tudung di dalam rumah ini. Rasa kekok pula kalau Chris ada di rumah ini tanpa aku bertudung.

"Tak, sayang tak ada salah pun. Cuma...Chris. Sayang pun dah dengar kan tadi, dia lebih sayangkan kekasih dia daripada diri dia sendiri." Bicara Rayyan lalu sedikit menunduk. Aku dah agak, Chris marah kerana Rayyan menyuruh dia meninggalkan kekasihnya sendiri. Haih, setia betul dia pada perempuan itu. Aku kagum dengan Chris.

Diam.

Kami diam untuk seketika. Aku mencapai semula tangan Rayyan. Diusap lembut. Memberi dia tenang dahulu. Aku tahu dia risaukan Chris, tapi Chris lebih sayangkan kekasihnya daripada nyawanya sendiri.

"Abang tak rasa yang Chris selamat di Italy. Sewaktu dia sampai di sini, abang nampak kesan lebam di tepi bibir dia. Tapi, dia beritahu abang sewaktu dia di sana dia selamat." Rayyan meraup wajahnya. Kelihatan wajahnya kusut. Stress dengan apa yang terjadi.

"Abang, insyaAllah tak ada apa-apa terjadi. Kita doa sama-sama ya. Allah sentiasa ada di sisi kita." Bahunya aku usap lembut. Dia memandang aku dengan senyum lebar dibibir.

Bahuku ditarik lalu dipeluk olehnya. Automatik kepalaku terus dilabuhkan di dadanya. Lama dia kucup kepalaku.

"Kalau abang tak dapat selamatkan diri abang daripada kumpulan DIAMOND tu, sayang jaga diri ya. Dan, jagakan Chris sekali. Hanya itu satu-satunya adik kandung abang." Tersentak aku mendengarnya. Laju aku angkat muka dan merenung anak matanya dalam-dalam. Sumpah aku tak suka dengar dia cakap begitu. Kalau satu hari nanti masin mulutnya dan apa yang dikatakan olehnya itu betul-betul terjadi pada dirinya, jujur aku tak boleh terima. Sebab itu aku tidak suka apabila dia berkata begitu.

"Isy, kenapa abang cakap macam itu? Kalau apa yang abang cakap tu jadi betul-betul pada diri abang macam mana?" Entah kenapa, boleh pula aku meninggi suara padanya. Wajah dinginnya tadi serta-merta berubah apabila aku marahnya. Ah, mana datangnya keberanian itu aku pun tak tahu lah.

Dia ketawa kecil. "Abang kata, kalau. Bukannya abang minta nak mati cepat..." Laju aku memotong apabila dia menyebut lagi perkataan 'mati'. Ah, aku tak suka mendengar perkataan itu. Ramai sudah orang yang aku sayang meninggalkan aku. Jadi, kali ini aku tidak mahu orang yang paling aku sayang sangat-sangat tiada di sisiku lagi.

"Eee! Tengok tu! Mulut tu jangan cakap macam tu lah," marahku lagi. Dia boleh pula ketawa sewaktu aku marah. Aku memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arahnya.

"Okey, sorry sayang. Kalau takdir dah tentukan begitu, abang nak sayang jaga diri ya. Ingat, abang sayang sangat-sangat dekat Khai." Hidungku dicuit olehnya. Aku senyum lebar.

"Eh, dah pukul berapa ni? Jom tidur. Abang mengantuk lah," sempat dia menjeling ke arah jam di dinding. Kami sama-sama berdiri dan mahu berjalan keluar daripada bilik kerja Rayyan itu.

"Oh, mengantuk. Alolo, kesiannya hero saya ni." Dia ketawa kecil lalu dengan itu laju sahaja mendukung tubuhku. Terjerit kecil aku terkejut apabila dia buat begitu dengan laju. Mana tak terkejutnya.

"Okey, sebelum tidur sayang kena kiss abang dulu. Baru lah boleh tidur and boleh bawa dalam mimpi kita bersama." Pecah tawa kami. Sambil dia dukung tubuhku sambil itu dia berjalan keluar daripada bilik itu.

"Isy, abang ni mengada-ada lah!" Marahku sambil senyum kecil. Wajah dah berbahang. Dia pula ketawa.

Ketawa bahagia.

************

"Ila, aku balik dulu ya. Bye. Esok kita jumpa lagi. Kau jangan tak datang kerja pulak." Pesanku pada Ila yang sedang memakai topi keledar untuk naik motor bersama abangnya yang tukang mengambil dan menghantar adiknya ke tempat kerja.

"Ya, baby sayang. Kau tu pun sama, jangan lupa datang. Jangan nak sweet-sweet sangat dengan cik suami tu sampai lupa esok kena masuk kerja." Pecah tawanya. Aku pula yang berbahang. Dah lah dia bersuara kuat. Geram pula aku dengan minah masuk air ni.

"Okay, bye Rina." Mereka berdua terus bergerak pergi. Aku hanya melambai-lambai tangan ke arah Ila yang sudah pergi meninggalkan aku seorang diri di hadapan kedai ini.

Masih menunggu kedatangan Chris. Katanya mahu mengambil aku di tempat kerja.

Tak lama kemudian, aku melihat ada sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di depanku sambil membunyikan hon keretanya. Siapa lagi kalau bukan Chris. Aku senyum lebar.

Kaki terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Masuk sahaja, satu senyuman manis dihadiahkan padaku oleh Chris. Kacak pula dia hari ini dengan berpakaian kemas.

Mungkin baru balik kerja. Tapi, baru lepas balik kerja pun masih kacak. Untung betul si kekasih hatinya itu dapat memiliki lelaki seperti Chris ini.

"Hai, pretty. What about today?" Sapanya mesra. Aku senyum sebelum bersuara.

"Yeah, hari yang baik. Tapi, penat sikit lah." Aku sengih ke arahnya.

"Ya, saya faham. Awak tak perlu lah kerja di sini, kerja aje dengan Rayyan." Aku berkerut dahi mendengarnya. Kerja dengan Rayyan? Aku dah lah SPM tak lepas. Nak kerja doktor? Memang tak lah. Aku bukannya seperti Rayyan, pandai. Pangkat tinggi lagi.

"Kerja dengan Rayyan? Kerja apa? Nurse? Doktor? Saya SPM pun tak lepas nak kerja apa." aku ketawa kecil dengan kata-kata Chris itu. Dulu aku bodoh, tidak pandai. Tidaklah seperti Alya, yang sekarang sudah sambung belajar di UNIVERSITI.

"Itu tak kisah, pretty. Kerja dengan Rayyan ni senang je. Mungkin awak tak akan penat punya," ujarnya sambil ketawa.

"Kerja apa? Kalau ada, saya nak." Balasku teruja mahu tahu kata-kata selanjutnya daripada Chris. Tak perlukan SPM? Huh, kalau macam tu aku memang nak lah! Zaman sekarang susah nak cari kerja senang tanpa sijil SPM.

"Kerja...menemani dia sepanjang waktu." Aku mencebik. Dia dengan Rayyan suka sangat kenakan aku. Aku memeluk tubuh sambil buat muka. Geram.

"Ye lah, saya tengok dia tu stress sangat dengan kerja. Awak pun tahu kan. Saya pasti, kalau awak sentiasa ada di sisi dia, pasti dia hilang stress. Awak pun tak penat asyik tatap muka handsome husband awak tu. Tapi, saya rasa saya lagi handsome daripada dia." Tapi ada betul juga kata-kata Chris itu. Aku ketawa kecil. Sempat lagi dia nak kata dirinya lebih kacak daripada abangnya. Kalau ikutkan hati aku, dua-dua kacak. Muka pun ada iras macam orang Italy. Senang cerita memang mereka berdua ni lahir daripada Italy. Mana tak nya kacak. Terlampau handsome sampaikan berjaya buat para wanita cair melihat mereka berdua. Termasuklah aku.

"Tak boleh lah Chris. Saya tak nak hidup asyik guna duit Rayyan. Walaupun saya isteri dia, tapi saya tak mahu serahkan segalanya pada Rayyan. Saya tak nak menyusahkan dia. Jadi, saya juga kena berusaha cari duit sendiri." Ujarku pada Chris dengan senyuman.

Aku tak mahu menyusahkan Rayyan lagi. Cukup lah dulu aku menyusahkan dia. Banyak sangat aku berhutang budi dengannya. Sumpah aku akan ingat jasa baiknya sampai bila-bila.

"Pretty, saya kenal abang saya tu macam mana. Dia tak kisah semua tu. Kalau dia sayang seseorang itu, apa yang membahayakan nyawa dia, sanggup dia buat demi awak. Saya pasti, kalau hari-hari dia tatap muka awak, mesti dia hilang stress. Nurse yang ada di situ pun akan teruskan kerja di situ apabila melihat Rayyan jadi baik. Tak jadi terus pekerja di situ nak berhenti kerja." Bicara Chris pula sambil ketawa kecil dihujung ayatnya.

Aku sedikit berkerut dahi. Tak faham maksud Chris dihujung ayatnya itu. "Yup. Dah banyak sangat nurse berhenti kerja. Datang mood singa Rayyan tu, semua nurse takut nak dekat dengan dia." Jawab Chris cepat-cepat bagaikan sudah tahu yang aku sedang tertanya-tanya.

Aku sedikit terkejut. Sampai begitu sekali? Huh, pasti la takut sewaktu Rayyan mengamuk. Aku pun kecut perut tengok dia sewaktu dia sedang marah. Teguk liur aku seketika.

Diam.

Suasana menjadi sunyi sepi. Melihat Chris masih sedang fokus memandu.

"Awak dah lama ke kenal dengan Rayyan?" Soal Chris tiba-tiba.

"Dan saya juga tahu yang awak diupah oleh Rayyan untuk melindungi saya selama ini." Laju sahaja aku menjawab sambil senyum lebar. Wajah masih tenang. Melihat Chris sedikit terkejut. Badannya sedikit mengeras. Halkumnya bergerak-gerak. Mungkin terkejut sebab aku sudah tahu tentang semua itu.

"Do you already know about that?" Soalnya seperti tidak percaya yang aku sudah tahu tentang semua itu.

"Ya. Saya sudah tahu semuanya." Jawabku dengan senyuman lebar dibibir. Melihat wajah Chris masih lagi terkejut apabila aku sudah tahu semua tentang itu.

"You're so good, pretty. Still accept my brother even if my brother is evil." Ujarnya dengan wajah sedikit kagum denganku.

Aku ketawa kecil dengan kata-kata Chris itu. Dia berkerut dahi melihat aku yang masih ketawa.

"Chris, abang awak tu sangat baik. Baik sangat. Saya dah banyak sangat terhutang budi dengan dia. Saya tak akan lupa jasa baik dia. Tak bermakna lelaki jahat itu tidak baik. Awak pun baik Chris. Baik sangat. Sudi melindungi saya daripada orang yang berniat jahat pada saya." Bicaraku sambil itu menoleh memandang Chris disebelahku.

"Untung betul awak dapat abang saya tu. Walaupun muka dia dingin garang macam nak makan orang, tapi hati dia sangat baik. Kalau dia dah sayang seseorang tu, dia rela gadaikan nyawa dia demi awak. Ah, this couple so sweet." Ujar Chris sambil ketawa kecil dihujung ayatnya itu. Gembira melihat pasangan kami berdua. Aku senyum kecil.

"Kekasih awak pun untung tau dapat lelaki baik seperti awak." Aku tiba-tiba bersuara membuatkan Chris yang tadi berwajah ceria dengan senyuman kini senyumannya kembali pudar. Wajahnya kelihatan sedikit sedih. Aku dapat melihat perubahan diwajahnya itu.

"Kekasih saya sama seperti awak. Muslim girl. Kami sudah berhubungan hampir 3 tahun. Tapi, sebabkan saya bukan islam dan saya lelaki jahat, keluarga dia tidak dapat terima saya. Saya kecewa. Sedih. Kekasih saya itu juga terpaksa berjauhan dengan saya kerana keluarga mereka yang tidak menyukai saya." Chris mula bercerita tetapi masih fokus dengan memandu keretanya.

Aku hanya membuka telinga mendengar cerita daripada adik iparku itu. "Banyak sangat halangan. Bukan itu sahaja halangan yang buatkan kami terpisah. Tapi, nyawa kekasih saya hampir hilang gara-gara saya. Kumpulan DIAMOND musuh ketat kami mahu ambil saya dan Rayyan masuk ke dalam kumpulan mereka. Kalau kami tidak ikut serta ke kumpulan mereka, orang yang saya sayang akan hilang. I can't accept all that. Saya tak boleh berpisah dengan dia. I really love him." Sambung Chris lagi.

Terlihat jelas wajahnya kecewa. Haih, sedih sangat kisah percintaan antara mereka berdua ini. Dapat ku rasakan bagaimana sakitnya apabila dipisahkan oleh keluarga yang tidak restu. Susahnya nak padam perasaan cinta pada seseorang itu setelah lama mereka berhubungan. Entah apa lagi apabila keluarga bagi pihak perempuan tidak terima lelaki itu.

Ah, sungguh sakit. Kasihan Chris. Percintaan antara wanita muslim dan lelaki non muslim. Aku harap sangat mereka berdua dapat bersama. Insya-Allah.

Nak tengok juga wanita itu cantik ke tidak sampaikan Chris tak mahu melepaskan wanita itu. Haih, bertuah betul gadis yang dapat memikat hati adik ipar aku ini.

"Jangan lah sedih-sedih, Chris. Awak dah buat yang terbaik. Tapi, keluarga perempuan tu je tak terima awak. Tak apa, kita doa sama-sama ya. Moga keluarga mereka lembut hati dan dapat terima awak selepas ini. Saya doakan juga moga jodoh awak dengan perempuan yang dah berjaya pikat hati awak tu." Aku memujuk dia. Melihat dia senyum lebar. Lega hatiku melihat dia senyum dan kembali seperti tadi. Ceria.

"Thank you, pretty."

Suasana kembali senyap. Sunyi. Kami lebih selesa berdiam diri. Perjalanan kami lagi beberapa minit dah nak sampai.

Aku hampir tercium dengan cermin kereta dihadapanku itu apabila Chris memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.

Melihat wajah Chris merah bagaikan sedang menahan marah apabila dia merenung tajam ke arah kereta yang berhenti secara tiba-tiba dihadapan keretanya.

Aku melihat kereta dihadapan itu hampir sahaja dilanggar oleh Chris. Tetapi, sempat Chris menggunakan brek kecemasan. Kalau tak, aku pun tak tahu lah apa jadi.

Sepertinya, aku sangat mengenali kereta dihadapanku itu. Kereta Ranger Rover berwarna merah, kereta ini aku kenal. Ini pasti anak buah John. Ketua mafia DIAMOND, musuh ketat Rayyan dan Chris. Hati mula tidak sedap.

Lagi bertambah takut aku apabila seorang lelaki keluar daripada kereta itu. Dengan berwajah bengis dia menghampiri tempat pintu kereta kedudukan yang aku berada.

Aku teguk liur. Dia cuba membuka pintu itu tetapi tidak boleh kerana pintu tersebut telah kunci siap-siap oleh Chris sewaktu kami mahu memulakan perjalanan kami.

Tidak berjaya membuka pintu ditempat kedudukan yang aku berada itu, dia menyiku kuat di cermin kereta itu membuatkan aku terjerit kecil ketakutan.

Nasib baik lah sepihan kaca tidak kena dimukaku. Dengan laju dia membuka pintu kereta itu dan menarik tubuhku keluar daripada kereta Chris.

"Argh! Chris tolong!" Jeritku meminta tolong pada Chris. Lantas Chris keluar daripada keretanya dan berjalan ke arahku untuk menyelamatkan aku. Tetapi, aku sedikit terkejut apabila dibelakang Chris ada seorang lagi lelaki yang berwajah bengis. Aku yakin dia mahu apa-apakan Chris.

Lelaki yang berbaju hitam itu mengheret tubuhku, tetapi aku tidak sesenang itu membiarkan dia menarik tubuhku.

Lantas aku menyiku perutnya, kelihatannya dia sedikit berundur sambil menahan kesakitan di perutnya. Aku melihat pula Chris yang sedang berlawan dengan lelaki lagi satu itu.

Lelaki yang tadi telah dapat makan siku aku kembali mendapatkan tubuhku. Aku tak dapat nak selamatkan diri apabila dia cekap menarik tubuhku.

Aku cuba lagi untuk melepaskan diri, tetapi makin erat dia memegang aku agar aku tidak terlepas. Aku cuba memberontak, tetapi dia pula yang memberi hadiah satu penumbuk diperutku. Senak? Sumpah perut aku senak. Sakit sungguh.

Aku terbaring. Memegang perut sendiri yang masih terasa sakit. Sempat aku memandang Chris yang masih berlawan dengan lelaki seorang lagi itu.

"Chris, tolong saya..." Aku cuba bersuara, tetapi sedikit perlahan. Sumpah saat ini aku sudah tidak berdaya. Aku lemah. Tetapi, aku bersyukur kerana kata-kataku itu dapat didengari oleh Chris.

Aku sempat melihat Chris yang sedang berlawan dengan lelaki itu. Lelaki yang berbaju kemeja putih itu menghadiahkan Chris satu penumbuk. Dapat kulihat jelas di tepi bibir Chris sedikit terluka berdarah. Ya Allah, selamatkanlah dia.

Tapi, aku yakin. Chris tak akan lepaskan lelaki itu begitu sahaja. Tanpa mempedulikan luka di tepi bibirnya, dia kembali bangun dan kini dia pula yang memberi penumbuk di pipi lelaki itu dan satu hadiah lagi diberikan tendangan maut pada perut lelaki itu.

Aku melihat lelaki itu terbaring tersungkur jatuh. Memegang perutnya yang terasa sakit dengan tendangan Chris itu. Aku senyum kecil. Dia selamat.

Tetapi, aku salah. Seorang lagi lelaki yang berada dekat denganku itu masih tidak puas hati padaku kerana aku telah menyiku kuat perutnya tadi.

Dia kembali mendapatkan aku lalu dia mencekik kuat leherku. Saat itu, hanya Allah aje tahu. Aku cuba melepaskan genggaman yang sangat kuat daripada lelaki itu dileherku, tetapi tidak berjaya. Makin kuat dia cekik leherku, aku sudah terbatuk-batuk. Nak bersuara pun tidak boleh.

"You let him go if you don't want to die!" Terkejut aku apabila melihat Chris mengacukan pistol pada lelaki yang sedang cekik aku itu.

Melihat lelaki itu menelan liur. Tak lama itu, genggaman dileherku dileraikan olehnya. Tubuhku kembali ditarik olehnya. Aku berdiri pun tidak seimbang saat ini.

Aku melihat Chris senyum sinis. Sumpah ini pertama kali aku melihat dia begini. Wajah cerianya serta-merta berubah bila dia sedang serius saat ini. Bibirnya yang masih berdarah itu tidak dipedulikan olehnya. Masih mengacukan pistol itu pada lelaki yang masih memegang tubuhku saat ini.

Aku sedikit lega kerana aku dapat kembali bernafas seperti biasa. Sesak nafas juga. Tapi, cuba mengatur nafas kembali seperti biasa.

"Ricorda! Le persone Leone sono affollate qui. Non sarai al sicuro se fai del male a quella ragazza." Ujar Chris sambil tersenyum sinis ke arah lelaki itu.

Satu perkataan pun aku tidak faham. Tapi, aku harap sangat aku selamat dan tidak di apa-apakan oleh lelaki itu. Ya Allah, selamatkan lah aku daripada orang-orang yang berniat jahat padaku.

Air mata lantas gugur jatuh ke pipi. Lelaki itu mendengus kasar apabila melihat dibelakang Chris ada dua buah kereta datang.

Lantas tubuhku ditolak kuat olehnya. Tersungkur jatuh aku dibuatnya. Mungkin itu anak-anak buah Rayyan yang sudah datang.

"Rina, are you okay?" Soal Chris laju mendapatkan aku yang masih terduduk. Kelihatan jelas wajahnya risau tentang keadaanku jika aku cedera.

"Yeah, I'm okay." Jawabku sambil memegang perut yang masih terasa sakit. Nasib lah lelaki tu tumbuk perutku perlahan. Kalau kuat, mahu tercabut usus-usus perutku. Chris memapah aku untuk bangun.

Entah kenapa, mataku tertangkap pada pistolnya yang masih kemas di dalam genggamannya itu. Teguk liur aku seketika. Dia yang perasan lantas menyimpannya semula. Sumpah, ini pertama kali aku tengok Chris begini. Lain daripada yang lain. Takut pula aku tengok.

"Capo, stai bene?" Tiga orang lelaki yang baru sampai mendapatkan kami berdua. Mungkin itu orang-orang Rayyan yang baru datang. Ah, tahu-tahu sahaja yang kami berdua diserang.

Chris hanya mengangguk sambil itu dia menyeka darah yang berada di tepi bibirnya itu. "Ya Allah, Chris. Awak cedera tu." Serius aku tak boleh tengok lelaki itu cedera. Kasihan dia.

Walaupun dia dalam keadaan begitu, masih lagi mampu tersenyum lebar. "Don't worry about me, pretty. I am okay." Ucapnya. Aku lega mendengar. Tapi, masih risau keadaan dia yang terluka.

Apa-apa pun aku bersyukur kerana kami selamat. Betul kata-kata Rayyan, aku tidak boleh keluar. Nyawaku dalam bahaya. Hampir sahaja tadi dia mahu mengambilku tetapi aku bersyukur kerana Chris ada bersamaku. Kalau tiada dia, aku tak tahu nak cakap macam mana.

Tapi, sekarang ini aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan aku. Kepala aku berpusing-pusing. Melihat empat wajah orang mat salih di depan aku ni pun rasa dah kabur-kabur.

Aku pegang kepala sendiri. Sakit. Tak lama kemudian, aku tidak rasa apa-apa dan aku tidak ingat apa-apa. Tapi, dapatku rasakan yang tubuhku terjatuh.

"Rina, bangun...Rina..." Suara itu sayup-sayup kedengaran berada di telingaku. Mata mahu membuka tetapi terasa sungguh berat. Sudahnya aku hanya menutup mata rapat-rapat. Tidak dapat lagi melihat wajah Chris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience