Dan...Tiba lah masanya apa yang dikatakan oleh Rayyan itu. Aku ingat dia hanya bermain-main, tetapi kata-katanya itu benar dan kenyataan. Aku menggenggam erat tangan sahabatku yang setia berada di sebelahku itu.
Jantung makin laju berkencang. Melihat Rayyan berpakaian baju Melayu berwarna putih membuatkan aku terpaku melihat penampilannya hari ini. Sungguh kacak dia hari ini.
Aku senyum melihat dia yang berada dihadapanku tetapi jarak kami berdua sedikit jauh. Kelihatannya, Rayyan sedang berjabat tangan dengan tok kadi yang berada dihadapannya itu. Ah, akhirnya...sudah mula!
"Muhammad Arayyan Mikael bin Abdullah," ucap tok kadi itu dengan jelas dan terang.
"Saya,"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Khairina Aulia binti Malik dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Khairina Aulia binti Malik dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai." Lafaz Rayyan.
"Sah?"
Tok kadi yang berada dihadapan Rayyan itu menoleh ke kiri dan ke kanan, dua orang saksi yang berada di kiri dan kanan tok kadi itu laju mengangguk.
"Sah!" Jawab dua orang saksi itu dengan serentak.
"Alhamdulillah."
Saat ini jantung aku mahu terloncat keluar. Air mata serta-merta jatuh. Sekali lafaz aku sudah digelarkan sebagai isteri orang. Isteri Arayyan Mikael. Isteri yang sah!
Mak, ayah, nenek, Rina dah kahwin. Dan, Rina dah sah jadi isteri orang. Iaitu, isteri Arayyan Mikael.
Aku menoleh memandang Ila yang berada disebelahku itu. Dia senyum lebar ke arahku sambil bahuku dipeluk erat olehnya. Aku menyeka air mataku dengan tisu yang setia berada di dalam genggamanku.
"Tahniah, Rina." Ucap Ila padaku. Dia juga turut menyeka air matanya. Pejam celik pejam celik, aku sudah sah menjadi isteri orang.
"Ila, jangan lupakan aku tau nanti."
"Kau pun sama, jangan lupakan aku. Mentang-mentang lah kau dah kahwin. Jangan lupa aku. Kalau boleh, hari-hari call aku." Sempat lagi dia nak buat lawak. Tapi, aku lihat air matanya tak henti-henti mengalir.
Aku memeluk erat tubuhnya. Sungguh erat. Tanpa sahabatku ini, mungkin aku tidak lagi semangat untuk hidup. Dia banyak sangat memberi kata-kata semangat padaku.
Tak lama kemudian, Rayyan menghampiriku. Dia melabuhkan duduk dihadapanku. Aku malu-malu untuk mengangkat kepala memandang wajahnya. Berseri-seri sudah kami berdua hari ini.
Perlahan-lahan aku hulurkan tangan padanya. Rasa gementar dan takut pun ada saat ini. Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin batu berlian itu pada jari manisku.
Takut-takut aku memegang tangannya. Sumpah ini pertama kali aku memegang tangan lelaki. Tangannya aku kucup perlahan-lahan dan dia pula mengucup dahiku. Ya Allah, dah nak terkeluar jantung aku saat ini. Kaki tangan mula sejuk. Wajah entah kenapa berbahang.
Selesai menyarungkan cincin, kami diadakan sesi mengambil gambar. Sewaktu mengambil gambar, jantung mula buat senaman apabila aku terasa pinggangku dirangkul kemas oleh Rayyan. Teguk liur aku seketika.
"Okey, pengantin perempuan rapat sikit. Kalau boleh, pengantin perempuan letakkan kepala dekat dada pengantin lelaki tu. Sebab pengantin lelaki kan tinggi."
Haih, banyak bunyi pula si pengambil foto ini. Panas pula hati aku. Wajah dah berbahang malu. Entah kenapa aku rasa canggung.
Nak tak nak, aku terpaksa labuhkan kepalaku di dada bidang Rayyan. Jantung makin berkencang hebat saat ini. Aku cuba untuk senyum lebar walaupun saat ini aku rasa kekok dalam keadaan begini.
KLIK! KLIK!
"Okey, cun."
Alhamdulillah, selesai juga sesi mengambil gambar. Aku cepat-cepat jarakkan diri dengan Rayyan. Tetapi, Rayyan mengeratkan lagi rangkulan dipinggangku itu. Seperti tidak mahu beri aku pergi.
"One picture again." Kata-kata Rayyan itu buatkan aku tergamam. Satu gambar lagi? Hei, sudah lah tu! Berapa banyak lagi dia nak ambil gambar ni? Ke sengaja nak usik aku?
"Err..." Aku mula mahu bersuara, tetapi dipotong awal-awal oleh Rayyan seakan-akan tahu yang aku tidak setuju.
"Please, sweetheart. Just one picture." Ujar Rayyan padaku dengan sungguh lembut. Aku pula yang terpukau. Teragak-agak aku nak setuju. Dia senyum lebar. Ah, cair tu memang dah tak payah nak cakap. Terlampau cair aku di sini.
"Argh!" Terjerit kecil aku apabila Rayyan mendukung tubuhku. Dia ketawa kecil melihat aku terkejut. Lucu sangat ke wajah aku apabila terkejut? Sengaja betul dia nak usik aku ya!
Aku pula yang rasa takut apabila tubuhku didukung olehnya. Buatkan aku terjatuh bagaimana? Mahu patah pinggang aku ni terus tak jadi orang.
"Wow, pasangan ni sweet sangat. Okey, okey. Kalau macam tu, pengantin perempuan and pengantin lelaki sama-sama berpandangan ya. Kalau boleh muka kau orang berdua rapat sikit."
Haih, aku geram betul dengan mulut itik si pengambil gambar ni. Nak aje aku kepit mulut dia tu. Ada-ada sahaja idea yang tak seberapa guna dia tu. Sengaja juga ke nak kenakan aku dengan Rayyan ni?
Rayyan yang mendengar kata-kata si pengambil gambar itu laju sahaja dekatkan wajahnya padaku. Aku rasa wajah kami berdua ini sudah beberapa inci sahaja lagi nak melekat. Jangan lah tercium. Kalau tercium, esok memang aku tak bangun.
Aku pejam mata rapat-rapat. Entah kenapa rasa kekok tu tebal sangat saat ini. Jantung makin berkencang dengan hebat. Hebat. Sungguh hebat!
KLIK! KLIK!
"Okey, good. Perfect!" Ucap si pengambil gambar itu. Aku sedikit lega. Sudah selesai juga sesi mengambil gambar. Tetapi, kenapa Rayyan tidak menurunkan aku? Dia masih kemas mendukung tubuhku.
Berkerut dahiku. Dah kenapa dengan dia ni?
"Err...Turunkan lah saya. Saya tak selesa lah macam ni." Sengaja aku cipta alasan padanya. Tetapi, sebaliknya aku dah berbahang tengok yang lain asyik pandang-pandang kami berdua bagaikan pasangan yang terlampau sweet.
Aku melihat senyuman senget terukir dibibir Rayyan. Pasti nak kenakan aku lagi ni!
"Tak selesa ke atau awak malu?" Ah, tahu-tahu aje dia tu! Kalau dah tahu aku malu, turunkan lah aku!
Aku berdiam diri. Masih kemas dia dukung tubuhku. "Buat apa nak malu, sayang? Kita kan dah sah jadi suami isteri. Dah tak kisah kalau ada orang yang tengok. Buat apa nak malu. Ke...sayang malu dengan abang?" Mahu terlompat aku dalam dukungannya itu. Makin berbahang wajahku apabila dia menukarkan nama panggilannya dengan 'abang'.
Ah, sumpah. Aku tak biasa lagi dan aku masih kekok untuk memanggilnya abang.
"Amboi, sweet betul ya pasangan pengantin baru ni." Makin bertambah berbahang aku apabila melihat Cik Yah menegur kami berdua. Cik Yah yang melihat tubuhku masih didukung oleh Rayyan, aku pula rasa malu dan berbahang.
Rayyan seakan-akan faham yang aku malu, lantas dia menurunkan tubuhku. Aku kembali berdiri seperti biasa. Cik Yah mula senyum mengusik. Jangan lah dia usik aku pula.
Aku hanya sengih. Tidak tahu mahu bersuara apa. Perasaan malu saat ini dah menebal sangat dalam hati aku ni. Aku ketap bibir. Masih malu.
Cik Yah ketawa kecil melihat kami berdua. Mungkin dia melihat jelas yang wajahku mula berbahang malu dan kekok.
"Tahniah, Rina dan Rayyan. Selamat dah kau orang berdua bernikah dan selamat sudah kau orang berdua bergelar menjadi suami isteri." Ucap Cik Yah. Aku sangat bersyukur, wanita ini sudah banyak bantu aku dulu hinggalah sekarang. Cik Yah tetap hadir ke sini walaupun dia perlu pulang ke rumah segera katanya ada hal sedikit. Kasihan dia. Aku tidak paksa, tapi dia tetap datang.
Aku memeluk erat tubuhnya. Air mata laju mengalir. Entah bagaimana lah rupa aku ni. Banyak kali dah menangis. Mesti cair mek up yang aku pakai ni. Tapi, Ila pakaikan aku mek up tidak lah setebal mana. Dia mahu mek up tebal, takut aku bebel panjang nanti telinganya berdarah, dia hanya mendengar kata-kataku. Hanya di mek up kan diwajahku sedikit sahaja agar tidak kelihatan pucat.
"Terima kasih Cik Yah sudi hadir ke sini." Ucapku padanya. Dia hanya tersenyum lebar.
"Sama-sama. Kamu jangan lah menangis. Cair nanti mek up tu. Nanti dah tak nampak cantik." Aku ketawa kecil. Tangannya aku kucup.
"Cik Yah pergi dulu ya. Selamat pengantin baru." Ucap Cik Yah sebelum pergi meninggalkan aku. Aku hanya mengangguk sempat memeluk tubuhnya sekali lagi dan dia pun telah berlalu pergi.
Aku menoleh mencari susuk tubuh seseorang. Rasanya tadi dia ada di belakangku sewaktu aku sedang bersembang dengan Cik Yah. Sekarang dah hilang pula?
Aku memanjangkan leher mencari susuk tubuh seseorang itu. "Haih, mana dia pergi ni?" Aku berjalan mencari susuk tubuh itu.
Dalam masjid ni ramai sangat orang sampaikan susuk tubuh seseorang itu aku langsung tidak jumpa. Boleh dikatakan, dia seorang sahaja yang tinggi dalam masjid ini.
"Sayang cari abang ke?"
Aku berhenti melangkah apabila mendengar suara itu betul-betul berada jelas di telingaku. Wajahku mula berbahang semula, jantung aku? Jangan cakap dah. Makin berkencang hebat dah macam aku ni lari 200meter.
"Err....Ma...Mana ada. Saya...Saya cari Ila." Aku gagap mencipta alasan. Sebaliknya, benar apa yang dia katakan itu. Aku melihat dia senyum senget.
"Ye ke? Bukan ke Ila dah cakap dekat awak tadi yang dia perlu segera pulang." Dia jongketkan kening sambil tersenyum senget padaku. Mungkin dia sudah tahu yang aku tipu dia. Aku teguk liur. Baru aku ingat!
Ya, Ila ada bagitahu aku tadi sebelum dia gerak pergi. Katanya, dia perlu pergi segera ada hal sedikit. Aduhai, adakah Rayyan tahu aku tipu dia?
Melihat wajahnya sudah senyum senget padaku. "Err...Oh, ya. Saya lupa pula." Aku sengaja buat-buat lupa sambil tersengih kecil.
Tetapi, disebaliknya aku sedikit kecewa dan sedih apabila mak su dan kak Alya langsung tidak hadir pada hari di mana aku dan Rayyan bernikah.
Kalau ya pun masih marah padaku, hadir lah ke sini. Sekejap pun tak apa. Aku sedih sangat. Kakak aku yang berdarah daging denganku langsung tidak menunjukkan dirinya pada hari ini.
"Sayang." Haih, memang cair aku bila dia panggil aku begitu. Tetapi aku kuatkan imanku. Jangan lah cair lagi. Aku menoleh memandang Rayyan disebelahku itu. Dia jongketkan keningnya sambil merenung anak mataku.
Aku hanya senyum kelat. Mungkin dia sudah melihat jelas yang wajahku sedang kecewa dan ada sesuatu perkara yang aku sedang fikirkan.
"Hei, kenapa ni?" Soalnya lagi. Aku hanya senyum tipis. Kaki terus diatur melangkah keluar daripada masjid ini. Di luar masjid juga terdekat dengan tasik. Tasik itu sangat cantik.
Aku berdiri di tepi tasik itu. Nafas ditarik dalam-dalam. Menghilangkan rasa sebak di dada. "Sayang, kenapa ni?" Aku sedikit terkejut apabila pinggangku dipeluk kemas oleh Rayyan dari belakang.
"Err...Tak ada apa-apa." Jawabku acuh tak acuh.
Kini tubuhku dibawa olehnya berhadapan dengannya. Daguku diangkat olehnya memandangnya yang tinggi lampai itu. Dia merenung anak mataku dalam-dalam. Aku sedikit mendongak memandangnya.
"Sayang tak boleh nak tipu abang. Abang tahu yang sayang tengah fikirkan sesuatu. Tell me why? Apa yang sayang sedang fikirkan tu?" Soalnya mungkin sudah perasan dengan riak wajahku yang sedang kusut memikirkan sesuatu.
Aku senyum sebaris. "Mak su dan kakak. Saya sedih. Benci sangat mereka pada saya sampaikan tak hadir ke majlis nikah kita. Mungkin mereka berdua benci sangat pada saya." Aku kembali menunduk. Menyeka hujung mataku yang mula berair.
"Sebab itu sayang sedih macam ni?" Soal Rayyan dengan terselit sedikit senyuman kecilnya.
Aku hanya senyum pahit. Ya, tipu lah kalau hatiku tidak sedih. Mesti lah sedih. Kakak aku yang paling aku rapat tapi sekarang sudah buat aku ini seperti orang luar. Berdendam dengan aku.
"Sayang, kita fikir yang baik-baik je. Mungkin mereka busy. Sebab itu lah mereka tak sempat datang. Dah-dah, jangan sedih-sedih. Hari ni kan sayang kena happy. Kalau sayang sedih-sedih macam ni, abang pun sedih tau. Tak mau lah tengok sayang sedih macam ni. Where is your sweet smile?"
Dah tak perlu cakap dimana senyuman aku itu. Melihat wajah kacaknya itu pun dah buat aku tersenyum lebar.
Dia ketawa kecil lalu kembali memeluk pinggangku dari belakang. Kepalanya dilabuhkan dibahuku.
Agar kekoknya apabila dia buat begitu padaku. Tetapi, dia suami aku. Berdosa pula kalau aku menolak nya. Ada kena ceramah pula nanti dengan Cik suami.
"Thank you...A...abang..." Aku sedikit gagap untuk biasakan diriku memanggilnya abang.
"Err...Thank you, abang. Sebab terima kekurangan saya. Saya tak punya apa-apa, tapi abang tetap terima saya. Thank you so much." Ucapku sambil senyum manis.
"Abang pun nak ucapkan terima kasih pada sayang. Walaupun abang jahat, tapi sayang tetap terima abang. Abang selalu ingat, semua perempuan mahukan lelaki yang baik dan tidak jahat seperti abang. Tapi, sayang tetap terima abang walaupun abang jahat. Abang minta maaf sayang kalau abang seorang suami yang tidak guna untuk sayang."
Bicaranya sedikit terselit dengan perasan yang sungguh kecewa. Aku senyum memandang wajahnya yang jelas dia kecewa.
"Abang, tak semua manusia itu sempurna. Semua orang ada kisah hidup dia sendiri. Kita sahaja perlu terima takdir Allah. Dah lah tu, jangan lah sedih-sedih. Abang yang cakap tadi kan, jangan sedih-sedih. Nanti tak handsome pula hero saya ni." Pecah tawa kami bersama-sama.
"Ni, mana senyuman manis abang tu? Jangan lupa timbulkan sekali lesung pipit abang yang cantik tu. Dah lama saya tak tengok. Rindu. Abang selalu senyum sinis dekat saya tau." Aku sengaja buat muka merajuk. Dia ketawa kecil.
"Alolo... Bidadari abang ni merajuk pula?" Dia ketawa lagi.
Aku menjeling ke arahnya sambil memeluk tubuh. "Okey, sorry sayang." Kali ini dia betul-betul senyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya itu. Aku pula terpukau melihatnya.
CAIR!
"Amboi, dah terpukau ke tengok senyuman manis abang ni?" Dia ketawa lagi. Aku sengih kecil. Malu apabila dia perasan.
"Sayang jangan risau, setiap hari sayang boleh tengok senyuman manis abang ni tau." Dia senyum lagi. Alahai, mahu cair aku. Aku senyum pula padanya.
"Jom." Ajaknya. Aku berkerut dahi.
"Nak pergi mana?" Soalku hairan.
"Adalah." Dia kenyitkan sebelah matanya. Aku ketawa kecil. Dia menggenggam erat tanganku lalu kami bersama-sama berjalan pergi dari situ.
Hatiku saat ini sangat tenang bersamanya. Rasa cinta padanya mula muncul. Ya, aku mula jatuh cinta padanya. Aku sangat menyukainya. Bagaikan mimpi kami sudah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
*********
Aku masih kekok untuk naik ke atas ke bilik tidur Rayyan. Sungguh aku canggung sangat malam ini. Boleh dikatakan, yang malam ini malam pertama aku dengan Rayyan. Ah, malunya! Aku tidak bersedia lagi untuk duduk sebilik dengannya.
Baju pengantin yang berwarna putih masih tersarung kemas dengan tudung di tubuhku masih belum aku buka. Sengaja sibukkan diri di dapur menolong Mak Jah di dapur.
Aku pun tak tahu nak bantu apa pada mak Jah di dapur. Melihat dia juga sudah siap kemas dapur. Yang aku masih terkebil-kebil di dapur.
Ah, macam mana ni? Jantung pula dah buat senaman. Pulang aje kami di rumah ini, aku sengaja tidak mahu masuk ke dalam biliknya.
Acah-acah sibukkan diri sedangkan sebaliknya aku sedang berdebar-debar dan sedang mencari idea untuk aku jejak masuk ke dalam biliknya.
Liur ditelan. Perlahan-lahan aku berjalan melangkah ke ruang tamu sambil mengangkat sedikit kain baju pengantin aku yang labuh itu. Duduk dilabuhkan di sofa yang empuk di ruang tamu itu.
Sekarang apa perlu aku buat? Tak akan nak duduk aje di sini?
"Hai." Suara itu membuatkan aku sedikit ternaik bahu. Terkejut. Melihat dia ketawa kecil.
"Err...Hai." Balasku sedikit gagap sambil senyum paksa. Masih rasa terkejut apabila dia tiba-tiba muncul.
"Boleh saya duduk?" Dia meminta izin padaku untuk dia labuhkan duduknya disebelahku. Mungkin takut pada Rayyan jika dia sesuka hati sahaja duduk disebelah isteri bosnya tanpa izin daripada aku.
Aku hanya mengangguk dan membenarkan dia labuhkan duduknya disebelahku. Tetapi, jaraknya denganku sedikit jauh. Mungkin faham dengan status aku sekarang yang aku isteri kepada bos besar nya.
"Eh, kenapa tak naik atas lagi? Siap berpakaian pengantin lagi duduk di sini?" Soalnya sambil ketawa kecil.
Alhamdulillah, nasib baik yang sapa aku ini lelaki melayu. Buatkan anak buah Rayyan yang berasal dari Italy bersembang dengan aku macam mana?
Dah lah aku tak tahu bahasa Italy. Hanya tahu ti amo sahaja. Hehe, itu pun sebab aku ni layan drama Italy, tapi jarang juga aku tonton drama dari Italy.
Aku senyum kelat. Apa nak jawab ni? Otak, tolong lah berfungsi untuk cipta alasan. "Err...Saya tak nak naik dulu. Nak tengok-tengok kejap sekeliling rumah ni. Cantik." Bohongku tetapi sebaliknya kekok mahu naik ke atas.
"Oh, by the way nama saya Zyan. Selamat pengantin baru buat cik...." Dia berhenti kata-katanya dihujung ayatnya. Kerana tidak tahu nama aku. Aku senyum kecil.
"Khairina. Just call me, Rina. Tak perlu lah cik-cik bagai. Panggil Rina aje." Balasku mesra padanya. Dia hanya mengangguk.
"Selamat pengantin baru Rina dan bos besar saya." Ucapnya. Aku ketawa kecil. Penghiburkan orang juga ya si Zyan ini. Melihat aje wajahnya ketat beku, tetapi sebaliknya peramah.
"Thank you." Balasku dengan senyuman.
Orang-orang Rayyan ni memang berwajah ketat tetapi sebaliknya peramah ya? Seperti Chris. Adik Rayyan. Kalau sekali pandang memang kecut perut dengan wajahnya yang dingin itu.
Tetapi, bila kita rapat dengan dia, lelaki itu sangat baik. Peramah dan suka hiburkan orang. Pemurah dengan senyuman manis lagi.
"Dah lama ke kerja dengan Rayyan?" Entah kenapa, gatal sahaja mulut aku ini mahu bertanya pada lelaki itu. Aku melihat lelaki itu hanya senyum lebar. Bagaikan ada terselit sedikit rasa kecewa dibalik kisah silamnya itu.
Dia senyum sebaris sebelum memulakan bicaranya. "Saya kenal Rayyan sejak umur 13 tahun lagi. Saya hilang kedua-dua ibu bapa saya. Sejak itu, saya mula rapat dengan Rayyan dan saya juga mula bekerja dengan dia." Ceritanya. Aku pula yang terkejut mendengar. Sejak 13 tahun sudah mula bekerja dengan Rayyan. Ya Allah, sedihnya kisahnya dahulu. Zaman kanak-kanaknya dahulu tidak seindah seperti zaman kanak-kanak yang lain.
"Oh, saya minta maaf kalau saya ada buat awak sedih." Rasa bodoh juga kerana telah menyoalnya dengan soalan yang tidak sepatutnya disoal pada lelaki itu.
Lelaki itu hanya tersenyum lebar. "It's okay." Ucapnya dengan senyuman.
"Zyan!" Garau suara itu memanggil nama Zyan. Aku sedikit terkejut. Haih, dah dua kali aku terkejut oleh mereka. Tak boleh buat jantung aku tenang untuk beberapa minit ke?
"Err...Yes bos." Laju sahaja dia berdiri tegak apabila namanya diseru oleh Rayyan. Melihat wajah Rayyan sedikit marah. Mungkin marah lelaki itu bermesra dengan aku? Atau dia cemburu? Mahu ketawa aku melihatnya. Tak akan lah nak bersembang dengan Zyan pun tak boleh?
Dia menunduk hormat pada Rayyan yang mula melangkah mendekati kami berdua. "Tugas kau dah selesai. Jadi, kau boleh balik hari ini. Jangan lupa esok. Ada hal sedikit perlu kita bincang." Bicara Rayyan pada Zyan. Zyan hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Mungkin takut dengan bosnya. Aku pula yang menahan lucu. Tadi wajahnya mesra sangat, bila nampak bosnya datang lantas wajahnya bertukar dingin. Walaupun dingin tapi tetap terlihat kacak. Ah, patut lah Ila kata semua lelaki di sini kacak.
Isy, kau ni Rina! Jangan puji lelaki lain! Puji suami kau yang ada depan mata kau sekarang ni. Aku teguk liur melihat Rayyan merenung anak mataku dalam-dalam.
"Kenapa tak naik lagi ni?" Soalnya sambil mata tak lepas-lepas melihat tubuhku yang masih tersarung dengan dress pengantin berwarna putih. Aku sengih menampakkan gigi. Otak ligat nak jawab apa.
"Errr...Saya ke dapur tadi. Tolong mak Jah apa yang patut. Kesian dia kemas seorang diri." Bohongku sebaliknya aku masih kekok. Aku melihat dia senyum senget. Hah, sudah!
Pasti dia nak usik aku ni! Melihat dia berjalan menghampiri aku, lagi bertambah canggung aku saat itu. Liur ditelan. Jantung makin hebat berdetak dengan laju.
"Tolong mak Jah? Ke kekok untuk berdua-duaan dengan saya di bilik?" Soalnya sambil angkat kening. Aku sedikit tergamam. Macam mana dia tahu? Ke lelaki ini ada keistimewaan yang dia boleh baca fikiran orang lain?
Aku masih membisu. Nak jawab apa, aku pun tak tahu. Memang dah betul apa yang dia cakap itu. Hm, pasrah aje lah Rina.
"Sayang, abang faham yang sayang masih kekok. Sayang boleh naik atas dulu ya. Malam ni biar aje abang tidur di bilik lain. Sayang pergi rehat di bilik sana ya." Bicaranya tetapi dapat kulihat jelas wajahnya yang sedikit kecewa walaupun ada terselit dengan senyum kecilnya.
Aku pula yang rasa serba salah telah buat dia begitu. Kasihan dia kena tidur di bilik lain. Adakah aku kejam buat dia begitu?
Lagipun, ada betul juga kata-kata Rayyan itu. Aku sudah sah jadi isteri dia. Kenapa aku perlu mengelak diri daripadanya? Ah, otak serabut memikirkan hal itu. Tambah pula aku sedang kekok sangat dengan dia.
Tapi, melihat dia kesian pula. Aku tak patut buat dia begitu. Berdosa kalau seorang isteri mengelak diri daripada suami. Aku teguk liur. Otak masih berfikir sesuatu. Rasa berdosa pun ada.
"Err...Abang." Panggilku padanya apabila melihat dia mahu berlalu pergi. Dia kembali berpusing memandangku. Aku gigit bibir bawah sebelum bersuara.
"Tak apa lah, abang tidur aje lah di bilik tu. Err...Saya...Saya..." Aku gagap untuk ungkapkan kata-kata itu. Wajah dah berbahang sangat ni.
Dia kembali menghampiriku dengan senyuman sengetnya itu.
"Sure?" Dia menjongketkan kening sebelahnya.
Aku diam seketika sebelum mengangguk. Dapat kulihat dia sedikit senyum kecil. Apa maksud senyumannya itu?
"Argh!"
Aku terjerit kecil apabila tubuhku didukung oleh nya. Wahai jantungku, tolong jangan buat hal. Rayyan terus mendukung tubuhku lalu dibawa naik ke atas.
Kini kami berdua sudah sampai ke bilik tidur Rayyan. Membulat mataku melihat sekeliling bilik itu. Cantik sangat. Katil besar itu dihiasi dengan kelopak bunga ros berwarna merah. Cantik!
Aku senyum melihatnya. "Cantiknya. Abang ke yang buat semua ni?" Aku terkejut melihat sekeliling bilik itu. Cantik. Romantik sangat. Siap ada lilin lagi. Tak lepas-lepas aku senyum sambil mata memerhatikan sekeliling bilik itu.
"Yeah, abang buat semua ni untuk sayang." Tubuhku yang tadi didukung olehnya kini diturunkan. Aku berpaling memandang wajahnya. Dia senyum melihat aku gembira. Sudah tentu lah gembira, siapa aje tak gembira.
"Wow, cantik sangat. Thank you abang." Ucapku lalu berjalan mencapai sejambak bunga ros berwarna merah yang berada kemas di atas katil itu. Bunga tersebut terus aku bawa ke hidung. Ya Allah, wangi sangat! Sumpah aku suka sangat dengan bunga ini. Bunga kegemaran aku!
"Abang lega tengok sayang happy daripada tadi asyik duduk memikirkan sesuatu. And, now sayang kena happy selalu. Jangan buat muka sedih-sedih dah okey?" Bicaranya sambil merapatiku. Aku ketawa kecil. Dia perasan? Ah, banyak sangat benda yang aku fikirkan sehingga aku tidak perasan yang Rayyan juga turut melihat perubahan di wajahku.
"Okey. Thank you again abang. Khai suka sangat." Ucapku padanya. Tangan masih ralit memegang kelopak bunga ros itu.
"Most welcome, sweetie." Ucapnya pula dengan sungguh lembut ditelingaku.
"Sayang." Badanku dipusing menghadap dengannya. Aku sedikit mendongak memandang wajahnya. Bunga masih kemas di dalam genggamanku. Happy dapat bunga kegemaran.
"Abang janji, abang akan jaga sayang. Abang akan lindungi saya. Dan kita sama-sama menjalani kehidupan walaupun banyak dugaan yang akan kita hadapi nanti. I love you sayang." Aku senyum mendengarnya.
Hati saat ini berbunga-bunga. Terharu sangat aku padanya. Banyak sungguh aku terhutang budi dengannya. Lelaki yang berada dihadapanku ini sangat baik. Sanggup berkorban demi aku. Sungguh aku terharu.
"Thank you so much abang. Khai juga akan berjanji yang Khai akan selalu ada di sisi abang. Tak mau orang lain, nak abang sorang aje dalam hidup, Khai. Khai juga nak minta maaf kalau ada orang kampung kutuk abang sebab dapat isteri macam Khai. Khai tak berguna abang, bagi pandangan orang kampung Khai adalah perempuan tak suci. Jijik. Tapi, abang sanggup terima Khai. Thank you and I love you so much."
Balasku pula dengan senyuman manis di bibir. Hatiku tenang dan lega. Melihat dia senyum...Ah, tak perlu cakap lagi dah. Hati aku ni dah berbunga-bunga dan cair tengok dia senyum.
"Abang tak kisah apa yang dia orang nak cakap. Janji abang ada Khai yang selalu berada di sisi abang." Pipiku diusap lembut olehnya. Sedikit canggung tetapi aku tolak semua ke tepi semua perasaan itu.
Aku bersyukur sangat-sangat Allah kurniakan seorang lelaki yang sangat baik untukku. Terima kekuranganku dan tetap menjagaku dan lindungi aku daripada orang-orang yang berniat jahat padaku. Dan, lelaki ini juga sanggup berkorban demi aku. Tetap mahu menjalani kehidupan denganku walaupun pelbagai dugaan akan muncul pada satu hari nanti.
Aku sungguh kagum dengannya. Mahu menangis aku bila diingatkan kembali. Aku dah banyak sangat susahkan dia, dah banyak sangat terhutang budi padanya, tapi dia tetap terima aku walaupun aku ini tidak berguna.
Terima kasih Allah. Takdir yang paling indah buat aku.
*********
Tersedar dari lena langsung sahaja aku melihat jam di skrin telefonku yang berada di meja sisi katil. Ya Allah, dah pukul 10 pagi?
Aku sedikit terkejut. Selesai aku dan Rayyan menunaikan solat subuh, aku terus sambung tidur. Manakala dia pula mahu buat kerjanya. Mungkin ada tugas sedikit.
Haih, malunya aku. Baru sehari jadi isteri orang dah bangun lambat. Laju aku bangun, selimut tebal yang menutupi tubuhku aku selak ke tepi.
Kaki terus melangkah ke pintu bilik air yang terletak di dalam bilik ini. Tak jadi aku nak memulas tombol pintu bilik air itu apabila ada seseorang dari dalam sudah memulas tombol pintu itu.
Aku sedikit tersentak. Terkaku seketika. Jantung pagi-pagi lagi dah buat senaman bagaikan aku baru lepas berlari dari jauh.
Membulat mataku melihat Rayyan baru siap mandi. Dia keluar dari bilik air dengan bertuala separas lutus. Dapat kulihat otot diperutnya itu. Terpukau aku melihat dia saat ini. Seksi!
Rayyan yang sedang mengelap rambutnya terhenti apabila melihat aku merenungnya atas bawah. Alamak! Dia perasan ke? Malunya aku! Berbahang kembali wajah aku ini.
"Morning, sayang." Ucapnya tetapi dia sedikit berkerut dahi apabila melihat aku berganjak ke belakang sedikit demi sedikit.
"Err...Morning abang," balasku dengan sengih. Entah kenapa, rasa kekok pula jika kami bersama dalam keadaan begini.
Aku melihat Rayyan mula senyum senget, senyuman menggoda, pasti dia tahu aku sedang kekok apabila melihat dia begitu.
Sedikit terkejut apabila dia menghampiriku. Pasti mahu usik aku lagi. Aku yang tidak perasan daripada tadi berganjak ke belakang kini aku terus terbaring di atas katil. Terjerit kecil aku kerana terkejut. Ingatkan jatuh atas lantai rupanya aku sudah terbaring di atas katil. Ah, macam mana aku nak lari ni kalau di depan aku itu sudah ada singa bagaikan sedang mahu makan orang.
Aku ketap bibir. Liur ditelan. Melihat Rayyan sudah semakin dekat dengan aku. Kini perlahan-lahan dia menindih tubuhku. Wajah kami berdua lagi beberapa inci dah nak dekat. Mata kami berdua bertentangan membuatkan jantung aku lebih laju berkencang.
"I see your face a little scared. Why are you scared? Afraid of me?" Soalnya lembut sambil menjongketkan kening sebelahnya. Aku teragak-agak mahu membalas. Senyuman menggodanya buatkan aku tidak tentu arah.
"Err..." Aku gagap. Ya, kalau dalam keadaan begini pasti aku mula gagap. Nak bercakap pun dah tak betul. Otak ligat mencari idea untuk bercakap. Aku teguk liur.
"Can I kiss you?" Soalan itu rasa nak tercabut jantung aku sekarang ni. Dia memang sengaja nak usik aku. Aku terkaku seketika. Geram dengan dia suka sangat usik aku.
Dengan itu, aku melihat dia dekatkan lagi wajahnya padaku. Lagi sikit sahaja bibir kami berdua mahu berlaga, cepat-cepat aku menolak lembut dada bidangnya.
Aku rasa saat ini wajah aku pasti sudah bertukar warna. Makin panas wajahku saat ini. Melihat lelaki itu ketawa kecil. Sakit pula hati aku dengan dia ni.
"Why, darlin? Why you blushing? I haven't kissed you yet." Ujarnya sambil ketawa kecil kenakan aku.
"Isy, abang ni nakal lah!" Marahku sambil memukul lembut dadanya. Dia ketawa lagi. Lantas aku menolak dadanya dan berlari ke bilik air. Saat ini rasa nak sahaja aku sorokkan wajah aku yang berbahang ini. Malunya!
*********
Aku senyum lalu mendapatkannya yang sedang memakai tali leher itu. "Mari sini saya tolong buatkan." Perlahan-lahan aku membetulkan tali lehernya itu.
Nasib baik aku tidak terjerit kecil terkejut apabila dia merangkul pinggangku. Melihat dia sudah senyum kecil.
"You look beautiful today." Bisik Rayyan dekat di telingaku. Romantik. Dengan kata-katanya itu automatik bibir menguntum satu senyuman manis.
Hari ini aku tidak seberapa cantik pun. Tapi, mungkin bagi pandangan Rayyan itu aku cantik. Maklumlah aku kan isteri dia.
Hari ini aku berpakaian dress lengan panjang, paras lutut berwarna merah dan rambutku pula sengaja aku lepas bebas. Malas nak ikat. Wajah aku pula, aku kenakan bedak dan juga sedikit lip bam agar muka aku tidak kelihatan pucat. Lagipun, aku cantik-cantik begini semua untuk Rayyan, suamiku.
"Okey, siap."
"Thank you darlin." Ucapnya. Aku hanya tersenyum. Tapi, ada sesuatu perkara aku mahu tanya padanya. Gara-gara semalam kami asyik bersweet-sweet sampaikan aku lupa nak tanya dia sesuatu perkara.
Kami bersama-sama melangkah ke meja makan. Aku duduk di sebelahnya. Air kopi hitam kegemarannya aku tuangkan ke dalam cawannya.
"Abang..." Panggilku sewaktu dia sedang menghirup kopinya.
"Yes, sweetie." Dia berpaling memandangku. Aku senyum sebelum bersuara. Berat juga hati nak tanya. Takut dia marah pula.
"Dulu sebelum abang masuk islam, abang pernah ke pegang-pegang perempuan? Ya lah, abang kan dulu mafia. Mesti lah abang pernah ke club, pegang perempuan semua tu kan? Khai bukan marah, tapi Khai cuma tanya je." Aku sorokkan lagi wajahku yang kelihatan kecewa dan cemburu kalau dia mengaku yang dia pernah sentuh perempuan.
Aku melihat dia senyum kecil, pasti sudah tahu yang aku cemburu. Tangan aku dicapai olehnya lalu digenggam erat. "Ya..." Jawabnya sepatah buatkan aku rasa cemburu. Sedih kerana dia mengaku yang dia pernah sentuh perempuan. Dah nama pun mafia, tipu lah kalau tak pernah sentuh perempuan.
"Sewaktu umur abang 18 tahun, abang pernah tidur dengan perempuan lain and abang pernah ke club malam. Tapi, semua itu dulu. Abang bodoh. Bila abang stress, abang selalu dera diri abang. Minum berbotol-botol air arak. But, it doesn't happen anymore as it does now. Bila abang dah masuk islam, hati abang tenteram. Rasa tenang dan indah. Kalau diingatkan kembali tentang itu dulu, abang rasa bodoh. Bodoh sangat." Ceritanya buatkan aku terkejut besar.
Serius lah umur 18 tahun dah pernah tidur dengan perempuan lain? Sumpah aku terkejut mendengar penjelasannya. Lelaki itu hanya senyum sebaris.
Mungkin rasa bodoh dan bersalah telah buat perkara itu dahulu. Aku tahu, hidupnya dahulu tidak seindah seperti orang lain. Aku juga tidak boleh salahkan dia, setelah dia masuk islam, baru dia sedar apa yang dia telah buat dahulu. Aku sungguh kagum dengannya.
Aku juga pernah dengar, orang luar negara umur berbelasan tahun pun sudah pernah berciuman atau tidur bersama. Biasalah, itu negara mereka. Sangat sosial.
"Tapi, alhamdulillah. Pesanan daripada ibu abang, abang akan ingat selalu. Allah selalu ada di sisi kita. Segala apa yang kita buat dia tahu. Dan Allah juga Maha pengampun, dia sentiasa ada di sisi hambanya. And, I am also happy with my life right now." Sambungnya sambil menoleh memandangku yang masih fokus mendengar apa yang dikatakan olehnya. Aku senyum ke arahnya. Bahunya aku usap lembut. Memberi dia semangat.
"And I'm happy that you're by my side too." Ucap Rayyan lembut padaku. Aku senyum lebar. Kisahnya semua aku sudah tahu. Sangat sedih. Kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak kecil lagi.
Aku patut bersyukur, walaupun aku kehilangan kedua-dua ibu bapaku tetapi aku masih mempunyai nenek dan mak su.
Nenek juga telah banyak bantu aku dan kakak. Sudi menjaga kami berdua. Mak su walaupun dia begitu, dia tetap memberi sedikit duit pada nenek agar membeli makanan untuk kami berdua.
Kalau diingatkan kembali, kisah itu sangat sedih. Nenek telahpun pergi, mak su masih tetap membencikan aku, kakak pula sudah anggap aku ini seperti orang luar. Tapi, aku percaya. Takdir Allah itu sangat indah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Kita perlu percaya dengan takdir Allah.
"I'm sorry..." Ucapku tanpa sedar menitis air mataku mendengar kisah-kisahnya dahulu. Sungguh buat hati aku tersentuh.
"No, no sayang. Jangan macam ni," laju aje tangannya menyeka air mataku. Tidak mahu beri aku menangis.
"Itu dulu, but now I'm happy. Happy with you. I love you so much, sweetheart." Bicaranya lagi memujuk hatiku. Aku senyum kecil.
"Me too. I love you." Balasku dengan senyuman. Aku melihat dia senyum gembira apabila melihat aku sudah kembali senyum.
*********
Aku berjalan bersama-sama dengan Rayyan ke pintu utama. Hari ini dia perlu masuk kerja dan melarang aku untuk ke tempat kerja hari ini.
Haih, terpaksa kena ikut katanya. Aku akan bosan sekejap lagi duduk di dalam rumah besar ini. Mahu ajak Ila keluar jalan-jalan, tetapi Ila sekarang ini sibuk dengan kerjanya di kedai.
Aku mengucup tangannya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan rumah ini. "Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call abang." Pesannya padaku. Aku hanya mengangguk. Sudah faham dengan maksudnya itu.
Kepalaku diusap lembut olehnya. "I love you," ucapnya.
Aku senyum lebar. "Love you too." Balasku. Laju sahaja dia mengucup dahiku. Sedikit terkejut tapi aku cuba untuk biasakan. Hatiku disimbah dengan rasa sungguh bahagia.
Tak menunggu lama, dia terus berlalu pergi masuk ke dalam keretanya. Seperti biasa, bukan aku sahaja ada driver. Pastilah dia juga ada. Bos besar kut.
Aku melambai-lambai tangan sewaktu keretanya sudah bergerak pergi dari kawasan perumahan ini.
"Wow, dah jadi isteri orang lah sekarang." Tersentak aku apabila melihat Alya melangkah masuk ke dalam kawasan perumahan itu. Aku masih berdiri tegak dihadapan pintu rumah ini.
Melihat Alya tak lepas-lepas memandang sekeliling rumah itu. Aku sedikit terkejut. Apa yang perempuan ini mahukan? Kini aku melihat dia sudah betul-betul berada dihadapanku sambil tersenyum sinis.
Hai assalamualaikum guys! Hope korang enjoy dengan Bab ni >< Jangan lupa Komen sekali ya, thank you. Bye! <3
Share this novel