perlahan-lahan aku membuka mata. aku terus bangun lalu meraup wajah. rambut yang sudah terlepas bebas itu aku capai getah rambut ditepi meja sisi katil lalu aku ikat rambutku. rasa rimas lah pulak kalau lepas bebas begitu.
sempat aku capai telefon bimbitku, melihat jam sudah tepat pukul 8 pagi. tak sampai beberapa minit, aku menerima satu mesej.
sepertinya mesej itu daripada rayyan. aku senyum lebar. malam yang aku bersama dengan rayyan masih terbayang diruang mataku. cuba untuk menolak semua itu ke tepi.
kalau diingat-ingatkan kembali rasa berbahang sudah wajah ini. malu!
thank you sayang untuk malam tu! and i'm so sorry sayang, abang kena keluar awak pagi hari ini. ada kerja sikit. malam nanti kita jumpa lagi ya. - rayyan.
baca aje mesej itu, mahu berubah wajahku. makin berbahang. pagi-pagi lagi dah buat orang blushing. aku senyum kecil. hati dah berbunga-bunga. suka sangat rayyan mengusik aku. kalau tak usik tak sah!
*******
kaki diaturkan berjalan masuk ke dalam kawasan perumahan mak su. belum sempat aku mahu memberi salam, aku sudah dengar satu suara yang sedang bercakap-cakap. tidak kurang jauh juga jaraknya itu. aku rasa suara itu jelas berada di tepi rumah mak su.
perlahan-lahan aku berjalan ke arah suara itu. mahu terlopong luas aku melihat alya bersama acap sedang bercakap sesuatu.
cepat-cepat aku menyorok di sesuatu tempat. takut jika mereka berdua nampak aku yang sedang mencuri-curi dengar perbualannya.
aku intai kembali mereka berdua, melihat wajah mereka. jelas! itu acap dan alya. apa yang mereka sedang buat? sumpah saat ini hati aku tidak sedap.
"aku dah tak tahan lah tengok dia orang berdua tu bersama. isy, acap! aku nak kau buat kerja kau cepat sikit boleh tak! kau tahu tak hati aku ni tengah panas bila tengok dia orang berdua tu bermesra-mesra! sakit mata aku, tahu tak?!"
kedengaran itu suara daripada alya. aku langsung tidak faham apa yang dia maksud kan itu. dia maksudkan pada aku ke? tapi, bukan ke dia sudah berubah. siap minta maaf padaku bagai. tapi sekarang ini betul ke apa yang aku dengar ni?
"kau relaks je lah alya. tengok aje apa aku buat nanti. confirm si lelaki tak guna tu akan menyesal dapat isteri macam rina tu!"
dam!
sumpah saat itu aku tidak tentu arah, terkejut besar mendengar nama aku disebut oleh acap. jadi, aku sudah tahu yang mereka cakap pasal aku.
ya allah, aku sudah percaya pada kakak aku sendiri. aku sudah percaya yang dia dah berubah, tapi ini yang dia buat pada aku. berpura-pura baik depan aku?
dada mula sebak. tidak dapat ditahankan lagi akhirnya mengalir air mataku. tak sangka ini lah mereka buat padaku.
"kau patut bersyukur tau aku dengar kata kau. sikit aje lagi aku dah nak rogol rina tu sewaktu di tempat kerja. tapi tu lah, ada pula yang kacau. kantoi. last-last kena buang kerja. itu semua sebab kau. aku dengar kata kau, sekarang aku dah tak dapat kerja. dah tak dapat jumpa rina tu." suara acap membalas kata-kata alya.
aku masih mendengar. air mata sudah mengalir laju di pipi. ya allah, aku tak sangka yang acap hampir sentuh aku kerana alya menyuruh dia buat begitu pada aku. demi allah, hati aku saat ini tak terkata. sakit sangat! kenapa alya kejam sangat? dengan adik dia sendiri dia sanggup buat begini untuk kepentingan diri dia?! aku benci dia!
"itu aku rasa tak cukup buat si rayyan tu tinggalkan rina. aku tetap nak kau buat sesuatu agar rayyan tinggalkan rina. bukan ke kau nak adik aku, so kalau kau nak adik aku, aku akan tolong kau. kau pula tolong aku untuk dapatkan rayyan untuk aku." suara sinis daripada alya.
"betul ya kau akan dapatkan rina untuk aku?" acap menyoal.
"ye lah, kau ingat aku ni apa? aku akan buat tapi kau pula jangan lupa. pisahkan mereka berdua and kau ambil rina aku ambil rayyan." suara alya pula dengan sungguh sinis.
kali ini kepercayaan aku pada alya sudah hilang. aku sudah betul-betul tawar hati padanya. aku benci dengan dia. aku benci dan menyesal dapat kakak seperti dia.
pentingkan diri sendiri. sanggup aniaya hidup adik sendiri. sumpah aku dah tawar hati dengan kakak sendiri. aku benci dengan dia! aku benci!
"okey lah, apa-apa rojer-rojer aku. pasal rina tu kau jangan risau. aku kasi settle sekejap aje." acap bersuara sebelum menghidupkan enjin motornya.
"okey, jangan lupa!"
cepat-cepat aku menyeka air mataku. aku terus berjalan menyorok dibawah rumah mak su. takut pula jika mereka berdua perasan aku berada di situ.
melihat alya sudah berjalan masuk ke dalam pintu rumah belakang. acap pula sudah bergerak pergi meninggalkan rumah itu.
perlahan-lahan aku berjalan keluar dan kembali ke hadapan rumah. cuba untuk berwajah tenang. air mata aku seka. tidak mahu ada yang menyoal kenapa aku menangis.
"assalamualaikum, mak su, akak." ucapku seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"waalaikumusalam...adik! masuk lah." suara alya sungguh mesra. gembira. gembira sebab dah berjaya jatuhkan aku tak lama lagi.
tapi, aku tak sesenang itu membiarkan dia pijak kepala aku. aku tidak mahu dia rosak kan rumahtangga dan kebahagiaan aku dan rayyan. sumpah aku tak dapat terima semua itu.
aku senyum lebar padanya tetapi sebaliknya hati aku sungguh terluka dengan sikapnya. berlakon pura-pura baik depan aku sebaliknya nak jatuhkan aku untuk dapatkan rayyan. tak! tak akan aku serahkan lelaki itu padanya. dia tetap milik aku buat selama-lamanya.
aku hanya akur. melangkah masuk ke dalam rumah itu. alya masih manis dengan senyumannya. layan aku pun dengan baik sebab ada makna.
"rina masuk dulu ya, akak buatkan air kejap."
"eh, tak perlulah kak. rina dah minum dah dekat rumah tadi. tak perlu susah-susah lah." aku menolak dengan lembut. dia hanya senyum lebar. takut pula jika dia meletakkan dalam air aku itu ubat racun. nanti tak pasal-pasal aku jadi arwah hari ni.
"okey, kalau macam tu aku nak keluar kejap ya. nak jumpa dengan kawan jap." ujarnya, aku hanya mengangguk. entah ya ke tak jumpa kawan, entah-entah nak jumpa rayyan di hospital. tapi, tak silap aku hari ini rayyan tidak masuk kerja. dia ada kerja sikit diluar.
entah-entah nak jumpa acap nak bincang lagi dengan lelaki itu untuk jatuhkan aku dengan cara seterusnya. hati aku sungguh sakit, hanya allah aje tahu. tapi aku sabar. sabar rina. kau kuat!
tak lama itu, dia terus keluar daripada rumah. aku berjalan mendapatkan mak su yang berada di dalam bilik itu. pasti sedang berehat.
aku sedikit terkejut apabila melihat mak su mengelap air matanya apabila dia melihat aku muncul di muka pintu biliknya itu.
cepat-cepat aku mendapatkannya. duduk dilabuhkan dibirai katil. aku melihat pula dia sedang memegang satu keping gambar.
gambar apa itu?
aku masih tertanya-tanya. tak akan lah sebab gambar itu mak su sedih-sedih begini? mungkin sebab lain. atau itu gambar arwah pak su. ya, mak su sangat menyayangi arwah suaminya. pak su meninggal pun secara tiba-tiba. pasti lah mak su sedih. dia pun tak sangka yang pak su pergi.
"kenapa ni mak su?" soalku pada mak su yang masih teresak-esak menangis. dia memandangku sambil tersenyum lebar.
secara tiba-tiba dia menyerahkan satu keping gambar itu padaku. aku menyambutnya. mata kini terus menangkap pada empat susuk tubuh di dalam gambar itu.
aku melihat pun mahu menangis. sebak di dada. air mata mula bertakung.
gambar arwah nenek bersama arwah mak, arwah pak su dan mak long. ya allah, rindunya aku pada mereka semua ni. air mata yang tidak dapat ditahan akhirnya mengalir laju.
melihat wajah arwah mak manis dengan senyumannya. arwah nenek pula masih berdaya saat itu. pak su pula masih sihat. semuanya senyum manis. rindunya aku dengan wajah-wajah ini.
"mak su rasa dah banyak sangat mak su buat dosa dengan arwah mak kamu. mak su sepatutnya hormat dia. dia kakak ipar mak su. kenapa mak su ni dulu bodoh sangat? mak su tak guna! sekarang arwah mak kamu dah pergi baru lah mak su nak sedih! mak su bodoh, rina! mak su bodoh. mak su dah banyak sangat buat dosa pada mereka semua." luah mak su. masih menangis teresak-esak.
aku pula yang rasa serba salah bila dia cakap begitu. dia telah menyalahkan dirinya sendiri. tangannya aku capai lalu diusap lembut. memberi dia tenang dahulu.
"mak su jangan salahkan diri sendiri. setiap manusia ada kesilapan masing-masing. mak su jangan sedih-sedih ya. rina gembira apabila keadaan dah berubah baik. mesti arwah nenek, arwah mak dan arwah pak su gembira tengok keadaan semakin baik. mak su jangan sedih ya, rina sentiasa ada di sisi mak su. kita doakan sama-sama untuk mereka agar mereka semua tenang di sana dan insyaallah satu hari nanti kita boleh jumpa mereka di sana." pujuk aku pada mak su. mak su mengelap air matanya. aku lega melihat dia semakin tenang.
"terima kasih ya, rina. kamu ni sama sangat dengan arwah mak kamu. terima kasih lagi sekali ya." laju sahaja dia menarik aku ke dalam pelukannya sambil teresak-esak menangis. aku senyum lebar. hati saat ini betul-betul lega.
"kamu jangan tinggalkan mak su ya. mak su tak nak kamu berubah hati seperti kakak kamu tu." aku sedikit terkejut mendengar kata-kata mak su itu. kenapa? kakak ada buat salah dengan mak su ke? dia tu, dulu buat perangai dengan arwah nenek. sekarang dengan mak su pulak?!
"kakak? kenapa dengan dia, mak su?" soalku ingin tahu.
"dia pun dah tak macam dulu. bila dia tahu mak su dah mula berbaik dengan rina, dia mula benci mak su. mak su tak suka dia. dia layan mak su dengan sangat kasar. satu hari tu, dia langsung tak bagi mak su makan. keluar awal pagi balik lewat malam. nasib baik lah ada kamu rina." cerita mak su.
aku sedikit terkejut. tak sangka kakak buat begitu pada mak su. dia sudah lebih! sumpah, aku tak boleh terima semua itu! jadi, aku sudah tahu rancangannya bersama acap. mereka bersepakat untuk jatuhkan aku.
dan, acap memang tidak boleh memadamkan perasaan cintanya pada aku. tapi, aku langsung tiada hati padanya. kenapa dia tidak boleh terima semua itu?
oh, alya baik-baik dengan aku sebab nak rayyan? hei, aku tak akan serahkan orang yang aku sayang pada orang lain! jujur, kali ini hati aku dah tawar dengan alya. aku benci dia.
aku juga mahu berbaik-baik dengan alya walaupun sebaliknya aku tahu dia ada rancangan untuk jatuhkan aku. aku nak tengok sampai bila dia boleh tipu aku.
"rina..." tanganku dipegang oleh mak su. aku sedikit tersentak. dah mengelamun panjang pula. aku terkebil-kebil memandang mak su.
"kenapa ni? rina fikirkan apa? nak kongsi dengan mak su?" prihatin nada suaranya menyoalku. aku hanya senyum lebar sambil menggeleng.
"tak ada apa lah mak su. rina okey je. err...mak su dah makan? jom kita makan sama-sama. rina lupa nak makan tadi sebab dah rindu sangat dekat mak su sampaikan lupa nak makan." kami sama-sama ketawa. rasa bahagia saat ini melihat senyuman mak su, tawa mak su, hati aku lega.
**********
hari ini sudah hampir seminggu aku tidak jenguk suami aku di hospital. aku cadang mahu hari-hari jumpanya. mahu menemaninya di sana. tetapi, ada halangan pula sepanjang hari itu. mak su sakit terus tak jadi aku nak ke sana. bila mak su dah sihat, aku lega hati. boleh lah jumpa rayyan di sana.
seperti biasa, aku siap-siap segera dan turun ke bawah untuk bodyguard rayyan hantarkan aku ke hospital. tak lupa juga dengan selendang arwah ibu rayyan. selesa sangat guna selendangnya. cantik.
sampai sahaja aku di hospital itu, seperti biasa bila ada jururawat atau doktor yang terserempak dengan aku di situ, pasti mereka akan tunduk hormat pada aku. aku rasa kekok sebenarnya, sebab tak selesa kalau orang buat begitu.
aku bukannya ada pangkat tinggi pun. tapi, kalau nak acah-acah belagak boleh, kan? hihihi.
kini kaki melangkah ke arah pintu pejabat rayyan. tapi, kali ini pintu biliknya itu tertutup rapat. aku sedikit berkerut apabila ada satu suara sedang bercakap di dalam bilik itu. aku tidak pasti siapa tapi aku sangat mengenali suara itu.
alya!
dia buat apa lagi datang di sini?! saat ini hati aku mula naik angin. panas! geram semuanya ada.
"err...tuan rayyan. i datang sini sebenarnya nak cakap sikit dekat you." kedengaran suara gedik alya yang bercakap dengan suamiku. aku masih membuka telinga mendengar walaupun pintu bilik itu tertutup rapat.
bersyukur kerana suaranya dapat didengar sampai ke luar pintu bilik ini. aku menahan hati yang sedang panas ini. tidak mahu serbu terus masuk ke dalam bilik ini. mahu dengar dahulu apa yang mereka sedang sembangkan itu.
"cakap sesuatu? what is that?" soal rayyan pula. aku masih menahan diriku. sabar rina! sabar!
"err... sebenarnya..." aku dah tak boleh tahan dengar suara alya itu, aku memulas perlahan-lahan tombol pintu bilik itu. nasib baik mereka tidak perasan. hanya sedikit aku buka dapat mengintai mereka berdua disebalik pintu itu. hanya sedikit sahaja aku buka, takut pula kalau pintu ini berbunyi. ini tak pasal-pasal dah kantoi.
terbeliak biji mataku melihat alya sudah berjalan ke arah rayyan sambil memegang bahu rayyan. yang buat aku sakit hati apabila rayyan langsung tidak menepis. ah, sakitnya hati aku ni.
"i sebenarnya...suka dekat you. i love you, rayyan." menitis air mataku mendengar kata-kata alya itu. hati aku saat ini tak terkata. sakit. terlalu sakit. hanya allah aje tahu perasaan aku saat itu bagaimana.
"apa yang you cakap ni? i suami orang alya. hormat sikit yang i ni suami kepada adik you. please jangan macam ni, jangan sampai i panggil orang-orang i untuk halau you daripada hospital ini." keras suara rayyan memberi amaran pada alya.
"tapi i sayang you..." buatkan aku terkejut besar apabila alya dengan selamba badak dia memeluk bahu rayyan. makin laju air mataku mengalir. sakitnya hati ini. terluka!
buatkan bertambah sakit hatiku apabila melihat rayyan langsung tidak menepis. seperti selesa dalam keadaan begitu. lama alya memeluk bahu lelaki itu, sumpah sakit gila hati ni tengok suami sendiri di goda oleh kakak sendiri.
aku yang sudah tidak tahan laju sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. kedua-dua susuk tubuh yang berada dihadapanku itu sedikit terkaku. terkejut gamaknya melihat aku tiba-tiba boleh muncul.
melihat tubuh rayyan sedikit mengeras. alya pula terkejut besar melihat aku muncul. cepat-cepat rayyan menolak tubuh alya jauh daripadanya.
air mataku makin lebat mengalir, aku pasti yang rayyan perasan air mataku mengalir laju. biar dia tahu, yang aku mula benci dia!
tajam aku renung mereka berdua. alya terkebil-kebil memandangku. seperti dia langsung tidak buat salah.
"sayang..." lantas rayyan bangun daripada kerusinya dan mendapatkan aku yang masih berapi-api di hati ini. tajam aku renung alya.
rayyan cuba memegangku tetapi aku dengan laju menepis kasar. "don't. touch. me." aku memberi amaran keras pada rayyan. melihat lelaki itu sedikit tersentak. terkejut dengan kata-kataku itu.
"sayang, tadi tu khai salah faham...." rayyan cuba memujukku. aku yang mula beremosi tidak peduli lagi kata-katanya itu. hati aku terlampau sakit. sungguh sakit.
"shut up!" bentakku. rayyan terdiam terus. kini aku melangkah mendapatkan alya pula yang masih terkaku itu.
dengan hati yang begitu panas, satu penampar melayang ke pipinya. bukan itu aje dapat puaskan hati aku. lagi bertambah sakit. dia sedikit tertoleh ke tepi sambil memegang pipinya yang sakit kerana telah makan penamparku.
tajam aku renung dia. "aku benci kau, kak! aku benci kau! apa yang kau dah buat, hah?! kau hancurkan hidup aku semata-mata kepentingan diri kau. aku tak sangka kau buat macam ni dekat aku, kak! aku benci kau kak! aku benci kau! aku benci!" bentakku. lantas rayyan mendapatkan aku. bahuku dipeluk olehnya lalu menarik sedikit tubuhku berjauhan dengan wanita dihadapanku itu.
"memang! memang aku benci kau! aku cemburu tengok kau bahagia, rina! aku tak suka! dengan itu, aku buat semua ini untuk kepentingan diri aku! kau memang tak layak untuk dapat kebahagiaan ini! aku benci dapat adik macam kau! jangan ingat kau selamat rina, hidup kau akan lebih hancur lagi!" bentaknya lalu berjalan keluar daripada bilik ini.
aku menunduk sambil meraup wajah. ternyata benar dia hanya berpura-pura baik di depanku. bertopengkan syaitan! tapi dibelakangku perangainya kalahkan iblis.
teresak-esak aku menangis. sudah tidak dapat ditahankan lagi sebak di dada. kenapa lah aku dapat kakak begini? apa yang dia tidak puas hati dengan aku?
"sayang, abang minta maaf. sayang dah salah faham ni. please, let me explain all this to you first." rayyan mula bersuara memujuk aku yang masih teresak-esak menangis. hati aku kembali panas. entah kenapa, aku mula benci padanya. sentuhan alya tadi langsung tidak ditepis olehnya. apabila aku muncul, baru lah dia nak tepis!
"apa?! abang pun sama, kan?! apa memang sukakan dia! tak payah lah nak pura-pura baik depan khai. khai tahu abang memang suka dia! khai ni tak macam dia, khai isteri tak guna! khai isteri tak guna untuk abang! khai dah tak nak hidup seperti ni! khai tak nak!" jeritku lagi. masih terluka hati ini.
dia cuba memeluk tubuh aku, tetapi tidak senang itu untuk dia sentuhku. tolong jangan sentuh aku sewaktu aku sedang marah. ada nanti yang melayang ke dinding aku buat.
kasar aku menolak tubuhnya. "jangan sentuh, khai! khai benci abang! kalau abang dah tak nak hidup dengan khai, jujur aje dengan khai. tak payah nak jaga hati khai! kalau macam tu, abang lepaskan khai! kita buat haluan masing-masing. khai nak abang ceraikan khai!" bentakku sebelum melangkah pergi meninggalkannya.
aku tahu dia terkejut besar dengan apa yang aku katakan tadi. laju sahaja dia mengejarku lalu menarik semula lenganku. aku menepis lagi.
"khai, kenapa khai cakap macam tu? ya allah, khai. dengar dulu apa yang abang nak cakap. tolong lah, jangan salah faham. abang tak nak kehilangan khai. kenapa khai nak tinggalkan abang. bukan ke khai dah janji tak nak tinggalkan abang? kenapa khai cakap macam tu?" nada suaranya jelas sungguh kecewa. tapi aku langsung tidak peduli. lebih sakit hati aku saat ini.
"abang hanya suami khai! suami orang! suami kepada khairina aulia. kenapa abang lebih rela layan perempuan tu? sebab abang memang selesa dengan dia? lepastu nak cakap apa lagi? nak bagi alasan? nak jaga hati khai? dah lah abang, khai penat kalau hidup kita begini. khai nak abang jujur aje yang abang memang tak suka khai. khai dah banyak menyusahkan abang. khai tahu khai isteri tak guna. khai lemah abang, tolong jangan seksa hidup khai lagi!"
tanpa mempedulikan dia lagi aku terus berlalu pergi. tidak boleh lagi menatap wajahnya, pasti hati aku akan sakit dan sebak.
kalau jadi kenyataan yang alya adalah milik rayyan, sumpah aku tak boleh terima. tapi dah ditakdirkan aku kena redha. mungkin dah tiba masanya aku akan dilepaskan oleh rayyan.
aku kena hidup sendiri, ubah hidup sendiri. tidak mahu diseksa lagi. biar lah alya bahagia, aku rela demi dia. aku gembira melihat dia bahagia. aku tak mahu terseksa lagi hidupku. cukup untuk kali ini.
kenangan terindah dan memori terindah bersama rayyan akan selalu aku ingat. hanya itu sahaja yang tinggal. wajahnya juga tak akan ku lupa. aku tahu dia tidak suka aku, dia lebihkan alya daripada aku.
aku perlu redha dengan semua itu.
Share this novel