"Saya rasa, kita kena kahwin." Bicara Rayyan selamba buatkan jantung aku tadi elok berkencang dengan normal kini makin hebat berdetak dengan sungguh laju. Rasa dah nak macam kena strok bila dia cakap selamba begitu sahaja padaku.
Aku memandang wajahnya seperti tidak percaya. Apa yang dia cakap ni? Mimpi ke apa? Ke dia salah cakap? Tapi, aku tengok dia cakap kat aku. Bukan dekat siapa-siapa. Ah, hati aku ni mahu luruh dengan apa yang dikatakan olehnya itu.
"Apa yang awak cakap ni? Awak merepek apa ni, Rayyan?" Soalku tidak percaya sambil ketawa kecil. Haih, Rayyan ni pandai pula dia berlawak. Tahu-tahu aje hari ini mood aku tiada.
Tapi, dilihatkan kembali wajahnya sepertinya dia serius bercakap tentang itu. Aku berhenti ketawa melihat wajahnya serius memandangku. Adakah benar yang dia cakap ini? Aku mimpi ke? Atau ini benar?
Ya Allah, nak tercabut jantung aku ni kalau benar. Nak buat-buat pengsan ke atau buat-buat tak kenal dia ya? Biar lah dia lupakan perkara itu. Ah, itu semua rancangan bodoh kau aje Rina. Aku tengok muka dia serius bila cakap tentang itu.
Kaki tangan mula sejuk. Jantung berdebar makin hebat. Aku ketap bibir. Muka aku ni tiba-tiba boleh berbahang. Liurku telan berkali-kali. Tak berani melihat wajahnya yang serius sedang merenungku itu.
"Saya serius, Khai. Saya nak kita kahwin. Mungkin dengan cara ini awak akan selamat daripada kumpulan mafia DIAMOND tu. Saya tahu, sekarang mereka sedang cari awak. Senang cerita, mereka nak ugut saya untuk saya kembali ke kumpulan mereka. Tapi, saya tak nak. Saya tak mahu semua itu. Kalau kita kahwin, saya janji....Saya akan jaga awak, saya akan lindungi awak. Dan kita bersama-sama hadapi semua dugaan yang akan kita hadapi nanti."
Bicaranya panjang lebar buatkan aku rasa nak pengsan. Bukan pengsan lagi, dah cair sangat dah ni. Bagaikan mimpi apa yang keluar daripada mulutnya itu.
Benarkah dia mahu kahwin dengan aku?
"Tapi, saya mengandung. Awak boleh ke terima saya?"
Melihat wajahnya sedikit berubah. Lama dia memandangku. Wajahnya yang tadi serius dan beku kini semakin lembut.
"Saya tak kisah, Khai. Saya tetap akan jaga awak dan anak dalam perut awak tu." Balasnya dengan senyuman. Aku sungguh rasa terharu mendengarnya. Baiknya dia. Mahu menangis aku saat ini. Terharu sangat-sangat dia sudi menerima kekurangan ku.
Aku ketawa kecil. "Tak lah. Saya tak mengandung pun." Sengaja aku kenakan dia. Nak uji dia. Tapi sebaliknya, dia sungguh mengambil berat tentang aku. Tidak kisah jika aku ini banyak kekurangan, tetapi dia tetap menerimaku dalam hidupnya.
Wajahnya berubah. Dia menghela nafas. Aku ketawa kecil melihatnya. "Sure?" Soalnya mengambil kepastian. Aku senyum lebar.
"Ya. Diri saya, saya tahu lah." Lagipun, memang benar. Saat-saat ini, aku tak pernah lagi ada tanda-tanda nak mengandung. Muntah pun tidak, perutku semakin memboyot pun tidak. Alhamdulillah, Allah masih lindungi aku.
"Okey, so saya tak mahu menunggu lama. Kalau boleh, dalam masa terdekat ini kita kahwin cepat-cepat." Terkebil-kebil aku memandangnya. Dalam masa terdekat? Cepatnya.
"Dalam masa terdekat? Maksud awak?" Terkejut juga aku mendengar kata-katanya itu. Dengan berwajah tenang, dia mengangguk.
"Ya. Maybe, minggu depan." Terbeliak biji mataku menerima jawapannya.
Minggu depan?!
********
Aku duduk di tepi tangga rumah sambil mata memandang jauh. Melihat dari jauh pemandangan waktu tengah hari. Cantik. Matahari yang terpancar di wajahku. Aku senyum lebar. Cantik sungguh keindahan alam.
Nafas berat aku lepaskan. Masih terngiang-ngiang kata-kata Rayyan semalam. Dia mahu kahwin dengan aku? Betul ke apa yang dia cakap itu? Tapi, kalau dilihatkan kembali wajahnya serius bila cakap tentang itu.
Aku teguk liur, rasa macam mimpi yang dia nak kahwin dengan aku. Ya Allah, aku mimpi ke? Tipu lah kalau hatiku juga tidak terpaut padanya.
"Amboi, anak dara seorang ni termenung jauh nampak?" Suara itu mematikan lamunanku. Aku memandang tuan punya suara itu, Cik Yah! Ya Allah, dah lama sangat aku tak jumpa dia. Rindunya!
Aku terus berdiri tegak lalu aku mendapatkan acik Yah yang sudah berada dihadapanku itu. Erat aku memeluk tubuhnya. Sumpah aku rindu wanita ini. Aku sudah anggap dia seperti mak aku sendiri. Wanita ini juga sudah banyak membantuku sewaktu arwah nenek masih ada lagi.
Dia juga membalas pelukanku. Pelukan kami dileraikan. Aku menjemput dia duduk. Melihat dia seperti baru pulang ke rumah. Sewaktu dia tiada dikampung, dia ada cakap padaku yang dia mahu pulang ke KL. Ada hal sedikit. Maklumlah, anak saudaranya sudah bersalin. Jadi, dia perlu ke KL berjumpa dengan mereka.
"Cik Yah, sekejap ya Rina buatkan air untuk cik Yah." Ujarku tetapi dihalang olehnya. Aku yang tadi berdiri untuk melangkah masuk, tetapi dihalang oleh cik Yah. Aku kembali duduk.
"Tak perlu lah. Cik Yah dah minum dekat rumah tadi." Halangnya. Dia senyum lebar, aku membalas senyumannya. Lega dihati ini dapat kembali jumpa dengan Cik Yah.
"Cik Yah apa khabar? Sihat?" Tanyaku padanya. Dia senyum lagi.
"Alhamdulillah, sihat. Rina pula, apa khabar? Cik Yah tengok Rina ni makin kurus pula. Dah makan ke ni?" Soalnya apabila melihat tubuhku semakin keding. Ya, aku dah berapa hari tak makan, makan pun hanya tengah hari. Pagi aku tak sarapan, malam? Lagi lah tak makan langsung. Entah kenapa, selera makanku semakin hilang.
Aku senyum sebelum bersuara. "Alhamdulillah, sihat juga. Cik Yah jangan risau lah, Rina dah makan. Susah juga ya nak gemuk ni. Rina makan banyak pun, badan tetap kurus keding." Jawabku sambil ketawa kecil.
"Cakap lah dah tak ada duit, tu yang badan keding sangat." Suara itu mematikan senyuman dibibirku. Aku dan Cik Yah sama-sama berpaling memandang mak su yang sudah tercegat dihadapan kami.
Haih, orang tua ni nak apa lagi datang sini? Menyemakkan mata aku aje! Kalau dia datang, pasti hati aku mula berapi. Suka sangat buat hati orang sakit!
Senyum sinis timbul dibibirnya sambil memeluk tubuh. Aku menjeling tajam ke arahnya. "Su, apa khabar? Sihat ke? Dah lama tak jumpa kau, bila jumpa kau ni makin menjadi-jadi ya mulut kau tu." Sindir Cik Yah pada mak su. Aku melihat Cik Yah masih dengan senyuman manisnya. Ah, padan muka! Terkena balik dengan sindiran daripada Cik Yah.
Wajah mak su sinis. Dia memandang cik Yah yang masih tersenyum lebar. "Sihat. Alhamdulillah. Sihat sangat-sangat. Tapi, aku kurang sihat sikit lah kalau harta aku tak dapat lagi. Rumah aku ni pun aku rasa nak ambil semula lah. Nak tukar jadi rumah lebih cantik daripada rumah kayu buruk ni." Bicaranya membuatkan aku tersentak. Jangan cakap, mak su nak hartanya semula. Ya Allah, kalau dia nak rumahnya kembali bagaimana dengan aku? Aku nak duduk di mana?
Aku teguk liur. Mata memandang mak su. Mak su senyum sinis ke arahku. "Apa yang kau cakap ni su? Kau tahu tak, ini anak saudara kau? Sanggup kau buat macam ni dekat anak saudara kau sendiri?" Cik Yah mula bersuara dengan nada tidak puas hati.
"Yah, kau tak payah lah nak masuk campur dalam hal ni." Mak su bersuara dengn sinis. Kini matanya beralih memandang aku pula.
"Hoi, perempuan. Aku nak harta aku kembali! Rumah aku, harta aku, tanah aku semua aku nak kembali!" Terkejut besar aku mendengarnya. Dia nak semula rumahnya?
Aku sudah tidak tentu arah. "Mak su, apa yang mak su cakap ni? Mak su, kalau mak su marah sangat dekat Rina, mak su marah lah. Tapi, tolong jangan ambil semula rumah ni. Jangan halau Rina. Nanti Rina nak duduk mana kalau mak su ambil semula rumah ini." Aku merayu padanya agar dia simpati padaku. Tetapi, semua itu tidak berguna. Aku tahu sangat perangai mak su ini bagaimana. Dia senyum sinis sambil menjeling tajam ke arahku.
"Hei, kau kan dah tak lama lagi nak berkahwin dengan orang kaya tu. Nanti kau tinggal lah dengan dia. Dia kan kaya. Hah, kau kikis lah duit dia. Tak lama lagi, kau kan jadi bini dia." Bicara sinis daripada mak su. Saat ini aku rasa mahu menangis. Melihat Cik Yah seperti tidak puas hati.
"Ya Allah, Su. Apa yang kau cakap ni? Kau tak kesian ke dekat Rina, anak saudara kau. Nanti dia nak tinggal di mana?" Cik Yah membelaku. Aku sudah menunduk. Hanya tunggu masa sahaja, air mata turun.
"Apa aku nak peduli. Hei, aku tak kisah lah tentang hidup dia! Janji aku dapat semula tanah aku! Harta aku! Dan, mulai hari ini aku nak kau keluar daripada rumah aku! Sekarang juga aku nak kau bungkus baju-baju kau dan keluar daripada sini! Sekarang!"
Dan, akhirnya menitis juga air mataku mendengar arahan mak su. "Mak su, sanggup mak su buat macam ni dekat Rina. Mak su tak kesian ke dekat Rina. Mak su, Rina merayu dekat mak su. Tolong jangan halau Rina. Rina minta maaf atas kesalahan Rina selama ini. Rina minta maaf mak su." Aku merayu lagi padanya. Sampaikan aku melutut dihadapannya harap dia ada perasaan kasihan terhadapku.
"Rina sanggup buat apa-apa tapi tolong jangan halau Rina. Rina akan buat apa yang mak su nak, Rina janji Rina akan buat. Tolong jangan halau Rina..." Aku merayu lagi padanya. Kakinya aku pegang sambil teresak-esak menangis.
"Hei, lepaskan lah kaki aku!" Marahnya sambil menolak tubuhku. Lantas acik Yah memeluk bahuku.
"Su, kau ni memang tak ada hati perut langsung! Dasar pentingkan diri sendiri!" Bentak cik Yah tidak puas hati apabila mak su buat begitu padaku.
Kalau dia tetap mahukan aku kembalikan tanahnya, rumahnya, hartanya, aku terpaksa berikan semuanya ini padanya semula. Bak kata nenek, ini semua harta dia. Kita hanya menumpang. Aku takkan lupa kata-kata nenek. Aku redha, aku kena juga pulangkan semua ini padanya.
"Boleh..." Sepatah keluar daripada mulut mak su. Apa yang boleh? Aku memandangnya.
"Aku akan bagi kau tinggal di sini. Tapi, ada satu syarat..."
Berdebar-debar aku menunggu kata-kata seterusnya daripada mak su. "Aku nak kau putus tunang dengan lelaki kaya tu. Dan, aku nak kau pujuk lelaki kaya tu untuk kahwin dengan Alya."
Tersentak aku mendengarnya. Apa?! Pujuk Rayyan untuk kahwin dengan Alya? Syarat apa ni? Mak su dah gila ke?! Aku tak puas hati. Aku memang tak boleh terima dan tak boleh setuju tentang itu.
"Tak! Rina tak boleh setuju. Rina takkan setuju. Rina tahu sebab apa, sebab nanti senang akak dan mak su kikis duit dia kan? Tak, Rina takkan putus tunang dengan dia!" Aku tidak setuju.
Ya, aku tak setuju kerana aku sudah tahu kenapa mak su berkata begitu. Kerana dia mahukan harta Rayyan. Alya dan mak su dua-dua itu sama aje. Gilakan harta dan mata duitan!
"Haih, keras kepala ya kau ni Rina. Kalau macam tu, hari ini juga aku nak kau keluar daripada rumah ini. Aku tak kira kau tak ada rumah ke tak ada tempat tinggal ke, aku tak kisah. Aku tetap nak kau keluar sekarang daripada rumah ini!"
Aku tak boleh setuju dengan syarat mak su dan aku juga tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh mak su. Dia halau aku. Aku mahu tinggal di mana. Ya Allah, bantunilah hamba.
Kenapa mak su kejam sangat halau aku? Apa yang dia tak puas hati dengan aku?
"Aku bagi kau masa setengah jam, jangan sampai aku heret kau keluar daripada rumah ini! Jangan cabar aku Rina!" Bentaknya lalu berjalan pergi. Mungkin sudah puas hati buat aku begini. Dia menang, aku kalah. Mak su sungguh kejam! Aku tak dapat terima semua ini.
"Sabar, Rina. Sabar. Cik Yah yakin Rina kuat. Dah-dah, jangan menangis. Mari ikut cik Yah ke rumah cik Yah. Mulai hari ini Rina tinggal aje dengan Cik Yah. Mak su kamu tu jahat. Dah, pergi cepat ambil pakaian kamu. Nanti tak pasal-pasal jadi orang gila pula si mak su kamu tu di sini." Cik Yah cuba pujukku. Dia menyeka air mataku. Memberi aku semangat.
"Terima kasih Cik Yah." Aku peluk erat tubuh wanita dihadapanku itu.
Banyak sudah dia bantuku. Aku tidak tahu mahu beri apa padanya kerana aku juga tidak punya apa-apa saat ini. Seperti yang kukatakan, mulai hari ini aku sudah seperti sebatang kera yang tidak punya apa-apa.
**********
Aku berjalan kaki pulang ke rumah Cik Yah. Tangan masih setia menggenggam bungkusan plastik yang dibeli olehku tadi di kedai runcit.
Kaki masih mengatur langkah, tetapi langkahku terhenti apabila aku nampak dua buah biji kereta berada dihadapan rumahku.
Oh, lupa. Aku sudah tiada rumah. Jadi, itu rumah mak su. Sekarang aku juga tinggal bersama cik Yah. Aku bersyukur kerana cik Yah menolongku memberi aku tempat tinggal di rumahnya.
Jantung berdetak makin laju apabila aku kenal siapa orang yang berada dihadapan rumah mak su itu. Kelihatannya dia sedang bercakap dengan mak su. Aku teguk liur.
Siapa lagi kalau bukan anak buah John! Musuh ketat Rayyan. Ya Allah, sumpah sekarang ni aku takut. Aku menyembunyikan diri disebalik semak di tepi itu sambil memerhatikan mereka dari jauh. Takut juga kalau dia apa-apakan mak su.
Dapat kudengar jelas apa yang dikatakan oleh mereka kerana jarakku dengan mereka tidak lah jauh. Aku pasti, kalau mereka jumpa aku pasti aku ditangkap semula oleh mereka.
Kerana Rayyan pernah berkata, mereka sekarang sedang mencari aku dan mahu ugut Rayyan. Sebab itu lah Rayyan mahu kahwin denganku. Tapi, kenapa aku terlibat sekali? Kenapa nyawa aku juga hampir hilang oleh mereka?
"I want to meet a girl who lives here." Aku mendengar Mark bersuara. Kelihatan, wajahnya ketat. Pasti sedang mencari aku. Sumpah, aku risau kalau dia apa-apakan mak su.
"Err...Maaf lah ya. Makcik tak faham lah bahasa english ni.." Balas mak su sambil sengih. Aku yang faham ni pun dah berdebar-debar. Betul sangkaanku yang mereka sekarang sedang mencari aku.
Aku melihat Mark memanggil anak buahnya. Sepertinya, anak buahnya itu orang melayu. Pasti dia tidak faham kata-kata mak su dan menyuruh anak buahnya itu terangkan pada mak su.
"Maaf, makcik. Bos saya mahu jumpa dengan seorang perempuan yang tinggal di sini. Dia ada di sini?" Soal seorang lelaki yang berbadan sasa yang sedang menyoal pada mak su. Aku melihat wajah mak su masih tertanya-tanya. Tidak faham.
"Siapa ya? Makcik tiada anak. Cuma ada anak saudara. Itu pun anak saudara makcik ramai. Errr...Makcik nak tanya, kau orang semua ni siapa ya?" Melihat wajah mak su masih bingung.
Pasti dia juga takut melihat gaya mereka semua seperti orang jahat. Berpakaian suit hitam kemas. Seperti mafia. Tetapi, kenyataan memang mafia pun.
"Makcik tak perlu tahu pun siapa kami. Kami nak jumpa dengan seorang perempuan yang tinggal di sini." Bicara lelaki yang berbadan sasa itu sedikit tegas. Aku melihat wajah mak su mula berubah sedikit takut. Aku yang sedang memerhatikan daripada jauh ini pun takut.
"Err...Anak saudara makcik ramai perempuan. Makcik pun tak tahu kamu nak jumpa dengan siapa? Mana satu? Nama apa?" Bertalu-talu mak su menyoal.
"Makcik jangan nak buat tak tahu! Mana perempuan yang tinggal di rumah ini?!" Kini suaranya makin tegas. Dia merapati mak su. Sumpah, saat itu kaki aku nak sahaja melangkah pergi pada mereka dan menyelamatkan mak su.
"Be...betul. Makcik tak tahu siapa? Ke....Kamu semua ni nak jumpa dengan Rina? Dia anak saudara makcik yang tinggal di sini."
Gulp! Aku teguk liur mendengarnya. Aduh, kalau mak su bagitahu mereka yang aku tinggal di rumah cik Yah pasti mereka akan tetap cari aku. Takut sahaja nanti cik yah sekali yang terlibat. Aku tak mahu semua itu terjadi.
"Don't pretend not to know! Don't let me kill you!" Kini Mark pula yang bersuara dengan tegas. Dia menghampiri mak su yang mula menggigil takut. Aku teguk liur. Aku takkan biarkan dia buat apa-apa pada mak su!
Kaki yang gatal, terus berlari menuju ke mereka semua. Aku pun tak tahu apa yang aku buat sekarang ini. Terasa diri ini bodoh pun ya. Tapi, aku tak mahu dia apa-apakan mak su.
Lantas aku memeluk bahu mak su. Mark tajam merenung aku yang baru muncul di situ. Melihat mak su sudah menangis, terkejut gamaknya.
"Please, don't hurt him. He is innocent." Aku merayu padanya agar dia tidak apa-apakan mak su. Aku melihat Mark senyum sinis ke arahku.
"Hei, babygirl. Finally, you came too." Aku teguk liur mendengar kata-katanya itu. Ya Allah, harap dia tak apa-apakan aku dan mak su. Biar lah dia apa-apakan aku, janji mak su selamat. Kalau ikutkan hati, mahu aje aku heret mak su lari pergi daripada sini. Tetapi, kami berdua sudah dikelilingi oleh bodyguard Mark.
"Please, I appeal to you. Don't do anything to either of us." Aku merayu padanya lagi. Kini jantungku berdebar apabila dia mendekati aku dan mak su.
Dia senyum senget. Dia sedikit mencangkung lalu merenung anak mataku dalam-dalam. Aku memejam mata rapat-rapat apabila dia mula mengangkat tangan mahu menyentuh wajahku.
Aku redha kalau aku disentuh olehnya, tapi aku harap sangat dia tak apa-apakan mak su. Makin erat aku memeluk bahu mak su makin erat aku memejam mata.
"Hei, kau nak buat apa hah?! Kau dah kenapa nak sentuh anak saudara aku?!" Suara itu membuatkan aku kembali buka mata. Tangan Mark yang mahu menyentuh kulit wajahku itu aku melihat tangannya ditepis kasar oleh mak su.
Aku terkejut. Beraninya mak su melawannya. Ya Allah, tolong selamatkan mak su. Harap dia orang tak apa-apakan mak su. Kelihatannya, mak su marah melihat Mark mahu menyentuhku.
Aku melihat mak su sudah berdiri. Seperti mahu berlawan dengan Mark yang masih tersenyum sinis. Apabila mak su mendekati Mark, langsung sahaja tubuh mak su dipegang oleh dua orang bodyguard Mark. Mak su menjerit memberontak.
Aku pula tidak tentu arah. Mahu menyelamatkan mak su, tetapi mak su sudah dihalang oleh dua orang bodyguard Mark yang berbadan sasa itu.
"Mak su!"
Kini aku melihat, Mark kembali mendekatiku. Jantungku makin berdetak laju. Melihat matanya yang berwarna hijau itu sedang merenung anak mataku, makin berdebar-debar jantung saat ini.
Melihat matanya masih tak lepas-lepas memandang satu-satu inci di wajahku. Aku teguk liur. "Bellissima." Mungkin itu bahasa Italy tetapi aku langsung tidak faham. Aku menjarakkan diri daripadanya.
"Hoi, lepaskan aku! Kau jangan apa-apakan dia! Mati kau aku kerjakan kau orang semua!" Jerit mak su. Aku mula menggigil takut.
Saat ini, aku sudah tidak boleh duduk diam. Lantas aku kembali berdiri dan mahu berlari pergi tetapi Mark seperti seakan-akan tahu apa yang ada di isi otakku. Lantas dia menghalangku untuk pergi. Tubuhku dipeluk erat olehnya dari belakang.
"Argh! Lepas lah!" Jeritku sambil meronta-ronta. Mahu dilepaskan tetapi dia kuat. Aku kalah. Aku tidak boleh lawannya.
"Where are you going, baby?" Bisiknya ditelingaku. Aku teguk liur. Cuba untuk melawannya untuk melepaskan pelukannya itu tetapi masih tidak berjaya.
"Shhh...Don't be afraid, baby. Leo is not here. Follow me. I will make you happy today without Leo by your side." Bisiknya lagi pada telingaku. Air mataku mula mengalir laju. Dalam hati menjerit-jerit memanggil nama Rayyan berharap lelaki itu muncul.
Aku mendengar lelaki itu ketawa kecil. Aku cuba lagi melepaskan pelukannya itu, tetapi dia mengeratkan lagi pelukan itu.
RAYYAN, TOLONG SAYA!
"Non toccare quella donna!" Suara garau itu membuatkan pandangan kami semua teralih padanya.
Aku teguk liur. Hatiku saat ini tak terkata apabila melihat Rayyan muncul. Seakan-akan tahu aku sedang menyeru namanya. Aku senyum ke arahnya. Air mata menitis laju.
Saat-saat ini aku tidak boleh melihat yang Rayyan sedang bertumbuk dengan tiga orang bodyguard Mark. Dua orang bodyguard Mark lagi sedang memegang mak su agar mak su tidak terlepas.
Aku terkejut besar melihat Rayyan sedikit menunduk menahan kesakitan apabila seorang lelaki yang berbadan sasa menendang perutnya.
Tajam Rayyan merenung mereka semua. Dengan itu, dia bangkit semula. Dia berjalan mendapatkan lelaki yang menendangnya tadi. Lelaki tadi mahu melepaskan penumbuknya pada wajah Rayyan, tetapi sempat Rayyan menghalang penumbuk itu agar tidak terlepas dari wajahnya. Dia menggenggam erat lengan lelaki itu lalu dia memulas tangan lelaki yang berbadan sasa itu dan dia menendang perut lelaki itu sehinggakan lelaki itu tersungkur jatuh.
Aku tak kuat untuk melihat semua itu. Cuba lagi berusaha melepaskan pelukan Mark itu, tetapi makin kuat pula dia peluk tubuhku dari arah belakang. Melihat mak su juga turut sama meronta-ronta untuk melepaskan pegangan mereka.
Aku tak mampu melihat, hanya mampu memejam mata. Takut. Sumpah aku takut melihat mereka gaduh.
"Wow, your hero is here." Ucap Mark pada telingaku. Dia ketawa sinis.
"Please let me go." Aku memberontak lagi. Dia langsung tidak peduli.
"It's not that easy, baby. I will make Leo's life suffer after you die." Bisiknya pada telingaku sambil ketawa sinis. Aku teguk liur.
Apa? Dia nak bunuh aku? Dia nak tengok hidup Rayyan menderita selepas aku mati? Tak! Aku tak mahu hidup Rayyan menderita apabila tiada aku di sisinya. Mereka semua sangat kejam!
Aku memejam mata rapat-rapat, selepas hampir lama aku memejamkan mata, aku pelik apabila kedengaran seperti mereka sudah tidak bergaduh. Senyap. Sunyi.
Mata kembali dibuka. Melihat wajah Rayyan sudah berada dihadapanku tetapi sedikit jauh jarak kami. Sedang merenung tajam ke arah Mark.
"Rilascia la donna o morirai!" Bicara Rayyan dengan keras. Dia mengepal penumbuknya sehinggakan timbul urat-urat ditangannya. Teguk liur aku melihat.
"I'll let him go, but I want you to come back to our group. Don't think we're stupid, Leo. We're not as stupid as you." Sinis Mark berkata. Makin tajam Rayyan merenung Mark.
Aku langsung tak tahu apa-apa, tiba-tiba tubuhku ditolak tepi oleh Mark. Aku terduduk di atas lantai. Nasib baik tak tercium lantai.
Aku melihat mereka berdua pula, takut sebenarnya nak pandang. Tapi, aku kuatkan hati. Takut Rayyan diapa-apakan oleh mereka.
Aku melihat Rayyan memegang kolar baju kemeja Mark. Tajam dia renung anak mata Mark. Mark masih senyum sinis.
"You will live miserably, Leo. If you don't follow us. And, that woman..." Mark bersuara sambil hujung ayatnya itu menunding jari ke arahku.
"Will die!" Dia senyum sinis. Baru sahaja Rayyan mahu mengangkat penumbuknya mahu melepaskan penumbuk itu diwajah Mark. Entah kenapa, kaki aku ni laju sahaja berjalan mahu menghalang. Aku tak mahu Mark balas dendam untuk seterusnya jika dia ditumbuk oleh Rayyan. Cukup untuk kali ini.
"Please, don't do this to him. Ingat Allah Rayyan." Sempat aku bersuara pada Rayyan agar hatinya lembut. Aku bersyukur, penumbuknya kini semakin menurun. Tidak jadi melepaskan penumbuk itu pada Mark yang sudah ketawa sinis.
Kolar baju Mark yang digenggam erat oleh Rayyan tadi, kini Rayyan meleraikan genggaman itu.
"Remember that!" Mark memberi amaran sebelum melangkah pergi meninggalkan kami. Dia memberi isyarat mata pada bodyguard nya yang sedang memegang mak su.
Pegangan di lengan mak su dileraikan oleh mereka. Bodyguard nya yang lain yang tadi dibelasah teruk oleh Rayyan terus kembali bangun sambil memegang luka yang ada pada wajahnya. Ada yang masih memegang perut. Mungkin masih terasa sakit dengan apa yang dilakukan oleh Rayyan.
Mereka semua bangun lalu berjalan kembali masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi meninggalkan kawasan kampung itu. Aku hela nafas lega.
Laju langkahku mendapatkan mak su. Mak su menyeka air matanya. Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku. Mak su sendiri nampak yang Rayyan bertumbuk tadi dengan bodyguard Mark. Mungkin dia masih takut dan terkejut.
Bahu mak su aku usap lembut tetapi ditepis kuat olehnya. Tajam dia renungku. Dia kembali berdiri sambil merenung aku dengan renungan tajam.
"Oh, ini kerja kau? Kau dah jadi pelacor, lepastu kau lari daripada mereka semua dan sekarang semua penjahat tu nak ambil kau semula sebab kau dah lari daripada dia. Macam itu?!"
Terkejut besar aku dengar kata-kata mak su itu. Tak! Mak su dah salah faham dan dia telah mengeluarkan kata-kata fitnahnya padaku.
"Ya Allah, bukan macam itu mak su. Panjang ceritanya kalau Rina nak ceritakan pada mak su," aku cuba jelaskan pada mak su yang mula naik angin.
"Kau jangan nak tipu aku lah Rina! Kau jangan nak reka cerita! Kau lah puncanya nama keluarga kita semua kotor. Sebabkan kau, semua orang kampung kutuk keluarga aku!" Bentaknya masih tidak puas hati. Sumpah, aku sudah tidak tahu bagaimana aku mahu ceritakan semua ini padanya.
"Dia bukan perempuan seperti apa yang dikatakan oleh makcik," Rayyan bersuara. Mungkin dia juga tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh mak su tadi.
"Habis tu apa? Perempuan macam ini kau nak jadikan dia isteri? Hei, Rayyan. Kau buka mata kau tu luas-luas. Perempuan ni tak layak jadi isteri kau. Punca semua ini daripada dia, akhir sekali aku pula yang terlibat!" Tuduh mak su lagi. Aku sudah tidak puas hati. Apa yang dia cakap itu semuanya tidak betul!
"Mak su! Boleh tak mak su jangan nak main tuduh tentang Rina. Rina bukan perempuan apa yang mak su katakan. Rina penat mak su. Rina penat sangat. Dimaki, dicaci, dikutuk teruk oleh orang kampung sebabkan mak su. Mak su sebarkan fitnah bukan-bukan tentang Rina! Kalau mak su tak puas hati dengan Rina, tolong cakap. Jangan fitnah Rina! Kalau mak su masih marahkan arwah mak. Mak su cakap sekarang! Tolong jangan berdendam dengan arwah mak. Kesian dekat arwah mak di sana, mak su. Rina harap sangat mak su maafkan arwah mak apa yang arwah mak telah buat dulu pada mak su. Rina minta maaf mak su..."
Dan, akhirnya aku mula bersuara dengan nada sedikit kuat. Air mata makin laju mengalir dipipiku. Suaraku sedikit bergetar. Aku sudah tidak peduli jika Rayyan melihat dan mendengar semua ini.
Aku cuba mendapatkan mak su. Dia sedang bercekak pinggang sambil melepaskan jelingan mautnya padaku. Tangannya aku capai, tetapi ditepis kuat olehnya.
"Kalau mak su tak puas hati, bagitahu Rina. Apa lagi salah Rina? Harta mak su, tanah mak su, rumah mak su, semua Rina dah pulangkan. Tapi, apa lagi yang mak su tak puas hati dengan Rina?" Teresak-esak aku menangis. Dia langsung tidak peduli tentangku. Dari dulu lagi dia benci aku.
Dan aku tahu dia benci aku pun sebab arwah mak. Dia masih tidak puas hati dengan arwah mak. Dulu keluarga kami tidak sekaya seperti dia. Tetapi buatkan arwah mak sedih terhadap perangai adik iparnya ialah, mak su bodoh sombong. Sombong dengan keluarga kami yang miskin.
Aku tak mahu bergaduh lagi dengan mak su. Tetapi, mak su tetap berkeras hati masih tidak puas hati padaku.
"Hei, kau jangan banyak cakap lah! Kalau arwah mak kau tu aku benci menyampah, anak dia pun aku benci dan menyampah lah. Kau tahu tak, kau dah menyusahkan hidup aku! Aku benci kau Rina!" Tengkingnya padaku sambil menolak tubuhku. Nasib baik ada Rayyan yang mengimbangkan semula tubuhku daripada terjatuh.
"Rina, kau dengar sini! Kau jangan buat perangai ya! Sebabkan kau lah semua orang kampung mengutuk tentang aku. Jangan sampai aku buat hidup kau lebih teruk daripada ini!" Marahnya memberi amaran padaku. Dia terus melangkah pergi meninggalkan aku dan Rayyan.
Aku terduduk sambil menangis. Tidak boleh tahankan lagi sebak di dadaku. Sampai hati mak su buat aku begini. Suka ke dia melihat aku begini? Hidup aku menderita? Kakak kenapa tidak langsung membantuku? Apa gunanya dia jadi kakak aku tetapi langsung tidak membantu adik sendiri? Darah daging sendiri.
Sumpah, aku sedih dengan kehidupanku ini. Rasa dah nak putus asa untuk hidup. Tapi, pesanan nenek selalu aku ingat. Pesanan itu membuatkan aku kuat semangat untuk jalani kehidupanku.
"Khai..."
Suara itu sangat lembut membuatkan aku cepat-cepat seka air mata. Baru teringat Rayyan ada di situ. Cepat-cepat aku bangun berdiri semula.
Aku sedikit menunduk. Tidak mahu bagi Rayyan lihat wajahku yang sudah merah menyala ini. Aku kalau menangis, wajah pasti akan merah. Mata pula akan bengkak.
"Saya minta maaf kalau saya ada menyusahkan awak..." Ucapku, kesian padanya. Sudah menyusahkannya hari ini. Dapat kulihat dia sedang senyum kecil.
"Tak apa, Khai. Saya faham keadaan awak sekarang. Khai, awak perlu kuat. Saya yakin awak kuat. Mungkin ini takdir awak. Mungkin disebalik kesedihan awak itu ada kebahagiaan yang terselit kemas untuk diri awak. Khai, percaya pada takdir Tuhan. InsyaAllah, ada kebahagiaan untuk awak satu hari nanti." Bicara Rayyan memujukku dan memberi aku semangat. Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembusnya dengan hati yang lapang. Cuba senyum untuk kuatkan diri sendiri.
"InsyaAllah. Terima kasih Rayyan. Kalau tak ada awak, mungkin saya dah tiada semangat untuk hidup. Terima kasih juga sebab dah bagi saya semangat. Kehidupan saya tidak seindah seperti orang lain. Tapi, saya percaya, akan ada kebahagiaan untuk saya satu hari nanti." Ujarku memberi semangat pada diri sendiri. Dia mengangguk lalu senyum kecil.
"I know you strong, pretty."
"Thank you, Rayyan."
Dia hanya membalas dengan senyuman manisnya sekali dengan pakej percuma lesung pipitnya. Nasib baik lah aku kuat. Kalau tak, pengsan dah aku tengok senyuman manis dia tu.
Kacak!
Share this novel