Lama aku merenung ke luar balkoni bilik. Air mata tak henti-henti mengalir. Sebak sungguh di dada ini saat mengingatkan kembali kejadian semalam.
Satu hari aku tidak bercakap dengan Rayyan dan langsung tidak bertemu dengan lelaki itu. Aku lebih selesa berkurung di dalam bilik ini. Hanya menghabiskan masa dengan air mata.
Hati aku terluka. Sangat terluka. Dikhianati oleh kakak sendiri. Demi Allah, aku sangat terluka. Aku tak boleh terima semua ini. Untuk saat ini aku tidak mahu jumpa dengan siapa-siapa.
Aku pun tidak tahu sekarang Rayyan sedang buat apa. Tipu lah kalau hati aku ni tak rindu padanya. Sumpah aku rindu dia. Tapi, hati aku masih belum terubat. Aku mula benci dia. Tengok muka dia pun aku tak nak!
Tiba-tiba....
TOK! TOK! TOK!
Ternaik sedikit bahuku terkejut apabila ada seseorang mengetuk pintu bilikku. Aku sudah tahu siapa, pasti Rayyan. Semalam Rayyan sudah banyak kali pujukku dari luar pintu bilik itu. Tapi, aku langsung tidak ambil peduli. Hati ini kalau dah sakit memang sakit betul. Malas nak layan apa-apa kalau dipujuk. Tak mahu dengar apa-apa lagi daripadanya.
"Rina..." Aku sedikit tersentak. Aku kenal suara itu.
Ila!
Laju aku menyeka air mataku. Aku yang tadi duduk di luar balkoni kini kembali berdiri seperti biasa dan melangkah ke pintu bilik.
Masih berjaga-jaga untuk buka. Apa si minah tu buat di sini? Kenapa dia datang? Ada apa?
Aku masih tertanya-tanya. Takut-takut nak buka. Mana lah tahu Rayyan upah Ila untuk memujukku. Tak! Aku tak akan layan semua itu. Aku tak nak dengar!
"Rina, ni aku Ila." Ila bersuara lagi. Ya, itu lah sahabat baikku. Sumpah aku pun rindu dia. Dah lama sangat tak jumpa dengan dia.
"Buka lah pintu ni, Rina. Aku datang sini nak jumpa dengan kau. Kau tak rindukan aku ke?" Nada suaranya jelas kelihatan kecewa. Tapi ada terselit sedikit memujukku.
"Rina..."
Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu itu. Jelas terpancar wajah Ila dimuka pintu bilik itu. Sempat aku tengok kiri dan kanan, takut pula ada Rayyan. Buat masa ni aku tak mahu tengok muka dia.
Lantas aku memeluk tubuh Ila. Erat-erat aku memeluk tubuhnya. Sebak di dada tidak dapat ditahankan lagi. Akhirnya, jatuh kembali air mataku.
"Rina, aku tahu kau kuat. Kau boleh lalui semua ni Rina. Aku tak nak tengok kau jadi macam ni. Kau kawan baik aku, sakit tau hati aku kalau kau jadi macam ni." Pujuk Ila lagi. Aku masih teresak-esak menangis. Lembut Ila mengusap belakangku.
"Tak, Ila. Tak. Aku lemah. Aku tak kuat. Dia lebih suka tengok aku terseksa macam ni. Aku tak nak hidup di dunia ni. Aku benci dengan diri aku sendiri."
"Kenapa kau cakap macam tu, Rina? Percaya pada diri kau, yakin pada diri kau yang kau kuat. Kenapa perlu rendahkan diri? Kau kuat Rina. Aku yakin, kau boleh dapat kebahagiaan tu." Pujuk Ila lagi. Aku sedikit menunduk. Menyeka air mata sendiri.
“Dah, dah...Jom. Kau tak makan dah berapa hari dah. Ni aku ada beli sikit makanan untuk kau. Jom makan sama-sama. Aku risau bila dengar Tuan Rayyan kata kau tak makan dah sehari. Jangan lah macam ni, nanti kau jatuh sakit lagi teruk pula.”
Aku sedikit terkejut. Rayyan ceritakan semuanya pada Ila? Sebab itukah gadis ini datang?
"Dia bagitahu dekat kau tentang tu?"
Ila senyum dahulu sebelum menjawab pertanyaanku. "Kau kan kawan baik aku. Mesti lah aku tahu semua tentang kau. Dan, jelas. Yang kau dah salah faham sekarang ni, Rina. Bukan aku nak pilih kasih dan aku juga bukan nak salahkan mana-mana pihak. Aku tak nak lah kau jadi macam ni Rina. Sumpah, aku sedih sangat-sangat kalau kau orang berdua berpisah."
Nada suaranya jelas memujuk. Aku termenung seketika. Tanganku dicapai oleh Ila. Aku kembali memandang wajahnya.
"Jangan ikutkan sangat hati kau tu, tolak ke tepi semua bisikan setan. Kau kuat Rina. Aku yakin. Kau kuat. Rayyan tu bukan lelaki seperti apa yang kau anggap. Dia sangat baik. Dia rela buat apa sahaja demi membantu kau. Jangan tengok kesalahan dia yang sikit aje, tengok lah kebaikan dia selama ini terhadap kau." Bicara Ila panjang lebar memujukku.
Aku sedikit menunduk. Ada betul juga kata-kata Ila itu. Aku terlebih memandang kesilapan Rayyan sedangkan dulu Rayyan banyak membantu aku.
Aku dah banyak sangat terhutang budi padanya dahulu. Dan aku langsung tidak balas jasa baiknya. Malah aku membalas dengan keburukkan padanya. Hati mula terdetik satu perasaan sungguh serba salah.
Rasa sungguh salah dah buat Rayyan begitu. Semua ini salah Alya! Dia yang gatal mahu goda Rayyan. Mungkin aku sudah salah faham tentang ini.
Ya Allah, apa guna isteri aku ni? Isteri yang banyak buat dosa pada suami. Ya Allah, aku rasa berdosa sangat. Banyaknya dosa aku terhadapnya. Sumpah, aku rasa aku tak boleh nak maafkan diri aku jika kami masih dalam keadaan begini. Selalu tarik muka, tapi Rayyan langsung tidak menarik muka pada aku. Malah dia berusaha lagi untuk memujukku.
**********
"Mak su tengok muka kamu ni mak su dah tahu yang kamu ada masalah. Cakap lah dekat mak su. Kenapa? Siapa buat Rina sampai jadi macam ni? Rina jangan sorokkan sesuatu daripada mak su. Mak su tahu. Mak su kenal muka anak saudara mak su ni macam mana."
Mak su tetap berkeras mahu tahu apa masalah yang aku hadapi. Aku hanya senyum sebaris. Kalau nak diceritakan kembali pada seseorang, hati aku mula berasa sebak.
"Alya ya?" Tebak mak su, tetapi kata-katanya itu sangat tepat. Aku sedikit terkejut. Mak su bagaikan sudah tahu.
"Malam tadi mak su ada dengar dia tengah bercakap dengan seseorang dari dalam telefon. Mak su tak tahu lah nak cakap apa dengan kakak kamu tu, Rina. Dia nak jatuhkan kamu. Dia nak rampas Rayyan daripada kamu, Rina. Kamu kena hati-hati." Jelas mak su panjang lebar.
Aku sedikit tergamam. Kakak memang kejam. Sanggup dia buat begitu pada aku. Aku sedikit menunduk. Sedih. Kecewa, semuanya ada. Sakit sangat hati ini dengan sikap kakak itu.
"Pasti kamu bergaduh dengan Rayyan kan? Gaduh sebab Alya?" Soal mak su lagi. Aku pandang mak su. Lambat-lambat aku mengangguk.
"Astaghfirullahalazim. Apa lah si budak tu buat? Sanggup buat hubungan rumahtangga orang begini? Sampaikan bergaduh. Alya ni memang dah teruk! Kena lah dia balik nanti." Jelas wajah mak su sedang marah.
Cepat-cepat aku seka air mataku yang mahu mengalir. "Tak apa lah mak su. Kalau dah ditakdirkan Alya dengan Rayyan nak buat macam mana? Rina redha. Takdir Tuhan itu indah." Bicaraku menahan air mata agar tidak jatuh.
"Rina, kamu jangan lah macam ni. Kebahagiaan itu milik kamu bersama Rayyan. Jangan cakap macam tu. Alya ni memang perosak rumahtangga orang. Mak su tak boleh terima kalau kau orang berdua berpisah. Jangan lah macam ni Rina. Mak su yakin Rayyan masih sayangkan kamu." Pujuk mak su padaku. Aku hanya senyum sebaris. Menguatkan diri sendiri
"Rina tak sangka dia buat macam ni pada Rina. Rina dah tawar hati dekat dia, mak su. Rina benci dia. Rina benci dapat kakak macam dia." Aku meraup wajah. Air mata laju mengalir.
Dapatku rasakan bahuku diusap lembut oleh mak su. Memberi aku semangat.
"Jangan lah macam ni, Rina. Kamu tak boleh menyerah. Kerana satu orang yang telah buat hati kamu tu terluka, kamu nak menyerah. Tentang Alya tu kamu jangan risau. Yang penting, kamu dengan Rayyan perlu berbaik semula. Mak su tak nak tengok kau orang berdua bergaduh." Pujuk mak su lagi. Aku memandangnya.
Air mataku diseka olehnya lalu dia menarik aku ke dalam pelukannya. Demi Allah, saat ini hati aku sebak sangat kalau diingatkan kembali tentang itu.
Dan, terselit juga rasa serba salah pada Rayyan. Benar apa yang dikatakan oleh Ila dan mak su. Aku rasa aku dah banyak sangat buat dosa pada Rayyan. Selama ini dia banyak sangat tolong aku.
Tapi aku aje balas jasa baiknya dengan buatkan hatinya terluka. Sumpah, aku rasa diri aku ni dah tak berguna. Aku isteri tak guna!
********
Kaki berat mahu melangkah masuk ke dalam bilik kerja Rayyan. Melihat lelaki itu berada di balkoni bilik tanpa berbaju. Aku pula rasa teragak-agak mahu mendekatinya.
Sebelum datang ke sini bukan main berani aku sebab dah tahu kesalahan diri sendiri. Tapi, bila dah tercegat di muka pintu bilik yang Rayyan berada rasa diri ini kembali takut. Keberanian yang aku kumpul tadi semuanya sudah hilang.
Semalam Ila cuba memujukku dan kini aku rasa aku yang salah. Aku dah banyak buat dosa pada Rayyan. Dan, sekarang aku cuba beranikan diri untuk berdepan dengannya.
Aku tahu aku salah. Aku dah banyak buat dosa padanya. Aku dah salah faham dan aku langsung tidak memberi dia peluang untuk jelaskan perkara itu. Aku tahu suami aku macam mana. Aku kenal dia. Aku tak mahu jadi isteri derhaka pada suami. Orang yang aku sayang tak akan ku serahkan pada orang lain!
Nafas ditarik dalam-dalam. Mengumpul keberanian yang ada. Melihat belakang susuk tubuh Rayyan itu pun dah buat aku tidak senang duduk entah apa lagi berhadapan dengannya.
Jantung makin hebat berkencang. Aku gigit bibir bawah. Berdoa kepada Allah, agar semuanya baik-baik sahaja.
Perlahan-lahan aku berjalan mendapatkannya. Rasa kekok pula nak pandang dia yang tidak berbaju itu. Aku gigit bibir lagi. Nak mulakan perbualan dengan dia macam mana ya? Rasa dah canggung sangat saat ini.
"Err...Abang." Aku mula bersuara dengan sedikit gagap. Lelaki dihadapanku itu langsung tidak menoleh memandangku. Sikit pun dia tidak berganjak.
"Abang, Khai..." aku bersuara lagi.
"Bos!" Satu suara telah mencelah kata-kataku. Terhenti terus kata-kataku apabila seseorang telah masuk ke dalam bilik kerja Rayyan tanpa mengetuk pintu dahulu. Naik angin juga aku. Terkejut.
Melihat lelaki Italy itu tercungap-cungap mendapatkan bos nya, Rayyan. "È successo qualcosa di inaspettato. Chris, ha quasi perso la vita." Melihat wajah Rayyan bertukar serius. Dia mengetap gigi sambil mengepalkan penumbuknya.
Aku pula yang takut nak tengok muka dia saat ini. Kecut perut, woi! Teguk liur aku seketika. Melihat tajam Rayyan merenung lelaki Italy dihadapannya itu.
"Dov'è Chris adesso?" Seperti biasa, satu apa pun aku tak faham. Hanya menayang muka blur. Haish, kena belajar bahasa Italy juga ni. Mana lah tahu ada orang daripada Italy tu mengumpat pasal aku. Boleh lah aku tahu.
"Ora è al piano di sotto." Lelaki Italy itu bersuara pula.
Tanpa mempedulikan aku yang kecil di tengah-tengah mereka ini, mereka berdua yang tinggi dan tegap itu berjalan berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di situ. Rayyan sedikit pun tidak menoleh memandangku.
Jujur aku sedikit terasa hati. Rayyan seperti tidak pedulikan lagi tentang aku. Rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada sebab dah buat lelaki itu terluka. Aku dah cakap benda yang tak sepatutnya pada Rayyan. Mungkin dia marah padaku.
Haih, tulah Rina! Kau ni ikutkan sangat ego kau tu. Kan Rayyan dah tak layan kau! Hati sendiri mengejek tetapi terselit sedikit untuk memberi semangat pada diriku. Aku perlu kuat.
*********
Tertanya-tanya juga, daripada tadi aku dengar ada orang bising-bising di tingkat bawah. Pelik juga. Apa yang dibising-bisingkan tu? Ingat rumah ni tempat zoo ke apa?
Aku yang gatal ingin tahu berjalan perlahan-lahan menurun ke bawah. Sampai sahaja di tingkat bawah, membulat mataku melihat Chris sudah terlentang di atas sofa dengan badannya penuh dengan cecair darah.
Ya Allah, aku lemah untuk melihatnya dalam keadaan begitu. Satu tangan naik menutup mulut yang sudah ternganga. Terkejut besar aku saat itu.
Di situ ada juga orang-orang Rayyan. Zyan dan tiga orang lelaki Italy yang sedang sibuk menolong Chris. Rayyan pula sudah panik melihat adiknya begitu.
"Accidenti, non li lascerò andare!" Bentak Rayyan keras. Aku langsung tidak tahu apa maksudnya itu. Teguk liur aku melihatnya. Menggeletar lutut untuk aku bergerak berjalan mendapatkan mereka semua.
Aku tersentak dan sedikit terkaku apabila secara tidak sengaja kami berdua telah bertentangan mata buatkan jantungku lagi berdetak dengan sungguh hebat.
Aku teguk liur. Cuba alihkan pandangan tetapi mataku tetap kuat mahu merenungnya. Tapi, tak lama kemudian dia melangkah ke arahku. Aku sedikit tergamam. Aduh, apa aku nak buat ni? Gelabah teruk dah ni.
Untuk beberapa saat dia renungku tajam dan berjalan naik ke tangga. Mungkin masuk ke dalam biliknya. Aku hela nafas panjang. Panahan matanya buatkan jantungku tidak aman.
Aku yang masih terkaku itu terus sedar ke alam nyata apabila terdengar suara Chris mengerang kesakitan. Cepat-cepat aku berjalan mendapatkannya.
"Ya Allah, kenapa ni Chris? Apa yang dah terjadi?" Jujur, saat itu aku juga panik. Tidak tahu mahu lakukan apa-apa.
Cepat-cepat aku capai kain yang berada di situ lalu aku tekap ke perutnya yang mengalir laju darah. "Kita kena call ambulance segera." Ujarku dah gelabah panik sangat.
"Tak boleh. Kalau kita call ambulance kes ini akan dilibatkan dengan polis." Zyan bersuara. Aku berkerut dahi. Tidak faham. Kenapa perlu libatkan polis pula?
"Polis?" Aku bingung.
"Chris ditembak." Jawab Zyan ringkas. Wajahnya pun sudah panik. Aku sedikit terkejut.
Tak sampai beberapa minit ada seseorang mengetuk pintu rumah itu. Kami sama-sama mengalihkan pandang ke arah pintu itu. Zyan laju melangkah ke arah pintu tersebut.
Pintu rumah dibuka. Seorang wanita berjalan laju mendapatkan Chris yang masih terbaring itu. Aku sedikit berkerut dahi. Siapakah dia? Dia ke yang akan rawat Chris? Ah, nak tahu dia siapa itu belakang cerita.
Sekarang ini aku nak Chris selamat. Tak mahu dia terjadi apa-apa.
Tak lama kemudian, ada satu suara garau bersuara. Aku sedikit terkejut. "Emelia, I hope you can help her. I want to go out for a while. Later if there is anything about Chris contact me immediately."
Rayyan bersuara pada seorang wanita yang bernama Emilia itu. Mungkin itu doktor.
Tapi, hati sedikit terselit cemburu apabila doktor itu selamba menepuk beberapa kali bahu Rayyan. Siap senyum manis lagi. Melihat susuk tubuh Rayyan sudah hilang daripada pandangan aku. Bila dia cakap dengan doktor Emelia tu bagaikan aku tiada dihadapannya.
Nafas berat aku hela. Hati yang terluka cuba ditahan. Sekarang ini masa untuk menyelamatkan Chris bukan untuk cemburu-cemburu bagai.
Kelihatannya, tiga orang lelaki yang berbadan sasa mengikuti jejak langkah Rayyan. Mungkin dia mahu mencari siapa yang perlaku itu.
Kini aku bersama Zyan. Zyan masih setia di sebelah Chris. Boleh dikatakan yang Chris ialah ketua pada anak buah Rayyan. Dah adiknya juga mafia dan abangnya juga mafia, pasti lah mereka berdua ini ketua.
"Hold on," doktor Emelia memberi arahan pada Chris agar lelaki itu bertahan. Mahu menangis aku melihat Chris saat ini.
"Argh!" Kuat dia menjerit menahan kesakitan. Melihat doktor Emelia cuba mengeluarkan peluru yang berada di tepi perut Chris. Nasib baik lah bukan di tengah-tengah perut lelaki itu. Kalau tidak, mungkin wajah ini aku tidak dapat lagi lihat.
Aku bersyukur sangat-sangat satu peluru sudah dapat dikeluarkan dari tepi perut Chris. Kini di bahu Chris pula. Ya Allah, banyaknya peluru ada pada tubuhnya. Kalau aku di tempat Chris pun aku rasa dah tak hidup kut. Kuat betul lelaki ini.
Aku lega lagi apabila satu peluru dapat dikeluarkan. Ah, hati ini hanya Allah aje tahu betapa leganya aku saat itu.
"Okay, good." Kedengaran suara doktor Emelia bernada lega apabila dua peluru itu dapat dikeluarkan dari tubuh Chris. Melihat wajah Chris pucat. Dia masih lemah.
"Alhamdulillah." Aku menghela nafas lega. Mendapatkan semula lelaki itu. Doktor Emelia pula menyimpan semula barang-barangnya yang telah dipakai tadi disimpan semula ke dalam peti kecemasan.
Kelihatannya doktor Emelia sedang bercakap dengan Zyan. Mungkin tentang Chris. Aku yang tidak puas hati, tetap mahu tahu keadaan Chris bagaimana. Laju sahaja kaki mendapatkan wanita itu apabila dia mahu melangkah pergi. Sempat aku menghalangnya.
"Doctor, what about her condition?" Soalku laju. Melihat Zyan sudah kembali mendapatkan bosnya. Mungkin menolong Chris apa yang patut.
Wanita itu kembali mendapatkan aku. "He's was lucky that the bullet did not hit his stomach intestines. Don't worry, she's safe." Jelas doktor itu padaku. Hati sedikit terasa lega.
"Okay, thank you doktor." Ucapku padanya. Dia mengangguk sambil tersenyum lebar lalu berjalan pergi daripada kawasan rumah ini.
Hati masih tertanya-tanya dengan apa yang Zyan cakap tadi. Tapi, doktor ini datang boleh pulak? Kenapa tidak mahu mengambil ambulance aje terus?
Melihat Zyan sudah memapah Chris masuk ke dalam bilik. Membiarkan Chris berehat. Zyan keluar sahaja daripada bilik Chris cepat-cepat aku mendapatkan lelaki itu semula.
"Zyan." Panggilku. Lelaki itu menoleh memandangku.
"Ya, Rina. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Keadaan jadi seperti biasa. Selesai tentang Chris, rumah kembali sunyi sepi. Rayyan pula keluar, mungkin sedang mencari orang yang telah buat Chris begitu.
"Saya nak cakap sikit, boleh?"
"Boleh, kenapa? Ada apa?" Wajahnya bertukar serius.
"Doktor tu siapa ya? Kenapa tak call ambulance aje? Tengok keadaan Chris tu teruk. Saya risau tengok dia jadi macam tu."
"Oh, ya saya lupa nak bagitahu Rina. Itu doktor Emelia. Doktor peribadi Rayyan dan Chris. Dia kenal kami siapa. Jadi, semua ini dia yang akan bantu jika Rayyan dan Chris cedera teruk. Untuk kes polis pula, dia tidak akan bocorkan hal ini. Dia juga salah seorang anak buah Rayyan." Jelas Zyan, kini aku sedikit faham.
Kalau orang itu kaya, semua benda dia boleh buat. Jadi, aku tak pelik nak tanyakan selanjutnya pada Zyan. Mungkin itu doktor peribadi Rayyan dan Chris dan dia juga tidak akan melibatkan polis tentang hal ini.
**********
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Hati rasa tidak sedap apabila melihat Rayyan masih tidak pulang. Kehulur-kehilir aku duduk di luar rumah itu. Menanti kepulangannya.
Tapi, satu kereta pun tak muncul lagi. Aku juga cuba menghubungi Rayyan, tapi satu panggilan pun tidak dijawab.
"Tengah tunggu Rayyan, ya?" Suara itu membuatkan aku tersentak.
Chris.
Ya Allah, terkejut aku melihat dia sudah boleh jalan seperti biasa sedangkan dia masih sakit. Dia perlu berehat. Melihat wajahnya ada sedikit kesan luka kecil di dahi dan di tepi bibir.
"Chris, awak buat apa di sini? Awak kena rehat, awak belum sihat sepenuhnya." Aku pula risau melihat lelaki itu dengan selambanya sudah terpacak di muka pintu rumah ini.
"Jangan risau lah. Saya okay lah, pretty. Sikit je ni." Jawabnya selamba bagaikan dirinya tidak sakit.
Sikit je ni dia cakap? Aku terpijak kaca pun dah menangis satu hari risau macam mana nak keluarkan kaca itu. Tapi, dia yang kena tembak dengan selamba dia jawab begitu.
"Awak pula, buat apa di sini? Tengah tunggu Rayyan balik? Jangan risau lah, dia ada kerja sikit lah tu kut." Kedengaran suaranya memujukku. Seperti sudah tahu yang aku sedang menunggu kepulangan Rayyan.
Aku senyum sebaris. "Tak lah. Saya...Err...Saya ambil angin malam kejap." Bohongku sebaliknya betul apa yang dikatakan oleh Chris itu.
Chris ketawa kecil. Kami sama-sama melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang terletak di luar rumah itu. Sambil-sambil itu boleh lah aku menunggu kepulangan Rayyan.
"Kenapa awak boleh jadi macam ni, Chris? Saya risau lah kalau mereka buat awak lebih teruk lagi daripada ini." Aku mula bersuara. Memecahkan kesunyian antara kami berdua.
Dia senyum lagi. "Demi menyelamatkan buah hati." Jawabnya ringkas buatkan aku terkejut besar. Demi menyelamatkan kekasihnya, dia rela bertarung nyawa dengan ketua mafia itu.
Tak berkelip aku memandang Chris. Betul-betul sayang dia dengan kekasih hati dia tu. Aku rasa bertuah sangat gadis itu dapat Chris ini. Setia lagi. Sanggup korbankan nyawanya demi seseorang yang dia sayang. Aku sangat kagum dengan Chris.
"Chris, awak tahu kan semua itu bahaya. Jangan sampai nyawa awak hampir tiada satu hari nanti." Ujarku terselit pesanan untuknya. Lelaki itu tetap senyum. Bagaikan tiada apa-apa terjadi padanya.
"Saya dah biasa. Saya tak nak tengok dia terluka seperti saya, jadi saya tolong lah dia. Kalau saya tak tolong dia mungkin dia dah tiada di sisi saya satu hari nanti. Dan, saya percaya dengan takdir Allah. Allah itu ada. InsyaAllah, satu hari nanti saya akan dapat bahagia bersamanya seperti awak dan Rayyan." Bicara Chris buatkan aku terkejut besar.
Ni Chris ke atau ini pelanduk dua serupa ya? Betul ke apa yang aku dengar tadi? Chris sebut nama tuhan? Allah. Lelaki itu sudah masuk islam ke? Jujur, aku sedikit tidak percaya tetapi sebaliknya gembira jika benar.
"Wait. Apa awak cakap tadi? Allah?" Soalku kembali pada Chris bagaikan tidak percaya. Lelaki itu ketawa lagi. Mungkin lucu melihat wajah aku yang kelihatan terkejut beruk ini. Tapi, benar. Sumpah aku terkejut beruk saat ini.
"Ya. Saya dah memeluk agama islam. Saya rasa betul apa yang dikatakan oleh Rayyan. Islam itu indah. Berbeza dengan hidup saya yang dulu dan sekarang. And now, hidup saya sungguh berasa tenang."
Ya Allah, aku tak salah dengar. Chris telah mengaku yang dia dah memeluk agama islam. Tak sangka dia dah terbuka hati untuk masuk islam. Perasaan aku saat ini tak terkata. Gembira.
"Are you serious, Chris? Ya Allah, saya tak sangka awak dah buka pintu hati awak untuk masuk islam. Tahniah, Chris." Gembira aku saat itu tak terkata. Gembira sangat-sangat.
"Ya, alhamdulillah. Lebih rapat saya dengan islam, saya rasa saya ingin tahu lebih lanjut tentang islam." Bicara Chris lagi. Menitis air mataku. Gembira sungguh.
"Awak jangan risau lah, Chris. Saya kan ada. InsyaAllah, saya akan ajar awak sedikit demi sedikit tentang agama islam. Saya pun tak terlalu pandai tentang agama. Tapi, kalau ada perkara-perkara penting yang saya tahu saya bagitahu awak ya. InsyaAllah, kita boleh belajar sama-sama." Ujarku gembira. Lelaki itu hanya mengangguk lalu tersenyum lebar.
"Sebelum saya masuk islam saya selalu tengok Rayyan sembahyang. Dan, saya juga suka melihat dia selalu sembahyang. Katanya, jika sudah selesai sembahyang, hati kita akan tenang. Dengan itu, saya belajar lebih lanjut dengannya. When I studied with him about Islam, my heartfelt open and calm." Cerita Chris lagi. Meluahkan semuanya padaku. Aku tersenyum mendengarnya.
"Dan, alhamdulillah. Allah dah permudahkan segala urusan saya untuk saya masuk islam. And, my new name in islam, Muhammad Zarief Zaquan bin Abdullah." Sambungnya lagi membuatkan aku kagum dengan Rayyan.
Dia yang mengajar adiknya dan ceritakan tentang islam pada adiknya. Kini hati Chris telahpun terbuka untuk masuk islam. Aku terharu sangat.
Abangnya sungguh baik dan mengajar adiknya tentang islam. Dengan itu membuatkan hatiku lagi menebal berasa dosa dan bersalah pada Rayyan.
Bahuku sedikit ternaik terkejut apabila ada seseorang membunyikan hon keretanya. Terus kembali ke alam nyata.
Hati sudah meloncat-loncat girang apabila melihat Rayyan sudah pulang. Aku melihat Chris sudah bangun mendapatkan abangnya.
Aku juga turut bangun. Mata kini beralih memandang satu susuk tubuh tinggi yang sangatku kenal. Senyuman lebar terukir di bibir.
Sedikit pun dia tidak menoleh memandang aku yang kecil ini disebelahnya. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah. Chris yang sudah tahu kami bergaduh hanya menghadiahkan aku senyuman manisnya. Mungkin itu satu pujukkan dan satu semangat daripadanya untuk aku. Aku juga membalas senyumannya.
*********
Kaki perlahan-lahan melangkah ke bilik tetamu. Iaitu bilik yang Rayyan berada. Kelihatannya dia juga masih marahkan aku. Ya, aku tahu aku salah kerana telah mengeluarkan satu kata-kata yang boleh buat hatinya terluka. Aku tahu dia tidak mahu terpisah denganku, tapi disebabkan aku terlalu ego sewaktu kami bertengkar, disitu aku telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terjadi. Ya Allah....
Pintu biliknya aku ketuk. Tiga kali aku ketuk tetapi pintu bilik itu langsung tidak dibuka olehnya dari dalam.
Nak tak nak, aku tetap berusaha mahu berdepan dengannya untuk malam ini.
Tombol pintu bilik itu dipulas olehku dengan perlahan-lahan. Mungkin dia sudah tidur? Adakah aku mengganggu dia tidur?
Teguk liur aku seketika. Mengumpul keberanian yang ada. Kaki kini melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dahi kini berkerut apabila melihat di dalam bilik itu susuk tubuh Rayyan langsung tiada.
"Dia ke mana ya? Tadi aku nampak dia masuk ke dalam bilik ni. Sekarang dah hilang?" Soalku sendiri. Masih tertanya-tanya di manakah kelibat lelaki itu?
"Lain kali masuk dalam bilik orang tu, ketuk pintu dulu." Terkejut aku apabila ada seseorang mengungkapkan kata-kata itu lembut di telingaku.
Aku teguk liur. Badan cepat-cepat berpusing memandangnya. Jarak kami terlalu dekat membuatkan jantungku makin hebat berkencang. Melihat dia hanya bertuala separas lutut, mata pula gatal mahu melihat otot-otot di perutnya. Aku teguk liur melihat. Seksi!
Ah, mata. Kenapa kau gatal sangat nak tengok?! Kan dia dah perasan. Rayyan yang dah perasan hanya senyum senget. Aku dah tak tentu arah. Cepat-cepat alihkan pandangan.
Cepat-cepat aku jarakkan diriku dengannya. "Err...Sorry. Tadi Khai dah ketuk pintu, tapi abang tak buka pintu. Tu yang Khai ingat abang dah tidur." Gumamku perlahan sambil menunduk.
"Oh, sorry. Abang mandi tadi." Bicaranya pula sambil menutup rapat pintu bilik itu. Siap kunci lagi.
Gulp! Aku mula rasa canggung. Sudah hampir 3 hari aku tidak bercakap dengan dia. Mahu bertemu pun rasa kekok. Saat ini bila berdua-duaan begini rasa canggung tu dah tebal sangat di hati.
Aduh, perlu ke nak tutup pintu siap kunci bagai? Aku dah gelabah teruk ni. Tolong jangan tambahkan lagi gelabah teruk aku ni.
Jantung makin hebat berkencang saat ini. "Ada apa datang bilik abang ni? Nak tidur sekali?" Soalnya tetapi dari segi riak wajahnya langsung tidak kelihatan yang dia sedang mengusik aku. Senyuman pun tiada. Wajahnya seperti biasa, beku!
Ah, aku rindu Rayyan yang dulu. Tak mahu Rayyan yang sekarang. Dingin. Takut untuk mendekat.
Entah kenapa, mulut ni berat sangat nak bersuara. Lama aku membisu. Mahu bersuara itu takut sangat jika gagap. Aku tetap menunduk. Tidak mahu lihat dia yang seksi masih tidak berbaju itu.
"Err...Abang." Aku mula bersuara dengan sedikit gagap.
Aku sedikit terkejut apabila daguku diangkat menaik ke atas olehnya. Kini mata kami berdua bertentangan membuatkan jantung aku saat ini tidak aman.
Lembut aje dia angkat daguku untuk aku memandang dia yang tinggi lampai itu. Aku teguk liur lagi. Jantung dah buat hal. Rasa kekok saat ini makin menebal.
"Hmm?" Dia jongketkan keningnya.
Aku ketap bibir. "Khai...Khai nak minta maaf..." aku bersuara dengan sedikit gagap.
"Why? Bukan ke awak merajuk dengan saya? Dan, saya masih ingat kata-kata awak, Khai. Awak nak saya lepaskan awak." Bicaranya buatkan dada aku kembali sebak. Sumpah sedih sangat jika Rayyan setuju untuk melepaskan aku.
Aku yang terlalu emo sewaktu itu sampaikan aku sudah mengeluarkan kata-kata yang boleh buat Rayyan terluka. Ah, aku mengaku aku salah. Tapi aku tidak suka melihat Rayyan rapat dengan Alya! Aku tidak suka!
"Walaupun saya tak terima, tapi kalau awak rasa perkara itu boleh buat awak bahagia, saya akan setuju dan ikut serta." Tanpa sedar, menitis air mataku jatuh ke pipi apabila dia berkata begitu.
Rayyan yang melihat aku tiba-tiba mengalirkan air mata, wajahnya yang dingin tadi bertukar lembut. Lama aku renung anak matanya dalam-dalam. Hati masih sebak apabila dia berkata begitu.
Adakah benar dia mahu lepaskan aku? Dan, bila kami berpisah, adakah Alya akan memilikinya? Jujur, hatiku sakit jika mereka bersama.
Dapatku rasakan pipiku yang basah dek air mata diusap lembut oleh Rayyan. Ya, aku tahu. Dia pernah kata padaku, dia tidak kuat melihat aku menangis. Dia tidak suka melihat aku menangis. Tapi, tidak dapatku tahankan jika aku mula sebak apabila dia berkata begitu. Seakan-akan dia setuju untuk melepaskan aku.
Walaupun aku selalu tarik muka dengannya, percayalah. Sebaliknya aku rindu sangat dengan dia. Sumpah aku rindu dia. Tak tengok muka dia sehari pun aku dah tidak tentu arah. Entah apa lagi tidak jumpa dia sampai bila-bila.
Aku yang tidak dapat menahan sebak lagi, lantas aku memeluk tubuhnya. Erat-erat aku memeluk tubuhnya. Aku tidak mahu dia tinggalkanku. Aku masih sayangkan dia. Aku cinta dia. Aku tidak mahu dia tinggalkan aku.
Teresak-esak aku menangis di dalam pelukannya itu. Dapatku rasakan belakangku diusap lembut olehnya. Menenangkan aku yang masih teresak-esak menangis.
"Please do not leave me." Aku bersuara dalam esakan tangisanku.
"Gila lah abang nak tinggalkan isteri abang yang paling abang cinta ni?" Dia ketawa kecil. Aku angkat wajah. Ya Allah, rindunya aku dengan wajah gembiranya itu. Sungguh tenang hatiku melihat wajahnya yang terlihat gembira.
"Khai nak minta maaf sebab Khai dah buat abang terluka. I'm sorry." Ujarku. Memberanikan diri untuk memandangnya. Dia hanya senyum kecil.
"Abang yang sepatutnya minta maaf dekat sayang. Abang dah buat Khai terluka. Abang minta maaf. Sumpah, abang tak tahu pula yang Alya tu sengaja buat macam tu. Tiba-tiba sayang boleh datang. Lepastu, sayang salah faham lagi. Abang dah rasa nak menyerah. I'm so sorry, sweetheart. Abang yang salah." Bicaranya dengan nada sedikit sedih.
Dapatku rasakan apa yang dia rasa. Ya, sewaktu itu aku terlampau marah. Perasaan marah dah tak boleh tahan. Melihat Rayyan dan Alya waktu itu bermesra sangat. Aku pula sudah berfikiran lain tentang suamiku.
Tapi, sebaliknya aku sudah salah faham. Aku salah. Aku tahu aku juga salah. Dah buat dia terluka. Air mataku diseka lagi oleh Rayyan. Dia senyum lebar sehinggakan timbul lesung pipitnya. Ah, hati aku sedikit terubat.
Aku juga membalas senyumannya. “Abang hanya milik Khai. Milik Khairina Aulia. Bukan perempuan tu. Ingat!” Aku memberi peringatan padanya. Dia ketawa lagi. Lucu gamaknya melihat aku begini.
"Ya, sayang. Abang hanya milik Khai seorang aje. Kan abang dah pernah cakap, abang langsung tak tergoda dengan Alya tu. Abang lebih tergoda dengan sayang." Hujung ayatnya itu, dapatku lihat dia sedang memandangku dengan sungguh menggoda sambil senyum miang.
Hah, sudah! Dia nak usik aku lagi ke apa? Aku mula gagap untuk bersuara. Wajah mula berbahang, jantung pula makin hebat berkencang.
"Isy, abang ni. Mengada-ada lah!" Lengan sasanya aku pukul kuat. Tapi, melihat riak wajahnya langsung tidak kelihatan sakit. Kalau kena tumbuk dengan tangan kecil aku ni pun, memang tiada reaksi lah muka dia tu. Tangan aku kecil bukan macam tangan dia. Sekali tumbuk, pecah terus muka.
Dia ketawa kecil. Senang hatiku melihat dia mula mesra. Kalau tidak, hati tak tentu arah apabila kami sudah hampir 3 hari tidak bertegur. Bertemu pun jarang. Selalu tarik muka.
"Abang, Khai minta maaf lagi sekali ya. Khai janji Khai akan dengar dahulu penjelasan daripada abang. Khai tak akan ulangkan lagi kesilapan Khai. Maafkan Khai ya." Tangannya aku capai lalu dikucup lama. Kalau aku buat salah, jujur aku terasa banyak sangat dosa terhadapnya. Dia ialah syurgaku. Berdosa jika aku derhaka padanya.
"It's okay sayang. Abang maafkan, but abang pun nak minta maaf ya. I love you." hidungku dicuit lembut olehnya. Tak lama itu, aku terasa tubuhku seakan-akan sedang melayang ke udara.
Terjerit kecil aku apabila tubuhku didukung oleh Rayyan. "Eh, nak pergi mana ni?" Soalku. Melihat dia tidak berbaju lagi dah nak keluar?
"Nak masuk bilik kita la. Abang rindu dengan bidadari abang ni." Ujarnya sambil berjalan keluar daripada bilik itu. Aku ketawa kecil, dia juga ikut serta ketawa. Ketawa bahagia. Harap sangat tiada anak buah Rayyan yang melihat. Kalau tidak, malu lah aku.
Share this novel