"Sayang, kenapa ni?" Soal Rayyan membuatkan aku kembali memandangnya. Lama dia memandangku. Aku hanya senyum sebaris.
"Khai teringat dekat mak su. Kesian dekat dia..." Akhirnya, aku terlepas juga cakap apa yang aku fikirkan tadi.
"Khai, awak tak ingat ke apa yang dia buat dekat awak tempoh hari lepas? Dia pukul awak teruk. Sekarang bila dia sakit, awak pula nak ingat dia? Bila awak sakit, tak ada pula dia ambil tahu tentang awak." Kelihatannya, lelaki itu juga mula tidak suka pada mak su. Aku sedikit menunduk.
"Walaupun dia pukul saya, sepak terajang saya, dia tetap mak su saya. Dia tetap makcik saudara saya. Walaupun dia buat macam tu dekat saya, saya tetap sayangkan dia." Bicaraku pada Rayyan. Rayyan melihat aku seperti tidak percaya.
Tapi, memang itu perasaanku saat ini. Sedih jika aku kehilangan mak su. Cukup lah nenek dah pergi. Aku tak mahu mak su pula pergi meninggalkan aku dan kakak. Walaupun dia buat begitu padaku, aku tetap sayang dia. Marah-marah dia, selalu juga bagi kami duit untuk mengisi perut.
Rayyan senyum sebaris. "Awak sangat baik Khai. Tapi, dia aje tidak hargai awak. Sayang, jangan sampai dia pijak kepala awak. Sekali kita buat baik, jangan sampai dia balas kebaikan awak itu dengan kejahatannya." Bicara Rayyan pula. Sumpah saat ini aku rasa serba salah.
Aku diam seketika. Ada benar juga kata-kata Rayyan itu. Aku hela nafas panjang. Kembali memandang lelaki itu. "Abang...Kalau Khai nak melawat mak su boleh?"
Lama Rayyan memandangku. Dia senyum lagi. "Boleh. But, abang akan ikut sekali. Takut pula kalau dia apa-apakan sayang lagi." Aku senyum lebar apabila dia izinkan aku melawat mak su.
"Okay, terima kasih abang."
*********
"Assalamualaikum, mak su."
Aku dan Rayyan sudah tercegat berdiri dihadapan rumah mak su. Lama aku menunggu. Takut juga jika mak su tiada di rumah. Buat penat diri je datang.
Tak lama kemudian, ada satu suara menyahut lalu pintu itu dibuka seseorang dari dalam. Aku senyum sebaris, hati masih berdebar-debar. Takut juga kalau mak su tengok aku datang dan menghalau aku dari rumah ini. Tapi, niat aku baik. Bukan nak gaduh-gaduh dengan dia.
Wajah Alya yang muncul disebalik pintu itu membuatkan aku sedikit mengeluh. Tetapi, aku pelik. Wajah Alya langsung tidak sinis. Wajahnya tenang bila melihat aku datang ke rumah itu.
"Akak, mak su ada?"
"Ada." Jawabnya sepatah.
"Akak, boleh tak Rina nak melawat mak su. Rina dapat tahu yang mak su sakit."
"Hmm..." Suaranya biasa.
Aku senyum sebaris sambil menghela nafas lega. Sempat aku memandang Rayyan disebelah. Tangan kami berdua bersatu. Digenggam erat dan kemas. Tidak mahu dileraikan pegangan ini.
Kami berdua bersama-sama melangkah masuk ke dalam rumah itu. Rumah mak su besar? Ya, besar. Cantik. Walaupun kampung tetapi unik rumahnya. Biasalah, mak su kan kaya. Tidak seperti keluarga aku yang miskin.
Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam bilik mak su. Sedikit terkejut apabila aku dengar suara mak su yang terbatuk-batuk. Ternyata benar dia sakit. Haih, makin risau hati ini.
"Mak su..." Mak su memandangku. Aku rasa serba salah sebab sudah mengganggu dia yang mahu tidur. Berehat.
Lantas aku melabuhkan dudukku dibirai katil. Mak su sedikit berkerut dahi. Mungkin tidak menyangka yang aku datang. Aku cuba untuk senyum walaupun sedih melihat keadaan mak su begini.
Tangannya aku cuba capai untuk salam walaupun dia bagaikan terpaksa untuk memberi tangannya untuk aku salam.
"Kau ada apa datang sini? Nak ejek aku? Sebab aku dah sakit terlentang macam arwah nenek kau?" Dia menyindir lagi sambil menjeling tajam ke arahku.
Aku diam sambil tersenyum. Aku sudah biasa kena dengan semua itu. Jadi, semua itu aku hanya telankan sahaja walaupun hati sedikit terguris.
"Rina datang nak melawat mak su. Ni Rina ada beli sikit ubat untuk mak su. Nanti mak su makan ya." Bicaraku mesra. Tidak mahu ada nada sinis padanya.
Mak su memandangku. Masih wajah berkerut-kerut. Mungkin terkejut aku datang ke sini semata-mata mahu melawatnya.
Dia diam membisu. Tak lama itu, Alya datang membawa satu dulang yang berisi mangkuk. Kelihatannya, di dalam mangkuk itu ada bubur nasi. Pasti ini untuk mak su.
"Mak su, makan sikit ya. Nanti mak su sakit." Ujar Alya lalu menyuakan sudu yang berisi bubur itu pada mak su. Mak su hanya diam tetapi sempat mengelak.
"Kau faham tak?! Aku cakap aku tak nak! Esok-esok ni sihat lah. Sikit aje ni. Tak payah lah, aku tak nak makan!" Tolak mak su dengan nada suara sedikit tinggi.
"Isy, mak su ni dah kenapa?! Kalau tak nak makan tu cakap awal-awal lah! Tak ada lah menyusahkan orang!" Bentak Alya lalu kembali melangkah keluar daripada bilik itu. Nasib baik mangkuk bubur itu tidak terjatuh, nyaris lagi hendak terjatuh apabila ditolak kasar oleh mak su.
Sewaktu Alya keluar, Rayyan berada di tepi muka pintu bilik sambil memeluk tubuh. Dapat kulihat perempuan itu sedikit senyum sinis sambil merenung Rayyan atas bawah sebelum melangkah pergi.
Aku tahu dia masih tidak puas hati padaku. Haih, apa lah aku nak buat ni. Melihat mak su pula masih berwajah masam. Pasti marah pada Alya.
Perlahan-lahan aku mencapai semula mangkuk bubur itu. Sedikit bubur aku hulurkan pada mak su. Betul kata Alya, mak su perlu makan. Jika mak su tidak makan mungkin dia akan jatuh sakit lagi.
"Mak su kena lah makan. Kalau mak su tak makan, mak su akan jatuh sakit lagi. Makan sikit ya. Lepastu kita makan ubat pula." Aku cuba memujuk mak su agar dia makan mengisi perut. Mak su masih menolak.
Tak, aku tak boleh biarkan mak su tidak makan. Aku perlu memujuknya lagi.
"Mak su, makan sikit aje ya. Lepastu kita makan ubat. Tak boleh lah kalau mak su tak makan. Nanti masuk angin pula perut tu. Lagi bertambah sakit nanti. Sikit aje ya, mak su makan sikit aje." Aku tetap memujuknya lagi. Dia masih menolak tapi aku menghulurkan juga sudu yang berisi sedikit bubur nasi itu pada mulutnya.
Nak tak nak aje dia membuka mulut. Aku senyum sambil menghela nafas lega apabila melihat dia makan sedikit.
Suapan pertama sudah berjaya, suapan kedua juga sudah berjaya kini bukan suapan ketiga atau keempat, mangkuk yang berisi bubur tadi sudah licin habis di makan oleh mak su.
Dapatku rasakan yang Rayyan sedang merenungku yang sedang suap mak su. Aku senyum kecil.
Hati sungguh berasa lega apabila mak su sudah selesai makan.
Aku memberi dia minum air pula. Setelah selesai minum air, aku memberi dia makan ubat pula. Melihat kaki mak su bengkak. Risau pula aku melihatnya.
"Terima kasih," ucap mak su tanpa memandangku.
"Sama-sama, mak su. Rina doakan moga mak su cepat sihat. Kalau ada apa-apa bagitahu aje Rina ya." Ujarku sebelum meminta diri untuk pulang.
"Rina balik dulu ya, mak su." Tangannya aku kembali capai dan mengucup. Mak su tidak bercakap apa-apa. Hanya diam tidak berkata apa-apa.
Selesai itu, aku dan Rayyan beriringan berjalan keluar daripada rumah itu. Terserempak pula dengan Alya yang berada di ruang tamu.
Dia berjalan mendapatkan aku. Aku berkerut dahi apabila melihat gadis dihadapanku ini seperti lain daripada yang lain. Semalam bukan main lagi dia sindir-sindir aku.
Sekarang dah berubah ke apa? Dia senyum ke arahku. Senyuman ikhlas. Sepertinya dia mahu berbicarakan sesuatu padaku. Mungkin kekok untuk bersuara apabila melihat Rayyan ada bersamaku.
"Sayang, abang turun dulu ya. Abang tunggu dekat kereta." Ujar Rayyan seakan-akan sudah tahu yang Alya kekok untuk bersuara jika dia ada.
Aku hanya mengangguk. Rayyan terus berjalan melangkah pergi meninggalkan kami berdua. "Rina..." Aku memandang Alya yang berada dihadapanku itu. Dia senyum sebaris.
"Terima kasih sebab sudi datang melawat mak su. Dan, terima kasih juga bagi mak su makan. Dia dah berapa hari tak makan. Terima kasih ya." Ucapnya ikhlas membuatkan aku sedikit terkejut.
Macam tak percaya perubahan dia hari ini berbanding dengan semalam. Dia sudah berubah. Dengan senyumannya lagi. Aku rasa ni bukan Alya. Kakak aku bukan begini. Ah, apa aku merepek ni? Tapi jelas yang dia dah berubah.
"Sama-sama. It's okay lah. Nanti ada apa-apa bagi aje tahu aku. Kesian aku tengok mak su dalam keadaan begitu." Aku mula bersuara tetapi masih berjaga-jaga dengan wanita dihadapanku ini. Adakah dia berpura-pura baik di depanku?
Astaghfirullahalazim! Rina, kakak kau dah berubah kau patut bersyukur. Bukannya nak buruk sangka pada dia lagi. Ah, hati dah digoda dengan bisikan setan. Macam mana aku tak bersangka buruk padanya.
"Aku balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa bagitahu aku." Pesanku pada Alya sebelum melangkah pergi. Dia hanya mengangguk.
Kami sama-sama berjalan beriringan keluar daripada rumah. Tapi rasa macam berdosa pula kalau aku buat Alya ini seperti orang luar.
Aku capai tangannya lalu aku mengucup tangannya. Tak lama kemudian, dia menarik aku ke dalam pelukannya. Erat dia memeluk tubuhku buatkan aku terkejut besar.
"Aku nak minta maaf. Maafkan aku Rina sebab dah buat kau teruk dulu. Aku minta maaf. Aku dah banyak sangat buat salah pada kau. Aku minta maaf..." Ujar Alya dengan nada suara sedikit menggeletar. Melihat wajahnya sembap dek air mata yang mengalir laju.
Sumpah, aku tak boleh tengok dia menangis. Aku seorang adik kepadanya, aku rasa serba salah dah buat dia menangis. Kakak sendiri, siapa je tak sayang. Sumpah aku sayang dia dan aku rindu dia sewaktu kami bersama dahulu.
Aku bersyukur sangat-sangat kerana Alya sudah berubah. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
"Dah lah tu, kak. Aku maafkan kau. Sikit pun aku tak ada berdendam dengan kau. Alhamdulillah, kau pun dah berubah. Kau dah tahu silap kau semua tu. Aku maafkan kau, dah-dah jangan menangis." Air matanya aku seka.
Kelihatannya, dia betul-betul ikhlas. Lama aku memandangnya, senyuman mekar di bibir. Bersyukur sangat dia dah berubah seperti dulu. Jika arwah nenek masih ada pasti dia gembira melihat kakak sudah berubah.
*********
Sepanjang dalam perjalanan itu, hatiku rasa sungguh lega. Lega sangat. Masih terngiang-ngiang kata-kata kakak tadi...
"Kalau arwah mak masih ada mesti dia menyesal dapat anak macam aku, dik. Aku kejam. Kau adik aku, tapi aku dah buat jahat pada kau. Aku minta maaf, dik." Sekali lagi dia memeluk tubuhku.
Aku pula yang berasa sebak. "Dah, dah...Jangan lah cakap macam tu. Kau kan kakak aku. Buat apa aku nak marah-marah kau. Dah, jangan sedih-sedih. Aku harap kita dapat hidup seperti dulu."
"Amboi, sayang. Senyum aje daripada tadi. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan isteri abang ni?" Soal Rayyan pelik apabila melihat aku daripada tadi asyik tersenyum memanjang. Aku memandangnya. Dia masih berkerut dahi. Pelik.
"Alhamdulillah, bang. Kakak dah berubah. Hati Khai lega sangat-sangat sebab dia dah mula berubah dan dia dah tahu apa silapnya dahulu." Jelasku pada Rayyan. Tapi, melihat wajah Rayyan seperti tidak percaya. Wajahnya langsung tidak memberi reaksi apa-apa. Penuh dengan sinis.
"Boleh percaya ke dia tu? Tadi dia pandang abang pun lain macam aje." Bicara Rayyan bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku cakap.
"Khai rasa dia dah berubah lah, bang. Dia ikhlas. Khai rindu sangat-sangat kakak Khai seperti dulu. Rindu kenangan kami berdua sewaktu kecil dulu." Ujarku memujuk hati sendiri. Rayyan memandangku dengan senyuman.
"Khai boleh percaya dia jika dia sudah betul-betul berubah. Tapi, jangan sampai satu hari nanti dia pula yang pijak kepala Khai. Sebab dia dah tipu Khai." Tanganku digenggam kemas olehnya. Aku diam seketika.
Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Rayyan itu. Buatkan si Alya itu ada tipu aku. Dia berpura-pura baik macam mana? Aku tidak seratus peratus mempercayainya.
Tapi, aku kenal bagaimana kakak aku. Dia kakak aku. Aku tahu dia macam mana.
*********
Laju kakiku melangkah keluar daripada rumah itu sambil tangan menggenggam kemas bekal makanan. Sewaktu aku mahu keluar, ada seseorang telah menghalangku membuatkan pergerakanku terhenti.
Aku menoleh memandang tuan punya suara tetapi sebelum aku menoleh memandangnya aku sudah tahu siapa.
Pastilah suami aku. Rayyan.
Kelihatannya dia sedang membelek-belek tali lehernya sambil menyarung kot hitamnya. Mungkin mahu pergi kerja.
"Sayang nak ke mana?" Soal Rayyan lalu menghampiriku. Aku mendongak sedikit kepala memandangnya yang tinggi itu. Senyuman manis aku hadiahkan padanya.
"Nak jumpa mak su. Ni ada sikit Khai masakan untuk dia. Abang, boleh tak Khai nak jumpa mak su. Kesian dia tinggal sorang-sorang. Kakak sekejap lagi dah nak gerak pergi ke universiti dia." Kataku. Meminta izin padanya.
"Okay, tapi jangan lambat."
Aku lega apabila Rayyan mengizinkan aku ke rumah mak su. Aku senyum makin lebar saat ini. Tangannya terus aku capai lalu aku kucup.
"Okay abang, thank you." Ucapku. Dia hanya senyum lalu mengangguk.
"Abang dah nak pergi kerja ke?" Soalku, kira-kiranya memang dia dah nak pergi kerja kut. Buat apa aku nak tanya lagi? Hm, bergaduh dengan diri sendiri untuk beberapa minit.
"Haah, sayang. Abang nak ke tempat kerja dah. Sayang jaga diri ya. Kalau ada apa-apa terjadi call abang. Zyan dan Mario ada di sini. Dia jaga kawasan rumah ni. Abang tak nak sayang keluar banyak kali." Pesannya.
Aku hanya mengangguk sambil senyum lebar. Dia mengucup dahiku dan berlalu pergi.
*********
"Assalamualaikum, mak su! Akak..." Ucapku. Tetapi melihat rumah itu sedikit sunyi. Ada orang ke tak ni? Aku masih tertanya-tanya pada diri sendiri.
Baru sahaja aku mahu melangkah ke belakang rumah mak su, pintu rumah sudah dibuka oleh seseorang dari dalam. Mungkin itu Alya.
"Akak..."
Gadis itu turun ke bawah mendapatkan aku sambil memegang satu beg bagasinya. Dia mendapatkan aku dengan senyum lebar di bibir.
"Aku nak pergi dah. Aku nak minta tolong pada kau boleh tak tolong jagakan mak su. Nanti aku belanja kau." Ujar Alya. Aku hanya senyum lebar. Memang aku datang sini nak tolong jagakan mak su.
"Boleh je. Tak perlulah nak belanja-belanja aku bagai. Aku ikhlas jaga mak su. Kau tu jalan elok-elok, kak." Kataku pula dan terselit sedikit pesanan untuknya.
"Okey, terima kasih dik. Aku gerak dulu." Tangannya aku kucup. Gembira melihat kakak seperti ini. Sudah tidak ada lagi wajah sinis nya. Hati aku lega.
Dia terus melangkah pergi. Aku pula berjalan masuk ke dalam rumah itu. Melihat mak su di dalam bilik masih tidur. Berehat mungkin.
Perlahan-lahan aku mendapatkannya. Tak mahu ganggu dia tidur. Duduk aku labuhkan di birai katil sambil mengusap lembut tangan mak su. Walaupun dia layan aku dengan sangat teruk, aku tetap sayang dia. Dia telah banyak membantu nenek bersama aku dan kakak dahulu. Kami banyak sangat terhutang budi padanya.
Aku sedikit terkejut apabila mak su menepis kuat tanganku. Tidak suka aku menyentuhnya. Aku menjarakkan sedikit kedudukanku dengannya. Tak pasal-pasal aku kena hentak kepala dengan dia pula nanti.
"Maaf kalau Rina dah ganggu mak su tidur." Kataku.
Serba salah.
"Kau ada apa datang sini?" Soal mak su seperti biasa nadanya sedikit tinggi. Tidak menyukai aku ada di sini.
"Kakak dah gerak ke universiti dia. Rina tolong jagakan mak su ya. Mak su dah makan?" Soalku lembut. Melihat pandangan mak su masih tajam merenungku. Jelingan maut diberikan padaku.
"Kau tak payah lah buat baik dengan aku. Kau tu buat baik ada makna." Sindirnya sambil menjeling tajam ke arahku. Aku hanya senyum sebaris. Menguatkan diri sendiri daripada tersakiti.
"Err...Mak su, Rina ada masak sikit untuk mak su. Jom Rina suapkan mak su." Aku terus bangun sambil mencapai kembali bekal makanan itu dan dibawa ke dapur. Mahu salin lauk-lauk tersebut.
Aku kembali datang ke bilik mak su dengan satu pinggan nasi dan satu mangkuk yang berisi lauk yang dimasak olehku tadi. Entah lah mak su suka ke tidak lauk yang aku masak ni. Janji mak su makan dan mengisi perutnya yang kosong itu. Kasihan pula dia jika tidak makan. Nanti tak pasal-pasal muncul penyakit baru.
Sempat mataku memandang pada kaki mak su yang bengkak itu. Tangan yang gatal, perlahan-lahan aku menyentuhnya. Dengan itu, mak su menjerit kesakitan. Rasanya aku tidak pula menumbuk kakinya itu. Hanya sentuh aje. Itu pun nak bising. Aku masih mampu sabar. Nasib baik tak terlepas pinggan mangkuk yang aku pegang ini apabila terkejut dengan jeritan mak su.
"Sakit lah! Kau tak payah lah pegang-pegang! Aku tahu kau suka tengok aku dalam keadaan macam ni!" Bentak mak su. Masih tidak puas hati dengan aku.
Aku hanya menunduk. Kembali melabuhkan duduk dibirai katil. "Rina minta maaf mak su." Ucapku.
Dia menjeling tajam ke arahku. "Jom makan mak su. Rina suapkan." Perlahan-lahan aku menyuakan nasi itu pada mak su. Dengan lantas mak su menepis dengan kuat sehinggakan pinggang dan mangkuk itu terjatuh ke atas lantai. Terkejut aku melihat. Tetapi masih mampu bersabar.
"Aku tak nak makan lah! Aku mana boleh makan udang! Kau nak aku mati ke apa hah?!" Jeritnya bagaikan orang gila sedang meroyan.
Aku tetap mengukir senyuman walaupun senyuman kecil. Masih mampu bersabar. Sabar Rina. Ingat pesan arwah nenek. Sabar menghadapi semua dugaan ini.
Aku kembali tunduk dan mengutip kembali nasi-nasi dan lauk yang dah berteraburan di atas lantai itu.
"Aku tak nak makan lauk kau tu! Entah-entah kau letak racun sebab nak aku mati awal, kan?!"
Aku diam dan berlalu ke dapur bersama pinggan dan mangkuk tadi. Menitis air mataku. Entah kenapa hati ini sebak pula.
Sedih juga mak su masih melayanku begitu. Haih, ya Allah. Lembutkan lah hati mak su. Bukakanlah pintu hatinya untuk terima aku kembali.
*******
Untuk kali ini sudah hari kedua aku menjaga mak su. Seperti biasa, mak su buat aku seperti orang luar. Dia masih bencikan aku. Hanya mampu sabar. Tidak dapat buat apa-apa. Tak akan lah nak pukul dia pula. Gila lah mahu buat begitu.
Seperti biasa, mak su melayan aku seperti nak tak nak aje. Dia menjeling ke arahku. Selesai memberi dia makan, aku ke dapur. Mencuci pinggan. Bahuku sedikit ternaik terkejut apabila mak su menjerit secara tiba-tiba.
Lantas aku mendapatkannya. "Ya Allah, kenapa ni mak su?" Soalku panik apabila melihat mak su terjatuh.
Cepat-cepat aku memapah mak su. "Isy, tepi lah! Tak payah tolong aku! Aku boleh buat sendiri lah!" Marahnya dan cuba untuk berdiri sendiri. Tetapi, akhirnya dia terjatuh lagi sekali. Nasib baik sempat aku pegang dia. Kalau tak, mungkin dia akan terjatuh terhentak kepala.
Kini mataku menangkap pada kain batik mak su. Basah. Sah, mak su buang air kecil di dalam kain. Aku senyum sebaris. Patut lah dia nak bangun tadi, sebab dia sudah terkencing rupanya.
"Lah, mak su dah kencing rupanya. Kenapa tak bagitahu Rina? Dah, jom. Rina papah mak su pergi ke tandas." Ujarku lalu memapahnya. Mak su hanya diam.
Selesai menukarkan kain batik baru untuk mak su, orang tua itu kembali baring ke atas katil. Aku pula mengelap lantai yang basah dek air kencing mak su tadi.
Dapatku rasakan yang wanita itu sedang merenungku lama. "Aku minta maaf dah susahkan kau." Ucap mak su tiba-tiba. Nada suaranya seperti terpaksa tetapi dapat kulihat yang dia ungkapkan ucapan itu dengan ikhlas.
Aku senyum lebar ke arah mak su. "Tak apa lah mak su. Rina ikhlas jaga mak su. Rina nak tengok mak su sihat seperti sedia kala. Itu je. Rina risau tengok keadaan mak su begini." Balasku.
Mak su hanya diam. Masih dengan wajah garangnya. Aku harap sangat satu hari nanti mak su dapat buka hatinya untuk menerima aku kembali.
*********
Ini sudah masuk tiga kali aku jaga mak su, tiga hari sudah aku duduk bersama mak su. Rasa lega dihati tak terkata apabila melihat mak su sudah boleh berjalan sikit-sikit.
Perlu urut kakinya perlahan-lahan dan kini dia juga sudah boleh jalan sikit-sikit. Tetapi, perlu memapah orang. Aku senyum melihat mak su sudah boleh jalan sedikit.
"Alhamdulillah, mak su dah boleh jalan." Ucapku sambil memapah mak su duduk diruang tamu.
Aku juga turut melabuhkan duduk di sebelah mak su. Gembira hati ini tak terkata. "Terima kasih lah Rina. Kau jaga aku dari aku tak boleh jalan sampai lah aku dah boleh jalan. Terima kasih ya." Bicaranya tiba-tiba buatkan aku sedikit terkejut. Aku senyum lebar.
"Tak ada apa-apa lah mak su. Rina okey aje. Lagipun, Rina gembira sangat tengok mak su dah boleh jalan macam ni. Nanti Rina bawa mak su ke taman depan tu ya. Jalan sikit-sikit biar nanti kaki tu sihat secepat mungkin." Ujarku lagi, melihat mak su hanya mengangguk sambil senyum sebaris.
Secara tiba-tiba mak su mencapai tanganku. Aku sedikit tersentak. "Aku dah banyak sangat menyusahkan kau. Ye lah, aku tahu aku banyak sangat buat jahat dekat kau. Aku dah layan kau teruk. Lepastu, orang yang aku layan teruk ni lah jaga aku sewaktu aku sakit. Aku minta maaf ya."
Bicaranya buatkan aku mahu menangis. Terkejut besar aku saat itu. Bagaikan mimpi yang mak su mengungkapkan kata-kata itu pada aku. Dihujung mataku mula berair. Sebak di dada saat ini.
"Tak apa, mak su. Dulu pun mak su banyak tolong Rina dan kakak. Mak su juga ada jaga kami sehinggalah kami berdua dah besar. Sepatutnya, Rina yang perlu cakap terima kasih pada mak su dan Rina nak minta maaf juga sebab dah kurang ajar dengan mak su dulu. Maafkan Rina ya." Tangannya aku kucup lama.
Dia senyum lebar. Sumpah, ini pertama kali aku melihat dia senyum ikhlas. Kali ini hati aku lega sangat-sangat. Bagaikan sekarang ini berita gembira sampai padaku.
"Tak apa, aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf ya. Rina. Kalau kau nak tahu, perangai kau ni sama sangat-sangat dengan arwah mak kau. Baik orangnya. Lembut. Sama macam kau." Bicara mak su lagi. Kali ini mahu sahaja aku menangis merapatinya.
Bersyukur sangat-sangat kerana Allah sudah mendengar doaku. Hati mak su dah lembut dan sudah dapat terima aku kembali. Jujur, aku mahukan sangat-sangat keadaan seperti ini. Terima kasih Allah.
Aku hanya senyum lebar mendengar kata-kata mak su itu. "Mak su, Rina nak minta maaf lagi sekali ya. Rina pun dah banyak sangat buat salah dengan mak su. Maafkan Rina dan halalkan makan minum Rina selama ini. Terima kasih mak su." Aku memeluk erat tubuhnya. Air mata serta-merta mengalir laju.
Belakang tubuhku diusap lembut oleh mak su. Mak su juga turut menangis. "Mak su pun nak minta maaf dekat kamu Rina. Maafkan mak su sebab dah buat kamu macam ni. Mungkin mak su jadi macam ni sebab mak su dah banyak buat dosa pada kamu, mungkin ini balasan tuhan pada mak su. Maafkan mak su Rina..." Ucapnya sambil teresak-esak menangis.
Kali ini hati aku betul-betul lega. Tak sangka semua ini terjadi. Hati mak su sudah terbuka dan dapat terima aku kembali. Ya Allah, terima kasih. Kini keadaan menjadi lebih baik. Aku harap sangat semua ini akan kekal lama.
"Assalamualaikum." Seseorang bersuara membuatkan pelukan kami berdua terlerai. Cepat-cepat aku menyeka air mataku.
"Sekejap ya mak su." Aku angkat punggung dan berjalan ke arah pintu rumah. Buka pintu aje melihat wajah Alya sudah berada dihadapan. Aku senyum lebar. Tangannya aku kucup lalu aku memeluk erat-erat tubuhnya. Semuanya aku rindu. Rindu sangat-sangat.
"Akak dah balik. Macam mana dekat universiti? Okay?" Soalku sambil menolongnya mengangkat beg pakaiannya itu. Dia hanya senyum lebar.
"Okey je, but Rina pun tahu kan. Kalau sambung belajar ni memang otak jammed sikit." Kami bersama-sama ketawa kecil dan berjalan masuk ke dalam rumah.
"Mak su..." Aku melihat Alya mengucup pula tangan mak su. Aku hanya senyum. Senyum dengan hati yang sungguh lega.
"Mak su macam mana? Dah okey? Kaki mak su tu macam mana pula?" Soal Alya sambil memandang kaki mak su yang sudah semakin pulih itu.
Tapi, aku pelik. Wajah mak su sedikit pun tidak gembira melihat Alya pulang. Kenapa ya? Mereka gaduh ke?
"Rina, mak su nak masuk ke dalam bilik. Nak rehat." Mak su mula bersuara. Aku hanya akur. Beg pakaian Alya aku meletakkannya di dalam bilik Alya dan kembali dihadapan memapah mak su masuk ke dalam bilik.
"Kamu pergi lah balik ke rumah, kesian kamu dah tiga hari datang sini jaga mak su. Tak berehat pun. Maaf ya dah menyusahkan kamu." Aku hanya senyum lebar.
"Isy, apa ni mak su cakap macam tu. Rina okay je lah. Lagipun, Rayyan pun okey aje. Saja duduk dengan mak su. Bosan duduk dekat rumah tu." Balasku sambil tersenyum lebar.
"Kamu tu pergi lah balik. Nanti suami kamu balik tengok kamu tak ada di rumah pula." Mesra mak su bersuara. Mahu menangis aku apabila mak su mula mengambil berat tentang aku. Aku mengangguk lalu tersenyum lebar.
"Okey, baik mak su. Rina balik dulu ya." Aku terus melangkah keluar daripada bilik mak su. Mak su hanya senyum dan mengangguk.
Pintu bilik mak su aku tutup rapat-rapat. Kini kaki melangkah ke pintu utama. Sedikit berkerut dahi apabila melihat Alya yang sedang menghubungi seseorang dengan bernada bisikan. Apa yang dia tengah cakap tu sambil berbisik-bisik bagai?
"Nanti aku call kau balik,"
"Akak..." Kelihatannya dia sedikit terkejut melihat aku muncul. Wajah dia pun dah kelihatan jelas yang dia sedikit cuak gelabah. Apa masalah dia ni? Dia dah kenapa?
"Err...Rina. Dah nak balik ke? Err..." Dia mula bersuara dengan sedikit gagap. Aku pula yang pelik melihat dia begini.
"Haah, dah nak balik." Kataku. Tetapi masih pelik apabila melihat wajah Alya yang begitu gelabah takut saat ini.
"Tengah call dengan siapa tu tadi? Siap berbisik nampak?" Aku sengaja menanyakan soalan itu pada Alya. Lagi bertambah gelabah dia saat ini.
"Err..." Kelihatannya dia gagap untuk menjawab soalanku. Aku ketawa kecil.
"Boyfriend baru kau ek, kak?" Sengaja aku usiknya. Dia ketawa kecil.
"Isy, mana ada. Kawan aku lah. Kawan aku daripada universiti. Tak boleh cakap kuat-kuat sebab dia sekarang dekat library. Takut suara aku kuat pula dengar dekat sana." Aku hanya mengeyakannya.
"Oh, okey lah kak. Aku balik dulu." Tangannya aku kucup sebelum meminta diri pergi dari situ.
**********
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat magrib aku terus merebahkan tubuhku di atas katil. Masih tidak percaya yang mak su sudah dapat kembali menerimaku. Ya Allah, bagaikan mimpi. Aku bersyukur sangat. Hati sungguh rasa lega.
Keadaan pun sudah berubah. Tidak seperti dulu aku yang selalu menangis air mata terluka tetapi sekarang aku menangis dengan air mata yang sungguh gembira.
"My love!" Terkejut aku mendengar suara itu. Membuatkan aku bertambah terkejut apabila melihat Rayyan sudah melompat ke atasku. Tubuhnya sudah menindih pada tubuhku. Aku teguk liur melihatnya.
"Abang! Terkejut Khai, tahu tak?!" Aku buat muka merajuk. Sumpah, terkejut sangat. Ingatkan apa lah tadi. Rupa-rupanya dia baru pulang.
"Sorry, baby." Ah, tak payah cakap cair ke tak? Memang dah cair aku di sini. Aku menyembunyikan senyuman. Masih dengan wajah masam mencuka.
"Lah, merajuk lagi? Sorry lah..." Aku buat muka lagi. Sengaja tak mahu layan dia. Tetapi, aku sedikit kekok berada dalam keadaan begini. Serius aku terkejut, tengok-tengok aje dia dah tindih tubuhku. Kini wajah kami lagi beberapa inci aje dah nak melekat.
"Okay, kalau macam tu...."
Aku sedikit pelik melihat dia sudah membuka kot hitamnya dan tali lehernya juga sudah dibuka. Tetapi, melihat wajahnya sungguh menggoda. Dia nak goda aku ke apa? Ah, otak aku dah tak berfungsi.
Kini dia membuka pula butang batu kemeja putihnya itu membuatkan aku tidak tentu arah. Sumpah, aku rasa nak aje lari daripada sini.
Dengan pandangan menggodanya itu buatkan aku rasa gelabah tidak tentu arah. "Isy, apa ni?! Kalau nak buka baju tu pergi lah ke bilik air. Malu lah." Ujarku sambil menutup muka dengan kedua-dua telapak tangan. Tak mahu lihat otot-otot diperutnya itu. Ah, rasa kekok sangat saat ini.
"Why? Kenapa nak malu? Salah ke kalau abang nak goda isteri abang sendiri." Ya Allah, aku rasa nak aje pengsan untuk beberapa saat. Lemah sangat saat ini.
Tak lama kemudian, dia ketawa kecil. Pasti sudah tahu yang aku sekarang sudah gelabah teruk saat ini.
"Isy, abang ni kan!" Marahku. Nasib baik lah dia tidak buka baju lagi. Hanya butang di atas bajunya itu sahaja dibuka olehnya menampakkan sedikit dada bidangnya itu.
Dia ketawa lagi sebelum mendekatkan wajahnya padaku. Aku sedikit terkejut apabila hidung kami berdua berlaga. Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku. Aku lemah sangat saat ini.
Mata aku dan dia bertentangan buatkan jantung aku rasa nak tercabut. "I miss you, sweetheart." Ucapnya sambil senyum menggoda. Aku senyum kecil. Jujur aku pun rindu dia. Tak sangka malam ini dia pulang awal. Kalau tidak, pasti dia akan balik lewat malam.
Tanpa sedar, aku memeluk lehernya. Ah, mana datangnya keberanian itu! Rasa kekok juga tapi aku kuatkan diri sendiri.
"I miss you too, abang.” Balasku dengan senyuman.
"So, if you miss me. Give me one kiss tonight." Ujarnya dalam nada gurauan. Aku tak rasa itu soalan. Tapi, sepertinya itu perkara yang dia mahukan. Jantungku saat ini makin hebat berkencang bagaikan mahu tercabut keluar.
Tak lama itu, aku rasa bibirku disentuh lembut dengan bibirnya. Bibir kami berlaga dengan lembut. Ciuman pertama! Sumpah ini pertama kali kami dalam keadaan begini.
Sangat lama, dengan itu buatkan aku rasa sungguh tenang dan bahagia. Hati saat ini lapang. Bagaikan tiada masalah yang muncul.
Rasa nak pengsan pun ada. Cepat-cepat aku buka mata lalu menjarakkan sedikit wajahku dengannya. Rasa gelabahku saat ini dah tak boleh nak bawa bincang.
"Damn! I should control myself. I'm so sorry, sayang." Ucap Rayyan bagaikan sudah tahu aku kekok. Aku senyum sebaris. Wajah dah berbahang teruk. Dapatku rasakan yang kulit mukaku sudah bertukar warna.
"It's okay." Gumamku sedikit perlahan walaupun jantung sedang aktif dengan laju.
"Abang minta maaf kalau abang ada buat Khai tak selesa. Abang tahu Khai masih tak bersedia. Sorry, sayang." Ucapnya lagi. Aku ketawa kecil. Disebalik kata-kata Rayyan itu, perbuatannya yang dia buat padaku tadi sungguh buat hatiku tenang dan bahagia. Cuma aku aje yang rasa sedikit kekok.
"No, it's okay abang." Mata kami masih bertentangan. Dia kembali bangun, dapat kulihat wajahnya bagaikan bersalah telah buat aku begitu.
Belum sempat dia bangun daripada menindih aku, laju sahaja aku menarik kembali lehernya agar dia bertentang mata dengan aku semula. Lama aku merenung anak matanya yang berwarna hazel itu. Makin lama aku tengok wajah suamiku itu, makin aku jatuh cinta.
Dadaku mula berubah rentak. Makin laju dan laju. Kami saling berpandangan lagi. Apa yang aku lihat di balik anak mata Rayyan itu buatkan lututku menggeletar dan seluruh tubuhku menggigil. Aku tahu apa yang diinginkan Rayyan. Tapi dia masih mengawalnya. Mungkin kerana hormatkan aku.
Sepanjang kami bersama, aku tak pernah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isterinya yang sebenar-benarnya. Dan dia pula tak pernah menuntut haknya sebagai suami.
Aku tak pernah pertikaikannya sehinggalah sekarang. Aku tahu Rayyan mengawal dirinya kerana aku. Dan untuk itu, aku mahu mengubahnya malam ini. Aku tak mahu lagi Rayyan dinafikan haknya.
Aku telan liur dulu. Mengumpul keberanian. Kemudian perlahan-lahan tangan dibawa untuk mengusap dada bidangnya. Menggeletar. Tapi aku cuba menahannya.
Aku haraplah tangan aku tak terlalu sejuk sekarang ini. Aku sedikit kekok kerana semua ini kali pertama buatku.
Badan Rayyan sedikit mengeras saat merasa sentuhanku. Bila rasa Rayyan mahu bangun, automatik kedua-dua tangan melingkar pada lehernya. Erat-erat. Terus mati segala usaha Rayyan. Sekali lagi mata kami berlaga.
"Don't be like this, sweetheart. Don't let me not be able to control myself." Suaranya garau memberi amaran. Aku nampak halkumnya bergerak-gerak, menandakan yang dia masih cuba mengawal diri.
Tapi, aku cuma diam. Tangan juga masih utuh bersatu di lehernya. Malah makin erat. Makin menarik Rayyan supaya mendekati wajahku. Tapi tangannya pula terpasak pada kiri dan kanan tubuhku, menahan dirinya daripada terus ditarik.
Kuat betul iman dia ni!
"Khai sayang abang." ucapku. Sebelah tangan diturunkan balik untuk mengusap dada kirinya. Lembut. Dapatku rasakan jantungnya yang bagaikan nak gila saat ini.
"Are you seducing me, Khai?" soalnya. Matanya dipejam erat.
"Kalau ya?" cabarku balik.
Rayyan kembali buka mata. Dan kini matanya jelas menunjukkan keinginannya. Cinta dan nafsu datang seiring. Buatkan tubuhku sedikit menggigil.
Melihat dia senyum senget. Dapatku rasakan Rayyan menundukkan wajahnya dan menciumku. Ciuman kedua!
Aku terkedu sesaat dibuatnya. Tapi sudahnya aku hanya membiarkan tindakan Rayyan itu. Membiarkan Rayyan mendominasi.
"I love you, sweetheart. Ti amo fino alla fine della mia vita." Bisik Rayyan di telingaku. Buatkan hatiku berasa tenang.
Bahagia.
Share this novel