Seperti biasa, kepala otak aku ni boleh pula set time untuk bangun subuh. Kalau tak, aku dah terlajak tidur. Tetapi, saat-saat ini aku kerap bangun tepat pada waktu subuh.
Seperti biasa, mata sempat menjeling ke skrin telefonku walaupun masih mamai. Tepat pukul 5 pagi. Aku terus angkat muka lalu menguap beberapa saat. Mata kini beralih memandang nenek. Nenek masih tidur. Aku senyum lebar.
Aku yang tadi duduk di atas kerusi, kini mengangkat punggung untuk ke tandas. Tetapi, sempat aku memandang pakaianku sendiri.
"Elok lagi ke pakaian aku ni? Aku dah lah tak bersihkan diri semalam. Boleh ke solat lagi dengan berpakaian semalam ni?" Sempat aku mencium bau ditubuhku sendiri. Tidak ada bau apa-apa. Tapi, sah ke solat?
Aku tidak banyak fikir, laju tangan mencapai beg lalu digalas dibahu. Aku perlu segera balik ke rumah dan bersihkan diri dan menunaikan solat di rumah barulah aku segera datang ke sini semula. Mungkin sempat.
Nak kejut nenek ke atau tak payah ya? Aku berbelah bagi. Aku nak bagitahu nenek yang aku mahu keluar sebentar, tapi aku tak nak ganggu nenek tidur. Melihat dia sedang nyenyak tidur. Aku mengeluh kecil. Macam mana ya?
"Mungkin sempat." Aku senyum ke arah nenek yang masih tidur.
Ah, ya mungkin sempat aku kembali semula ke sini sebelum nenek bangun. Laju aku berjalan keluar daripada wad nenek. Melihat kiri dan kanan suasana sunyi sepi.
Kaki diaturkan ke lif. Punat turun aku tekan sambil-sambil itu aku menunggu lif naik mengambil ku untuk turun ke bawah.
Mata pula masih terasa kelat. Aku gosok-gosok sedikit mataku. Takut pula kalau ada taik mata, malu aje nanti yang lain lihat aku begini.
Selepas itu, aku sempat mengelap tepi bibirku. Harap sangat tak ada air liur basi yang keluar. Nanti tak pasal-pasal muka aku menebal bila ada orang tegur tentang air liur basi aku ni.
Ting!
Lif dah sampai. Aku mengatur langkah masuk ke dalam lif tersebut. Sampai sahaja di tingkat bawah. Aku mengatur langkah pula berjalan ke pintu keluar hospital ini. Aku perlu cepat sebelum nenek sudah bangun.
"Auch!" Aku terjatuh terduduk apabila terasa tubuhku telah melanggar seseorang dihadapan. Aku kembali bangun lalu mengangkat kepala memandang orang dihadapan aku itu. Hati dah panas. Pagi-pagi lagi dah buat aku marah!
Tetapi, marahku hilang terbang entah ke mana kerana aku sangat mengenali lelaki yang berada dihadapanku ini. Doktor Arayyan Mikael. Yang membuatkan aku terkejut wajahnya terluka dan berdarah.
Melihat baju kemejanya yang berwarna putih itu juga berdarah membuatkan aku lagi terkejut besar. Makin bertambah besar terkejut aku apabila melihat Chris! Lelaki itu ada bersama Doktor Arayyan. Dia memapah bahu lelaki itu yang sudah lemah.
Membulat mataku melihat. Jantung saat ini rasa nak terhenti melihat mereka berdua dihadapan aku itu. Aku memandang Chris pula. Dia sedikit mengeras. Terkejut gamaknya.
"Ya Allah, kenapa ni? Doktor Arayyan? Chris?" Aku dah panik. Risau pun ada. Bercampur perasaanku saat ini. Aku memang tak boleh tengok darah, auto jadi panik.
"Err...Dia..." Chris cuba bersuara, tetapi sedikit gagap.
"Err...Rina, tolong bukakan pintu tu untuk kami masuk." Arah Chris yang masih gagap. Pertama kali aku mendengar dia panggil namaku 'Rina'. Mungkin dia dah gelabah sangat dan waktu begini dia serius. Takkan lah nak main-main kut.
Aku yang teragak-agak mengangguk lalu membuka pintu hospital itu untuk memberikan mereka berdua masuk. Sempat aku melihat kali kedua doktor Arayyan kelihatan lemah. Wajahnya penuh dengan luka dan berdarah. Aku pula yang takut dan risau melihat keadaannya begitu.
Aku tak mahu tinggalkan mereka berdua begitu sahaja. Dengan itu, aku juga mengikut langkah mereka berdua. Kelihatannya, tiga jururawat yang berada di situ lantas menolong memapah doktor Arayyan untuk masuk ke sebuah bilik pemeriksaan. Mahu memeriksa keadaan doktor Arayyan.
"Cepat bawakan ubat-ubatan untuk Tuan Leo!" Jerit salah seorang jururawat lalu seorang lagi jururawat berlari ke bilik yang menempatkan ubat-ubat untuk doktor Arayyan.
Yang aku pelik sekarang ini, aku dapat menangkap sesuatu perkataan daripada mulut jururawat itu. Tuan Leo? Siapa Leo? Doktor Arayyan ke? Apa sebenarnya nama dia? Aku betul-betul keliru.
Aku mahu masuk tetapi dihalang oleh jururawat itu. Pintu bilik itu langsung ditutup rapat sehinggakan aku tidak dapat lihat lagi susuk tubuh Doktor Arayyan yang tadinya penuh dengan darah dan kelihatan lemah.
Aku terkaku dihadapan pintu bilik itu. Kini aku beralih memandang ke belakang. Melihat Chris juga lemah. Dia duduk bersandar pada kerusi yang berhadapan dengan bilik yang menempatkan doktor Arayyan di dalam itu.
Aku mendapatkannya. "Chris...Apa yang dah terjadi? Kenapa ni? Kenapa dengan doktor Arayyan?" Soalku risau. Lama aku merenung dia yang juga turut berdarah. Bajunya penuh dengan darah. Ditepi bibirnya juga luka dan berdarah.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mata beralih memandangku dihadapannya. "Nothing, pretty. You will know all this one day." Jawabnya ringkas. Aku menelan liur. Ya, aku dah agak. Pasti mereka ada sesuatu perkara yang dirahsiakan daripada aku. Tak! Aku tetap mahu tahu!
"Awak sebenarnya kawan Doktor Arayyan kan? Kenapa awak tipu saya?" Soalku dengan nada sedikit meninggi. Aku tahu dia bohongku. Hati mula panas, tak suka kerana dia telah menipu aku. Melihat lelaki itu menelan liur sambil hela nafas panjang. Aku ni pantang betul kalau ada orang menipu aku!
"Jawab, Chris!" Kini makin meninggi nada suaraku. Aku sudah tidak peduli lagi!
"Ya! Kami kenal. Senang cerita, dia abang saya. Saya minta maaf sebab dah tipu awak. Kalau awak nak tahu selanjutnya, awak kena berdepan dengan Leo dan awak akan tahu semuanya. Saya tak boleh nak ceritakan semua ini. I'm so sorry." Jujurnya lalu mengangkat punggung berjalan sedikit terhenjut-henjut. Aku melihat kakinya, pasti kakinya juga cedera.
Aku sedikit terkejut. Jadi selama ini aku telah ditipu oleh mereka berdua? Aku tak sangka mereka berdua buat begitu pada aku! Tapi, siapa Leo? Adakah Leo itu ialah Doktor Arayyan?
Kasihan pula aku melihat Chris yang terhenjut-henjut berjalan kerana kakinya juga turut cedera. Lantas aku mendapatkannya dan memapah lelaki itu ke sebuah bilik.
"It's ok. I can walk on my own." Tolaknya lembut. Aku tidak mahu melihat dia sendirian, aku tetap memapahnya walaupun dia menolak tidak mahu aku menolongnya.
Sampai di satu bilik, ada seseorang jururawat datang. Dia terus menolong Chris. Mencuci luka diwajah Chris. Aku dari jauh hanya memerhati. Sesekali aku menghela nafas panjang.
"I'm so sorry..." Ucapnya. Aku angkat wajah. Senyum pahit terukir di bibirku.
"It's okey. Saya memang senang dibodohkan oleh orang."
"Tapi, kami tipu awak ada sebab..."
Berkerut dahiku dengar kata-katanya itu. Ada sebab? Sebab apa? Jadi semua ini rancangan lah? Ya Allah, rasa nak aje aku hentak kepala kat dinding. Aku tak faham. Keliru! Penat aku berteka teki sendirian sebentar tadi.
"Sebab apa? Sebab semua ni rancangan? Awak nak kenakan saya? Macam tu? Sebenarnya korang dah plan nak kenakan saya kan?!" Soalku sedikit marah. Kenapa lah aku senang ditipu oleh orang. Aku masih tidak boleh terima semua ni!
"Bukan macam tu, Rina. But, sebenarnya Leo....." Belum lagi dia habiskan kata-katanya itu, ada satu suara mencelah membuatkan kata-kata Chris terhenti. Kami sama-sama toleh ke arah tuan punya suara itu.
"Chris, Tuan Leo nak jumpa awak." Kata jururawat itu pada Chris. Chris sempat pandang wajahku. Dia senyum sebaris lalu mengangkat punggung untuk ke bilik yang Doktor Arayyan berada. Aku masih tertanya-tanya. Aku meraup wajah tak sampai beberapa minit, aku dengar ada seseorang memanggilku.
"Cik Rina....Cik Rina..." Jerit satu suara itu mendapatkan aku. Aku angkat wajah.
"Cik Rina kan?" Seorang jururawat yang memanggilku tadi itu mendekatiku lalu menyoalku. Melihat keadaan dia seperti gelabah. Tercungap-cungap dia dapatkan aku.
"Iya, saya. Kenapa nurse?"
"Nenek awak..."
*********
"Nek...Nek bangun nek....Nenek!" Makin laju air mataku mengalir. Tubuh nenek aku goncang lembut. Aku memeluk erat tubuhnya. Ya Allah, bagaikan mimpi saat ini yang nenek dah tiada. Allah lebih sayangkan nenek.
"Nenek bangun nek....nenek..." Aku masih tidak boleh terima. Ya Allah, nenek dah pergi. Sumpah aku tak boleh terima. Demi Allah, aku tak mahu kehilangan nenek!
"Maafkan kami Cik Rina. Kami tak dapat nak selamatkan nenek Cik Rina. Tuhan lebih sayangkan dia." Kata seorang doktor wanita itu cuba menenangkan aku.
"Tak...Saya tak boleh terima semua ni. Nenek bangun. Rina sayang nenek. Tolong jangan tinggalkan Rina. Nenek...."
Doktor wanita itu mendapatkanku. Belakangku diusap lembut agar aku bertenang. Perlahan-lahan dia menarikku untuk berjauh dengan nenek yang sudah pergi buat selama-lamanya.
"Saya minta maaf Cik Rina."
Aku hanya memerhatikan dari jauh, seluruh tubuh nenek ditutup dengan kain putih oleh seorang jururawat yang berada di situ. Teresak-esak aku menangis. Aku sudah kehilangan orang yang paling aku sayang.
Bahuku ditepuk lembut oleh doktor wanita itu. Memberi aku semangat. Dia terus berlalu pergi.
********
Kini tubuh di sandar pada kerusi. Air mata tak henti-henti mengalir. Hari ini nenek sudah tiada. Allah lebih sayangkan nenek. Aku sudah tidak ada nenek. Aku sudah kehilangan dia buat selama-lamanya.
"Nenek...Rina sayangkan nenek. Rina tak boleh terima apa yang dah terjadi."
Betul kata nenek, kalau Allah tu nak tarik. Sekejap aje dia tarik. Dengan sekelip mata, nenek sudah tiada. Kalau aku tahu nenek hari ini sudah tiada, mahu aku cium peluk dia pada hari semalam. Aku tak sanggup hidup tanpa dia.
"Pretty..." Suara itu sangat aku kenal. Aku langsung tak toleh pandang dia. Mata masih membayangkan wajah nenek. Senyuman nenek. Semalam melihat dia gembira sangat tetapi hari ini dia sudah pergi.
"Nenek saya dah tak ada...." Aku menangis lagi. Sudah tidak peduli jika Chris melihat aku menangis di situ. Dia melabuhkan duduk disebalahku.
"Nenek saya dah pergi buat selama-lamanya..." Kataku lagi dengan hati yang terlalu sebak.
"Stay strong, pretty." Ucapnya memberi kata-kata semangat padaku. Entah kenapa, aku yang sedang menangis teresak-esak sampaikan tidak perasan kepalaku sudah mendarat disebelah bahu kiri Chris.
Dapatku rasa belakang bahuku diusap lembut oleh lelaki itu. Menyuruh aku bertenang. Aku menangis semahu-mahunya.
Pesanan nenek terngiang-ngiang dipeluput telingaku. Akanku ingat sampai bila-bila pesanan itu.
Dan yang paling penting kita perlu terima takdir. Semuanya Allah dah aturkan yang baik-baik untuk kita. Kita hanya perlu terima dengan hati yang terbuka.
Nenek, Rina sayang nenek. Nanti nenek jumpa mak dan ayah di sana ya. Rina takkan lupakan nenek. Nanti kita jumpa di sana ya bersama mak dan ayah. Bye, nenek. Rina sayang sangat-sangat dekat nenek.
********
Selesai aku membaca Yassin di kubur arwah nenek, aku terus menyiram air dikuburnya sambil-sambil itu aku menyeka air mataku.
Kini aku melangkah pula ke kubur arwah mak yang bersebelahan dengan kubur arwah ayah. Perlahan-lahan aku usap tanah kubur mak dan ayah.
"Mak ayah, nenek dah tak ada. Nanti kita jumpa sama-sama ya dekat sana. Rina sayang mak dan ayah. Mak dan ayah tenang ya di sana. Moga mak dan ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Rina sayang mak dan ayah. Rina balik dulu ya. Bye mak ayah, assalamualaikum." Air mata laju mengalir, aku senyum lebar sambil tangan mengusap kedua-dua tanah kubur arwah mak dan ayah.
Selesai menyiram kubur arwah nenek, mak dan ayah, perlahan-lahan aku melangkah berjalan meninggalkan kubur mereka bertiga. Air mataku seka. Aku senyum dari jauh melihat kubur mereka sebelum melangkah pergi.
********
Entah beberapa kali sudah aku terkejut apabila ada orang membunyikan hon keretanya. Rasa nak aje maki pada orang yang suka hon kereta itu pada aku tu lah! Geram! Suka sangat bagi aku terkejut. Haih, nasib baik lah aku masih mampu bersabar.
Sebelum aku menoleh ke belakang, aku yakin pasti itu Chris. Kerana dia suka buat begitu padaku. Dengan itu, aku memusingkan tubuhku. Melihat, sebuah kereta Audi berwarna hitam. Aik, siapa pulak tu?
Aku berkerut dahi. Pelik. Mungkin orang itu salah orang. Aku meneruskan perjalanan ke tempat perhentian bas.
"Khai!" Aku berhenti semula apabila ada orang menyebut namaku. Tetapi, hanya seseorang itu sahaja yang memanggil aku Khai. Siapa lagi kalau bukan doktor Arayyan.
Doktor Arayyan?!
Aku menoleh memandang dia yang sudah keluar daripada keretanya. Dia berjalan menghampiriku.
"Salam takziah pada awak. Moga nenek awak berada dikalangan orang-orang yang beriman." Ucapnya yang sudah tahu nenekku sudah meninggal dunia. Aku senyum kecil.
"Terima kasih." Ucapku. Entah kenapa, aku malas mahu melayan dia. Dia dah tipu aku. Dan aku nak tahu kenapa dia tipu aku?!
Aku tidak peduli dengan kemunculan dia di situ, lantas aku meneruskan kembali perjalananku. Malas nak layan dia lebih-lebih.
"Saya minta maaf, Khai. Saya tahu saya salah. Saya dah tipu awak. Ya, Chris itu ialah adik saya." Dan... Akhirnya dia jujur juga. Itu yang aku nak tahu. Tetapi kenapa dia tipu aku? Sebab apa? Kerana Chris ada kata padaku yang mereka berdua menipu aku ada sebab.
Aku kembali dapatkan lelaki itu. "Sebab apa awak tipu saya? Dan apa yang terjadi pagi tadi? Saya nak tahu tentang itu." Pintaku. Wajahnya sedikit berubah. Halkumnya bergerak-gerak. Melihat wajahnya jelas yang dia enggan mahu berterus-terang denganku.
Aku merenung tajam anak mata hazelnya. Tak lama kemudian, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Aku mengeluh kecil. Waktu lelaki ini mahu jawab soalan aku lah ada halangan. Geram pula aku saat ini.
Lantas lelaki itu mendapatkan telefon bimbitnya daripada kocek seluar jeans nya.
"Hello..."
"What?!"
"Okey, wait. I coming."
Aku hanya mendengar perbualannya. Sepertinya dia sedang gelabah terkejut. Selepas matikan talian dia memandang wajahku.
"I'm so sorry, I have to go." Dia terus berjalan kembali ke keretanya.
"Eh, kejap! Awak tak jawab lagi soalan saya! Doktor Arayyan Mikael!"
Panggilanku langsung tidak di ambil peduli olehnya. Keretanya terus bergerak pergi meninggalkanku. Aku menghela nafas kasar. Panas hati apabila dia tidak menjawab soalanku.
Tidak menunggu lama, aku meneruskan langkah ke tempat perhentian bas. Mahu pulang. Nak menangis puas-puas di rumah nanti.
Tapi, pagi tadi aku melihat Doktor Arayyan begitu lemah, sekarang dah macam tak ada apa-apa sakit pun. Ah, dia perlu rehat! Aku makin risau melihat dia boleh lagi berjalan keluar walaupun sekarang dia sakit. Entah kenapa hati aku pula menebal risau tentang keadaan dia.
********
Aku masuk ke bilik nenek. Melihat kedudukan di dalam bilik itu masih kemas tersusun. Bagaikan nenek masih ada di dalam bilik ini.
Almari baju nenek aku buka lalu aku mengambil sehelai baju yang selalu nenek pakai. Aku cium baju tersebut lalu aku memeluk erat baju itu. Air mata lebat mengalir.
Tak sampai beberapa mini, aku dengar ada seseorang mengetuk kuat pintu rumahku. Lantas aku kembali simpan dengan kemas baju arwah nenek ke dalam almari.
Pintu rumah aku buka. Melihat dua wajah yang paling aku benci dan satu wajah yang paling aku rindu nak jumpa.
"Mak Long..." Lantas aku turun mendapatkan mak long. Erat aku peluk tubuh makcik saudara aku ini. Aku tidak mahu tinggal bersamanya kerana dia mempunyai anak-anak yang ramai. Segan pula mahu tinggal bersamanya. Takut pula jika aku ada menyusahkan dia.
Melihat wajah mak long juga sembab dengan air mata. Semua sudah tahu yang nenek sudah pergi. Pasti semua akan sedih tetapi aku tidak tahu pula bagaimana dengan kakak dan mak su. Pasti mereka puas hati melihat nenek dah tak ada.
********
"Rina, apa khabar?" Tanya mak long mesra sewaktu kami bersama-sama berada di ruang tamu. Dulang berisi air aku buat tadi aku letakkan di atas meja.
Aku senyum sebaris. "Alhamdulillah, sihat aje mak long. Mak long pula sihat ke?" Mesra aku jawab. Dapatku lihat kakakku Alya menjeling tajam ke arahku.
"Alhamdulillah, sihat aje. Tapi, tulah. Selepas nenek pergi ni, mak long sedih sangat. Menyesal tak jumpa dia sebelum dia pergi." Mak long kembali teresak-esak menangis. Aku mengusap lembut bahu mak long agar wanita itu bertenang.
"Sabar ya mak long. Mungkin Allah lebih sayangkan nenek. Kita doakan untuk nenek ya nanti." Aku cuba memujuk mak long. Mak long menyeka air matanya lalu senyum lebar.
"Terima kasih ya Rina, sudi jagakan nenek sewaktu nenek sakit hinggalah nenek dah tak ada." Ucapnya, aku hanya senyum lebar.
"Tak ada apa lah mak long. Itu nenek Rina. Rina sayang nenek. Tapi, dia dah tak ada. Nak buat macam mana kan?" Aku senyum lagi. Kuatkan hati. Hati yang sebak cuba ditahan. Mak long juga turut mengangguk lalu senyum kecil.
"Jemput lah minum mak long.... Mak su....akak." Malas-malas aku sebut nama mereka berdua itu. Lantas aku berjalan kembali ke dapur.
Sedang aku menyediakan sedikit makanan untuk mereka, dapatku dengar perbualan mak su bersama mak long.
"Su, long rasa long nak buat majlis tahlil untuk arwah mak dan arwah Yati serta sekali arwah Malik. Nanti kalau ada masa kita pergi sama-sama ya ke kubur mereka." Kata mak long. Yati ialah mak aku dan Malik pula ayah aku. Alhamdulillah, mak long masih mengingati adiknya. Aku senyum kecil.
"Errr...boleh je. Tapi, tak perlulah besar-besaran majlis tu. Ringkas-ringkas aje." Balas mak su pulak. Aku menjeling ke atas. Aku dah agak dah, pasti mak su tak setuju. Dia bukannya suka pada nenek. Entah-entah, nak menziarahi kubur arwah nenek pun dia bagi alasan.
"Oi!" Terkejut aku apabila melihat Alya sergah aku dari belakang. Aku memandang tajam ke arahnya.
"Haih, masin juga mulut aku yang orang tua tu dah mati. Bagus lah dia mampus awal." Bicara sinis daripada Alya. Dia senyum sinis sambil menjeling tajam ke arahku.
"Kau ni dah kenapa kak? Kau tak ada hati dan perasaan ke hah?! Nenek lah yang jaga kita sewaktu kita kecil lagi lepastu kau buat macam ni dekat nenek ya? Kau langsung tak ingat jasa baik dia dahulu. Sudah-sudah lah tu kak, balik lah semula ke jalan Allah. Jalan yang lurus, jalan yang menuju kepada kebaikan." Ujarku sedikit perlahan takut pula kalau mak long dan mak su dengar yang aku sedang bergaduh dengan Alya.
Aku melihat Alya senyum sinis. "Jasa baik? Hei, dia jaga kita pun malas-malas. Kau tengok mak su. Bagi kita tempat tinggal, semua apa yang kau makan, kau pakai, kau duduk sekarang ni, semuanya duit dia. Senang cerita, semua ni harta dia. Kau tak payah lah nak ceramah-ceramah aku bagai. Kau tu pun sama, bukannya bagus sangat pun. Depan aje tunjuk alim, belakang macam iblis." Kalau cakap pasal harta, nak aje aku koyak-koyak rabak mulut perempuan depan aku ni. Dia pun dah berjangkit dengan mak su agaknya jadi mulut puaka!
"So, kau yang dulu degil tak nak dengar cakap aku kau tanggung lah sendiri. Tak lama lagi, rumah ini akan jadi milik mak su semula. Eh, jap. Aku dengar mak su nak jual rumah ni and mak su nak jadikan rumah ni lagi lawa daripada rumah kayu buruk ni. So, rumah tu pula akan ditukar nama, atas nama aku." Dia ketawa gedik sambil menjeling tajam ke arahku. Aku masih mampu bersabar. Malas melayan dia, aku meneruskan kerjaku. Hati yang sedang berapi ini cuba ditahan agar tidak meletup.
"Kesian kau Rina. Tu lah, degil sangat kan. Lepastu nenek dah mati, apa kau dapat? Nak menangis air mata berdarah pun dah tak guna lah dik." Dia ketawa lagi.
"Kau memang tak guna kak! Aku ni adik kau, sanggup kau buat macam ni dekat aku. Kau memang kejam! Kalau arwah mak masih ada mesti dia akan menyesal dapat anak macam kau ni!"
Aku sudah tidak tahan akhirnya terkeluar juga kata-kata menyakitkan hati dia itu. Padan muka! Biar perempuan tak guna ni sakit hati macam apa yang aku rasa sekarang ni!
Dengan itu, laju tangannya menarik kuat rambutku. "Apa kau cakap?! Aku kejam?! Aku tak guna?! Habis tu, kau tu berguna sangat lah? Kalau arwah mak masih ada, aku rasa dia pun geli lah nak jadikan kau anak dia. Nak pandang kau pun jijik sebab dah jual badan sendiri kat lelaki." Sindir dia buatkan hati aku sakit. Terluka kembali. Perit! Dia ketawa sinis.
"Sakit lah!" Aku terjerit kecil menahan kesakitan. Tajam aku renung Alya. Dengan penuh kebencian aku pandang dia. Aku benci dapat kakak begini!
Tiba-tiba ada satu suara membuatkan genggaman pada rambutku dileraikan oleh Alya.
"Alya! Mana nya air mak su ni? Mak su nak air kosong, tak mahu lah air teh ni. Siapa lah agaknya yang buat, rasa tawar." Aku pula yang terasa hati apabila mak su cakap begitu. Betul ke air aku tawar? Pasti mak long juga tidak minum air yang aku buat itu. Ya Allah, ni mesti cuai lupa letak gula. Asyik menangis aje daripada tadi.
Alya senyum sinis padaku. "Oh ye ke, mak su? Okey, kejap ya. Alya ambilkan air untuk mak su." Dia terus melangkah pergi mencapai cawan dan mengisi air kosong dan dibawa kehadapan.
Entah kenapa, saat-saat ini senang sangat air mata nak jatuh. Mudah. Menitik berkali-kali air mataku di atas pipi. Sebak hatiku. Aku dah tiada sesiapa. Semua pandang jijik padaku. Aku dah tiada nenek, jika nenek ada bolehlah aku mengadu dekat dia. Tapi sekarang siapa lagi aku nak mengadu? Dimana lagi tempat untuk aku mengadu?
*******
Malam itu, bacaan Yassin dimulakan. Selesai bacaan yassin kami diadakan makan malam bersama. Ramai juga yang hadir pada malam tahlil itu.
Aku melihat mak long ramah dengan orang-orang kampung yang hadir majlis tahlil pada malam itu walaupun mak long datang ke kampung ini hanya sebulan sekali. Aku juga faham keadaan mak long yang sibuk dengan kerja. Jadi, aku tidak boleh menyalahkan wanita itu. Wanita itu juga sudah banyak membantuku dahulu.
"Khai!" Suara itu, aku berpaling. Terkejut besar aku melihat seseorang lelaki yang bertubuh tinggi, berpakaian kemeja putih, lengan bajunya dilipat hingga ke siku membuatkan penampilannya itu boleh cairkan anak dara orang lain yang memandang nya. Lagi-lagi wajahnya yang sungguh kacak itu.
Doktor Arayyan? Dia buat apa di sini? Bagaimana dia boleh muncul. Aku teguk liur. Takut nak mendekati nya takut ada mata-mata yang memerhati aku dan dia dari jauh. Jantung aku mula buat hal berkencang dengan hebat.
"Errr...Awak ada apa datang sini? Macam mana awak boleh tahu kampung saya di sini?" Soalku pelik. Dia bukannya tahu kampung aku pun, aku pun tak tahu rumahnya di mana.
"Rumah saya di hujung sana. Jarak rumah saya dan rumah awak tak terlalu jauh. Jadi, baru saya tahu ni rumah awak. Saya pelik juga tengok rumah ni ramai orang datang, saya tanyalah ada seorang pakcik tu. Dia kata, ada orang buat tahlil di sini. Nasib baik saya tak salah rumah. Ini lah rumah awak." Jelasnya. Aku hanya mengeyakannya.
Haih, macam mana lah rumah aku dengan rumah dia boleh dekat? Aku kira-kira memang dah tak mahu berjumpa dengan lelaki ini lagi. Perasaan benci padanya sedikit demi sedikit mula timbul apabila dia tipu aku. Soalan aku pun dia tak jawab lagi.
"Oh. Awak jiran saya lah?" Acuh tak acuh aje aku soalnya kembali.
"Yup. Mungkin." Balasnya.
"Err...Betul lah tu apa pakcik tu cakap tadi. Malam ni mak long saya ada buat majlis tahlil untuk arwah nenek saya dan mak ayah saya. Tapi majlis bacaan yassin dah habis. Kalau awak nak makan, pergi lah." Kataku tak menunggu lama lantas kembali melangkah untuk masuk ke rumah. Menolong acik Yah apa yang patut. Tak manis pula kalau orang tengok aku berdua-duaan dengan doktor Arayyan.
"Err...Tak apa lah. Saya baru aje lepas makan. Err...ada apa-apa yang nak saya bantu?" Soalnya membuatkan kaki aku kembali mati untuk melangkah.
"Tak perlu lah. Saya tak nak menyusahkan awak. Lagipun, kerja semua ni sikit aje." Aku menolak. Tak mahu menyusahkannya. Melihat sepertinya dia baru balik kerja. Tapi, aku tak boleh tengok dahinya yang ada kesan parut itu. Mungkin itu kesan semalam dia berlumuran darah. Aku pun tak tahu apa yang terjadi padanya semalam. Mahu panik aku melihatnya semalam.
Tak menunggu lama, aku terus melangkah pergi. Aku pasti, dia tahu aku sedang merajuk saat ini. Aku melihat wajahnya tadi seakan-akan mahu pujuk aku. Tapi malas aku nak layan.
********
Aku membawa pinggan-pinggan yang berada di ruang tamu tadi lalu aku membawa ke dapur. Bukan di rumah aje ramai, di luar pun ramai.
Siap pasang khemah lagi untuk orang-orang yang tidak dapat masuk ke dalam rumah itu, kerana rumah ini sedikit sempit.
Kebanyakan pakcik-pakcik yang duduk lepak di bawah khemah itu sambil menghirup air teh tarik yang dibuat oleh acik Yah.
Aku melihat Acik Yah sedang sibuk mengemas di ruang tamu. Kesian aku melihatnya. Semua dia yang buat. Kakak? Hm, langsung tak berguna.
Tadi baru sahaja aku nampak dia sedang duduk menggedik bersembang dengan anak imam. Pandai cari yang kacak, tapi perangai sendiri tak sama dengan muka dia. Acah-acah cantik je lebih.
Bila anak imam itu tidak selesa bersembang dengan dia, Alya terus berjalan masuk ke dalam rumah. Ah, gembira aku tengok. Anak imam tu kan belajar daripada tahfiz. Mana lah dia suka kalau perempuan ada menggatal dengannya.
Aku menolong acik Yah untuk mengangkat pinggan dan cawan orang yang sudah selesai makan.
Apabila cik Yah dapat tahu nenek sudah tiada, dia juga sedih. Bagaikan kehilangan orang yang dia sayang. Tetapi, memang betul pun.
Acik Yah memang rapat dengan nenek. Siapa je tak sedih kalau orang yang kita sayang dah pergi.
Sewaktu aku mahu melangkah masuk ke dapur menghantar pinggan di dapur, aku dapat dengar ada satu suara yang sedang bercakap.
Tetapi dapatku dengar jelas mereka sedang bercakap tentang aku!
"Mak su, siapa lelaki yang Rina bercakap tadi tu? Handsome nya dia. Jealous pula Alya. Tapi, Alya tak nak cemburukan hati Alya, so Alya anggap yang mereka berdua tu hanya kawan. Harap betul lah anggapan Alya tu." Aku dengar suara Alya bercakap.
Sah, mereka nampak aku bersama Doktor Arayyan tadi. Tapi aku bukannya bermesra-mesra dengan dia. Ketawa pun tak. Itupun orang dah anggap aku ni macam kekasih doktor Arayyan?
"Hm, entah lah. Tapi, tengok dia selekeh-selekeh macam tu ada juga orang selera dengan dia ya? Mula-mula aku pun ingatkan itu kekasih Rina. Hm, aku pun tak tahu. Kalau si lelaki tu tahu yang Rina tu dah tak ada dara, pernah terlanjur dengan entah mana lelaki mesti dia tinggalkan Rina tu awal-awal." Suara mak su pula.
Seperti biasa, dia kalau cakap tentang aku, kutuk tentang aku pasti ayat itu sangat pedih dan perit terluka bagi aku. Hati aku betul-betul sakit.
"Isy, tak boleh jadi ni! Kalau tu kekasih Rina, Alya kena cepat-cepat rampas daripada dia! Tengok dorang berdua tu tak setaraf langsung. Tak sesuai. Kalau dengan Alya, mesti sesuai."
Kau nak rampas doktor Arayyan tu? Rampas lah. Aku tak kisah pun. Dia bukannya milik aku. Sungguh aku rasa tidak puas hati sekarang ni. Nak aje aku munculkan diri di dapur itu tapi aku sabar. Sabar, Rina. Aku mahu dengar lagi perbualan mereka berdua.
"Hah, bagus lah tu. Siapa je selera dengan perempuan macam Rina tu. Dah lah kurus keding, selekeh, tak pandai bergaya langsung. Kau Alya, jangan jadi macam dia. Geli aku tengok. Haih, lelaki tu rugi betul. Dah lah dia handsome, dapat pula perempuan jijik lagi selekeh macam si Rina tu. Aku pun tak faham lah."
Menitis air mataku. Dia kutuk diriku. Ya Allah, sakitnya hati aku ni. Perasaanku tak terkata. Terlalu sakit. Aku ketap bibir kuat-kuat. Mata aku tutup rapat-rapat. Air mata mengalir laju.
Aku masih boleh sabar. Jangan sampai aku hilang sabar, nanti tak pasal-pasal semua segala hormat aku pada mereka berdua hilang! Tak apa, aku masih mampu bersabar. Sabar Rina. Sabar. Ingat pesan nenek.
Mungkin ini semua ujian daripada Allah. Allah sayang hamba dia. Terima takdir. Sabar. Kau kena kuat menjalani pelbagai dugaan.
*********
Aku menghela nafas panjang. Penat. Badan pun dah letih. Baju pun dah basah daripada tadi aku cuci pinggan. Melihat jam pula sudah tepat pukul 10 malam.
Orang ramai sudah pulang cuma tinggal beberapa orang sahaja lagi yang sedang mengemas di luar rumah. Mengemas kembali khemah yang telah di pasang itu.
Sambil-sambil itu aku mengambil angin malam. Tak jadi nak ambil angin malam apabila mataku menangkap satu susuk tubuh yang sangat aku kenal. Doktor Arayyan.
Dia dengan sedaya upaya mengangkat besi-besi khemah yang telah dipasang tadi simpan ke dalam lori. Ya Allah, kenapa dia degil sangat nak tolong kemaskan? Aku dah halang dia, tapi dia tetap degil nak buat.
Aku geleng kepala apabila melihat mata-mata anak dara tertumpu pada doktor Arayyan. Semua sengih-sengih sambil memerhatikan lelaki itu dari jauh.
Patutlah tadi ada sorang makcik tu marah sebab anak dara dia ada yang tak balik lagi, rupa-rupanya tengah intai abang sado handsome tu tengah kemas.
Amboi, gatal betul ya. Aku geleng kepala melihat mereka semua yang masih mengintai-intai doktor Arayyan dari jauh.
Tetapi, entah kenapa, hatiku sedikit terselit rasa cemburu. Entah kenapa, aku tak suka melihat perempuan rapat-rapat dengan dia. Tahu lah doktor tu handsome.
Tiba-tiba bahuku ditolak kasar oleh seseorang. "Isy, kau ni berdiri depan ni dah kenapa?! Orang nak jalan tahu tak?!" Marah Alya sengaja langgar bahuku.
Nasib baik lah ada pintu rumah yang dapat aku tahan daripada terjatuh tersungkur di tangga rumah itu.
Alya menjeling tajam ke arahku sambil membetul-betulkan kedudukan rambutnya.
"Kau tu yang buta! Ada mata, tapi tak guna!" Sindirku pedih padanya. Padan muka dia! Melihat wajahnya tak puas hati denganku.
"Kau ni dah kenapa hah?!"
"Hai. Kenapa ni?" Suara itu membuatkan tubuh aku kaku. Doktor Arayyan. Dia sudah berada disebelahku. Mungkin dia dengar dan perasan yang aku dan Alya sedang gaduh tadi.
"Err...Hai. I Alya. Ni adik I, Khairina." Alya menghulurkan tangannya pada Doktor Arayyan. Hah, mulalah nak gedik-gedik dengan doktor Arayyan ni. Menyampah aku!
Rasa nak tergelak besar pun ada apabila aku melihat tangan Alya tak disambut oleh doktor Arayyan. Aku melihat Doktor Arayyan hanya sekadar senyum kecil. Isy! Geram aje aku dia senyum begitu. Aku mahukan senyumannya berserta lesung pipitnya. Bukannya senyum tidak ikhlas.
Aku melihat Alya pula yang beria-ria tergedik-gedik senyum-senyum pada Doktor Arayyan. Aku menjeling ke arahnya.
"Oh, hai Alya. I Arayyan, just call me Rayyan. Nice to meet you," ucap doktor Arayyan sambil membuka tali lehernya yang berwarna hitam itu. Dahinya berpeluh. Kasihan dia. Penat mengemas tadi.
"You too, Rayyan." Alya senyum manis pada Doktor Arayyan. Aku yang berdiri di tengah-tengah mereka ni menyampah melihat masing-masing tak habis-habis senyum sambil berpandangan.
Tapi, aku melihat Doktor Arayyan tak seberapa selesa dengan Alya. Alya aje aku lihat dia beria-ria senyum gedik depan doktor Arayyan.
Tapi, doktor Arayyan bukannya cair atau jatuh hati dengan dia. Eh, jap. Kenapa aku rasa macam cemburu pulak ni? Please, Rina! Jangan jatuh hati dekat dia! Tapi...argh! Aku tak boleh, tapi aku tetap cuba untuk tidak jatuh cinta dengan dia. Ingat, dia orang punya!
"Ehem...Errr, awak pergi lah balik. Kan saya dah cakap tak perlu pun tolong kami kemas semua tu. Rasa macam dah menyusahkan awak pulak." Aku bersuara menyedarkan mereka berdua ke dunia nyata.
Lagi-lagi fikiran Alya yang sudah melayang ke langit. Doktor Arayyan yang terlalu handsome itu sampaikan anak dara sorang ni pun terpukau dengan wajahnya yang tampan itu.
"It's okey lah, Khai. Saya okey aje. Lagipun, sekarang saya tak ada buat apa-apa di rumah." Bicara Doktor Arayyan. Aku sempat menjeling sekilas ke arah Alya yang sudah menjeling tajam ke arahku. Pasti dia anggap aku kacau daun kan? Padan muka kau!
"Oh ye ke? Terima kasih banyak-banyak Doktor Rayyan sudi tolong kami di sini." Ucapku dengan senyuman manis di bibir.
"No problem. But, just call me Rayyan, pretty. Tak payah lah selitkan sekali doktor tu." Aku dan dia sama-sama ketawa kecil. Terkejut juga dia menggunakan perkataan yang pernah disebut oleh Chris. Pretty. Haih, mahu cair aku di sini.
Kalau aku toleh tengok wajah Alya, sudah merah menahan marah. Mungkin dia sudah bersemut kerana kami berdua bagaikan pasangan yang sweet. Dengan itu, aku nak tambahkan lagi cemburu dia. Biar dia sakit hati!
"Okey, Tuan Rayyan. Nanti kalau tak ada apa-apa kita jumpa lagi ya. And, thank you again sebab sudi tolong kami. Thank you so much." Aku senyum ke arahnya. Alya sudah memeluk tubuh. Mungkin sedang menahan marah dan rasa cemburu.
"Yeah, welcome, pretty. Okey, see you again. Saya balik dulu ya. Semua khemah tu dah siap kemas. Mungkin esok dah boleh hantar ke tempat asal." Bicaranya. Aku cuma mengangguk.
Haih, doktor Arayyan ni macam faham-faham je keadaan aku sekarang ni yang aku nak cemburukan Alya. Nasib baik lah dia layan aku macam kekasih dia. Boleh tambahkan lagi cemburu si minah yang masih tercegat di sebelah aku ni.
"Okey, bye. Goodnight." Ucapku. Ini pun berlakon.
Jangan dia harap lah aku ni sudah berbaik dengan dia. Aku belum habis lagi dengan dia ni. Aku macam ni pun sebab si minah sebelah aku ni. Nak bagi dia cemburu.
Tunggu lah esok, aku mahu jumpa dengan dia lagi. Nak dia jawab soalan aku. Rumah dia pun aku dah tahu, tapi aku kena ada teman. Tak boleh datang ke rumah lelaki nanti tak manis pula kalau orang kampung nampak, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah dengan orang kampung lepastu kena kahwin free dengan doktor Arayyan. Huh, memang tak lah! Aku perlu ajak Ila. Kalau dia ada masa.
Selesai itu, doktor Arayyan terus meminta diri untuk pergi. Aku sengaja memandangnya lama hingga hilang susuk tubuhnya daripada pandanganku. Saja nak sakitkan hati Alya lagi.
"Hei, apa hubungan kau dengan dia hah?!" Soal Alya tiba-tiba. Sakit hati agaknya. Aku senyum sinis.
"Perlu ke kau tahu?" Aku angkat kening sebelah.
Dia masih tak puas hati, aku malas nak layan si minah tu laju kaki masuk ke dalam rumah semula. Nak rehat. Badan betul-betul sudah penat. Esok pagi lah kita buka cerita baru.
Hai sayang-sayang saya semua! Apa khabar? Hehehe..hope korang suka dengan Bab ni >< InsyaAllah kalau Nana ada masa Nana akan update lagi esok...kalau nana baik hati nana akan double update esok hahahha InsyaAllah...Jangan lupa Komen tentang Bab ni ya, thank you, sayang² semua! Bye! <3
Share this novel