Mata yang masih berat aku buka perlahan-lahan. Mencuba buka mata. Kepala aku tak payah nak cakap dah. Berdenyut-denyut sewaktu aku cuba mahu bangun. Tetapi, tidak jadi nak bangun apabila ada seseorang menghalang.
"Sayang, dah sedar." Aku menyandarkan tubuh di kepala katil. Masih terasa sakit dibahagian perutku itu. Kepala pula menambahkan kesakitan pada diriku. Haih, apa lah nasib aku hari ini.
Suara itu buatkan aku semangat untuk kembali hidup seperti normal. Entah kenapa, rasa nyawa sekarang ni bagaikan nyawa-nyawa ikan. Ah, hero aku. Pengubat untuk diriku. Tengok muka dia pun dah dapat hilangkan luka dihatiku entah apa lagi dengar suaranya dapat mengubat kesakitan pada diriku.
Tanganku dicapai oleh Rayyan lalu dikucup lama olehnya. Aku senyum lebar. Dia duduk dibirai katil sambil menatap wajahku.
"Sayang tak apa-apa ke?" Soalnya sambil merenungku. Memeriksa wajahku jika di wajahku ada cedera. Aku senyum lebar.
"Jangan risau, abang. Khai, okey je." Kepala yang masih terasa berdenyut-denyut aku pegang. Masih terasa sakit.
"Sial! Mereka semua kejam! Ini sudah lebih-lebih!" Bisiknya sendiri sambil mengepalkan penumbuknya. Aku pula yang risau melihat dia mula naik angin.
"Abang, jangan lah macam ni. Khai tak nak abang macam ni. Khai okey je lah, bang." Aku memberi dia kepastian yang aku tidak apa-apa.
Dia memandang wajahku. Kepalaku diusap lembut olehnya lalu dikucup dahiku. Aku hela nafas panjang. Bersyukur aku selamat.
"Abang tak boleh terima apa yang mereka sudah buat pada Khai. Mereka sudah lebih! Tapi, abang rasa mungkin ini amaran daripada mereka. Sayang, abang tak nak kehilangan Khai. Abang sayangkan Khai." Bicaranya lalu memegang kedua-dua tanganku.
Melihat jelas wajahnya yang tidak mahu aku hilang di sisinya. Aku faham. Aku tahu semua itu. Nyawa aku akan hilang jika Rayyan tidak bertindak apa-apa pada kumpulan mafia musuh ketatnya itu.
Sumpah, aku juga tidak mahu kehilangan dia. Hanya dia yang aku ada saat ini. Biar lah susah senang bersama dia, janji aku tidak kehilangan dia buat selama-lamanya.
"Khai pun sama, bang. Khai tak nak kehilangan abang. Khai sayang abang." Erat dia memeluk tubuhku. Air mata yang tidak dapat ditahan-tahankan akhirnya jatuh jua.
Pelukan kami dileraikan, dia menyeka air mataku. Kami mengambil masa untuk bertenang dahulu. Memujuk diri sendiri agar bertenang.
"Khai, abang tak nak Khai kerja. Abang nak Khai berhenti kerja. Abang yakin, kalau Khai kerja dia akan cari Khai di tempat kerja Khai pula. John tak bodoh, Khai. Apa yang dia nak dia akan buat, dia akan tetap mencari kita sampai dapat."
Rayyan mula bersuara. Aku angkat wajah memandangnya. Sedikit terkejut kerana dia menyuruhku untuk berhenti kerja.
"Berhenti kerja?" Soalku kembali seperti tidak percaya. Entah kenapa, rasa berat sangat untuk aku berhenti kerja. Di mana lagi aku nak cari duit?
"Ya, sayang. Abang nak Khai berhenti kerja buat sementara ni. Abang risau sangat kalau Khai jadi apa-apa ditempat kerja nanti macam mana?"
Aku masih berbelah bagi untuk berhenti. Lama aku menatap mata Rayyan. Tiba-tiba, kata-kata Chris terngiang-ngiang dipeluput telingaku sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terjadinya kejadian itu.
Aku teguk liur, setuju ke tak ya? Sumpah aku rasa susah sangat nak terima jika Rayyan memberi aku duit. Rasa langsung tidak selesa. Tetap mahu bekerja sendiri, susah payah mencari duit sendiri dan aku tetap akan menggunakan duit titik peluh aku sendiri.
Tak selesa menggunakan duit Rayyan. Sudah banyak sangat aku menyusahkan dia. Dah banyak sangat dia tolong aku dalam hal yang sulit.
"Khai setuju?" Soal Rayyan. Aku masih teragak-agak untuk menjawab.
"Kalau itu perkara yang terbaik dan selamat untuk kita berdua, Khai setuju." Jawabku. Betul juga apa yang dikatakan oleh Rayyan. Buat lah si John tu cari aku sampai jumpa di kedai macam mana? Nak lari pun dah tak sempat.
Rayyan senyum lebar. Aku menghela nafas lega. Berdoa berharap mereka tidak lagi ganggu kami. Sumpah aku masih trauma dengan perkara itu.
"Abang minta maaf sebab dah menyusahkan sayang," Ucap Rayyan bagaikan dia yang salah tapi sebaliknya aku yang salah. Aku mengaku aku salah.
"No. Abang tak salah pun, Khai yang salah. Khai dah banyak sangat menyusahkan abang. Khai yang sepatutnya minta maaf pada abang."
Pipi kananku diusap lembut olehnya. Dia mengukir senyuman manis. Ah, bikin aku cair! Nak menangis terus tak jadi menangis tengok dia punya senyuman tu. Kacak!
"No, darling. Khai tak salah pun. Sayang langsung tak menyusahkan abang. Tak perlu nak minta maaf dengan abang sayang. I'm just for you, sweetie. Don't be sad, I will always be by your side, sweetheart." Bicaranya dengan sungguh lembut.
Hatiku yang terluka tadi rasa bagaikan sudah terubat. Kepalaku dan perutku yang masih sakit rasa bagaikan sudah hilang semuanya rasa sakit itu. Rasa diri ini sudah diubat. Aku senyum lebar-lebar. Laju sahaja aku memeluk tubuhnya. Terharu sangat. Tanpa dia, pasti aku lebih teruk hidup nanti.
Makin lebat air mataku mengalir di pipi. "Thank you abang. Thank you so much! I love you!"
********
"Pretty!" Terkejut aku apabila melihat Chris yang baru turun daripada anak tangga itu. Melihat dari segi pakaiannya itu, mungkin mahu ke tempat kerja. Aku senyum, tapi pertama sekali aku lihat pada dirinya itu dibahagian luka di tepi bibirnya.
Aku menghela nafas lega, dia sudah meletakkan ubat. Dia berjalan menghampiriku. Kejadian semalam buatkan aku rasa takut. Nasib baik lah ada Chris bersamaku semalam.
Kalau tidak, pasti aku kena culik lagi oleh kumpulan mafia jahat tu.
Lebar betul senyuman dia. Saat ini, wajahnya bertukar ceria daripada yang semalam. Terkejut juga aku melihatnya.
"Awak tak apa-apa ke? Ya Allah, saya risau sangat-sangat tentang awak, Chris." Ujarku jujur. Sumpah, aku risau sangat dengan keadaannya. Dia senyum lebar.
"Jangan risau lah tentang saya, pretty. Saya okey aje." Balasnya membuatkan aku sedikit lega.
"Terima kasih Chris selamatkan saya. Tanpa awak, saya tak tahu lah jadi macam mana dekat diri saya ni." Ucapku, banyak sungguh aku terhutang budi dengannya.
"It's okay, pretty. Hal kecil aje. Saya nak keluar dulu, awak jaga diri ya. Nanti apa-apa call je saya," pesannya sebelum melangkah keluar daripada rumah itu. Aku hanya mengangguk lalu tersenyum lebar.
Melihat kelibat Rayyan sudah tiada, pasti sudah pergi kerja awal pagi tadi. Aku menghantar Chris ke depan rumah sehinggalah lelaki itu pergi daripada kawasan rumah ini.
Aku tidak jadi mahu melangkah masuk semula ke dalam rumah apabila ada seseorang memanggil namaku. Pagar besar itu automatik terbuka semula dan orang yang sangat kukenali itu dengan selambanya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah ini.
Dia berjalan ke arahku sambil menjeling sekeliling kawasan rumah ini. Aku memeluk tubuh sambil menjeling sinis ke arahnya. Apa lah yang dia mahukan? Hari itu Alya yang cari gaduh dengan aku pagi-pagi. Sekarang ni mak su pula nak cari gaduh dengan aku pagi-pagi ni?
Pelik-pelik betul lah dia orang berdua ni. Ada-ada sahaja yang tidak puas hati dengan aku.
"Wow, semakin kaya kau ya sekarang? Dah dapat suami kaya, mafia lagi. Boleh lindungi kau. Haih, untung betul kau ya, Rina. Dah buat taik pada keluarga kami, kau lari begitu sahaja." Sinis dia bersuara sambil bercekak pinggang memandangku dengan penuh kebencian.
Hati yang sudah mendidih berapi, aku cuba memujuk hati sendiri. Sabar. Biarkan mereka fitnah aku, sebaliknya aku bukan apa yang mereka cakap. Aku harap sangat satu hari nanti dia dapat tahu semuanya dan apa yang mereka cakap itu semuanya salah.
"Mak su, kalau datang sini sekadar nak sakitkan hati Rina, lebih baik mak su balik je kut. Tak payah lah nak sindir-sindir Rina, nak bagi ayat yang menyakitkan hati Rina, tak payah. Rina dah malas nak dengar. Rina tak kisah lah kalau mak su nak cakap yang suami Rina tu jahat ke apa, tapi sebaliknya suami Rina bukan seperti apa yang mak su cakap. Mak su sebenarnya cemburu kan, sebab tak dapat bagi Alya kahwin dengan Rayyan. Bukan mak su je, entah-entah perempuan tu pun sama. Cemburu." Sindir ku pula dengan jelingan maut sekali aku berikan padanya. Biar dia pula yang sakit hati.
Dia pandang aku pula. Kali ini dia pula yang renung tajam ke arahku. Ah, sakit hati lah tu. Kan dah kena balik. Padan muka.
"Apa kau cakap? Hei, kau tahu tak, dulu yang kau makan semua tu duit aku tau! Beras yang kau guna tu pun duit aku! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, Rina! Mati kau, aku kerjakan kau! Mentang-mentang lah kau dah kaya, lepastu kau nak berlagak! Aku rasa kalau Rayyan tu tahu perangai sebenar kau ni mesti dia menyesal hidup dengan kau!" Bentak nya padaku. Wajahku masih tenang. Buat apa nak naik angin sedangkan di depan aku ni sudah naik hantu bagaikan orang gila.
Lepastu tak habis-habis lagi nak ungkit tentang duit dia dulu. Tak ikhlas langsung bagi kami makan dulu. Aku rasa bagaikan dulu aku makan duit haram. Mak su sungguh kejam. Kenapa lah aku dapat mak cik saudara macam ni?
"Mak su ni dah kenapa? Semua benda nak diungkit dah kenapa? Harta mak su, tanah mak su, semuanya Rina dah pulangkan. Sampaikan mak su halau Rina keluar daripada rumah tu, sekarang mak su nak apa lagi daripada Rina? Apa lagi yang mak su tak puas hati dengan Rina?" Hati makin berapi saat ini. Sudah tidak tahan. Menyampah pun ada bila dia datang ke sini tiba-tiba nak bertekak dengan aku.
"Tak ada masa betul lah nak layan dia ni. Bertekak pagi-pagi macam ni. Tak malu betul lah orang tua ni." Entah kenapa, kata-kata itu terlepas daripada mulutku sendiri kerana hati sudah terlampau panas.
Aku sedikit tergamam. Macam mana ayat dihati aku itu boleh terlepas? Aku teguk liur. Melihat wajah mak su makin marah. Bertambah marah dia saat ini.
"Apa kau cakap? Aku tak malu? Aku tak malu ke kau yang tak malu sebab kau dah burukkan nama keluarga aku!" Laju sahaja dia menarik kuat kepalaku lalu ditolak tubuhku hinggakan tubuhku terjatuh tersungkur di atas tanah.
Aku pegang kepala yang terasa sakit. Melihat mak su mendapatkan aku lalu aku yang masih terduduk memegang kepala yang masih sakit itu, lantas mak su menyepak kuat kakiku. Ya Allah, saat itu hanya Allah aje tahu.
"Aku dah cakap banyak kali kan! Kau jangan kurang ajar, Rina! Aku masih tak puas hati dengan kau!" Kepalaku ditarik kembali lalu dia melayangkan kuat satu penampar di pipiku. Sungguh perit. Lagi sakit hatiku saat ini.
"Sakit lah mak su!" Aku memegang pipiku. Air mata mengalir laju. Dia memijak-pijak pula kakiku lalu ditendang pinggangku. Ya Allah, tak terkata saat itu. Sakit sangat.
"Apa kau cakap?! Apa yang aku masih tak puas hati dengan kau?! Hah, ni yang aku tak puas hati dengan kau!" Kepalaku ditonjol olehnya dengan sangat kuat.
Aku tak tahu lah apa nasib aku kali ini. Banyak sungguh dugaan hari ini. Aku hanya mampu redha. Berserah semuanya kepada Allah.
"Ya Allah, kenapa ni?!" Suara itu membuatkan mak su sedikit tersentak. Aku rasa pasti wajahku sudah lebam dipukul oleh mak su. Aku sudah tidak berdaya untuk bangun, sekarang tubuhku hanya terlentang di situ. Sumpah sakit sangat.
Dapat kulihat Rayyan mendapatkan kami. Berkerut-kerut dia memandang mak su dan wajahnya bertukar merah. Dia marah.
Laju langkahnya mendapatkan aku. Dia menolongku untuk bangun, aku lemah tidak mampu berdiri. Bahuku dipeluk olehnya sambil merenung tajam ke arah mak su yang telah melakukan ini padaku.
"Hei, kau tak payah lah nak cakap kenapa semua tu? Kau tanya sendiri dengan isteri kau yang kurang ajar dengan orang tua ni! Tak ada adab langsung! Hei, Rina! Kau ingat ya, kau tak akan selamat Rina! Hidup kau akan hancur aku buat satu hari nanti!" Bentaknya terselit amaran padaku lalu dia melangkah pergi meninggalkan kami.
Aku lemah. Tidak mampu buat apa-apa. Air mata makin laju mengalir. Kenapa semua ini terjadi padaku? Kenapa?! Sumpah aku lemah. Aku tidak kuat untuk lalui semua ini.
"Mak cik pun sama! Jangan ingat makcik tu pun selamat! Kalau terjadi apa-apa pada isteri saya, saya tak akan maafkan makcik!" Kini Rayyan pula yang memberi amaran keras pada mak su. Mak su langsung tidak peduli. Dia berjalan melangkah pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.
Perlahan-lahan Rayyan memapah tubuhku untuk bangun. Walaupun aku lemah saat ini aku masih boleh berjalan. Dia suami yang paling sweet, laju sahaja mendukung tubuhku lalu dibawa aku masuk ke dalam rumah. Aku senyum kecil.
Kini tubuhku dilabuhkan di atas sofa di ruang tamu. Kelibat Rayyan hilang seketika dan kembali muncul dengan satu peti kecemasan yang dibawa olehnya. Dia kembali duduk di sebelahku. Wajahku direnung lama.
Menitis air mataku kerana hati saat ini sangat-sangat sebak. Sedih. Aku sedikit pun tidak menoleh memandang Rayyan yang masih setia disebelahku itu.
Makin lebat air mataku saat ini. "Kenapa semua ni terjadi pada Khai, abang? Kenapa? Khai ni tak berguna langsung ke? Kenapa semua ni Khai yang kena lalui? Kenapa?!" Jeritku dengan sangat kuat. Aku meluahkan segala-galanya yang terbuku dihati. Sakit sangat hati ini.
Kalau ikutkan hati mahu aje aku menjerit kuat-kuat melepaskan apa yang terbuku dihati. Mungkin dengan cara itu aku puas hati.
Langsung aje Rayyan menarik aku ke dalam pelukannya. Erat dia memeluk tubuhku. Aku masih menangis teresak-esak di dalam pelukannya. Tidak tahan lagi dengan semua ini.
"Tak, sayang. Tak. Khai bukan apa yang dia cakap. Khai bukan perempuan begitu, sayang." Rayyan memujukku. Belakang tubuhku diusap lembut olehnya. Aku tidak dapat menghentikan tangisan. Terus aku lepaskan segala-galanya.
"Sayang. Abang tahu perasaan sayang macam mana. Abang yakin sayang kuat. Kita dah janjikan nak lalui semua ini bersama-sama. Kalau Khai rasa sakit, abang pun akan sakit, sayang. Kalau Khai jatuh, abang pun akan jatuh. Jadi, kita bangkit bersama-sama. Abang percaya sayang kuat. Kuat lalui dugaan ini." Suaranya memujuk aku. Hati aku sedikit tenang di dalam pelukannya. Lama dia memeluk tubuhku sehinggalah tangisanku semakin reda.
Aku memandang wajahnya. Air mataku diseka oleh Rayyan. "Tapi, Khai lemah abang. Khai lemah. Khai tak kuat. Khai tak boleh lalui semua dugaan ini. Khai lemah, Khai tak guna!" Aku masih menyalahkan diri sendiri.
Tidak dapat terima semua ini. Kalau nenek masih ada, semuanya aku luahkan pada nenek. Tapi sekarang nenek sudah tiada, makin bertambah sebak di dada ini. Sumpah aku rindu dekat arwah nenek saat ini.
"No, sweetheart. You are strong. I'm always by your side, sweetheart. I always support you. Don't blame yourself. You are completely innocent. You can go through all the trials of life. You can." Bicara Rayyan memberi aku semangat. Dia pun tahu keadaan aku bagaimana.
Sumpah aku terharu sangat dengan dia. Lebat kembali air mata aku mengalir. "Thank you, abang. Kalau abang tak ada di sisi Khai, mungkin Khai akan menyerah." Ujarku pula yang masih terasa diri ini lemah.
"Mak su tak pernah anggap Khai macam anak saudara dia sendiri. Dia lebihkan kakak daripada Khai. Dia benci Khai bagaimana dia benci arwah mak dahulu. Sewaktu arwah mak pergi semasa Khai dan kakak umur 6 tahun, arwah nenek juga lah yang sudi jaga kami. Kami selalu dipukul oleh mak su sewaktu arwah nenek pergi kerja. Saya tak akan lupa apa yang dia dah buat pada saya dahulu hingga sekarang. Saya benci dia! Saya menyesal dapat mak cik saudara seperti dia!" Luahku yang terbuku dihati. Aku menunduk sambil meraup wajah.
"Akak pun dah tak anggap saya ni macam adik dia sendiri. Dia dah anggap saya macam orang luar. Kalau arwah nenek ada, dia lah yang selalu memberi saya semangat. Tapi, arwah nenek dah tak ada. Saya bersyukur kerana masih ada seseorang yang mampu memberi saya semangat. Thank you, abang." Sambungku lagi. Dia senyum lebar lalu mengusap lembut pipiku yang mengalir air mata itu.
"Abang faham, sayang. Abang akan sentiasa ada di sisi, sayang. Khai kena kuat, abang pun kena kuat untuk kita bersama-sama lalui dugaan ini. Don't be sad, honey. I don't like to see you sad. Later I will also be sad. You have to be strong through all this." Pujuknya lagi. Aku memandangnya. Senyum lebar. Hatiku sedikit terubat. Tenang.
"Thank you abang. Thank you sangat-sangat. Khai ni dah banyak sangat terhutang budi dengan abang. Thank you so much abang." Menitis lagi air mataku. Lantas aku memeluk kembali tubuhnya. Erat-erat. Sumpah aku tak mahu kehilangannya. Aku sangat-sangat sayang padanya.
"Dah, dah...Jangan menangis. Tak cantik dah isteri abang ni, mari sini abang letakkan ubat dekat luka sayang tu." Dia mencapai ubat-ubat untuk meletakkan di luka ku.
Pasti wajahku lebam. Sakit sangat. Aku hanya akur. Perlahan-lahan dia meletakkan ubat di tepi bibirku. Aku sedikit terjerit kecil menahan kesakitan itu.
"Sorry." Perlahan-lahan dia meletakkan ubat itu kembali. Lama aku merenung wajahnya. Wajah ini tak akan ku lupa.
Selesai meletakkan ubat itu pada luka di tepi bibirku, baru aku teringat sesuatu. "Abang..." Panggilku sewaktu Rayyan sedang sibuk mengemas ubat-ubat yang tadi digunakan dan disimpan kembali ke dalam peti kecemasan itu.
"Yes, darling."
"Bukan ke abang pergi kerja tadi? Kenapa abang tiba-tiba balik?" Aku masih tertanya-tanya tentang itu. Pelik. Aku dipukul teruk oleh mak su tadi, tiba-tiba pula hero aku boleh muncul. Ah, jodoh kami kuat.
"Abang balik sekejap tadi. Ada barang tertinggal. Abang balik aje, tengok ada orang bising-bising. Terkejut juga abang tengok sayang kena pukul dengan mak su. Kejam betul dia tu." Kelihatannya, wajah Rayyan masih marah. Mungkin masih tidak puas hati dengan apa yang mak su sudah buat padaku.
Aku senyum kecil. Tangannya aku capai lalu aku usap lembut. Menurunkan sedikit kemarahannya dan menenangkan dia yang sedang marah.
"Khai dah biasa, bang. Dah banyak kali sangat badan ni kena pukul dengan dia. Kena tendang, semua pernah kena. Khai tak kisah pun. Khai tahu Khai salah. Khai kurang ajar dengan dia. Abang tak perlu risau lah. Khai baik-baik sahaja kalau abang sentiasa ada di sisi Khai. Abang selalu beri Khai semangat. Thank you, my hero."
Makin lebar kami berdua senyum. Hati masing-masing sudah terubat. Aku juga lega melihat dia senyum, walaupun masih sakit aku cuba senyum padanya yang aku kuat. Aku perlu kuat. Aku tidak lemah. Aku boleh melalui semua dugaan ini bersama dia.
Rayyan senyum lebar lalu mengucup lama dahiku. Aku berasa sungguh tenang dalam keadaan begini.
Bahagia.
**********
Mulai hari ini aku sudah diberhentikan kerja. Sumpah aku rasa otak macam dah tak berguna nak fikir apa kalau asyik terkurung di dalam rumah besar ini.
Sejadah dan telekung aku lipat semula dengan kemas dan letakkan semula di tempat asal. Sempat aku menjeling ke arah jam di dinding, sudah tepat pukul 2 petang.
Haih, nak buat apa ya? Bosan sangat ni. Di luar rumah pula ada 2 orang bodyguard Rayyan yang sedang menjaga kawasan rumah ini. Ah, bagaikan aku ini berada di dalam penjara pula.
Aku merebahkan tubuh di atas katil empuk itu. Memejam mata rapat-rapat. Sedang berfikir mahu buat apa. Kawan pun tiada. Chris? Katanya dia sibuk.
Ila? Hm, baru sahaja tadi aku hubunginya ajak dia keluar rumah mahu jalan-jalan bersamanya. Dah lama juga aku tak keluar dating bersamanya. Tapi, aku lupa yang dia sekarang kerja. Ah, macam mana boleh lupa!
Sekarang kepala otak aku dah jammed. Tak tahu nak buat apa. Nak menangis pun ada, nak ketawa pun ada. Jangan sampai aku jadi orang gila pula. Tapi, mahu ketawa kerana teringat kembali rakan-rakan kerjaku yang suka menghiburkan aku sewaktu di tempat kerja. Lagi-lagi Ila dan Afiq. Suka sangat buat lawak masuk air dorang tu.
Entah mana datangnya idea, aku teringat sesuatu perkara. Kata-kata Chris itu bagaikan terngiang-ngiang ditelingaku.
Lantas tubuhku yang sedap baring di atas katil empuk itu kembali aku bangun.
Rayyan!
Nama itu sangat kuat berada difikirkanku. Rindunya dekat dia sedangkan tadi baru sahaja dia hubungiku. Ah, tak boleh! Aku tetap mahu menatap wajah kacaknya itu. Aku mahu jumpa dia.
"Kalau awak asyik duduk dengan dia, pasti dia hilang stress. Nurse yang ada di situ pun rasanya tak jadi terus mereka nak berhenti kerja kerana perangai Rayyan berubah setelah awak berada di sisi dia. Awak pun tak penat bila hari-hari tatap muka dia."
Kata-kata Chris itu terngiang-ngiang dipeluput telingaku. Ya, aku isteri Rayyan. Buat apa aku nak kerja? Kerja seorang isteri ialah melayan suami. Sekarang ini kami berdua semakin jauh. Jumpa pun jarang-jarang.
Kalau jumpa dia, pasti esok pagi. Kerana dia pulang ke rumah pun lewat malam setelah aku sudah tidur. Aku senyum lebar.
Dah dapat idea yang paling bernas. Kaki terus melangkah ke almari baju. Mencari baju yang cantik-cantik sikit untuk aku pakai.
Dah jumpa!
Sepasang baju jubah fesyen berwarna merah aku mencapai jubah tersebut. Cantik. Aku sangat suka dengan warna merah.
Dah alang-alang aku suka merah, mataku menangkap satu helai tudung showl berwarna merah. Tak silap aku, Rayyan pernah berkata. Itu tudung arwah ibunya. Aku senyum lebar sambil mencapai selendang cantik itu. Siap ada corak bunga ros merah lagi di situ.
Okey, aku perlu siap segera!
********
Tak berkelip mata dua orang lelaki yang berada dihadapanku itu yang sedang merenungku atas bawah. Aku sedikit berkerut. Pelik. Kenapa? Pakaian aku ni tak sesuai ke dengan aku? Tak cantik? Buruk?
"Why do you all look at me like that?" Masih tertanya-tanya. Tapi, aku bukannya pakai mek up tebal pun. Hanya sekadar liptink berwarna sedikit merah jambu dan juga bedak muka. Tidak terlalu banyak aku memakai liptink. Hanya sedikit bagi nampak bibir merah-merah gitu. Tidaklah muka aku nanti kelihatan seperti orang yang tidak makan setahun.
"Oggi sei così bella." Seorang lelaki bersuara. Seperti biasa, aku tidak faham maksudnya. Kebanyakan, orang-orang Rayyan semuanya daripada Italy.
"Scusa, non ha capito quello che hai appena detto." Nasib baik lah ada Zyan. Dia yang sudah faham yang aku tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki Italy itu mula bersuara pada rakannya.
Lelaki Italy itu ketawa kecil. Aku pun tidak tahu apa yang mereka sedang bercakap itu. Sekarang ni, aku masih takut nak keluar. Nampak sangat aku ni macam makcik ke? Buruk ke aku pakai macam ni? Tapi aku lebih selesa dengan pakaian ini.
"Oh, sorry. I mean, today you look so beautiful." Ujar lelaki Italy itu apabila sudah tahu aku tidak faham maksudnya tadi. Mungkin diberitahu oleh Zyan tadi.
Makin kembang hidung aku saat ini. Lebar aku senyum. Pertama kali ada orang memujiku. Ah, mahu sahaja aku menjerit gembira. Cantik sangat ke aku hari ini? Rasanya hari ini aku berpakaian simple sahaja. Tidak terlalu over.
"Thank you."
"Most welcome."
Lelaki Italy itu tidak lepas-lepas memandang aku atas bawah sambil senyum lebar. Aku pula mahu ketawa. Cantik sangat ke sampaikan dia tidak lepas-lepas pandang aku. Tak lama itu, aku melihat Zyan menyiku rakannya itu.
"Ricordare! È la moglie del nostro capo!" Bisik Zyan ditelinga rakannya itu. Tapi dapat kudengar kata-katanya itu. Ah, seperti biasa. Aku tayang muka blur. Tidak faham langsung.
"Err...Rina. Awak nak pergi mana cantik-cantik ni?" Soal Zyan padaku. Aku senyum lagi. Ah, makin kembang lah pula aku.
"Mana ada saya cantik. Biasa je lah. Err...Zyan. Saya nak keluar jumpa Rayyan boleh?"
"Oh, patutlah cantik. Mestilah boleh. Nanti ada yang menangis pula tak dapat jumpa suami sendiri." Usik Zyan sambil ketawa kecil.
Berbahang sudah wajah aku. Tapi cuba lagi senyum walaupun rasa berbahang saat ini. Malunya dia cakap begitu. Ah, tempoh hari lepas kau menangis-nangis depan Zyan boleh pula? Tak malu pula? Sekarang baru lah nak malu! Hati kecil sendiri mula mengejek.
Aku senyum lebar apabila dia setuju untuk hantarkan aku jumpa dengan Rayyan. Harap sangat aku tidak mengganggu dia saat ini.
"Hehe, thank you Zyan. Err...Kejap. Saya lupa nak ambil sesuatu." Aku kembali masuk ke dalam rumah. Mengambil barang yang tertinggal iaitu bekal makanan untuk Rayyan. Mahu makan bersama dia. Kini aku kembali semula mendapatkan mereka yang sudah berada di luar rumah.
Pintu kereta kedudukan dibelakang dibuka oleh Zyan untukku. Aku senyum dan melangkah masuk ke dalam kereta itu.
**********
Kaki melangkah masuk ke dalam hospital itu. Hati rasa tak sabar sangat nak jumpa dengan Rayyan. Rindu aku padanya dah makin membuak-buak.
"Err...Maaf ganggu. Tuan Rayyan tengah sibuk ke sekarang?" Soalku pada jururawat yang bertugas di kaunter hadapan.
"Tak silap saya, pesakit dah tak ada appointment dengan dia. Pesakit sekarang ni pun ada yang jumpa dengan doktor lain. Saya rasa, doktor Rayyan ada di dalam. Puan jangan risau ya, mungkin dia tak ada pesakit untuk di layan sekarang ini." Jelas jururawat itu panjang lebar.
Aku lega mendengar. "Oh, okay. Terima kasih." Kini kaki diaturkan ke bilik yang Rayyan berada. Aku sedikit berkerut apabila melihat pintu itu tidak tertutup rapat.
Entah kenapa, mata menangkap satu susuk tubuh yang sangat aku kenal. Tak jadi terus aku nak tolak daun pintu itu kerana dapat kulihat satu susuk tubuh di dalam bilik itu walaupun pintu bilik ini tidak tertutup rapat.
Alya!
Apa yang dia buat di sini? Kelihatannya mesra sungguh dia bersembang dengan Rayyan. Sumpah aku cemburu sangat-sangat. Suami aku, siapa je tak cemburu jika suami sendiri sedang bersembang mesra dengan perempuan lain.
Aku cuba menahan rasa cemburu dihati ini. Sakit sungguh hati aku saat ini. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghela dengan hati yang lapang.
Jangan sampai hari ini keluar berita adik bunuh kakak sendiri sebab layan mesra dengan suami orang. Ah, aku tak mahu. Jangan sampai jadi begitu pula.
“Ini nombor telefon I, kalau you ada apa-apa nak bagitahu, you boleh call I.” Mesra sungguh suara Rayyan melayan Alya.
"Okey, thank you Rayyan. Nanti ada masa lagi kita jumpa ya." Seperti biasa, Alya bersuara dengan sungguh gedik. Suara kepit. Menyampah aku dengar.
Aku yang sudah tidak tahan duduk di situ, berjalan pergi menjauhi daripada bilik itu. Tunggu masa sahaja air mata jatuh. Sakit hatiku melihat mereka berdua mesra. Bagaikan tidak tahu yang itu suami aku!
"Tak perlu nak sedih la, Rina. Lagi sikit sahaja lagi, Rayyan akan jadi milik aku." Suara itu membuatkan langkahku terhenti.
Alya!
Aku berpusing memandangnya. Tajam aku renung dia. Dia senyum sinis. “Kau buat apa ni, kak? Kau tahu tak Rayyan tu suami aku!” Suaraku sedikit meninggi. Berjalan mendekatinya.
"Ada aku kisah ke? Kalau aku dah berkenan, sekejap aje aku tarik dia jadi milik aku. Pasangan bercinta pun boleh putus entah apa lagi kau orang yang sudah berkahwin. Bercerai." Dia ketawa sinis buatkan hati aku sakit.
"Dah lah, malas aku nak layan kau. Happy hari ni dapat meluangkan masa dengan bakal suami. Okay lah, aku balik dulu. Bye." Bahuku ditepuk beberapa kali olehnya dan dia terus berjalan pergi meninggalkan aku.
Demi Allah, aku tidak boleh terima apa yang Alya cakap itu. Tak boleh nak bayangkan kalau betul apa yang dikatakan oleh Alya itu.
Sumpah aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang. Aku sayang sangat dekat Rayyan. Harap sangat dia tidak makan dengan godaan Alya itu.
Hati yang mula sebak cuba ditahan. Aku berkelip mata beberapa kali agar air mataku tidak tumpah.
Kini kaki mengatur langkah ke bilik Rayyan semula. Mahu memarahi lelaki itu!
Dia sedar tak yang dia tu suami orang. Suami aku. Suami Khairina Aulia!
Kasar aku menolak daun pintu bilik itu, melihat wajah Rayyan yang sedikit terkejut dengan kemunculan aku. Wajah aku serta-merta berubah lembut apabila bertemu dengannya.
Tadi bukan main lagi aku berwajah masam dan mahu memarahinya, tapi kenapa bila aku bertemu dengannya, hatiku sedikit tenang. Perasaan marah padanya hilang begitu sahaja.
Aku teguk liur. Salam tak bagi, ketuk pun tidak, terus sahaja terjah ke dalam bilik ini. Rasa serba salah pula.
"Sayang?" Wajahnya sedikit berkerut melihat aku muncul di sini. Lama dia renung aku atas bawah. Aku mula rasa serba salah. Tak jadi terus nak marah. Tapi, tak! Aku kena juga marah dia. Kena juga cakap tentang ini! Aku tak mahu dia pijak kepala aku nanti.
"Sorry, Khai lupa nak ketuk pintu." Ujarku sedikit perlahan. Masih tercegat di muka pintu bilik itu.
"It's okay, but you are so beautiful today." Masih tak lepas-lepas dia renungku. Tapi, hati aku tetap masih panas dan masih memarahinya.
"Thank you." Ucapku acuh tak acuh.
Aku diam seketika apabila melihat dia merenung apa yang aku pegang. Bekal makanan. Kelihatannya, dia senyum secara tiba-tiba.
"Khai saja je datang sini, bosan duduk rumah. Ingat nak makan sekali dengan abang tapi...." Kata-kataku terhenti apabila dia laju memotong. Baru sahaja aku nak cakap padanya tentang kehadiran Alya tadi, tapi lelaki itu sudah memotong awal-awal.
"Serius? Abang pun tengah lapar sekarang ni. Jom makan sekali." Balasnya gembira. Lantas dia berdiri mendapatkan aku.
Dia menyuruh aku duduk disebuah kerusi berhadapan dengannya. Tanpa dia perasan, aku merenung tajam ke arahnya. Masih tidak puas hati apabila dia bersama Alya tadi di dalam bilik ini. Apa lah yang mereka sembang kan tadi ya? Geram pula aku.
"Sayang suapkan abang boleh?" Soalnya dengan sungguh manja. Aku pula yang cair. Haih, macam mana ni?! Aku yang nak marah terus tak jadi nak marah.
"And, abang suapkan sayang." Ujarnya lagi sambil tersenyum lebar. Aku tidak menjawab hanya tersenyum lebar sambil mengangguk.
Selesai mengaminkan doa makan, kami bersama-sama makan. Keadaan sunyi sepi. Selesa berdiam diri. Aku suap Rayyan, Rayyan pula suap aku. Haih, kalau orang tengok ini pasti ingat kami pasangan paling sweet.
Dan, aku masih terbayang-bayang lagi kata-kata Alya. Kalau lah Rayyan menjadi milik perempuan itu, sumpah aku tak boleh terima. Tapi kalau dah ditakdirkan aku pun tak tahu nak cakap macam mana.
Mungkin hanya ini tinggal kenangan kami berdua. Memori terindah aku bersama Rayyan.
Tanpa sedar, menitis air mataku. Tidak dapat ditahankan lagi. Sungguh sakit hatiku. "Sayang kenapa ni?" Soal Rayyan apabila melihat aku tiba-tiba menangis.
Aku tidak menjawab. Masih menunduk. Air mata tak henti-henti mengalir. Aku pasti, Rayyan tidak senang duduk melihat aku tiba-tiba menangis.
"Sayang. What happened to you, sweetheart?" Soalnya panik. Aku mengangkat wajah pandang dia. Dan, mungkin hanya tinggal wajah kacaknya ini melekat difikiranku setiap hari jika dia ditakdirkan untuk hidup bersama Alya.
Ah, kenapa aku fikirkan begitu? Aku tak mahukan semua itu terjadi dan aku kena lupakan semua itu. Aku percayakan takdir Tuhan. Takdir Allah lebih indah.
Air mataku diseka olehnya. Melihat wajahnya masih tertanya-tanya kenapa aku tiba-tiba menangis.
"Abang sayang Khai tak?" Soalku tiba-tiba. Entah mana datangnya keberanian itu untuk aku bertanyakan soalan itu pada Rayyan.
Rayyan senyum lebar. "Mestilah abang sayang Khai. Kenapa ni? Kenapa sayang tiba-tiba menangis? Abang tak rasa tentang itu buatkan Khai menangis macam ni. Siapa buat Khai? Mak su?" Dengar aje nama mak su, wajah Rayyan berubah merah.
"Err...Bukan. Bukan sebab itu lah abang. Tapi...Khai takut kalau abang tinggalkan Khai. Mana lah tahu abang cari perempuan lain. Khai ni kan gadis biasa. Tak macam Alya tu, dia cantik. Tinggi. Tapi, Khai......" Aku menunduk lagi. Sedih kalau diingat-ingatkan kembali.
Tanganku dicapai olehnya lalu digenggam erat. “Sayang, tak perlulah nak insecure dengan perempuan lain. Awak tu lebih cantik tau. Hari ini abang tengok sayang cantik sangat. Tambah lagi cantik bila sayang pakai selendang arwah ibu. So beautiful."
Kedengaran seperti ikhlas dia memujiku. Aku senyum lebar. Nak marah terus tak jadi. Memang dia pengubat hatiku.
"Thank you. Tapi, abang tak sepatutnya dapat isteri seperti Khai. Tak setaraf. Khai tak sesuai dengan abang. Sebab itulah Khai takut abang tinggalkan Khai. Khai minta maaf kalau Khai tidak berguna menjadi isteri abang." Ujarku lagi dengan nada kecewa. Memang kecewa sangat saat ini. Rasa diri ini rendah sangat, nak dibandingkan dengan perempuan lain memang aku ditolak ke tepi.
Rayyan sangat kacak, senang menarik perhatian ramai wanita di atas muka bumi ini. Tapi, bukan aku. Aku tidak sesuai dengan dia yang sempurna itu.
Daguku diangkat oleh Rayyan untuk kami berdua saling berpandangan. Mata kami berdua bertentangan membuatkan aku dapat lihat jelas mata hazelnya yang cantik itu.
"No, darling. You beautiful, sweetheart. Kenapa sayang kena cakap begitu sedangkan sayang cantik. Macam abang cakap, abang mencintai sayang daripada hati sayang yang sungguh baik. Bukan rupa." Lega aku mendengar kata-katanya itu. Aku senyum lebar memandangnya.
"Thank you again abang sebab sudi terima Khai yang tidak sempurna ini." Ucapku dengan senyuman.
"Tak. Awak sangat sempurna, sweetheart. Jangan rendahkan diri awak. Tunjuk pada mereka semua yang awak sempurna. Setiap manusia ada kekurangan, sayang." Pujuknya lagi padaku agar aku tidak merendahkan diri sendiri.
Makin lebar aku senyum. Cepat-cepat aku seka air mata. Hati terus diubat kembali. Tapi, ada satu perkara yang tidak dapat buat aku senang duduk. Kalau teringat tentang itu hatiku kembali panas.
Rayyan dengan selamba menyuapkan nasi padaku. Aku masih berwajah tenang tetapi sebaliknya masih tidak percaya padanya. Adakah dia suka Alya? Ah, harap sangat itu semua salah. Tidak benar!
"Abang..."
"Ya, sayangku." Ah, cairnya. Nak meleleh aku di sini.
"Khai nak tanya, apa yang abang tengah bercakap dengan Alya tadi?" Melihat wajahnya sedikit berubah. Halkumnya sedikit bergerak-gerak. Pasti terkejut kerana aku dapat lihat yang mereka berdua-duaan di dalam bilik ini tadi.
"Err...Sayang nampak?"
"Yeah, of course. Sebab itu lah Khai tanya abang. Sebab Khai tengok tadi kau orang berdua macam ada bincang sesuatu perkara yang serius." Wajahku masih tenang. Mahu lihat pula riak wajahnya yang sudah berubah seperti takut. Terkejut pun ada.
"Oh, dia datang sini tadi. Katanya nak beli ubat. Abang bagi lah nombor hospital ni sekali, senang dia nak hubungi abang bila dia perlukan ubat. Tak akan lah abang nak bagi nombor telefon abang pula." Jelasnya berwajah tenang bagaikan tidak tahu hatiku ini tengah panas.
Masih rasa tidak percaya tetapi ada sedikit terselit percaya. Ah, entah lah. Aku pun tak tahu lah perasaan aku ni sekarang macam mana. Perempuan akan emo jika orang yang dia cinta dan sayang itu dilayan mesra oleh perempuan lain. Huh, mahu sahaja aku hentak-hentak kepala Alya tadi. Nasib baik dia balik cepat-cepat sebelum aku dah meletop tadi.
"Why? Sayang cemburu?" Dia ketawa kecil. Aku pula naik berbahang. Mana tak cemburunya, pasti lah cemburu. Dia suami aku.
"Sayang jangan risau lah, abang tak akan tergoda pun dengan dia. Abang kan dah ada bidadari abang ni. Buat apa abang nak tamak." Ujarnya lagi sambil ketawa kecil. Makin lega aku mendengarnya. Kata-katanya seperti ikhlas dan jujur.
Aku senyum lebar. Tangannya aku capai lalu dikucup lama. Dah banyak sangat aku berdosa dengan dia dan banyak sangat sudah aku buruk sangka dengan dia sebaliknya dia masih setia denganku. Ya Allah, apa punya isteri lah aku ni? Buruk sangka pada suami sendiri.
"Khai minta maaf, Khai dah salah faham pada abang. Sorry." Ucapku lalu mengucup tangannya. Rasa berdosa yang teramat.
Rayyan ketawa kecil lalu mengusap lembut kepalaku. "It's okey sayang. So, baru abang faham sebab itu ke sayang menangis? Sebab takut abang tergoda dengan Alya?" Dia ketawa lagi. Aku pula yang berbahang apabila dia dapat tangkap tentang itu. Ah, genius betul dia bila baca isi hati orang.
Aku ketap bibir. Malu. "Don't worry, darling. Arayyan Mikael hanya untuk pemaisuri yang bernama Khairina Aulia. So, jangan risau. Abang tak tergoda pun dengan dia tu." Ujar Rayyan lagi. Aku ketawa kecil.
"By the way, cantik lah sayang pakai tudung ni. Cantik-cantik ni sayang pergi mana tadi? Sayang keluar ke?" Kini wajahnya berubah serius. Bagaikan marah apabila aku keluar rumah tanpa izin daripadanya.
Aku ketawa kecil. Aku tahu dia risaukan tentang aku. "Mana ada keluar. Khai cantik-cantik ni untuk abang lah. Siapa lagi selain suami tercinta saya ni." Balasku sambil memeluk lengannya. Dia senyum kecil.
Entah kenapa, aku teringat lagi sesuatu perkara. Alya datang sini beli ubat? Ubat siapa? Untuk siapa? Untuk dia ke? Tapi aku tengok dia sihat aje tadi. Siap boleh menyindir orang lagi.
"Abang..."
"Yes, honey." Jawabnya lembut. Haih, rasanya dah 3 kali dia bagi aku cair hari ini.
"Tadi Alya datang sini beli ubat kan?" Soalan aku itu hanya dibalas dengan anggukkannya.
"So, siapa yang sakit? Dia ke? Tapi, tadi Khai tengok dia sihat aje. Siap bagi ayat pedas lagi dekat Khai."
"Dia kata untuk mak su. Sebab sekarang ni mak su dah tak boleh jalan, sebab dia terjatuh di bilik air." Balas Rayyan membuatkan aku sedikit terkejut.
Hai guys! Untuk Bab ni harap korang suka and jangan lupa Komen sekali ya >< Kalau nana ade mse lebih nana update lagi satu chapter petang nie. Jangan lupa Komen dan follow sekali ya, thank you guys! Bye <3
Share this novel