• BAB 13

Romance Completed 27650

Aku sedikit terkejut dengan kemunculannya di sini. Dengan lagak selambanya dia menjenguk-jenguk melihat di dalam rumahku. Dia senyum sinis.

Haih, rasa nak je halau dia daripada sini. Tapi nak buat macam mana? Dia kakak aku. Apa-apa pun aku perlu hormat dia walaupun dia telah buat aku seperti orang luar.

Nak tak nak layankan sahaja perempuan dihadapanku ini. Layan dia acah-acah mesra. "Assalamualaikum, akak. Dah lama tak nampak akak. Akak apa khabar, sihat?" Soalku dengan sedikit sinis. Masih tersenyum lebar.

Dia melihat aku atas bawah dengan penuh sinis. Aku masih senyum lebar walaupun Alya tetap dengan senyuman sinisnya itu. Pasti masih tidak puas hati dengan aku.

"Kau tak payah lah nak acah-acah ambil berat tentang aku,"

Aik, begitu pula? Aku tanya khabar pun salah. Kalau aku tak tanya khabar dia, kata aku sombong pula. Mahu sahaja aku hentak kepala dia di dinding. Penat melayan perangai Alya pun ada. Malas nak layan.

"Habis tu? Akak buat apa datang sini?" Soalku malas-malas. Mengeluh juga ada apabila melihat dia datang.

"Congrats to you. Dah jadi isteri orang adik aku ni. Tapi, aku tak rasa hubungan kau akan bertahan lama. Lagi sikit aje lagi. Hubungan kau orang berdua ini akan berkecai-lerai! Dan Rayyan akan menjadi milik aku. Bukan kau." Dia memberi jelingan maut padaku sambil menyelak rambutnya ke belakang.

Aku menjuling mata ke atas. Malas nak layan dan malas nak sakitkan hati aku ni, tapi rasa nak hentak kepala dia pun ada saat ini.

"Thank you untuk ucapan tu. Tapi, kalau takdir Allah tu dah tentukan aku dengan Rayyan. InsyaAllah hubungan kami berdua akan kuat dan kekal hingga jannah. Kita siapa nak tentukan hidup kita? Semua tu kita serahkan kepada Allah."

Hah, kan dah kena ceramah. Aku dah cakap, jangan bagi aku bersuara membebel. Kalau aku sekali bersuara, memang berdarah jugak lah kang telinga kau tu.

Aku melihat Alya sudah menggaru-garu kepalanya dengan kasar. Mungkin tidak suka mendengar aku membebel panjang. Aku menahan ketawa.

"Hei, kau tak payah lah nak bebel-bebel panjang pada aku. Kau ingat kau tu suci sangat ke nak cakap pasal semua ni? Depan je lagak macam ustazah, tapi belakang perangai tu kalahkan setan!"

Pedih kata-katanya. Sumpah hati aku terluka. Tapi, pesanan nenek selalu aku ingat. Sabar. Ya, aku tetap sabar. Ingat, itu kakak aku. Aku tidak boleh melawan dia. Semua kata-katanya yang buat hati aku terluka, aku hanya telan semua itu.

Masih mampu sabar. Aku senyum lebar menguatkan diri sendiri. Hati sendiri.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau, kak. So, kau datang sini nak apa? Jangan cakap kau datang sini pagi-pagi macam ni nak bergaduh pula." Bicaraku dengan tenang.

"Apa yang kau dah buat pada mak su sewaktu aku tak ada di rumah? Kau ni memang tak guna lah Rina! Now aku baru tahu, mak su cerita pada aku yang Tuan Rayyan tu ialah mafia. Wow, tak sangka ya dia mafia and kau pula dapat suami mafia sebab kau dah goda dia kan? Entah-entah dah pernah tidur dengan dia, sebab itu lah Rayyan suka kau." Sindirnya lagi buatkan hati aku kembali berdarah. Terluka.

Aku tetap senyum. Malas nak gaduh pagi-pagi ini. Selalunya pagi-pagi kita perlu ceria. Tak mahu pula pagi-pagi ada yang botak kena tarik rambut.

"Kalau Rayyan mafia sekalipun, ada menyusahkan hidup kau ke? Dia suami aku. Walaupun dia jahat macam mana sekalipun dia tetap suami aku. Ada ke aku susahkan hidup kau sebab aku kahwin dengan Rayyan?"

Tajam dia renungku. Hah, sakit hati lah tu. Aku masih senyum manis. Melihat renungan mata dia saat ini bagaikan mahu cekik aku je. Hati dah gelak terbahak-bahak apabila melihat wajah dia bertukar marah.

"Kau memang kurang ajar kan Rina! Kau dah burukkan nama mak su, lepastu kau kahwin dengan entah mana lelaki yang kau dah pernah goda and now kau buat tak tahu pula? Memang! Kau kahwin dengan Rayyan, kau dah menyusahkan hidup aku. Sakit mata aku tengok kau orang berdua bersama. Jangan ingat kebahagiaan kau tu akan jadi milik kau Rina. Takkan kau dapat. Semua itu akan menjadi milik aku." Dia ketawa sinis.

Aku rasa nak tergelak pun ada bila dia cakap begitu. Menyusahkan hidup dia sebab aku kahwin dengan Rayyan? Haih, nak sahaja aku ketuk-ketuk kepala kakak aku ni dengan periuk belanga.

Biar dia sedar sikit apa yang dia dah cakap sekarang ni. Dia bercakap tu dah macam dalam drama muncul orang ketiga pulak. Rasa nak tergelak aje aku dengar.

"Haih, sudah-sudah lah tu kak. Aku tak nak gaduh-gaduh lagi dengan kau. Kalau Rayyan tu jodoh kau, sikit pun aku tak sedih lah. Sebab mungkin dia memang jodoh kau," dia senyum kemenangan apabila aku berkata begitu. Bangga sangat agaknya. Tapi, aku tengok Rayyan bukannya ada hati pun dengan dia.

"Tapi, kalau Rayyan tu jodoh aku, Allah dah tetapkan dia jodoh aku, insyaAllah akan kekal selama-lamanya. Kalau dia jodoh kau, insyaAllah aku doakan moga hubungan kau orang kekal lama. Tapi, kalau dia dah jodoh aku, kenapa kau nak lawan takdir Tuhan? Kenapa kau tak puas hati? Akak, apa yang kau tak puas hati dengan aku? Kau dah buat aku macam orang luar sedangkan aku adik kau, kak. Aku darah daging kau. Kita kan dah berjanji nak hidup sama-sama setelah arwah mak dan ayah dah pergi. Mana janji kau sekarang, kenapa kau buat aku macam ni?"

Ada juga nanti berdrama air mata pagi-pagi ni. Ni yang aku malas. Melihat wajah Alya masih dengan wajah sinisnya. Aku pasti dia masih tidak puas hati dengan aku.

"Kau boleh tak jangan cakap banyak. Aku malas nak dengar. Apa-apa pun, suami kau tu tak akan lama dengan kau. Dia akan jadi milik aku satu hari nanti. Jangan sampai aku goda dia pula. Nanti kau pula yang menangis air mata darah." Dia ketawa sinis.

"Okey lah, aku nak balik. Malas nak layan kau ni. Buat sakit hati aku je." Jelingan maut diberikan padaku dan dia terus berlalu pergi.

Dia yang datang di sini, dia pula yang malas layan aku? Aku ni lagi bertambah malas nak layan dia tiba-tiba sahaja muncul.

Aku geleng kepala. Apa lah nasib aku dapat kakak seperti dia?

*********

Mulai hari ini mak Jah sudah berhenti kerja, katanya suaminya sakit di rumah. Jadi, terpaksa lah aku menyiapkan makan malam untuk aku dan Rayyan bersama.

Sejak aku berada di dalam rumah ini, orang-orang Rayyan sudah tidak ada yang duduk atau masuk ke dalam rumah ini jika aku ada. Mungkin hormat yang aku isteri Rayyan.

Selesai menunaikan solat Asar, aku terus melangkah turun ke dapur. Peti sejuk besar itu aku buka pintunya. Otak ligat tidak tahu nak masak apa.

Aku bukannya tahu makanan kegemaran Rayyan pun. Baru sahaja kenal terus kahwin. Aku belum kenal lebih rapat lagi dengan Rayyan. Baru sahaja beberapa bulan kami berkawan dan tak lama itu terus kahwin. Tak rasa pelik ke? Tapi bak kata orang, kahwin awal itu lebih bagus. Elakkan daripada timbul fitnah macam-macam.

Aku sedikit mengeluh kecil, dah dapat idea nak masak, tapi tulah....Bahan tak cukup pulak! Malas nak keluar beli tapi demi Rayyan suamiku, aku tetap akan keluar beli barang-barang masak untuk malam ini.

Kaki terus diaturkan ke atas. Menukar pakaian dengan berbaju t-shirt lengan panjang, berseluar jeans hitam dan aku kenakan di atas kepalaku dengan tudung bawal berwarna krim.

Kunci rumah aku capai dan aku terus melangkah keluar daripada rumah itu. Terkejut besar aku apabila ada seseorang menegurku dari arah belakang. Nasib baik tak terbaling kunci yang aku pegang ini dimuka orang itu.

Aku mengurut dada seketika.

"Rina nak ke mana ni?" Zyan. Aku kenal lelaki ini. Orang Rayyan. Aku tengok wajahnya serius. Tidak seperti semalam aku melihat wajahnya manis dengan senyuman lebarnya.

"Lah, Zyan. Terkejut saya," cepat-cepat aku kunci pintu rumah dan kembali berhadapan dengannya yang masih setia di sebelahku. Dah macam bodyguard aku pula.

"Saya nak ke kedai sekejap. Nak beli barang."

"Mari, saya hantarkan."

"Eh, tak payah lah. Biar saya pergi sendiri aje. Lagipun, jarak rumah dengan kedai itu dekat je. Bukannya jauh pun." Aku menghalang dia untuk dia hantarkan aku. Haih, menyusahkan dia aje.

"It's okey, Rina. Ini semua arahan daripada bos."

Haih, memang setia betul ya dia dengan bos besar dia tu. Aku garu-garu kepala disebalik tudung yang aku pakai itu. Memang susah juga ya kalau nak lepas. Nak lepas bebas pun kena tanya Rayyan dulu. Bak kata dia, nyawa aku sekarang dalam bahaya. Bahaya sangat untuk aku keluar sendiri.

Aku tetap berkeras kepala untuk menghalang Zyan menghantar aku ke kedai. Lagipun, tempat kedai tu bukannya jauh. Dekat.

"Tak apa lah, Zyan. Saya tak nak menyusahkan awak. Biar saya aje pergi. Nanti bagitahu dekat Rayyan ya. Dekat aje kedai tu. Tak payah risau." Aku senyum padanya dan kaki laju mengatur langkah pergi. Kalau ditunggu-tunggukan lagi di situ pasti aku akan dipaksa lagi agar dia menghantarku.

*********

Selesai aku membeli barang-barang keperluan untuk memasak, kaki terus melangkah berjalan kembali pulang ke rumah. Melihat jam di pengelangan tanganku sudah tepat pukul 5 petang. Lagi beberapa minit Rayyan akan pulang. Aku perlu segera pulang ke rumah.

Laju aku melangkah berjalan sambil tangan kemas menggenggam dua bungkusan plastik barang-barang keperluan untuk memasak.

Langkahku terhenti apabila ada seseorang menegurku. Aku berpaling memandang suara itu, ternyata orang itu ialah Acap. Ya, aku tidak salah orang.

Acap.

"Acap..." Aku sedikit terkejut dengan kemunculannya. Tak pelik kalau tengok dia muncul di sini. Memang ini kampungnya juga. Dia tinggal di sini tetapi jarak kampungnya sedikit jauh.

Dia senyum lebar sambil berjalan mendapatkan aku. Aku sedikit menjarakkan diri daripadanya. Masih trauma apa yang dia dah buat padaku dulu. Marahku padanya masih belum hilang.

"Hai, Rina. Awak beli barang ya?" Soalnya berbasa basi. Aku hanya senyum kelat. Malas nak layan, tapi dah terserempak nak buat macam mana. Nanti cakap aku sombong pulak.

"Haah," jawabku acuh tak acuh. Tak silap aku, dia juga sudah tahu aku sudah bergelar menjadi isteri orang. Kalau dia sentuh aku lagi, memang pelbagai cara silat lah keluar nanti.

"Err...Tahniah Rina dan selamat pengantin baru buat awak dan..." Ayat hujungnya dia berhenti seketika. Mungkin tidak tahu nama Rayyan. Aku senyum sebaris.

"Rayyan. By the way, thank you. Saya doakan moga awak juga dapat perempuan yang lebih baik daripada saya." Dia hanya menunduk sambil senyum lebar.

Apa kena dengan mamat ni? Dah insaf ke? Kalau tak, sebelum ni kalau jumpa aku main sambar aje tangan aku. Tapi, kali ini jadi baik pula? Oh, mungkin dia hormat aku yang aku telah menjadi isteri orang. Hm, bagus lah kalau macam tu. Tak ada lah dia ganggu lagi hidup aku.

Diam.

Kami berdua membisu seketika. Aku melihat jam di pengelangan tanganku lagi beberapa minit nak dekat pukul 6. Tak lama lagi, Rayyan akan pulang. Si mamat depan aku ni pula masih tercegat di depanku menghalang jalanku pula.

"Errr...Acap, saya balik dulu ya. Nanti kalau ada masa, kita jumpa lagi. Saya balik dulu." Tak menunggu lama, aku terus melangkah pergi tetapi dihalang lagi oleh Acap.

"Rina..." Aku sedikit mengeluh. Nak apa lagi lah mamat ni?

"Acap nak minta maaf pada Rina. Acap nak minta maaf dah buat Rina macam tu tempoh hari lepas. Maafkan Acap Rina. Acap...Acap sebenarnya...masih tak boleh lupakan Rina. Acap....Acap sayangkan Rina. Rina, tolong tinggalkan lelaki tu dan kita hidup bersama-sama, sayang. Acap tak boleh kehilangan Rina." Bicaranya bagaikan sedang merayu padaku untuk tidak meninggalkan dia.

Berkerut seribu wajahku melihat dia yang sudah separa merayu padaku. Gila ke apa mamat ni? Jangan tinggalkan dia?

"Acap, dah berapa kali Rina cakap dekat Acap yang Rina langsung tak ada sikit pun perasan pada Acap. Mungkin kita tiada jodoh. Tolong lah faham Acap yang Rina dah jadi isteri orang. Rina minta maaf Acap, Rina pergi dulu."

Malas nak layan dia yang dah mabuk dengan cinta, lantas aku berjalan pergi tetapi sempat dia menghalangku. Lenganku dipegang olehnya.

"Isy, apa ni?! Sakit lah!" Marahku padanya. Dia renungku tajam. Wajahnya jelas sedang marah. Sah dia masih tidak puas hati padaku.

"Rina hanya milik Acap seorang. Bukan milik lelaki tak guna tu! Satu hari nanti, Rina akan tetap jadi milik Acap sampai bila-bila!" Tegas suaranya bagaikan terselit sedikit amaran.

Laju aku menepis kuat tangannya. Melepaskan genggaman Acap di lenganku. "Tolong hormat sikit yang Rina isteri orang! Jangan nak perasan lah Acap, sikit pun Rina tak suka dekat Acap!" Bagi ayat sentap sikit terus dia diam.

Aku terus mengatur langkah pergi dari situ. Jantung makin laju berkencang. Buat dia nak balas dendam dia kejar aku macam mana?

Laju aku berjalan pergi. Tapi aku rasa aku bukan berjalan sekarang ni, bagaikan aku sedang berlari daripada musuh.

Sampai aje di rumah, aku masih berlari anak masuk ke dalam rumah. Entah kenapa, aku takut sangat saat ini. Trauma yang dulu masih kuat berada di dalam ingatanku.

"Auch!"

Aku terjatuh terduduk apabila aku telah melanggar seseorang. Macam aku dah langgar tiang lampu pula. Tinggi lampai orangnya.

Aku angkat kepala melihat orang yang telahku langgar tadi.

Rayyan!

Dia berdiri tegak dihadapanku dengan berwajah dingin. Kecut perut nak tenung dia saat ini. "Abang..."

Lantas aku berdiri kembali. Bungkusan plastik yang jatuh tadi aku capai kembali. Wajahku yang kelihatan takut tadi cepat-cepat aku ubahkan menjadi ceria. Entah ceria ke tidak. Jantung makin hebat berkencang. Peluh mula berair di dahiku. Aku teguk liur seketika.

Melihat mata Rayyan yang tajam itu sedang memandang aku dari atas hingga ke bungkusan plastik yang telahku beli tadi.

"Err...Abang, tadi Khai pergi kedai. Beli barang sikit nak masak. Tak tahu pula abang dah balik. Sekejap ya Khai nak masak. Sementara tu abang pergi lah naik dulu, mandi dan solat dulu. Nanti Khai panggil abang turun makan ya." Bicaraku sambil senyum manis ke arahnya. Menghilangkan perasaan takut saat ini. Aku sempat memandangnya atas bawah.

Pasti dia baru lepas habis kerja apabila aku melihat dia masih berpakaian kemeja putihnya. Ah, begini pun dah kacak buatkan aku cair. Entah apa lah dia berpakaian kemas. Pasti kacak teruk!

Aku masih kecut perut nak tenung wajahnya yang dingin itu. Adakah dia marah pada aku kerana keluar rumah tanpa izinnya? Ah, Rina! Apa yang kau dah buat ni? Sampaikan dia marah macam ni?

"Kenapa Khai gelabah sangat tadi?" Soalnya masih berwajah serius.

Aku sedikit tergamam. Alamak, dia perasan ke? Mahu tak perasan dia? Aku yang langgar dia tadi pasti lah dia dah nampak aku awal-awal tadi sewaktu aku berlari macam baru lepas nampak hantu.

Aku gagap untuk menjawab pertanyaan dia itu. Otak sedang bekerjasama menciptakan alasan. "Err...Tak...Tak ada apa lah, bang. Tadi tu...Err...Ada anjing kejar Khai. Tu yang Khai lari cepat." Bohongku padanya. Dia kecilkan sedikit matanya memandangku. Aku rasa dia tahu yang aku bohongnya. Aku teguk liur.

"Tapi abang tak rasa yang itu terjadi pada Khai," dia memeluk tubuh, ala-ala style bos besar. Sebaliknya memang dia bos besar pun.

"Err...Aduh, beratnya barang ni. Khai masuk dulu ya bang. Nanti dah siap kita makan sama-sama." Ujarku mesra tidak mahu lagi terperangkap dan disoal bagaikan aku ini jenayah pula.

Laju sahaja aku berjalan masuk ke dalam dapur sambil-sambil itu mata sempat memandang ke luar melihat Rayyan masih tercegat di depan pintu rumah. Aku melihat wajahnya berkerut-kerut.

Pasti masih keliru dan tidak percayakan kata-kataku tadi. Aku hela nafas lega dan mula memasak.

***********

Laju tangan menguli tepung. Cadangku, aku mahu memasak ikan merah sambal merah dan buat kuih donat coklat untuk pencuci mulut. Tapi tu lah, aku tak tahu yang Rayyan sukakan makanan ini atau tidak.

Aku hampir sahaja mahu terlepas satu bungkusan tepung itu di dalam genggamanku apabila terasa pinggangku dipeluk seseorang dari belakang.

Siapa lagi yang selalu buat begitu? Pasti lah Rayyan. Dapatku rasa bahuku dilabuhkan kepalanya. Aku senyum lebar. Selesa dalam keadaan begini. Bahagia.

"Sayang masak apa tu? Nak abang tolong?"

Aku hanya senyum. Hati berbunga-bunga saat ini. "Tak apa. Dah nak siap dah ni. Tapi, Khai tak tahu lah abang suka ke tak lauk ni. Khai tak tahu makanan kegemaran abang."

Tangan masih laju menguli tepung. Yang dia pula tak habis-habis lagi berkepit dengan aku. Rasa kekok juga, tapi aku cuba tolak ke tepi semua itu. Biasakan diri. Itu suami aku.

"It's okay, sweetheart. I eat only what you cook for me." Bicaranya buatkan aku lega. Aku teruskan lagi kerjaku. Lagipun, sikit sahaja lagi dah nak siap. Dah tiada apa lagi yang perlu dia tolong aku di dapur ini.

"Abang..." Bila berjauhan dengan dia, kepala otak aku ni banyak sangat soalan nak ditanyakan padanya. Tapi, bila dah dekat begini soalan yang nak ditujukan pada Rayyan terus berterbangan. Hilang entah ke mana.

"Ya sayang." Sahutnya sambil menolongku membuat air. Aku senyum kecil. Rasa gementar pun ada nak tanya soalan itu.

"Dulu, abang ada girlfriend?" Ah, dah tak boleh tunggu lama. Sengaja aku sibukkan diriku, tidak mahu memandang Rayyan. Tapi, aku tahu. Sekarang dia sedang menoleh memandang aku. Jantung mula berkencang dengan hebat.

Ternaik bahuku apabila dia ketawa. Aku pula yang sambung ketawa. Apa yang lucu? Lucu sangat ke soalan aku tu? Ah, gelak aje lah. Tapi, aku ketawa kecil. Tidak lah sepertinya, macam baru lepas tonton Maha Raja Lawak Mega. Masih berkerut-kerut keningku tidak faham apabila dia tiba-tiba ketawa.

"Sayang, dulu abang langsung tak tahu apa itu cinta. And, I never made love at all. Bila abang dah jumpa dengan sayang, abang baru tahu apa itu cinta." Ujarnya sambil ketawa kecil. Aku hanya senyum lebar, lega mendengarnya.

"Tapi, kalau sentuh-sentuh perempuan tu ada lah..." sambungnya dengan riak selamba. Aku sedikit terkejut. Haih, selamba aje dia bercakap begitu?! Tak tahu ke hati aku ni macam mana sekarang bila dia cakap begitu?! Tak pandai jaga hati aku langsung!

Aku sempat menjeling sekilas ke arahnya. Jelingan maut. Tanpa aku sedar, jelinganku itu Rayyan telah perasan. Pecah lagi tawanya. Sumpah ini pertama kali aku melihat dia ketawa. Wajahnya sangat ceria saat ini daripada yang tadi sangat dingin, hati aku pula yang rasa tenang saat ini.

"I'm sorry if I made you jealous, sweetheart. But, dulu abang sangat nakal. Bad boy." Jujurnya apabila melihat jelas wajahku cemburu.

Aku rasa pasti wajahku mula bertukar warna apabila melihat dia sudah menahan senyuman lucu. Berbahang sudah aku di sini.

"No, it's okey. Walaupun bad boy, tapi tetap handsome." Sengaja aku usik dia balik. Tapi, aku rasa aku nak lebih lagi mahu balas dendam padanya. Geram dengan dia yang selalu sangat usik aku. Dia lepaskan lagi tawanya.

Laju tangan mengambil sedikit tepung lalu aku calitkan sikit di pipi kanannya yang putih lebih putih daripada tepung itu. Apa lagi, tak akan nak duduk lagi di situ bila dah buat begitu padanya. Aku terus lari anak. Menyelamatkan diri sendiri.

Dia yang sedar, berhenti ketawa. "Sayang! Abang baru lepas mandi!" Jeritnya geram dengan aku. Aku pula yang lepaskan tawa. Puas hati dah balas dendam.

"Hahaha, padan muka abang!"

Aku yang tidak sempat lari daripada Rayyan, lantas sahaja lelaki itu menarik tubuhku. Pinggangku dipeluknya dari belakang.

"You so naughty girl. Nak lari mana?" Dapat kulihat dia mengambil sedikit tepung lalu dicalit ke hidungku.

Melepas terus tawa kami bersama. Hati saat ini bagaikan disimbah dengan rasa sungguh bahagia. Sungguh bahagia apabila kami berdua di dalam keadaan begini.

"But, abang tak nak jadi seperti dulu. Pergunakan perempuan untuk melepaskan nafsu. And now, sayang pula akan jadi milik abang untuk selama-lamanya. Hingga akhir nyawa kita bersama." Ucapnya penuh romantik di telingaku. Memang cair aku mendengarnya. Aku senyum lebar.

Wajah kami bersama sudah dicalit-calit dengan tepung. Pipi kiriku yang tidak dicalit dengan tepung, dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Merah padam wajahku.

"I love you, my beautiful." Bisiknya ditelingaku. Makin lebar aku senyum.

"Love you too my hero." Ucapku pula. Hilang terus nak masak apabila kami sudah seperti kanak-kanak kecil main tepung calit-calit di muka.

Tak terkata, saat ini sungguh aku merasa kebahagiaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience