"Kita kena report polis, Rina. Bahaya tau. Kita tetap kena cari siapa yang dah rogol Rina pada malam tu." Kedengaran suara Cik Yah masih tidak puas hati.
Aku menggeleng kepala.
"Tak perlu lah Cik Yah." Aku tak setuju. Aku tak nak kes ini heboh satu kampung. Biarlah aku pendam semua ini sendiri.
Air mata yang tak henti mengalir aku seka. "Hah, kalau macam tu kita pergi hospital."
Aku geleng lagi.
"Kenapa Rina? Rina kena buat...."
"Pregnancy test? Nak tahu Rina mengandung ke tak?" Aku memotong laju kata-kata Cik Yah itu. Aku sudah tahu apa soalan di isi fikirannya. Aku pun tahu, dia sangat risau tentang aku.
"Saya tak mengandung, Cik Yah."
Melihat wajah Acik Yah bagaikan tidak percaya. Aku senyum sebaris. Menguatkan diri sendiri. "Saya tak mengandung." Aku mengulangi ayat tadi. Trauma masih terasa sampai sekarang. Aku takut.
"Tapi awak tetap kena report polis tentang hal ni." Suara itu menyentakkan aku. Terkebil-kebil aku memandang dia. Lelaki itu sangat aku kenal. Doktor Arayyan Mikael.
Dia ke yang selamatkan aku malam itu? Ya Allah, makin bertambah malu aku saat ini. Aku banyak terhutang budi pada dia.
"Kes ni kita tak boleh nak diam kan. Kita tetap kena report. Jenayah tu bila-bila masa sahaja boleh datang menyerang awak lagi." Kedengaran suaranya juga risau tentang aku.
Wajahku mula berbahang. Dulu aku dah benci dengan dia, tetapi tak sangka orang yang aku benci itu ialah orang yang dah selamatkan aku pada malam hitam itu.
Sungguh aku terharu. Nak berdepan dengan dia saat ini pun aku rasa malu. Malu sangat.
"Yup, betul tu." Sokong Cik Yah. Aku memandangnya, tak lama itu air mataku kembali mengalir.
"Terima kasih...sebab dah selamatkan saya. Saya terhutang budi dengan awak...doktor...err....Encik Arayyan Mikael." Bicaraku sedikit gagap. Sampaikan ada perkataan yang salah aku sebut. Huh, dugaan.
Lelaki itu hanya sekadar tersenyum. Dan, ini senyuman paling ikhlas. Senyuman manisnya. Timbul lesung pipitnya membuatkan aku cair. Ya Allah, memang cair sangat aku saat ini apabila melihat lesung pipitnya yang menghias cantik di wajah tampannya itu.
Ini pertama kali aku melihat dia senyum manis padaku. Senyuman ikhlas. Aku menunduk sedikit. Perasaan malu padanya masih menebal di hati.
"It's okey, no problem. You, takecare." Pesannya sebelum meninggalkan kami di situ. Dia hilang di balik muka pintu bilik aku.
Hati terasa terharu sangat padanya, wajah kacaknya dan senyumannya masih terbayang-bayang di fikiranku. Kalau tak, dia selalu hadiahkan aku senyuman sinis dia tu. Kali ini, dapat juga melihat senyuman manis dia tu. Haih, cair pulak aku kali ni.
Terima kasih, Tuan Arayyan Mikael.
*********
"Ya Allah, Rina. Aku minta maaf sangat-sangat. Mungkin ini semua salah aku. Kalau aku ambil kau awal-awal di rumah, mungkin semua ni takkan jadi." Teresak-esak Ila menangis mengenangkan kesalahannya. Tetapi, sikit pun aku tak salahkan dia. Dalam hal ini dia tak salah. Aku yang salah. Dah cuai dan gagal jaga diri sendiri.
Aku senyum sebaris. "Tak. Kau tak salah pun. Dalam kes ni kau langsung tak salah. Tapi, tolong aku...Jangan bagitahu sesiapa tentang hal ni. Aku tak nak semua pandang jijik pada aku." Bicaraku separa merayu pada Ila. Aku menunduk sedikit sambil mengelap hujung mataku yang mula berair. Hati mula berasa sebak.
Kedua-dua tanganku digenggam kemas oleh Ila. Dia senyum lebar. Bagaikan sedang memberi semangat padaku.
"Kau kawan baik aku, Rina. Takkan aku nak khianat kau pula? Memang tak lah. Aku janji aku akan rahsiakan semua ni daripada orang lain. Kau jangan risau. Tapi, mak su kau yang mulut puaka tu tahu ke tentang ni?"
Kalau cakap pasal mak su, telinga aku ni macam rasa nak tutup. Kalau boleh jadi bisu terus. Tak payah dengar tak payah cakap. Tak payah cakap sebab malas nak cakap pasal orang tua mulut puaka tu!
"Tak." Jawabku sepatah sebab malas nak cakap pasal perempuan tua tu. Sakit hati je.
"Bagus lah tu kalau dia tak tahu. Kalau dia tahu, mahu satu kampung tahu." Kata Ila sambil menjuling mata ke atas. Ternyata, Ila juga menyampah dengan perangai mak su itu.
Hm, dia pun tahu hidup aku macam mana. Apa-apa masalah semua aku ceritakan pada Ila. Hanya dia teman rapat aku. Aku pun dah anggap dia seperti adik beradik aku. Sayang dia!
Aku senyum. "Ila, terima kasih ya sebab kau selalu ada time aku susah dan senang. Terima kasih juga sudi jadi kawan aku walaupun maruah aku dah tercalar. Aku dah tak suci, Ila. Aku kotor. Kalau kau tak nak kawan dengan aku, tak apa. Aku faham. Aku dah tak berguna untuk jadi kawan kau." Bicaraku bagaikan terbuku dihati. Takut jika Ila sudah tidak mahu berkawan lagi dengan aku kerana aku tidak suci. Aku kotor!
Air mata kembali bertakung dan tunggu masa sahaja jatuh mengalir di pipiku. Ila memeluk bahuku. Erat. "Apa ni cakap macam tu? Aku tak pernah terlintas sikit pun di fikiran aku untuk tinggalkan kau. Kau kawan aku Rina. Aku tak nak tinggalkan kau. Aku sayang kau."
Aku menoleh memandang dia sambil tersenyum lebar. Air mata memang tak boleh bawa bincang hari ni. Gatal aje nak keluar. Wajah sudah merah, mata pula bengkak asyik menangis dari semalam. Hidung pula seperti biasa akan merah.
Aku sangat-sangat bersyukur dapat sahabat baik seperti Ila. Kalau tiada dia, siapa lagi kawan yang aku nak luahkan perasaan aku ini. Aku bukannya ada banyak kawan.
"Terima kasih sudi kawan dengan aku walaupun aku kotor."
"Aip! Apa ni cakap macam tu?! Tak semestinya perempuan yang dah kena sentuh dengan lelaki itu kotor. Rina, Allah tu Maha melihat dan Maha adil. Jangan lah cakap benda bukan-bukan. Walau bagaimana sekali pun kau tetap kawan aku dunia dan akhirat." Dia memeluk bahuku sambil tersenyum lebar. Aku juga turut membalas senyumannya.
"Thank you, bestie."
**********
Kaki sudah terpaku dihadapan sebuah klinik yang pernah aku pergi bersama nenek tempoh hari lepas. Tempat ini lah aku bergaduh bersama seorang doktor dan tempat ini jugalah aku kembali jejak ke sini dengan niat yang baik. Bukan nak gaduh-gaduh lagi. Harap dia tidak fikirkan begitu.
Aku menarik nafas dalam-dalam lalu hembus dengan hati yang lega. Hati lapang. Sebelum itu sempat aku menilik diriku di sebuah cermin kereta entah milik siapa yang berada di sebelahku.
Kereta itu cerminnya hitam. Kereta Audi berwarna hitam. Entah siapa pemilik tuan kereta itu pun aku tak tahu. Aku membetulkan tudungku dan bajuku.
Tak sampai beberapa minit aku yang sedang sibuk membetulkan tudung tersentak apabila cermin kereta hitam itu diturunkan oleh seseorang dari dalam.
Terbeliak biji mata aku melihat di dalam kereta itu ada orang. Ya Allah, malu aku dah tebal di hati ni! Tadi bukan main lagi aku siap buat style ala-ala model yang cantik. Sambil tersenyum-senyum siap berangan lagi depan cermin tu, tak boleh lupanya aku buat muka buruk. Sengaja buat macam tu, tak nak bagi aku berdebar. Tapi aku silap!
Dalam kereta itu ada orang! Malunyaaaa! Muka aku serta-merta merah dan berbahang.
Dan tak kurang juga, di dalam kereta itu manusia yang satu-satunya yang aku sangat kenal. Jantung mula berdebar hebat apabila nak bertemu dengan dia. Apa entah lagi bertentang mata dengan dia.
Aku teguk liur dan sedikit menunduk. Malu. Tak tahu pula itu kereta Dr. Arayyan Mikael. Tulah, kau ni Rina! Sesuka hati sangat betulkan tudung kau tu guna cermin kereta orang tanpa izin. Kan dah mendapat!
"So cute." Eh, jap! Aku tak salah dengarkan? Ke dia salah sebut sampaikan aku pekak taik telinga terlampau banyak? Tapi, aku dapat dengar dua patah perkataan yang keluar dari mulutnya walaupun suaranya perlahan. Eh, entah lah. Pening aku nak berteka teki sendiri kerana suaranya cukup perlahan.
"Err... Doktor Arayyan Mikael," aku mula bersuara menghilangkan rasa canggung apabila berdua-duaan dengan dia.
"Just call me, Rayyan." Ujarnya sambil tersenyum senget. Mungkin memperkenalkan dirinya dengan senyuman. Hm, entah lah. Aku tak tahu!
Aku akur. Kepala sedikit menunduk. Aku kena hormat dia. Dia dah banyak tolong aku. Aku terhutang budi dengan dia. Dan, aku perlu minta maaf padanya apabila selama ini aku dah kasar dengan dia. Haih, ini lah perangai Khairina Aulia. Kasar!
"Err...Tuan Rayyan. Awak ada masa tak? Saya nak jumpa dengan awak sekejap boleh tak?" Aku harap sangat dia setuju. Serba salah dengan dia ni dah tebal sangat dalam hati aku ni. Banyak sangat buat salah dengan dia.
Dia senyum senget lagi lalu mengangguk. Lega hati aku. "Come," aku yang blur lantas masuk ke dalam keretanya. Sewaktu kami berdua-duaan dalam perjalanan itu, aku sangat rasa malu untuk menoleh memandang dia. Tapi aku cuba tolak ke tepi perasaan itu. Niat aku nak minta maaf dan balas jasa baik dia bukan nak tergedik-gedik nak malu dengan dia. Ingat tu Rina!
******
"Ehem..." Aku berdehem apabila sudah hampir lama kami berdua berdiam diri. Air coffee nya dihirup. Sempat mataku memandang sekeliling cafe STARBUCKS itu. Cantik hiasannya. Saja aku pujuk hatiku agar tidak canggung.
Sudahku menyuruhnya agar bawaku minum di kedai mamak aje. Tapi, dia lebih suka duduk di cafe mewah yang mahal ini. Aku pula serba salah. Dah lah dia belanjakan semua ini untuk aku.
"Err...Saya ada ganggu waktu kerja Tuan Rayyan ke?" Soalku. Takut pula mengganggu dia sewaktu dia sedang kerja sekarang. Maklumlah, klinik dia kan ramai orang. Susah nak duduk diam.
Tapi, aku lihat dari segi pakaian dia, berpakaian kemeja putih dan dilipat lengannya hingga di siku dan masih bertali leher hitam membuatkan aku menjadi bingung.
Takkan lah pakaian doktor macam ni? Aku masih bingung dan tertanya-tanya. Wajahnya masih dingin. Takut untuk menatap wajahnya. Entah apa lagi mahu bertentang mata dengannya.
"No. Tak ada ganggu pun. So, ada apa nak jumpa dengan saya ni?" Ujarnya sambil mata masih fokus bermain telefon bimbitnya. Kaki sebelahnya di angkat lalu diletak ke atas pehanya. Kedudukannya seperti seorang CEO sedang duduk. Huh, bergaya.
Aku teguk liur dahulu sebelum memulakan bicara. Hati masih berdebar dengan hebat. "Err...Untuk first sekali, saya nak minta maaf dengan...Tuan Rayyan, kalau selama ni saya ada kurang ajar atau layan kasar pada awak. Saya minta maaf dan saya nak berterima kasih sangat-sangat dekat awak sebab dah tolong saya pada malam tu," nak sebut nama dia rasa gagap pulak. Sebab masih tidak biasa. Jadi, aku selitkan sedikit perkataan 'Tuan'. Barulah rasa aku ni hormat sikit kat dia.
Aku cuba memandang dia yang sedang merenungku. Kali ini senyuman manis dia tidak terukir lagi. Haih, untung aku semalam dapat tengok senyuman manis dia tu. Sekarang senyuman senget pula yang keluar. Bagaikan senyuman tidak ikhlas. Aku menjeling ke tempat lain.
"Don't worry, sweetie. I'm glad you survived that night. So, lepas ni jaga diri. Saya dah report polis tentang hal tu. Awak jangan risau lah. Secepat mungkin polis akan dapat jenayah itu. Tentang hal di klinik pula...." Dia mengangkat kening sebelah sambil merenungku. Aku juga turut terkejut apabila dia memanggil ku...'sweetie'. Ah, gila ke apa mamat ni!
Tadi baru lega dia dah cakap macam tu, bila dia cakap tentang hal klinik tu hati aku mula tak sedap. Gelabah tak tentu pasal. Malu woi!
Kalau dia cakap pasal klinik tu, pasti lah aku malu. Malu sangat sebab dah buat perangai dekat dia. Ya Allah, kalau boleh aku nak jadi orang kerdil lari daripada sini. Tak nak duduk bertentangan mata dengan dia lagi!
"Err...Yang tu pun saya nak minta maaf sangat-sangat Tuan Rayyan. Saya minta maaf. Dan, saya masih terhutang budi dengan awak. Saya pun tak tahu nak balas jasa baik Tuan Rayyan macam mana. Tapi, saya betul-betul nak ucapkan terima kasih dekat Tuan Rayyan. Saya banyak sangat buat salah dengan Tuan Rayyan. Saya nak minta maaf lagi sekali Tuan Rayyan." Ucapku bersungguh-sungguh sambil-sambil itu menghela nafas lega apabila melihat dia senyum sebaris. Isy, geram nya aku dia senyum macam tu. Cubalah senyum nampak lesung pipit tu. Baru lah aku cair.
Aku ketap bibir. Otak tengah susun ayat untuk bercakap dengan dia kerana aku rasa aku banyak sangat buat salah dengan dia.
"Khai, jangan risau. Saya okey aje. Tak perlu lah balas jasa baik saya semua tu. Saya ikhlas tolong awak." Ujarnya serta-merta aku hela nafas lega lagi. Ya Allah, hati lega sangat.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. "Tapi, bagaimana awak boleh tolong saya? Awak ikut saya ke sewaktu malam tu?" Aku juga pelik. Macam mana dia tiba-tiba boleh muncul? Dia ikut aku ke? Jangan cakap, yang dia ikut serta pada malam itu?!
Nampak lelaki itu teguk liur kerana dapatku lihat halkumnya sedikit bergerak. Aku mula berdebar-debar. Mahu nak menangis kembali pun ada.
"Saya pun tinggal di kampung. Kampung arwah ibu saya. Kampung arwah ibu saya berhadapan dengan semak-semak pada malam kejadian hitam awak tu. Tak sangka pula semua ni terjadi pada awak. Itu yang saya dengar ada seseorang menjerit. Dengan itu, saya cari lah suara tu. Tak sangka pula suara itu awak. Tapi, saya minta maaf saya betul-betul tak nampak muka lelaki yang dah sentuh awak tu. Sebab saya nampak dia buat macam tu saya tolak dia dan dia terus lari. Sikit pun wajah dia saya tak nampak." Cerita Tuan Rayyan membuatkan aku terbayang kembali pada malam hitam itu. Mahu aje menangis kembali apabila teringat kejadian itu. Baru aku faham, dia juga duduk sekampung dengan aku tetapi aku tidak tahu kampungnya di mana.
Aku cuba senyum sebaris lalu menyeka hujung mataku yang mula berair. "Terima kasih lagi sekali Tuan Rayyan. Saya dah banyak buat salah dan terhutang budi dengan Tuan. Jadi, saya tetap kena balas jasa baik Tuan. Saya minta maaf Tuan Rayyan."
Kelihatannya, lelaki itu ketawa kecil. Ya Allah, wajah mesranya membuatkan hati aku juga lega. Bagaikan tiada masalah apabila melihat wajah gembiranya. Lagi-lagi dia ketawa.
Sewaktu aku pertama kali jumpa dia di klinik itu, wajahnya ketat. Senyum sikit pun tak. Hanya senyum sinis. Tapi sekarang aku melihat dia ketawa? Wow, sangat buat hati aku tak boleh nak duduk diam.
Entah tiba-tiba aku juga turut ketawa kecil. Apabila dia perasan, aku menunduk malu. Wajah dah berbahang. "It's okey lah Khai. Macam saya cakap tadi, saya okey. Saya tolong awak ikhlas. Don't worry about me. Tak perlu pun balas jasa baik saya. But, lepasni jaga diri ya. Tentang hal ni awak jangan risau biar saya selesaikan semua ni. Kalau saya dah jumpa siapa lelaki tu, saya akan bagitahu awak ya. Awak karate dia cukup-cukup." Aku ketawa dengan hujung ayatnya itu.
Ingatkan dia ni seorang yang serius, bahkan dia juga seorang yang suka menghiburkan orang lain. Adakah mungkin dia juga tersakiti sebaliknya itu? Huh, doktor Arayyan ni kalau bab serius, memang serius memanjang. Tapi, ini pertama kali aku melihat dia ketawa dan menghiburkan ku. Mungkin tidak mahu aku stress dengan masalah yang aku hadapi sekarang ini.
"Untuk sekali lagi saya nak minta maaf kalau selama ni saya ada kasar-kasar dengan awak." Ucapku lagi bersungguh-sungguh. Harap sangat dia tak ambil hati.
"Tak. Saya tak pernah ambil hati pun. Saya lebih suka tengok awak membebel. Comel." Aku meluaskan telinga aku lagi. Ini sudah kali kedua aku dengar dia seakan-akan menyebut perkataan yang boleh buat jantung aku terkeluar. Sekarang ni jantung sudah berdebar makin hebat. Bagaikan nak terhenti jantung aku saat ini.
Aku teguk liur. Memang aku tak salah dengar. "Err...Jemput lah minum." Pelawanya seakan-akan sudah tahu apa isi fikiran ku yang sedang aku fikirkan. Mungkin dia tak mahu aku salah faham. Aku je yang perasan. Huh, malu je.
Semua perasaan itu aku tolak ke tepi. Air yang berada di hadapan aku itu aku hirup. Aku senyum sebaris. Hati lega tak terkata. Terharu kerana Allah menghadirkan dia untuk menyelamatkan aku pada malam hitam itu. Terima kasih Ya Allah.
********
Malam itu, aku mendapatkan nenek yang sedang terbaring di atas katil. Aku mengambil tempat dibirai katil nenek. Melihat keadaan dia semakin lemah dan semakin susut tubuhnya.
Tangan nenek aku mengusap lembut. Air mata gatal nak menurun akhirnya jatuh jua. Mengenangkan nenek, aku rasa sedih. Aku dah tak berguna. Aku salah.
Tiba-tiba aku rasa wajahku diusap lembut. Perlahan-lahan nenek menyeka air mataku. Sedaya upaya dia cuba senyum lebar padaku. Memberi semangat pada aku yang sudah lemah.
"Kenapa menangis ni nak? Kenapa ni Rina? Jangan lah menangis. Hidup Rina akan bahagia satu hari nanti. Percaya pada takdir Tuhan, Rina." Nenek memberi kata-kata semangat pada aku yang sudah semakin putus asa.
Aku angguk sambil senyum nipis. "InsyaAllah, nek. Tapi, Rina nak minta maaf. Rina dah tak guna..." Aku masih menangis.
"Tak. Tak, Rina. Kamu tak salah. Jangan salahkan diri kamu. Ni semua takdir Allah. Dia dah atur yang terbaik untuk kamu." Ujar nenek. Aku menyeka air mataku. Cuba tersenyum walaupun hati masih sakit.
"Rina..." Panggil nenek. Aku memandang wajah nenek.
"Kalau suatu hari nanti, nenek dah tiada. Kamu jaga diri elok-elok ya. Pesan dekat kakak kamu sekali. Jaga rumah ini elok-elok. Dan, harta ni juga akan dijatuhkan kepada mak su. Sebab mak su berhak untuk dapatkannya. Ini rumah dia. Kita hanya menumpang. Ingat pesan nenek ya."
Bicara nenek itu buatkan aku tergamam seketika. Kenapa nenek cakap begini? Tak! Harta tu takkan aku serahkan kepada Mak Su! Dia tidak layak untuk dapatkannya.
"Kenapa nenek cakap macam ni? Nek, InsyaAllah tak ada apa-apa terjadi. Selagi nenek ada, harta ni tetap ada digenggaman nenek. Mak Su tak layak dapat semua ni. Ni semua nenek punya, bukan dia!"
Suaraku sedikit meninggi jika bercakap tentang mak su. Lagi bertambah sakit hatiku. Nenek senyum lagi. Bagaikan tahu hatiku bagaimana.
"Rina, ini semua dia punya. Kita hanya menumpang. Arwah Pak Su tak kaya macam dia, Rina. Dia kaya. Semua ni harta dia. Pak Su yang tolong kita semua ini, tapi Mak Su enggan nak beri. Jadi, nenek tahu dia bencikan kita. Dengan itu, secara sopan dan hormat harta dia, kita perlu serahkan kembali harta dia. Ini hak dia. Bila-bila masa aje dia boleh halau kita. Itu pun sebab nenek merayu dekat dia. Kalau tak, kita tak ada tempat berlindung, Rina."
Jelas nenek panjang lebar. Aku hembus nafas berat. Bahuku disentuh lembut oleh nenek.
"Kalau nenek dah tak ada, Rina jaga harta Mak Su elok-elok ya. Satu hari nanti, pulangkan kembali harta ini jika dia mahukannya. Jaga kakak kamu. Semua nenek sayang. Sayang sangat dekat cucu nenek ni." Aku melihat kelopak mata nenek sudah bertakung air matanya. Lantas aku memeluk erat tubuh itu. Erat.
"Rina pun sayangkan nenek." Ucapku. Jujur aku sayang sangat-sangat pada nenek. Tolonglah jangan nenek cakap macam tu lagi. Biar lah aku pergi dulu sebelum nenek. Aku tak sanggup nak tengok nenek pergi dulu. Aku tak mampu hidup tanpa nenek.
********
"Rina!" Jerit seseorang membuatkan aku terkejut. Aku yang sedang menjemur kain lantas berpaling memandang tuan punya suara itu. Acik Yah berlari anak mendapatkan aku. Aku senyum lebar.
"Aduh, penatnya kejar kamu ni. Tadi kat belakang rumah, sekarang dekat depan pulak." Acik Yah melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang berada berdekatan dengan aku itu. Aku ketawa kecil.
Sekarang hujung minggu aku cuti, jadi aku perlu mengemas rumah sebelum esok aku kerja. Tidak mahu menyusahkan acik Yah yang kena kemas rumah nanti. Kasihan pula dia.
"Rehat lah dulu Cik Yah. Kesian Cik Yah berlari daripada tadi." Aku ketawa lagi. Acik Yah juga turut ketawa. Mungkin gembira melihat aku senyum ketawa daripada minggu lepas aku asyik berkurung dalam bilik kerana masih trauma dengan kejadian itu. Berkurung dalam bilik, aku asyik menangis setiap hari. Sampaikan mata pun bengkak teruk.
"Kejap lagi Rina buatkan air untuk Acik Yah, ya." Bakul kosong yang sudah siap aku jemur kain tadi aku ambil lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh, tak payah lah Rina. Acik Yah sekejap aje ni. Tak lama pun, sebab sekejap lagi nak ke pekan, nak beli barang sikit." Halang Acik Yah. Dia menyuruh aku duduk lalu aku akur dan melabuhkan duduk disebalahnya.
"Nah. Hari ni tak payah masak. Acik Yah bawakan lauk dan nasi ni untuk Rina dan Nek Ma. Nanti makan ya." Bekal bertingkat tiga itu dihulurkan padaku.
"Lah, Acik Yah ni susah-susah aje lah. Tak payah lah buat semua ni. Rina dah siap masak dah pun. Menyusahkan acik je." Aku menyambut bekal itu. Kesian dekat Acik Yah dah susah-susah masak untuk aku dan nenek.
"Eh, tak apa lah. Tak susah pun. Ambil aje, makan ni. Nanti kalau tak cukup bagitahu acik ya. Ada banyak lagi lauk kat rumah acik Yah tu." Ujarnya membuatkan aku tersenyum.
"Terima kasih, acik."
"Sama-sama. Hah, ni Rina macam mana sekarang? Okey?" Dia merenung wajahku. Melihat mataku masih bengkak tapi tidak lah teruk seperti dulu. Semakin pulih sedikit.
Aku senyum nipis sambil menghela nafas pendek. "Alhamdulillah, okey je." Jawabku.
"Rina, kalau ada apa-apa nak minta tolong, bagi aje tahu dekat Acik Yah. Acik Yah risau tau. Acik pun dah anggap kamu macam anak acik Yah sendiri. Kalau kamu diapa-apakan, acik Yah rasa tak tentu arah. Risau. Sedih. Semua ada." Acik Yah memandang simpati padaku. Tanganku digenggamnya erat.
"Baik Cik Yah. Terima kasih Cik Yah. Acik dah banyak sangat tolong Rina dan nenek. Rina akan ingat jasa baik acik Yah sampai mati. Rina takkan lupa." Saat-saat ini air mata senang sangat gugur. Acik Yah laju menyeka air mataku lalu memeluk erat bahuku. Aku melentokkan kepalaku di bahu acik Yah.
Wanita ini banyak sangat menolong aku dahulu hingga sekarang. Kejadian pada malam itu dia juga banyak tolong aku. Dia juga lah yang report polis bersama Tuan Rayyan. Kedua-dua orang itu sangat aku berhutang budi pada mereka.
"Tak ada apa-apa lah Rina. Acik Yah okey aje. Acik pun dah anggap kamu macam anak acik. Kamu tu jaga diri elok-elok ya lepasni. Apa-apa bagitahu acik cepat-cepat tau." Pesannya. Aku senyum lebar lalu menyeka air mataku.
"Baik acik. Terima kasih," Acik Yah mengangguk lalu tersenyum manis.
"Haih, kau ni Rina...Buat masalah betul ya kau ni? Kau tu dah hancurkan maruah keluarga kita tau. Apa yang kau dah buat hah?! Kau ingat aku tak tahu apa dah terjadi pada kau pada malam tu? Tu lah kau, diri kau tu terlalu murah sangat sampaikan diri sendiri nak dijual." Suara itu memecahkan kesunyian. Aku menoleh memandang tuan punya suara itu. Alya? Kakak aku.
Dia senyum sinis sambil menjeling tajam ke arahku. Aku sudah berdebar. Takut perkara ini dia bongkarkan pada mak su. Dah lah dia dan mak su rapat!
Aku telan liur, kembali berdiri. Menatap wajah sinisnya. Tetapi masih tertanya-tanya, bagaimana dia tahu semua ini? Acik Yah disebelah aku juga turut berdiri.
"Kau kena rogol kan?" Soalnya dengan sinis. Tergamam aku. Lidah kelu.
"Jawab Rina! Aku tanya kau ni!" Bentaknya padaku. Aku menunduk sedikit. Sumpah aku langsung tak tahu perkara ini boleh terjadi. Dan aku pun tak tahu siapa orang yang sanggup buat begitu pada aku pada malam itu.
"Kamu ni kenapa Alya? Tanya tu elok-elok lah. Ya, adik kamu kena sentuh dengan lelaki entah mana. Tapi, kamu jangan sebarangan nak fitnah dia. Kamu tu yang tak tahu apa-apa jangan nak main tuduh-tuduh. Dia adik kamu, sepatutnya kamu yang kena jaga dia." Tinggi suara acik Yah mempertahankan aku yang sudah kaku di sebelahnya.
"Oh, so betul lah? Kenapa dengan kau ni dik?! Harga diri kau tu terlalu murah sangat ke sampai lelaki entah mana kau jual diri kau. Sebab apa? Sebab nak duit? Macam tu? Kalau nak duit, jadi pelacur terus lah." Sinis kata-katanya buat hati aku terluka berdarah kembali.
Aku sudah tidak tahan, baru sahaja tangan mahu naik ke pipinya tetapi laju aje acik Yah tahan. Menghalang aku. Alya ketawa sinis. Makin bertambah panas aku saat ini.
"Kau jangan nak main tuduh aje kak! Kau tak tahu apa-apa jangan nak fitnah aku!" Bentakku lalu aku melangkah pergi daripada situ. Air mata laju mengalir. Kalau semua dah tahu, pasti aku difitnah. Ya Allah, lindungilah aku daripada fitnah. Aku bukan apa yang mereka sangka.
*********
Teresak-esak aku menangis di atas katil. Aku benci dengan diri aku sendiri. Sungguh aku benci! Aku jijik dengan diri sendiri. Aku dah tak suci!
"Tak payah lah kau nak menangis macam orang gila kat situ. Ingatkan tengok muka kau tu baik sangat, suka nasihat orang bagai. Ceramah kalahkan ustazah lah sangat. Tapi, belakang aku. Bukan main lagi kau jual badan kau dekat lelaki luar sana." Kenapa kata-kata itu muncul lagi? Dan kenapa dia pulang pada hari ini?! Macam mana dia tahu tentang hal ni? Siapa yang dah bongkarkannya?!
"Kau tahu tak dik, kau dah hancurkan maruah keluarga kita tau! Kalau mak su tahu ni, mesti dia malu. Kau tak fikir ke hah?! Mana kepala otak kau tu hah?! Dah bodoh sangat ke sampai jual diri semata-mata nak duit!" Marahnya lagi, aku tak tahan! Aku memang tak tahan! Laju aku melangkah mendapatkan dia yang berdiri di muka pintu bilikku.
"Kau jangan anggap aku apa yang kau sangka kak! Aku bukan perempuan apa yang kau cakap! Aku tak pernah jual diri aku dan aku tak bodoh macam kau yang pergi KL semata-mata nak lelaki tidur dengan kau. Hei, kau ingat aku tak tahu ke hah?! Kau tipu nenek kan! Kau kata kau sambung belajar, tapi apa kau buat?! Kau pergi club malam entah mana lepastu tidur dengan lelaki lain. Sekarang dah berapa kali kau gugurkan kandungan kau tu!" Bentakku geram dengan serta-merta pipiku sedikit tertoleh ke tepi. Pedih. Sakit sangat.
"Kau jangan nak main cakap je ya. Kenapa? Kau tak puas hati sebab itu kau tuduh aku macam-macam. Sebab kau tak puas hati?!" Tajam aku renung dia.
"Kau salah kak. Aku akan buat kau menyesal kak. Kau akan menyesal semuanya satu hari nanti. Kau salah, kau salah kak! Aku tahu semua tentang kau. Semuanya kau sembunyikan daripada nenek kan?! Aku tahu semuanya!" Ulangku lagi, geram dengan dia. Dia tak lepas-lepas merenung wajahku. Tajam.
"Kalau nenek tahu pasal ni, siap kau!"
Aku senyum gembira. Aku tahu aku menang. Dia kalah! Kalah kerana semua percakapan ku itu benar. Dan tak semestinya kata-katanya tadi itu betul. Kerana semuanya tiada pada diriku. Demi Allah, aku bukan wanita apa yang dia cakap. Ini semua salah faham!
Aku melihat dia melangkah keluar dan tiba-tiba nenek muncul di sebalik pintu itu. Aku melihat Alya sedikit terkejut. Pergerakannya terhenti di situ. Terkejut dengan kemunculan nenek. Aku senyum puas hati. Mungkin hari ini rahsia itu akan terbongkar.
"Betul ke Alya? Kamu dah banyak kali gugurkan kandungan kamu tu? Betul ke selama ni kamu dah banyak kali tidur dengan lelaki lain? Betul ke Alya?" Soal nenek bertalu-talu dengan wajah penuh kecewa dan sedih. Aku mendapatkan nenek yang sedih dengan perangai kakak.
"Nenek tak sangka kamu jadi macam ni Alya. Nenek didik kamu untuk jadi manusia yang berguna. Bukan jual diri kamu." Kelihatannya, wajah nenek sungguh sedih kecewa. Aku mengusap lembut bahu nenek. Wajah nenek juga sudah sembab dengan air mata yang mengalir.
"Nenek! Nek dengar kata perempuan ni? Nenek kalau tak tahu apa-apa boleh tak, tak payah nak fitnah orang macam-macam. Nenek pun tahu kan, perempuan yang selama ni rapat dengan nenek ni pun dah tak suci! Jijik orang tengok. Kotor. Nenek tak jijik ke? Euw, perempuan pelacor."
Aku masih mampu bersabar. Nafas ditarik dalam-dalam. Sabar duhai hati. Sabar. Sabar Rina. Ingat! Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya. Ingat, Allah Ada!
"Tak. Kamu tu yang dah tak suci. Nenek kecewa dengan kamu Alya. Nenek kecewa..." Teresak-esak nenek menangis mengenangkan apa yang Alya sudah buat. Aku menyeka air mataku.
"Eee! DIAM LAH! Suka hati aku lah nak buat apa! Hidup aku! Kau tak payah nak sibuk boleh tak?! Hei, orang tua. Semak lah mata aku tengok kau ada sini. Bila ek kau nak mati?" Laju aje aku pula yang melayangkan tangan ke pipinya. Sudah tidak tahan lagi. Geram.
"Jaga sikit mulut kau tu, kak! Jangan sampai aku hilang hormat dengan kau! Ni nenek kau kak! Kau sedar tak apa yang kau dah cakap ni?!" Marahku geram. Dia memegang pipinya yang sudah ditampar olehku. Hati sangat puas bertambah panas. Dia merenung tajam ke arahku lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya.
Nenek masih menangis. Sedih melihat perangai kakak berubah. Aku memeluk erat tubuh nenek. Tak lama itu, tubuh nenek tiba-tiba lemah.
"Eh, nek. Ya Allah, akak. Akak!" Jeritku memanggil Alya apabila melihat nenek sudah terbaring di atas lantai. Mata tertutup rapat. Perlahan-lahan aku goncang tubuh nenek. Nenek pengsan. Ya Allah, apa yang dah terjadi ni?
"Kau nak apa?!" Soalnya meninggi sambil memegang satu beg besar. Membulat mataku melihat. Aku yakin, pasti dia mahu keluar daripada rumah ini setelah apa yang terjadi padanya. Dia memandang nenek yang pengsan itu lalu dia senyum sinis.
"Akak, nenek...."
"Hm, lantak kau lah dengan orang tua tu. Kau lah selesaikan semua ni. Bukan aku. So, jangan nak panggil-panggil aku lagi ya. Bye!" Dia terus berlalu pergi keluar dari rumah itu. Ya Allah, kejam sungguh dia! Apa punya hati dia ni?!
"Ya Allah, akak! Akak!" Aku tetap memanggil nya tetapi dia langsung tidak menyahut.
"Nenek bangun..." Kepala nenek aku bawa ke atas pehaku. Melihat kakak sudah hilang daripada pandangan ku.
Sungguh kau kejam kak!
********
"Rina..." Suara itu membuatkan aku lantas bangun. Mata yang tadi tertutup rapat kini kubuka langsung mataku menghala ke arah nenek yang baru sedarkan diri.
Alhamdulillah, nenek dah sedar! "Nenek, nenek tak apa-apa ke? Nenek okey?" Soalku bertalu-talu risau melihat keadaan nenek. Tadi perlahan-lahan aku memapah nenek bangun dan masuk ke dalam bilik. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Nenek senyum nipis. "Nenek okey aje. Rina, okey ke?"
"Nenek jangan tanya tentang keadaan Rina. Rina sentiasa okey kalau nenek pun okey." Aku senyum lalu mengucup belakang telapak tangannya.
"Rina, kalau nenek dah tak ada nanti jagakan kakak kamu ya. Yang penting jaga diri kamu juga." Aku rasa dah berkali-kali nenek ulangkan ayat pertamanya itu. Aku mula rasa tidak sedap hati.
"Nek, jangan lah cakap macam tu. Rina sentiasa ada dengan nenek. Rina sayangkan nenek." Aku melabuhkan kepalaku dibahunya. Nenek mengucup lama kepalaku.
Aku tahu nenek sakit hati dengan kakak. Sikap kakak tadi sudah buatkan hati nenek terluka. Macam itu juga hati aku, terluka. Sakit.
********
Hari ni aku bagaikan rasa hati langsung tidak sedap. Kakak yang baru balik tiga hari lepas dengan membawa masalah dengan nenek menunjukkan perangainya yang kurang ajar membuatkan aku makin benci padanya.
Sekarang dia berada bersama Mak Su. Mereka berdua sangat rapat. Tetapi aku tak kisah. Bak kata nenek, walaupun apa terjadi sekalipun, kita tetap kena jalankan hidup kita. Kita kena kuat!
Aku senyum sambil menghirup udara pagi. Jam sudah tepat pukul 8 pagi. Siap aku berpakaian uniform kerja. Aku terus meminta diri dengan acik Yah dan nenek untuk ke tempat kerja.
"Wei, kau tak pelik ke, selepas kejadian malam hitam kau tu, Acap dah beberapa hari tak datang kerja." Sampai aje di tempat kerja, kalau tak membawang memang tak sah aku dengan si Ila ni.
Sambil membawang sambil itu aku memakai apron dan memulakan tugasku didapur. Membawang, membawang juga, tapi kerja kena jalan kalau tak nak telinga tu bernanah dengan bebelan Kak Milah tu.
Aku berkerut kan sedikit dahiku. Ya, aku juga pelik. Minggu lepas kerja pun tak nampak langsung kelibatnya. Aku juga perlu jumpa dengan dia mahu meminta maaf kerana tidak dapat berjumpa dengan dia pada malam minggu lepas itu dengan kejadian yang membuatkan aku trauma itu.
Kasihan dia pasti menungguku. Dan, aku harap sangat rakan sekerjaku yang lain tidak tahu tentang malam hitam itu. Hanya Ila aje yang tahu.
"Ya tak ya jugak. Hm, entah lah. Mungkin dia sakit atau ada hal peribadi. Biar lah dia, yang kau sibuk ni dah kenapa? Suka dekat dia? Ke rindu dekat dia sebab dah lama tak tengok muka dia?" Sengaja aku usik Ila. Dah lama juga aku tak usik-usik orang ni.
Ila mencebik. Aku ketawa kecil. "Memang tak lah. Dia tu handsome memang handsome, tapi tulah....Buaya." Ila menjeling ke tempat lain.
"Kalau doktor Arayyan tu tak apa. Handsome, muka macam kacukan, baik hati. Peh, memang semua terkejar-kejar wei." Dia menepuk bahuku apabila sudah selesai membayangkan wajah kacak Doktor Arayyan.
Aku menggeleng sambil ketawa kecil. Kalau cakap pasal Tuan Rayyan, entah lah hati aku ni tiba-tiba rindu pula mahu melihat wajahnya yang sudah menarik perhatian aku.
Tapi, aku cuba untuk kuatkan hati untuk tidak jatuh cinta. Isy, tak ada masa aku nak fikirkan cinta-cinta monyet semua ni. Aku kena kerja dan tolong nenek. Cinta-cinta semua ni nanti lah dulu. Lambat lagi nak fikir semua itu.
"Hoi!" Ternaik bahuku terkejut. Kembali ke alam nyata.
"Isy! Kau ni terkejut aku lah!" Marahku apabila Ila suka sangat sergah aku. Tajam aku jeling dia.
"Kau ni dah kenapa? Asyik termenung aje. Ke kau tengah teringat dekat doktor handsome tu?" Usik Ila. Amboi, aku yang nak usik dia, dia pula kenakan aku.
"Hei, mana ada! Memang tak lah aku nak teringat dekat dia. Entah-entah dia tu dah milik orang. Sebab selalunya orang handsome ni dah berpunya." Sengaja aku memberi alasan kerana apa yang dikatakan oleh Ila itu semua betul. Mahu senyum aku tetapi aku cuba menahannya.
"Eleh, ye lah tu. Entah-entah, doktor tu suka kau tapi kau je tolak. Macam Ikhmal dulu. Dia suka kau, tapi kau je tolak. Dia dah lah handsome, senang-senang je kau tolak dia. Haih, apa lah kau ni. Kalau aku dekat tempat kau, awal-awal lagi aku dah setuju."
"What? Kau masih ingat tentang tu?" Terkejut aku apabila Ila masih ingat zaman sekolah dahulu. Umur aku pun dah genap 20 tahun tapi Ila masih kuat fikirannya tentang zaman sekolah aku bersamanya dahulu.
Ikhmal dulu pelajar pandai, ketua pengawas dan sangat kacak. Dia juga lelaki idaman para wanita. Ramai terkejar-kejar dia. Tapi, lelaki itu pula yang setuju memilih aku sebagai kekasihnya. Tetapi aku tak nak. Tak setuju. Entah lah, cinta ini bagaikan permainkan perasaan. Mula-mula bercinta, lepastu gaduh sebab salah seorang curang, lepastu putus. Tamat. Hm, tak ada kesudahan langsung. Kalau terus kahwin tu okey lah lagi.
"Of course lah. Tapi, tu lah. Kau ni jual mahal sangat." Aku ketawa kecil.
Tak lama kemudian, aku yang sedang menyapu diluar kedai, terhenti dengan tugasku apabila telefon bimbit ku berbunyi menandakan ada seseorang hubungi ku.
Lantas aku mencapai telefon bimbit ku di dalam poket seluar ku. Melihat di skrin telefonku tertera nama 'Acik Yah'. Hati mula rasa tak sedap. Acik Yah kalau hubungi aku pasti ada sesuatu yang tak kena.
Sebelum aku angkat, aku menoleh ke kiri dan ke kanan dahulu. Takut pula Kak Milah nampak. Tak pasal-pasal kena marah dengan dia.
"Hello Rina!" Belum sempat aku bersuara, suara Cik Yah kedengaran dahulu. Suaranya seperti dia sedang risau.
"Hello, ya cik Yah." Aku menjawab dengan berhati-hati.
"Nek Ma......"
Malam ni saya baik hati untuk update Bab 3 hahahhaaha sorry kalau ada typo...hope korang enjoy dengan Bab ni...jangan lupa Komen dan follow sekali ya...bye, goodnight sayang semua!
Share this novel