"Kau lah ketuk, tadi kau yang nak sangatkan datang jumpa doktor handsome tu." Bahuku ditolak-tolak oleh Ila. Ternyata, Ila juga malu. Aku suruh dia, dia pula suruh aku.
Sebelum sampai ke sini bukan main berani aku tadi, bila dah sampai depan rumah dia, kaki tiba-tiba rasa nak lari balik rumah semula. Batalkan aje niat aku tu yang nak jadi soal siasat.
Ila pula sudah tahu semuanya. Hanya dia aje tempat untuk aku meluah. Dia pun dah faham semuanya. Apabila aku memberitahu nenek sudah tiada, dia juga turut menangis. Sedih dengan pemergian nenek saat ini.
Aku kembali perhatikan rumah besar dihadapanku itu. Macam bukan kampung pun ya. Besar sangat rumah dia. Maklumlah, lelaki itu kan kaya. Pasti di dalam rumah itu cantik kan? Sudah tentu lah cantik, lihat diluar rumah ini pun seperti rumah banglo entah apa lagi di dalam rumah.
Aku menelan liur sebelum menekan punat loceng di tepi pagar besar rumahnya itu. Sebelum ini aku tak tahu pula rumah ini milik doktor Arayyan. Kerana rumah ini sedikit tersorok membuatkan orang lain tidak perasan rumahnya.
Belum sempat aku menekan loceng itu, bahuku sudah ditepuk beberapa kali oleh Ila. Aku menoleh ke arahnya dengan pandangan marah. Geram dia tepuk-tepuk bahu aku. Tadi aku suruh tekan loceng ni tak nak. Malu.
Tapi, aku melihat wajah Ila jelas yang dia terkejut besar. Dia langsung tidak menoleh ke arahku. Aku juga turut serta melihat apa yang Ila pandang sampaikan terkejut beruk.
Dapatku lihat, ada dua buah kereta. Satu kereta Ranger Rover berwarna merah dan satu lagi kereta Alphard berwarna hitam.
Aku tak rasa itu doktor Arayyan. Takkan lah lelaki itu pula sampai dua-dua kereta dia naik. Aku berkerut sendiri. Hairan.
"Siapa tu wei?" Soal Ila tak lepas-lepas memandang dua buah kereta itu yang sudah berhenti dihadapan rumah Doktor Arayyan. Aku cuma angkat bahu dengan pertanyaan Ila. Aku pun tidak tahu.
Aku masih tercegat dihadapan rumah Doktor Arayyan sehinggakan orang yang berada di dalam kereta itu keluar. Melihat 2 orang berbaju suit kemas berdiri dihadapan keretanya dan seorang lagi membukakan pintu untuk seseorang yang berada di dalam kereta Alphard itu. Aku tak rasa yang berdiri dihadapan kereta itu orang melayu. Melihat wajah mereka semua jelas seperti orang luar negara.
Aku menelan liur. Takut pula melihat mereka semua itu. Seperti orang gangster pun ada. Aku teguk liur. Erat aku menggenggam lengan Ila. Ila juga membalas genggamanku. Dia juga takut.
Kelihatannya, seseorang lelaki yang sedikit berusia keluar daripada kereta Alphard yang berwarna hitam itu. Siap bertongkat. Pasti umur dia dalam lingkungan 60an.
"Hei, you." Lelaki yang sedikit berusia itu mendapatkan kami. Dapatku lihat mereka semua berpakaian lengkap suit hitam. Dah macam mafia pula aku tengok. Takut.
"Chi siete voi due?" Aku langsung tidak faham maksudnya. Sudah berkerut-kerut wajah kami berdua. Tak faham dengan apa yang lelaki tua ini cakap.
"Apa yang dia cakap wei?" Bisik Ila. Badannya pun sudah menggeletar takut.
"Entah, aku tak tahu." Balasku tanpa memandang Ila.
"Wei, jom lah cabut. Aku takut lah. Buat lah dia ada niat jahat nak apa-apa kan kita berdua, macam mana?" Bisik Ila lagi sambil menarik-narik lengan bajuku. Aku teguk liur lagi. Dahi dah berpeluh. Bukan Ila aje takut, sumpah aku pun dah takut sekarang ni.
"Do you understand what i am saying?" Soalnya. Nasib baik dia berbahasa english. Baru lah aku faham. Aku hela nafas lega sambil mata sempat memandang sekilas ke arah Ila.
"No, sorry. Please speak english." Balasku. Entah mana datang keberanian untuk bersuara apabila daripada tadi membisu terkaku.
Aku melihat lelaki tua itu senyum sinis ke arah kami berdua sambil-sambil itu aku nampak matanya memandang aku dan Ila atas bawah. Kami berdua mula rasa tidak selesa. Aku menelan liur lagi. Jantung dah berkencang dengan laju.
Tiba-tiba dia melangkah lagi mendekati kami berdua. Dengan serentak itu aku dan Ila berganjak ke belakang. Apa yang orang tua ni nak buat?
Jangan-jangan dia ada niat jahat nak kacau aku dan Ila. Memang aku orang pertama lari pecut dari sini. Aku teguk liur lagi apabila melihat dia senyum sinis.
Dalam hati dah berkira 1 hingga 3 dan kalau dia masih melangkah mendekati kami berdua, aku lari pecut pergi dari sini. Kalau Ila lambat lari aku heret dia pergi dari sini.
1.....
2.....
3......
LARI!
"Woi!"
Tak jadi kami berdua nak lari apabila ada satu suara membuatkan kami semua tersentak. Orang tua itu kembali memusingkan tubuhnya memandang tuan punya suara itu.
Bersinar-sinar mataku melihat orang itu.
Doktor Arayyan!
"Non toccarli entrambi!" Bicara Doktor Arayyan sedikit meninggi. Sepertinya dia memberi amaran keras pada orang tua itu.
Aku langsung tak faham apa yang dia cakap. Jantung makin laju berdebar. Aku bersyukur kerana Doktor Arayyan muncul. Tapi, harap sangat dia berniat baik untuk selamatkan aku. Jangan cakap, dia ikut serta untuk kenakan aku dan Ila.
Kalau ikutkan hati aku ni, nak aje aku lari ke belakang Doktor Arayyan. Takut. Sumpah aku takut sekarang ni Aku rasa mereka mafia. Jahat! Ya Allah, lindungilah hamba.
"Leonardo Luciano." Orang tua itu menyebut sesuatu.
Aku tak rasa itu bahasa Italy. Sepertinya aku dengar macam nama orang. Adakah nama sebenar doktor Arayyan itu ialah apa yang disebut oleh orang tua itu tadi? Aku bingung. Otak dah jammed tak boleh nak berfikir.
Kelihatannya, orang tua itu ketawa lalu berjalan mendapatkan Doktor Arayyan yang baru keluar daripada keretanya. Nasib tak tekan loceng rumahnya ini. Rupa-rupanya dia keluar rumah.
Aku melihat orang tua itu mendekati pula doktor Arayyan. Entah kenapa aku berasa sungguh risau jika mereka apa-apakan doktor Arayyan. Sungguh saat ini aku risau.
"Cosa vuoi di più da me?!" Suara doktor Arayyan masih meninggi.
Mungkinkah itu musuhnya? Atau orang yang dia berhutang? Eh, takkan lah doktor Arayyan berhutang pula? Aku tengok gaya doktor Arayyan itu pasti lah dia orang kaya. Takkan lah dia dah kaya masih berhutang?
"Chi è quella bella donna?" Bicara orang tua itu pula. Sumpah aku tak faham. Aku harap sangat salah seorang bersuara dalam bahasa english.
"She's my girl." Dan, akhirnya ada juga yang bersuara dalam bahasa english. Lega sikit hatiku. Tapi....Aku sedikit terkejut dengan kata-kata doktor Arayyan tadi. She's my girl? Siapa perempuan itu? Aku pula yang berdebar saat ini.
Melihat wajah Ila disebalahku memang dah tak payah cakap lah. Aku tengok muka dia dah takut macam nampak hantu. Nak tergelak aje. Mungkin takut jika mereka berdua bergaduh kerana aku melihat cara mereka bercakap seperti mahu bergaduh pula.
Aku melihat orang tua itu sedikit ketawa. "Leo, come back to us. If you don't come back, I will make your life miserable. The person you love, I will make him disappear!" Bicara si orang tua itu. Cara dia cakap seperti dia sedang ugut doktor Arayyan. Aku pula terkejut mendengar kata-kata orang tua itu. Liur ditelan. Jantungku makin berdetak dengan sungguh laju.
"I will not come back to you after what you did to my mother and my father! Once again I say, don’t mess with my life anymore! Don't let me make Mark miserable." Tegas suaranya. Ini kali pertama aku melihat wajah garang Doktor Arayyan. Mahu kecut perut nyah! Selalunya muka ketat beku dia aje yang selalu aku lihat. Kali ini makin garang seperti singa. Takut pula aku.
"Okey, I concede. But, remember! The only person you love will disappear one day." Ujarnya lagi berbaur seperti amaran keras diberikan kepada doktor Arayyan. Aku pula yang telan liur. Melihat wajah doktor Arayyan masih marah.
Orang tua itu senyum sinis lalu kembali ke dalam keretanya. Sempat dia senyum sinis padaku sambil memandang aku atas bawah. Aku pula rasa takut.
Seperti biasa, bodyguard nya akan membukakan pintu keretanya untuk dia masuk. Setelah itu, semua kembali masuk ke dalam kereta dan mereka pergi meninggalkan kawasan rumah Doktor Arayyan.
"Damn!" Aku dengar perkataan itu keluar dari mulut doktor Arayyan. Kelihatannya, dia masih marah dan tidak puas hati.
Penumbuknya dikepal. Aku pula yang takut untuk bersuara entah apa lagi nak berganjak berlari pergi daripada sini. Liur ditelan. Melihat wajah Ila juga sama denganku. Takut.
"Err...wei, jom lah cabut. Aku tengok doktor Arayyan tu macam tengah marah je. Jangan sampai dia makan kita pula." Bisik Ila sambil lenganku ditarik-tarik olehnya.
"Takkan lah kita nak lari. Buat lah kita lari dia kejar kita macam mana?" Aku rasa, aku tak patut lari. Terfikir juga, buat lah doktor Arayyan yang dah nak jadi singa tu kejar kita orang macam mana? Ah, scary nya!
"Apa kita nak buat sekarang ni? Aku dah takut ni." Bisik Ila lagi sambil memeluk erat lenganku. Aku ketap bibir. Bukan dia je takut, aku ni pun takut.
Aku menelan liur lagi apabila dia memandang tajam ke arah kami berdua. Renungan paling tajam. Aku sedikit berganjak kebelakang apabila melihat doktor Arayyan sudah berjalan mendekati kami berdua.
Dengan renungan tajam, dia menghampiri aku dan Ila yang sedang menggigil takut. Ah, memang aku kena lari! Tak boleh tercegat lagi di sini.
Baru aje aku nak buka langkah besar pergi daripada sini, lelaki itu sudah membuka mulut.
"Apa yang kau orang berdua buat di sini?" Soalnya bernada tidak meninggi tidak juga lembut. Garau suaranya. Pandangan helangnya itu masih tajam memandang aku dan Ila.
"Err...Kami...Kami..." Aku gagap. Otak sedang susun ayat. Lagi-lagi melihat mata dia yang tajam itu boleh buat aku kalut tak tentu arah. Jantung makin berdebar-debar.
"Kami apa?!" Soalnya sedikit meninggi membuatkan aku dan Ila terkejut besar.
"Saya nak jumpa dengan doktor." Jawabku laju apabila dia sergah aku tadi. Haih, nasib baik tak termaki dia sekali.
"Kalau nak jumpa dengan saya, please jangan datang di sini. Bahaya sikit. Khai, kalau awak nak jumpa saya awak boleh jumpa saya di hospital." Dia memberi amaran kepadaku. Aku sedikit menunduk.
"Ba...Baik doktor." Balasku masih gagap.
"Esok jumpa saya di hospital aje." Ujarnya dan kembali masuk ke dalam keretanya. Pagar besarnya automatik terbuka sendiri. Dia terus bergerak masuk ke dalam rumah besarnya itu.
Aku hela nafas panjang. Melihat wajah Ila masam mencuka. Mahu ketawa aku melihat wajahnya. Mesti dia marah. Aku ketawa kecil.
"Tulah kau, penat-penat aje kita datang ke sini. Last-last dia halau kita macam tu je. Huh, buat penat aku je. Lebih baik aku balik makan lepastu tidur. Lagi best. Dah lah, jom balik." Tanganku ditarik olehnya untuk pergi. Aku masih jadi blur. Hanya mampu mendengar makcik sebelah aku ni membebel aje.
"Tapi kan, aku tengok lelaki tadi yang datang ramai-ramai tu, aku rasa dia orang mafia lah. Kau tengok lah orang tua tu, aku rasa dia ketua mafia mungkin. Dan, mesti ada kena mengena dengan doktor Arayyan. Yup, aku confirm lah yang doktor Arayyan tu ketua mafia. Tapi, nampak tak macam mafia. Kalau dia orang mafia, mestilah dia orang baik. Tapi, tengok cara layanan doktor Arayyan dengan orang tua tu dah macam musuh pulak." Panjang lebar Ila membebel mengingatkan kembali tentang kejadian tadi. Sambil kami berjalan kaki pulang ke rumah, sempat lagi Ila mengajak aku membawang.
Aku senyum kecil sambil menggeleng kepala pada Ila yang tak habis-habis membawang. Apa lah yang dia sedang fikirkan sampaikan dia sudah fikir ke mafia. Ke situ pulak yang difikirkannya. Nak aje aku ketuk kepala dia ni, hilang terus kisah mafia dia tu.
"Isy, kau ni ke situ pula fikirnya. Mafia apa benda kau ni? Takkan lah doktor Arayyan tu mafia. Tapi...."
Tiba-tiba fikiranku kembali teringat tentang kejadian tempoh hari lepas dimana aku melihat Doktor Arayyan berlumuran darah. Wajahnya bengkak bagaikan ditumbuk. Adakah dia bergaduh? Atau betulkah apa yang dikatakan oleh Ila?
"Hoi! Kau ni sempat lagi nak berangan ya? Kalau ya pun nak berangan jadi isteri doktor Arayyan tu, berangan lah dekat rumah. Aku tanya kau ni, kau boleh pulak berangan." Ila menjeling ke arahku sambil mencebik. Aku sengih memandangnya.
"Isy, mana ada berangan."
"Habis tu?" Soalnya aku membalas dengan gelengan kepala.
"Tadi kau ada cakap tapi, tapi apa?" Soal Ila kembali pada kata-kataku tadi. Aku teguk liur sambil menoleh memandangnya.
"Err...Tak ada apa lah. Dah jom balik." Aku percepatkan langkahku untuk sampai ke rumah segera.
"Eh, tunggu lah aku. Kau jalan tu boleh kalahkan askar yang tengah berkawad. Sabar lah dulu. Rina!" Jerit Ila memanggilku apabila aku sudah berjalan jauh jarak dengan dia. Dia terus berlari anak mendapatkan aku. Aku ketawa kecil.
Tetapi fikiran aku masih teringatkan kejadian itu. Masih tertanya-tanya. Betulkah apa yang dikatakan oleh Ila?
*********
Aku berbaring di atas katil sambil mata memandang siling. Entah kenapa, malam ni mata buat masalah tak mahu lelap. Sudahnya aku terpaksa berjaga sehinggalah pukul 12 tengah malam yang masih tidak dapat tidur.
Aku mengeluh panjang. Rindu dekat nenek. Kalau aku tak boleh tidur jam waktu sebegini, pasti aku akan tidur bersama nenek.
Tapi sekarang di dalam rumah ini sudah tiada sesiapa lagi. Kakak? Dia sekarang sudah senang dan bahagia duduk bersama mak su. Aku? Aku terpaksa redha duduk seorang diri di dalam rumah ini tanpa arwah nenek.
Entah kenapa, sedang fikiranku menerawang entah ke mana. Aku teringat sesuatu kata-kata nenek dahulu.
"Sebelum nenek pejam mata, nenek teringin sangat nak tengok cucu nenek ni naik atas pelamin."
"Rina pun berhak bahagia."
"Nenek suka dengan budak tu. Baik sangat. Sesuai dengan Rina. Kalau boleh, nenek nak sangat tengok doktor tu kahwin dengan Rina."
Teringat kembali kata-kata nenek, aku senyum kecil. Itu lah kata-kata terakhir nenek sebelum dia pergi. Sudah seminggu lebih nenek tiada. Bagaikan saat ini nenek masih ada di dalam rumah ini.
Aku menyeka air mataku yang mula mengalir. Kalau dikenangkan kembali, mahu sebak di dadaku. Cakap pasal doktor Arayyan tu, aku kembali teringat dia.
Kejadian semalam buat aku takut apabila melihat wajahnya merah menahan marah. Itu pertama kali aku melihat dia marah.
"Aku rasalah kan, doktor Arayyan tu mafia lah. Tengok gaya dia pun macam mafia. Entah-entah dia doktor mafia!"
Terngiang-ngiang kata-kata Ila apabila bercakap tentang doktor Arayyan. Betulkah apa yang dikatakan oleh Ila? Aku nak percaya pun berbelah bagi. Entah-entah apa yang dikatakan oleh Ila itu salah.
Huh, mahu pecah kepala otak aku ni! Macam nak jawab peperiksaan soalan KBAT pulak.
Kini tubuhku mengiring ke kanan. Berharap mata boleh lelap. Aku cuba pejamkan mata. Tiba-tiba, senyuman yang menimbulkan lesung pipit itu membuatkan aku kembali membuka mataku.
Entah kenapa, aku boleh pula terbayang wajah manis doktor Arayyan sewaktu dia senyum manis padaku. Cantik lesung pipitnya terletak. Senyumannya manis. Wajah garangnya itu serta-merta berubah apabila senyuman manisnya itu timbul membuatkan wajahnya lembut.
Aku senyum kecil. Beberapa minit kemudian aku menepuk-nepuk pipiku. Haih, macam mana pula aku boleh tersuka dekat dia ni! Jangan cakap aku ada hati dekat dia sudah!
"Cuba lagi Rina! Tidur! Tidur! Jangan fikirkan dia!" Ucapku pada diri sendiri sambil mata menutup rapat.
Aku bersyukur, tak lama kemudian lenaku dijemput. Kini aku sudah berada di dalam mimpi. Nyenyak juga aku tidur apabila sudah berjam-jam mata tak boleh nak tutup.
***********
"Wei, nanti kau hantarkan nasi goreng seafood ni dekat costumer yang dekat belakang tu." Arah Ila apabila selesai memasakan makanan untuk pelanggan.
Aku hanya akur. Baru sahaja nasi goreng seafood itu aku mahu capai untuk diberikan pada pelanggan, aku terjerit kecil apabila lenganku ditarik kasar oleh seseorang.
Lantas dengan itu, traumaku kembali menerawang di fikiranku. Aku mula merasai takut. Dengan cara itu lah kejadian malam hitam itu terjadi padaku.
"Eee! Lepaslah! Sakit lah!" Marahku. Aku angkat kepala melihat siapa yang berani menyentuhku. Kini semua kepala toleh memandang aku dan Acap yang sesuka hati aje pegang aku.
"Saya nak cakap sesuatu pada awak," bicaranya dengan berwajah bersahaja. Lenganku masih digenggam kuat olehnya.
"Saya sibuk lah Acap. Boleh tak, tak payah ganggu saya! Lepaskan lah tangan saya ni!" Marahku lagi apabila aku tidak berjaya melepaskan genggamannya di pengelangan tanganku ini.
"Hei, Acap! Kau ni dah kenapa, hah?! Sesuka hati aje pegang dia tanpa izin. Kau lepaskan dia sekarang!" Marah Ila pada Acap apabila perasan yang lenganku dipegang oleh Acap.
Aku melihat Acap merenung tajam ke arah Ila sambil mengetap gigi kuat. "Lepaskan lah dia! Kau jangan sampai aku bagitahu dekat Kak Milah!" Marah Ila sambil membalas renungan Acap dengan sungguh tajam ke arah Acap.
Tak lama kemudian, lenganku yang sakit digenggam kuat oleh Acap tadi dileraikan olehnya. Cepat-cepat aku menarik lenganku semula. Aku mendapatkan Ila. Entah kenapa, aku rasa takut.
"Kau ingat ya! Kau sentuh dia lagi siap kau!" Ila memberi amaran keras kepada Acap. Acap masih merenung tajam ke arah Ila. Aku bersyukur dapat sahabat seperti Ila. Nasib baik lah dia ada dapat membantuku. Kalau dia tiada, mahu hilang kepala si Acap tu aku buat!
Acap terus melangkah pergi tetapi sempat merenung tajam ke arahku. Aku teguk liur.
"Kau okey ke? Ada lebam ke dekat tangan kau tu? Mari sini aku tengok." Lenganku kini ditarik pula oleh Ila. Mahu memeriksa lenganku.
Selepas dia melihat, mahu terkejut besar dia melihat lenganku sedikit merah. Bekas genggaman Acap tadi.
"Eee! Kurang ajar betul lah si mamat tu. Kalau aku dapat dia kali ni, aku seret-seret muka dia dekat jalan tar tu!" Bebel Ila sambil tak lepas-lepas memandang tempat pengelangan tanganku itu. Aku senyum sebaris.
"Tak apa lah, aku okey je lah. Sikit je ni. Tak sakit pun," sengaja aku cakap begitu mahu buat hati Ila kembali lembut. Minah ni kalau dah marah, dah tak pandang kiri kanan kalau nak membebel. Kalau bergaduh pun, memang teruk lah musuh dia tu dia kerjakan.
Kalau dia gaduh dengan perempuan pula, mahu ditarik-tarik rambut musuh itu oleh Ila. Kalau boleh, dia tarik rambut musuh tu sampai tercabut. Itu lah satu-satunya aku suka berkawan dengan Ila.
Dia pandai mempertahankan dirinya. Dan dia juga risau kalau aku ini diapa-apakan oleh orang lain. Dia juga sudah trauma apabila dapat tahu yang aku disentuh oleh lelaki pada malam hitam itu. Dengan itu dia siap berjanji padaku untuk jaga aku dalam keadaan yang baik.
"Kalau dia ada sentuh kau lagi, kau cepat-cepat bagitahu aku tau, Rina. Siap lah dia aku kerjakan nanti!"
Aku ketawa kecil. Huh, marah betul ya si minah ni. "Okey, baik boss." Ucapku. Ila ketawa kecil melihat spontan gelagatku.
"Dah, cepat pergi hantar makanan ni dekat pelanggan yang aku cakap tadi tu." Arah Ila. Dia kembali ke tempat asalnya untuk menjalankan tugasnya. Aku pula ikut apa yang di suruh oleh Ila.
Tetapi, apa yang Acap buat padaku tadi memang aku tak boleh terima. Kalau dia sentuh aku, sumpah aku akan teringat kembali kejadian malam itu.
**********
"Betul ke kau tak nak aku hantarkan? Aku risau lah nak tinggalkan kau seorang diri di perhentian bas ni." Tanya Ila risau jika aku bersendirian.
Gadis itu naik motor, biasa lah. Kalau dah ada kenderaan sendiri, senang sikit nak kemana-mana. Tapi kalau aku pula, terpaksa duduk di perhentian bas ini menunggu bas datang untuk hantar aku ke hospital.
Aku bukannya orang senang. Duit pun hanya cukup-cukup makan dan tambang bas. Kalau tiada duit terpaksa ikat perut. Tapi nak buat macam mana? Aku tak mahu menyusahkannya. Lagipun, aku sudah biasa duduk sendirian di tempat perhentian bas itu.
"Tak apa. Aku tak nak susahkan kau. Jangan risau lah tentang aku. Kau tu cepat balik. Nanti mak kau marah pula kau balik lewat. Tentang aku kau tak payah risau." Tolakku lembut tak mahu susahkan dia. Ila hanya akur. Dia senyum lalu memeluk tubuhku sebelum meminta diri untuk pulang. Dia terus naik motornya dan bergerak pergi daripada situ.
Aku tidak terus pulang, malah aku terus pergi ke hospital. Aku mahu berjumpa dengan Doktor Arayyan. Aku tidak boleh duduk diam lagi. Aku tetap mahu tahu semua tentang apa yang dah terjadi tempoh hari lepas dan aku juga mahu tahu apa nama sebenar dia?
Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi yang berada di perhentian bas itu. Aku mengeluh kecil. Dahi yang berpeluh aku seka.
Tertanya-tanya juga. Dimanakah Chris? Aku sudah tidak dapat lagi jumpa dengan lelaki itu. Ke manakah lelaki itu menghilang semenjak apa yang sudah terjadi pada Doktor Arayyan pada tempoh hari lepas.
Aku juga terkejut apabila Chris memberitahu yang dia adik kepada Doktor Arayyan. Jadi aku sudah tahu sedikit. Bukan itu sahaja aku nak tahu, banyak lagi aku nak tahu!
Sedang aku menunggu bas untuk seterusnya, dadaku berdebar apabila aku melihat ada sebuah kereta Range Rover berwarna merah berhenti betul-betul dihadapanku. Sepertinya, aku sangat kenal dengan kereta itu.
Dada berdebar-debar apabila melihat dua orang lelaki yang bersuit hitam menghampiriku. Aku sudah gelabah tak tentu arah. Mahu bangun lari tetapi lenganku direntap kuat oleh mereka berdua.
Mulutku ditutup dengan sehelai kain membuatkan aku tidak dapat kawal diriku apabila terasa tubuhku sangat lemah. Mata rasa nak tutup aje. Serta-merta tubuhku lemah. Aku cuba menjerit meminta tolong, tapi aku kalah. Aku hanya mahu tidur saat ini. Tubuhku sangat lemah.
*********
Perlahan-lahan aku membuka mata. Kepala terasa sungguh sakit. Sakit sangat-sangat. Aku pegang kepalaku yang terasa sakit itu.
"Ya Allah, sakitnya kepala ni." Aduku sendiri. Sumpah sakit sangat. Bagaikan aku baru lepas kena hantuk kepala dengan batu besar.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku cuba melihat sekeliling walaupun pandangan mataku kabur. Melihat sekeliling aku sedang terbaring di sebuah katil besar. Bilik ini sungguh besar. Sumpah aku tak tahu aku berada di mana saat ini. Teguk liur aku melihat.
Bilik ini mewah. Cantik. Perlahan-lahan aku bangun. Mata masih melekat disekeliling bilik itu. Tak lepas-lepas aku memerhatikan bilik itu. Aku langsung tak ingat apa yang sudah terjadi. Kepalaku masih terasa sakit.
"Dekat mana pulak ni?" Soalku sendiri. Baru aje kaki nak turun ke bawah untuk keluar daripada bilik ini, aku tergamam apabila pintu bilik itu sedikit terkuak daripada luar yang menandakan ada seseorang dari luar. Aku teguk liur, jantung makin hebat berkencang. Siapakah orang itu? Aku mulai rasa takut. Tubuh sudah menggigil takut.
Aku melihat seseorang lelaki yang bertubuh tegap, tinggi, berkemeja berwarna hitam, wajahnya jelas yang dia orang luar negara. Anak matanya berwarna hijau-kehijauan. Rambutnya hitam pekak. Handsome? Hah, cubalah bayangkan macam mana rupanya bertapa handsome nya dia sehinggakan aku terpukau melihat wajah tampannya itu.
Aku menelan liur lagi. Dia berjalan mendekatiku. Aku yang masih bersandar pada kepala katil masih terpukau melihat dia menghampiri ku lalu melabuhkan duduk dibirai katil berhadapan denganku.
"Hello, honey. How are you, darlin?" Dia bersuara membuatkan jantungku lagi bikin berdebar laju.
"Who are you? Where am I?" Soalku sedikit menggeletar. Saat ini aku menggigil takut. Siapakah lelaki yang berada di depan aku ini? Apa yang dia mahukan daripada aku? Jangan cakap, yang dia ada niat jahat nak kenakan aku.
Senyuman sinis timbul di bibirnya. Dia mendekati wajahnya ke telingaku. "I look at you like scared. Don't be afraid, baby. You are safe." Ucapnya lembut ditelingaku. Betul-betul ditelingaku. Aku menjarakkan diriku dengannya. Dapatku hidu pewangi di tubuhnya itu.
Ya Allah, apa yang dia nak pada aku? Sumpah aku takut. Melihat dia senyum menggoda padaku sambil memandang aku atas bawah. Hati mula tak sedap. Berkali-kali aku berdoa dalam hati agar Allah lindungi aku.
"Who are you?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Dalam kepala sedang memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada dia. Aku tak rasa dia baik. Pasti dia ada sesuatu nak buat padaku. Aku perlu berhati-hati!
"You don't need to know who I am, babygirl." Ucapnya. Aku makin berdebar-debar apabila tangannya naik mahu menyentuh pipiku. Lantas aku menepis dengan kuat.
Dengan itu, aku bangun dan berlari untuk keluar daripada bilik ini tetapi tidak berjaya apabila pinggangku dipeluk olehnya dari belakang.
"Argh!" Kuat aku menjerit, terkejut dengan apa yang dia buat padaku. Aku cuba untuk lepaskan pelukannya, tetapi dia sudah mencampak tubuhku ke atas katil.
Aku cuba lagi bangun, tetapi dia menolak tubuhku kuat membuatkan tubuhku kembali terbaring. Air mata sudah mengalir laju dipipiku. Sangkaanku benar, yang dia ada niat jahat untuk kenakan aku.
Aku melihat dia sudah menindih tubuhku. Kedua-dua tanganku digenggam erat olehnya. Makin kuat aku menjerit meminta tolong.
"Don't be afraid, baby. No matter how much you scream, no one will help you!" Bisiknya ditelingak.
Trauma yang masih belum hilang pada diriku kembali teringat tentang malam hitam itu. Aku menangis semahu-mahunya. Aku tidak mahu perkara jijik itu berulang kembali pada diriku. Kenapa semua ini aku yang kena?! Kenapa?!
"Argh! Lepaskan aku! Tolong!" Jeritku lagi. Aku tahu dia tidak faham maksudku. Tetapi, aku sudah tidak peduli. Makin kuat aku menjerit, makin lebat air mata mengalir.
Aku cuba melepaskan diriku, sedaya upaya aku cuba lepaskan diri. Tetapi aku tidak berjaya apabila dia lebih kuat daripada kudrat wanitaku.
Tudung yang tersarung kemas dikepalaku dicabut olehnya dengan kasar. Ya Allah, aurat kepalaku sudah dia nampak. Malunya aku. Makin kuat aku menjerit makin kuat dia menggenggam lenganku agar tidak terlepas.
"Please, don't hurt me..." Rayuku padanya. Dia senyum sinis. Kini dapatku rasa dia sedang mengucup leherku berkali-kali membuatkan aku teringat semula kejadian malam hitam itu.
Aku kena kuat! Kuat, Rina! Terngiang-ngiang kata-kata nenek membuatkan aku semangat. Kau kena kuat Rina! Lawan dia! Kau boleh!
Tiba-tiba, aku merasa dia meraba-raba seluruh tubuhku dan dia mula membuka bajuku dengan kasar. Dengan itu, lututku yang berada dicelah kangkangnya aku tendang membuatkan dia senak. Lantas aku menolak tubuhnya ke tepi. Melihat dia sedang menahan kesakitan.
Lantas aku berlari keluar daripada bilik itu. Rambut aku sudah terlepas bebas. Aku sudah tidak tentu arah kerana rumah ini besar. Tidak tahu mahu lari ke mana.
Buka aje pintu, aku melihat seorang lelaki berbadan sasa berada di luar bilik itu. "Non lasciarlo andare!" Jerit lelaki yang sedang menahan kesakitan tadi. Aku langsung tidak tahu apa maksudnya, tetapi melihat lelaki berbadan sasa dihadapan aku ini bagaikan mahu menangkap aku dan bawa kembali aku pada lelaki tadi.
Laju aku menolak tubuhnya dan berlari keluar. Aku menelan liur apabila melihat aku berada di sebuah club. Teguk liur ku untuk seketika.
Aku melihat ada seseorang menjerit ke arahku sambil mengejarku. Lantas aku berlari pergi. Otak ligat tidak tahu mahu lari ke mana.
Sudahnya aku berlari ke sebuah bilik. Melihat bilik itu kosong. Aku pun tidak tahu ini bilik apa. Mempunyai meja yang besar seperti bilik meeting pun ada aku lihatnya.
Aku teguk liur lagi. Mencari tempat untuk larikan diri. Tetapi tidak jadi untuk aku lari apabila terdengar ada seseorang masuk ke dalam bilik itu. Lantas aku mencari tempat sembunyi. Jantung makin laju berkencang.
Sesudahnya, aku mengambil tempat sembunyi di sebalik langsir tebal itu. Air mata tak henti-henti mengalir. Nasib baik lah langsir tebal itu berwarna hitam.
Aku sempat mengintip sedikit mahu tahu siapa yang masuk ke dalam bilik itu. Harap sangat lah bukan lelaki tadi. Aku menutup mulut rapat-rapat dengan telapak tanganku agar tidak bunyi suaraku yang terlepas.
Terkejut aku melihat seorang lelaki tua yang pernah aku jumpa pada dua hari yang lepas. Dia lah yang jumpa dengan doktor Arayyan hari itu. Aku melihatnya seperti dia musuh ketat kepada Doktor Arayyan. Kerana dia pernah mengugut doktor Arayyan tentang apa aku pun tidak tahu.
Tetapi, tengok balik wajah dia...Ya! aku tak silap! Itu lah dia. Orang tua itu melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Kiri kanannya ada bodyguard yang menjaganya. Aku pula yang berdebar-debar untuk mengintai, takut nanti terkantoi.
"Questo è il capo, l'immagine della donna che il capo sta cercando. Quindi non siamo le persone sbagliate. Questo è l'amante di Leo." Aku mendengar salah seorang bodyguard nya bersuara sambil menyerahkan satu keping gambar pada orang tua itu. Mungkin itu bos dia.
Aku langsung tidak faham apa yang mereka katakan, tetapi cukup buat aku takut dan berdebar-debar. Aku melihat lagi, orang tua itu tersenyum apabila melihat sekeping gambar yang telah diberikan oleh salah seorang bodyguard nya tadi.
"Il meglio. È quello che voglio. La donna è già qui. Sono sicuro che Leo tornerà." Orang tua itu pula yang bersuara. Melihat riak wajahnya seperti dia gembira. Puas hati. Aku masih bingung.
"I will destroy your group, King Brusio!" Hah, yang ni aku faham. Tapi, hujung kata-katanya membuatkan wajahku berkerut seribu. King Brusio? Siapa pulak itu? Ah, terlalu banyak sangat soalan yang perlu aku tanya pada Doktor Arayyan nanti.
Melihat wajah orang tua itu sungguh sinis. Seperti bencikan King Brusio. Aku masih blur. Tak faham.
Suasana kembali sunyi, tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam bilik itu dengan gelabah. Aku mengintip sekali lagi, kelihatannya seseorang lelaki yang berbadan sasa yang mengejarku tadi. Aku mula takut. Dia mendapatkan orang tua itu dengan sedikit tercungap-cungap.
"Boss, the woman has escaped!" Lelaki yang berbadan sasa berbangsa china itu termengah-mengah berkata. Aku tahu, dia tercungap-cungap begitu kerana baru lepas mengejarku. Aku bersyukur kerana dapat melarikan diri daripada mereka.
Kelihatannya, wajah lelaki tua itu sedikit berubah. Dia marah! Aku telan liur. Berdoa meminta pertolongan daripada Allah agar aku tidak diapa-apakan.
Tiba-tiba....
Semua mata tertumpu pada langsir yang aku berada untuk tempat sembunyi apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku teguk liur. Telefon bimbitku bukannya bunyi perlahan, bunyinya sangat kuat.
Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbitku itu dari dalam poket seluar jeans ku. Tertera nama Doktor Arayyan. Baru sahaja aku nak angkat mahu meminta tolong daripadanya, dibalik langsir yang aku sembunyi tadi diselak oleh seseorang membuatkan aku terkejut besar.
Tetapi, sempat aku mengangkat call doktor Arayyan. Dengan itu, laju sahaja lelaki yang berbadan sasa yang mengejarku tadi menarik kuat rambutku. Telefon tadi terjatuh ke bawah tetapi sempat aku angkat call doktor Arayyan.
"Argh! Sakit lah! Doktor tolong saya!" Jeritku harap suaraku masuk di dalam talian suara itu.
Lelaki itu menolak kuat tubuhku sehinggalah aku melutut dihadapan orang tua itu yang sedang duduk di atas sofa. Aku teguk liur. Ya Allah, adakah ini nasib malang ku? Dugaan apakah lagi kali ini? Aku rasa aku dah tak dapat hidup lama. Mungkin hari ini hari terakhir aku hidup.
Mak, ayah, nenek....Tolong Rina!
*********
Air mataku mengalir laju. Daguku diangkat oleh orang tua itu membuatkan kepalaku mendongak memandang ke arahnya yang masih duduk di sofa itu. Dia senyum sinis. Rambutku yang menutupi wajahku itu diselak ke tepi olehnya.
Aku teguk liur lagi. Badan dah menggigil takut. Apa aku perlu buat sekarang ni. "So beautiful." Ucapnya sambil senyum miang padaku.
"What is your relationship with Leo?" Soalnya padaku.
Air mataku masih mengalir. Teragak-agak aku nak jawab soalannya kerana saat ini aku takut gila. Takut sangat-sangat. Nak lari sudah tidak dapat. Aku sudah terperangkap oleh mereka semua. Ternyata, benar kata-kata Ila. Pasti mereka semua ini mafia!
"No...no...I'm and Leo just friend." Jawabku gagap. Masih takut. Aku melihat dia senyum sinis. Aku pun tak tahu siapa Leo. Aku main jawab aje.
Tapi memang aku tak tipu dia. Lagipun, aku memang tak kenal siapa Leo. Apa kena mengena aku dengan Leo. Tetapi, fikiranku kuat mengatakan yang Leo itu doktor Arayyan. Ah, aku tak tahu. Kepala aku pun dah pening nak memikirkan kembali.
"Are you lying on me?" Dia angkat kening sebelah. Seperti tidak percaya dengan kata-kataku. Aku teguk liur lagi.
"Yes. Really. After all, I don't know who Leo is. I don't know who he is." Ujarku. Sungguh aku tak kenal dia siapa. Aku masih menunduk. Air mata makin laju mengalir.
Aku terkejut apabila ada satu pistol melekat di bawah daguku membuatkan aku tersentak. Membulat mataku melihat dia acukan pistol itu padaku. Liur berkali-kali ku telan.
"Don't you lie! Answer my question now! What is your relationship with Leo?" Soal orang tua itu sedikit bernada tinggi. Seperti tidak percaya dengan kata-kataku tadi. Aku menangis lagi. Tidak tahu mahu jawab apa. Aku pejam mata rapat-rapat. Saat ini aku hanya berserah pada Allah.
Ya Allah, bantunilah hamba.
**********
Aku terkejut apabila pintu itu ditendang seseorang dari luar membuatkan pintu itu pecah. Aku rasa bukan aku aje terkejut. Semua yang berada di situ juga terkejut lalu mereka semua menoleh memandang orang yang telah menendang kuat pintu itu.
Aku telan liur. Siapa pula kali ini? Hari ini memang nasib malang aku ke? Ya Allah, hamba berserah padamu. Aku betul-betul dah tak berdaya.
Aku terkejut besar apabila melihat doktor Arayyan yang muncul. Aku melihat wajahnya merah menahan marah, penumbuknya dikepal sehinggakan menimbul urat-urat ditangannya. Tajam dia merenung si orang tua yang sedang acukan pistol itu pada aku.
Aku melihat orang tua itu ketawa. Pistolnya kembali disimpan sambil ketawa melihat kemunculan doktor Arayyan.
"Finalmente...Sei venuto anche tu Leo." Orang tua itu berdiri. Aku sedikit menunduk. Tidak mahu memandang wajah Doktor Arayyan yang sedang marah itu. Kecut perut!
Aku juga malu. Semua sudah dapat melihat aurat rambutku. Ya Allah, ampunilah segala-gala dosaku. Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.
"I don't want to mess up in this place. I want you to let go of the girl. That woman is mine!" Garau suaranya.
Tetapi, aku juga terkejut besar dengan kata-kata doktor Arayyan itu. Apa?! That woman is mine?! Sekarang ni aku dah tak salah dengar. Dalam bilik ni dah tiada sesiapa perempuan kecuali aku aje seorang perempuan. Jadi, yang dikatakan oleh doktor Arayyan tadi itu ialah aku? Aku? Khairina Aulia?
Aku teguk liur. Masih tidak percaya. Terkejut beruk aku dengar dia kata begitu. Atau dia sengaja cakap macam tu untuk beri mereka lepaskan aku. Cuma aku aje yang perasan. Ah, aku penat nak fikir semua tu!
"It's easy, Leo. You come back to our group, this girl I'll let go." Ya. Kedengaran jelas yang orang tua itu sedang ugut Doktor Arayyan untuk kembali ke kumpulannya. Jadi aku dah tak teragak-agak dah untuk mengatakan yang doktor Arayyan memang mafia. Betul sangkaanku dan betul juga kata-kata Ila.
Aku melihat Doktor Arayyan senyum sinis. Sempat dijeling ke arahku. "All right. I will be back on your group. But, release the woman first." Aku terkejut apabila dia setuju untuk ikuti kumpulan mafia itu. Membulat mataku mendengar persetujuan daripadanya.
"Okey, good boy." Setuju orang tua itu. Entah kenapa hatiku lega. Aku dapat dilepaskan. Ya Allah, alhamdulillah. Nasib baik lah ada doktor Arayyan. Kalau tak, mungkin aku dah tak hidup hari ini.
Lantas doktor Arayyan mendapatkan aku. Dihulur tangannya padaku, aku teragak-agak untuk menyambutnya. Tetapi, aku dapat lihat ada seseorang masuk ke dalam bilik itu. Sangatku kenali lelaki itu. Ya! Lelaki itu lah yang cuba mahu rogol aku tadi!
"It's not easy for me to let go of this girl!" Satu suara itu membuatkan doktor Arayyan lantas menyiku lelaki itu. Tetapi, sikunya dapat ditepis oleh lelaki itu.
Aku menelan liur. Cuba berundur. Air mata hanya mengalir laju apabila melihat mereka bergaduh. Ya Allah, lindungilah doktor Arayyan. Harap sangat dia tidak di apa-apa kan oleh mereka semua.
Aku melihat Doktor Arayyan menumbuk tepat-tepat pada wajah seseorang lelaki yang berbadan sasa itu. Mungkin itu orang bodyguard si orang tua itu.
Kini seorang bodyguard si orang tua itu sudah tumbang. Seorang lagi mendekat, dia cuba melayangkan penumbuk di pipi doktor Arayyan. Doktor Arayyan sedikit berundur apabila terkena penumbuk itu. Dia memegang di tepi bibirnya yang terluka itu. Demi Allah, aku tak sanggup melihat dia diapa-apakan oleh mereka. Hati aku sakit apabila dia dicederakan oleh mereka.
Dan, kini aku melihat giliran doktor Arayyan yang melayangkan penumbuknya pada perut lelaki itu. Kelihatannya, lelaki itu senak.
Kini doktor Arayyan membuka langkah untuk menendang lelaki itu sehinggakan lelaki itu berundur bersandar di dinding.
Aku pula yang takut melihat pergaduhan mereka. Kini, doktor Arayyan memandang tajam pada seorang lelaki yang cuba menyentuh ku tadi. Tajam doktor Arayyan merenung dia. Aku masih menggigil takut.
"Mark..." Suara doktor Arayyan yang perlahan itu dapat kudengar. Jadi, nama lelaki yang cuba sentuh aku tadi itu ialah Mark. Lelaki mat salih itu bernama Mark.
"You don't touch my property if you don't want to die!" Doktor Arayyan memberi amaran keras pada lelaki yang bernama Mark itu. Aku melihat Mark senyum sinis.
Laju langkah doktor Arayyan mendapatkan aku. Lenganku ditarik lalu dia membawa aku keluar daripada bilik itu. Sempat aku memandang Mark tersenyum sinis padaku dan doktor Arayyan.
Tak lama itu, kami terperangkap lagi. Aku melihat tiga orang berada di depan kami dan tiga orang lagi berada di belakang kami. Aku sudah takut.
Aku terkejut apabila tubuhku ditolak ke tepi oleh Doktor Arayyan. Takut untuk aku melihat Doktor Arayyan sedang bertumbuk dengan 6 orang yang sedang berlawan dengannya.
Aku hanya memejamkan mata dengan rapat. Takut mahu dilihat. Tak lama kemudian, aku terasa lenganku ditarik kembali olehnya dan kami bersama-sama berlari keluar daripada tempat itu. Melihat wajah doktor Arayyan juga sudah banyak luka akibat bergaduh tadi.
Kini kami sudah berada di luar. Lantas dia menyuruh aku masuk ke dalam keretanya. Kami sama-sama masuk ke dalam kereta itu. Tak menunggu lama, doktor Arayyan terus menekan pedal minyak dan bergerak meninggalkan tempat itu.
Aku menyeka air mataku. Tak sanggup melihat lelaki itu disebelahku. Aku bersyukur sangat-sangat dia muncul dan menyelamatkanku. Perasaanku tak terkata. Aku banyak sangat terhutang budi dengan dia.
"Mereka tak ikut kita ke?" Soalku masih takut sambil memanjangkan leher menoleh ke belakang. Takut pula jika mereka tadi ikut kami.
"Tak." Jawab Doktor Arayyan ringkas. Tapi, aku tidak percaya dengan kata-katanya apabila aku nampak ada dua buah kereta sedang mengikuti kami berdua.
"Habis tu, dua kereta belakang tu siapa pula?" Soalku lagi pada Doktor Arayyan. Masih terasa takut. Sumpah takut sangat.
Doktor Arayyan memandangku. Dia seperti nak tak nak aje menjawab soalanku itu. Dia hela nafas pendek lalu bersuara. "Itu bodyguard saya. Jangan risau, kita selamat. Mereka akan lindungi kita dari belakang." Balas doktor Arayyan.
Aku sedikit terpinga-pinga. Bodyguard? Doktor Arayyan ada bodyguard rupa-rupanya. Dah nama pun mafia, pasti lah ada bodyguard kiri dan kanan menjaganya.
Sepanjang perjalanan itu, suasana menjadi sunyi sepi. Dapat kulihat doktor Arayyan mengelap darah di tepi bibirnya.
"Saya minta maaf." Ucapku tiba-tiba. Aku tahu, kerana aku dia jadi begini. Sungguh aku rasa bersalah. Dia menoleh memandangku.
"Tak. Awak tak salah pun, Khai. Jadi, awak dah nampak semua itu? Dan awak dah dengar semua itu kan?" Soalnya. Nada suaranya tidak seperti tadi. Kini bertukar lembut. Ini baru lah doktor Arayyan Mikael.
Aku menunduk sedikit. "Jadi...Leo tu awak lah?" Soalku sedikit takut. Aku menyoalnya kembali mengambil kepastian. Ya, aku sudah tahu semuanya. Kini aku sudah tahu siapa dia.
"Ya. Nama sebenar saya Leonardo Luciano. Saya lahir dari Italy. Ibu bapa saya meninggal gara-gara mereka. Ayah saya juga seorang ketua mafia, kumpulan kami bernama KING BRUSIO. Mereka juga membunuh ayah saya sewaktu saya masih umur 6 tahun. Ibu saya sempat masuk islam sewaktu saya umur 13 tahun. Tetapi, ibu saya juga mati gara-gara mereka. Dirogol bergilir-gilir dan dibunuh dengan sangat kejam. Saya tak dapat terima semua itu. Dengan itu, saya berjanji pada diri saya, yang saya akan bunuh mereka seperti mana mereka bunuh kedua-dua ibu bapa saya." Ceritanya. Nada suaranya sedikit menggeletar.
Aku hanya tumpukan perhatian padanya. Dan akhirnya dia ceritakan semuanya padaku. Ini lah masanya aku nak tahu semuanya. Dan aku nak tahu juga kenapa dia tipu aku selama ini?
"Saya dibesarkan oleh kawan ayah saya. Dia berbangsa china. Nama dia David. Dia yang jaga saya dan adik saya, Chris. Sehinggalah kami berdua dah besar. Sewaktu ayah saya dah meninggal, kumpulan KING BRUSIO telah jatuh pada tangan David. Dia juga seorang ketua mafia yang bermusuh dengan kumpulan DIAMOND. Kumpulan itu ialah orang yang perangkap awak tadi. David juga ada mengajar saya agar saya dapat mempertahankan diri. Sewaktu saya umur 18 tahun, saya dah diajar oleh David cara-cara untuk mempertahankan diri. Kerana saya berjanji pada diri saya, satu hari nanti saya akan bunuh mereka!" Sambung doktor Arayyan. Aku terkejut mendengarnya. Jadi selama ini, tekaanku tepat.
Zaman kanak-kanaknya dahulu tidak seindah dengan zaman kanak-kanak yang lain. Sepertinya, kisah hidupnya seakan-akan sama dengan kisah hidupku sewaktu aku kecil. Sewaktu kecil lagi sudah kehilangan kedua-dua ibu bapa.
"Tapi, David juga sudah mati kerana dibunuh oleh kumpulan DIAMOND! Mereka sangat kejam. Semua harta David jatuh pada saya. Setelah pemergian David, kumpulan yang bernama KING BRUSIO telah menjadi milik saya. Lebih dikenali, saya lah yang menggantikan tempat David. Ketua mafia."
"Tapi saya tidak sekejam seperti mereka. Apabila mereka tahu saya dapat semua harta David dan David sudah mati, mereka mahu mengambil saya dan Chris menjadi anak buah mereka. Saya takkan setuju dengan itu. Mereka memperbodohkan kami, mereka ingat kami tidak tahu yang mereka telah bunuh ibu bapa kami!"
Aku masih mendengar. Sedih juga kisah Doktor Arayyan ini. Disebalik wajah bekunya itu, ada tersimpan kisah silamnya yang paling perit untuk diingatkan kembali.
"Jadi, awak nak tahu sangat...Ya! Saya ketua mafia. Nama saya Leonardo Luciano. Dan, saya juga masuk islam bersama-sama ibu saya sebelum ibu saya pergi meninggalkan saya dan Chris. Ibu saya memang dah lama sangat nak masuk islam. Katanya, Islam itu indah. Saya yang mendengar menjadi lebih suka dan tentang Islam itu telah menarik perhatian saya untuk saya mengkaji lebih dalam tentang islam. Selepas ibu saya masuk islam, David menyuruh ibu saya pindah ke Malaysia. David juga tinggal di Malaysia, sebab itu lah dia mahu menjaga ibu saya bagaikan dia sedang melindungi ayah saya, iaitu kawan baik David. Tapi ayah saya dah tiada."
"Dan kampung saya itu ialah rumah arwah ibu saya. Katanya, jika dia tinggal di Italy. Mungkin dia takkan selamat kerana John ketua mafia kumpulan DIAMOND sedang mencari ibu saya. David lah yang banyak bantu ibu mencari tempat tinggal untuk ibu. Tetapi, ibu tidak dapat diselamatkan kerana alamat yang ibu sedang duduk ini dapat di ketahui oleh John ketua mafia DIAMOND." Sambungnya lagi. Aku menarik nafas lega. Akhirnya, hari ini semuanya sudah terjawab.
"Dan, nama Islam saya...Muhammad Arayyan Mikael bin Abdullah. Kalau cakap tentang adik saya....Ya! Dia tidak masuk islam. Katanya dia masih belum bersedia. Saya tidak mahu paksa dia. Dia perlu masuk islam kerana Allah." Dia menoleh sekilas memandangku. Aku rasa tidak selesa dia memandang aku apabila aku tidak bertudung. Terasa diri ini sangat murah. Aku menunduk. Malu.
"Oh, saya minta maaf kalau buat awak sedih apabila dikenangkan kembali kisah-kisah awak yang dulu." Bicaraku sedikit takut-takut sambil menunduk.
"No, it's okey. Awak berhak tahu sebab....."
Kata-katanya terhenti. Aku memandang dia. Ya, itu lah aku nak tahu. Sebab apa? Dan sebab apa dia tipu aku?
"Sebab apa?"
Share this novel