• BAB 1

Romance Completed 27650

Kedengaran suara seseorang batuk membuatkan aku makin risau. Lantas aku berlari sambil membawa ubat dan satu gelas air putih dan berlari anak masuk ke dalam bilik nenek.

Nenek? Ya, nenek aku. Nama aku Khairina Aulia. Aku anak yatim piatu. Tinggal bersama nenek dan juga kakak. Nenek aku pula sudah berumur hampir 70 tahun. Haih, dah tua sangat. Dan nenek aku juga sakit. Biasa lah sakit orang tua.

Kakak aku? Hm, tak payah cakap lah. Dia tu lebih suka bebas. Melepak dengan entah mana kawan dia dan dia juga seseorang yang cerewet. Kalau disuruh jaga nenek, pasti dia bagi alasan.

Aku tahu dia tak mahu jaga nenek sewaktu nenek sakit, jadi semua ni aku lah yang kena buat. Walau bagaimana sekali pun, dia tetap kakak aku. Sejahat mana dia sekalipun, aku tetap sayang dia. Hanya dia sahaja yang aku ada. Mak ayah aku dah lama meninggal dunia sejak aku berumur 6 tahun. Kata nenek, mak dan ayah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Biasa lah, ajal terlebih dahulu menjemput. Tak kira umur, setiap manusia akan merasa kematian. Aku juga selalu berdoa, moga mak dan ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Adik sayang mak dan ayah!

Sewaktu kami kecil, nenek lah yang jaga aku dan kakak. Dia lah yang bagi kami makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Semua nenek yang sediakan. Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai nenek yang sudi menjaga aku dari kecil hingga lah aku dah besar panjang.

Pasti orang akan bertanya, kenapa nenek yang jaga kami? Kenapa tidak makcik saudara kami? Ya, makcik saudara kami tidaklah ramai. Ada pun yang dah berkeluarga besar. Segan pula mahu tinggal dengan mereka yang mempunyai anak ramai.

Tetapi, ada seseorang pula yang hatinya terlampau bersih. Hm, bersih lah sangat. Dia suka sangat menyakitkan hati arwah mak dahulu. Mak Su? Ya, mak su tidak rapat dengan keluarga kami. Lagi-lagi, arwah mak. Dia tidak menyukai kakak iparnya.

Aku langsung tidak tahu kenapa. Dan Pak Su aku adik kepada arwah mak yang juga turut meninggal dunia kerana sakit jantung.

Kata nenek, arwah mak banyak terhutang budi pada arwah adiknya. Mungkin sebab itu, mak su tidak setuju dan mula bermasam muka dengan arwah mak.

Hm, sebab itu aku tidak tahu. Jarang lah aku jumpa dengan mak su kali ini. Kalau jumpa pun kadang-kadang di kedai. Itupun selalu beri aku jelingan maut dia tu. Kalau tak jelingan pasti sindiran pedih yang buat hati aku luka.

Kalau dengan arwah mak dia benci, pasti anak-anaknya pun dia benci. Hm, aku tak tahu lah kenapa dengan mak su ni. Sebelum arwah pak su meninggal, dia mempunyai isteri. Tetapi, isterinya juga meninggal dunia kerana kanser rahim. Mungkin tiada harapan untuk dia bersama dengan suami tercintanya hingga akhir hayat. Huh, sungguh menyedihkan.

Dan, arwah pak su juga berkahwin lagi dengan mak su yang hatinya terlalu bersih itu. Tetapi, belakang orang suka sangat fitnah dan cakap buruk tentang keluarga kami. Haih, apa punya mulut lah dia tu. Tuhan bagi mulut untuk berkata baik-baik, tetapi dia sebarkan perkara-perkara palsu dan suka berkata buruk tentang arwah mak.

Kini, tinggal lah hanya mak su sahaja yang menjaga kami. Jarang juga dia datang. Kalau datang pun pasti hal penting untuk jumpa dengan nenek.

Aku berjalan mendapatkan nenek yang masih tidak henti-henti batuk. Makin risau pula aku apabila melihat nenek tak henti-henti batuk. Pasti tekaknya mula sakit.

Nenek sakit macam ini pun sudah lama. Tetapi, kali ini nenek sakit makin teruk.

Satu pil ubat batuk diberikan kepada nenek lalu diteguknya air yang kuberikan padanya tadi. Dia kembali merebahkan tubuhnya ke atas katil. Aku melihat tubuhnya lemah. Nafasnya laju menghirup udara. Haih, risauku makin menebal dihati.

"Nek, Rina tengok nenek makin teruk lah. Rina risau lah tengok keadaan nenek ni. Jom kita pergi klinik." Aku sudah tidak sanggup lagi melihat nenek dalam keadaan begini.

"Tak perlu lah Rina. Nenek okey. Sikit sahaja ni," tolaknya sambil terbatuk-batuk.

Tak. Aku tetap kena bawa nenek ke klinik walaupun nenek menolaknya. "Tak boleh lah macam ni nenek. Nenek kena pergi klinik. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana? Rina risau tahu tak. Dah, jom. Rina bawakan nenek pergi klinik." Tanpa menunggu lagi, aku terus memapah nenek bangun.

Aku pula bersiap menyarung tudung bawal tutup ala kadar janji rambut dan leher tak nampak dan menutup aurat. Lantas memapah nenek keluar dari rumah.

Selendang nenek juga aku sarungkan di kepala nenek. Lalu kami berdua berjalan bersama-sama ke satu perhentian bas. Walaupun umur nenek dah 70an, tapi nenek masih berdaya untuk berjalan. Jalan sikit-sikit boleh lah, untuk jalan jauh dia tidak mampu.

Sempat aku meraba dompet aku di dalam poket. Melihat di dalamnya tidak lah banyak mana pun. Hanya cukup untuk beli ubat nenek dan duit tambang bas.

Aku pula dah kehulur-kehilir mencari mana-mana bas apabila melihat nenek makin lemah. Dia pun tadi dah tak larat berjalan. Nasib baik lah kampung kami berdekatan dengan perhentian bas itu.

"Nenek tahan sikit ya. Rina carikan bas kejap."

Nenek hanya mengangguk. Mungkin sudah tidak larat untuk bercakap.

Tak lama kemudian, mata aku menangkap satu bas dari jauh. Saat ini perasaan gembira tu tak terkata. Gembira sangat. Tak sanggup melihat nenek lemah begini. Mahu menangis aku.

Tak lama itu, bas berhenti betul-betul dihadapan kami. Lantas aku memapah nenek untuk naik. Selamat sahaja naik, kami mengambil tempat duduk di bahagian belakang. Kelihatannya, di dalam bas itu ramai orang. Nasib baik lah ada satu tempat duduk kosong. Lantas aku memberikan nenek duduk. Biar lah aku tak dapat duduk sekalipun janji nenek aku dapat duduk.

Sepanjang perjalanan itu, aku sempat melihat nenek tercungap-cungap menarik nafas. Bahu nenek aku mengusap lembut. Memberi semangat padanya. Dia senyum memandangku.

Sampai sahaja di klinik yang berada di pekan yang membawa kami dalam beberapa minit sahaja. Duit bas aku memberikan pada pemandu tersebut lalu memapah nenek turun daripada bas tersebut.

Berjalan ke sebuah klinik yang kami mahu pergi. Melihat seperti bukan klinik pun ada. Seperti hospital pun ada. Sebab klinik itu kelihatan sangat besar dan luas. Entah lah mahu cakap hospital atau klinik pun aku tak tahu. Keliru.

Malas nak fikir sebab ini bukan klinik aku, lantas aku memapah nenek masuk. Masuk-masuk sahaja, terbeliak biji mata aku melihat di dalam klinik yang tak seberapa klinik itu sangat ramai pesakit.

Aku yang baru masuk ni pun entah bagaimana mahu berjalan ke tempat lain. Kerusi semua dh di duduk oleh pesakit.

Aku mengeluh seketika. Laju kaki melangkah beratur ke tempat kaunter untuk mengambil nombor. Aku mendengus kasar. Nenek aku dah lemah, klinik ni pula ramai. Haih, geram pulak aku!

Hampir 10 minit lah aku berdiri beratur untuk mengambil nombor dan kini aku mendapatkannya nombor itu. Haih, mahu lenguh sendi-sendi kaki ini beratur ke kaunter ni selama 10 minit!

Aku lantas mendapatkan nenek aku semula. Nasib baik nenek dapat tempat duduk. Kini giliran pula menunggu nombor dipanggil. Aku memeluk bahu nenek. Sedih melihat keadaannya. Tanpa sedar, di hujung mataku mengalir sedikit air mataku. Aku menyeka hujung mataku yang sedikit berair.

"Kamu jangan lah sedih-sedih Rina. Nenek okey lah. Kamu jangan risau lah," tanpa aku sedar, nenek perasan sewaktu aku menyeka air mataku. Tambah-tambah lagi saat aku mengalir sikit sahaja air mata automatik hidung aku merah. Jadi, nenek tahu lah jika wajah aku sedih bagaimana.

"Rina risau tentang nenek. Kalau apa-apa terjadi pada nenek macam mana? Rina sayang nenek..." Lantas aku memeluk bahunya lalu mengucup pipinya. Nenek aku ni pun aku sudah menganggap nya sebagai mak aku. Haih, rindunya dekat mak.

Nenek juga membalas kucupanku. Dicium pipiku lama lalu memeluk erat tubuhku. Sejujurnya, nenek sangat rapat dengan aku tidak pada kakakku, Alya. Nenek tidak rapat sangat dekat kakak kerana sikap kakak yang langsung tidak ambil peduli tentang nenek.

Sedang kami berpelukan, pelukan kami dileraikan apabila aku terdengar ada sepasang suami isteri sedang bertengkar. Ya Allah, terkejut aku. Dengan suara lelaki itu yang garau dan kuat membuatkan bahu aku ternaik.

Lantas pandanganku beralih ke arah mereka berdua. Melihat seseorang wanita sedang mendukung bayi sambil menunduk. Kelihatannya, dia sedang teresak-esak menangis apabila dimarahi oleh lelaki itu. Mungkin lelaki itu suaminya.

Tapi, kalau mahu marah isteri pun jangan lah depan khalayak orang ramai! Hm, entah lah. Kalau aku melihat perempuan dimarahi teruk oleh lelaki didepan khalayak, hati aku berasa panas. Geram dengan lelaki itu.

Kalau ya pun nak marah, marah lah dekat rumah ke atau diluar klinik ni ke! Tak malu ke semua orang pandang! Nak sahaja aku cakap begitu pada mereka. Tetapi, aku tahan. Sabar. Aku tidak mahu masuk campur kerana itu bukan hal aku. Nanti tak pasal-pasal, aku pula yang kena marah.

******

Hampir setengah jam lah aku duduk menunggu giliran nombor. Melihat orang masih ramai. Hati pun bagaikan berapi saat ini.

"Isy! Makin ramai pulak aku tengok orang kat klinik ni! Doktor ni pun satu, buat kerja tu cepat lah sikit! Apa punya doktor ni kalau lambat buat kerja!" Bebelku tidak puas hati. Aku mula berdiri. Nenek memandangku. Mungkin risau jika aku naik angin.

Kalau aku naik angin, tak pandang kiri kanan dah. Memang kenalah orang yang cari pasal dengan aku tu! Tadi aku sampai ke klinik pukul 1 petang. Sekarang dah pukul 2.30 petang. Nombor aku tak disebut-sebut lagi. Haih, geram lah aku!

"Rina, bawa lah bersabar. Sekejap lagi dapat lah kut kita masuk." Pujuk nenek. Seakan-akan sudah tahu yang aku tengah naik angin.

"Sabar? Sampai bila nek kita nak tunggu dan sabar?! Dah nak dekat satu jam kita terperuk duduk kat sini. Nombor pun tak disebut-sebut lagi!" Tanpa sedar, suara aku sudah naik satu oktaf. Makin meninggi pula sampaikan jururawat yang berada di kaunter berdekatan di situ pun menoleh memandang aku.

Aku yang tidak tunggu lagi, lantas mendapatkan mana-mana jururawat yang berada di situ dengan hati yang begitu panas!

"Nurse! Saya daripada tadi tunggu. Rasanya dah nak dekat satu jam setengah saya tunggu sini. Sampai bila saya nak duduk sini? Sampai esok ke baru dipanggil? Nenek saya tu dah lah sakit. Dia dah lah lemah!" Aku membebel pula pada jururawat yang berada di kaunter tersebut.

Mataku tajam merenungnya. Geram. Sudah tidak peduli lagi sekeliling aku jika ada orang pandang atau ada orang berbisik sesama sendiri.

Janji nenek selamat!

"Err...Dik. Saya harap adik faham lah ya. Dalam klinik ni ramai sangat orang. Adik pun boleh tengokkan orang ramai. Ramai lagi yang sakit seperti nenek adik. Jadi, saya harap sangat adik dapat bersabar ya." Bicaranya perlahan. Bagaikan mahu memujukku yang sudah seperti singa yang menyalak lapar!

"Sabar? Nurse, saya ni dah sabar sampai setengah jam! Berapa jam lagi nak sabarnya? Kalau nenek saya dah tak bernyawa kat situ baru nak dipanggil masuk check bagai semua?!" Marahku lagi. Masih tidak puas hati. Dua jururawat yang berada di depanku itu sudah terkebil-kebil.

"Err...Bukan begitu dik...Tapi..."

"Tapi apa?! Saya dah lama tunggu ni! Nenek saya sakit. Faham tak?! Nenek. Saya. Sakit!" Ucapku satu persatu. Nada suaraku tak peduli lagi jika tinggi.

Sempat aku melihat seorang jururawat yang berada di situ melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Entah ke mana lah dia tu pergi.

"Ya, saya tahu nenek adik sakit, tapi saya harap adik bersabar sikit boleh tak?! Semua pesakit pun sakit. Tolong beri kerjasama pada kami!" Suaranya pula yang meninggi membuatkan aku makin panas.

"Kerjasama apa bendanya?! Kau orang ni kerja macam mana, hah?! Saya ni tunggu punya lah lama lepastu orang yang baru datang terus dapat masuk! Habis nenek saya ni macam mana? Patung?!" Aku pula yang berlawan kata-kata dengannya. Suara makin lagi meninggi.

"Adik tolong faham boleh tak?! Kami...." Tak sempat dia habiskan kata-katanya, ada satu suara yang memberhentikan kata-katanya itu.

"Enough!"

Aku menelan liur. Terkejut pun ya sebab itu suara lelaki. Sudah, siapa pulak tu?! Wajah yang sedikit takut aku cuba bertukar menjadi berlagak tenang.

Sempat aku menjeling jururawat tadi. Wajahnya merah apabila menoleh ke sebelahnya ada seseorang yang bertubuh tegap berdiri disebelah kami.

Aku juga turut menoleh. Lama dia merenung aku. Tapi, aku rasa renungan itu sangat lah tajam. Bagaikan menikam sampai tembus ke belakang.

Orangnya tinggi. Tegap. Wajahnya tak payah nak cakap lah, sangat lah kacak. Dia memeluk tubuh sambil merenung aku. Aku melihat jururawat tadi menunduk hormat lalu berjalan pergi meninggalkan kami.

Aku yang berlagak berani menghampirinya lalu mengikut gayanya. Aku memeluk tubuh sambil merenung kembali matanya. Tajam!

Aku sedikit mendongak kepala kerana dia tinggi. Haih, susahkan kalau jadi orang pendek ni. Hmm...

Aku sempat jeling dia atas bawah. Ya, mungkin dia doktor dengan berpakaian serba lengkap doktor.

"Ada apa awak kecoh-kecoh di sini? Kalau nak bising-bising bukan di sini. Tolong keluar." Haih, makin bertambah sakit hati aku apabila dia seakan-akan menghalau aku! Eee geramnya aku! Nak sahaja aku cekik mamat hantu galah depan aku ni!

"Kecoh-kecoh awak kata? Hei, doktor...." Sempat aku menjeling ke lentip nama dia di dadanya yang tergantung dengan kot putih nya itu yang tertulis ''Arayyan Mikael''

"Doktor....Arayyan Mikael. Awak jangan sebarangan sahaja ya nak cakap! Saya ni datang sini bawa nenek saya ke klinik ni bukan nak kecoh-kecoh bising-bising! Nenek saya sakit! Doktor tu kalau buat kerja boleh tak cepat sikit! Saya ni dah nak dekat setengah jam menunggu! Kalau nak jadi doktor, buat kerja tu cepat sikit boleh tak?! Jangan bagi orang menunggu! Apa benda doktor macam ni kalau semua kerja slow!" Aku jeling tajam. Dapat aku lihat jururawat yang berada di sekeliling kami itu sedang menjeling ke arah aku dan ada yang sedang berbisik sesama diri tentang hal aku.

Aku terjerit kecil apabila lenganku ditarik sedikit kasar tetapi langsung tidak sakit. Aku cuma terkejut. Nasib baik aku pakai lengan panjang dan dia pegang aku berlipat dengan kain baju aku itu. Kalau tak, mahu penampar melayang ke pipi dia! Sesuka hati dia je nak pegang aku tanpa izin aku!

Laju dia menarik aku lalu dibawa masuk ke dalam biliknya. Fikiranku memikirkan nenek aku. Yang sakit nenek aku bukan aku!

Dibawa aku duduk dikerusi berhadapan dengannya. "Eish! Yang sakit nenek saya, bukan saya. Yang doktor bawa saya masuk dalam bilik ni dah kenapa?!" Marahku. Doktor itu lantas kembali duduk dihadapanku.

Dapat aku lihat ada seseorang jururawat masuk ke dalam bilik doktor itu. "Awak boleh buat kerja awak. Hal tadi jangan risau. Biar saya selesaikan." Dapatku dengar bicara doktor itu bersama jururawat yang baru masuk ke dalam bilik ini tadi.

Jururawat itu mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik itu. "Saya harap sangat awak bagi kerjasama pada kami. Klinik ni memang ramai. Kalau awak nak bawa nenek awak ke tempat lain, boleh awak pergi. Tapi, tolong bagi kerjasama apabila awak setuju untuk masuk ke klinik ni." Bicaranya pada aku dengan lembut.

Apa yang dia cakap ni? Kerjasama? Habis, setengah jam tadi aku tahan marah tak bekerjasama ke tu?! Haih, ada kang berita keluar malam ni, seorang doktor mati dicekik oleh pesakit. Hah, padan muka!

"Kerjasama? Doktor Arayyan Mikael! Saya hampir setengah jam saya tunggu dan bersabar. Sampai sekarang satu ubat pun tak sampai lagi. Nenek saya pun doktor tak check lagi. Lagi, doktor nak suruh saya bekerjasama dengan doktor?! Isy! Kalau lah saya tahu klinik ni macam mana, memang tak lah saya nak datang bawa nenek saya ke sini!" Marahku tak puas hati.

Berkerut dahiku apabila melihat doktor itu merenungku. Apa yang ditenung pun aku tak tahu lah. Ke muka aku ada apa-apa yang buruk. Sebab aku lihat bibirnya sedikit ternaik bagaikan sedang menahan lucu.

Ke muka aku ada comot? Tapi, tadi aku tak sempat makan. Dari pagi lagi hingga sekarang aku lupa untuk mengisi perut. Sekarang baru teringat. Ah, yang tu tolak tepi. Janji nenek aku sihat dan dapat ubat. Lantak lah dengan mamat ni nak tenung aku sekalipun.

"Hei, apa pandang-pandang?! Tak puas hati?!"

Dia masih tenung aku. Kali ini matanya kembali tajam merenung aku. Aku pula yang menelan liur. Tapi, cuba berlagak tenang. Jantung sudah berdebar dengan hebat saat dia merenungku.

"Ehem..." Dia berdehem beberapa kali untuk menyedari aku daripada dunia nyata. Kali ini, entah kenapa aku rasa takut pulak untuk merenung dia. Aku menunduk. Tak kurang juga, aku bermain-main dengan tangan sendiri janji mata pandang tempat lain selain wajah kacak dihadapan aku ni.

"Jadi, saya tak nak hal ni panjang-panjang sangat. Saya yang tak bersalah, saya nak minta maaf sebab dah buat cik tertunggu-tunggu. Jadi, saya akan terus check nenek awak dan awak boleh bawa nenek awak masuk dan terus awak ambil ubat untuk nenek awak dan awak boleh balik." Ujarnya panjang lebar. Hati aku gembira tak terkata. Mata pun dah bersinar-sinar. Bersyukur sangat-sangat. Aku mahu keluar cepat-cepat nak tengok nenek yang dah lama tunggu luar. Kasihan nenek. Yang mamat ni pun satu, pergi heret aku ke dalam bilik dia pulak!

"Betul ke? Ya Allah, terima kasih banyak-banyak doktor. Err..saya panggil nenek saya kejap." Tak tengok kiri kanan, lantas aku bangun dengan senyuman lebar di bibir.

"Wait!"

Langkah aku mati. Haih, ada apa lagi mamat ni! Aku berpaling. Memandang dia yang berwajah tenang. Dia menyandarkan tubuhnya dikerusi.

"What is your name?" Soalnya membuatkan aku tersentak. Nama aku? Nak buat apa dengan nama aku? Perlu ke dia tahu? Kalau dia nak tahu pun, tahu lah nama nenek aku. Sebab aku tahu, dia nak check nenek aku. Tapi, kalau minta nama aku tu rasa dah lain macam pulak.

"Perlu ke?" Aku angkat kening sebelah.

"No need, but I still want to know." Selamba sahaja jawapannya. Aku pula serba salah untuk beri nama pada orang asing. Entah lah, rasa kekok untuk memberi nama pada orang yang kita tidak kenal. Nama aku bukan popular pun, buat apa dia nak tahu?

"Khairina." Jawabku sepatah. Takut nak bagi nama panjang-panjang mana lah tahu dia ada niat jahat nak sihir aku. Hm, manusia. Kalau dia dengki dengan kita, nama kita pun boleh dia guna untuk sihir kita. Janji dia puas hati melihat kita menderita. Berhati-hati lah!

"So, can I call you Khai?" Soalnya lagi. Haih, berbalas-balas soalan pulak dia ni. Aku nak cepat, dia boleh pulak tanya nama aku.

Aku menjeling ke atas. Menyampah. "Tapi, orang lain panggil saya Rina. Khai tu macam nama lelaki lah." Aku tidak setuju. Memang tak lah nak setuju. Nama yang macam lelaki lah dia nak panggil aku. Dia ingat aku ni apa, kawan dia?!

"But, nama tu sesuai dengan awak. Saya suka nama tu." Jawabnya sedikit tersenyum senget.

Aku menghela nafas pendek. "Ikut suka hati doktor lah." Aku tak kisah. Kenapa? Sebab aku bukannya jumpa dia lagi pun. Lain lah kalau terserempak. Ah, harap sangat tak terserempak atau tak jumpa dengan dia lagi. Aku tak suka dan aku tak nak!

Kaki terus melangkah keluar daripada bilik itu. Keluar-keluar sahaja melihat orang sekeliling memandangku. Aku pula rasa kekok, apahal semua pandang aku ni? "Ah, Rina. Kau anggap sahaja yang kau ni terkenal. Tu yang semua pandang. Tak payah fikir apa-apa. Teruskan perjalanan kau." Bicaraku sendiri perlahan. Sengaja aku sedap hati sendiri untuk hilangkan rasa kekok.

Laju langkahku mendapatkan nenek. Ya Allah, kasihannya aku melihat nenek. Mahu sahaja aku menangis teresak-esak padanya. Entah apa lagi jika dia sudah tiada. Tidak boleh aku bayangkan semua itu.

********

Perlahan-lahan aku memapah nenek untuk menaiki tangga rumah itu. Melihat jam di pengelangan tangan, sudah tepat pukul 5 petang. Haih, rasa cepat sahaja dah nak malam.

Peluh yang mula mengalir di dahi aku mengelapnya dengan tudung. Tidak tahu lagi nak guna kain apa. Baru sahaja beberapa langkah nak naik tangga rumah, ada seseorang bersuara. Aku sangat mengenali suara itu.

"Hei, kau orang ni pergi mana hah?! Adik! Kau tahu tak aku ni berjemur dekat luar panas ni tunggu orang buka pintu. Ke mana kau orang pergi?!"

Aku menoleh memandang tuan punya suara itu. Haih, siapa lagi kalau bukan kakak aku tu. Dia menghampiri aku dan nenek.

Melihat ditanganku ada satu bungkusan plastik dan dia juga tahu itu bungkusan ubat kerana plastik tersebut telah lengkap dengan logo klinik. Harap lah dia tahu. Takkan lah bodoh lagi tak tahu.

Dia jeling sekilas ke arah aku dan nenek. "Aku bawa nenek..."

Belum sempat lagi aku bersuara dia telah memotong. "Tak payah cakap. Aku tak nak tahu pun semua tu. Dah, bagi kunci rumah! Nak dekat 3 jam aku tunggu luar kau tahu?! Nasib lah ada mak su." Dia jeling aku lagi lalu merampas kasar kunci rumah itu daripada tanganku.

Aku merenung tajam dibelakang susuk tubuhnya sehinggalah dia hilang daripada pandanganku. Nenek memandangku lalu menepuk lembut bahu ku. Seakan-akan sudah tahu yang aku sedang naik angin dengan sikap gedik dan kurang ajar kakak aku itu di depan nenek.

"Sudah lah tu Rina. Biarkan aje dia. Mari naik." Ajak nenek lalu menarik lenganku untuk naik tangga menuju ke pintu rumah.

*******

"Nek makan ubat ni ya. Lepastu, nenek makan ubat demam ni. Badan nenek panas sangat. Rina risau tau." Dua sampul yang berisi pil ubat itu diberikan kepada nenek. Nenek yang duduk bersandar di kepala katil hanya sekadar tersenyum. Lega aku melihatnya. Walaupun nenek sedang sakit, melihat senyuman dia pun dah dapat hati aku tenang dan lega.

"Kamu jangan lah risau tentang nenek. Nenek okey lah. Nenek yang sepatutnya kena cakap terima kasih dekat kamu. Kamu banyak sangat dah tolong nenek. Terima kasih banyak-banyak ya." Tanganku diusap lembut. Aku senyum lebar.

"Tak perlu pun nek. Rina yang sepatutnya berterima kasih pada nenek sebab dah jaga Rina daripada kecil hingga lah Rina dah besar. Jadi sekarang Rina kena balas jasa baik nenek pula. Rina tolong nenek seikhlas hati Rina. Rina sayang sangat dekat nenek." Bahu nenek aku peluk erat-erat lalu aku mengucup wajahnya.

"Dan sekarang, nenek kena makan ubat ni. Nanti nenek makin sakit teruk pulak. Nah, makan ni lepastu tidur ya. Rehat."

Ubat tersebut terus diambil oleh nenek. Selesai makan ubat, aku terus menolong nenek untuk baring lalu menutupi tubuhnya dengan selimut.

Keadaan nenek pun tidak lagi seperti dulu. Aku makin risau tidak tentu arah. Harap lah nenek tidak ada sakit apa-apa.

Selesai itu, pintu bilik nenek terus aku tutup rapat. Melangkah masuk ke dalam bilik tidurku. Sudah lewat malam, esok aku perlu ke tempat kerja. Biasalah, orang miskin macam aku ni perlu berusaha kerja. Kalau tidak kerja, tak ada duit mahu makan apa? Nenek pula tidak berdaya lagi. Jadi, semua ini aku yang perlu buat. Kakak? Katanya dia sambung belajar. Hm, tu semua duit daripada mak su. Kenapa lah mak su rapat sangat dengan kakak. Dengan aku ni dia memandang jijik. Macam lah aku ni buat salah membunuh orang.

Langkah baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik itu, aku terjerit kecil apabila bahu kiriku dilaga dengan seseorang.

"Isy! Kau ni kalau jalan pakai mata sikit boleh tak?!"

Tajam aku renung orang yang melanggar ku itu. Dengan selambanya dia salahkan aku?! Isy, minah ni memang nak makan penumbuk aku kut malam ni!

Lantas aku kembali berdiri lalu menatap tajam ke arahnya. Huh, mentang-mentang lah tinggi ada hati nak tunjuk yang dia hebat?! Hei, silap orang lah!

"Akak tu yang jalan kena pakai mata! Senang-senang sahaja nak salahkan adik ya!" Marahku. Berharap sangat nenek tidak berjaga atau mengganggu nenek yang sedang berehat.

"What? Hei, kau tu yang jalan pakai mata! Mata ada pun tak berguna!" Bentaknya pula sambil menjeling tajam ke arahku. Haih, biasa lah kalau tak gaduh sehari tak sah. Tapi, paling aku benci dengan perangai kakak aku ni, dia suka sangat tunjuk sikap kurang ajar dia tu. Depan nenek pun dia tak beradab. Tadi pun dia dah cakap sesuatu yang membuatkan hati nenek terluka. Haih, apalah nasib kakak aku ni.

Kini aku beralih pula pandang satu beg besar berwarna hitam yang dipegang oleh Alya. Sepertinya, itu beg pakaian. Ke mana pula si minah ni nak pergi malam-malam buta macam ni?

Tertanya-tanya.

"Ni, kau nak pergi mana kak? Malam-malam buta macam ni nak pergi mana? Dengan beg besar bagai?" Soalku pelik. Dia senyum sinis.

"Kau ni nyanyok ke apa hah?! Esok kan aku dah nak balik ke kampus aku. Macam biasa lah, aku kena balik awal-awal. Kau tu tak payah sibuk tentang aku, tu jaga orang tua dalam bilik tu." Bicaranya membuatkan aku sakit hati. Pedih dengan kata-katanya yang kurang adab itu. Nak sahaja penampar ini naik ke mukanya.

"Hei, mulut kau tu kak, jaga sikit ya! Orang tua yang kau cakap tu nenek kita. Nenek aku nenek kau juga! Dia yang jaga kita masa kita kecil hingga kita dah besar. Kau jangan nak kurang ajar dengan dia kak!" Aku sudah tidak tahan lagi dengan perangai dia ni. Sejak dia rapat dengan mak su, perangai dia lain. Dengan nenek pun dia tak seberapa nak layan. Layan pun ada sebab nak duit.

Nenek yang tidak tahu apa terus bagi. Haih, kalau aku jadi nenek satu sen pun aku tak bagi dekat dia kalau dia kurang ajar! Panas hati aku.

"Hei, dik! Kau boleh tak, tak payah nak bebel-bebel malam-malam buta ni. Sakit lah telinga aku! Kau pergi lah tidur. Semak je lah." Dia terus berjalan keluar daripada rumah itu. Sempat dia jeling tajam ke arahku. Aku hanya menggeleng kepala dengan perangai dia. Penat dapat kakak macam ni. Apa mahu buat, redha aje lah. Hormat dia sebagai kakak aku.

*******

Awal pagi lagi aku sudah bangun. Siap solat subuh aku menyediakan sarapan pagi untuk nenek. Kakak semestinya dia tiada di rumah. Jadi, tinggal lah aku dengan nenek.

Rasa hati berbelah bagi untuk ke tempat kerja. Ya lah, kalau aku ke tempat kerja. Siapa yang nak tengok-tengokkan nenek. Kesian pula dekat nenek. Dia memerlukan seseorang teman dia.

Kalau dulu senang sikit hati ini pergi kerja apabila ada kakak menemani nenek di rumah. Tapi, itu pun merungut-rungut tak nak teman nenek kerana mahu keluar bersama kawan.

Dan, sekarang pula nenek tiada teman. Aku nak ambil cuti semata-mata nak teman nenek? Hm, lebih baik berhenti sahaja terus.

Dah berkali-kali aku cuti. Paling lama pun aku pernah ambil cuti sebulan kerana kakak yang tak mahu nak teman nenek. Bos pun dah bagi amaran kepada aku agar aku tidak selalu cuti.

Kalau selalu cuti, tak pasal-pasal kena buang kerja. Aku ni dah lah tak pandai macam kakak aku tu sampai masuk Universiti bagai. Habis aje ambil SPM terus cari kerja. Dan alhamdulillah, dapat kerja di sebuah kedai makan yang berada di pekan.

Bos pun boleh tahan juga. Cerewet dia kalahkan kakak aku. Kalau boleh semuanya dia nak kemas dan rapi kedainya itu. Makanan pula mahu yang sedap-sedap tak nak ada rasa kurang sikit pun.

Aku juga berasa sedikit putus asa, tetapi demi nenek aku buat semua ini. Duit ubat nenek, semua aku kena buat. Jadi, aku tetap berusaha nak cari duit untuk ubat nenek. Mahu nenek cepat-cepat sihat seperti dulu. Rindu masakan nenek yang dulu.

Aku kenakan T-shirt lengan panjang berwarna putih, seluar jeans berwarna hitam dan tudung bawal berwarna hitam.

Selesai bersiap, aku ke bilik nenek. Entah mengapa, aku mulai rasa risau untuk tinggal nenek keseorangan. Siapa ya nak temankan nenek?

Tak lama kemudian, kedengaran ada seseorang memberi salam....

"Assalamualaikum, Rina, oh Rina." Aku sangat-sangat mengenali suara itu dan aku juga sangat merindui suara itu. Cik Yah! Ya, dia jiran aku. Sumpah dia sangat baik. Sewaktu dahulu nenek sakit, dia banyak tolong nenek dan menolong nenek jaga aku dan kakak sewaktu kecil.

Haih, rindu betul dengan dia. Katanya dia ke KL ada hal penting mahu diselesaikan. Ya, itu aku tak kisah. Hampir dua tahun tidak jumpa dia.

Laju sahaja kaki melangkah ke pintu utama. Membuka pintu tersebut, senyuman dibibir sudah mekar makin lebar dan lebar.

"Cik Yah!" Jeritku gembira. Lantas aku berlari anak turun anak tangga dan mendapatkan wanita itu. Aku memeluk erat tubuhnya. Tangannya dikucup.

"Rina, ya Allah...Rindunya dekat Rina. Dah besar ya kamu sekarang." Bicaranya juga turut gembira.

Aku senyum manis. "Rina pun rindu Cik Yah." Ujarku jujur. Aku sangat rindu dia.

"Last jumpa Rina sewaktu Rina berumur 17 tahun. Sekarang makin besar makin cantik macam arwah mak Rina." Puji Cik Yah ikhlas. Aku tersenyum simpul. Malu. Pagi-pagi lagi dah puji-puji. Haih, cik Yah ni memang suka puji orang. Dan pujiannya itu sangat jujur dan ikhlas.

"Hehe, Cik Yah ni puji saya bukan main. Saya biasa-biasa aje lah." Aku sengih. Cik Yah juga turut tersenyum.

"Eh, mana Nek Ma? Nek Ma tengah buat apa?" Soalnya. Nenek dengan Cik Yah memang rapat. Dari dulu lagi hingga sekarang dah macam kawan rapat. Selalu mengambil berat tentang orang tua itu. Aku senyum kecil.

"Ada kat atas. Tapi, sekarang dia dah tak macam dulu Cik Yah. Biasa lah sakit orang tua. Rina pulak yang makin risau." Ujarku. Ya, memang betul pun. Nenek sekarang bukan seperti dulu lagi, sekarang ini dia banyakkan berehat.

"Lah, ye ke? Rindunya dengan Nek Ma. Bila dapat tahu sekarang dia kurang sihat pulak," aku melihat riak wajah Cik Yah jelas yang dia juga turut kerisaun.

"Eh, ni Rina nak ke tempat kerja ya? Hah, Rina pergi lah. Nanti lambat pulak. Hari ni cik Yah nak habiskan masa dengan Nek Ma. Rindu sangat dekat dia."

Hah?! Cik Yah sudi tolong aku jagakan nenek? Mataku sudah bersinar-sinar gembira. Kalau Cik Yah datang setakat nak jumpa nenek dan balik, aku awal-awal lagi dah buka baju kerja pakai baju biasa nak temankan nenek. Tak sanggup nak tinggalkan nenek sorang-sorang.

Tapi, kali ini ada seseorang yang sangat baik hati sudi temankan nenek. Macam tahu-tahu aje aku tengah cari seseorang untuk temankan nenek. Aku senyum gembira.

"Betul ke ni acik? Saya tak nak lah menyusahkan acik. Acik kan baru balik KL. Pergi lah rehat-rehat dulu. Nenek ni biar aje saya jaga. Lagipun, hari ni saya ambil cuti." Sengaja aku menolak. Hati berbelah bagi. Kasihan juga pada Cik Yah. Dia baru sahaja sampai ke kampung terus nak temankan nenek. Risau juga kalau dia kurang berehat gara-gara aku.

Dia pegang bahu aku lalu tersenyum manis. "Jangan risau lah Rina. Cik Yah okey aje lah. Kamu tu jangan hari-hari cuti. Tak elok pulak nanti kena buang kerja. Kesian dekat nenek tu. Cik Yah ikhlas, cik Yah tolong Rina. Tak apa, Rina pergi aje kerja. Jangan risau tentang nenek ya."

Mahu menangis aku mendengarkannya. Cik Yah sangat baik. Aku peluk erat-erat tubuhnya. Air mata cuba ditahan agar tidak menangis. Hm, entah lah. Jika sekali orang lihat wajahku, pasti orang kata aku sombong dan garang. Tapi, kalau hal kecil yang buat hati aku terharu, terluka atau tersentuh, pasti air mata akan keluar. Haih, hati tisu betul lah aku ni!

"Terima kasih Cik Yah. Rina pergi dulu ya." Tangan cik Yah aku kucup. Lalu aku melangkah masuk ke rumah kembali berjalan ke bilik tidur nenek.

Melihat nenek masih tidur aku tak nak ganggu dia. Hanya kepalanya aje aku usap lalu aku kucup dengan penuh kasih sayang.

Lantas aku kembali keluar ke bilik nenek dan mencapai beg galasku lalu digalas ke bahu.

"Rina pergi dulu ya cik Yah." Ujarku lalu menyarungkan selipar.

"Hah, ye lah. Hati-hati. Duit belanja semua ada ke? Duit tambang bas?" Soalnya bertalu-talu. Aku senyum manis.

"Ada, Cik Yah. Jangan risau. Rina pergi dulu." Aku terus melangkah pergi. Cik Yah memandangku sehinggalah aku hilang daripada pandangannya. Hati bagaikan senang, tenang dan lapang. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang baik hati sudi menemani nenek.

********

"Aku tak nak kotor atas meja ni! Sesiapa tolong lap atas meja ni! Nanti pelanggan tengok terus loya tekak dia nak datang ke kedai aku!" Jerit Kak Milah memberi amaran.

Kak Milah seorang bos ditempat aku kerja itu. Aku bukannya kerja pangkat tinggi pun. Hanya sekadar masak, cuci pinggan dan kemas-kemas sedikit. Dapat gaji pun bukannya banyak. Paling banyak pun Rm 500.

Kak Milah ni baik orangnya, tapi jangan bagi dia marah. Kalau dia marah, mahu sebulan lebih baru dia baik. Dia tiada anak. Jadi, dia dah anggap aku dan pekerja-pekerja dia yang bekerja di kedainya itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Lantas aku berlari mengambil sehelai kain lalu aku mengelap meja yang dikatakan Kak Milah tadi. Selesai lap, aku memandang jam di pengelangan tangan ku.

Sudah tepat pukul 1 petang. Perut sudah menari-nari di dalam menandakan mahu minta diisi. Aku sengih sendiri. Sekarang waktu rehat. Tak sabar nak makan!

"Err...Kak Milah. Semuanya dah siap. Kami semua pergi rehat dulu ya." Seseorang bersuara apabila aku mahu bersuara. Haih, bagus lah tu dia bersuara dahulu.

"Hm, pergi lah rehat. Aku tak nak ada yang sakit perut keluar masuk tandas. Nanti semua ingat aku dera pekerja sendiri. Dah pergi." Alhamdulillah, nasib baik dia izinkan! Manu berjoget aku di situ. Jaranglah nak rehat awal. Kalau nak rehat awal kena bodek dia dulu. Cakap dia cantik lah, jaga hati dia lah. Hah, baru boleh lepas. Huh...

Aku senyum gembira. "Okey kak Milah. Kami pergi dulu. Wei, korang! Jom!" Jerit Kamal kawan sekerjaku. Aku lantas membuka apron lalu digantung kembali ke tempat asal. Tugas aku didapur mencuci pinggan semua sudah selesai. Jadi tiada masalah untuk aku keluar rehat.

"Rina, jom." Kawan baik ku. Ila. Dia juga kawan daripada sekolah lagi. Sangat rapat dengan ku. Tak sangka hingga sekarang kami masih lagi rapat.

Kami beriringan berjalan keluar daripada kedai itu. Malas nak makan di kedai Kak Milah. Sebab kami ada lebih special lagi untuk makan tengah hari.

Katanya Acap kawan kami yang lebih dikenali lagi namanya Asyraf. Tapi, kawan sekerjaku termasuklah aku, kami lebih suka panggil dia Acap. Katanya mahu belanja rakan sekerjanya makan. Huh, simpan lah sikit duit belanja aku sebab dah ada orang nak belanja.

Dia tu baik, boleh lah. Baik pun sebab suka belanja orang. Tapi, bab menyakat memang tak boleh pisah dengan dia. Suka sangat sakat aku! Dia juga pernah jujur dengan aku dahulu dia pernah menyukaiku. Pasti orang terkejut, kerana dia pernah 3 kali mengaku padaku yang dia suka dengan aku. Dia mahu jadikan aku kekasihnya tetapi aku menolak. Ada sebab tertentu aku menolak dia.

Dia lelaki seorang yang buaya darat. Haih, kalau cakap buaya darat, mulut dia memang terlampau manis. Kacak? Hm, kalau tak kacak tak adanya dia jadi buaya darat dengan bermulut manis.

Sebab itulah aku tak suka. Aku takut aku terluka. Aku tak mahu. Kerana aku juga tidak pernah bercinta jadi aku tak nak rasa sedikit pun sakit hati seperti wanita lain yang berputus cinta apabila dapat tahu pasangan dia curang. Dan aku tak tahu apa itu cinta. Erti cinta? Hm, malas aku nak ambil tahu semua itu.

Alasanku pada Acap apabila dia mengaku suka aku..."Maaf, saya tak boleh terima. Saya dah anggap awak macam kawan saya je. Tak lebih daripada itu. Sorry Acap. Kita kawan je." Hanya itu alasan aku setiap kali aku menolaknya.

''Wei, korang semua nak makan apa-apa oder je. Aku belanja." Kami semua bersorak gembira. Takkan lah tak gembira woi! Orang belanja tuuu!!!

Aku senyum gembira ke arah Ila. Ila juga senyum gembira. "Harini jom kita menggemok!" Jeritnya gembira. Aku ketawa kecil.

*********

"Terima kasih Acap sudi belanja kami semua." Ucapku apabila sudah selesai makan. Jam sudah pukul 2. Kalau lambat masuk kerja ni mesti bernanah telinga aku nak dengar bebelan daripada Kak Milah tu.

"Ala, tak ada masalah pun lah. Saya okey je. Lagipun, saya belanja ikhlas. Errr...Rina, malam ni awak free tak? Saya nak ajak awak keluar makan malam ni."

Aku dah tahu, setiap kali aku menolak memberi alasan pasti dia akan kecewa dan mula tiada mood. Belum sempat aku bersuara dia dah buka mulut.

"Awak jangan risau. Saya bukannya nak bawa awak pergi club atau hotel. Gila lah saya nak buat macam tu. Lagipun, awak dan saya bukannya ada apa-apa hubungan. Saya saje je nak bawa awak jalan-jalan. Lagipun, bukan saya dan awak je. Saya ada ajak Kamal dan Afiq. Nanti awak ajak lah Ila sekali ya." Dia senyum lebar. Ada ya juga apa yang dia cakap.

Aku bukannya ada hubungan mesra dengan dia. Dia pun dah anggap aku macam kawan dia sendiri. Aku tak boleh berburuk sangka padanya. Berdosa!

Aku senyum sebelum berbicara padanya. "InsyaAllah, kalau saya ada masa malam ni saya contact awak ya."

Dia bagaikan teragak-agak untuk mengangguk. Takut aku tak call dia lah tu yang aku terima malam ni. "Okey.." Hanya itu jawapannya.

********

Sepanjang perjalanan kami berjalan kaki untuk ke tempat kerja kami kembali, aku dan Ila sama-sama terkejut apabila kami berdua hampir sahaja jatuh tersungkur di atas lantai.

Kelihatannya, ada tiga orang lelaki yang berpakaian kemeja hitam dan kot berwarna hitam. Huh, semua serba hitam. Panas-panas macam ni boleh tahan ke dia pakai hitam semua lengkap ni?

Aku pulak yang tertanya-tanya dan bingung. Aku yang sekadar pakai t-shirt ni pun dah panas entah apa lagi tiga jejaka di depan mata aku ini.

Lantas aku bangun dan menolong Ila sekali bangun berdiri. Aku merenung tajam ke arah tiga orang depan aku ini.

"Hei, kau orang ni jalan tak guna mata ke hah?! Tahu nak langgar orang je! Tahulah kami ni kecil awak tiga orang tu tinggi lampai, tapi mata tu buka luas-luas sikit boleh tak?!" Marahku dengan nada yang meninggi. Seorang lelaki yang berada di hadapan aku itu tersenyum sinis. Tetapi, wajah itu bagaikan aku kenal. Yang membuat aku keliru kerana dia memakai cermin mata hitamnya membuatkan aku tidak dapat 'cam' mukanya yang sebenar.

"Cik adik manis, kalau jalan tu tak habis-habis nak membebel, mata tu dah kat mana kalau mulut aje yang bercakap."

Huh, baru aku sedar yang aku bebel sambil berjalan. Tukang dengar pula Ila. Kami ni tak sah tak gosip!

Aku jeling tajam sambil memeluk tubuh. "Tu lah, lain kali jalan pakai mata. Bukannya pok pek pok pek!" Dia pula yang menyindir aku. Haih, makin naik angin pula aku saat ini.

Aku masih tak puas hati dengan dia. Tapi, kami berdiam diri untuk sesaat. Aku tak tahu lah sama ada dia renung aku atau tak sebab aku tak nampak mata dia yang tertutup dengan cermin mata hitam yang dipakainya itu.

"Do I know you?" Soalnya sambil membuka cermin mata. Baru lah aku lihat jelas wajahnya yang putih bersih itu. Kening lebatnya dijongket sebelah sambil tak lepas-lepas renungku.

Gulp! Aku sangat kenal dia. Rasanya baru aje semalam jumpa. Bergaduh lagi. Aku tergamam seketika. Liur ditelan. Siapa je tak kenal wajah kacak ini. Aku mendongak kepala memandang dia yang tinggi lampai itu.

"Are you...Khai?"

Yup, dia lah doktor Arayyan Mikael setelah lama aku berteka teki dengan diri sendiri. Terbeliak biji mataku apabila dia masih ingat namaku.

"Err..." Haish! Saat macam ni lah mulut nak gagap!

Tapi, aku sangat kenal dia! Sah! Dia.....

DOKTOR ARAYYAN MIKAEL!

Hai assalamualaikum semua! Aku comeback! Ada sape² rindu saya tak? hihhih...ini novel terbaharu daripada aku, nur nana...dah tukar username...jangan lupa yang aku nana...bukan sape²...Jemput baca ya semua...sorry lama menghilang... And, jangan lupa baca novel terbaharu daripada nana...sorry kalau novel ni tak seberapa best, InsyaAllah kalau Nana ada masa lebih nana akan selalu update ya, jangan lupa Komen sekali ya...oky bye, love you support guys <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience