• BAB 5

Romance Completed 27650

Seperti biasa, Chris yang membuka pintu keretanya untukku. Dah macam ala-ala gentlemen. Dah lah satu hari jadi driver aku. Haih, menyusahkan dia aje. Sedangkan semalam baru aje kami kenal. Tiba-tiba dah macam rapat. Tetapi, fikiranku kuat mahu tahu siapa Chris? Kenapa dia boleh muncul? Apa hubungan dia dengan Doktor Arayyan? Mereka macam kenal? Tapi, dilihatkan kembali seperti mereka ada sorokkan sesuatu daripada aku.

Sepanjang perjalanan itu, seperti biasa kami hanya berdiam diri. Selesa dengan dalam keadaan begitu.

"Pretty, do you have a lover?" Dia bersuara memecahkan kesunyian antara kami berdua. Soalnya tiba-tiba membuatkan aku tersentak dengan persoalannya itu.

Dah kenapa pula dia tanya aku macam tu? Pelik. Otak ligat mahu menjawab soalan dia. Lidah kelu berbelit untuk menjawab kerana aku pasti aku akan gagap jika menjawab soalan yang buat hati aku berdebar. Haih, macam-macam.

"Err...Apa maksud awak ni?" Aku soalnya kembali. Saat ini aku blur. Melihat dia ketawa kecil, lagi bertambah blur aku. Baru aje kenal semalam tiba-tiba tanya tentang kekasih. Dah kenapa dengan mamat ni? Jangan cakap yang dia nak mengorat aku. Kerana dengan cara ini, cara pertama lelaki mengorat wanita untuk menjadi kekasih. Ah, aku tolak awal-awal.

Tapi aku tolak ke tepi semua itu. Mungkin aku je perasan. Shok sendiri. Hm, kesian kau Rina single.

"Tak ada lah. Saya rindu dengan kekasih saya dahulu. Dia juga perempuan muslim seperti awak. Cantik pun seperti awak. Tapi, kami terpaksa berjauhan terlebih dahulu kerana ada sesuatu perkara yang menghalang, rindu saya pada dia, memang rindu. Mungkin tuhan tak ditakdirkan untuk saya bersama dia." Ceritanya membuatkan aku fokus padanya. Alah, cerita lah lagi Chris!

"Oh, yeke? Sorry lah kalau saya ada buat awak teringat dekat kekasih awak. Saya tak tahu pulak." Jawabku serba salah. Lelaki yang berada di sebalah aku itu hanya tersenyum lebar.

"It's okey. But, do you want to be my lover?"

Kali ini aku rasa nak aje keluar daripada kereta ni. Tak kisah dah kalau muka aku terseret dengan jalan tar. Muka aku sendiri pun aku dah dapat rasa betapa panasnya sekarang ni. Pendingin hawa yang berada di dalam kereta Chris itu bagaikan tidak cukup untuk menyejukkan kembali pipiku yang berbahang ini.

Aku ketap bibir. Malunya seseorang itu mengakukan perasaannya begitu apabila berdua-duaan begini. Aku memang malu gila! Tak boleh bawa bincang malu aku tu macam mana. Liur ditelan. Nak pandang wajah Chris disebelah pun aku rasa malu yang amat.

Tiba-tiba kedengaran Chris ketawa. "Don't be afraid, beautiful. I was just kidding." Dia masih ketawa. Lucu agaknya melihat wajahku gelabah apabila dia cakap begitu.

Aku senyum. Lega hati ini apabila dia hanya bergurau. "So you belong to people?" Haih, Chris...Apa benda soalan lah kau ni. Aku ni bukannya cantik pun. Siapa aje suka kat aku. Lagi satu, aku ni dah lah suka tolak orang. Semua takut nak rapat dengan aku, memang tak lah aku milik orang.

Aku senyum sebaris sebelum menjawab soalannya. "No, I'm single," aku pula yang ketawa kecil. Rasa lucu pula.

"Saya ni siapa aje nak suka dekat saya. Nak dekat dengan saya pun semua takut sebab saya ni garang. Saya bukannya perempuan seperti di luar sana. Baik, cantik, lemah lembut. But, not me. Saya seorang gadis biasa. Tidak seperti perempuan di luar sana." Terangku harap dia faham.

"Seriously you single? Hei, pretty. Awak tu cantik tau. Dan kalau awak nak tahu, awak dah buat seseorang itu jatuh cinta pada awak..." Aku melihat Chris sedikit terkebil-kebil mengalihkan pandangannya. Mungkin dia salah cakap. Aku senyum kecil.

"Saya dah buat seseorang tu jatuh hati pada saya?" Aku ketawa. Lucu sangat. Chris pandai buat aku ketawa. Hal pagi tadi terus terbang hilang entah ke mana apabila bersama Chris yang suka menghiburkan aku.

"Yeah, maybe...." Ucapnya sambil tersengih. Aku geleng kepala sambil senyum. Takkan punya. Siapa aje nak jatuh cinta pada gadis garang seperti singa macam aku ni? Entah-entah semua lari. Takut.

Beberapa minit, suasana kembali senyap. Di fikiranku terlintas sesuatu. Aku mahu korek rahsia sesuatu pada Chris. Cara Chris bercakap dengan Doktor Arayyan bagaikan mereka sudah kenal rapat. Jadi, fikiranku kuat mengatakan yang mereka kawan rapat dan ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada aku.

"Chris..." Panggilku. Melihat dia masih fokus memandu.

"Yes, pretty."

"Saya tengok awak dengan doktor Arayyan tadi macam kau orang berdua kenal rapat aje? Awak memang dah kenal ke dengan doktor Arayyan tu?" Soalku. Melihat dia sedikit mengeras seperti terkejut apabila aku menyoalnya begitu. Wajahnya yang tadi serius kini bertukar lembut. Masih tersenyum manis.

Aku pula yang berkerut dahi apabila melihat keretanya sudah berhenti. Dia menoleh memandangku dengan senyuman manisnya itu.

"Pretty, kita dah sampai di tempat kerja awak. Nanti kalau saya ada masa saya singgah sini ambil awak ya." Ujarnya membuatkan aku terkejut. Rasanya dia tidak lah bawa laju tadi. Dalam beberapa minit dah sampai. Huh, sekejap aje. Aku belum habis lagi korek sesuatu rahsia pada dia. Tapi, matikan aje lah niat tu. Nanti-nanti aje lah.

Aku senyum lebar. Dia dah banyak tolong aku. "Terima kasih Chris. Malam nanti tak perlu lah ambil saya. Sebab saya malam nanti terus ke hospital. Nak tengokkan nenek saya. So, tak payah tunggu saya ya." Larang ku. Harap sangat dia tak tunggu tercegat depan kedai tempat kerja aku ni nanti. Tak pasal-pasal nanti ada yang memerhati.

Dia ketawa sebelum bicara sesuatu padaku. Aku tersenyum melihat dia ketawa. Melihat dia gembira, aku juga turut gembira. Untung betul kekasihnya dapat memiliki dia. Sudahlah kacak, pandai hiburkan orang lagi.

"Okey, pretty. Take care." Pesannya. Aku mengangguk. Pintu keretanya terus kubuka lalu aku melangkah keluar. "Bye!" Ucapku sambil melambai tangan ke arahnya lalu kembali menutup pintu keretanya. "Yeah, bye! See you again." Ucapnya.

Keretanya terus pergi meninggalkan aku sendiri di depan tempat kerjaku. Aku berpaling melihat ke kiri dan kanan agar tiada sesiapa nampak aku tadi naik kereta dengan seseorang.

Tetapi, syukur. Satu pekerja pun tak ada lalu di situ dan tidak ada seorang pun memerhatikan aku tadi. Aku senyum lega.

Kaki terus melangkah masuk. Melihat hari ini Ila tidak kerja. Semalam dia ada WhatsApp aku yang mengatakan dia tidak dapat datang ke tempat kerja ada masalah tertentu. Jadi, aku lah yang kerja sorang-sorang tanpa membawang lagi. Huh...

Ada aje ramai pekerja wanita di kedai itu. Tetapi aku tak terlalu rapat dengan mereka. Aku lebih rapat lagi dengan Ila. Nak membawang dengan dia pun dah biasa sebab dia kawan baik aku sejak sekolah rendah lagi.

Beg galasku disimpan di dalam locker yang berada di situ. Apron terus kucapai lalu aku memakainya.

"Siapa lelaki tu?"

Seseorang bersuara betul-betul ditelingaku buatkan aku terkejut. Dada aku gosok perlahan-lahan. Terkejut dengan kemunculan Acap dibelakangku. Aku cuba senyum ke arahnya.

"Ya Allah, Acap. Terkejut saya tahu tak?" Aku sengaja buat-buat muka merajuk sebaliknya memang merajuk pun. Tak suka apabila lelaki berdiri rapat denganku. Aku jarakkan diri daripadanya apabila terasa jarak kami berdua sangat rapat. Tak selesa.

"Hehe, sorry." Ucapnya sambil sengih. Kembali semula kepada soalannya. Aku kembali teringat soalannya tadi.

"Err..Kawan saya. Dia tolong hantarkan saya ke tempat kerja." Jawabku. Tapi, memang betul pun. Dia kawan aku bukannya kekasih aku. Jadi aku tak tipu dia.

"Oh.." Hanya sepatah dia jawab. Wajahnya sedikit berubah. Aku teguk liur.

"Err...Dah lama tak nampak Acap. Kenapa Acap cuti? Ada hal peribadi ke?" Gatal aje mulut aku ni nak bertanya walaupun aku tak kisah kalau dia tak datang. Kalau dia datang, pasti akan selalu berkepit dengan aku dan selalu kacau aku. Aku pula naik rimas dan menyampah.

"Kenapa? Rindu ke?" Dia ketawa kecil. Kan, baru aje cakap. Suka sangat kenakan aku. Aku juga turut ketawa. Ketawa paksa.

"Eh, bukan lah. Saja je tanya." Aku senyum tipis.

"Ada hal sikit." Jawabnya ringkas. Aku tidak menjawab hanya sekadar mengangguk perlahan. Dia kembali berjalan ke luar kedai. Mungkin sedang mengambil oder pelanggan. Aku tak menunggu lama terus jalankan tugas aku yang berada di dapur ini.

*********

Tangan laju mengemas atas meja pelanggan yang baru sahaja selesai makan dan meninggalkan kedai ini. Sempat aku melihat jam di pengelangan tanganku, lagi beberapa minit aje lagi dah nak pukul 7 malam. Waktu untuk balik.

Aku perlu siap cepat-cepat untuk pulang. Ah, tak sabarnya nak jumpa nenek. Rindu dekat dia. Tadi dapat jumpa sekejap aje.

Aku percepatkan langkahku. Sempat mata memandang Acap yang sedang mop lantai itu. Kenapa hari ini dia seperti tiada mood. Ah, lantak lah. Dia bukannya kekasih aku buat apa aku nak ambil berat tentang hal dia?

Dua pinggan dan satu gelas dipegang dan dibawa untuk masuk ke dapur. Tetapi nasib malangnya, aku yang tergesa-gesa gara-gara nak balik cepat, tanpa aku sangka aku sudah berjalan di lantai yang telah di mop oleh Acap tadi. Kaki mula tergelincir kerana lantai yang masih basah, serta-merta tubuhku mula tidak seimbang

"Argh!" Terjerit kecil aku. Pinggan dan gelas yang aku pegang tadi sudah melayang hanya tunggu masa aje jatuh ke atas lantai.

Aku juga sama. Hanya tunggu masa sahaja aku mendarat ke atas lantai. Tetapi, aku rasa diriku langsung tidak sakit. Bagaikan tubuhku melayang ke udara. Telingaku hanya dapat dengar bunyi pinggan dan gelas jatuh. Sangat kuat.

Rapat aku pejam mata. Dengan itu, perlahan-lahan aku buka mata, terkejut apabila melihat yang sambut tubuhku daripada jatuh itu ialah....

Acap!

Jarak wajah kami semakin dekat. Lama kami berpandangan. Ini kali pertama aku dapat lihat wajahnya dekat-dekat. Teguk liur aku saat ini. Jantung makin hebat berkencang.

"Hoi! Kalau nak bersweet-sweet sekali pun, tak payah lah dekat sini. Hormat sikit orang single kat sini! Huh, bersemut aku tengok!" Ujar Afiq rakan sekerja kami yang rapat dengan Acap.

Lantas aku kembali berdiri dengan stabil. Bajuku dibetulkan sedikit. Ya Allah, malunya. Macam mana lah aku boleh tak perasan lantai licin? Hish! Cuai lah kau ni Rina!

Afiq kembali ke dapur menjalankan tugasnya. Sengaja dibuat-buatnya merajuk. Aku malu-malu memandang Acap dihadapanku.

"Errr...Terima kasih Acap." Ucapku gagap. Melihat dia hanya senyum kecil.

"No problem." Jawabnya ringkas dan berlalu pergi. Aku laju mengambil semula pinggan-pinggan dan gelas yang jatuh tadi. Haih, kalau Kak Milah tengok ni, mati aku! Nasib lah pinggan dan gelas itu plastik. Kalau kaca, mahu diganti!

Aku sudah siap untuk pulang. Melihat Kak Milah sedang mengira duit. Kaki kini melangkah ke luar apabila melihat ada seorang lelaki yang berpakaian kemeja hitam duduk dimeja paling belakang.

Mungkin dia tidak tahu yang kedai kami sudah mahu tutup? Aku menggeleng kepala lalu melangkah mendapatkan dia.

Kelihatannya, lelaki itu sedang fokus bermain telefon bimbit. Ah, sampaikan tak perasan kehadiran aku disebelahnya.

"Err...encik. Minta maaf ya. Kedai ni dah nak tutup. Kalau encik nak makan sini, encik boleh datang esok." Bicaraku tak menunggu lama apabila dia langsung tidak mengangkat wajah. Huh, geram aje kalau dapat pelanggan seperti ini.

"I want to order a cold drink." Balasnya. Tak peduli dengan kata-kataku tadi. Aku mula naik angin.

"Bungkus." Jawabnya lagi. Ah, hilang terus nak marah dia. Cakap lah nak bungkus. Aku hela nafas panjang.

"Encik nak air apa?" Soalku. Masih ada masa kerana pekerja yang lain masih sibuk mengemas. Kerana kami tutup kedai tepat pukul 7 malam. Sekarang ini semua dah selesai mengemas, nasib baik lah pelanggan ini hanya mahu minuman. Kalau dia pesan nak makanan, mahu aku terajang dia sampai ke menara KLCC.

"I love you." Ucapnya selamba sambil mengangkat wajah memandangku. Terkejut besar aku dengan kehadiran dia. Chris? Pecah tawa kami bersama.

Tak sangka dia tetap datang. Haih, degil betul dia ni. Lepastu siap bagi aku picup line. Aku masih tak lepas-lepas senyum apabila dapat ayat gula-gula terlampau manis daripada Chris.

"Chris. Kenapa awak datang juga? Kan saya dah cakap tadi tak perlu datang ambil saya. Biar saya balik sendiri aje. Saya tak nak menyusahkan awak." Marahku padanya. Dia masih ketawa kecil.

"Why not? Salah ke saya nak ambil awak pulang? Lagipun niat saya baik. Kalau awak tak sudi, it's okey. Saya balik." Dia sudah mengangkat punggung membuatkan hatiku berasa serba salah. Kasihan pula dekat dia ni.

"Eh, tak. Bukan itu maksud saya. Cuma...."

"Cuma apa?"

"Saya malulah kalau kawan-kawan sekerja saya nampak awak ambil saya pulang. Saya tak nak mereka ingat lain tentang saya." Jujurku. Memang aku tak nak semua salah faham. Nanti tak pasal-pasal ada mulut makcik bawang kata Chris tu kekasih aku.

"Biar lah mereka nak ingat apa pun. Janji sebaliknya saya dan awak tiada apa-apa hubungan. Awak cuma anggap saya kawan awak, dan saya cuma anggap awak kawan saya." Sempat mataku melihat kiri kanan. Hah, kan dah kata. Dapat kulihat sekumpulan makcik bawang yang sedang mengintai-intai aku dan Chris yang berada dihadapan. Semua berkumpul didapur sambil mengintai kami berdua.

Ada juga saling berbisik-bisik. Ada juga tersenyum-senyum gedik sambil memandang Chris. Tahu lah Chris kacak. Tak kurang juga, aku melihat sepasang mata yang sangat kukenali sedang merenung ke arah kami berdua.

Acap!

Dia sedang merenung tajam ke arahku dan Chris. Apabila aku membalas pandangannya, lantas dia melarikan pandangannya dan terus berlalu pergi.

Aku tak kisah kerana dia sudah jujur denganku yang dia anggap aku sebagai kawan dia dan aku anggap dia sebagai kawan aku juga. Kami langsung tiada apa-apa hubungan. Kalau dia nak cemburu itu masalah dia. Janji aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia.

"Wei, handsome nya mat salih tu."

"Kan, dah lah handsome, tinggi, cute lagi muka dia. Ah, kena pergi ke UK ni cari bakal suami macam lelaki tu."

"Betul tu. Untung Rina dapat kekasih mat salih."

Telingaku dapat dengar semua kata-kata makcik bawang dibelakangku. Haih, baru sahaja cakap. Aku pasti dia orang salah faham punya. Lagi-lagi kami ketawa mesra tadi pasti semua ingat aku sedang bersweet-sweet dengan Chris.

Haih, aku nak buat apa ni?!

"Err..Chris, awak boleh tunggu di kereta je lah. Nanti saya datang. Sebab kami dah nak kemas tutup kedai. Awak ada apa-apa nak oder ke? Saya boleh buat." Ujarku bukan niat nak halau dia, tapi nak bawa dia pergi kerana mata-mata anak dara semua sudah tertumpu padanya.

Aku pula naik rimas melihat semua anak-anak dara orang bergedik-gedik memandang Chris sambil ketawa gedik. Ada kena mengorat juga Si Chris ni nanti dengan anak-anak dara orang.

"Okey, pretty. I'm waiting for you. Saya pergi dulu." Dia terus melangkah pergi seakan-akan sudah faham dengan apa yang aku fikirkan. Haih, nasib baik lah Chris faham.

Dan....

"Eh, Rina. Siapa nama mat salih handsome tu?"

"Hang ni kan Rina. Suka sangat hang berahsia pada kami semua yang hang ada pakwe mat salih handsome tu. Perahsia betui lah hang ni."

"Wei, Rina. Umur dia berapa? Nama dia apa? Dia tinggal mana? Handsome gila dia. Tolong carikan satu untuk aku macam laki mat salih tu boleh?"

"Wow, Rina dah ada boyfriend. Omputih pulak tu. Handsome lagi. Untung kau Rina."

Dan.... bermacam-macam soalan lagi mereka tanyakan padaku. Aku pening nak jawab satu-satu. Mahu aje aku menjerit kata pada mereka semua ...

"Itu bukan boyfriend aku! Itu cuma kawan aku!"

********

"Untung lah dah ada boyfriend. Handsome pula tu. Mat salih lagi." Suara itu membuatkan langkah aku berhenti untuk berjalan masuk ke dalam kereta Chris.

Aku menoleh ke belakang. Haih, ni sorang lagi. Tak faham. Berapa kali aku nak ulang yang Chris bukan kekasih aku!

Acap memeluk tubuh sambil senyum sinis ke arahku. Aku tahu dia cemburu. Dengan kesempatan itu, memang aku nak tambahkan lagi cemburu dia. Biar dia cemburu habis-habisan. Tak ada lah dia kacau aku lagi dan dia tahu aku dah berpunya.

Aku hela nafas panjang sebelum bersuara. "Ya, dia kekasih saya. Dah? Puas hati awak? Tolong lah Acap jangan ganggu saya lagi. Saya penat. Dah lah, saya balik dulu." Sumpah aku penat sangat hari ni. Bukannya aku kerja duduk aje. Dia pun tahu aku kerja macam mana. Jadi waktu aku penat tolong jangan kacau aku. Ada arwah juga nanti aku buat dia malam ni.

Aku jeling ke tempat lain. "Patutlah awak tolak saya, sebab dah ada yang lebih handsome. Kaya lagi. Ke, awak memang suka dia sebab dia kaya? Kaki kikis duit dia?" Tuduh Acap tak puas hati denganku.

Tajam aku renung dia. Kalau tipu dia yang aku kekasih Chris, main fitnah aku pula. Kalau aku jujur Chris cuma kawan aku, dia kacau aku lagi lepas ni. Apa lah aku nak buat ni? Nak aje aku hantuk kepala di dinding biar hilang ingatan dan tak ingat siapa-siapa. Habis cerita!

"Boleh tak awak jangan nak fitnah saya macam-macam! Kalau tak tahu, jangan main cakap aje." Aku jeling ke arahnya. Saat-saat ini aku makin menyampah dengannya. Nak aje aku tumbuk berkali-kali wajahnya itu. Menyampah!

Dia senyum sinis lagi. "Jangan ingat bercinta dengan orang luar negara ni selamat. Silap-silap satu hari nanti dia ratah badan awak." Acap senyum sinis lagi. Tak! Chris bukan apa yang Acap cakap. Makin panas pula hati aku apabila dia tuduh lelaki itu begitu.

"Dah lah Acap. Malas saya nak layan awak. Saya layan awak ni buat sakit hati je. Dah lah saya balik dulu, bye." Aku terus melangkah pergi meninggalkan dia sendiri. Pintu kereta Chris terus aku buka lalu masuk dan aku menutup pintu kereta Chris sedikit kuat dengan hati penuh marah.

Aku dapat lihat Chris yang berada disebelahku itu sedang berkerut dahi melihat wajahku yang masam mencuka. "Hei, pretty. What happened to you? Kenapa ni?" Soalnya. Aku mendengus kasar.

"Nothing. But, ada seseorang tu mulut dia suka sangat menuduh orang." Balasku yang masih marah.

"Lah, siapa pula ni yang tuduh awak macam-macam ni? Biar saya kerjakan dia. Cakap dekat saya siapa orangnya?" Amboi, nak jadi gentlemen konon. Mahu ketawa aku melihat Chris yang sudah acah-acah ikut serta sekali geram. Panas hati.

Tanpa sedar aku mengukir senyuman apabila melihat wajah Chris yang jelas dia sedang marah. "Kenapa awak senyum?" Soalnya dengan serta-merta dia juga turut tersenyum. Kami berdua ini senang terhibur. Suka berkawan dengan orang yang senang terhibur. Senyum pun boleh terhibur.

"Nothing. Dah jom kita gerak." Ucapku. Dia senyum lalu mengangguk. Seperti biasa kami lebih selesa berdiam diri sepanjang perjalanan itu.

********

"Err...Chris, awak nak isi minyak ya?" Soalku apabila melihat keretanya sudah berhenti di tempat mengisi minyak kereta.

"Yup. Awak tunggu di sini ya." Balasnya sambil membuka pintu kereta untuk keluar.

"Err...Chris." Panggilku. Terus tak jadi dia untuk keluar daripada keretanya.

Dia menoleh memandangku. "Yes?"

"Saya nak solat sekejap boleh? Err...Maksud saya, sembahyang. Awak boleh tak tunggu sekejap kalau saya lambat sikit?" Aku melihat jam sudah pukul 8 malam. Tidak mahu sia-siakan waktu. Kalau nak sampai ke hospital, mahu lambat aku nak solat Magrib di sana.

Dia senyum lebar lalu mengangguk. Aku lega melihatnya. Lantas aku keluar daripada kereta dan berjalan mencari surau perempuan.

Aku sudah memang siap sedia bawa telekung sendiri. Itu yang aku bawa beg galas di bahu. Senang nak bawa dimana-mana. Di tempat kerja juga ada tempat surau perempuan, jadi senang aku nak menunaikan solat di sana.

Selesai menunaikan solat, aku kembali berjalan masuk ke dalam kereta Chris. Dia senyum lebar melihatku. "Kenapa awak pandang saya macam tu?" Kali ini aku pelik dengan senyum Chris. Lain macam. Dan dapat aku rasakan dia sedang memerhatikan setiap inci wajahku. Aku menelan liur. Di marah sebab aku lambat ke?

"Nothing. But, you so beautiful. Awak selalu ikut perintah tuhan awak seperti sembahyang. Sebab itu, mungkin tuhan awak bagi awak kecantikan yang sempurna." Bicara Chris tiba-tiba membuat aku tersentak. Melihat dia masih merenung wajahku sambil senyum lebar.

Aku pula yang senyum. "Semua perempuan tu cantik. Cantik sangat. Semua perempuan sangat cantik. Boleh dikatakan, perempuan di dunia ni lagi cantik daripada bidadari syurga." Ah, aku cakap macam ni dia faham ke? Dia bukannya orang islam.

"Tuhan itu ada. Dia Maha adil. Semua wanita itu cantik. Tapi lagi cantik jika kita ikut perintah Dia." Bicaraku ringkas agar dia faham.

"Yup. Betul kata-kata kekasih saya dahulu. Semua wanita itu cantik. Dan saya dulu pernah nak masuk islam. Saya nak belajar tentang Islam. Kerana bagi saya Islam itu indah. Tak macam kehidupan saya sekarang. Kusut. Tapi, ada sesuatu yang menghalang untuk saya memeluk Islam." Dia senyum lagi. Bagaikan disebaliknya dia kecewa. Sedih.

"Tak apa, Chris. Saya faham perasaan awak. InsyaAllah, kalau tiada halangan, awak boleh cepat-cepat masuk islam. Yup, betul Islam itu indah. Kehidupan yang sungguh indah."

Dia senyum lagi. Aku melihat dia menghela nafas panjang. Mungkin dia cuba menghilangkan rasa sedih di hati.

"Let's go, pretty." Aku membalas senyumannya lalu dia memulakan perjalanan untuk membawa aku pulang ke hospital. Dalam hati tak sabar nak jumpa nenek. Rindu sangat-sangat dekat nenek.

********

"Thank you so much, Chris. Awak dah dua hari jadi driver saya. Terima kasih banyak-banyak. Saya terhutang budi dengan awak. Terima kasih sekali lagi. Dan minta maaf sebab dah menyusahkan awak." Ucapku bersungguh-sungguh.

Aku dah menyusahkan dia, kesian dia. Tapi aku tak salah, dia yang degil tetap mahu ambil aku pulang walaupun aku dah pesan agar dia tidak ambil aku pulang.

Dia ketawa apabila aku bersungguh-sungguh bercakap begitu. "It's okey lah, pretty. No problem. Lagipun, saya suka jadi driver awak. Kita boleh jadi kawan?" Soalnya sambil menghulurkan tangannya ke arahku. Kening sebelahnya terjongket sedikit.

Aku menelan liur untuk sambut. "Eh, of course, best friend." Jawabku. Tangannya tak disambut. Biarkan begitu sahaja. Aku hanya membalas dengan senyuman manis.

Dia menarik semula tangannya. Mungkin baru dia sedar aku perempuan muslim. "Hehe, sorry." Dia sengih kecil sambil menggaru-garu kepalanya.

"Okey, so esok kalau tiada halangan kita jumpa lagi ya. See you again, pretty." Ucapnya. Aku sekali lagi mengucap terima kasih padanya sebelum aku keluar daripada keretanya itu.

Dia terus pergi, aku pula melangkah masuk ke dalam hospital itu. Tak sabarnya nak jumpa dengan nenek. Rindu!

Masuk aje ke dalam hospital itu, dapatku lihat di dalam hospital tidak ramai pesakit. Cuma ada beberapa orang sahaja. Mungkin sudah malam jadi tidak ramai orang.

Laju langkah ke lif, menekan butang naik. Menunggu beberapa minit sebelum aku bertembung dengan seseorang di luar lif apabila pintu lif sudah dibuka. Nasib baik tak terlanggar. Sempat brek kecemasan. Ingatkan tiada orang di dalam lif itu. Aku hela nafas panjang.

"Sorry..." Ucapku masih menunduk sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

"Khai." Suara itu membuatkan langkah aku terhenti. Hanya seseorang aje yang memanggil nama itu dan orang itu juga aku kenal siapa.

Doktor Arayyan Mikael.

Aku berpaling menoleh ke belakang. Kepala di dongak ke atas memandang dia yang tinggi lampai itu. Pintu lif sudah tertutup. Haih, ada apa lagi lah mamat ni.

"Doktor." Sapaku pula. Senyum mesra.

"Macam mana keadaan nenek saya? Dia okey? Dia dah sedar?" Kalau jumpa dia, pasti aku teringat akan nenek. Kerana dia yang ambil alih untuk memeriksa keadaan nenek.

Dia hanya senyum sebaris. "Dia okey. Sekarang dia dah sedar. Cuma bagi dia rehat dan jangan bagi dia stress. Awak pula macam mana? Dah okey ke pinggang tu?" Soalnya kembali sambil menjongket kening lebatnya itu.

Aku senyum nipis. Sakit tu dah tak terasa tapi kalau disentuh pasti terasa sakit yang amat.

"Okey je..." Jawabku ringkas.

"Ubat yang saya bagi tu dah letak ke di tempat lebam tu." Riak suaranya bagaikan risau tentang aku. Membulat aku apabila kembali teringat tentang ubat itu. Ubat itu masih tertinggal di dalam kereta Chris. Sengaja aku letak situ ingat nak ambil bawa balik tapi macam mana boleh lupa. Nak aje aku hantuk kepala aku di dinding. Cuai lagi!

Aku gigit bibir bawah. "Err...Dah letak." Bohongku. Melihat wajah doktor Arayyan bagaikan tidak percaya kata-kataku.

"Yeke? Mana ubat saya tu?" Pintanya. Haih, geram pula aku dia ni banyak soal!

"Err..."

"Awak tipu saya kan?" Jantungku mula berdebar. Ah, mengalah aje lah Rina. Kau memang dah cuai!

"Hmm, ye. Saya tipu. Saya lupa nak letak tadi." Jujurku. Laju aje dia menarik ku membawa aku ke sebuah bilik.

Masih geram dengan dia yang sesuka hati aje pegang aku. Nasib baik berlapik dengan baju lengan panjang aku ni. Kalau dia sentuh tangan aku tadi, memang penampar ni melayang lah ke muka dia yang kacak tu terus tak jadi kacak.

"Duduk," arahnya, dia membawa aku ke sebuah bilik pemeriksaan. Biliknya mungkin.

Aku yang tidak tahu apa-apa, lantas mengambil tempat dihadapannya. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dihadapanku.

Dia sedang mengambil satu bungkusan yang berisi ice. Mungkin itu ice bag. Dan sebelah tangannya pula ada satu botol ubat.

Berkerut dahi ku melihat. Dia nak buat apa ni? Takkan lah nak tolong letakkan di pinggang ku? Kalau aku lupa letak sekalipun tak payah lah nak tolong letakkan. Biar aje lah aku yang letakkan.

Makin kerut-kerut dah dahi aku ni. Dan kini aku melihat dia melabuhkan duduk disebalahku tetapi posisi kedudukannya itu diarahkan berhadapan denganku. Aku juga berhadapan dengannya membuatkan jarak kami semakin rapat.

Sedikit demi sedikit aku jarakkan diri daripadanya. Teguk liur untuk beberapa saat. Dahi sudah berpeluh walaupun di dalam biliknya ini ada pendingin hawa tetapi tidak mampu untuk menyejukkan diriku yang mula berpeluh takut. Takut di apa-apakan. Tak semua lelaki kita boleh percaya. Takut juga dia mempunyai niat jahat.

Jantung makin berkencang dengan laju. Kali ini berkerut pula wajahnya melihat aku yang takut-takut dengan dia untuk mendekatinya. Apabila kejadian malam hitam itu berlaku padaku, aku sedikit trauma untuk mendekatkan diri dengan lelaki. Perasaan takut dan berfikiran negatif semua bercampur di kotak fikiranku.

Kini aku melihat Doktor Arayyan mengangkat sebelah tangan seperti mahu mengusikku. Tiba-tiba, aku boleh terbayang semula kejadian malam hitam itu membuatkan aku takut untuk dekat dengan lelaki entah apa lagi mahu menyentuhku.

"Argh!" Jeritku apabila terasa bahuku disentuh lembut. Lantas aku menolak tubuh tegap dihadapan ku itu, punggung terus di angkat untuk berlari keluar daripada bilik ini. Pasti dia ada niat jahat untuk sentuh aku!

Baru sahaja kaki mahu lari melangkah keluar, lenganku dipegang oleh seseorang. "Wait, Khai. Awak nak pergi mana?" Suara itu buat aku kembali ke alam nyata. Trauma itu tiba-tiba hilang. Aku menelan liur sambil menoleh ke belakang memandang wajah doktor Arayyan.

Dia pun pelik melihatku. Aku kembali melabuhkan dudukku berhadapan dengannya. Badan sedikit menggigil takut. Perasaan takut masih ada. Aku teguk liur untuk mengangkat wajah melihat muka dihadapan aku itu yang masih berkerut bingung melihat aku.

"Saya trauma untuk dekat dengan lelaki kerana kejadian malam hitam itu akan segera datang di fikiran saya membuatkan saya takut dengan lelaki. Lagi-lagi, lelaki tu cuba nak sentuh saya," aku menunduk kepala sambil meraup wajah. Ya Allah, kenapa semua ini terjadi kepadaku? Kenapa aku? Aku sedih dengan kehidupan aku sendiri.

Doktor Arayyan yang melihat aku menangis, cuba untuk pujukku. "Awak kena kuat, Khai. Lawan rasa trauma awak tu. Saya yakin awak boleh. I'm so sorry kalau saya ada buat awak teringat kembali trauma awak tu. I just want to put this medicine on your swollen waist." Ujarnya sedikit berasa bersalah kerana telah buat aku teringat kejadian malam hitam itu.

Aku angkat wajah. Mengelap air mata sendiri dengan tudung. Masih mampu tersenyum lebar dihadapan lelaki ini yang menandakan aku kuat untuk jalani kehidupan aku walaupun dugaan banyak datang.

Jadi niatnya baik. Ya Allah, aku dah banyak sangat buruk sangka pada dia. Kenapa dengan aku ni? Suka sangat buruk sangka pada dia? Dia cuma nak tolong letakkan ubat aje sebab aku lupa nak letak pagi tadi. Baiknya lelaki dihadapan aku ni. Dah banyak tolong aku. Untung siapa yang dapat menjadi milik lelaki dihadapan ku ini.

Sesekali aku menelan liur memikirkan kembali kata-kata doktor Arayyan tadi. Apa?! Nak letakkan ubat?! Takkan lah dia kut?! Mana nurse perempuan yang lain?!

"Oh, sorry. Tapi, mana nurse yang lain?" Aku harap sangat dia faham dengan persoalan aku itu.

"Nurse? Buat apa dengan nurse?" Sudah! Dia buat-buat tak faham ke atau memang tak faham. Nak bagi penumbuk sebiji ke baru faham?!

"Kan awak cakap nak tolong saya letak ubat ni dekat pinggang saya. Jadi, bagi lah nurse yang buat." Ujarku sedikit meninggi. Geram dengan dia ni sengaja buat-buat tak tahu ke atau memang tak tahu.

Dia senyum senget. Makin berkerut dahiku. "Semua nurse dah balik. Untuk nurse shif malam, mereka tak seberapa banyak. Cuma sedikit. Itupun semua sibuk dengan pesakit di wad. Dah, mari saya tolong. Buka baju awak tu."

Gulp! Aku rasa kali ini memang aku tak salah dengar ayat kata-katanya yang terakhir tu. Aku rasa macam tak percaya tapi sedikit terselit terharu kerana dia sudi menolongku tetapi terselit juga perasaan takut padanya.

Buat-buat lah dia sengaja ambil kesempatan macam mana? Ah, hati-hati Rina! Aku tak nak kejadian malam hitam itu terjadi lagi padaku. Aku tak mahu benda itu ulang lagi! Aku tak mahu!

Berkerut lagi kening lebat doktor Arayyan melihat aku masih tidak buat apa yang dia suruh. Selepas itu, aku melihat bibir lelaki itu sedikit naik bagaikan sedang menahan lucu. Aku pula yang bingung.

"So, macam mana? Nak saya tolong buatkan ke atau awak sendiri yang buat?" Sepertinya dia memberi pilihan padaku. Hati saat ini sedikit lega.

"Mestilah saya yang buat sendiri. Dah mari sini ubat tu." Lantas aku ambil ice bag dan satu botol ubat yang diberikan doktor Arayyan tadi lalu aku mengangkat punggung untuk keluar. Niat ingat nak letak ubat tu di tandas tetapi ada yang menghalang.

"Awak nak pergi mana tu?" Soal doktor Arayyan pelik.

"Letak ubat ni lah." Jawabku ringkas.

"Dekat mana?"

"Tandas."

"What?!" Dia seperti seakan-akan terkejut. Aku pula yang blur. Dah kenapa dia nak buat muka terkejut.

"Kenapa? Doktor takut saya tipu doktor tak pakai ubat ni? Doktor takut saya buang ubat ni? Jangan risau, saya seseorang yang jujur. Kalau saya tipu, esok saya kena makan dengan harimau." Terus aku aturkan langkah tetapi dihalangnya lagi. Hati dah kembali panas tetapi aku cuba bersabar.

"No. Bukan itu maksud saya. Khai, tandas jauh. Tak payah lah awak nak berjalan jauh semata-mata nak letak ubat ni sebab malu sangat dekat saya. Pakai aje ubat tu dekat sini. Saya akan keluar." Ujarnya lalu aku melihat dia sudah mengangkat punggung untuk keluar. Aku sedikit menunduk. Tersenyum kecil kerana dia faham.

"Cepat pakai ubat tu. Jangan sampai saya masuk nanti." Arahnya sedikit terselit amaran keras padaku tetapi aku rasa amaran itu amaran nak usik aku. Eee! Panas nya hati aku ni. Tadi pun aku nampak dia sedikit senyum senget. Seperti senyum sinis.

Tak boleh jadi mamat ni. Bahaya kalau dia tiba-tiba lupa tentang aku yang berada di dalam bilik dia ni dan dia masuk? Ah, tak dapat aku bayangkannya. Malu!

Pintu kini ditutup rapat olehnya. Dia dah keluar!

Lantas aku mengambil tempat semula dan mencapai ice bag itu lalu perlahan-lahan aku letakkan ice bag itu di pinggang aku yang bengkak. Terasa sakit apabila ditekan.

Haih, ini juga semua salah aku kerana kurang ajar dengan mak su. Kalau aku tak buka mulut pagi tadi pasti aku takkan jadi begini. Tetapi apa nak buat lagi? Aku dah biasa kena begini dengan mak su. Masih ingat lagi aku sewaktu aku kecil, mak su memukul aku dan kakak kerana telah pecahkan pasu bunganya.

Sewaktu itu kami baru berumur 8 tahun. Nenek yang dengar kami dipukul teruk oleh mak su lantas mendapatkan kami berdua.

"Mak tahu tak, dia orang berdua ni dah pecahkan pasu bunga Su! Eee! Geramnya lah aku dengan korang berdua ni!"

"Dah kenapa lah kamu ni Su nak marah-marah budak-budak ni? Mereka kan masih kecil. Tak tahu apa-apa. Kamu punya pasu tu kan boleh beli baru. Jangan lah marah budak-budak ni. Kesian mereka." Nenek membela kami apabila melihat kami dimarahi teruk oleh mak su.

"Mak ni pun satu kan, kenapa tak hantar je dorang berdua ni ke rumah anak yatim?! Semak tau mata Su tengok dia orang berdua ni dekat sini. Kalau nak main tu, jangan dekat sini! Habis dah pasu bunga aku!" Bebel mak su sambil mengutip satu-satu kaca yang berterabur di atas lantai itu.

Nenek mendapatkan kami berdua yang masih teresak-esak menangis. Diusap kepala aku dan kakak dengan sungguh lembut. Menenangkan kami yang masih menangis sambil itu nenek menggeleng kepala melihat mak su. Mungkin terkejut dengan apa yang mak su buat pada aku dan kakak.

Tapi, aku sudah biasa kena dengan semua itu. Bukan sekadar itu sahaja, satu hari tu dulu pernah dia tonyoh muka aku pakai nasi kerana dulu aku sewaktu aku kecil aku kurang makan nasi.

Sewaktu nenek kerja, dia lah yang jaga aku dan kakak. Kebanyakan aku yang selalu kena pukul. Kakak pula yang menyelamatkan aku. Tak kurang juga, aku selalu juga dipukul. Buat kerja salah kena sugun kepala.

Aku hanya redha. Mak su aku itu sudahku anggap dia sebagai mak aku sendiri. Walau bagaimana sekali pun, dia tetap sudi jaga aku dan kakakku.

Air mataku menitik mengenangkan apa yang mak su buat pada aku dan kakak dahulu. Tapi sekarang kakak semakin rapat dengan mak su. Darah daging dia sendiri ni lah yang dia lupakan.

Kerana apa? Kerana mak su banyak duit. Jadi senang kakak nak minta sebab itu dia rapat dengan mak su dan lupakan aku. Semua tu aku tahu. Dia tak boleh lari daripada aku!

Mengenangkan arwah mak dan ayah, rasa mereka berdua ada di sisi aku saat ini. Rindunya pada mereka. Aku cuma hilang rindu dengan cara melihat gambar mereka berdua. Hanya itu mampu hilangkan rinduku pada mereka berdua.

"Adik sayang sangat-sangat dekat mak dan ayah. Nanti kita jumpa di syurga ya." Gambar arwah mak dan ayah aku kucup sebelum kembali simpan di dalam kocek seluar.

Air mata aku seka. Melihat kembali ice bag yang aku letak di pinggang aku tadi sudah menjadi air. Mungkin sudah cair sampaikan aku tak perasan aku sudah lama letak benda itu di tempat pinggang aku yang lebam itu.

Lantas aku kembali simpan peralatan ubat. Ice bag itu aku letak ke tepi. Baju kembali turunkan. Aku sakit bukan di pinggang belakang, tetapi di tepi pinggang. Ah, biar lah. Lama-lama nanti hilanglah sakit tu.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang dari luar. "Saya dah boleh masuk ke?" Mungkin lama sangat dia berada di luar tu sampaikan aku lupa dia menunggu aku di luar. Aku ketawa kecil. Kesian dia tak pasal-pasal kena tunggu luar.

"Dah." Jawabku dengan serta-merta pintu itu dikuak oleh doktor Arayyan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan kembali duduk berhadapan denganku. Aku melihat entah apa lah yang dia sedang tekan-tekan di keyboard komputer nya itu.

"Macam mana awak rasa pinggang awak sekarang tu? Okey? Ada rasa kurang sakit? Atau masih sakit?" Soalnya. Aku senyum kecil sambil menggeleng.

"So, awak kena setiap hari letak ice. Nanti kalau awak tak letak, takut makin teruk pula." Pesannya sebelum menamatkan perbualan kami.

"Terima kasih, doktor. Doktor dah banyak sangat tolong saya. Terima kasih banyak-banyak." Ucapku. Rasa nak aje menangis sambil melutut dihadapannya. Banyak sangat dah dia bantu aku.

Dia senyum kecil. "It's okey, Khai. Saya tolong awak ikhlas." Balasnya. Aku mengangguk lalu tersenyum lagi ke arahnya sebelum meminta diri untuk meninggalkan bilik ini.

**********

Laju langkahku masuk ke dalam wad nenek. Melihat nenek sedang bersandar di kepala katil. Lantas aku berlari anak mendapatkan nenek.

Tubuhnya aku peluk erat. Satu kucupan aku hadiahkan di pipinya. Dia ketawa kecil. Alhamdulillah, suka aku melihat nenek ketawa. Seperti nenek sudah sihat.

"Rindunya dekat nenek.." Ucapku masih tak leraikan lagi pelukannya.

"Nenek pun rindukan Rina." Balasnya lalu dikucup kepalaku. Aku senyum lebar memandang nenek. Kini aku mengambil tempat di kerusi sebelah katil wad nenek.

Berkerut dahiku melihat Acik Yah dah tiada. Ke mana wanita itu pergi?

"Nek, mana Cik Yah?" Soalku pada nenek.

"Katanya, dia balik. Ada hal sedikit. Tapi, Rina jangan risau. Petang tadi ada seseorang itu jaga nenek dengan baik sangat. Sopan, hormat orang tua, baik lagi." Cerita nenek. Mungkin takut aku risau sebab nenek tinggal seorang diri. Tentang Cik Yah aku sudah tidak kisah, kerana aku tak nak menyusahkan acik Yah lagi. Dia dah banyak tolong aku.

"Oh...Tapi, siapa yang jaga nenek tadi? Maaf lah nek, Rina lambat sikit. Tadi ada hal sikit dekat kedai." Sengaja aku bohong, takut pula jika nenek 'syak' apa-apa padaku.

"Tak apa. Nenek faham. Lagipun, kamu tak payah lah datang ke sini lagi. Buat penat kamu aje. Ada orang tu, tadi dia temankan nenek. Bagi nenek makan, bagi ubat siap bawa nenek jalan-jalan dekat bawah lagi. Dia suruh nenek tenangkan fikiran. Haih, baik betul budak tu." Cerita nenek lagi sambil mengenangkan seseorang yang telah membantu nenek sewaktu Acik Yah tiada di sisinya.

Aku senyum kecil. "Amboi, mentang-mentang lah orang tu baik sampaikan tak nak bagi Rina datang." Aku sengaja buat-buat merajuk. Nenek ketawa kecil, aku juga turut ketawa kecil. Tetapi, dihatiku saat ini lega melihat nenek ketawa. Gembira.

"Bukan macam itu. Nenek bukan halau kamu, nenek lebih suka kamu ada. Tapi, nenek tak nak menyusahkan kamu. Kamu tu nak ke tempat kerja lagi. Nak rehat di rumah lagi. Kalau Rina ke sini, tak dapat nak rehat dengan sepenuhnya. Dah macam nenek ni menyusahkan kamu aje." Bicara nenek bagaikan simpati terhadapku. Aku senyum kecil sambil mengusap lembut tangan nenek.

"Tak apa lah nenek. Demi nenek, Rina sanggup korbankan apa yang Rina ada. Lagipun, tak cukup rehat tu hal kecil aje. Esok mungkin Rina tak kerja. Rina ambil cuti nak jagakan nenek. Kak Milah faham keadaan nenek." Ujarku pula. Nenek senyum lagi.

"Maaf ya kalau nenek ada menyusahkan kamu." Ucapnya bagaikan bersalah.

"Eh, apa cakap macam tu. Tak menyusahkan pun lah." Balasku. Tak suka apabila nenek cakap begitu.

"Err...Nek. Siapa orang yang jaga nenek sewaktu Acik Yah tak ada tu? Mesti dia baik kan?" Soalku sengaja nak tahu. Tapi dalam fikiranku, aku yakin yang jaga nenek itu jururawat. Mungkin acik Yah menyuruh mana-mana jururawat untuk jaga nenek. Jadi senang lah aku nak berkawan dengan dia dan senang lah aku menyuruh dia tengok-tengokkan nenek selepas ini. Risau pula apabila melihat nenek tinggal seorang diri.

"Iya. Baik sangat." Puji nenek lagi pada seseorang yang telah menemani nenek sewaktu Acik Yah tiada.

Aku sengih melihat nenek yang tak habis-habis puji seseorang itu. "Apa nama dia, nek? Dia orang sini ke? Nurse?" Soalku bertalu-talu. Ingin tahu.

"Dia bukan nurse. Dia doktor. Kacak lagi. Tak silap nenek, nama dia...Doktor Arayyan Mikael." Ujar nenek sambil tersenyum. Aku yang berada di sebelah nenek sedikit tersentak. Biar betul? Doktor Arayyan yang menemani nenek tadi? Aku teguk liur. Seperti tidak percaya.

"Rina, kamu ni dah kenapa? Macam terkejut aje? Kamu kenal ke doktor tu?" Soal nenek apabila melihat perubahan di wajahku. Aku cuba sengih. Sengih paksa.

"Err...Mestilah kenal. Dia kan doktor yang check nenek. Semua keadaan nenek dia tahu. Jadi, Rina selalu lah jumpa dia." Balasku sedikit gagap.

"Oh, bagus lah tu kamu dah kenal dia. Nenek suka dengan budak tu. Baik sangat. Sesuai pula nenek rasa kalau kamu dengan dia."

Gulp! Saat ini aku rasa nak pengsan dengar kata-kata nenek itu. Dan aku masih tak sangka yang doktor Arayyan telah menemani nenek. Baiknya dia. Nenek pula sudah berkenan dengan dia.

Lepastu apa? Lepastu nak suruh aku kahwin dengan dia? Eh, memang tak lah. Tolong lah jangan nek! Ubahkan fikiran nenek secepat mungkin Rina!

"Hehe, apa nenek cakap ni? Mungkin dia tunang orang. Dan mungkin juga dia suami orang. Isy, nenek ni jangan macam-macam. Kalau nenek suka dekat dia pun nenek lah yang pergi kahwin dengan dia. Bukan Rina." Usikku. Sengaja kenakan nenek. Cepat-cepat nak ubah fikiran nenek dan tukar topik lain. Kalau bercakap tentang ini bersama nenek, silap hari bulan nenek pula yang suruh doktor Arayyan itu pinang aku. Ah, aku tak mahu! Nenek ni kalau dia kata mahu, dia akan buat. Matilah aku!

"Eh, takkan lah nenek pula yang nak kahwin dengan dia. Dia tu masih muda, dalam 20an begitu. Nenek rasa dia sebaya dengan kamu. Nak dibandingkan dengan nenek yang umur 70an ni memang tak boleh lah." Nenek pula yang ketawa. Aku juga turut ketawa. Kalau difikir-fikirkan kembali, ada betul juga apa yang nenek cakap.

"Nenek tak rasa dia milik orang. Nenek rasa dia masih bujang. Dia baik sangat. Layan nenek pun baik. Rina, nenek rasa kan, sebelum nenek tutup mata buat selama-lamanya, nenek nak sangat tengok cucu nenek ni naik atas pelamin. Kalau boleh, calon suami Rina tu doktor Arayyan. Haih, sesuai sangat."

Hah, sudah! Nenek sudah merepek! Bermacam-macam sudah dia katakan. Aku telan liur. Dada berdebar. Nenek ni dah kenapa? Jangan sampai macam tu nenek, risau Rina!

Aku ini hanya lah gadis biasa bagi pandangan Doktor Arayyan. Aku bukan gadis seperti di luar sana. Cantik, tinggi, sopan, lemah lembut. Aku pasti doktor Arayyan mahukan wanita seperti itu bukan seperti aku yang kasar dan selekeh. Aku juga keluarga daripada orang miskin. Siapa aje mahukan aku?

"Rina..." Bahuku disentuh lembut oleh nenek. Berbalik semula ke dunia nyata.

"Kenapa ni? Asyik termenung aje? Ada apa-apa masalah ke? Cerita lah dekat nenek." Ujar nenek apabila melihat wajahku berubah. Macam seakan-akan tahu aku sedang berfikir sesuatu.

Entah kenapa, fikiranku kembali teringat kejadian pagi tadi. Mak Su. Aku pandang wajah nenek.

"Nenek. Rina tak nak kehilangan nenek..."

Okey, mula dah drama air mata dan air mata aku pula sudah gatal untuk turun. Wajah nenek juga berubah. Berubah sedih.

"Pagi tadi, mak su ada jumpa Rina. Dia tuduh Rina dah jual maruah diri sendiri dekat lelaki lain. Sumpah nek. Demi Allah, Rina tak buat semua tu. Tapi, dia dah dapat tahu, Rina pasti semua orang kampung akan tahu. Rina tak nak nek, orang pandang jijik pada Rina." Aku menunduk sedikit. Air mata sudah bertakung. Perlahan-lahan nenek mengusap bahuku agar aku bertenang.

"Lepastu, mak su kata dia tak sabar nak tunggu nenek dah tak ada. Dia nak semula harta dia. Nanti kemana Rina nak duduk nek? Rina tak nak kehilangan nenek. Rina sayang nenek..." Terhenjut-henjut bahuku apabila aku sedang menangis teresak-esak. Aku terus memeluk tubuh nenek. Baju nenek sudah basah dengan air mataku. Sebak di dada tidak dapat lagi aku tahan.

"Sabar lah, Rina. Itu harta dia Rina. Kita dah tak boleh buat apa-apa. Tapi, kamu jangan menyerah. Jangan jatuh dan jangan putus asa. Kamu berhak bahagia. Berdoa lah kepada Allah agar Allah membantu kita. Kalau nenek dah tak ada, jaga kakak kamu ya. Jaga diri kamu juga. Sabar dengan apa yang kamu hadapi dugaan ini. Ingat, Allah itu ada bersama setiap hambanya." Pesan nenek. Aku memeluk erat lagi tubuhnya. Pesanan nenek akan aku ingat sampai mati.

"Rina sayang nenek."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience