• BAB 4

Romance Completed 27650

Laju langkah masuk ke dalam rumah itu, aku dah gelabah teruk dah ni. Hanya dikepala saat ini, nenek.

Melihat Cik Yah sudah menangis-nangis. Aku merapati nenek. "Nek...Nenek." Aku panggilnya. Tetapi sedikit pun tidak gerak. Melihat dadanya masih berombak bagaikan sedang bernafas. Pasti nenek pengsan lagi.

"Kenapa ni, Cik Yah?" Soalku risau. Panik.

"Cik Yah tak tahu. Tadi cik Yah nak bagi Nek Ma makan, lepastu Cik Yah kejut Nek Ma dia tak bangun. Cik Yah risau sangat-sangat ni." Cerita Cik Yah. Dia menyeka air matanya.

Aku yang sudah kelam-kabut lantas mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi pihak hospital yang terdekat.

Ya Allah, selamatkan lah nenek.

********

Lama aku dan Acik Yah tunggu diluar bilik wad nenek. Menunggu kehadiran doktor yang memeriksa nenek di dalam.

Tak lama kemudian, seorang doktor yang memeriksa keadaan nenek keluar dari bilik wad nenek itu.

Doktor Arayyan Mikael.

Yup, dia lah yang memeriksa keadaan nenek tadi. Aku tadi sudah menggelebah mencari hospital terdekat, jadi aku hanya mengambil hospital ini. Baru aku tahu tempat ini bukan sekadar klinik, ia juga hospital. Patutlah ramai.

Tadi sebelum aku sampai ke rumah aku terus meminta izin pada Kak Milah. Nasib baik lah dia faham keadaan aku sekarang. Kalau tak, mungkin aku tak dapat bawa nenek ke hospital. Kan aku dah cakap, Kak Milah tak kejam cuma dia garang tapi hatinya baik.

Pakaian aku masih lengkap dengan uniform kerja. Ah, lantaklah. Apa aku nak kisah. Janji nenek selamat. Itu aje yang aku mahu.

Lantas aku berdiri apabila melihat dia sudah keluar daripada bilik wad nenek bersama seorang jururawat. Acik Yah juga berdiri di sebelahku.

"Macam mana doktor, keadaan nenek saya?" Tak menunggu lama, laju aje aku menyoalnya. Merenung wajahnya berharap dia mengeluarkan kata-kata yang nenek selamat. Ah, mahu menangis aku saat ini.

Sebelum doktor Arayyan membuka bicaranya, dia menghela nafas panjang lalu senyum kelat. "Nenek awak okey..." belum habis dia bercakap aku dah hela nafas lega. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan.

"Tapi..." Dada kembali berdebar. Sempat aku berpaling melihat wajah Acik Yah yang kelihatan bertukar risau.

"Tapi apa doktor?" Soalku meminta dia meneruskan percakapannya.

"Dia tak boleh nak stress-stress sangat. Darah tingginya naik. Sebabkan dia banyak berfikir, otaknya terlalu sakit disebabkan itu lah dia pengsan. Tapi, awak jangan risau. InsyaAllah, dia tiada apa-apa. Cuma kita perlu banyakkan berdoa. InsyaAllah nenek awak akan sihat secepat mungkin. Buat masa ni jangan jumpa dengan dia dulu. Bagi dia berehat sepanjang masa." Jelas doktor itu sebelum melangkah meninggalkan kami. Mungkin nenek jadi seperti itu kerana memikirkan kakak.

"Terima kasih doktor." Ucapku. Dia mengangguk lalu senyum sebaris dan berlalu pergi.

Aku kembali melabuhkan duduk dikerusi. Buat masa sekarang aku tak boleh jumpa nenek. Biar nenek rehat dahulu. Aku pejam mata rapat-rapat. Apa dugaan kali ini, Ya Allah? Hamba seorang insan yang lemah. Aku tak boleh nak meneruskan perjalanan hidupku jika hal ini semua terjadi. Aku lemah.

Kata-kata pesanan nenek masih terngiang-ngiang dipeluput telinga ku. Dengan itu aku kena kuat. Kuat menjalani kehidupan ku. Aku tak boleh jatuh. Aku kena kuat.

Bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Aku menoleh memandang seseorang itu. Dia senyum manis. Memberi semangat padaku.

"Acik Yah tahu kamu kuat Rina. Kamu kuat. Kamu boleh lalui dugaan semua ini. Acik Yah selalu ada dengan kamu, acik Yah selalu sokong kamu Rina." Bahu aku ditepuk beberapa kali memberi aku semangat untuk menjalani kehidupan ini.

Aku senyum lalu menyeka air mata. "InsyaAllah, saya akan cuba. Terima kasih cik Yah." Aku membalas pelukannya. Erat. Dia cuba memberi aku kekuatan dan semangat dalam dugaan yang aku hadapi saat ini.

*********

Perlahan-lahan aku turun dari bas apabila sudah sampai di perhentian bas berdekatan dengan kampungku. Sempat mata menjeling di pengelangan tangan ku sudah tepat pukul 10 malam. Malam ni aku bercadang mahu teman nenek di hospital, tetapi acik Yah melarangku untuk menjaga nenek malam ni.

Dia tetap mahu jaga nenek malam ni kerana mahu aku balik berehat. Lagipun memang aku penat. Bersyukur sangat kerana cik Yah faham dengan keadaan aku ini.

Aku berjalan kaki ke rumah. Sepanjang perjalanan itu tak terlalu gelap kerana ada lampu jalan di setiap perjalanan itu.

Tiba-tiba, aku kembali teringat kejadian malam hitam yang menyakitkan hati aku itu. Ya Allah, kejadian itu kembali menerawang di fikiranku. Aku teguk liur.

Terasa bagaikan ada orang dibelakang ku. Bagaikan ada seseorang memerhatikan aku. Aku lajukan langkahku. Tolak tepi semua perasaan takut. Aku pejam mata rapat-rapat sambil kaki berjalan laju.

Dalam hati berkali-kali aku berdoa semoga aku dilindungi daripada kejadian tempoh hari lepas. Tak mahu diulangkan lagi.

Tiba-tiba....

"Argh!" Nyaring aku menjerit. Secara automatik tubuhku terduduk di atas jalan itu. Kedua-dua telapak tangan aku tutup ditelinga. Entah kenapa, rasa takut itu sudah menguasai diriku.

Ternaik bahuku terkejut apabila kedengaran ada seseorang menekan hon kereta dibelakangku. Aku teguk liur. Jantung berkencang dengan sungguh hebat.

Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang. Sebuah kereta BMW berwarna hitam sudah berada di belakangku. Sikit lagi nak langgar aku. Ya Allah, nasib baik tak jadi apa-apa padaku. Nafas kembali diatur dengan baik. Cuba menarik nafas dalam-dalam.

"Cik okey ke? Ada apa-apa cedera?" Suara seseorang itu kedengaran sungguh risau tentang keadaanku. Lantas perlahan-lahan aku bangun dan membetulkan semula pakaianku.

Aku meneliti lelaki dihadapan aku itu. Seseorang yang tinggi, berpakaian kot hitam serba lengkap. Dah macam pakaian bodyguard pulak. Rambutnya sedikit coklat emas. Tapi, aku macam kenal lelaki ini. Tapi, di mana ya?

Melihat dia sedang merenungku atas bawah. Mungkin risau aku cedera. "Tak. Saya okey je." Jawabku acuh tak acuh. Masih berganjak jarak dengan dia. Perasan takut masih ada saat ini. Tak boleh nak ditolak ke tepi.

"Tapi...lengan cik tu berdarah lah. Mari sini saya tengok." Aku tidak percaya kerana tubuhku langsung tidak rasa sakit.

Aku yang tak percaya langsung melihat lenganku. Lah, baru aku perasan. Sedikit berdarah. Baru aku tahu, tadi aku terduduk sedikit terseret lenganku dengan jalan yang berbatu-batu tajam ini. Aku menelan liur lagi. Baru lah sekarang terasa pedih. Haih, macam mana lah boleh tak perasan ni!

"Err...Tak apa. Sikit je ni." Aku cuba menyembunyikan lenganku yang masih berdarah itu. Tak lah terlalu teruk. Hanya sedikit terluka.

"Cik ni nak pergi mana? Malam-malam macam ni tak elok jalan sorang-sorang. Mari lah saya hantar cik balik. Bahaya jalan sorang-sorang." Kedengaran suaranya sedikit risau. Aku masih menunduk. Berbelah bagi nak terima.

"Eh, tak apa. Rumah saya tak ada lah jauh. Dekat aje. Lagipun, saya tak nak susahkan, encik." Tak menunggu lama, aku terus berjalan. Takut juga jika lelaki itu ada berniat buruk nak kenakan aku. Cukup lah malam hitam itu terjadi padaku, tolong jangan ulang lagi kejadian itu. Aku tak kuat.

"Eh, kejap cik.." Dia menghalang aku sewaktu aku mahu berjalan pergi.

"Jangan macam ni cik. Bahaya tau kalau jalan sorang-sorang malam-malam macam ni. Mari lah saya bawa cik pulang ke rumah. Lagipun, saya pun nak balik ke rumah. Tak jauh mana dah nak dekat. Terus lah saya hantar cik pulang." Ujarnya prihatin terhadap diriku.

Aku masih takut dan berjaga-jaga. Tidak semua orang kita boleh percaya. Nak setuju takut pula ada mata-mata orang kampung yang melihat. Kalau tak setuju pula pasti lelaki ini akan paksa.

"Mari, saya bawa cik pulang." Katanya lagi lalu membukakan pintu keretanya untukku. Dah macam gentlemen pula.

Aku melihat dia sudah membuka pintu kereta untukku terus aku melangkah masuk walaupun hati rasa nak tak nak. Takkan nak tolak. Kesian pula dia. Dah tolong bukakan pintu lagi.

Dia pula berjalan ke tempat duduk pemandu lalu meneruskan perjalanan nya untuk menghantar aku pulang. Aku sudah siap bersedia untuk keluarkan cara silat yang diajar oleh nenek jika lelaki ini ada buat apa-apa denganku.Tapi melihat riak wajahnya, aku tak rasa dia jahat. Mungkin dia baik.

Sepanjang perjalanan itu, suasana senyap sunyi. Kami berdua lebih selesa berdiam diri. Mungkin dia seorang yang pendiam.

Aku? Aku ni bercampur. Peramah pada orang yang rapat denganku, jadi pendiam dengan orang luar yang aku tidak kenal campur sekali dengan pemalu. Lagi-lagi lelaki. Memang malu menebal dihati. Kalau perempuan tak apa lah. Boleh ajak bersembang.

Aku memeluk erat beg galas bahu aku itu. Erat sekali. Perasaan takut masih bersisa. Aku menoleh sedikit memandang wajahnya. Wajahnya seperti orang luar negara. Tetapi aku kagum kerana dia boleh cakap dalam bahasa melayu. Mungkin dia kacukan? Ke dia memang orang luar negara yang pandai cakap dalam bahasa melayu? Ah, entah lah.

Dalam hati tak lepas-lepas aku berdoa agar aku dilindungi dan berharap tekaanku benar yang lelaki ini baik dan tiada niat jahat untuk kenakan aku.

Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit berbunyi. Aku yakin itu bukan telefonku. Pasti itu telefon milik lelaki kacukan mat salih disebelah aku ini.

"Hello, bos."

Ya benar! Telefonnya ada seseorang hubungi nya. Aku tidak berganjak hanya sekadar telinga membuka mendengar bicara lelaki itu bersama seseorang di dalam talian itu.

"Questa donna è con me. Lei è al sicuro."

Aku masih bingung apabila mendengar nya. Dia cakap bahasa apa tu? Sepertinya bahasa Italy. Aku masih bingung. Tidak faham.

Aku hanya berdiam diri. Hanya kami berdua di dalam kereta ini. Aku mula tidak sedap hati. Rina, ingat balik skill-skill silat yang nenek ajar dulu. Kalau dia sentuh kau, auto dia hilang tangan aku buat!

Selepas dia selesai bercakap dengan seseorang di dalam talian itu, dia menoleh memandangku. Kereta pula sudah berhenti betul-betul dihadapan rumahku. Huh, tak sabar betul aku nak keluar. Rasa canggung sangat aku bersamanya.

"Dah sampai." Ucapnya lalu senyum lebar padaku. Aku membalas senyuman paksa padanya. Masih rasa kekok.

Tetapi dalam hati bersyukur kerana sudah selamat sampai dihadapan rumahku. Huh, alhamdulillah. Jadi aku boleh cakap yang lelaki ini baik. Sudi menolongku membawa aku pulang ke rumah walaupun aku tak kenal dia siapa. Tapi... seakan-akan aku kenal lah lelaki ini. Ah, semua tu tolak tepi. Yang penting sekarang ni aku nak katil. Aku nak tidur. Penat...

"Terima kasih encik sudi tolong bawakan saya pulang ke rumah." Ucapku sebelum melangkah keluar daripada keretanya.

Dia senyum kecil. "It's okey. No problem. By the way, nama saya Chris. Kalau tiada apa-apa halangan nanti, mungkin kita boleh jumpa lagi." Katanya mesra bagaikan sudah kenal aku lama.

Aku senyum nipis. Sah dia orang luar negara. Dengar nama dia pun aku dah tahu dia bukan orang melayu mungkin dia belajar cakap melayu.

"Oh ok. Nama saya Khairina. Panggil aje saya Rina." Ucapku pula. Dia mengangguk lalu tersenyum lebar. Matanya yang berwarna seakan-akan biru itu tak lepas-lepas memandang wajahku. Apa yang istimewa sangat wajahku ini sampaikan nak renung aku lama-lama?

Aku mula tak selesa. "Err...Saya balik dulu. Thank you sudi hantar saya." Aku senyum lagi dan laju membuka pintu kereta keluar daripada keretanya.

"Yeah, no problem. See you again, pretty." Ucapnya. Laju aku melangkah naik ke tangga rumah. Melihat keretanya masih ada di hadapan rumahku. Haih, betul-betul risaukan aku ya dia ni. Macam dah tahu-tahu aje aku ni dulu pernah kena sentuh dengan lelaki sesat. Aku cukup berterima kasih dengan dia sebab prihatin terhadap diriku.

Aku tutup pintu rumah dan sempat intai di jendela melihat keretanya baru meninggalkan kawasan rumah ku. Aku senyum lebar.

*********

Aku sedar daripada tidur apabila telefon bimbitku berbunyi. Haih, bingit rasa telinga ni. Aku pula satu, lupa nak tukar ringtone yang elok sikit. Haih, boleh jadi pekak kalau setiap pagi macam ni.

Aku yang masih mamai membuka sedikit mata melihat di skrin telefonku sudah tepat pukul 6 pagi. Kedengaran azan subuh dikumandangkan yang menandakan sudah masuk waktu subuh.

Aku yang masih mamai menggosok lembut mata lalu bangun daripada perbaringan. Getah rambut yang berada di atas meja solek bersebelahan disebelah katilku dicapai lalu lantas tanganku mengikat rambut panjangku itu.

Kini kaki diatur ke tandas untuk mengambil air wuduk dan cepat-cepat menunaikan solat subuh. Pagi ini aku kena keluar awal, mahu jumpa nenek baru lah aku ke tempat kerja. Harap sangat sempat. Kalau tak jumpa nenek sehari mahu tak tenang hati aku ini. Rumah ini pun sunyi jika tiada nenek. Haih, rindunya dekat nenek.

Selesai menunaikan solat, seperti biasa aku kenakan uniform kerjaku dan juga tudung bawal berwarna brown. Bibir sedikit aku calitkan dengan lip bam dan juga bedak muka agar muka tidak nampak pucat.

Selesai semua itu, aku meneguk satu gelas air putih kerana hanya itu sahaja sarapan pagiku. Kini aku berjalan keluar daripada rumah itu. Duduk dilabuhkan ditangga rumah sambil memakai kasut kerjaku yang berwarna hitam.

Pagi-pagi aku tak sarapan. Hanya minum air kosong. Kerana aku sudah biasa dengan itu. Tengah hari nanti, pandai-pandai lah aku makan makanan sedap-sedap. Itupun kalau aku ada duit lebih.

Selesai aku pakai kasut sempat aku menjeling sekilas pada jam di pengelangan tanganku. Sudah tepat pukul 8 pagi. Tapi, ada satu suara buatkan hati aku kembali membuak-buak api kemarahanku. Aku ketap gigi geram. Lantas aku berdiri. Beg digalas ke bahu.

"Nak pergi kerja dah ke?" Soal Mak Su sambil memandang aku atas bawah. Tapi, dapat ku lihat dia sedang tenung perutku. Ada apa dengan perutku?

Aku sedikit menunduk memandang perutku. Tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus keding. Cuma biasa-biasa. Dah kenapa dengan orang tua depan aku ni?

"Ye lah mak su. Mak su tak nampak ke Rina dah siap pakai baju kerja semua ni." Jawabku malas-malas. Laju langkahku turun ke bawah. Mahu pergi malas nak layan mak su tetapi lenganku ditarik kasar oleh mak su.

"Sakitlah!"

"Kau mengandung ya? Aku dengar, ada orang kata kau kena sentuh dengan lelaki sesat. Jual diri. Betul ke?" Soalnya sinis sambil tak lepas-lepas memandang perutku. Mungkin dia ingat aku mengandung.

Aku sedikit terkejut. Aku sudah tahu siapa yang cakap semua ini. Pasti Alya, kakak aku yang tak berguna itu! Aku bukan jual diri, tetapi mulut dia yang tak boleh pakai itu sudah menceritakan tentang hal buruk tentang aku pada mak su. Dan mak su pula sudah ingat lain padaku. Haih, apa lah nasib aku ni. Habis lah kalau mak su tahu, pasti semua orang kampung akan tahu.

"Mak su jangan nak main cakap aje Rina jual diri ya! Rina bukan perempuan apa yang mak su cakap! Rina masih waras lah mak su. Rina takkan buat semua tu, tapi..." Aku sedikit gagap. Jantung berdebar laju. Mak su senyum sinis sambil memandangku.

"Tapi apa? Tapi kau dah terlanjur? Kau suka lelaki tu dan lelaki tu suka kau lepastu kau dah terlanjur lepastu kau nak tuduh lelaki tu rogol kau? Macam tu?" Soalnya sinis sambil menjongket kening sebelahnya. Dia ketawa sinis.

Hati aku kembali panas. Kenapa dia fikir macam itu? Kakak, kau memang tak guna! Kau sanggup buat macam ni dekat adik kau sendiri! Kau suka tengok aku menderita!

Aku masih berdiam diri. Lidah kelu untuk bersuara. Tunggu masa aje air mata mengalir dengan apa yang mak su fitnah padaku.

"Kau ni perempuan murah sangat lah, Rina. Kesian kau ya. Sanggup jual diri kau tu sebab nak duit. Kalau bukan duit, entah-entah dah terlanjur." Ketawanya lagi.

"Rina bukan perempuan apa yang mak su cakap!" Bentakku. Tajam aku merenung dia. Dia terus berhenti ketawa.

"Kau kenapa kurang ajar sangat dengan aku ni! Orang tua yang kau rapat sangat tu tak ajar ke kau beradab dan hormat orang tua?!" Laju aje dia menarik kasar kepalaku lalu ditonjol kepalaku sehinggakan aku terjatuh terduduk. Serta-merta air mata mengalir.

"Kau tu dah tak suci! Kau tu kotor. Aku pun jijik lah nak dekat dengan kau. Kau tu jijik pada pandangan orang lain! Hei, kau ingat sini ya! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya! Bila-bila masa sahaja aku boleh buat kau menderita. Jangan sampai aku buat kau duduk dekat lorong!" Tersentak aku mendengarnya. Jangan cakap, dia nak semula harta dan rumahnya ini? Aku mula berdebar. Liur ditelan.

"Mak su nak apa lagi dengan Rina? Apa yang mak su tak puas hati dengan Rina dan keluarga Rina?! Kenapa mak su benci sangat dengan kami semua? Apa yang kami dah buat sampaikan mak su pandang kami dengan penuh kebencian pada kami?" Soalku sambil teresak-esak menangis. Entah mana datangnya keberanian aku itu, tetapi nak tak nak aku tetap kena tanya. Aku juga masih tertanya-tanya kenapa dia benci sangat dengan keluarga aku? Ingatkan arwah mak dah tak ada, dia berubah. Tetapi, makin benci dia pada aku. Dan kenapa aku lah yang paling dia benci?

Jawapan itu aku akan dapatkannya. Sudah tidak tahan apabila dia buat begini pada aku dan nenek.

"Ewah, senang nya kau cakap. Kau tu tak tahu apa-apa tutup mulut tu! Jangan sampai aku jahit mulut kau tu! Aku tak nak kau tahu apa yang arwah mak kau tu dah buat pada aku! Sekarang ni, aku cuma nak semula harta-harta aku! Keluarga arwah mak kau tu miskin, jadi dia dah mati aku nak semula harta aku suatu hari nanti!" Bentaknya sambil ketawa jahat bagaikan orang gila.

"Kenapa mak su kejam sangat? Kami tahu kami hanya menumpang. Tapi, tolonglah kesian dekat kami. Kalau mak su tak kesian dekat kami, tolong lah mak su kesian dekat nenek. Dia sakit sekarang ni. Kalau mak su tak izinkan kami tinggal di rumah ni, dekat mana lagi kami nak duduk." Bicaraku berharap dia simpati pada keluarga kami yang tanpa mak dan ayah. Kakak? Langsung tidak membantu.

Dia senyum sinis. "Itu bukan masalah aku. Ada aku kisah ke kau tak ada rumah? Sikit pun aku tak kisah. Yang penting aku nak semula harta aku. Eh, jap. Mana orang tua tu? Aku dengar dia sakit. Dia kat hospital. Harap lah dia cepat-cepat mampus." Ujar mak su sambil menjeling ke tempat lain.

"Mak su jangan sampai saya hilang hormat pada mak su! Sebelum mak su kahwin dengan arwah pak su, nenek lah yang banyak bantu mak su. Jadi, mak su kena ingat balik jasa baik dia selama ni!" Aku pula yang meninggi suara. Marah jika dia berkata begitu pada nenek.

Dia yang aku tahu sedang panas hati, lantas tangannya naik ke pipiku. Belum sempat melekat ke pipiku, ada satu suara yang mencelah. Tangan mak su kembali turun. Nafasnya naik turun. Aku masih tidak henti-henti menangis.

"Dah lah tu, mak su. Bising lah. Pagi-pagi dah memekak. Tak malu ke orang kampung pandang. Tak payah layan lah perempuan ni. Dia hanya suruh mak su berbaik dengan keluarga dia, tapi dia tak tahu mak su lah yang banyak jasa baik pada dia dulu. Hei, dik. Kalau tak ada mak su ni, kau tak adanya duduk dekat rumah ni tahu?! Ingat tu!" Ujar Alya yang tiba-tiba muncul. Kakak juga sokong mak su? Aku ni darah daging dia langsung tidak menolong adik sendiri. Kau memang kejam kak!

"Kau memang tak guna kak!" Aku baru aje mahu melangkah mendapatkan Alya. Geram dengan dia tetapi dihalang oleh mak su. Kuat mak su menolak aku sehinggakan pinggangku terlanggar satu bucu ditepi tangga itu. Aku terduduk menahan sakit. Pinggang yang terasa sungguh sakit itu dipegang. Ya Allah, sakitnya!

Aku mendengar suara Alya sedang ketawa melihat keadaan adiknya begini. Lagi bertambah sakit hati aku. "Hei, kau dengar sini ya perempuan kotor. Aku bila-bila masa sahaja boleh halau kau keluar daripada rumah ni. Ingat tu!" Kepalaku ditolak kuat oleh mak su lalu mereka berdua pergi daripada situ meninggalkan aku yang masih menahan kesakitan. Pasti lebam. Haih, ya Allah...apa lah nasib aku ni? Bagaimana aku mahu menjalani kehidupan ku? Aku tak kuat, ya Allah. Aku lemah. Air mata makin lebat menuruni di pipi.

Mak...ayah...tolong adik...adik rindu mak dan ayah.

********

Aku melabuhkan duduk disebuah bangku yang berada di perhentian bas itu sambil memegang pinggang yang masih sakit. Sakit sangat-sangat.

Air mataku diseka sambil menghela nafas panjang. Masih terngiang-ngiang kata-kata mak su tadi.

"Bila-bila masa sahaja aku boleh halau kau keluar daripada rumah ini!"

Kepala ligat berfikir, "Kalau aku kena halau, kat mana lagi aku nak duduk. Kesian dekat nenek. Ya Allah, lembutkan lah hati mak su harap dia tak terfikir untuk halau kami." Aku ketap bibir menahan rasa sakit dipinggang dan juga terselit menahan rasa sakit hati terhadap mak su.

Tiba-tiba satu suara membuatkan bahu aku ternaik terkejut. Ada seseorang hon keretanya. Serta-merta aku mengangkat wajah melihat kereta siapa yang dah buat aku terkejut. Nak marah pun ya ni!

Kereta BMW berwarna hitam. Seperti aku kenal kereta itu. Kereta itu.....

"Chris." Nama itu keluar dari mulutku. Ya aku kenal. Kereta itu lah yang menghantar aku semalam ke rumah. Dan pemandunya pula lelaki yang bernama Chris. Aku kenal lelaki itu.

Melihat lelaki itu keluar daripada kereta, entah kenapa hatiku sedikit gembira dan lega. Gembira dapat kembali berjumpa dengannya.

Dia senyum manis sambil mendapatkan aku. Aku juga membalas senyumannya. "Hi, pretty." Ah, dia suka sangat panggil aku 'pretty'. Macam lah aku ni cantik sangat. Aku seorang gadis biasa. Bukan seorang bidadari.

Aku ketawa kecil. "Hi, Chris." Aku bingung apabila melihat wajah Chris berkerut memandang aku yang sedang memegang pinggang yang masih terasa sakit itu.

Aku yang sudah faham apa yang akan ditanyakan nanti, lantas tangan diturunkan dan berdiri tegak bagaikan tiada apa-apa masalah. Aduh, kalau dia tanya aku nak jawab apa ni?

"Err..."

"Kenapa dengan awak punya pinggang tu? Sakit ke?" Soalnya. Ah, aku dah agak dah pasti dia akan tanya tentang hal itu. Aku ketap bibir. Masih terasa sakit tetapi aku cuba tahan.

"Err...Tak..." Aduh, wajah aku memang jelas yang aku tipu. Aku pasti dia sudah dapat tahu yang aku tipu.

"Are you lying?" Dia mengangkat kening sebelah. Melihat aku seperti aku tipu dia. Aku teguk liur. Perlahan-lahan aku anggup lalu menunduk kepala. Malu kerana sudah tipu dia. Nak tipu lagi dah tak guna kerana wajahku sudah jelas-jelas yang aku bohong dia.

Dia senyum lebar. "Let me take you to the clinic." Ucapnya lalu membuka pintu kereta untuk aku.

"Eh, tak payah lah sampai nak bawa saya ke klinik. Saya okey lah. Tadi cuma terlanggar sesuatu. Lagipun, tak sakit dah." Bohongku walaupun pinggangku masih terasa sakit yang amat.

"Tak boleh lah macam tu, pretty. Kalau pinggang awak patah ke atau cedera teruk macam mana? Dah jom saya bawakan awak ke klinik dan saya hantar awak ke mana awak nak pergi." Ujar Chris mesra. Haih, lelaki ni dah macam jadi driver aku pulak. Aku senyum sebaris lalu mencapai beg dan aku galaskan dibahu. Berjalan masuk ke dalam keretanya.

Berharap lah tiada mata-mata yang memandang. Kampung aku ni kalau sorang membawang, pasti berita fitnah itu akan tersebar tak sampai beberapa saat. Pasti mak su aku terus dapat tahu. Kalau malam tak apa lah tiada sangat orang nampak tapi kalau pagi macam ni memang semua nampak lah aku naik kereta bersama lelaki. Nanti tak pasal-pasal ada kes fitnah pula. Haih, risaunya!

Chris menutup pintu kereta untukku lalu dia kembali masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Sepanjang perjalanan itu, seperti biasa kami hanya selesa berdiam diri.

"Awak kerja ke hari ini?" Soalnya secara tiba-tiba. Mungkin dia perasan aku berpakaian uniform kerja.

Kalau malam semalam tak seberapa nampak kerana baju aku ini berwarna hitam jadi tak nampak lah. Kini dah pagi macam ni memang jelas tertera lah nama tempat kerja aku ada tertulis di baju itu. Tidak terlalu besar tulisannya. Jelas untuk dibaca dan ada nama logo tempat kerja aku di sebelah kiri dada baju aku itu. Logonya juga tidak terlalu besar tetapi kecil dan jelas dapat dilihat.

"Err...Haah. Tapi, saya tak pergi kerja dulu. Saya ke hospital dulu untuk tengok nenek saya yang sedang sakit. Tapi, boleh tak awak hantar aje saya ke hospital tu je terus. Untuk pinggang saya ni biar lah check dekat sana. Nanti terus saya jumpa dengan nenek saya. Sebab saya tak nak susahkan awak. Awak tu dah macam driver saya pulak." Pintaku. Dia ketawa kecil sambil-sambil itu menoleh ke arahku.

"It's okey lah. Saya okey aje. Lagipun tadi saya nampak awak. Tu yang saya datang ni. So, saya terus hantar awak ke hospital sana ya. But, janji dengan saya awak kena check pinggang awak tu. Risau kalau cedera teruk." Auw....So sweet! Dia prihatin dan risau tentang aku. Ya Allah, baiknya lelaki yang bernama Chris ni. Aku senyum lalu mengangguk.

"Terima kasih sebab risaukan tentang saya." Ucapku sambil senyum manis.

Dia membalas senyumanku. Senyuman paling manis. Kacak? Hm, pasti lah. Lelaki luar negara siapa aje tak handsome. Lagi-lagi seperti Chris. Pasti dia orang dari UK. Mungkin...

Dia meneruskan memandu. Fokusnya pada jalan raya. Aku yang nak hilangkan rasa canggung mula bersuara apabila terpandang pada pakaiannya. Haih, tak habis-habis dengan berpakaian seperti mafia. Tak panas ke?

"Awak tak kerja ke?" Jika melihat dari gaya pakaiannya pasti dia kerja pangkat tinggi. Mungkin bos? Atau CEO. Tapi, takkanlah...Semalam baru sahaja aku dengar dia hubungi seseorang dengan bos. Kerana dia ada sebut perkataan 'bos'. Jadi aku rasa pasti dia bukan bos. Mungkin kerja lain tetapi pangkat tinggi.

Dia senyum ke arah ku. "Kerja, but saya masuk lambat sikit." Jawabnya ringkas. Aku hanya mengeyakannya. Hendak bertanya dia kerja apa? Tetapi aku tolak ke tepi pertanyaan itu untuk diberikan pada Chris. Ah, aku ni orang luar. Tak perlu lah nak ambil tahu tentang semua itu.

Mata kini beralih memandang ke luar tingkap. Melihat pemandangan pagi di kampung. Kami kembali senyap. Suasana sunyi sepi.

Dalam beberapa minit, keretanya sudah berhenti betul-betul dihadapan hospital yang nenek berada. "Kita dah sampai. Jom." Ajaknya lalu aku hanya mengikut. Aku bingung juga kenapa dia perlu ikut? Ah, biarlah dia nak temankan aku. Baguslah tu dia temankan aku. Aku adalah teman. Tak ada lah aku keseorangan.

Kami berjalan bersama-sama masuk ke dalam hospital itu. Saat itu jururawat yang pernah aku bertengkar dengannya pada tempoh hari lepas semua memandangku. Lagi-lagi pandangan tajam.

Ikutkan hati aku nak aje aku lari ke belakang Chris. Rasa saat ini malu gila. Muka aku pun dah berbahang dan merah padam.

Aku ketap bibir. Hanya menunduk bawah. Mengikut jejak langkah Chris.

Selepas menunggu giliran nombor, kami berdua masuk ke sebuah bilik. Berharap sangat aku tidak jumpa lagi dengan doktor Arayyan.

Masuk-masuk aje, aku sudah mengeluh. Malu pun ya. Aku dah banyak kali buat salah dengan dia jadi untuk saat ini aku tak nak jumpa dengan dia lagi. Aku malu.

Tetapi nasib malangnya aku kembali lagi bertemu dengan dia entah untuk beberapa kali termasuk hari ini. Makin tebal sudah wajah aku ini malu dengannya.

Aku ketap bibir malu. Duduk terus dilabuhkan dihadapannya. Chris pula berdiri di belakang aku bagaikan dia ini seorang bodyguard aku.

"Khai?" Suara doktor Arayyan itu membuatkan aku angkat muka. Memandang dia. Pasti dia pelik.

Aku gagap. Otak ligat berfikir mencari ayat untuk bercakap dengannya. "Err...Saya...Saya datang sini..." Aku masih gagap. Ah, kenapa kau boleh gagap pulak ni Rina oi!

"He had pain in his waist because he had bumped into something. Can the doctor check the condition of his waist?" Laju sahaja Chris bersuara seakan-akan sudah tahu yang aku sedang kekok berhadapan dengan doktor Arayyan itu.

Lelaki yang berada di hadapan aku itu masih tak lepas-lepas memandang ku. "Yeah, sure." Tergamam aku. Takkan lah dia nak tengok pinggang aku kut? Gila lah!

Doktor Arayyan sudah bangun dan duduk disebelah ku. Aku makin gelabah. Dapat aku hidu pewangi yang melekat ditubuhnya. Wanginya!

"Err...Doktor. Boleh tak kalau nurse perempuan atau doktor perempuan yang check keadaan pinggang saya?" Harap sangat dia faham.

"Because I awkward." Gumamku perlahan sambil menunduk. Wajah dah berbahang dan merah. Dapat ku lihat doktor Arayyan memandang sekilas pada Chris. Aku juga tertanya-tanya, mereka kenal ke? Sebab aku melihat mereka berdua ini macam sudah kenal aje?

"Oh yeah, sure. Saya panggilkan nurse sekejap ya." Aku bersyukur kerana dia faham. Aku hela nafas lega. Dia keluar sebentar. Aku berpaling memandang Chris pula. Lelaki itu senyum manis. Aku juga membalas senyumannya. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman.

"Awak kenal doktor tu ke?" Secara spontan perkataan itu keluar dari mulut aku. Kerana aku nak sangat soal Chris tentang itu tadi.

Melihat lelaki itu sedikit mengeras. Halkumnya bergerak bagaikan sedang menelan liur dan dia kembali berwajah asal nya dengan senyuman.

"No. Why? Do you know him?" Soalnya kembali. Aku senyum sebaris lalu mengangguk. Takkan nak ceritakan semuanya pada Chris. Chris orang luar dan aku masih belum kenal lebih rapat lagi dengan lelaki itu.

"Yes. Because he's a doctor to my grandmother." Jawabku ringkas. Tak boleh panjang-panjang. Dah dia doktor yang selalu memeriksa keadaan nenek aku, pasti lah aku kenal. Tetapi bukan itu aje. Aku masih berhutang budi dengannya. Dia sangat baik.

Tak lama itu, kedengaran pintu dikuak seseorang dari luar. Muncul wajah kacak lelaki itu tadi bersama seorang wanita serba lengkap uniform dengan berpakaian putih. Pasti itu jururawat yang akan memeriksa keadaan pinggang aku.

"Cik boleh ikut saya. Saya akan periksa keadaan pinggang cik."

Aku hanya ikut. Aku dibawa ke sebuah bilik dan dia menyuruh ku baring di atas sebuah katil pemeriksaan. Bajuku yang dibahagian pinggang diselak sedikit olehnya. Kelihatannya, dia seperti terkejut.

"Ya Allah, cik. Pinggang cik ni bengkak dan lebam. Saya tekan sikit ni, cik ada rasa sakit tak?" Dia cuba tekan ditempat sakit dibahagian pinggangku, aku terjerit kecil kerana sakit.

Dia pun terkejut, pasti lebamnya besarkan? Aku pula yang risau. Tapi, aku dah biasa kena begini dengan mak su.

"Okey, cik perlu dapatkan ubat segera. Dan yang paling penting cik kena letak ais dekat pinggang cik yang lebam tu. Nanti InsyaAllah dia akan hilang secepat mungkin." Ujar jururawat itu. Aku mengangguk lalu mengucap terima kasih padanya dan berlalu keluar daripada bilik itu. Kembali ke bilik Doktor Arayyan.

Sebelum aku kuak tombol pintu bilik itu, dapatku dengar sedikit seseorang sedang berbual. Tetapi suara itu tidak kedengaran jelas. Yang penting, aku dapat dengar mereka cakap dalam bahasa Italy.

"Voglio che ti prendi cura di lui. E non fargli sapere che sei mia sorella"

Hanya kata-kata itu aku dapat dengar. Tapi jangan risau. Aku langsung tidak faham satu pun apa yang mereka cakap.

Tak menunggu lama, aku memulas tombol pintu itu. Melihat dua pasang mata memandang ke arahku. Aku menunduk sedikit lalu kembali melabuhkan duduk di hadapan doktor Arayyan.

"Nurse bagitahu saya yang awak punya pinggang itu lebam teruk dan bengkak." Terang Doktor Arayyan membuatkan Chris terkejut. Aku melihat wajahnya yang sudah kerisaun terhadapku.

"Pretty, what happened to you? Siapa yang buat awak sampai awak jadi begini? Apa yang dah awak langgar sampai pinggang awak bengkak teruk?" Bertalu-talu dia soal pada aku. Aku senyum kecil. Haih, risau betul ya dia padaku.

"Ehem..ehem. Saya tahu awak berdua pasangan yang paling sweet. But, ada orang di sini. Kalau nak sweet-sweet risau tentang keadaan pasangan semua tu, boleh lah keluar ya." Kata-kata itu bagaikan sedang sindir aku. Tajam aku merenung anak mata doktor Arayyan yang berwarna hazel itu.

"Er...Sorry. Dia bukan kekasih saya. Dia cuma kawan saya." Jelasku tidak mahu Doktor Arayyan salah faham. Aku melihat dia seperti cemburu. Cemburu? Dia bukannya suami aku atau kekasih aku. Buat apa dia nak cemburu. Aku menjeling ke arahnya. Kalau bab sakitkan hati aku itu memang tak boleh pisah dengan dia. Suka sangat sakitkan hati aku.

"So, saya akan berikan awak ubat. Nanti awak boleh ambil di kaunter hadapan. Dan jangan lupa juga letak setiap hari ais di pinggang awak yang lebam itu. Dia akan pulih segera nanti." Bicara doktor Arayyan. Aku hanya mengangguk dan mengucap terima kasih sebelum berlalu pergi. Selesai mengambil ubat kini aku dan Chris berdiri di hadapan sebuah lif.

"Saya nak naik dulu ke wad nenek saya. Awak tak perlu lah tunggu saya. Biar saya aje yang naik. Saya tak nak menyusahkan awak. So, biar saya pergi ke tempat kerja sendiri. Awak tu pergi masuk kerja cepat, nanti lambat gara-gara saya pula." Ujarku pada Chris yang sentiasa berada di sisiku.

"It's okey, pretty. Macam yang saya cakap tadi, saya okey aje. Awak tak perlu risau. Kerja saya tu awak tak payah risau. Lagipun saya bos ditempat kerja itu. Tak kisah lah kalau saya masuk lambat sekali pun."

Ya tak ya jugak. Tapi boleh percaya ke? Aku masih berbelah bagi dan bingung. Kalau itu yang dia nak, biar lah dia ikut aku. Tapi yang penting, nenek tak boleh melihat kemunculan Chris sekali. Pasti nenek akan salah sangka. Lagi-lagi, wajah Chris seperti orang luar negara pasti nenek anggap dia orang mat salih yang berpasangan dengan aku pula.

"Err...Kalau nanti awak jangan masuk dalam wad nenek saya boleh? Awak duduk luar aje, boleh?" Soalku berharap dia setuju. Harap sangat lah dia tak terasa dengan apa yang aku cakap. Hm, mesti dia terasa hati kan? Aduhai, apa aku nak buat ni?

"Yeah sure, pretty." Nak sahaja aku sujud syukur kerana dia setuju. Melihat wajahnya biasa-biasa dan tenang. Pasti dia tak terasa apa yang aku cakap. Ah, alhamdulillah.

"Betul ke ni? Awak tak marah?" Soalku mengambil kepastian harap dia tak tersentuh hati.

Dia senyum manis. "No, it's okey lah. Saya okey aje, pretty. Dah jom naik." Pintu lif sudah terbuka luas. Kami beriringan masuk ke dalam lif tersebut.

********

Tangan nenek aku usap lalu aku kucup. Nenek masih berehat. Kata Acik Yah, tadi nenek sedar-sedar aje terus cari aku. Mungkin nenek terkejut apabila melihat diri dia berada di hospital, melihat aku tiada lagi pasti nenek rasa takut dan tak selesa. Tapi ini juga untuk kebaikan nenek. Aku juga sudah tidak mampu nak lakukan apa-apa.

Kelihatannya, nenek masih tidur. Mungkin sedang berehat. Aku tidak lama di situ, melihat jam di pengelangan tanganku sudah tepat pukul 8.30 pagi. Kalau lewat ni pasti bernanah telinga aku dengan bebelan Kak Milah. Dengan itu aku perlu cepat.

"Cik Yah, Rina nak minta maaf sekali lagi dekat Cik Yah sebab dah menyusahkan Cik Yah. Malam ni Cik Yah balik, biar Rina pula yang temankan nenek ya." Kataku pada Cik Yah. Cik Yah senyum lebar.

"Isy, kamu ni...Tak ada apa-apa lah. Cik Yah okey aje. Lagipun cik Yah tadi gembira tengok Nek Ma dah sedar. Siap ketawa lagi. InsyaAllah, Nek Ma tak ada apa-apa. Rina pula jangan risau tentang cik Yah ya. Cik Yah okey aje." Bahuku ditepuk lembut. Aku memeluk tubuhnya lalu aku kucup tangannya.

"Terima kasih Cik Yah."

"Ya sama-sama. Elok-elok jalan tu ya." Pesan Cik Yah sebelum aku berlalu pergi.

Sebelum langkah keluar, aku sempat berpaling melihat nenek yang masih tidur. Aku senyum lebar, hati sedikit lega. Kini kaki terus melangkah keluar daripada bilik wad nenek itu.

Berkerut dahiku melihat Chris tiada di luar wad nenek. Mungkin sudah balik dan mungkin juga ada hal penting. Aku tak kisah kerana aku tak mahu menyusahkan dia lagi untuk hantar aku ke tempat kerja.

Aku seluk poket seluar ku, ada beberapa keping wang ringgit yang cukup-cukup untuk tambang bas. Tetapi tidak cukup untuk makan tengah hari. Hm, terpaksa lah ikat perut hari ni. Nak buat macam mana, takkan lah nak mencuri.

Laju langkah aku berjalan ke arah lif, sempat mata melihat sekeliling. Jururawat dan doktor sedang berjalan laju ke bilik pesakit. Ada suara budak menangis dan ada juga orang berlari mungkin ada emergency.

Tiba-tiba, aku dengar satu suara yang sangat aku kenali. Aku berjalan ke arah suara itu, sepertinya itu suara doktor Arayyan. Aku mengintai disebalik sebuah bilik. Mungkin itu bilik khas untuk ubat-ubatan. Tapi, kini aku melihat Chris juga ada di situ. Apa yang mereka sedang berbualkan?

"You treated him with love. Are you making me jealous on purpose?!"

Kata-kata itu membuatkan aku tersentak. Cemburu? Doktor Arayyan cemburu dengan siapa? Siapa yang dah buat dia cemburu? Takkan aku kut. Eh, memang tak lah. Aku ni siapa je pada dia. Hanya gadis biasa dan bernasib malang.

"La donna è molto bella. In qualche modo, potrei innamorarmi di lui. Ma non preoccuparti, non metterò i miei sentimenti su di lui. Perché è tuo. Ho appena fatto quello che mi avevi detto di fare."

Kedengaran suara Chris pula yang menjawab. Ah, lagilah aku tak faham. Kenapa lah dia orang ni bercakap dalam bahasa Italy. Tapi, doktor Arayyan kenal Chris ke? Doktor Arayyan orang Italy ke? Dia faham ke apa yang Chris cakap tu? Apa hubungan mereka berdua ini? Macam dah kenal rapat aje. Aku masih tertanya-tanya.

"Are you done eavesdropping?" Suara itu betul-betul kedengaran dipeluput telinga ku. Aku tersentak dan tergamam. Wajahku kembali berbahang. Ya Allah, macam mana lah boleh kantoi. Aduh, kau ni Rina. Lain kali buat kerja tu pandang kiri kanan dulu.

Aku teguk liur melihat Doktor Arayyan merenung tajam ke arahku. "Hei, pretty. Let's go. Tadi awak kata awak nak pergi kerja. Mari saya hantarkan, nanti lambat pula sampai." Suara Chris pula memecahkan canggung aku apabila berhadapan dengan doktor Arayyan.

"Err...Yeah. Saya pergi dulu doktor." Laju langkahku mengikuti jejak langkah Chris. Aku yakin, mata Doktor Arayyan masih melekat pada aku dan Chris sehingga aku hilang daripada pandangannya.

Huh, lega hati. Tapi masih tertanya-tanya kata-kata Chris tadi itu. Banyak benda nak aku tanya pada Chris ni tapi aku rasa kekok pulak. Aku yakin, pasti lelaki ini takkan jawab soalan aku punya. Kerana aku melihat dia seperti seorang perahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience