"Abang, saya dapat tahu yang Chris dah masuk islam, betul ke?"
Air kopi hitam kegemarannya aku tuangkan ke dalam cawannya. Lagi beberapa minit sahaja lagi, Rayyan perlu pergi kerja.
Sengaja aku nak sembang-sembang dengan dia bagi dia lambat ke tempat kerja. Semalam bukan main lagi dia usik aku. Kali ini dia pula yang kena.
Rayyan tepuk dahi sendiri. Aku ketawa kecil melihat gelagatnya. "Ya Allah, abang betul-betul lupa nak bagitahu dekat sayang. Sorry," dia sengih kecil menampakkan giginya yang tersusun dan putih bersih itu.
Aku ketawa kecil lalu melabuhkan duduk dihadapannya. Menghadap nya sambil merenung wajah putih bersih suamiku.
"It's okay. Malam semalam Chris ada bagitahu dekat Khai. Alhamdulillah, dia dah memeluk islam. Syukur sangat-sangat. Khai gembira." Bicaraku masih tidak boleh tepis perasaan gembira itu.
Rayyan hanya senyum lebar. "Abang pun sama. Alhamdulillah, dia masuk islam kerana Allah. Abang tak nak dia masuk islam kerana perempuan tu."
Aku sedikit berkerut dahi mendengar hujung ayat Rayyan. Perempuan tu? Siapa? Kekasih Chris? Aku masih bingung dan tertanya-tanya.
"Perempuan tu? Siapa?" Soalku. Melihat Rayyan menghirup kopinya dahulu sebelum memulakan bicaranya.
"Girlfriend Chris. Oh ya, by the way Chris dah ada nama baru. Abang rasa lebih elok kita panggil dia yang nama baru ni. Sedap sikit."
"Oh, ya. Chris pun ada bagitahu saya tentang nama baru dia tu. Sedap betul nama dia, abang ke yang pilih nama untuk dia?"
"Dia yang pilih sendiri. Dia tak bagi abang pilih, dia takut abang pilih nama dia pelik-pelik pula. So abang biar kan dia pilih sendiri. Tak silap abang nama dia Muhammad Zarief Zaquan." Balas Rayyan sambil ketawa kecil.
Aku juga turut ketawa. "Abang tak suka girlfriend Zarief tu ke?" Nak tukar nama Chris kepada nama islam nya iaitu Zarief, rasa gagap sedikit untuk aku menyebutnya. Masih tidak biasa.
Wajah Rayyan sedikit berubah. Senyumannya hilang serta-merta. "Ya. Sebabkan perempuan tu lah, Zarief hampir hilang nyawa dia. Tapi, Zarief tetap degil. Dia tetap setia dengan perempuan tu. Abang dah banyak kali cakap suruh tinggalkan aje perempuan tu. Tapi, dia tetap degil. Dan, keluarga perempuan tu bukannya suka dekat Zarief. Sebab kami mafia yang jahat, keluarga perempuan tu bencikan Zarief. Perempuan tu pula, terpaksa ikut kehendak keluarga dia untuk tinggalkan Zarief. Menipu Zarief." Cerita Rayyan.
Wajahnya jelas tidak puas hati. Pasti marah terhadap kekasih Zarief itu. Aku termenung seketika. Jika dikatakan perempuan itu mengikut kehendak keluarga, jadi bukan salah perempuan itu.
Kalau benar dia cintakan Zarief tetapi ada halangan kerana keluarga tidak restu, itu boleh buatkan hubungan mereka menjadi salah faham.
Haih, sedih betul tentang kisah hubungan Zarief dan kekasih dia itu. Aku doa, harap sangat mereka dapat bersama dan keluarga bagi pihak perempuan itu dapat terima Zarief.
"Zarief pernah cakap, dia nak kahwin dengan perempuan tu dulu. Tapi, keluarga perempuan tu tak setuju. Sampai sekarang lah mereka berhubungan tapi kalau nak berjumpa tu perlu senyap-senyap. Kumpulan DIAMOND pun sekarang tengah cari kekasih Zarief. Kalau kami tetap berkeras hati tidak masuk ke kumpulan mereka, orang yang kami sayang akan mati." Sambung Rayyan lagi.
Aku masih mendengar. Dengar aje nama kumpulan mafia DIAMOND itu aku rasa kecut perut. Mereka sangat kejam. Aku juga trauma dan takut jika mereka jumpa dan culik aku lagi.
Ingatkan aku seorang sahaja yang kena cari dengan kumpulan mafia jahat DIAMOND itu. Rupa-rupanya kekasih Zarief pun terlibat sekali. Kasihan dia. Senasib denganku.
"Perempuan tu tinggal di mana sekarang?" Aku mula bersuara setelah lama berdiam diri.
"Dia dulu tinggal di Italy. Sekarang dia pulang ke Malaysia. Abang bukan tahu sangat tentang perempuan tu, ni semua Zarief yang cerita." Balas Rayyan. Seperti malas mahu menceritakan tentang gadis itu. Mungkin dia tidak suka perempuan itu rapat dengan Zarief.
"Saya harap sangat mereka berdua dapat peluang kedua untuk bersama. Kesian Zarief dan kekasih dia tu." Gumamku perlahan membuatkan riak wajah Rayyan berubah serta-merta. Aku ada salah cakap ke?
"Kenapa Zarief pilih perempuan tu ya, sedangkan ramai lagi perempuan yang cantik dan baik hati di luar sana. Abang tertanya-tanya juga. Zarief tu masih lagi sayangkan perempuan tu sedangkan banyak lagi gadis-gadis cantik dan baik di luar sana." Kelihatan jelas nada suara Rayyan tidak puas hati.
"Abang, kita tak boleh doakan yang buruk tentang orang. Dia kan adik abang. So, abang kena doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia dipermudahkan segala urusan untuk kembali bersama dengan perempuan tu. Kalau tak ditakdirkan Zarief bersama dengan kekasih dia, InsyaAllah akan ada yang lebih baik untuk Zarief selepas ini. Kita doakan yang baik-baik aje ya." Tangan Rayyan aku usap lembut. Menenangkan lelaki itu yang jelas sedang marah.
"Tak semestinya sebab perempuan tu Zarief jadi begitu. Mungkin ada sebab lain. Mereka sama-sama bercinta mungkin sebab keluarga yang tidak restu." Sambungku lagi. Bukan nak mempertahankan bagi pihak perempuan itu, tapi kalau benar apa yang aku cakap itu, aku harap sangat keluarga bagi pihak perempuan itu lembut hati untuk terima Zarief selepas ini.
Rayyan hanya mengangguk perlahan. Mengeyakan kata-kata aku itu. "Abang, Zarief dah lama ke masuk islam? Ke baru lagi?" Soalku. Memecahkan kesunyian yang daripada tadi keadaan menjadi sunyi sepi.
"Sewaktu kita bergaduh." Jawab Rayyan ringkas tapi mampu buat aku terkejut.
"Masih baru?"
"Yup."
Ya Allah, terkejut juga aku yang Zarief baru masuk islam. Syukur sangat-sangat kerana Allah permudahkan segala perjalanannya untuk memeluk agama islam. Aku senyum lebar. Perasaan gembira saat ini tak terkata.
Akhirnya, masin juga mulut Zarief. Katanya mahu masuk islam tetapi ada halangan. Dan, kini dia yang berkali-kali berkata begitu dan berminat tentang Islam akhirnya dia memeluk agama islam. Syukur pada Tuhan.
"Abang pun gembira dia dah masuk islam. Syukur kepada Allah. InsyaAllah, kita bersama-sama bimbing dia dan ajar dia tentang agama islam sedikit demi sedikit. Abang pun kurang ilmu. Kalau Khai ada perkara penting yang Khai tahu, Khai boleh lah ajarkan Zarief." Bicara Rayyan.
"InsyaAllah, boleh je."
Keadaan menjadi sunyi sepi kembali. Aku pula sibuk meletakkan jem strawberry di atas roti. Rayyan pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Mungkin ada berita masuk.
"Hai, assalamualaikum semua." Terkejut aku mendengar suara itu. Aku menoleh memandang tuan punya suara yang sangat kukenali.
Zarief Zaquan.
"Waalaikumusalam," jawabku serentak dengan Rayyan. Bersinar-sinar wajah lelaki itu. Zarief ketawa kecil lalu melabuhkan duduknya disebelah abangnya.
Dia tak pernah tak senyum. Pasti akan tersenyum selalu. Jika dia tidak mengukirkan senyumannya, wajahnya kelihatan sungguh dingin. Sangat mirip seperti abangnya. Kecut perut nak ditenung.
Jika dia senyum, nampak wajahnya sungguh mesra. Seperti dia sekarang ini dalam keadaan yang sungguh gembira. Aku membalas senyumannya.
Berpakaian suit kemas, pasti mahu ke tempat kerja. Lain pula dengan Rayyan yang hanya berkemeja putih dan dilipat lengan bajunya hingga ke siku. Tapi, gaya dua beradik ini mampu menarik semua perhatian para wanita di luar sana. Dua jejaka yang sungguh kacak dihadapanku ini tak jemu dipandang. Hati terasa sungguh tenang.
"Err...Sayang. Abang nak gerak dah. Takut nanti lambat sampai pula." Melihat Rayyan sudah berdiri aku juga lantas berdiri mendapatkannya.
"Okay abang. Elok-elok jalan." Pesanku lalu aku mengucup tangannya. Dia pula seperti biasa mengucup dahiku.
"Okay, nanti ada apa-apa call abang." Pesannya pula. Aku hanya senyum sambil mengangguk.
"Err...Wait." Suara itu memberhentikan pergerakan Rayyan. Aku dan Rayyan sama-sama menoleh memandang Zarief yang tiba-tiba bersuara. Wajahnya berkerut-kerut memandang kami berdua.
"Kau orang berdua dah berbaik ke?" Soalnya membuatkan aku sedikit tergamam. Oh ya, aku lupa nak bagitahu dia. Dan, dia juga tahu yang kami berdua bergaduh hampir 3 hari. 3 hari itu juga lah aku memendam rindu pada Rayyan.
Kami berdua sama-sama ketawa kecil. Tangan aku dicapai lalu digenggam erat oleh Rayyan. Makin berkerut wajah Zarief melihat kami berdua saat ini.
"Yes. She knew his mistake, so he apologized to me. After all, I love him. I also don't want to leave him." Ujar Rayyan selamba. Dia memandang sekilas padaku sambil senyum senget. Sakit pula hati ini apabila dia sengaja mengusikku.
Lengan sasanya aku pukul dengan kuat. Tapi, aku rasa itu memang tak cukup kuat dengan tangan aku yang kecil ini. Pasti dia tidak akan terasa sakit. Geram pula aku.
"Amboi, pandai aje dia cakap macam tu ya. Jangan ingat Khai aje salah, abang tu pun salah. Khai ni masih tak puas hati lagi dengan abang tau." Marahku pada Rayyan yang sudah ketawa kecil diikut serta oleh Zarief.
"Tutup mulut tu, kalau tak nak abang cium." Bisiknya pada telingaku. Berbahang sudah wajah saat ini. Aku ketap bibir. Geram! Suka sangat usik aku.
Melihat Zarief yang tidak tahu apa hanya ketawa. Lucu gamaknya melihat gelagat aku dan Rayyan. “I'm glad to see your partner is both back on track. I really hope I will also get a sweet couple like you two.” Bicara Zarief kedengaran seperti sungguh gembira tetapi dapat kurasakan nada suaranya tadi seperti terselit sedikit dengan rasa sungguh kecewa.
"InsyaAllah, saya akan selalu doakan untuk awak Zarief. Agar awak dapat perempuan yang lebih baik untuk dijadikan pasangan sehidup semati awak." Ujarku sambil senyum manis ke arahnya.
Dia sedikit berkerut dahi sambil ketawa kecil. Dah kenapa dengan mamat ni? Aku ada salah cakap ke apa? Kenapa dia ketawa? Melihat Rayyan juga turut ketawa. Aku pula yang jadi blur sendiri.
"Zarief?"
Zarief bersuara seperti seakan-akan tidak percaya yang aku menyebut nama baharunya itu. Aku senyum lebar. Sebab itu ke dia ketawa? Haih, senang betul dia terhibur. Kalau bab-bab mafia dia, jangan harap lah nak tengok dia senyum kembali.
"Yeah, nama baru awak kan?" Aku sedikit bingung.
"Yup, saya gembira dengan nama tu. So, mulai hari ni mungkin kau orang berdua dah boleh panggil saya dengan nama itu." Dia senyum lebar.
Aku hanya mengangguk sambil senyum lebar. "Sayang, abang gerak dulu ya. Nanti apa-apa call abang." Kepalaku yang berlapik dengan tudung itu diusap lembut oleh Rayyan sebelum dia melangkah berjalan pergi meninggalkan aku dan Zarief.
"Okey, bye abang." Mesra aku ucap padanya sambil melambai-lambai tangan ke arahnya.
Melihat Zarief sedang menjamah roti yang baru sahaja disapu dengan jem strawberry olehnya. Kesian pula dia jika tinggalkan dia sarapan keseorangan.
Aku melabuhkan duduk dihadapannya. Menemaninya makan. Zarief pun aku sudah anggap dia seperti adik aku sendiri. Kalau dia cedera, hati aku juga turut cedera.
"Pretty." Dia mula bersuara, aku menahan ketawa. Dia suka sangat panggil aku pretty. Kalau kekasih dia dengar ini pasti ingat Zarief curang. Aku senyum lebar.
"Dulu kan, saya langsung tidak percayakan tuhan. Bagi saya, tuhan itu tak wujud. Saya hidup pun bebas. Tapi, bila saya bertemu dengan seorang wanita muslim. Dia berkata yang tuhan itu ada dan dia percayakan tuhannya. Tapi, saya sikit pun tak percaya yang tuhan tu ada. Bila saya dah masuk islam, saya lebih tertarik untuk tahu semua itu. Dan, dengan itu baru lah saya percaya yang Tuhan itu ada. Tuhan itu cuma satu. Hanya Allah." Ceritanya. Aku hanya fokus mendengar.
Sesekali aku tersenyum lebar. Mungkin selepas Zarief jumpa dengan wanita itu, kini Zarief lebih tertarik tentang agama islam. Haih, bagus betul wanita itu.
Pasti gadis itu dulu pernah mengajar Zarief tentang agama islam. "Untung betul kekasih awak tu, kan. Dapat lelaki seperti awak. Dan, sudi mengajar awak tentang agama islam." Sungguh aku kagum dengan dia.
Zarief hanya senyum tipis. Aku langsung tidak tahu apa maksud senyumannya itu. Seperti gembira tetapi terselit sedikit perasaan penuh kecewa.
"Kenapa ni, Zarief? Saya ada salah cakap ke?" Soalku takut pula jika aku ada salah cakap padanya membuatkan dia sedih sebegini.
Dia angkat wajah memandangku sambil senyum manis. "No. Cuma saya sedih dengan dia. Dia dah tipu saya," jelas wajah Zarief kelihatan sungguh sedih.
Aku pula yang terkejut mendengarnya. Perempuan itu sudah menipu Zarief? Entah kenapa, hati aku mula membuak-buak api kemarahan. Kasihan Zarief, wanita itu telah mempermainkan perasaannya dan kini meninggalkan lelaki itu begini aje.
"Dia tipu? Tipu apa?" Soalku ingin tahu selanjutnya.
"Dia dipaksa bertunang dengan orang lain. And, lagi beberapa hari je dia dah nak berkahwin. I'm so sad. Nak buat macam mana. Saya dah agak yang kami tak ditakdirkan untuk bersama. Tapi, saya percaya dengan takdir Allah. Mungkin satu hari nanti saya akan mempunyai seorang wanita yang lebih baik daripada dia." Bicaranya.
Aku hanya senyum lebar. Memberi dia semangat. Kasihan dia. Sudah hampir lama berhubungan dengan kekasihnya, kini perempuan itu pula yang bertunang dengan lelaki lain.
Tetapi, tidak boleh disalahkan perempuan itu juga. Mungkin ini semua sebab keluarga bagi pihak perempuan yang tidak restu untuk terima Zarief dalam keluarganya.
"InsyaAllah, kita doakan sama-sama ya."
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. Mencuba menghilangkan perasaan sedihnya.
***********
Selesai aku solat Magrib bersama Rayyan tadi, kini aku tidak melihat lagi susuk tubuh tinggi suamiku itu. Ke mana dia pergi ya?
Kalau dia tiada di dalam bilik tidur pasti dia berada di dalam bilik kerjanya. Aku senyum lebar.
Kaki diaturkan ke bilik kerja Rayyan. Tapi, berbelah bagi juga nak masuk ke dalam bilik kerjanya. Mana lah tahu Rayyan terlalu sibuk nanti aku ganggu dia pula, pasti dia marah aku.
Tapi nak buat macam mana lagi? Aku dah malas nak ke bilik tidur semula kerana aku sudah berada betul-betul dihadapan pintu bilik Rayyan yang tidak tertutup rapat.
Ini kali kedua aku mengintip dan mencuri-curi dengar perbualan Zarief bersama Rayyan di dalam bilik kerja itu. Apa yang mereka sedang bualkan ya?
Aku mahu tahu juga. Nasib baik lah pintu bilik ini tidak tertutup rapat. Dapat lah aku dengar apa yang mereka tengah bersembang itu. Entah-entah tengah membawang pasal aku.
Sebelum aku membuka telinga dengan luas, aku mengintai dulu mereka berdua yang berada di dalam bilik itu.
Aku sedikit takut untuk melihat wajah Rayyan yang merah sedang menahan marah dan Zarief juga berwajah sedikit merah. Seperti tidak puas hati. Adakah mereka berdua sedang bergaduh?
"Why are you lying to me?" Kedengaran suara Rayyan sedikit meninggi. Tajam dia renung adiknya. Bagaikan mahu menerkam musuh.
"Kau kata di Italy selamat, tapi apa semua ni? Rumah kita di sana semuanya hancur. Budak-budak yang lain yang berada di sana semuanya mati tapi ada sesetengah yang selamat. Kenapa kau tipu aku yang kau selamat di Italy sebaliknya kau dipukul teruk oleh budak-budak John. Kenapa, Zarief? Kenapa?!" Sedikit ternaik bahuku apabila Rayyan meninggikan suaranya.
Melihat wajah Zarief pula seperti mahu membalas. Sama-sama berwajah marah. Takut betul nak renung dua beradik ini.
"Aku tak nak menyusahkan kau, bang. I'm willing to die for you. I want you safe. Let me die promising you safe." Zarief pula yang bersuara dengan sedikit meninggi.
Aku sedikit terharu mendengarnya. Sanggup dia bertarung nyawa di Italy demi menyelamatkan abangnya. Ya Allah, baiknya Zarief. Sayangkan abangnya dan tidak pedulikan jika nyawanya hampir tiada.
Kalau aku? Nak harapkan kakak? Hm, dia lebih suka melihat aku menderita sakit dan terseksa daripada melihat aku bahagia. Ah, sungguh aku sedih.
"What?! Hei, aku bukan budak kecil lagi lah! Aku tak nak kau diapa-apakan oleh mereka semua. Bukannya aku. Aku abang kau, Zarief. Aku yang sepatutnya jaga kau!" Bentak Rayyan pula. Terkejut-terkejut aku mendengar suara mereka berdua. Dah dinamakan mafia, suara itu kalau marah orang pasti akan buat kita takut nak mendekat.
"Dan, sebab apa lagi kau ke sana? Sebab nak cari perempuan yang tak kenang jasa baik kau tu?! Hei, Zarief. Dia dah nak bertunang lah. Kau tak perlu lagi nak letakkan perasaan kau pada dia. Aku tahu kau ke Italy sebab kau nak cari perempuan tu, kan? Tapi, apa yang dia buat dekat kau? Apa yang dia balas dekat kau? Dah lah. Move on, bro. Ramai lagi perempuan dekat luar sana yang lebih baik daripada dia yang tak kenang jasa baik kau!" Bicara Rayyan pula dengan nada yang sungguh tinggi.
Rayyan memang betul-betul tidak menyukai kekasih Zarief itu. Sampaikan menyuruh adiknya agar melupakan gadis itu.
Tajam Zarief merenung wajah abangnya. Dia mengetap gigi. "Aku ke sana bukan sebab perempuan tu. Tapi sebab kau, bang. Aku buat semua ni sebab kau. Aku nak kau selamat. Aku tak kisah kalau aku dipukul teruk oleh budak-budak John di sana janji kau selamat. Bukan sebab perempuan tu!" Hujung ayat itu Zarief menekankan sedikit ayatnya. Mata masih tajam merenung abangnya dihadapan.
Teguk liur aku mendengar. “Sebab aku? Hei, aku ni lebih rela matilah demi kau. Aku boleh je menyerah diri pada John dan Mark tu, tapi sebabkan kau, aku sayang kau, aku tak buat semua tu. Kau pula boleh ke sana semata-mata nak serang anak-anak buah John? Kau tengok lah apa yang dah terjadi sekarang ni?!" Marah Rayyan pula.
"Okey! Aku jujur! Aku buat semua tu demi kekasih aku. Mereka nak bunuh kekasih aku! Dengan itu, aku menyelamatkan dia dan aku bunuh anak-anak buah John. Sebab aku tak rela tengok kekasih aku dibunuh, Rayyan!" Kedengaran seperti Zarief mengaku sesuatu perkara membuatkan riak wajah Rayyan bertukar serta-merta.
"Aku dah agak. Now, I don't want you to have a relationship with him anymore. If he was killed by John, don't you care about him!" Sepertinya Rayyan memberi amaran keras pada Zarief.
Melihat Zarief mengetap gigi kuat sambil merenung tajam ke arah abangnya. Masih tidak puas hati. Aku yang melihat Zarief melangkah keluar dari bilik ini, cepat-cepat aku sembunyikan diri.
Tidak mahu jadi kali kedua untuk aku terlanggar dada bidangnya itu seperti tempoh hari lepas aku hampir terlanggarnya kerana telah mencuri-curi dengar.
Melihat Zarief sudah keluar daripada bilik, perlahan-lahan aku mengintai kembali di dalam bilik itu. Melihat Rayyan sedang duduk di sebuah sofa sambil meraup wajahnya.
Perlahan-lahan aku merapatinya. Aku melabuhkan duduk disebelahnya. "Seronok dengar kami berbual tadi?" Terkejut aku mendengar kata-kata Rayyan itu.
Dia perasan ke yang aku mengintip dan mencuri-curi dengar perbualannya bersama adik dia tadi? Gulp! Wajahku entah mengapa boleh berbahang. Malu pun ada kerana dia perasan aku mencuri-curi dengar perbualannya bersama adik dia tadi.
"Err...Sorry." Ucapku perlahan. Melihat wajahnya masih merah. Bagaimana aku nak tenangkan dia ya? Melihat sepertinya dia masih marah. Adakah dia marahkan aku juga kerana telah mencuri-curi dengar perbualannya bersama Zarief tadi?
"Abang..." Aku memanggilnya. Melihat Rayyan menyandarkan tubuhnya pada sofa. Wajahnya kusut. Pasti sedang serabut memikirkan sesuatu.
"Abang rasa, abang kena balik ke Italy dalam masa terdekat ni." Bicaranya secara tiba-tiba. Berkerut dahi aku. Pulang ke Italy? Aku tahu dia mahu mencari siapa yang telah hancurkan rumahnya dan siapa yang telah bunuh anak-anak buahnya di sana, tapi aku tidak mahu dia pergi seorang diri.
Jika dia pergi dan tidak pulang ke sini sampai bila-bila macam mana. Aku dah fikir macam-macam saat ini. Buatlah tiba-tiba aku dapat berita yang Rayyan ditemui mati di Italy bagaimana?
Ya Allah, jujur aku tidak mahukan semua itu. Aku tidak mahu kehilangannya. Tapi, melihat dia seperti nekad mahu ke sana. Tetap mahu ke sana.
"Abang, jangan lah macam ni. Kalau terjadi apa-apa pada abang di sana macam mana? Khai risau lah." Balasku dengan kata-katanya itu. Jujur aku tidak setuju dengan apa yang dia cakap.
Kini matanya beralih memandangku. "Honey." Tanganku digenggam kemas oleh Rayyan.
"Nak tak nak, abang tetap akan ke sana. Abang kena selesaikan hal ni. Kalau kita masih berdiam diri, di sana akan lebih teruk. Mereka tidak puas hati kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan." Ujar Rayyan sambil merenung anak mataku. Dadaku mula sebak. Tidak mahu berjauhan dengan Rayyan.
"Tapi...." Aku mula bersuara.
"Don't worry, sweetheart. Orang-orang abang setia ada di sini. Sayang jangan risau, mereka semua tak akan berani masuk ke dalam rumah ni. InsyaAllah, sayang akan selamat. Jangan risau tentang abang." Ujarnya lagi menenangkan hatiku yang mula sedih jika berjauhan dengannya.
Lama aku merenung wajahnya. Hati sejujurnya tidak setuju dan berat hati untuk memberi Rayyan pergi. Bermacam-macam sudah aku berfikir tentang suamiku. Sumpah aku tidak mahu kehilangannya.
**********
Hari ini aku bosan tahap terlalu bosan lah. Susah nak terangkan. Memang bosan gila-gila. Rayyan pula sudah ke tempat kerja. Aku pula terkurung di dalam rumah besar ini. Bagaikan aku sekarang berada di dalam penjara.
Melihat di luar rumah pula ada 5 orang anak buah Rayyan sedang menjaga kawasan perumahan ini. Zarief juga sudah pun ke tempat kerja.
Tinggal lah aku seorang diri di dalam rumah ini. Kalau nak keluar rumah mesti kena minta izin dahulu dengan Rayyan. Kalau dia tak izinkan, terpaksa lah aku duduk di dalam rumah besar ini.
Makan tidur, makan tidur dan makan tidur. Hanya itu sahaja yang aku boleh buat dalam rumah ini. Malam pula tunggu kepulangan Rayyan. Makan malam bersamanya dan tidur. Esok pagi ulang seperti biasa, makan tidur, makan tidur.
Kalau Rayyan pulang lewat malam terpaksa lah aku makan malam sendirian. Nak ajak si bodyguard Rayyan tu semua tak faham bahasa melayu. Semuanya daripada Italy. Zyan ada pun jarang di dalam rumah ini. Kerana dia PA Zarief. Ke mana aje lelaki itu pergi, pasti bersama Zyan.
Setelah apa yang terjadi pada Zarief tempoh hari lepas, Rayyan tidak membenarkan adiknya keluar seorang diri lagi. Dia takut jika Zarief lebih teruk kena lagi dengan kumpulan mafia jahat itu.
Kalau bosan duduk rumah ini, aku ke rumah mak su. Tapi, sekarang mak su tiada. Katanya dia ke rumah kawannya.
Mak su dah boleh jalan, semua rumah kawannya dia pergi. Katanya rindu dengan sahabat-sahabat makcik bawangnya itu.
Aku rebahkan tubuhku di atas katil empuk itu. Memejam mata rapat-rapat. Memikirkan sesuatu, siapa lagi orang yang aku nak ajak keluar ya?
"ILA!" Entah kenapa, boleh pula nama itu keluar daripada mulutku.
Huh, dah lama aku tidak berdating dengan dia. Sejak aku sudah menjadi isteri kepada Rayyan. Jarang betul aku keluar bersamanya. Rindu dengan dia tu memang dah tak payah nak cakap lah.
Rindu yang teramat!
Aku terus bangun. Telefon bimbit yang berada di sebelah ku capai. Jari menari-nari di atas skrin telefon itu. Mencari nombor Ila. Jumpa aje, terus aku meletakkan telefon itu ke telinga. Rindunya nak berdating lagi dengan minah ni.
Apa agaknya dia buat sekarang ya? Free tak dia sekarang ni?
**********
"Ya Allah, rindunya dekat kau Rina!" Erat sungguh dia peluk aku. Susah pula aku nak bernafas apabila bukan main lagi dia peluk aku dengan sungguh erat.
Terlampau rindu.
Aku ketawa kecil. Membalas pelukannya. Lebih erat.
"Kau mesti dah lupakan aku kan?" Ila mencebik.
Eh, eh...minah ni dah kenapa tiba-tiba tanya aku begitu? Aku ketawa kecil.
"Hei, makcik. Kalau aku tak rindukan kau, aku tak jumpa kau tau hari ni. Tarik hidung tu kang! Ada kata kita tak rindu dia pulak." Aku menjeling ke arahnya. Dia ketawa lagi lalu memeluk kembali tubuhku. Cepat-cepat aku leraikan pelukan itu. Tak bernafas aku.
"Wow, sejak jadi isteri orang ni, berseri-seri kau. Aku kena kahwin juga ni, baru boleh berseri-seri cantik macam bestie aku ni." Bicara Ila buatkan tawaku pecah. Lucu.
"Kau ni, mana ada aku cantik. Biasa je lah."
"Eleh, kau tak payah lah nak rendah-rendahkan diri tu. Kau memang cantik pun. Patut lah Tuan Rayyan tu tergoda tengok kau, sebab kau cantik."
Aku ketawa lagi. Ila tak pernah tak buat lawak. Lawak dia tak pernah tak mengecewakan.
"Isy, kau ni. Macam-macam lah. Dah jom masuk. Aku lapar dah ni. Kau nak makan apa?"
Kami berdua sama-sama melangkah masuk ke dalam sebuah kedai makan. Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi berhadapan dengan Ila.
Sewaktu aku mahu keluar dari rumah, sempat aku hubungi Rayyan dahulu meminta izin padanya untuk aku keluar rumah jumpa dengan Ila.
Nasib baik lah dia setuju. Katanya, dia percayakan Ila. Ila kawan baik aku. Kalau minah ni ada tipu aku, memang aku korek-korek biji mata dia tu. Biar buta.
Keluar dengan minah ni, jiwa aku tenang. Hati aku pun lapang. Tak ada lah macam tadi di rumah, bosan yang teramat. Aku rasa dah macam orang gila duduk dalam rumah tu. Bosan!
"Kau nak makan apa? Oder lah, biar aku belanja."
"Wow, serius lah? Betul ke ni bestie aku? Khairina Aulia? Baiknya dia?" Aku ketawa lagi. Macam-macam betul lah perangai Ila ini. Gadis itu juga turut ketawa.
"Ya, aku belanja untuk kau. Oder lah cepat."
"Thank you, bestie. Sayang kau." Ucapnya sempat memberi aku satu kiss. Aku ketawa sambil menggeleng kepala. Nasib baik la orang tidak nampak. Kalau orang nampak pun apa salahnya, kerana kami berdua ini sudah seperti adik beradik.
********
Selesai kami mengisi perut, aku berjalan bersama-sama Ila ke sebuah butik baju muslimah. Sepertinya di situ ada jual baju jubah fesyen. Ah, aku sangat minat dengan baju jubah. Lagi-lagi jubah fesyen zaman sekarang. Semuanya cantik-cantik.
"Ni cantik, kan?" Soal Ila sambil tangannya membelek-belek sepasang baju jubah fesyen berwarna merah.
"Haah, cantik. Sesuai dengan kau, Ila." Kataku pula.
"Fuh, kalau macam tu aku nak beli baju ni time kahwin lah. Cantik sikit. Maklumlah aku kan minat merah," bicara Ila sambil tayang muka berlagak nya. Aku ketawa kecil.
"Kau ni, macam-macam la. Hah, ni kau nak beli ke?" Soalku apabila melihat Ila seperti minat dengan baju itu.
"Tengok yang lain dulu lah. Jom," tanganku ditarik olehnya. Berjalan lagi mencari baju-baju fesyen yang lain. Semuanya cantik-cantik. Melihat Ila pula sudah keliru kerana semuanya cantik. Aku ketawa kecil.
Sewaktu kami berdua mencari baju-baju yang berkenan dengan cita rasa sendiri, mataku menangkap satu susuk tubuh yang sangat aku kenal. Berbaju hoodie hitam dan bertopi hitam sedang merenungku di luar kedai.
Dapatku lihat wajahnya. Tapi, macam aku kenal siapa orang itu. Lama dia renung aku. Aku pula rasa tidak selesa. Kalau dia renung aku lama-lama, pasti lah dia kenal aku dan aku kenal dia.
Melihat wajah dia dari jauh sangat aku kenal. Tapi, masih berjaga-jaga. Mungkin aku salah orang.
Ila yang sedang sibuk membayar baju yang telah dipilih untuk dibeli, aku terus melangkah keluar mendapatkan lelaki itu yang sudah berlalu pergi.
Lupa terus aku tentang Ila kerana kaki saat ini ringan sahaja mahu ikuti jejak langkah ke mana lelaki itu pergi. Fikiranku kuat mengatakan yang aku kenal lelaki itu siapa. Tapi, aku lupa. Aku tetap mahu melihat wajahnya.
Aku mengikut jejaknya dari belakang. Keluar sahaja daripada butik jubah fesyen itu dan aku mula mengikut langkahnya. Dia berjalan masuk ke sebuah lorong. Sekarang aku sudah tidak jumpa dia.
Kiri, kanan, belakang dan depan aku berpusing-pusing mencari lelaki itu. Rasanya jarak kami tadi tidak lah jauh. Dekat aje. Kalau aku lari tadi, mungkin aku dah dapat jumpa dia dan halang jalan dia.
Aku masih bingung. Tertanya-tanya ke mana lelaki itu pergi.
Tiba-tiba, aku rasa ada seseorang dari arah belakangku menutup mulutku dengan sehelai kain. Membuatkan tubuhku secara automatik lemah. Bagaikan saat ini tubuhku melayang di atas udara. Tidak rasa apa-apa. Mata saat ini berat semacam. Mengantuk.
Akhirnya, tubuhku rebah sendirian. Aku tidak ingat apa-apa. Otak sudah tidak dapat berfungsi.
Share this novel