Pada malam itu, aku masih tidak senang duduk menunggu keputusan di pregnancy test itu. Rayyan masih setia menunggu di luar. Katanya tidak sabar mahu tahu keputusan itu.
Membulat mataku melihat di pregnancy test itu line nya dua. Positif!
Melompat aku seketika. Gembira yang teramat. Lantas aku keluar daripada bilik air berjalan mendapatkan suamiku yang sedang berada di balkoni bilik.
Senyuman cuba disembunyikan. Pregnancy test itu masih berada kemas digenggamanku dan disorokkan dibelakangku. Saja nak buat kejutan pada dia.
"Ehem.." Aku sengaja berdehem untuk dia memusingkan tubuhnya memandangku. Wajahnya kelihatan jelas yang dia sedang gembira dan tidak sabar. Aku masih lagi menyembunyikan senyuman.
"Macam mana, sayang?" Soalnya tak lepas-lepas memandangku. Masih menunggu aku untuk menjawab soalannya.
Aku hanya senyum kelat sambil menggeleng kepala. "Tak ada rezeki," gumamku perlahan. Riak wajah Rayyan serta-merta berubah.
Kecewa.
Dia sedikit menunduk. Bahuku diusap lembut. Aku dengan sedaya upaya menyembunyikan senyuman. Rasa bersalah pun ada buat dia begini.
"Tak apa lah sayang. Tak ada rezeki. Kita cuba lagi, insyaAllah dapat." Bicaranya bernada memujukku. Tetapi terselit mengusikku.
Melihat dia mula senyum menggoda padaku. Tawaku terus pecah. Lucu. Rasa tak sabar pun ya untuk aku tunjukkan pregnancy test itu pada Rayyan yang aku mengandung.
"Kenapa sayang ketawa?" Soalnya hairan.
"Nah..." Pregnancy test yang masih kemas disembunyikan di belakangku kini aku hulurkan pregnancy test itu padanya.
Dia berkerut dahi sambil menyambutnya. Aku masih ketawa kecil. Selepas dia melihat pregnancy test itu wajahnya kembali berubah gembira.
Lantas dia mendukung tubuhku lalu dipusing-pusing seperti kanak-kanak kecil sedang bermain-main dengan ayahnya. Aku ketawa lagi. Rayyan juga sama ketawa. Ketawa bahagia. Gembira.
"Alhamdulillah," ucap Rayyan. Tubuhku kembali diturunkan. Perasaan gembira masih ada. Tidak boleh tolak ke tepi. Gembira sungguh.
Lebar betul senyuman Rayyan. Melihat jelas wajahnya gembira.
"Abang dah agak dah, sayang mesti mengandung."
"Rezeki kita berdua."
"Esok sayang dah boleh check baby tu dah berapa minggu,"
Aku hanya mengangguk. Tak lama itu, tubuhku kembali di peluk erat oleh Rayyan. Aku lebih selesa berada di dalam pelukannya. Bahagia dan tenang.
"Thank you sayang," ucap Rayyan. Aku hanya membalas dengan senyuman manis.
"I love you so much!" Satu kucupan diberikan pada pipiku. Aku ketawa lagi. Lucu melihat gelagat manja Rayyan. Hati dan perasaan saat ini tak terkata. Bercampur. Gembira yang teramat.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
**********
Erat sungguh Ila memeluk tubuhku. Sudah tidak berani dia mahu jumpa aku di luar. Kali ini dia tetap berkeras mahu jumpa aku di rumahku. Dia melarangku untuk keluar rumah lagi setelah apa yang terjadi padaku pada tempoh hari lepas.
Bila aku ceritakan semuanya pada Ila, dia pun terkejut dan tak sangka yang Acap telah buat begitu pada aku. Malam hitam itu juga dia yang lakukan. Kerana mabuk cinta dan cintakan aku sangat, kini dia merempat di dalam penjara.
Aku masih sakit hati dengan dia. Tapi, benda dah jadi. Buat apa lagi berdendam dengan orang yang dah tak waras. Buang masa aje.
"Aku minta maaf tau. Sebab aku, kau jadi begitu pada tempoh hari lepas. Maafkan aku Rina sebab dah gagal jaga kau," sudah berkali-kali Ila meminta maaf padaku.
Aku ketawa kecil. "Tak apa lah, Ila. Aku bukannya mati pun. Alhamdulillah, aku selamat. Aku yang cuai, gatal sangat nak ikut jejak langkah orang tu. Lagipun, benda dah jadi, kan? Kita nak buat macam mana. Dah, dah. Kau jangan risau tentang tu. Duduk lah dulu, aku buatkan air untuk kau." Bicaraku pada Ila. Memujuk gadis itu agar tidak lagi rasa bersalah.
"Eh, tak payah! Aku dah minum dekat rumah. Kau jangan risau. Dah kembung perut aku ni. Tak perlu susah-susah," tolak Ila. Melihat wajahnya bercakap dah macam mak nenek. Melepas tawaku. Lucu pula melihat dia begitu.
Aku hanya akur. Kami sama-sama melabuhkan duduk di sofa empuk yang berada di ruang tamu. Ila tak habis-habis lagi daripada tadi dia asyik mengintip dan curi-curi lihat wajah mat salih Italy itu. Siapa lagi kalau bukan bodyguard Rayyan yang sedang menjaga kawasan perumahan ini.
Aku ketawa kecil. Memang gatal betul ya si minah ni. Dia yang nampak aku perasan, tawa kami sama-sama pecah. Ila tak sah tak buat lawak. Pasti sakit perut aku kalau melayan dia satu hari.
"Untuk kali keberapa entah lah aku pun tak tahu...Aku nak ucap lagi sekali, aku nak minta maaf untuk kejadian tempoh hari lepas tu. Aku pun tak sangka malam hitam itu terjadi pada kau perlakunya ialah Acap. And, aku pun puas hati sebab lelaki gila tu pun dah masuk penjara. Padan muka dia! And now, hidup kau pun dah aman damai. Tak perlu lagi stress-stress memikirkan dia yang sibuk kacau hidup kau. Pekerja-pekerja di kedai tahu yang Acap masuk penjara semua terkejut besar. Mereka pun tak sangka yang dia buat begitu pada kau. Apa-apa pun, aku nak minta maaf lagi sekali ya."
Panjang lebar Ila berbicara padaku terselit sedikit dengan ucapan bersungguh-sungguh daripadanya. Bersungguh-sungguh dia meminta maaf padaku.
Macam lah dia buat kesalahan besar sedangkan aku yang cuai tidak pandai jaga diri sendiri.
Aku ketawa kecil. "Kau ni, jangan lah salahkan diri kau. Aku okey lah. Lagipun, semua tu salah aku. Bukan kau. Jangan risau lah, Rayyan tak akan marah kau punya. Dia tahu yang aku salah. Dah, dah jangan salahkan diri kau. Pasal Acap tu kita lupakan aje. Kalau ingatkan balik buat sakit hati je." Kataku sambil menjeling ke tempat lain.
Betul-betul malas aku nak bercakap tentang lelaki gila itu. Aku dah anggap dia tidak wujud lagi di dunia ini. Nama Asyraf/ Acap sudah hilang di dalam kepala otak aku.
Malas nak ingat-ingatkan kembali. Benda pun dah jadi. Dah tak boleh salahkan takdir. Semua itu Allah yang aturkan.
Aku yang manusia biasa hanya mampu redha dan kuat menjalani pelbagai dugaan sepanjang kehidupanku.
Ila senyum lebar. Tanganku digenggam olehnya. "Alhamdulillah, kau selamat. Tu bahu kau tu dah okey ke? Aku dengar Tuan Rayyan kata, bahu kau tu hampir dicucuk." Ujar Ila.
Aku pula terus lupa tentang bahuku kerana sakit di bahagian bahuku itu sudah tidak terasa lagi sakitnya. Hanya tinggal kesan parut yang panjang. Ah, itu tidak teruk sangat pun. Tidak perlu dirisaukan.
"Okey je. Cuma tinggal parut." Balasku. Tetapi, di dalam hati tidak sabar mahu menyampaikan satu berita gembira pada Ila. Pasti gadis itu akan terkejut beruk bila aku sampaikan berita gembira ini padanya.
Aku senyum dahulu sebelum bersuara. "Ila, aku ada satu berita gembira nak bagitahu dekat kau." Aku mula bersuara. Senyuman tidak dapat disembunyikan lagi. Mekar di bibirku.
Ila berkerut dahi. Mungkin tidak faham dengan maksud aku.
"Berita gembira apa?" Melihat wajahnya jelas yang dia teruja ingin tahu. Aku ketawa kecil. Memang aku tak sabar sangat nak bagitahu dekat dia.
"Tak lama lagi, aku akan jadi...MAMA!" Jeritku gembira. Melihat wajah Ila jelas terkejut beruk. Aku melepaskan tawa lagi.
Ternganga dia mendengar kata-kata yang disampaikan olehku. Terlopong luas. Kalau boleh, lalat masuk ke dalam mulut dia pun dia tidak sedar.
"Serius lah? Kau mengandung?" Soalnya kembali. Aku mengangguk laju-laju sambil senyum gembira.
"Ya Allah, Rina! Kau tak lama lagi akan jadi mama lah!" Pelukan kami berdua kembali bersatu. Erat dia peluk tubuhku.
"Tahniah, Rina!" Jerit Ila gembira. Perasaan kami berdua saat ini tak terkata.
"Thank you. Nanti kau doakan lah agar anak dalam perut aku ni babygirl." Kami sama-sama ketawa kecil.
"Aamiin insyaAllah. Nanti jangan lupa tengok gambar anak mat salih yang babygirl mata biru. InsyaAllah, nanti dapat anak bermata biru." Pecah lagi tawa kami bersama. Gembira.
"Oky, nanti aku beli baju baby untuk anak kau!''
Ada-ada sahaja Ila ini. Perutku masih kempis. Belum lagi memboyot dia sudah teruja mahu beli baju bayi. Anak di dalam perut ni pun belum tentu anak perempuan.
"Alhamdulillah, syukur. Rezeki kau dan Rayyan." Ucap Ila lagi. Gembira tak terkata melihat sahabatnya mengandung. Aku senyum lebar.
Tetapi, disebalik hatiku yang gembira ini terselit sedikit perasaan sedih, kecewa serta gembira. Rasa tak sabar nak sampaikan berita ini pada seseorang pun ya.
"Hoi, kau ni dah kenapa? Termenung pula." Aku meraup wajah. Terkejut dengar sergah Ila itu.
"Rina, kau ni asal? Kau okey ke tak ni?" Soal Ila lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab olehku.
Wajah kembali diangkat lalu aku memandang di sebelahku. Lama aku memandang wajah sahabatku sebelum nafas berat di helakan.
"Aku tak sangka yang Alya bersepakat dengan Acap untuk jatuhkan aku. Dia nak rampas Rayyan daripada aku," bicaraku buatkan wajah Ila berubah. Terkejut!
"Alya? Perempuan gedik tu? Dia bersepakat dengan Acap nak jatuhkan kau?" Soal Ila bertalu-talu.
Aku senyum kelat sebelum mengangguk lemah. "Macam mana kau tahu?" Soal Ila lagi.
"Aku dengar perbualan mereka berdua secara senyap-senyap sebelum Acap masuk penjara. Tak sangka kakak sendiri rela buat adik sendiri menjadi hidup menderita." Aku menunduk sedikit memandang lantai putih bersih itu dengan hati yang terlalu sebak.
Sedih. Kakak sendiri mengkhianat adik sendiri. Gembira melihat aku menderita sakit dan dia pula seronok merampas hak milik orang.
Aku termenung seketika sebelum kembali terkejut apabila terasa bahuku diusap lembut oleh Ila. "Sabar lah, Rina. Aku tahu kau kuat. Kau kena juga pertahankan rumahtangga kau. Jangan biarkan perempuan gedik tu rampas Rayyan daripada kau." Ujar Ila separa memujuk aku.
Aku senyum sebaris. Menguatkan hati sendiri. "Kurang ajar betul dia tu. Sanggup buat adik sendiri menderita dan gembira melihat adik dia begini. Tak guna punya kakak." Bebel Ila buatkan aku kembali ketawa kecil.
Bila bersama dia, rasa sedih itu hilang sedikit demi sedikit kerana Ila seorang penghiburkan orang. Aku peluk bahunya. Tanpa dia, pasti hidupku akan lebih teruk.
"Thank you tau selalu ada di sisi aku. Kau kawan baik aku sampai ke tua. Biarlah kita mati nanti sama-sama." Pecah tawa kami bersama.
"Apa kau cakap ni, Rina. Tak mungkin lah kita mati sama-sama. Kalau mati pun, mungkin aku yang mati dulu baru kau. Ajal, maut, jodoh semua ditangan tuhan. Kita aje perlu bersedia." Bicara Ila sambil membalas pelukanku.
"Kau jangan lah sedih-sedih. Kalau minah gedik tu ada buat kau lagi, kau bagitahu aku. Nanti aku tarik rambut dia sampai botak licin. Sekarang geng dia dah masuk penjara. Mesti sekarang dia dah tak ada geng." Bebel Ila lagi yang masih tidak puas hati dengan Alya.
Aku ketawa kecil. Sebaliknya memang aku sedih pun kerana Alya sanggup buat begitu pada aku.
Entah kenapa, saat ini aku teringat akan mak su. Rindunya aku pada mak su. Rindu sangat-sangat. Kalau aku bagitahu dekat mak su yang aku mengandung mesti dia gembira, kan.
Tak sabar nak bagitahu dekat mak su esok. Rindu dekat dia. Teringat mak su, teringat aku pada arwah nenek, arwah mak dan arwah ayah. Kalau mereka masih ada, pasti mereka orang pertama yang gembira apabila dapat tahu aku mengandung.
Ah, mahu menitis air mataku. Sebak di dada cuba aku tahankan. Dalam hati berdoa kepada Allah agar arwah nenek, arwah mak dan arwah ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Rina rindu nenek, mak dan ayah!
*********
"Assalamualaikum, mak su!"
Daripada semalam lagi aku tak sabar sangat nak jumpa dengan mak su nak sampaikan berita gembira ini pada mak su.
Rasa tak sabar tu kalau boleh malam semalam aku nak ke rumahnya. Tetapi dihalang oleh Rayyan. Mahu tergelak aku. Perasaan tak sabar tu dah membuak-buak sangat daripada semalam.
"Waalaikumusalam, Rina!" Jerit mak su gembira apabila melihat aku datang ke rumahnya. Perlahan-lahan dia turun daripada tangga rumahnya itu lalu memeluk erat tubuhku.
"Ya Allah, rindunya mak su dekat kamu. Dah lama betul tak nampak kamu. Ke mana kamu pergi? Haih, dah lama tak nampak makin bertambah berseri-seri pula anak saudara aku ni."
Aku ketawa kecil mendengar kata-kata mak su itu. Berseri-seri sebab aku dah mengandung. Lebar senyuman aku hadiahkan pada mak su.
"Maaflah mak su. Rina sibuk sikit," bohongku. Sebaliknya banyak dugaan yang menimpaku. Aku tidak mahu ceritakan semua itu pada mak su. Takut nanti dia risaukan keadaan diriku. Alhamdulillah, aku baik-baik sahaja. Aku tidak mahu mak su lagi bertambah risau.
"Hari ni Rina free tu yang Rina datang ke sini. Rindu dengan mak su." Aku mengucup pipinya. Rindu yang teramat.
Mak su pun aku dah anggap dia seperti mak aku sendiri. Kami sangat rapat. Apa-apa masalah semua aku luahkan padanya. Dia banyak beri aku semangat.
Semakin aku rapat dengan dia semakin aku sayang padanya. Tak boleh tak jumpa dia, mesti kena jumpa. Kalau tak jumpa dia sehari, mahu menangis aku. Rindu!
"Eh, mari lah masuk. Mak su ada masak sikit tu. Nanti kita makan bersama-sama ya." Ujar mak su lalu menarik lenganku untuk naik masuk ke dalam rumahnya. Aku hanya akur. Berjalan masuk ke dalam rumah bersamanya.
Siap bawa aku ke dapur lagi. Menunjukkan masakan yang di masak oleh mak su tadi. Wah, lauk kegemaran aku! Ayam masak merah dan udang masak tempoyak!
Mahu terkeliur melihatnya. Bersinar-sinar mataku melihat lauk yang sudah terhidang di atas meja itu. Haih, mak su ni macam tahu-tahu aje yang aku tengah lapar sekarang.
Tapi, aku sedikit hairan lah. Ke mana kakak aku ya? Walaupun aku ada perasaan benci padanya, tetapi tetap terselit sedikit perasaan sayang terhadapnya.
Kakak sendiri. Siapa aje tak sayang? Pasti lah sayang. Darah daging kita tu.
Mungkin dia keluar. Aku malas nak fikirkan tentang dia. Biar lah dia nak ke mana pun janji dia tidak lagi kacau hidup aku dan Rayyan.
Aku yang gatal tangan mencapai mangkuk berisi udang tempoyak itu lalu aku hidu baunya. Ah, enak. Buatkan aku lagi bertambah lapar.
Tapi...
Wajahku mula berubah. Telan liur seketika. Tekak dah mula rasa lain macam. Cepat-cepat aku berlari ke singki dapur melepaskan apa yang akan keluar daripada mulutku itu.
"Uwek!"
Mak su yang mendengar aku muntah laju sahaja mendapatkan aku. Ditepuk lembut belakangku. Aku tahu dia panik. Tapi, aku sudah biasa dengan ini.
Tidak boleh bau benda yang tak kena dengan tekak pasti akan muntah. Ah, ini lah kehidupan ibu mengandung. Setiap hari akan muntah jika bau benda yang tidak kena dengan tekak.
"Ya Allah, kenapa ni Rina? Rina okay tak ni? Kita pergi klinik nak?" Bertalu-talu mak su menyoal. Melihat wajahnya sudah panik. Risau melihat keadaanku.
Cepat-cepat aku mencuci mulut dan kembali memandang wajah mak su disebelah aku. Masih panik. Aku menahan ketawa.
"Maaf mak su. Rina tak boleh lah bau benda-benda yang tak kena dengan tekak. Mesti akan muntah. Maaf mak su." Ucapku. Takut pula jika dia ingat aku muntah sebab bau makanan dia yang tidak sedap sebaliknya ibu mengandung memang begini.
Tak lama itu, wajah mak su berubah. Aku pula yang pelik. Wajahnya berubah bertukar gembira. Lebar dia senyum kepada aku.
Aku masih bingung dan tertanya-tanya.
"Rina mengandung ke?" Soalnya dengan bernada sungguh gembira.
Aku terkedu seketika. Macam mana mak su tahu? Lah, baru aje nak buat kejutan untuk mak su. Tapi, mak su dah dapat tahu pula. Biasa lah, orang dulu-dulu seperti mak su ini banyak pengalamannya dan dia juga tahu perangai orang mengandung itu macam mana.
Aku yang tidak dapat sembunyikan senyuman, mekar dibibir. Lebar senyumanku. Aku mengangguk beberapa kali. Ya, aku mengandung dan tak lama lagi aku akan jadi ibu kepada anak-anakku.
"Ya Allah, betul ke ni? Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Rezeki kau orang berdua." Nada suara mak su kedengaran jelas gembira. Tak jadi terus aku nak buat kejutan kerana dia telah pun tahu lebih awal.
Tubuhku terus dipeluk erat oleh mak su. Gembira. Aku juga membalas pelukannya. Gembira itu tak terkata. Gembira sangat-sangat.
"Patut lah sibuk sampai tak dapat nak jumpa dengan mak su. Rupa-rupanya tengah buat anak," usik mak su buatkan wajah aku berbahang.
Tersentak aku mendengar kata-kata usikkan daripada mak su. "Err...Eh, mana ada mak su. Isy, mak su ni. Nak kena ni," aku mencebik buat-buat marah.
Mak su ketawa kecil. "Haih, kalau anak perempuan mesti cantik macam kamu Rina. Kalau anak lelaki pula mesti kacak macam ayahnya. Rayyan tu dah lah muka kacukan. Handsome pula tu." Aku senyum mendengarnya. Tersipu-tersipu malu.
"InsyaAllah, mak su."
Bersyukur sangat kepada Allah. Semua ini rezeki daripada Allah. Aku gembira sangat-sangat. Terima kasih, ya Allah. Melihat wajah mak su gembira sangat-sangat.
"Wow, dah pregnant. Congrats." Suara itu buatkan mak su dan aku sedikit tersentak. Aku terkaku sendiri melihat Alya muncul di dapur itu.
Riak wajah mak su mula berubah apabila melihat kemunculan Alya di situ. Dia memeluk tubuh sambil tersenyum sinis.
"Aku dengar Acap masuk penjara sebabkan kau. Betul ke?" Dia mengangkat kening sebelah sambil senyum sinis.
Apa?! Sebabkan aku?! Aku sedikit terkejut. Sebabkan aku Acap masuk penjara. Ah, rasa nak aje maki dia! Dia yang tak tahu apa-apa langsung sahaja mahu tuduh aku.
"Kalau kau nak tahu kesalahan dia sebab apa, kau boleh tanya pada diri kau sendiri lah, kak. Kau yang bersepakat dengan Acap nak jatuhkan aku! Dan, kau juga nak rampas Rayyan daripada aku. Macam tu?!" Ujarku dengan nada sedikit meninggi.
Wajah Alya sedikit berubah. Terkejut gamaknya kerana aku sudah tahu rancangannya untuk seterusnya. Aku pula yang senyum sinis.
"Apa?! Kau nak jatuhkan Rina sebab kau nak rampas Rayyan daripada Rina?! Hei, Alya. Kau ni dah gila ke apa hah?! Kau sanggup buat begitu pada adik kau sendiri demi kepentingan diri kau. Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni, Alya?!" Marah mak su. Melihat dia juga terkejut apabila dia mendengar kata-kataku itu tadi.
"Aku dengar sendiri, kak. Kau bercakap apa dengan Acap. Aku dengar semuanya! Sampai hati kau kak, buat aku macam ni." Air mata mula mengalir jika diingat-ingatkan kembali kata-kata Alya dan Acap dahulu.
Mereka mahu buat hidup aku terseksa. Seronok melihat aku terseksa. Sungguh sakit hati ini. Hanya Allah aje tahu. Tapi, mereka lebih suka buat begitu pada aku.
"Hei, kau diam lah! Memang aku suka pun tengok kau menderita! Kau memang tak layak lah dapat kebahagiaan ni! Rayyan milik aku, bukan milik kau!" Bentaknya bagaikan orang gila.
"Kau dengar sini, hidup kau akan lebih teruk daripada ini. Jangan ingat Acap dah tak ada kau selamat Rina. Aku akan balas lagi lebih teruk daripada ini! Semua ni sebabkan kau, Acap masuk penjara!"
Aku mendekatinya. Panas hati ini tak boleh ditolak ke tepi. Renungan tajam aku berikan padanya. "Kau nak Rayyan? Ambil lah. Aku tak kisah. Sikit pun aku tak menyesal. Tapi, kau ingat. Apa yang kau buat semua ni dekat aku, akan terbalas balik kepada diri kau! Tuhan tu ada. Aku percaya satu hari nanti Allah akan balas balik pada kau dengan apa yang kau dah buat pada aku! Aku manusia biasa. Aku tiada hak untuk menghukum orang. Kau tunggu lah balasan kau, Alya! Aku benci dapat kakak seperti kau! Dasar perempuan tak sedar diri!"
Aku rasa ayat itu mampu buat hatinya terluka. Tetapi, aku sedikit terluka tersakiti apabila dia melayangkan satu penampar di pipiku. Tetapi, sebaliknya aku puas hati kerana telah buat dia sakit hati!
"Hei, sudah lah tu! Alya, kau ni dah kenapa hah?!" Marah mak su sambil menarik tubuhku menjauhi dengan perempuan tidak guna itu.
"Mak su pun sama! Bila mak su dah berbaik dengan perempuan tak guna ni, mak su nak tolak Alya ke tepi pulak? Nak lebihkan perempuan ni? Hei, mak su. Tunjukkan diri mak su tu yang sebenar. Sebenarnya, mak su tu hanya pura-pura baik aje. Mak su tak payah lah nak acah-acah baik sedangkan mak su tu bertopengkan syaitan!"
Pang!
Alya pula yang makan penampar mak su. Wajah gadis itu tertoleh ke tepi. Dia memegang pipinya yang terasa perit apabila ditampar oleh mak su. Aku pula yang berasa puas hati.
"Kau jangan nak main cakap aje aku macam tu! Apa yang kau cakap tu semua ada pada diri kau! Semua yang kau cakap tu ialah diri kau. Kau tu lebih daripada bertopengkan syaitan. Perangai kau tu lebih kalahkan iblis!" Bentak mak su sambil merenung tajam ke arah Alya.
Aku melihat Alya masih tidak puas hati. Dia membalas renungan tajam pada mak su. "Okay, fine! Untung kau Rina, hidup kau dah lengkap dengan kebahagiaan. Tak apa. Kau tunggu satu hari nanti, aku tak akan biarkan kau bahagia!"
Dia terus berjalan keluar daripada rumah ini. Aku masih teresak-esak menangis. Mak su terus mendapatkan aku. Dipeluk erat tubuhku.
"Rina, jangan percaya dengan kata-kata dia. Mak su merayu sangat. Mak su bukan apa yang Alya cakap. Mak su bukan macam itu. Mak su sayangkan Rina." Bicara mak su sambil teresak-esak menangis.
"Kenapa dia buat macam ni dekat Rina, mak su? Kenapa dia sanggup buat Rina macam ni, mak su? Apa salah Rina?"
"Tak, Rina. Rina tak salah pun. Dia dah gila!" Sisa air mataku diseka oleh mak su.
Hati ini terluka. Terguris. Sakit sangat. Tak sangka Alya masih tidak puas hati dengan aku. Semua yang terjadi pada aku itu ialah rancangan daripada Alya.
Ya Allah, kenapa dia sanggup buat aku macam itu? Kenapa dia benci sangat dengan darah daging dia sendiri? Apa yang dia tak puas hati dengan aku?
Sumpah, aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila! Aku benci dapat kakak seperti dia! Dia tak layak jadi kakak aku!
***********
Aku cepat-cepat menyeka air mataku apabila terdengar pintu bilik sedikit terkuak menandakan ada seseorang masuk ke dalam bilik ini.
Wajah cuba di maniskan walaupun sebaliknya masih terasa sakit dan terluka. Kata-kata Alya pada petang tadi masih terngiang-ngiang dipeluput telingaku.
Aku cuba senyum manis pada Rayyan yang mula berjalan menghampiriku. Aku membetulkan kedudukanku bersandar pada kepala katil. Masih buat-buat tenang.
"Kenapa ni? Abang tengok sayang macam tak ada mood je?" Soalnya sambil berjalan menghampiriku. Aku kuatkan diriku lagi. Dada yang mula rasa sebak cuba ditahankan.
Senyuman tetap mekar di bibir. "Tak ada apa lah, abang. Khai okey je." Tetap tersenyum.
Rayyan sudah pun tahu yang mak su mula berbaik dengan aku. Mula-mulanya dia seperti tidak percayakan mak su. Tapi, bila dia melihat mak su semakin lama semakin rapat dengan aku, dia mula percaya yang mak su sudah betul-betul berubah dan mula berbaik dengan aku.
Cuma...Alya. Ya, kakak aku. Hanya dia aje yang masih tidak puas hati dengan aku. Nafas berat aku helakan. Masih terasa betapa beratnya dugaan yang aku hadapi saat ini.
"Sure? Abang tak rasa yang sayang okey. Mesti ada sesuatu perkara yang sayang sorokkan daripada abang." Rayyan tetap berkeras ingin tahu. Lama ditenung wajahku.
Aku senyum tawar. Bersedia untuk menceritakan tentang ini pada Rayyan.
"Kakak..." Hanya sepatah perkataan sahaja aku sebut. Dada mula sebak kembali. Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Tidak dapat tahankan lagi sebak di dada saat ini.
Berubah wajah Rayyan. Aku sedikit menunduk. Menahan air mata agar tidak mengalir di pipi.
"Dia buat apa dengan Khai?" Soal Rayyan dengan bernada sedikit keras.
Dia tidak menyukai jika ada seseorang berniat jahat mahu kenakan aku. Jadi, benar. Dia sudah menepati janjinya yang dia mahu lindungi dan menjaga aku.
Bersyukur kepada Allah aku mendapat suami seperti insan dihadapanku ini. Walaupun wajahnya beku tetapi disebaliknya hatinya sungguh baik.
"Tak. Cuma, Khai sedih. Dia pentingkan diri sendiri. Sanggup jatuhkan adik sendiri. Darah daging dia sendiri. Khai sedih, bang. Dia suka tengok hidup Khai terseksa. Dia nak rampas orang yang Khai sayang." Aku mula meluahkan segala-galanya yang terbuku dihati.
Air mata mula mengalir laju. Tangan Rayyan aku capai. Sumpah aku tidak boleh berjauhan dengan dia. Tak jumpa dia sehari pun aku dah menangis entah apa lagi jika dia dimiliki oleh orang lain.
"Khai tak nak kehilangan abang. Kalau di takdirkan abang bersama Alya, Khai betul-betul tak boleh terima." Luahku lagi. Sejujurnya, aku memang tidak boleh terima semua ini jika hal yang aku cakap itu benar.
Kepalaku diusap lembut oleh Rayyan. Dia senyum lebar. Selebar-lebarnya sehingga menimbulkan lesung pipitnya. Aku yang sedih terus tak jadi sedih. Cair pula jadinya.
"Apa sayang cakap ni? Abang kan hak milik pada Nur Khairina Aulia. Kenapa pula pada Alya. No, sweetheart. Abang hanya untuk sayang seorang sahaja. Jangan lah sedih-sedih macam ni. Tahu tak, satu kata-kata yang sayang sebut tu boleh dijadikan doa tau. So, jangan cakap lagi. Kita cakap yang baik-baik, insyaAllah semuanya baik-baik sahaja."
Nada suaranya seperti memujuk aku yang sedang teresak-esak menangis. Air mataku yang jatuh di pipi diusap lembut olehnya. Aku mencuba untuk tersenyum lebar sepertinya. Menguatkan hati yang masih sakit.
Benar kata-kata Rayyan. Satu kata-kata yang kita tidak mahu terjadi, jangan lah cakap. Takut satu hari nanti akan terjadi betul-betul.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Mencuba melupakan segala-galanya yang boleh buat hati aku terluka sakit.
Wajah kembali diangkat. Memandang wajah putih bersih lelaki dihadapanku itu dengan senyuman manis aku hadiahkan padanya.
"Abang janji tau, jangan tinggalkan Khai." Aku mengangkat jari kelengkengku pada Rayyan. Sengaja nak buat perangai macam budak-budak kecil.
Rayyan ketawa kecil. Tenang hatiku melihat wajah mesranya. "Ya, sweetheart. I'm just for you forever. I promise, sayang." Lembut dia menyebut kata-kata itu. Jari kelengkengnya bersambung dengan jari kelengkengku. Aku ketawa kecil.
"I love you," ucapku ikhlas.
"Ti amo anch'io piccola." Balasnya dengan senyuman manisnya.
Aku sedikit berkerut dahi. Tidak faham maksud yang dikatakan oleh Rayyan. Melihat wajah aku yang blur itu, Rayyan melepaskan tawanya. Bertambah blur aku melihat dia ketawa. Apa yang lucu?
Ah, ini mesti sempat mengutuk aku kan? Sengaja kutuk aku dalam bahasa Italy dia tu!
"Isy! Apa yang abang cakap tu? Mesti abang kutuk Khai, kan? Eee! Tak suka lah macam ni!" Marahku sambil memeluk tubuh dan memuncungkan bibir. Betul-betul merajuk ya! Geram pula aku saat ini melihat dia masih tidak henti-henti ketawa.
"Alololo...Merajuk pula sayang abang ni? Jangan lah merajuk sayang. Tengok bibir tu, muncung betul. Nanti abang kiss baru tahu." Berbahang wajahku.
Menukar posisi wajah apabila dia berkata begitu. Bibir yang terlalu muncung tadi cepat-cepat aku ketap. Malunya!
Rayyan ketawa lagi.
"Sayang jangan lah salah faham. Itu kata-kata yang boleh buat sayang cair tau," bicaranya sambil melepaskan sisa tawa kecilnya.
Aku sorokkan senyuman. "I love you too, sweetheart." Bisiknya romantik di telingaku. Aku koyak senyum. Tidak boleh sembunyikan lagi senyuman ini. Hidung dah kembang kempis saat ini. Hati tak payah cakap dah, berbunga-bunga.
Jadi baru aku tahu, itu lah maksudnya. Haih, kena masuk kelas bahasa Italy ni. Senang aku nak balas kata-katanya lagi jika dia berbicara dalam bahasa Italy.
Seketika kemudian, suasana menjadi sunyi sepi. Rasanya tak lama. Dalam beberapa saat, tawa Rayyan melepas lagi apabila terdengar satu suara dari arah perutku.
Perut mula bernyanyi. Tapi memang tak tipu pun. Aku memang dah lapar sangat sekarang ni. Tadi nak makan tapi tak jadi sebab nak menangis semahu-mahunya bila teringat kembali kata-kata Alya itu.
Tapi, semua itu aku hanya tolak ke tepi. Tak mahu ingatkan semua itu lagi. Buat sakit hati aje.
Aku sengih kecil. Malu pun ada. "Sayang dah lapar mesti baby pun dah lapar. Kan sayang?" Perutku yang masih kempis itu diusap lembut oleh Rayyan. Aku ketawa kecil.
"Okey, jom. Kita makan. Abang ada masak sikit untuk sayang," terkejut aku mendengarnya. Dia masak? Bila masa dia masak? Aku tak tahu pun.
"Abang masak?" Soalku terkejut.
"Yup. Kenapa? Tak percaya ke yang abang boleh masak?" Dia angkat kening sebelah sambil tersenyum senget.
Lah, ingatkan muka ketat mafia macam dia ni tak pandai masak. Rupa-rupanya, sebalik muka ketat mafia dia ini berbakat dalam memasak. Huh, senang aku nak buli dia lepas ni.
Tapi, rasa berdosa pula buat dia macam itu. Ah, tak apa lah. Sekali sekala. Lepastu aku berjanji dah tak nak buat lagi, hihihi.
"Wow, mesti sedap kan. Jom, Khai tak sabar nak makan. Lapar sangat dah ni. Mesti baby pun lapar," bicaraku lalu berjalan turun daripada katil.
Aku sedikit terjerit kecil apabila tubuhku didukung oleh Rayyan. Haih, suka sangat buat aku terkejut.
"Eh, tak payah lah nak dukung-dukung. Khai boleh jalan lah." Aku cuba untuk turun, tetapi dia masih kuat mendukung tubuhku.
"Khai tu jalan lambat sangat, tu yang abang dukung Khai. Senang sikit. Cepat sampai dekat bawah. Lagipun, sekarang sayang dah makin berat ya. Gemuk!"
Aku yang mendengar ayat akhirnya itu laju sahaja aku tepuk dada bidangnya. Geram! Pandai-pandai aje cakap orang gemuk!
Dia langsung tidak memberi apa-apa reaksi apabila terkena pukulan daripadaku di dadanya. Mungkin itu tidak cukup kuat pada tubuh sasanya itu. Dia ketawa kecil lalu berjalan keluar daripada bilik itu.
Share this novel