"Wow, dah kahwin rupanya si Rina ni. Tak ajak aku pun," sengaja Afiq kenakan aku sewaktu aku sedang sibuk mengemas dapur.
Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Kami perlu segera tutup kedai. Berbahang juga aku apabila dia cakap begitu. Melihat dia sudah sengih-sengih.
"Eleh, kau pun sama. Dah bertunang tak cakap pun." Giliran aku pula yang kenakan dia.
Dia sudah bertunang, tetapi hanya senyap tidak memberitahu pada sesiapa pun pada rakan sekerjanya termasuk lah aku yang masih tertanya-tanya. Dapat tahu pun daripada Ila.
Ila kalau kaki korek rahsia tentang orang memang dia nombor satu. Suka sangat korek rahsia seseorang sampailah dia menemukan jawapan itu, terus sahaja berita itu sampai ditelingaku.
Afiq sengih menampakkan giginya. Aku ketawa kecil. Afiq juga apa kurangnya, dia seorang lelaki yang suka hiburkan rakan-rakannya di tempat kerja ini. Kalau tiada dia, mahu senyap sunyi di kedai ini.
Kalau ada dia, kedai ini dah macam tempat pasar. Punya lah bising. Siap pasang lagu lagi, katanya mahu hilangkan bosan sebab kami yang perempuan ini banyak pendiam termasuk lah aku. Aku hanya bermulut itik pada orang yang aku rapat. Kalau dengan orang yang tak seberapa aku rapat, automatik aku jadi budak baik. Pendiam.
Kalau Afiq dengan Ila, memang dah tak payah cakap. Bergossip tu kalahkan makcik-makcik bawang yang ada di kampung aku.
"Nasib baik tau aku dapat tahu yang kau dah kahwin, kalau tak dah lama aku try kau. Mana tahu dapat," pecah tawa kami bersama. Masuk air betul lah si Afiq ni.
"Ni kalau tunang kau dengar ni, mahu dia seret muka kau dekat jalan tar tu! Jangan nak jadi buaya darat pula. Ingat, kau tu tunang orang."
Dia ketawa lagi. Tak kering gusi kalau layan si mamat sengal sebelah aku ni.
"Rina, selama ni kau ada nampak Acap tak?" Soalnya tiba-tiba buatkan aku yang tadi sedang sibuk mengelap meja terhenti dengan persoalannya itu.
"Entah. Aku pun dah jarang jumpa dia," balasku padanya. Tetapi masih hairan apabila Afiq bertanyakan soalan itu padaku.
"Kenapa kau tanya aku? Bukan ke kau yang paling rapat dengan dia?" Soalku pula pada Afiq yang masih tertanya-tanya di manakah rakannya itu menghilang?
"Aku pun dah jarang jumpa dia. Contact dengan dia pun dah jarang. Aku pun tak tahu dia pergi mana. Jangan sampai satu hari nanti, jumpa aje dengan dia, tengok-tengok dia dah ada anak dua."
Haih, kan aku dah kata, kalau dilayan si Afiq ni memang tak kering gusi. Perut aku yang sakit tak habis-habis ketawa. Pecah terus tawa kami bersama.
"Macam kau. Tahu-tahu aje dah kahwin."
Aik, aku pula? Aku ketawa lagi. Afiq pula yang menyambung tawanya.
"Bagus lah tu kalau dia dah kahwin. Aku tak nak lah dia asyik ganggu hidup aku. Kalau aku boleh tukar isi hati dia tu untuk hilangkan perasaan cintanya pada seseorang, dah lama aku tukar awal-awal hati dia tu agar dia sikit pun tak ada perasaan cinta pada aku."
Alamak, entah kenapa aku terlepas cakap tentang itu. Melihat wajah Afiq mula berkerut-kerut. Tidak faham apa yang dikatakan olehku. Aku teguk liur.
Macam mana lah boleh terlepas cakap ni?!
"Kenapa? Acap masih sukakan kau ke?" Soal Afiq ingin tahu. Wajahnya jelas sedang bingung dan sedang menunggu jawapan daripada aku.
Aku senyum sebaris. Tidak mahu bercakap tentang itu pada Afiq kerana aku sudah terlepas cakap. Selesai aku kemas di dapur itu, kini tugasku pula perlu mencuci pinggan. Laju aku melangkah ke tempat mencuci pinggan. Menjalankan tugas untuk seterusnya.
"Eh, Rina! Aku tanya kau ni. Mana lah tahu aku boleh hempuk sikit Acap tu. Biar dia sedar yang kau ni isteri orang dan insyaAllah dia tak akan ganggu hidup kau lagi." Aku melihat sepertinya Afiq tidak puas hati apabila aku tidak menjawab soalannya.
Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. "Isy, kau ni...Tak ada apa-apa lah. Dah, buat kerja cepat. Lagi berapa minit je lagi dah nak balik. Nanti tak pasal-pasal kak Milah mengamuk. Telinga kau juga yang berdarah nanti." Bebelku sambil senyum kecil.
Kelihatannya dia sedikit mengeluh. Afiq dengan Ila memang sama. Dua orang ni kalau bab korek rahsia orang, memang laju je. Aku ketawa kecil.
"Eleh kau, dah kahwin semua benda nak berahsia ya?" Pecah tawaku.
Aku dah agak dah, pasti dia akan cakap begitu. Perkahwinan kami juga yang disalahkan. Aku geleng kepala sambil melepaskan sisa tawaku.
Afiq kulihat sudah menjeling tajam ke arahku. Kalau tak dapat sesuatu benda yang dikorek itu pasti dia mahu ungkit atau menyalahkan sesuatu perkara terhadap diriku. Itu lah rakan-rakan sengal aku.
Ada yang masuk air, ada yang sengal dan ada juga yang suka hiburkan orang. Tapi satu perangai rakanku yang aku tidak suka ialah...
Acap.
Kenapa dia masih simpan perasaannya padaku? Kenapa terselit juga rasa cintanya padaku? Aku gadis biasa. Dan kenapa dia tidak boleh lupakan aku dan anggap aku hanya kawan rapat dia?
"Hoi, berangan nampak?" Tersentak aku apabila disergah oleh Afiq yang turut sama denganku mencuci pinggan.
"Isy, kau ni terkejut lah aku..." Marah aku padanya, dia pula yang berkerut dahi apabila aku menyalahkannya.
Pecah lagi tawaku. Lihat wajah dia pun aku dah gelak, dia tak bersuara pun aku dah gelak entah apa lagi dia membuat lawak. Memang sakit lah perut aku layan dia.
"Aku pula yang salah?" Soalnya seperti tidak percaya aku salahkan dia.
Aku ketawa lagi. Hadoi, ni lah satu-satunya kalau aku bertugas bersama Afiq, pasti tak jalan kerja. Hanya lepaskan tawa aje. Kalau kak Milah nampak kami berdua begini, automatik telinga kami berdua dapat bebelan daripada Kak Milah.
"Mana aku tak marahnya, kau sergah aku. Terkejut aku tau." Aku jeling dia.
"Ada kena tepuk juga dahi minah ni kang! Aku tadi bukan main lembut aku panggil kau, kau tu je yang berangan panjang. Kenapa, teringat dekat cik suami ke?"
Eh, eh...Dia pula yang usik aku. Melihat dia sudah sengih-sengih gatal. Geram aje aku dengan dia ni. Rasa nak aje tarik telinga capangnya itu.
"Eee! Kau ni, mana ada!" Jelingan maut aku hadiahkan pada Afiq yang sudah pecah tawanya. Ketawa kenakan aku. Kalau dihalalkan, nak sahaja aku tarik-tarik telinga mamat ni biar terus cabut.
Aku menjeling sekilas ke arah jam. Dah tepat pukul 7 malam. Melihat di depan sudah siap kemas. Kerusi pun sudah di angkat dan disusun di atas meja. Melihat Ila pula sedang mengira duit di tempat kaunter.
Tinggal aku aje dengan Afiq yang daripada tadi ketawa tak habis-habis. Aku menoleh memandang mamat disebelahku itu.
Terbeliak biji mataku melihat dia sudah selesai mencuci pinggan. Cepatnya mamat ni cuci? Walaupun dia banyak gelak, tapi tangan laju bekerja. Aku ni? Habiskan ketawa aje. Lepastu perut sakit sebab banyak ketawa.
"Okey, bye Rina. Aku nak balik dulu. Nak jumpa tunang aku. Ah, rindu dekat dia..."
Aku jeling Afiq yang sudah gatal mengingati tunangnya itu. Ada dua cara buat Afiq senyum lebar. Apabila mengingatkan tunangnya dan baru dapat tahu gaji masuk. Hah, dua tu kalau dia ingat, pasti senyum lebar dan senyum miang.
Hari-hari datang kerja kalau tahu esok gaji masuk. Hari-hari tersenyum lebar kalau berborak tentang tunang dia. Hah, itu lah Afiq Syukri. Kalau datang perangai masuk air dia tu, nak aje aku hempuk kepala dia. Sengal sangat.
"Err...Afiq! Alah kau ni, kata best friend aku. Susah senang sentiasa ada. Tapi sekarang asal kau tinggalkan aku time aku susah. Tolong lah aku cuci pinggan ni sekali. Please..." Aku buat muka comel harap sangat si mamat ni setuju nak tolong aku. Susah sikit nak pujuk dia ni.
Tak sempat Afiq bergerak pergi aku sudah merayu-rayu padanya agar dia tolong aku mencuci pinggan-pinggan yang sudah tinggal sedikit.
"Isy, ya lah. Kau ni..." Marahnya pula. Aku ketawa kecil.
Afiq seorang hati tisu. Tengok je muka dia macam jantan. Tapi, hati lembut. Kaki K-drama juga si mamat telinga capang ni. Kalau ada drama yang sedih, memang menangis bagaikan tunang dia sedang curang.
Dia kembali berjalan mendapatkan aku dan berdiri di sisiku lalu kami bersama-sama menjalankan tugas yang tinggal lagi sedikit untuk diselesai.
*********
Sumpah badan aku saat ini sangat letih. Penat. Aku rasa sekarang ni hanya nak satu aje. Katil. Dapat sahaja baring, confirm terus dibuai mimpi.
Malam ini Rayyan tidak dapat mengambil aku pulang. Katanya dia sedikit sibuk di hospitalnya. Mungkin masih ramai pesakit.
Aku tidak kisah tentang itu. Itu kan tugasnya. Buat apa aku nak sibuk. Kaki melangkah masuk ke dalam kawasan rumah besar itu.
Aku teguk liur seketika. Langkah berat untuk berjalan masuk ke dalam rumah itu. Jantungku makin hebat berdetak dengan sungguh laju.
Entah kenapa, aku sedikit takut untuk berseorangan ketika berada di dalam gelap. Lagi-lagi rumah ini yang gelap gelita.
Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu rumah itu...Tidak berkunci!
Lagi buat aku bertambah takut untuk melangkah masuk. Teguk liur aku sebelum melangkah masuk.
"Assalamualaikum..." Ucapku dan berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah itu. Mencari tempat suis lampu mahu hidupkan lampu rumah.
Yang buatkan aku bertambah takut, pelik semua lah ada apabila mata menangkap banyak lilin yang berada di sekeliling di dalam rumah itu. Ah, romantiknya. Tapi, ini siapa punya kerja? Tak akan lah Rayyan kut.
Aku malas nak fikir panjang, kaki terus diaturkan ke tempat suis lampu tapi nasib malangnya aku telah terpijak sesuatu benda membuatkan tubuhku automatik tidak seimbang.
"Argh!" Lantas aku terjerit kecil. Ya, pasti aku akan jatuh di atas lantai dan badanku yang letih itu akan bertambah sakit bercampur letih. Ah, nasib malang kau Rina.
Tapi, aku langsung tidak rasa sakit ditubuhku apabila terasa ada seseorang yang menyambut tubuhku daripada jatuh dari bawah. Aku teguk liur.
Dapat kulihat wajah putih bersih dan bermata hazel yang sedang menyambut tubuhku itu kerana cahaya lilin memancarkan di wajahnya yang berada di situ dapat aku lihat wajahnya dengan sedikit samar-samar.
"Are you okay, sweetheart?" Soalnya lembut. Mata kami masih bertentangan. Aku sedikit terkedu.
"Err....Yeah, saya okay. Tapi..." Sepertinya, dia seakan-akan sudah tahu apa soalan yang akan kuberikan padanya.
Dia senyum senget dan kembali berdirikan aku dengan normal. Aku kembali memandang sekeliling itu. Cantik. Romantik sangat.
"Happy birthday, my love." Ucapnya romantik sambil menghulurkan sejambak bunga ros berwarna merah padaku. Bunga kegemaranku. Aku sedikit terlopong. Terkejut.
"Ya Allah, abang. Macam mana abang tahu hari ni birthday Khai?" Sumpah aku terharu sangat-sangat. Tak tahu nak cakap apa. Melihatnya, dia hanya senyum kecil.
Aku terkejut apabila dia tahu hari jadiku. Tapi, macam mana dia tahu? Aku pun tak pernah lagi bagitahu padanya tarikh hari lahirku.
Bunga yang dihulurkan olehnya aku sambut dengan senyuman manis. Tanpa sedar, air mataku menitis. Sumpah terharu sangat. Tak terkata perasaanku saat ini. Dan, aku juga sudah genap berumur 21 tahun. Ah, dah nak tua.
"Don't cry, sweetheart. I don't like to see you sad like this. Today is your day of joy." Ujarnya sambil menyeka air mataku. Aku senyum memandangnya.
"Thank you, abang. Thanks for everything. Khai terharu sangat. Ini kali pertama Khai sambut birthday Khai. Thank you so much." Lantas aku memeluk erat tubuhnya. Kemeja putih yang dipakai olehnya pasti sudah basah dek air mataku.
Rayyan membalas perlukanku. Dia mengucup lembut kepalaku. Sumpah aku terharu sangat, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku sendiri yang lupa hari jadiku, dia yang tidak pernah aku memberitahu tarikh lahirku boleh pula menyambut birthday ku hari ini.
Pelukan kami dileraikan. Lembut dia mengusap pipiku yang masih laju mengalir air mata. Aku cuba untuk senyum padanya. Menahan sebak di dada. Tangisan kegembiraan.
"Tapi, macam mana abang tahu birthday Khai?" Soalku pelik. Tapi, bunga kegemaranku masih tetap setia di dalam genggamanku. Gembira dapat bunga lagi!
Aku melihat dia senyum lebar sebelum bersuara. "Abang jumpa dengan Cik Yah. Abang rasa dia tahu semua tentang sayang. Sebab sayang kan pernah cakap yang dulu Cik Yah jaga sayang daripada kecil hingga sayang dah besar. So, abang tanya lah dia. Alhamdulillah, dia tahu. And, abang pun tak tahu lah jadi ke tidak surprise untuk sayang malam ni." Ceritanya padaku.
Jadi baru aku faham sekarang. Dia tipu aku tidak boleh ambil aku di tempat kerja kerana mahu menyambut hari jadi aku dengan kejutan. Aku senyum lebar.
"Sorry sebab abang tak dapat ambil sayang tadi, but abang upah Zyan untuk ambil sayang balik. Abang busy sikit siap kan semua ni." Ujarnya buatkan aku pula rasa serba salah.
"Eh, mana ada. Khai okey je lah. Abang jangan risau lah. By the way, thank you again. Khai terharu sangat. Thank you abang." Ucapku sekali lagi. Sudah menyusahkan dia hari ini. Kasihan dia perlu menyiapkan semua ini untukku.
"No problem sayang. Ni semua untuk Khai." Balasnya dengan senyuman.
"Jom." Kini tangan kami berdua bersatu. Kami bersama-sama berjalan ke sesuatu tempat. Sepertinya di sebuah balkoni, aku melihat di situ terletak sebuah meja makan. Siap ada lilin lagi di meja itu. Sekeliling meja itu pula ada kelopak bunga merah. Mahu menangis kembali aku melihat. Sangat buat aku terharu.
"Abang tahu mesti sayang lapar kan, jom kita makan dulu and abang ada sesuatu lagi nak bagi dekat saya."
Sesuatu lagi? Ah, pasti hadiah. Itu yang aku mahukan. "Thank you, my hero." Ucapku, dia hanya senyum lebar. Aku menyeka air mataku yang mahu menitis.
Kami bersama-sama mengambil tempat duduk. Selesai mengaminkan doa makan, kami bersama-sama menjamah makanan yang berada di depan mata.
Sumpah romantik gila aku tengok sekeliling itu. Cantik. Angin malam lembut menyapa kulit wajahku. Rasa sungguh tenang.
"Sayang suka?" Soalnya padaku yang masih tak lepas-lepas memandang sekeliling sambil senyum lebar.
"Mahu tak suka? Mesti lah suka. Rina suka sangat." Ujarku. Melihat wajahnya senang apabila dia melihatku gembira.
"I am also happy if you are happy." Aku senyum lagi.
Dia menghulurkan sudu yang berisi kek padaku, aku senyum lalu membuka mulut untuk menyambut kek tersebut. Sedap!
Untuk beberapa minit kami berdua selesa untuk berdiam diri. Hanya garpu dan sudu yang sedang berlaga dengan pinggan.
"Sayang..." Dia bersuara apabila selesai kami berdua menghabiskan makanan.
Aku mengangkat wajah memandang Rayyan. Dia mencapai tanganku lalu dikucup lama. "Happy birthday my love. Semoga sayang panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan berkekalan hubungan dengan abang. Dan, abang harap sangat hubungan kita akan kekal hingga akhir hayat kita." Bicaranya mampu buat aku cair. Aku senyum lebar. Perasaanku saat ini tak boleh diungkap. Gembira, terharu, sedih, semuanya ada.
"Thank you, abang. Khai tak akan lupa jasa baik abang. Khai akan ingat sampai mati. Thank you so much. Khai banyak sangat terhutang budi dengan abang. And you, my hero. Thanks for everything you did for me. I love you so much." Balasku pula.
"I love you too, my love." Kami berpandangan seketika sebelum dia mengeluarkan satu kotak sederhana besar berwarna merah.
Aku masih bingung melihatnya. Sepertinya itu kotak barang kemas. Tetapi, aku masih berteka teki apa di dalam isi kotak sederhana berwarna merah itu. Rayyan senyum padaku sebelum dia membuka kotak itu untukku.
Bersinar-sinar mataku melihat dia mengeluarkan satu gelang berwarna putih dan ditengah-tengahnya ada namaku, 'KHAIRINA'. Dan di sebelah nama aku itu ada satu bentuk hati yang berwarna putih. Sumpah cantik sangat-sangat. Aku sangat berkenan melihat gelang tangan itu.
Rayyan terus mencapai tanganku lalu dia memakaikan gelang itu untukku. Ah, malam ni Rayyan dah buat aku menangis tangisan kegembiraan.
"This is for you, my love." Ucapnya buatkan aku rasa nak melompat daripada tempat duduk itu. Sungguh cantik gelang yang tersarung kemas di pengelangan tanganku itu.
"Ya Allah, cantiknya. Abang ni, buat susah-susah aje. Mesti gelang ni mahal, kan?" Aku belek-belek gelang yang tersarung kemas di pengelangan tanganku itu.
"It's okay, sweetheart. Ni untuk Khai. Tak perlu risau untuk harga. But, do you like it? Abang tak tahu nak beli apa untuk Khai, abang harap sangat Khai suka gelang ni."
Aku ketawa kecil. "Of course lah suka. Cantik. Thank you abang." Ucapku gembira. Dia hanya senyum melihat gelagatku yang dapat hadiah dan gembira seperti kanak-kanak kecil.
"Thanks a lot, abang. Khai sayang sangat-sangat dekat abang." Ucapku dengan spontan aku bangun dari tempat dudukku dan berlalu ke arahnya lalu aku memeluk erat-erat bahunya. Sebabkan aku terlalu terharu dengannya tanpa sedar aku mengucup pipinya yang putih itu.
Tak lama kemudian, aku baru tersedar yang aku telah spontan mencium pipinya. Sebab terharu sangat. Ops! Alamak! Macam mana ni? Tak pernah lagi aku cium dia, ini pertama kali aku cium pipinya.
Wajah dah mula kembang berbahang. Dapatku rasakan pasti wajahku mula bertukar warna. Blushing!
Teguk liur aku seketika. Jantung makin berdetak dengan hebat. "You kiss me?" Soalnya lembut seperti tidak percaya. Makin laju jantung aku berkencang saat ini. Rasa dah nak tercabut apabila dia perasan.
"Err..." Aku gagap. Teguk liur aku seketika apabila dia mula berdiri. Aduh, terlampau excited sangat dapat gelang tangan yang sangat cantik sampaikan aku tak perasan secara spontannya aku telah mencium pipinya. Tapi itu bukan ambil kesempatan, itu tanda terima kasih. Aku terharu sangat. Gembira. Tapi aku ambil kesempatan pada suami sendiri pun tak apa kan? Bukannya salah pun.
"So, after you finish kissing me, now it's my turn to return your kiss. Tapi, sekarang abang tak mahu cium sayang di pipi. Abang nak balas semula ciuman sayang di..." Aku sedikit tergamam apabila dia menunjukkan ke arah bibirnya. Nak cium bibir aku?
Makin hebat jantungku berdebar saat ini. Wajah dah berbahang. Kelihatannya dia ketawa kecil. Ketawakan aku sebab aku mula gelabah tak tentu arah.
"So, untuk hadiah seterusnya...I give you one kiss to your mouth." Ketawanya lagi kenakan aku. Langsung sahaja aku memukul lengan sasanya. Geram. Dia ketawa lagi.
"Isy, abang ni..." Aku mula buat muka merajuk. Tawanya sedikit demi sedikit makin menurun. Aku senyum kecil. Sumpah saat ini aku kembang sangat walaupun aku sedikit kekok. Bahagia. Sampaikan senyuman itu pun aku tak mampu nak sembunyikan lagi.
"Sorry, I'm just kidding." Ucapnya apabila dia sudah melihat aku seperti gelabah tak tentu arah. Senang cerita, aku sedikit kekok.
Dia ketawa lagi. "So, sayang ada plan tak, nak pergi honeymoon di mana?"
Ni mesti tak puas lagi nak mengusik aku. Lantas sahaja penumbuk aku ini melayang ke lengan sasanya. Panas pula hati aku. Pecah lagi tawanya.
"Isy, abang ni...Tak nak lah kawan," sengaja aku buat muka merajuk sambil menjeling tajam ke arahnya. Aku memeluk tubuh buat gaya ala-ala merajuk tetapi sebaliknya aku sangat bahagia.
"Alolo, bidadari abang ni merajuk pula?" Lantas tubuhku dipeluk erat olehnya. Kepalaku yang dilitupi dengan tudung dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Aku sungguh terharu dan sangat bahagia malam ini. Semua ini Rayyan yang buat untuk aku. Sumpah aku terharu sangat.
"I love you, abang." Ucapku lagi. Terharu sangat.
"Love you too, sweetheart."
********
"Saya tunggu di dalam kereta ya," ujar Zyan padaku apabila kami sudah sampai dihadapan rumah Cik Yah. Aku berasa serba salah kerana sudah menyusahkannya kerana telah menghantar aku ke rumah cik Yah.
Dekat aje rumah Cik Yah, tapi alasan mereka untuk menghantar aku semua sama. 'Ini arahan daripada bos.' Ah, nak muntah aku dengar ayat itu tak habis-habis keluar daripada mulut orang-orang Rayyan.
Rayyan sudah memberitahuku. Bahaya untuk aku keluar sendirian. Baru sekarang aku faham. Orang-orang Rayyan semua berada di Italy. Orang-orang Rayyan yang berada di Malaysia ini pula baru lagi dan diupah untuk menjaga aku. Melindungi aku jika Rayyan tiada di sisi aku.
Kumpulan mafia musuh ketat Rayyan langsung tidak kenal orang-orang Rayyan yang berada di Malaysia ini. Kerana itu juga dia tidak tahu dan tidak kenal anak-anak buah Rayyan yang berada di Malaysia. Jika mereka culik aku sewaktu anak-anak buah Rayyan ada bersamaku, tanpa mereka tahu yang bersamaku itu ialah orang-orang Rayyan yang boleh menyelamatkan aku.
Sebab itulah Rayyan tidak benarkan aku keluar sendirian. Keluar pun pasti ada sebab. Kalau tidak, tak akan punya dia nak bagi aku keluar. Terpaksa lah duduk dalam rumah besar tu. Dah lah bosan.
Aku hanya senyum lebar dan mengangguk sebelum melangkah keluar daripada keretanya.
Langkah terus diaturkan ke rumah cik Yah. Laju aku berlari anak ke arah cik Yah yang sedang menyapu di luar rumahnya.
"Cik Yah!" Erat-erat aku peluk tubuhnya. Rindu!
"Ya Allah, Rina." Dia membalas pelukanku. Terkejut gamaknya apabila melihat aku tiba-tiba muncul.
"Rina apa khabar? Sihat?" Kami bersama-sama labuhkan duduk di tangga rumah Cik Yah. Rindu sangat dengan wanita disebelahku ini. Dah lama tak jumpa, akhir sekali jumpa sewaktu di majlis perkahwinan aku dan Rayyan.
"Alhamdulillah, sihat. Cik Yah pula sihat?"
"Alhamdulillah, sihat jugak. Eh, ni mana suami kamu?"
Aku terkebil-kebil mahu menjawab. "Dia kerja." Jawabku ringkas sambil tersenyum lebar.
"Oh, yang hantar Rina tadi tu siapa pula? Kenapa tak ajak dia datang sini sekali? Boleh kita minum-minum sekali." Ujar Cik Yah ramah.
Apa? Nak ajak si Zyan tu sekali ke sini? Tanpa Cik Yah tahu, itu lah anak buah Rayyan. Mahu tergelak aku jika Zyan ikut sekali ke sini. Tak boleh bayangkan wajahnya apabila berada sekali di sini. Dingin bertukar kekok.
"Oh, yang tu kawan Rina. Rina tak lama pun di sini, Cik Yah. Rina nak bagi sesuatu dekat cik Yah." Satu bungkusan beg kertas sederhana besar aku hulurkan padanya. Hanya biasa-biasa sahaja aku hadiahkan padanya. Kain batik. Dia memang suka dengan kain batik.
Dah banyak sangat dia membantu aku dan nenek dahulu. Dari kecil hingga dah besar dia jaga aku. Senang cerita kata nenek, Cik Yah jaga aku dan kakak sewaktu kami masih bayi lagi.
Hingga lah aku dah besar dia masih setia bersamaku. Sedikit kurang dengan kakak. Semua majlis perkahwinan aku pun dia yang tolong. Sikit pun dia tidak berkira. Cik Yah juga sudah aku anggap seperti mak aku sendiri.
"Ya Allah, Rina. Menyusahkan kamu aje. Terima kasih ya." Ujar Cik Yah sambil membelek-belek kain batik yang baru lepas dikeluarkan dari beg kertas sederhana besar itu.
Aku senyum lebar. "Tak ada menyusahkan pun lah Cik Yah. Ini Rina hadiahkan untuk cik Yah. Terima kasih sebab dah jaga Rina dari kecil hingga lah Rina dah besar. Rina pun dah anggap cik Yah macam mak Rina sendiri. Terima kasih banyak-banyak cik Yah. Rina tak mampu nak bagi apa-apa dekat cik Yah, insyaAllah kalau ada rezeki lebih Rina bagi Cik Yah lagi hadiah ya." Dia ketawa kecil lalu memeluk tubuhku. Terharu.
"Kamu ni jangan lah cakap macam itu. Cik Yah jaga kamu ikhlas. Nenek kamu pun dah tiada. Jadi, semua ni cik Yah yang kena bertanggungjawab atas diri kamu jika kamu alami masalah apa-apa. Tak ada apa-apa lah Rina. Cik Yah okey aje. Terima kasih juga ya."
Aku mengangguk sambil senyum lebar. Kami kembali berpelukan. Sambil-sambil itu menitis air mataku. Kalau tengok Cik Yah, sumpah aku teringat dekat arwah mak. Tak lupa juga dengan arwah ayah dan arwah nenek. Sumpah aku rindukan mereka.
*********
"So, sekarang Rina nak pergi mana?" Soal Zyan sewaktu kami dalam perjalanan pulang. Tapi, aku rasa malas nak balik. Bosan duduk rumah sorang-sorang dalam rumah besar tu.
Sekarang ini aku hanya ada Zyan. Kawan aku yang boleh ajak borak. Kalau datang perangai gila-gila dia bukan main pecah gelak tawa kami berdua. Tengok aje muka dia tu dingin, tapi sebaliknya peramah dan penghibur orangnya.
Entah kenapa, aku teringat pula pada Rayyan. Haih, rindu pula aku padanya. Pagi hingga petang kerja, malam pula mencari musuh. Susah juga aku nak jumpa dia.
Aku membelek-belek gelang tangan yang semalam dihadiahkan untukku daripada Rayyan. Aku senyum. Tapi, ini tidak mampu untuk menghilangkan rinduku pada Rayyan. Tetap mahu melihat wajahnya yang kacak itu.
"Rina...Hello, tengah berangan apa tu?" Tersentak aku apabila ditegur oleh Zyan di sebelah. Melihat dia sudah ketawakan aku sebab berangan panjang. Aku jeling ke arahnya.
"Saya tanya ni tuan puteri, tuan puteri nak pergi mana lagi? Nak balik?" Soalnya, aku teragak-agak nak jawab.
Baru sahaja nak buka mulut Zyan sudah ketawa terbahak-bahak apabila kedengaran perutku sedang berdandut di dalam. Tanda untuk mengisi perut sekarang ini. Mana tak laparnya, dah pukul 2 petang. Masa untuk makan tengah hari. Aku sengih menampakkan gigiku, malu. Wajah dah berbahang.
"Are you hungry?" Soalnya sambil ketawa kecil. Aku yang berwajah tidak bersalah mengangguk sambil tersengih kecil.
"Okey, jom. Kita makan dulu. And, kita balik. Tak boleh lama-lama diluar, awak pun tahu kan Rina."
Ya, aku tahu maksud Zyan itu. Aku hanya menunduk sambil senyum kecil. Nak menangis pun ada apabila dia berkata begitu.
********
Selesai makan, aku dengan tidak sengajanya melepaskan sendawa depan Zyan. Apa lagi, dia ketawa terbahak-bahak sampaikan meja sebelah kami memandang ke arah meja kami berdua.
Aku hanya sengih. Malu juga. Aduhai, apa yang kau dah buat ni Rina?
"You are so funny, Rina." Ujarnya sambil ketawa kecil.
"Patutlah bos besar kita tu suka awak. Awak seorang yang lucu, comel dan sangat baik hati. Untung awak tau dapat bos besar kami tu. Dia dulu, langsung tak tahu apa itu cinta. Tapi, bila dah kenal awak, hati dia cepat lembut bila berada dengan awak. Untuk saat-saat ini juga dia pemurah senyum."
Ya, aku tahu. Rayyan juga pernah cakap begitu padaku. Dulu dia langsung tidak tahu apa itu cinta. Yang dia tahu, membunuh orang. Katanya, itu hobinya.
Bunuh sorang pun dia dah berasa puas hati entah apa lagi dia dapat membunuh John. Pasti lebih lagi rasa puas hati dia tu.
"So, jom balik." Ajak Zyan apabila selesai kami berdua mengisi perut.
"Alah, tak mau lah balik," aku muncungkan bibir. Sengaja buat begitu bagaikan aku sedang merajuk. Serius aku tak nak balik. Nak juga rasa hidup bebas macam orang lain. Tapi tulah, aku terpaksa juga terperuk duduk di dalam rumah besar itu kerana arahan daripada Rayyan.
"Tak nak balik? Rina, awak kena balik. Ini arahan daripada bos. Kalau dia tengok awak di tempat lain mahu bergegar rumah nanti dia mengamuk pada saya." Aku ketawa kecil. Sempat lagi Zyan ni nak berlawak ya.
"Saya bosanlah duduk kat rumah tu, tahu tak? Saya nak juga rasa hidup bebas. Nak hirup udara yang segar. Bukan duduk terperuk dalam rumah besar tu." Aku marah. Masa ni la nak rasa berjalan jauh.
"Okey, relaks dulu. Tapi, serius saya tak boleh bawa awak jalan jauh-jauh. Ini arahan daripada bos." Suara Zyan memujuk. Aku tarik nafas dalam-dalam. Agaknya inilah kesan tak berinteraksi dengan dunia luar. Tekanan jiwa! Mudah marah.
"Saya rindu Rayyan," luahku perlahan.
Bila teringat Rayyan, rasa nak menangis. Aku rasa kami dah mula jauh. Rayyan selalu sibuk. Sibuk dengan kerjanya di hospital dan malam sibuk dengan musuh ketatnya itu. Akibatnya, keluar awal pagi. Balik tengah malam. Aku dah tak nampak batang hidung mancung suami sendiri.
Aku rindu!
Zyan hanya melihat aku yang masih menunduk.
Diam.
"Habis tu awak nak ke mana? Kalau anak buah John tu jumpa awak macam mana?" Soal Zyan lembut.
Soalan Zyan itu buatkan aku rasa nak marah. Juga sedih. Aku sedikit menunduk. Entah kenapa, hari ni senang sangat air mata aku nak mengalir. Sudahnya aku tak dapat kawal air mata yang tiba-tiba mengalir keluar.
"Alamak, kenapa awak menangis ni? Hey, Rina. Janganlah menangis. Malu lah orang nampak," Zyan mula panik. Dia tak pernah kena layan aku menangis. Asyik ketawa aje daripada tadi tak habis-habis.
"Adoi...Lemah betul aku kalau tengok air mata perempuan ni." Bicaranya sendiri sambil menggaru-garu belakang kepalanya.
"Awak jangan macam ni, Rina! Kalau Rayyan nampak, mahu tak ada saya dekat dunia ni nanti!" Bebelnya lagi apabila melihat aku menangis.
Mendengar nama Rayyan, lagi lebat air mataku. Biar Rayyan tahu aku tengah sedih sekarang ni. Kalau dia balik lagi, bagus. Biar dia tahu aku tengah rindu dia sekarang ni!
"Okey, okey. Jom saya bawa awak pergi jumpa Rayyan. Tapi, jangan menangis lagi. Dah, lap air mata tu." Tisu yang berada di atas meja itu dihulurkan padaku. Aku senyum kecil. Hati dah meloncat gembira.
Aku capai tisu yang diberikan oleh Zyan lalu aku lap sisa air mataku yang berada di pipi. "Dah, jom." Kami sama-sama bangun dan melangkah pergi.
*********
Kaki melangkah masuk ke dalam hospital itu. Tidak terlalu ramai pesakit. Melihat Zyan pula juga turut sama mengikuti jejak ku.
Aku sedikit kekok apabila semua menunduk hormat padaku. Semua dah tahu ke yang aku isteri kepada Rayyan? Bagaikan aku ini tuan puteri pula yang sedang berjalan dan ramai yang menunduk hormat padaku. Kembang aku seketika.
"Awak tunggu luar kejap ya. Saya cakap dengan bos sekejap." Ujar Zyan lalu berjalan masuk ke dalam pejabat Rayyan. Mungkin lelaki itu sedang berehat di pejabatnya.
Aku hanya mengangguk lalu melabuhkan duduk disebuah kerusi yang berada dihadapan bilik pejabat Rayyan. Rinduku padanya saat ini membuak-buak. Sambil-sambil itu aku melihat gelang yang dihadiahkan oleh Rayyan untukku. Cantik. Sumpah aku suka sangat-sangat.
"Pretty." Aku angkat wajah apabila ada seseorang membuka pintu bilik pejabat Rayyan itu. Bersinar-sinar mataku melihat orang yang berada dihadapanku itu. Sumpah aku tak sangka dapat jumpa dengan dia lagi. Rasa nak menangis pun ada. Tipu lah kalau aku tak rindu.
Lantas aku berdiri, senyuman lebar terukir dibibirku. Kalau dia perempuan, dah lama aku peluk erat-erat tubuhnya.
"Chris!" Jeritku memanggil namanya dalam nada gembira. Dah lama sangat tak jumpa dia. Akhirnya, hari ini dapat juga aku jumpa dengan dia. Laju aku mendapatkannya. Senyuman kami berdua lebar.
"Lamanya tak jumpa awak," aku mula bersuara. Dia ketawa kecil.
"Saya busy sikit, pretty. Sorry," ucapnya sambil tersenyum lebar.
"Yeah, jangan risau saya faham."
"So, do you miss me?" Soalnya bernada gurauan. Pecah tawa kami bersama.
"Of course lah." Jawabku sambil melepaskan sisa tawaku.
"Ehem...Rindu dia je? Cakap datang sini sebab rindu abang? Siap menangis-nangis lagi." Tawa kami berdua berhenti apabila ada seseorang berdehem. Aku memandang di belakang Chris. Ah, wajah yang paling aku rindu. Tak tengok muka dia sejam pun hati aku dah tak senang duduk.
Siapa lagi kalau bukan Rayyan. Suami tercinta!
"Abang!" Kini baru lah aku boleh peluk dia. Erat-erat aku memeluk tubuhnya.
"I miss you so much!" Ucapku masih di dalam pelukannya. Bagaikan tidak mahu melepaskan dia daripada pelukanku.
Kedengaran, Rayyan ketawa kecil. "Abang pun rindukan sayang tau. But, sorry darlin. Abang busy sikit." Ujarnya. Aku kembali mengangkat wajah memandang nya.
"No, it's okey. Khai faham. Saja singgah sini nak jumpa dengan abang."
"What? Rindu? Abang? Sayang? Apa ni?" Bertalu-talu soalan itu keluar daripada mulut Chris. Sumpah, aku lupa yang kami bukan berdua. Zyan juga sudah terpacak di sebelah Chris.
Aku melihat wajah Chris blur, berkerut seribu wajahnya melihat hubungan mesra kami berdua. Rayyan senyum senget.
"She is my wife. Khai, perkenalkan ni Chris adik abang and Chris, ni Khairina, my wife." Rayyan memperkenalkan aku dengan Chris. Chris sedikit ternganga. Terkejut beruk dia saat itu. Aku ketawa kecil. Lupa juga aku tentang Chris. Dia masih tidak tahu tentang hubungan aku dengan abangnya.
"Seriously? Kau orang dah kahwin? Hei, why didn't you tell me?" Soalan itu dihulurkan pada Rayyan. Rayyan ketawa kecil.
"Ya. Kami dah kahwin." Ujarku memberi kepastian pada Chris yang seperti masih tidak percaya.
"Wow, I'm so happy. Sei riuscito ad avere la persona che ami." Dia ketawa lalu menepuk beberapa kali bahu abangnya. Mungkin terkejut dan gembira apabila melihat abangnya sudah berkahwin. Aku hanya senyum lebar melihat dua beradik dihadapanku itu.
Tidak faham juga apa yang dikatakan oleh Chris itu pada abangnya. Ah, lantak lah. Janji dia sudah tahu aku sudah berkahwin dengan abangnya. Entah apa lah yang dia gembira sangat. Mungkin gembira sebab abangnya sudah berkahwin.
Entah kenapa, hati berasa sungguh lega.
Hai guys! Bab terbaharu! Hope korang enjoy. Jangan lupa Komen sekali ya, thank you dear >< Bye! <3
Share this novel