Rate

•EPISOD 01 SURPRISE

Fanfiction Completed 134973

Seperti biasa selepas selesai saja kelas petang. Lutfi akan menunggu Suraya di parkir lot berdekatan dengan guard house.

Tetapi kali ini Lutfi mengajak sekali Majikannya mengikut sama untuk mengambil Suraya di PS.

"Pukul berapa si Aya balik ni.." tanya Azhar dengan meneliti jam di pergelangan tangan kiri.

"Dalam lima lebih macam tu Tengku, sabarlah kejap."

"Aku rasa dia pasti gembira sebab Tengku datang ambil dia hari ni." Lutfi memberi ayat sedikit manis buat Majikannya.

Jack, hahhaa.

"Hm.." Azhar mengeluh.

Sungguh dia sudah tak sanggup tinggalkan kerjanya lama-lama di pejabat.

Hal bisnes harus di utamakan dulu baginya.

"Haa tu pun Aya.." Lutfi terus keluar dari kereta dia melambai tangan pada Suraya.

"Uncleeeeeeee...." Suraya terus berlari mendapatkan Lutfi.

Apalagi dia terus memeluk tubuh lelaki itu erat-erat.

"Hi, How school sayang..?" Rambut Suraya di sisip ke tepi telinga.

"Funny Uncle. Uncle nak tahu tak tadi pagi ada ramai pelajar-pelajar baru masuk tau."

"Oh ya.."

"And di-orang tu handsome-hansome gila, hihi.."

"Aya.. Aya awak ni nakal lah." Lutfi menggeleng kepala.

Iya itu memang peel Suraya yang suka memuji tanpa usul periksa last-last makan hati.

Sebab itu dia langsung tak ambil kisah jika Suraya menyatakan 'I love you' padanya.

"Masuk jom." Lutfi membuka pintu belakang.

"Papa?!." Ternganga mulut Suraya melihat siapa gerangan di dalam sana.

"Sejak bile Papa ikut sekali ni. Uncle."

"Surprise."

"Surprise.? What you mean."

"Papa you yang nak sangat jemput anak dia yang cantik ni. Masuk Aya." Lutfi cuba menutup duka di hati.

Dia tahu Suraya tak suka dengan semua ini.

"Ermmm.." Suraya teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta.

"Kenapa lambat sangat ni? In." tegas saja kata-kata Azhar pada Suraya.

Dengan segera dia masuk ke dalam kereta.

"Betul ke Papa nak datang ambil I ni.?" Ia kaku di sebelah Azhar.

"Jangan dengar sangat semua yang keluar dari mulut Lutfi tu."

"Maksudnya..?"

"Dia tu terlebih mesra alam." Puas Azhar memerli Lutfi.

Lutfi memandang kearah Azhar.

Kereta yang di naiki Azhar terus keluar dari perkarangan rumah itu. Sebab itu lah Suraya tak suka dekat-dekat dengan sang Papa.

"Tengku.." Panggil Lutfi dari belakang.

"Hm."

"Suraya dah nak habis belajar tu."

"Tengku tak nak tahu ke tentang mata pelajaran dia.?" Lutfi memintas jalan Azhar.

"Bagus lah.."

"Bagus.? Jadi Hujung tahun ni Tengku jadi sign person sebagai ahli keluarga Cik Suraya kan."

"Kau ingat aku ada masa untuk semua tu ke Lut. "

"So untuk apa aku jadikan kau sebagai bodyguard dia selama ni.? Fikir kan lah."

"Tapi aku cuma.."

"Sudah lah. Aku sibuk ni." Azhar segera beredar pergi meninggalkan Lutfi sendiri di depan lif.

Suraya yang berada di perpustakaan peribadi, dia meluangkan masa di sana dengan beberapa buku dan fail di atas meja sendirian.

"Bik. Mana Suraya.." Ia berjalan ke anak tangga.

"Cik Suraya ada di perpustakaan dari tadi, Encik Lutfi.."

"Dia dah makan malam belum tadi.?" Lutfi bercekak pinggang.

"Belum lagi encik, Lutfi.."

"Ah sudah. Bagitahu bibik dekat dapur suruh diorang bawakan makanan untuk cik Suraya sekarang." Tegas kata-kata Lutfi sebelum dia menaiki tangga ke tingkat atas.

"Baik encik Lutfi..." salah sorang dari mereka segera beredar ke dapur.

Pintu bilik perpustakaan di buka dari luar.

Lutfi menampakkan diri di sebalik daun pintu di luar sana. Ia tahu Suraya masih marahkan dirinya kerana petang tadi.

"Hey princess.." Lutfi berjalan ke arah Suraya.

"Ehem. Hey Uncle." Suraya hanya memberi senyum hambar.

"Tak habis lagi ke dengan kerja sekolah tu hurm."

"Nak Uncle tolong apa-apa tak?" Rambut panjang Suraya di lurut.

"Tak habis lagi ni tapi tak banyak dah ni.."

"Uncle.."

"Ya sayang."

"Erm Papa dah balik ke, uncle?"

"Belum. Tapi mungkin kejap lagi Papa balik." Dah bertahun ayat itu di guna untuk memujuk hati si gadis itu hingga si gadis itu sudah lali.

"Oh baik lah."

TOK

TOK

TOK

"Masuk.." Arah Lutfi.

Beberapa bibik perempuan sudah masuk ke dalam, mereka membawa dua dulang untuk si Suraya.

"Kenapa bawa ke sini..? Siapa suruh ni.." Suraya bangun dan berjalan ke arah bibik.

"Uncle yang suruh diorang bawa ke sini"

"Uncle risaukan awak sakit saja Aya." Lutfi menarik tangan Suraya untuk duduk di sofa panjang.

"Hmm.. tapi Aya tak lapar lagi." Jelas sekali wajahnya begitu muram.

"Makan lah sikit sayang."

"Papa awak lambat lagi nak ni makan ya.." Ia menyua nasi yang sudah terhidang di dalam pinggan lalu di beri kepada Suraya.

"Thanks Uncle." Suraya tersenyum nipis senipis kulit bawang.

Lutfi Adrian mengeluh panjang tanpa pengetahuan Suraya. Jujur dia tidak mahu sakitkan hati Suraya lagi.

Baginya Azhar sudah keterlaluan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience