Bab 10

Fantasy Completed 7320

Kaki Syed Haq memijak masuk ke dalam kelas 5 Putra. Dia melihat meja guru masih tiada guru yang duduk di situ. Bermaksud cikgu subjek seterusnya masih belum masuk lagi.

Haq berjalan menuju ke tempat duduknya di belakang kelas dan mendapati tempat duduk Raihana di sebelahnya kosong.
"Dia pergi mana?" Haq berbisik dalam hati.

Semasa Haq ingin melabuhkan punggungnya di atas kerusi, matanya tertancap pada sehelai tisu yang berada di atas meja Raihana.

Dia melihat tisu itu dengan jarak yang lebih dekat kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Darah?" kata Haq, perlahan.

Hati Haq mula berasa tidak senang.

Dengan ketiadaan Raihana di situ, di tambah pula dengan sehelai tisu yang mempunyai beberapa tompok darah di atas meja Raihana membuatkan Haq tidak sedap hati.

Haq memanggil rakan sekelasnya yang duduk di hadapan Raihana.

"Iman"

Iman yang sedang bermain dengan telefon pintarnya di hadapan meja Raihana memusingkan tubuhnya ke belakang setelah mendengar Haq memanggilnya.

"Raihana pergi mana?" tanya Hadi.

"Pergi tandas kot" jawab Iman kemudian dia memusingkan semula tubuhnya ke hadapan.

Tanpa berfikit panjang, Haq bangun dari kerusinya dan keluar semula dari kelas untuk mencari Raihana. Dia tidak mahu menunggu Raihana untuk masuk ke kelas kerana dia tidak tahu berapa lama lagi dia perlu tunggu.

Haq berjalan menuju semula ke tandas.

Berkemungkinan dia tidak bertembung dengan Raihana semasa dia keluar dari tandas sebentar tadi.

Nasib Haq baik apabila dia ternampak Raihana baru sahaja keluar dari tandas perempuan sebelum Haq sampai di tandas itu.

Haq terus berlari menuju ke arah Raihana.

"Kau dah kenapa?" soal Raihana apabila melihat Haq berlari ke arahnya.

"Kau okey tak? Aku nampak tisu yang ada darah atas meja kau tadi. Kau ada terluka ke?" Haq bertanya sambil melihat-lihat jari Raihana jikalau ada yang terluka.

Raihana cuba untuk menahan ketawa tetapi tidak berjaya. Ketawanya tercetus apabila melihat wajah Haq yang kelihatan risau itu.

Tidak pula dia sangka yang Haq akan serisau itu apabila melihat tisu bersama dengan darah.

"Aku tak luka lah. Jerawat aku ni tiba-tiba pecah tadi masa kau pergi tandas. Itu yang aku tekap jerawat dengan tisu. Aku pergi tandas ni sebab nak basuh muka lah" terang Raihana sambil menunjukkan jerawatnya yang berada di dagunya kepada Haq.

Haq terpempan. Jerawat rupanya!

"Lah, jerawat ke? Kau ni, lain kali tak payah lah tinggalkan tisu yang berdarah macam tu atas meja. Aku ingatkan jari kau terluka ke, hidung berdarah ke. Teruklah kau ni!" Haq memarahi Raihana.

Raihana menutup mulutnya kerana tidak ingin Haq nampak dia seperti ingin ketawa lagi.

"Ye lah! Lain kali aku buang tisu tu" balas Raihana.

Haq memandang Raihana dengan tajam sebelum dia berlalu pergi.

"Haq" panggil Raihana.

"Apa kau nak?" Haq menjawab tetapi tidak memberhentikan langkahnya.

"Kau risau sangat ke pasal aku?" Raihana bertanya dengan suara yang dikuatkan sedikit kerana Haq sudah menjauh.

"Tak langsung!" jerit Haq.

Jawapan Haq membuatkan Raihana tertawa.

Poyo je lebih. Tadi dia yang risau sangat sampai datang sini.

Raihana juga turut melangkah menuju ke kelas sambil Haq berada di hadapannya.

•

"Aik, Hana tak siap lagi?" tanya Rafiqi, abang sulung Raihana apabila dia melihat Raihana masih lagi berpakaian tidurnya.

Selalunya pada waktu begitu, Raihana pasti akan sudah bersiap untuk ke sekolah.

"Badan Hana panas lah Abang Long. Tak larat" kata Raihana dengan suara yang serak.

Tekaknya terasa perit yang membuatkan dia sukar untuk bercakap. Hendak membuka mata pun dia rasa payah.

Rafiqi melihat wajah adik perempuannya itu. Dia mendapati wajah Raihana sedikit pucat daripada biasa.

Belakang telapak tangan Rafiqi dibawa ke dahi Raihana. Benar seperti yang dikatakan.

Panas.

"Hana demam ni. Tak apa lah, rehat je dekat rumah. Nanti Abang Long belikan Hana makanan" kata Rafiqi.

Raihana mengangguk perlahan kepalanya dan berlalu pergi ke bilik tidurnya semula dengan langkah yang longlai.

Semasa Raihana menuju ke biliknya, abang keduanya, Ridwan baru sahaja keluar dari tandas. Dia pelik melihat Raihana tidak berpakaian sekolah.

Dia ingin bertanya kepada Raihana tetapi Raihana sudah terlebih dahulu masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.

"Tak sekolah ke Hana tu, Abang Long?" tanya Ridwan kepada Rafiqi yang masih berada di situ.

"Dia demam. Tadi Abang Long rasa dahi dia panas betul. Kau ada pergi mana-mana ke hari ni, Ngah? Kalau boleh kau teman Hana dekat rumah hari ni. Kau tahu lah kalau dia demam sekali, memang teruk betul" kata Rafiqi, meminta bantuan daripada Ridwan.

"Lah, demam ke? Lama dah rasanya dia tak demam. Okey lah kalau macam tu, aku jaga dia. Nanti aku masak lah bubur ke apa"

Rafiqi tersenyum mendengar jawapan Ridwan.

Adik lelakinya itu memang boleh diharap walaupun kadang-kadang itu dia gemar menimbulkan masalah.

"Kalau macam tu aku siap dulu lah. Nak hantar Sha sekolah. Kau masak kan? Jadi aku tak payah beli makanan lah kan?" tanya Rafiqi.

"Ya, tak payah beli. Abang Long pergi lah siap, aku nak subuh jap" Ridwan berjalan menuju ke biliknya dan begitu juga dengan Rafiqi berjalan ke arah biliknya.

•

Syed Haq melihat jam tangan hitamnya dan jamnya menunjukkan pukul 7:40 pagi tetapi bayang Raihana masih lagi tidak kelihatan.

Tangan Haq menopang kepalanya sambil matanya tertumpu ke arah pintu kelas.

Hatinya tertanya mengapa Raihana masih belum muncul sedangkan sudah lebih daripada pukul 7:30 pagi.

"Jarang-jarang dia ni datang lambat" bisik hati Haq.

Seorang demi seorang rakan sekelasnya memasuki kelas itu tetapi tetap juga bukan Raihana yang muncul.

Haq menunggu Raihana untuk masuk ke kelas itu sehinggalah guru subjek pertama masuk.

"Dia tak datang" kata Haq, perlahan dengan sedikit kecewa.

Sewaktu rehat, Haq mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg dan membuka telefonnya.

Dia mencari nama Raihana di aplikasi WhatsApp dan ditekan nama itu seusai dia menjumpainya.

Haq: Kau okey tak? Ada apa-apa masalah ke? Kenapa tak datang?

Tiba-tiba Haq terdiam sebentar sebelum dia menghantar mesej itu kepada Raihana.

"Eh, macam pelik pulak kalau aku tanya dia macam tu. Tak boleh tak boleh"

Haq memadam semula semua ayat yang ditaip itu. Dia memikirkan ayat lain yang lebih baik.

Haq: Kau dah bosan sangat ke tengok muka aku sampai malas datang sekolah?

Buat sekali lagi Haq terdiam.

"Macam kurang ajar sangat pulak. Entah-entah dia ada masalah keluarga ke"

Jarinya menekan semula papan kekunci untuk memadam ayatnya. Haq termenung seketika untuk memikirkan ayat yang sesuai dengan dirinya untuk bertanya kepada Raihana.

Akhirnya setelah berfikir fikir, Haq menaip ayat yang dirasakan sesuai.

Haq: Apahal tak datang?

Dia merasakan ayat itu sesuai dengan keadaan dan tanpa ragu-ragu dia menghantar mesej itu kepada Raihana.

Kemudian dia bangun dari kerusinya dan berjalan keluar kelas untuk menuju ke kantin.

terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience