Raihana menggosok matanya yang terbuka sedikit. Dia terjaga daripada tidur. Dia melihat ke tingkap luar, langit hitam terbentang luas.
"Dah malam" bisiknya.
Kemudian, matanya memandang sekilas ke arah jam dinding dan matanya terbuntang besar apabila jam itu menunjukkan sudah pukul 11:30 malam.
"Lama gila aku tidur"
Raihana mencapai telefon pintar yang berada di bantal sebelah kepalanya. Ada beberapa mesej yang dihantar di bahagian notifikasi.
Baru sahaja Raihana ingin membuka aplikasi WhatsApp, ada satu lagi mesej masuk.
Nama pengirim mesej itu membuatkan kedua-dua kening Raihana bertaut.
"Syed Haq?"
Raihana menekan mesej tersebut dan terdapat beberapa mesej yang dihantar oleh Haq sejak daripada pagi tadi.
'Apahal tak datang?' - 10:12 pagi
'Kau block aku ke?' - 1:30 petang
'Wah meluat betul kau dengan aku sampai mesej aku pun tak nak baca' - 4:45 petang
'Woi! Dah berhenti sekolah ke?' - 6:00 petang
'Kau ni sepatutnya tak payah guna phone. Campak je phone tu dalam tong sampah kalau tak nak guna' - 9:44 malam
'Okey, aku tanya betul-betul. Kau ada masalah ke?' - 11:31 malam
Terkebil-kebil Raihana membaca semua mesej yang dihantar oleh Haq itu. Sudahlah kepala pening, ditambah pula dengan perangai Haq yang satu ini.
Mesej terakhir daripada Haq dihantar seminit yang lalu.
Dia langsung tidak tahu yang Haq menghantar mesej kepada dia kerana dia hanya tidur sahaja seharian suntuk.
Dia tiada masa ingin membuka telefon pintarnya. Tambahan pula dia menetapkan telefon pintarnya dalam mod 'silent'.
Disebabkan kepalanya yang pening, Raihana tidak rajin untuk menaip dan membalas mesej Haq. Dia menekan butang telefon untuk menghubungi Haq.
Haq yang masih lagi belum tidur terkejut melihat nama Raihana tertera di skrin telefonnya.
"Aaa!" jerit Haq perlahan.
Dia memegang telefon pintarnya dan melihat skrin itu dengan lebih dekat.
"Raihana call aku? Tengah-tengah malam ni? Gila ke perempuan ni?" kata Haq perlahan sambil menenangkan jantungnya yang berdegup kencang.
Dia tidak mahu Raihana mengamuk sekiranya dia tidak menjawab panggilan itu selepas dia menghantar beberapa mesej. Jadi dia mengangkat panggilan tersebut dengan berhati-hati.
"Hello" kata Raihana dengan suara yang masih lagi serak. Sakit tekaknya tidak surut lagi.
Mendengar sahaja suara Raihana itu, Haq tahu yang suara Raihana lain daripada biasa.
"Kau tak sihat ke?" tanya Haq.
"Ya. Aku demam, itu yang aku tak datang tu" jawab Raihana sambil berbaring memandang siling biliknya.
"Dah pergi klinik?"
Barulah Haq mengerti kenapa Raihana langsung tidak membalas atau membaca mesejnya. Rupanya Raihana tidak sihat.
"Tak" Raihana melegakan tekaknya.
"Kenapa tak pergi? Lepas tu kau tak makan ubat ke?" tanya Haq sambil dia melompat naik ke atas katilnya.
"Rumah aku dah ada ubat. Malas lah nak pergi. Kepala aku pening jadi malas nak berjalan"
"Tapi tak nak check dulu ke?" tanya Haq cuba untuk tidak kedengaran risau.
Dia juga tidak faham mengapa dia mengambil tahu tentang kesihatan Raihana.
"Tak apa. Aku demam biasa je ni"
Raihana memejamkan matanya. Itulah kali pertama ada orang lain selain daripada ahli keluarganya yang mengambil tahu tentang dirinya.
Dia tidak tahu mengapa Haq berminat untuk mengambil tahu tentangnya tetapi dia rasa sedikit terharu.
"Siapa jaga kau dekat rumah?" tanya Haq. Dia juga mula meletakkan kepalanya dia atas bantal.
"Abang aku"
Haq sedikit pelik. Abang?
"Mak ayah kau mana?" tanya Haq.
"Mak dengan ayah aku dah lama tak ada. Kau tak tahu ke?" Raihana menjawab dengan nada yang tenang.
Haq terus terduduk selepas mendengar jawapan Raihana itu.
"Serius lah?! Aku tak tahu! Selama ni kau tak pernah bagitahu aku"
"Kau tak tanya" jawab Raihana sambil tergelak kecil.
Haq terdiam buat seketika. Selama ini Raihana langsung tidak menceritakan tentang kedua ibu bapanya kepada dia.
Dia tidak sangka pula yang Raihana ialah seorang anak yatim piatu.
"Oi. Kenapa diam?"
Raihana mengejutkan lamunan Haq.
"Sorry wei. Aku tak tahu pulak-"
"Relax lah. Bukannya aku nak maki hamun kau pun. Kau pun tak tahu kan? Bukan salah kau" Raihana memotong kata-kata Haq.
"So, maksudnya esok kau tak datang sekolah jugak lah ni?" Haq cuba untuk menukar topik perbualan.
"Rasanya ya. Badan aku panas lagi. Pening kepala pun tak hilang. Kenapa? Kau dah bosan sangat ke aku tak ada?" usik Raihana.
"Hah! Dalam mimpi kau je lah. Aku bahagia apa kau tak ada dekat sebelah. Aman je hari aku hari ni" kata Haq walaupun apa yang dikatakan olehnya hanyalah sekadar penipuan.
Sebenarnya dia sungguh bosan kerana Raihana tiada di sebelahnya. Tiada kawan untuk bergaduh.
"Lebih-lebih lah kau. Jangan ingat hari kau sampai bila-bila aman. Nanti aku duduk sebelah kau jugak" Raihana memberi amaran.
"Aman konon. Kalau aman kenapa beria hantar mesej?" bisik Raihana dalam hatinya.
"Aduh! Kau lama sikit duduk rumah tu. Bagi aku ketenangan sikit duduk dalam kelas" kata Haq sambil tersengih walaupun Raihana tidak nampaknya.
"Kau diam. Okey lah, aku gerak dulu. Lagi lama aku borak dengan kau, lagi sakit pulak hati aku. Bye" kata Raihana.
"Pergi lah tidur. Aku pun nanti makin gila kalau layan kau. Bye"
Selepas sahaja Haq berkata-kata, mereka berdua meletakkan panggilan tersebut.
Haq meletakkan telefonnya di atas katil. Dia termenung. Entah kenapa tetapi dia merasakan sesuatu perasaan yang seperti lega selepas mendengar suara Raihana.
"Kau dah gila ni, Haq" katanya kepada diri sendiri.
Raihana yang sedang berbaring bangun daripada perbaringan. Dia ingin ke tandas.
Baru sahaja kakinya ingin mencecah lantai, dia mendengar bunyi pintunya dibuka.
Dia menoleh ke arah pintu itu dan melihat Abang Ngahnya, Ridwan berdiri di depan pintu.
"Kau call dengan boyfriend eh?" usik Ridwan.
"Mana ada!" jawab Raihana dengan pantas.
Aduhai! Sejak bila pulak Abang Ngah ada di depan pintunya?
"Habis tu tadi kau call dengan siapa?" Ridwan menguntumkan senyuman nakal di wajahnya.
"Kawan lah! Kau tak payah nak memandai mandai eh Abang Ngah!"
"Ye lah tu! Aku bagitahu Abang Long yang kau dah ada boyfriend! Siap call malam-malam lagi!" Ridwan semakin rancak mengusik Raihana.
Raihana memandang tajam ke arah Ridwan. Kalau bukan disebabkan ketika itu dia sedang pening kepala, dia sudah lama memijak kuat kaki abangnya itu.
"Apa yang kau orang berdua bising ni?"
Kedengaran suara Abang Long, Rafiqi daripada belakang Ridwan. Kedua-dua Ridwan dan Raihana terkejut dengan kehadiran Rafiqi yang tiba-tiba itu.
Rafiqi memandang Ridwan dan Raihana.
"Tak ada apa-apa Abang Long. Abang Ngah ni yang kacau Hana" Raihana berkata dahulu sebelum Ridwan berkata apa-apa.
Dia memandang Ridwan dengan pandangan yang memberi isyarat supaya tidak memberitahu Abang Long apa-apa.
"Ngah, kan Hana tak sihat. Kenapa kau kacau dia?" tegur Rafiqi.
"Mana ada aku kacau. Angah saja je nak jenguk dia" kata Ridwan sambil memandang Raihana. Tak pasal-pasal dia pula yang kena.
"Dah, pergi masuk bilik. Bagi Hana rehat"
Kata-kata Rafiqi itu membuatkan Raihana tersenyum.
Abang Long memang penyelamatnya. Bukan seperti abangnya yang satu lagi.
"Sebelum tu, betul ke Hana ada boyfriend? Kalau ada, bawak jumpa Abang Long" tanya Rafiqi dengan senyuman nakal sama seperti senyuman Ridwan sebentar tadi. Saling tidak tumpah.
"Abang Long!!" Raihana sudah agak. Dia menarik semula kata-katanya yang mengatakan Abang Long ialah penyelamatnya.
Kedua-dua abangnya sama sahaja!
Rafiqi dan Ridwan ketawa berdua di hadapan pintu itu sebelum Raihana menutup sendiri pintu itu supaya dia tidak perlu melihat abang-abangnya.
"Diaorang siap call Abang Long! Angah dengar!" kata Ridwan dari luar bilik tetapi masih didengari oleh Raihana.
"Diam lah Abang Ngah!" jerit Raihana dari dalam bilik. Ikutkan hati ingin sahaja dia melagakan kedua-dua kepala milik Rafiqi dan Ridwan itu.
Rafiqi dan Ridwan yang berada di luar bilik tergelak mendengar jawapan Raihana.
"Dah, angah. Jom tidur. Nanti marah pulak Hana tu" Rafiqi menepuk bahu Ridwan dan kemudian mereka berdua menuju ke bilik masing-masing.
Raihana yang masih duduk di atas katil itu termenung seketika.
"Ada ke cakap Haq tu boyfriend aku? Memang tak lah!" Raihana menghempaskan tubuhnya di atas katil semula.
Niatnya ingin ke tandas sebelum itu sudah terkubur dek kerana perangai abang-abangnya.
terima kasih sebab sudi baca dan maaf atas kekurangan dan kelewatan update.
Share this novel