Chapter 10

Romance Series 7804

Gerai Char kueh teow Ali Thop memang dikunjungi ramai pelanggan.Yusuf mengambil tempat yang agak jauh dari keriuhan.Erhan tidak banyak cakap. Sesekali dia mengangguk bila Yusuf rancak bercerita berkaitan isu semasa.Sumpah,dia tak minat nak komen lebih-lebih.

Sepi.

“ Umi bagitau yang Han nak tukar sekolah.” Yusuf terus masuk cerita tentang hal lain pula.Itu point sebenarnya bila dia ajak dia keluar makan rupanya. Pertanyaan Yusuf dibiarkan sepi.Hurm,mesti Umi minta Yusuf nasihatkan dia.

Gerenti Yusuf pun akan bantah.Hello,you are not my father! Blaa…blaaaa…blaaaaaa!

“ Bagus! Uncle sokong sepenuhnya. Kita lelaki kena berani buat keputusan.”

Terkejut beruk Erhan dengar. Ikhlas dari lubuk hati atau sekadar sebaris ayat untuk mengambil hati bakal anak tiri.Erhan pandang wajah Yusuf sekilas.Lidah masih berat nak membuka cerita pasal diri sendiri tapi hati nak sangat meluah kepada yang sudi.

“ Kalau kalah sekali,tak bererti selalu akan kalah. Uncle tak tau apa yang terjadi sebenarnya sebab kami semua tak ada dalam bilik tu masa kejadian . Nasi dah jadi bubur kan. Sekarang Han kena buka buku baru… lupakan yang pahit-pahit.” ujarnya lantas menepuk belakang bahu Erhan.
“ Saya tak salah.” tukas Erhan laju
“ Umi tau…dia lagi kenal anak yang dia kandung lebih sembilan bulan. Tapi perbuatan Han berkasar dengan budak tu memang tak betoi… tak gentleman.” Kata Yusuf lagi.

“ Budak tu menipu nak selamatkan diri dia.” Erhan sambung cerita.Tiba-tiba dia rasa mahu meluahkan segalanya. Dadanya yang sarat dengan rasa geram sudah tak berdaya nak ditatang lagi. Erhan nak sangat hamburkan semuanya supaya esok hari,dia dapat semangat baru walaupun luka itu mungkin ambil masa untuk sembuh.

“ Cantik ke” Yusuf cuba memanjangkan perbualan bila Erhan sudah nampak selesa bersama dia.

“ Huh…tak cantik langsung… mata dia sepet sebab tu silap masuk bilik kot. Kalau Uncle nak tau..muka dia lebih kurang pelakon opera cina tuh.”

“ huh…. Segak lah tu…boleh jadi pelakon.”
“ dia kuat pakai topeng…air mata dia banyak. Penuh satu tempayan bila dia mula menipu.” Jawab Erhan.Yusuf melepaskan ketawa.Oo baru dia faham , bila Erhan gelar Hilani dengan gelaran itu.
“ Nanti Uncle uruskan sekolah baru. Han nak tinggal dengan tok wan ke?” tanya Yusuf lagi.Ya,semestinyalah. Di kampung nanti,dia akan mulakan hidup baru. Paling penting ,tiada siapa pun boleh hidu kisah buruk itu.Tetapi itulah,hatinya berat nak berpisah dengan Am dan Hazreal. Air liur ditelan mula rasa berpasir bila teringatkan member dua ekor tu. Mereka mula berkawan sejak dari tadika kut.Daripada si Amir kurus sampailah gebu gebas macam tu.Mana lagi dia nak cari kawan macam si Hazreal yang selalu beralah dan berkongsi tempat tidur dengannya bila dia menumpang tidur di situ. Kawannya ramai tetapi sahabat baik merangkap partner in crime Cuma mereka berdua sajalah. Erhan mengetap bibir menahan rasa sebak yang singgah menjetik hatinya sesaat tadi.
“ Atau nak tinggal dengan kami nanti?” tanya Yusuf .Erhan laju menggeleng kepala. Lagilah dia tak mau.Baik dia tinggal dengan tokwan. Lagipun jiwanya belum boleh terima sepenuhnya yang dia bakal berkongsi kasih sayang Umi.Kalau duduk dekat sangat nanti bau taik terlebih pulak. Lebih baik dia belajar bawa diri dari sekarang sebelum Umi bagi dia adik baru.Warghhhh! Erhan tak boleh bayang kalau dia dapat adik!

“ Kenapa pilih Umi ?” Tanya Erhan spontan.Ketulan ais yang berbaki dalam gelas sengaja dihisap rakus.Sudu pun diketuk-ketuk pada pinggan sengaja tunjuk perangai huduh. Yusuf meletakkan semula gelasnya ,terus tak jadi minum bila diaju soalan Kuiz rumahtangga!

“ Ramai lagi anak dara di luar. Sebelum uncle muncul,hidup kami okey saja.” Terang Erhan penuh yakin.Kedua belah tangan diletakkan di atas meja. Tak sabar mahu mendengar karangan panjang yang keluar dari mulut Yusuf.Ah,mesti Yusuf akan puji Umi macam-macam. Perangai lelaki memang begitu. Mereka bijak menanam tebu di tepi bibir sebelum dapat!

“ Jodoh kami mungkin dah tertulis di loh mahfuz .” jawab Yusuf tenang dengan secalit senyuman diwajahnya.

“ Huh, itu saja alasan? Apa yang uncle harapkan sebenarnya? Sepatutnya uncle cari anak dara yang tak ada anak, barulah hidup uncle tak pening kemudian hari” balas Erhan. Ketulan ais yang ada di dalam mulut sengaja diludah jauh. Dia memang sengaja mahu menguji Yusuf.

“ Tak baik meludah. Banyak kuman. Uncle nak tumpang kasih sayang Umi dengan Erhan. Boleh jawapan macam tu?” Yusuf tayang sengih. Erhan mendengus geram.Bodoh punya alasan. Tumpang kasih sayang mana sama macam tumpang sebuah kereta. Erhan tayang wajah kelat.Sungguh dia tak suka jawapan tadi,langsung tak terbit keikhlasan!

“ Jumlah kita balik…Nanti Umi bising.” Ajak Yusuf.Kunci kereta dihulurkan kepada Erhan. Dia kemudian berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Erhan melangkah malas menuju ke kereta. Dia bersandar di pintu kereta sambil mendongak ke langit.

“ kalaulah ayah masih ada…mesti Han tak jadi macam ni ayah.” Bisiknya perlahan. Jiwanya berkelana merindui kasih sayang seorang ayah. Matanya terpejam rapat membayangkan wajah arwah Fahim yang telah lama meninggal dunia sejak dia berusia 7 tahun.

“ Uncle bukan lelaki sempurna . Banyak yang kurang. Uncle pun nak rasa bahagia hidup berkeluarga. Jadi Uncle harap Umi dan Erhan buka peluang itu untuk uncle.” Yusuf bersuara tiba-tiba. Erhan membuka mata dan cepat-cepat menarik zip hoodienya sampai ke leher,Seram sejuk pulak dengar bait bait patah yang keluar daripada mulut Yusuf.

Sepi.

“ meaning?” Kening Erhan bertaut. Bahagia apa yang uncle harap daripada janda beranak satu.Huh, memang menarik ni”. Sindirnya lagi. Erhan silang tangan di dada, sumpah dia memang berminat ingin tahu sejauh mana keikhlasan lelaki itu terhadap Hazura.

“ Uncle bukan lelaki sempurna .Bekas isteri uncle dulu minta cerai bila kami lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Tapi itu cerita lama,dia pun dah kahwin lain dan dah ada anak pun! Tak semua apa yang kita nampak dengan mata kasar, itulah kesempurnaan.kadang itu juga sembunyikan kekurangan dan kecacatan dalam diri. Uncle yang ada masalah kesihatan sebenarnya.” Terang Yusuf sepatah sepatah. Tergamam Erhan dibuatnya.

Selama ini dia nampak sisi Yusuf yang sangat sempurna.Yusuf lelaki yang kacak dan berpoket tebal dan ada jaminan hidup. Senang cerita dia ada syarikat sendiri dan di situlah mereka berdua saling mengenal bila Umi mula dapat pekerjaan di situ. Kiranya hidup mereka sedikit senang selepas ibu berkerja tetap di situ walaupun sebagai kerani.

Senang cerita,kalau Yusuf petik jari mau bersusun anak dara beratur minta dipilih sebagai suri hidup. Memang betullah kata Tok Nawi, tak semua manusia lahir sempurna.Sentiasa bersyukur dan berkongsi nikmat hidup dengan orang lain.Insya Allah hidup akan lebih berkat.

“ kehadiran Umi banyak mengubah hidup Uncle. Umi terima segala kekurangan Uncle.Tiada sebab uncle nak tolak wanita sebaik dan setabah umi. Jadi apasalahnya uncle jadi sebahagian keluarga Umi juga. Bolehkan?” Yusuf angkat kening. Entah kenapa dia pun ringan mulut nak canang semuanya kepada Erhan. Perkara seperti itu sepatutnya disimpan rapat-rapat dalam kamus hidupnya. Erhan tidak memberikan jawapan. Pandangan Yusuf dibiarkan berlalu.Kemudian dia cepat-cepat melolos masuk ke dalam kereta. Yusuf pun ikut sekali. Erhan memang hati kering sebab langsung tidak memberikan jawapan.Yusuf simpan rasa kecewa, susah sangat ke Erhan nak faham isi hati dia? Dia perlukan restu si anak jugak sebab perkahwinan bukan untuk sehari dua. Dia sedang belajar menerima Erhan dalam hidupnya. Bukan senang nak hadap perangai bakal anak tiri yang sudah besar panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience