Kampung Kuala Jerung 2007
Tok Cah menutup kembali tudung bekas makanan selepas diisi nasi goreng cili padi. Hatinya berbunga-bunga sejak Erhan tinggal bersama mereka. Dia akan jaga cucu itu sebaik mungkin. Hazura pun memang bekas menantu yang baik sebab tak pernah lupakan mereka suami isteri . Segala keperluan dan wang poket kerap dihulurkan. Yusuf pun sama,setiap kali nak balik ,lelaki itu akan hulurkan duit untuk perbelanjaan mereka. Bapa tiri Erhan juga yang tolong bayarkan upah pasang bumbung zink baru di bahagian dapur rumahnya. Kadang naik segan mereka laki bini dengan sikap Yusuf.
“ Apa ni Tok?” Tanya Erhan.
“ untuk hanglah.Bawa pi sekolah.kalau lapar boleh makan dengan Jakpaq.Tok goreng banyak tu.” beritahu Tok Cah.
“ Kemarin Tok buat karipap ,hari ni pun Tok bagi lagi.Adoi,gemuk la Han macam ni.” Erhan peluk Tok Cah dari belakang.Sayang sangat!
“ Dah mula peksa ….Hang belajaq elok-elok tau. Pi lekaih,sakgi Tok wan hang marah duk tunggu lama kat bawah tu. Tok dah baca Yasin kat hang.Tok siap doa bagi hang jawab elok-elok dalam dewan nanti”
“ lekaihlah…Tokwan nak pi kebun pulak.” Tok Nawi jerit dari bawah. Erhan kelam kabut mencapai beg sandang dan bekas makanan tadi.Tangan dihulur mencapai jari jemari tua untuk disalam.
“ Han pi dulu…nanti malam Tok masak ikan singgang.Lama tak makan.”
“ Untuk hang semua tok boleh masak.Pi lekaih.” Ujar Tok Cah yang laju mengekor Erhan dari belakang. Pagi ni Erhan akan menduduki peperiksaan subjek Sejarah.Dia harap sangat cucunya itu mendapat keputusan yang baik. Hazura dan Yusuf pun kerap telefon bagi kata-kata semangat kepada Erhan.
“ Pegang kuat-kuat…Tokwan nak rempit ni. He he he.” Tok Nawi sempat bergurau.
“ Biar Han yang bawak..Tokwan duduk belakang.” Erhan meletakkan beg sekolah dan bekas makanan di dalam raga motor. Sempat dia melirik pandangan kepada Tok Cah yang berdiri di tangga beranda.
“ Tok wan.nanti tak payah amik Han kat sekolah lepas exam.”
“ Awatnya? Hang nak balik ngan apa nanti?”
“ Jaafar . Han dah janji nak ajar dia matematik. Kami nak ulangkaji sama-sama.Nanti Han tumpang dia balik.” Jawab Erhan. Tok Nawi hanya mengangguk.
“ Nah..buat duit makan.” Tok Nawi seluk poket baju kemejanya yang lusuh lalu dihulurkan sepuluh ringgit.Erhan menolak .Jarinya laju menunjukkan bekalan dalam raga motor.
“ Tok dah buat nasi goreng. Han boleh makan dengan Jaafar.” Tok Nawi mencebik.
“ Untunglah orang ada orang sayang…” Tok Nawi menjeling ke arah Tok Cah.
“ saja Tok wan hang tu.Tadi dia dah makan sepinggan dengan ayaq kopi. Hang jangan percaya sangat cerita sedih tok wan hang tu.” Tok Cah mula membebel di tangga.Erhan menyimpan senyuman. Mana ada perangai datuk nenek orang lain macam perangai Tok Nawi dan Tok Cah.Dia kadang dah macam pengadil kalau mereka dah mula berbalas kata. Tapi betullah kata orang dulu-dulu.lagi sakan bertekak lagi bahagia rumahtangga itu.Bertekak macam mana sekali pun,Tok cah tak pernah lupakan secawan kopi untuk Tok Nawi. Tok Nawi pun sama. Setiap kali nak keluar , Tok Nawi tetap tanya kalau-kalau ada barang yang Tok Cah nak minta belikan.
“ Babai Tok. Assalamualaikum.” Ucap Erhan sebelum meneruskan perjalanan. Sempat lagi Tok Nawi melambai tangan kepada isteri tersayang.Itulah wanita yang paling banyak bersabar dengan karenahnya. Dia sayang wanita bernama Aisyah binti Hanapi.
“ hang baca doa.Bismillah banyak-banyak. Jangan duk jeling anak dara kiri kanan.” Pesan Tok Nawi bila motorsikalnya berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.
‘ Ish, sebelah meja Han mana ada budak perempuan. Meja pun jauh sebatu Tok wan. Kalau jeling pun tak nampak apa.” Balas Erhan kembali.Jawapan itu mengundang ketawa Tok Nawi. Dia memang suka menyakat Erhan. Sebenarnya dia dah mula menghitung hari.Tak lama lagi selepas tamat peperiksaan SPM.mesti Hazura akan datang ambil balik Erhan.kalau boleh dia nak sangat cucunya duduk lagi dengan mereka tapi apakan daya,suatu hari Erhan tetap akan terbang jauh mengejar cita-citanya.
“ Jawab elok-elok. Tok wan teringin nak ikut mak hang pi hantar hang masuk U.” kata-kata Tok Nawi membuatkan langkah Erhan terhenti. Entah kenapa suara Tok wan tak bernada seperti selalu.Bagai ada kesedihan dalam tuturnya.
“ I will.” Bisiknya perlahan dan terus menghayun langkah. Dia akan kejar cita-cita dan dia takkan kecewakan wajah-wajah kesayangan dia.Tok Nawi terus memandang cucunya sehingga hilang kelibatnya di depan pintu dewan.Melihat Erhan dari belakang terus mengingatkan dia kepada arwah Fahim.Dahulu dia hantar anak ,kini giliran cucunya pulak.Sebak!
Apapun Tok Nawi bersyukur sangat.Perangai cucunya dah banyak berubah berbanding masa mula-mula datang dulu. Dulu budak tu dah macam kupang tembaga, ke sana sini tetap berseorangan. Sekarang dia dah mula nak berkawan. Agaknya kejadian dulu memang meranapkan jiwa cucunya. Hesy kalaulah dia jumpa budak perempuan itu,tahulah dia nak ajar macam mana. Budak perempuan tu sekali bapaknya patut kena sudu dengan angsa Tok Cah!
Pejam celik dan waktu bersilih ganti, sudah 6 bulan Erhan berada di kampung. Keadaan yang tenang di sini banyak mengubat duka di jiwanya. Kehadiran kawan –kawan sekampung banyak membuka mindanya tentang erti bersyukur dan peluang. Apa yang terjadi dulu ada hikmah mungkin. Kalau di sana,dia akan leka dengan sukan sampaikan abaikan pelajaran. Bersekolah di kampung pun boleh saja asalkan ada kemahuan.Cikgu-cikgu pun semua okey.
Hurm, kalau di tanya tentang rindu, memang dia rindu Amir dan Hazreal. Sekali kala dia akan telefon mereka bertanya khabar dan bertukar cerita.Tak sabar rasanya nak bercuti panjang selepas tamat peperiksaan SPM nanti.Mereka bertiga pun sudah berjanji untuk berjumpa dan merancang aktiviti selepas peperiksaan nanti.
Share this novel