chapter 17

Romance Series 7804

Hilani menggaru-garu tudung kepalanya ...erkk! Melihat susuk tubuh yang kemas dan tegap itu, membuatkan hatinya merintih dalam diam.kenapa?…kenapa mesti sekarang? Patutlah sejak dua menjak nih mata kanannya asyik berkedip kedip…”nak tengok orang jauh rupanya” bisik Hilani perlahan.Memang betul teori Ruhaya.

"Kenapa aku jumpa dia lagi?..Alam seluas-luas macam ni...muka dia juga perlu hadap aku..huh" Hilani hanya mampu mengeluh dari jauh. Perasaannya bercampur aduk dan dia mula rasa canggung dengan situasi sekarang.

Hilani membebel sendiri. Dia dah lama lupakan wajah ketat itu sejak bertekad mahu membuka buku baru. Kini kenangan lama kembali mengusik dalam fikiran. .Takdir yang disimpan untuk hari ini, terus membawa dirinya menyusuri cerita lama.Dia bingung dan marah bila memikirkan Erhan kembali lagi.Eh! lebih tepat lagi lelaki muka ketat itu menjadi Bosnya sekarang dan dia cuma seorang kuli.

Hidup memang ibarat seperti sebuah roda! Dulu masa budak,bolehlah perah air mata dan buat muka kesian untuk mengaburi mata guru-guru.Sekarang ni,masing-masing dah dewasa, dialah yang tersepit .Argghh, kenapalah Erhan tak berambus terus. Hilani melangkah longlai menuju ke bilik meeting. Moodnya memang dah kelaut. Kalaulah dia boleh lari balik ke rumah,mesti dah lama dia akan buat! Mamaa ,Hilani mula tak keruan.

Semua staf sudah diperkenalkan oleh Hilani. Mulut memang laju menerangkan sepatah sepatah kepada bos walhal dalam hati rasa nak meletup! Erhan pun pandai berpura pura tidak mengenalinya. Kalau di dicop sebagai pelakon Opera cina, si Erhan pun apa kurangnya. Lelaki itu tak ubah seperti penjahat dalam filem tamil!

“ Saya harap Cik Hilani dapat membantu saya memandangkan saya baharu di sini” Tangan dihulur dan antara terpaksa, Hilani tetap menyambut tangan itu.

“ Baik Tuan.Saya sedia berkhidmat.” Balas Hilani.Di mulut sahaja, dalam hati memang tak ikhlas langsung.Tengok mata saja,dah boleh agak Bos baru ini memang menjengkelkan. Tangan Hilani di genggam erat.Ah sudah, macam nak isytihar perang saja. Hilani menahan kesakitan bila jari mulus dan gebunya digenggam rapat.Ah, sajalah tu ajak cari pasal.Sabar Hilani,jangan sampai tersalah langkah.

Semua staf mengambil tempat di bilik mesyuarat.Erhan membetulkan duduknya agar lebih selesa. Erhan menolak mikrofon konferens yang sudah tersedia di hadapannya.Dia lebih selesa dan bersedia melontarkan suaranya.

“ Assalamualaikum dan selamat Petang.Ini kira meeting kita yang pertama, jadi saya harap kita boleh jadi teamwork yang bagus. Banyak perkara yang perlu saya kaji dan saya sangat berharap semua yang ada di sini dapat memberikan kerjasama tanpa had.” Terangnya penuh harapan .

Diam.

“ Ada beberapa perkara saya akan beri teguran, tapi nanti saya akan panggil yang orang berkenaan saja untuk berjumpa saya. Okay, setakat ini ada apa-apa soalan?’’ Tanya Erhan seraya memandang kepada semua staf yang duduk di meja bulat.Kemudian dia kalih pandangan kepada Hilani. Perempuan itu tunduk dan leka bermain dengan cincin yang tersarung di jari manisnya.

Erhan mengetap bibir dan kemudian bila dia tersenyum ,telaga kesukaan Hartimi pun sibuk juga nak keluar. Hilani bagai terkena jampi bila pandangannya terkaku .kenapa dulu lesung pipit yang dalam tu tak nampak pulak. Pelik!

“ Jadi saya harap perjumpaan kita yang pertama ini,menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang akan datang.Bolehkan?” Erhan mengulum senyum sendiri tapi hujung matanya sempat menangkap reaksi pelakon opera cina .Ternyata Hilani masih bijak mengawal keadaan.

Hilani curi-curi menilik rupa paras Erhan yang jauh beza dari dahulu.Dari gaya lakonan si Erhan,nampak sangat masing-masing sedang cuba mengawal situasi. Baru sehari Erhan di sini, Hilani mula imagine yang bukan-bukan. Selama dua belas ini, dia tak pernah terfikir pasal Erhan. Adakah Erhan datang sekadar menuntut janji lama, Huish, lagi banyak Hilani berfikir lagi menyeramkan.

Lebih baik dia berlagak biasa sebab Erhan pun berpura-pura tidak mengenal dirinya.Eh! takkan kot tak kenal.Selalu manusia akan lebih ingat rupa musuh mereka. Ceh! pandai berlakon juga dia ni. Motif? Hilani tidak berpuas hati.Berada satu bumbung dengan musuh bukanlah semudah ABC… dia perlu celik mata dan pasang telinga terhadap niat sebenar lelaki itu.

"Mujur mak aku lahirkan aku sekali sikap penyabar yang tinggi...kalau tak...penumbuk ni akan singgah ke muka dia tadi!!" Hilani membebel perlahan.Risau juga kalau ada yang mendengar, kang tak pasal-pasal kerja melayang.Eh berani sangat nak tumbuk bos.Dia yang kena penampar sulung si Erhan dulu adalah.

Dari dulu lagi dia tak suka tengok lelaki itu....kerek semacam!. Kalau comel....takpe lah juga....boleh cuci mata. Ini dua puluh empat jam tayang muka ketat, meluat pun ada.Hartimi saja yang nampak bos handsome.

“Tiang anjung helang berbega,Gelegar di tepi tegap diapit, Lekuk lesung antan berlaga,Lekuk pipi si lesung pipit”

“ hah…apa tu?” Hilani kerutkan wajah.Tiba-tiba Hartimi berbisik pantun kepadanya.Belum sempat Hartimi menjawab,Ruhaya pulak menyampuk.

“Lengkung sempit jalan simanggis, sudah sempit naiklah pulak, lesung pipit si hitam manis,sudah manis baiklah pulak.”

Hartimi dan Ruhaya menyimpan senyum.Wola wola punya seronok tengok lesung pipit bos rupanya sampai berbalas pantun, Ceh! Laju tangannya mencari sesuatu dalam telefonnya di bawah meja. Eh, mana boleh kalah dengan pantun mereka.Dia pun ada pantun!Tunggu sat.Gigih jarinya menulis sesuatu di atas buku catatan dan kemudian buku itu ditolak pelan-pelan untuk Hartimi dan Ruhaya baca!Giliran Hartimi pulak menulis sesuatu.Ruhaya pun sama naik terkekek-kekek menahan gelak. Tanpa dia sedar, ada yang memerhati tingkahnya yang mengekek sembunyi ketawa di sebalik Sarimah yang bertubuh gempal.

“ kenapa bilik ini macam berbau busuk. “ Bos mengajukan soalan kepada staf staf di bilik meeting.Semua tercengang.Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Bau wangi aje bilik tu.Celah mana datang bau busuk! Dengan muka selamba badak ,itu soalan kedua Bos dalam Bilik Mesyuarat.

Masing-masing kalut tunduk melihat tapak kasut masing-masing. Hilani pun turut sekali terjebak.Bukan apa,cuma bimbang kalau ada yang terpijak dan mengheret tahi kucing sekali bawa ke bilik mesyuarat. Tapi rasanya takde pula bau tahi Kucing.Jangan-jangan Bos yang terpijak. Erhan cuma memerhati tingkah laku stafnya yang cepat betul cuak sedangkan dia cuma mahu melihat reaksi Hilani seorang.

“ bau busuk yang macam mana bos, kami tak bau apa pun” Hakimi ringan mulut melayan karenah Bos baru.Erhan menyimpan senyum.Bila lagi diketap kuat bibir itu, lagi jelas menampakkan telaga yang dalam itu.Hartimi tersenyum simpul.kepalanya sengaja disenget ke kanan untuk membisik sesuatu kepada Hilani.

“ nampak tak jawline dia? MasyaAllah…. Akak rasa nak pengsan dik!” Kak Timi tayang senyum kepada Hilani.Euw,menyampah sangat dengan perangai kak Timi yang makin menggedik. Hilani menolak perlahan bahu Kak Timi bila wanita itu kerap bersandar sambil bermimpi indah menyulam cinta dengan bos.

“ syhhh! Jangan over sangatlah kak. Ranjinikant lagi umphhh lah!” Hilani sengaja memotong mood Hartimi yang tengah berbunga bahagia ..Hilani kembali angkat wajah memandang rakan sekerja lain.
Aduh! Seorang dua mula tersenyum sendiri,terpikat mungkin.Hilani mencebik melihat gelagat Kak Huda pula yang tersengih macam kerang busuk.Controllah sikit gatal tu.Bukan Remy Ishak pun yang tengah bercakap tu. Ini lebih kurang macam mamat Bangladesh jual karpet.Hilani mengomel dalam hati.

“ Mak aii… comel nak mampus lesung pipit tu. Rasa nak gigit”. Milah membisik kepada Ruby. Kenapa semua nampak gatal semacam. Mujur staf lelaki yang lain tak sama perangai macam yang lain. Samada mata Hilani yang rosak atau kawan-kawannya yang buta mata. Celah manalah mereka boleh cop Erhan handsome. Kalau skala satu hingga sepuluh, Hilani cuma akan bagi satu saja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience