Chapter 22

Romance Series 7804

Hilani melunjur kaki di sofa. Moodnya sudah hilang sikit demi sikit sejak Erhan munculkan diri pejabat. Esok pun dia akan kembali menghadap wajah yang sama.Mampukah dia bertahan kalau seminggu pun dah rasa panas punggung bila disindir pedas oleh Bos sendiri.Padan muka kau Hilani.Langit tak selalunya cerah. Bersedialah untuk terima habuan daripada Erhan!

Beep! Bunyi mesej masuk.Hilani mencapai telefon bimbit atas meja kopi.Mesej daripada Hadif lagi.Hilani membetulkan posisi kepala dengan bersandar atas bantal hiasan yang gebu.Ah, barulah rasa selesa sekitar belakang

Assalamualaikum si cantik. How your day Kita keluar makan malam nak tak. I belanja.

- Hadif

Hilani mencebik. Kenapalah ajakan daripada Hadif tidak lagi membuatkan dia rasa teruja macam dulu-dulu.Text Hadif dipandang sepi. Hilani lebih ralit menggulung rambut sendiri dengan jari. Fikirannya jauh menerewang mengingatkan kata-kata si Erhan siang tadi.

“ Farah Hilani, you bukan budak-budak lagi…. Buat sesuatu itu dengan hati yang ikhlas. Kalau awak senangkan kerja orang ,orang lain pulak senangkan kerja awak. Saya rasa orang macam awak tak pernah kisah pun pasal orang lain. Dari dulu lagi sentiasa pentingkan diri sendiri… ” Tegur Erhan . Kata-kata itu bagai berulang kali berputar di dinding telinganya. Ah,sinis sangat bunyinya.

“ Tadi dia macam sengaja menyindir aku. Agak-agaklah kalau aku minta maaf esok, dia terima ke tak? Eh,kalau aku minta maaf,nampak sangatlah aku ingat dia lagi. Eh,tak boleh tak boleh. Buat bodoh sajalah. Lebih baik aku tunggu dan tengok dulu dia nak buat apa.” Hilani gumam sendirian.

“ Hoi… pi lah mandi. Duk melintang macam biawak laut dapat apa.Tepi sikit,aku nak tengok drama.” Johana mula menghimpit di sofa yang sama.Mahu tak mahu,Hilani terpaksa juga beralah.Malas nak bertekak lebih-lebih memandangkan mood sendiri pun libang libu.

Hilani mencapai beg tangan dan tudung kepala yang tersangkut elok di penyandar kerusi lalu melangkah menuju ke bilik.Johana hanya memandang sepi. Pelik dengan sikap Hilani yang agak mendung sebab selalu di mesti menjawab jugak sepatah dua kalau masing-masing nak menang.

Dang! Pintu bilik tertutup rapat.Hilani bersandar di belakang pintu. Wajah Erhan tetap dalam kepala otak dia walaupun cuba ditepis sejauh mungkin. Hesy tak boleh jadi macam ni, boleh gila dibuatnya. Hilani membuka pintu bilik semula lalu menapak laju menuju ke ruang tamu.Dia kemudian duduk bersila di lantai lantai menghadap wajah Johanna yang ralit menonton drama kegemarannya.

“Ana, aku nak tanya kau ni….penting.” Hilani memulakan bicara. Johana kalih menghadiahkan jelingan.Hilani memang suka mengganggu moodnya.Cis!

“ panggil aku joha….Joha!” Johana meninggikan suara.

“ Ah, sama saja…. Weh, kau ingat lagi budak botak main ragbi?

“ Huh, Firdaus? Zain?” Soal Johana kembali.Hilani laju geleng kepala.

“ Yang penampar aku dulu, ingat tak Erhan Zikri?”

“ Ooo yang hang pedajal hidup dia tu? Mestilah aku ingat. Awat?” Johana mengjungkit kening.Tiba-tiba Hilani teringatkan kisah lama. Mesti terjadi sesuatu.

“ Hah…mana ada aku pedajal dia….aku cuma..” Hilani tidak meneruskan kata. Rengkungnya rasa tercekik untuk menafikan kebenaran.Memang dia pedajal hidup lelaki itu tapi itu kan kisah lama, jadi buat apa perlu ungkit kalau masing-masing sudah dewasa dan matang .Biasalah manusia selagi hidup memang biasa buat silap dan proses itu berulang-ulang berlaku selagi tak mati. Asal ada ungkapan maaf,semua orang tak takut untuk buat silap,kan !

“ kenapa, kau terjumpa dia?” Johana bertanya. Makin pelik dia melihat tingkah Hilani yang termenung panjang.Selalu mulut Hilanilah yang paling becok bercerita itu ini.

“ ishh…mana ada. “ Hilani cepat-cepat menafikan.

“ Dah tu takkan tetiba kau ingat dia…. Ni mesti ada sebab…cakaplah apadia.” Johana baring mengiring menghadap depan Hilani dengan sebelah tangan menongkat kepala. Hilani cuma geleng kepala. Serba salah nak bercerita sebab endingnya nanti dia juga yang dipersalahkan.

“ Kau rasa muka macam aku ni kalau member-member lama di sekolah kita dulu jumpa ,mereka masih cam tak? Hilani bertanya lagi.Kedua belah tangannya mengusap perlahan pipi sendiri.

Bibir Johana tersungging senyuman sinis. Apa punya soalanlah.

“ Giler tak cam….muka kau sapa yang tak ingat…. Kalau stok biasa-biasa, takkanlah cikgu Kasmah suruh kau berlakon jadi hantu china masa perkhemahan dulu. Cinabeng betul…terkejut aku masa kau keluar merayau dengan jubah sida tu.”

Hilani melepaskan ketawa. Zaman yang paling best semasa berada di alam persekolahan. Kerana wajahnya memang mirip seperti anak cina, senang-senang dia dapat pegang watak hantu cina.
“ Muka kau unik… mestilah orang akan ingat.lagipun kau bukan banyak berubah pun.Adalah kut kedut sebaris dua… jerawat.. jeragat ” Johana giat menyakat.Satu tumbukan manja singgah di bahunya. Wajah Hilani yang nampak ceria bertukar mendung kembali.Kalaulah benar apa yang Johana katakan, rasanya memang si Erhan masih mengenalinya,Arghhh, serabut!

“Hoi makcik, kalau ada masalah,bagitaulah kat aku.” Johana mencuit bahu Hilani.

Diam seketika

“ Aku jumpa dia.” Beritahu Hilani .

“ Sapa?”
“ Budak botak main ragbi tu!”

“ Hah…Erhan ziqri tu…giler bapak ! kau kena tampar lagi ke?” tangan Johana cepat memegang bawah dagu Hilani lalu membelek kedua-dua belah pipi Hilani.

“ Hish… mana ada.Aku okay.” Jawab hilani lalu menepis perlahan Johana

“ Jumpa kat mana?”

“ Office!” jawab Hilani ringkas.Tangannya menguis hujung karpet yang sedikit tergulung.

“ Ooo….dia client baru ke?”

“ Dia bos baru di tempat kerja aku!” suara Hilani separa jerit.” Terbuntang mata Johana saat mendengar kebenaran itu. Dia sendiri terkelu lidah, tak tahu nak gelak atau nak tumpang simpati dengan nasib kawan sendiri.Tetapi betullah ,hidup manusia memang bagai roda dan karma itu pasti datang.

“ cirit! Karma itu benar siot! Aku doakan kau selamat dunia dan akhirat.” Johana geleng kepala berkali-kali.

“ Arghhhhh……aku tension nih. Tolonglah” Hilani membungkam wajah di bahu Johana. Hatinya tengah runsing, kan bagus kalau ada yang tolong menenangkan hatinya.Pelan-pelan tangan Johana mengusap perlahan kepala Hilani.Wajahnya terbias senyuman nakal,bukan tidak simpati tetapi memang padan muka Hilani di atas perbuatannya dahulu.

“ Bila dah jumpa ni ada kau minta maaf?” Johana melontarkan pertanyaan yang membuatkan Hilani tersentak. Soalan Johana hanya menambah kegusaran lagi di hatinya.

“ Kan aku dah cakap dulu…masa aku pergi ke rumah dia,mereka dah pun balik ke kampung kan.”

“ Itu aku tau….tapi selepas tu ada kau jumpa mak dia…ceritakan hal sebenar. Haramkan.Sampai sudah kau buat senyap. Kalau aku jadi Erhan,aku sewa back hoe…mau aku langgar kau sampai mati.” Johana terus giat mengusik Hilani yang mula nampak sedikit takut.

“ jahat sangat ke aku dulu?”

“ jahat tu tidaklah tapi Gila!” Johana tunjal dahi Hilani.Sah terang lagi bersuluh memang Hilani sengaja menipu.Dia pun bersubahat juga sebab tak menceritakan hal sebenar. Tetapi kesalahan Hilani memang tak boleh bawa bincang lagi. Bila guru-guru menegur sikap pelajar yang sibuk nak bercinta,mesti nama Erhan akan terpalit juga.Senang cerita,Erhan contoh terbaik murid yang dihukum bila melanggar peraturan sekolah!

“ Dah tu sekarang ni,aku kena buat apa?” tanya Hilani lagi. Sungguh,dia memang rasa buntu sekarang. Segala-galanya kosong dalam pemikiran.

“ Kau kena mintak maaf dengan dia.Tak kisahlah walaupun perkara tu dah lama berlaku. Kau nak kerja bawah dia tau.Best ke hari-hari nak menghadap muka dia dengan rasa takut,menyesal bagai?” Johana mula memberikan idea.

Hurm,bukan dia sengaja mahu beri alasan, tetapi hatinya belum cukup kuat nak mohon maaf sekarang setelah kisah mereka lama tertutup rapat. Hilani berdiam diri lama. Jiwanya rasa sarat memberat dengan masalah yang ada sekarang.

“ kalau aku minta maaf,macam aku gali kubur sendiri je…lagipun dia tak pernah ungkit atau Tanya aku pasal hal dulu. Mungkin dia dah lupakan.”

“ Kau dah pedajal hidup dia sampai macam tu sekali,aku tak rasa dia lupa pun…. Takkan sekarang pun susah sangat kau nak mengaku salah? Eh dia takkan cekik kaulah.”

“ Aku macam nak berhenti kerja…Apa pendapat kau?”

“ Bodoh. Zaman sekarang susah nak dapat kerja ,tapi kau senang cakap nak berhenti. Fikir pakai otak ler beb! Jangan suruh aku tanggung hidup kau pulak ”

“ dah tu, apa lagi cara yang aku ada? Hari –hari aku kena menghadap muka dia…aku tak suka cara dia pandang aku. Lagi pulak aku tak cakap pun kat Hadif pasal hal ni. Macm mana kalau dia dapat tahu”

“ Eh lantak dialah… Dia bukan laki kau pun. Apa hal kau sibuk nak jaga hati dia. Sepatutnya kau jaga hati Bos, baru dapat banyak bonus” Johana mula geram. Hilani memang tak pernah serik.

“ Kau layanlah jantan kemaruk tu,Punca semua ni sebab dialah yang gatal mulut tokok tambah cerita, Punyalah dia shok tangkap angau dengan kau sampai sanggup menipu. Kau dengan dia eloklah menikah . “ herdik Johana lagi.

“ weh..janganlah marah aku. Tak kesian kat aku ke?”

“ Sebab kesianlah aku bagi nasihat. Kalau tak faham juga,kau pergi duduk dalam tong hijau tu.”
” Sampai hati suruh aku duduk dalam tong sampah. “

“ Yalah…weh makcik dengar sini sekali saja aku cakap. Esok kau pergi kerja awal-awal, minta maaf dengan dia . Aku rasa dia akan maafkan kau walaupun selepas dua belas tahun, janji kau mengaku kesilapan lalu dan menyesal !” Johana tinggikan suara. Hilani terus terdiam.

“ kita hidup jangan bermusuh.kau tak takut ke dia simpan dendam.mana tau dia terlalu geram dengan kau..silap-silap dia kidnap kau…rogol kau…bunuh kau.” Johana giat mengusik Hilani yang mata mula berkaca.Bohonglah kalau kata dia tak terfikir semua itu.Dalam surat khabar dah macam-macam cerita dendam berakhir dengan tragis.Seram!
“ kau jangan takutkan aku.”

“ Ha ha ha..tau pun takut. Masa kau buat kat dia dulu,ada kau fikir panjang.” Tanya Johana lagi.
“ Masa tu manalah aku fikir panjang…namapun budak ,bukan pandai sangat pun nak fikir itu ini..hesy!” tukas Hilani.

“ ermm dah tua pun aku tengok tak pandai-pandai jugak. Tak kurang seinci pun ler maruah kau kalau mintak maaf!” kali ini suara Johana sedikit tinggi. Hilani tetap hilani, seraut wajah yang penuh kelembutan tetapi hatinya tetap batu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience