Malam itu Yusuf datang bertandang ke rumah. Tiada yang pelik pun sebab memang selalu Umi akan keluar dengan lelaki itu. Erhan berbaring di sofa sambil menonton televisyen. Mata tertancap depan televisyen tetapi minda dan jiwanya menerewang ingat perkara lain.
Seumur hidup,dia tidak pernah berkasar dengan perempuan walaupun kadang-kadang ada juga sorang dua yang suka perli kulitnya yang dark metallic. Semua perempuan gamak sukakan jantan yang cerah-cerah macam orang korea kut.Tangan kanannya di urut perlahan.Tapak tangan itulah yang singgah di muka Hilani pagi tadi. Dia pun tak terjangka nak bertindak demikian tetapi hatinya sakit bila tahu hanya dia digantung persekolahan.Hilani sampai sudah selamat kerana cerita menipu dan air mata poyo itu.
Erhan cuma mahu bersemuka meminta Hilani membersihkan namanya, tetapi lain pulak yang terjadi bila budak perempuan itu keluarkan wang dari poket baju kurungnya yang berjumlah tiga puluh ringgit.
Hoi! Jumlah itu disamakan untuk tebus maruahnya.Bullshit. Memang patut kena tampar dan dia memang tak patut kena buang sekolah. Lagipun bukan kuat sangat tamparan tadi.Ini semua gara-gara mulut Bibi yang mencanangkan peristiwa itu merata. Memang siot betul budak gemuk tidak bertulang itu. Patutnya Erhan bagi penampar jugak kepada kawan Hilani itu.
“ Erhan…jum ikut uncle.” Yusuf mencuit bahu Erhan yang dilihat dari tadi ralit memandang ke arah lain. Nampak sangat budak tu tengah stress. Erhan bangun membetulkan duduknya. Seluar pendek yang sedikit terangkat ditarik pelan-pelan menutup lutut yang berkerak akibat luka lama jatuh motor. Pelik bin ajaib, Yusuf nak ajak dia kemana pulak.Dia kalih pandang kepada Umi yang masih berkain batik dan baju T.
Agaknya selepas perbincangan petang tadi,Umi mesti sambung pulak perbincangan dengan Yusuf. Jadi tak hairanlah Yusuf terpacul didepan rumah mereka malam-malam. Para ibu memang suka memperbesarkan sesuatu perkara itu kan! Redha sajalah.
“ Hurm… kan Han dah cakap,Han izinkan Umi kahwin.” Tuturnya dalam nada lembut.Ah,mesti Umi dah cancel kahwin sebab syarat dia tadi. Hurm patutlah Yusuf pun kalut datang ke mari. Alahai, Erhan menggaru belakang kepala. Umi suka perbesarkan perkara yang kecil.
“ Bukan pasal tu. Jum ikut Uncle ,kejap saja. Malam ni kita sembang man to man talk!” jawab Yusuf sambil tersenyum. Erhan makin pelik.No No…dia tak perlukan sesi kaunseling daripada sesiapa. Man to man talk konon. Kalau dia perlukan teman bersembang lebih baik dia cari Tok Nawi atau Hazreal atau Amir Dunhill!
“ Jum…duduk termenung pun dapat apa.Ikut Uncle lagi bagus.Kita pekena char kueh teow kat depan tu.” Yusuf menarik tangan Erhan memaksa untuk ikut. Mahu tak mahu,dia gagahkan diri juga bila Umi bagaikan merayu –rayu melalui kerdipan matanya. Umi sajakan!
“ Okay-okay..Tunggu sat.” Erhan berjalan menuju masuk ke dalam bilik.Sesaat kemudian,dia keluar bersama Hoodie bercorak ala tentera yang tersarung atas singlet dipakainya. Sempat Yusuf kenyit mata kepada Umi sebelum keluar.Ah,jangan risau dia akan cuba menasihati Erhan sebagai seorang bapa.Budak lelaki itu perlukan seseorang untuk dia meluah. Kali ini berilah peluang untuk dia tunjukan bakat sebagai bakal bapa tiri.
Share this novel