Hilani menyembam muka atas tilam. Sungguh dia rasa bersalah di atas perbuatannya. Bila dia terdengar perbualan di antara ayah dan ibunya tadi, hatinya mula menjalar rasa penyesalan. Memang dia menipu tetapi semuanya kerana terpaksa. Iman terlalu garang dan tegas. Kalaulah dia mengaku di depan cikgu disiplin,sah-sah dia yang akan kena .Dengan cikgu takpa lagi,jangan dengan ayahnya.Silap-silap paip getah tu dibelai belakangnya.
“ Jahat sangat ke aku….kalau ayah tau,teruk aku yang kena.” Hilani menyeka air mata. Tapi padanlah dengan Erhan, tiba-tiba naik tangan di mukanya dah kenapa.Dia bagi duit kut bukan bagi batu. Bila dah kena buang sekolah,siapa yang susah sekarang. Hilani mengeluh perlahan. Sebelum Erhan pindah,dia mesti berjumpa dengan lelaki itu. Untuk kali terakhir ini,dia akan minta maaf di atas perbuatannya dahulu.Selepas itu kalau Erhan dah pindah jauh ke pelusuk dunia lain pun taklah dia rasa jahat sangat.
Hilani bangun menuju ke rak buka.Majalah sekolah tahun lepas yang dipinjam dari kawannya segera diselak satu persatu.Niat dihati cuma mahu melihat koleksi budak lelaki yang handsome di sekolah. Tetapi nampaknya kini,minatnya lebih untuk mencari gambar Erhan. Tiada yang menarik pun tentang Erhan. Muka pun stok biasa-biasa. Kepala yang sedia botak itu dah sebiji nampak macam abang si upin. Badan pula kurus kering dengan waran kulit sedikit gelap .kalau berlatih ragbi di padang sekolah,lagilah kulitnya hitam menghelit gitu.Neh,tiada yang menarik langsung. Kenapalah dia boleh tertangkap dengan lelaki wajah ketat itu.Kalau tersangkut dengan Hadif ke, Nik Faizal ke barulah ngam.Hilani menampar belakang kepala sendiri bila sedar dia semakin melalut.
Sibuk sangat menilik gambar Erhan, sedangkan jantan tu dah bagi penampar sulung di mukanya. Malu Ya rabbi masa tu sebab berlaku dalam kelas.Member-member lain pun ada.Hilani menutup kembali majalah sekolah.Dia kembali membaringkan badan di atas tilam.Mata cuba dipujuk untuk lelap,saat itu jugaklah wajah Erhan yang mendung berlegar di ruang mata.Huhu, sumpah dia semakin rasa menyesal. Hilani bertekad, esok pagi dia akan terjah seorang diri ke rumah Erhan.Dia ada misi untuk mohon kemaafan!
Hilani belek jam tangannya.sudah pukul sepuluh pagi tapi kenapalah batang hidung bas pun tak nampak lalu.Aduh, sudahlah dia mengejar masa.Majalah hiburan ditangan dibelek lagi sekali sekadar untuk membuang rasa kecewa menunggu lama. Dia bangun awal pagi sebab bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan Erhan. Dia perlu menyapa lelaki itu dengan seribu kemaafan! Senyuman terbias di wajah bila nampak bayang bas dari kejauhan. Yes! Yes! Hilani memanjat naik tangga bas lalu melangkah ke belakang mencari tempat duduk yang masih kosong.Kedua jari jemarinya bertaut rapat menghilangkan sedikit kegusaran yang menerjah tiba-tiba.
Loceng ditekan sebaik nampak jalan besar masuk ke lorong rumah Erhan. Nampak gayanya dia kena jalan kaki untuk sampai ke dalam.Aduhai, awatlah tak terfikir nak ajak Raudah atau Sarah.Barulah tak sunyi nak meredah jalan kaki seorang diri masuk ke kampung orang. Payung di tangan dibuka untuk melindungi kulit putih mulusnya daripada sinaran matahari yang sudah mula terpacak.
“Assalamualaikum.” Hilani memberi salam.Kalau ikut alamat betullah kut.Lagipun tadi dia dah tanya kedai di depan,tuan kedai petua cari rumah yang pintu bercat biru.Ah,memang tak salah rumahlah.
“ Assalamualakum.” Suara Hilani agak kuat memberi salam.
“ Depa tak ada di rumah adik… Lusa baru balik kut. “ terang makcik sebelah rumah . Hilani rasa kecewa.Dia terlambatkah.
“ Pergi mana makcik?”
“ Balik kampung!” jawab makcik itu laju.Hilani terkejut. Sah ,dia memang dah terlambat. Jadi betullah apa yang Am beritahu kepada Raudah.Erhan akan bertukar sekolah ke kampung ayahnya.
“ Hah…depa dah pergi ke?” Hilani tayang riak terkejut.
“ Hang cari sapa?” tanya makcik itu lagi.
“ Cari abang Erhan…Takpa lah makcik.nanti saya datang lagi.” Hilani beri alasan. Dia pun tak pasti bila boleh berjumpa lagi dengan lelaki itu. Dia memang berhutang kemaafaan dengan Erhan sampai bila-bila! Dia juga cuba sembunyikan rasa kecewa bila gagal dalam misinya.
Kakinya lemah mengatur langkah saat beredar pulang. Lelah jiwanya bila mempermainkan hidup seorang lelaki yang tiada salah itu. Jahat..jahat..jahat! Hilani mengutuk diri sendiri. La tu jugak dia nak lari balik rumah menangis di riba Ibunya mohon keampunan kerana menipu ramai orang!
Oh,tak boleh! tak boleh. Iman pasti mengamuk dan pukul dia setengah mati kalau tahu dia menipu. Aduh ,sampai bila dia kena simpan perasaan bersalah ni. Mungkin masa yang panjang akan memadamkan kisah mereka. Hilani pejam mata dan menarik nafas dalam-dalam. Lupakan! Bukan kau tak pernah cari dia untuk memohon kemaafan.Mesti ada hikmah tuhan tidak mempertemukan mereka kali ini.
Mulai hari ini, masing-masing buka buku baru. Hilani perlu lupakan tentang rasa bersalah terhadap Erhan. Mereka takkan berjumpa lagi sebab dunia kan luas dan ramai manusia.Hilani cuba memujuk hati sendiri walaupun dalam hati sendiri rasa penyesalan dan kesedihan penuh bagai air di empangan yang menunggu masa untuk dilepaskan.
Maruahnya mungkin terselamat tetapi dengan sengaja dia pula memijak mijak maruah lelaki lain dengan tuduhan tidak berasas. Terlajak perahu boleh diundur,tetapi kalau sudah menipu ramai orang ,mesti dia akan dicop penipu seumur hidup. Takpalah Hilani,lepas ni kau bertaubat.Jangan buat lagi dah dan fikir dulu baik buruk sesuatu perkara itu sebelum bertindak.
Share this novel