Bandar Putra Hill. 2019
Farah Hilani tarik muncung empat belas bila dapat tahu Encik Fuad akan bertukar ke cawangan lain.Bekerja bawah Encik Fuad memang best sebab orangnya sangat humble dan tak lokek dengan senyuman.Apakan daya jodoh mereka dengan Encik Fuad cuma bertahan tiga tahun.
“ Hoi…monyok muka…macam mati laki pun ada .” Hakimi menegur.Dari tadi dia dah perasan riak wajah sugul Hilani bila Encik Fuad umumkan dalam mesyuarat tadi. Eh,bukan Hilani sorang saja frust dengan berita itu malah ramai lagi staf lain rasakan benda yang sama.
“ Aku sedihlah. Inilah bos yang paling best. “ jawab Hilani. Ruhaya yang mendengar turut mengangguk bersetuju.Mana nak cari bos macam Encik Fuad. Dia yang paling terbaik ambil berat bab kebajikan staf dibawahnya.
“ tak boleh ke dia tolak?” Hilani mula mencebik.Mana tak risau kalau dia yang paling terkesan kalau bos baru datang. Dia kan merangkap assistance Encik Fuad. Jadi dialah orang yang hadap perangai bos.Kalau dapat yang baik kira dialah yang paling bertuah. Ewah!
“ Rugilah kalau dia tolak… dapat naik pangkat kot.”
“ Harap-harap kita dapat bos baru yang okaylah kan.” Raudah menyampuk.
“ Kalau okay, kalau dapat macam Encik Zakuwan, mampus kita. Sekali dia tengking,satu level boleh dengar.Seram aku.” Tambah Hakimi pula.Bila nama Zakuwan dipetik,lagilah kecut perut Hilani. Bukan rama-rama lagi dah yang terbang,tapi dah macam sekumpulan badak bertempiaran lari mengocak isi perutnya.Pantang dia tersilap taip, mulalah Zakuwan bising dan menyindir pedas yang bikin makan dalam! Alah,nama pun manusia , normallah kalau sesekali tersilapkan!
Fuad berjalan keluar dari biliknya.Hilani cepat-cepat bangun menghampiri bosnya.Hatinya gundah selagi tak dapat jawapan.Dia mesti dapatkan jawapan kepada teka teki yang bersarang dalam kepala otak dia.
“ Bos, siapa yang akan ganti tempat bos nanti ? Boss lelaki ke ladybos?” Hilani cuba merisik. Mesti Fuad dah tahu siapa penggantinya tapi dia mengunci mulut rapat. Selagi Headoffice tak beri greenlight mana boleh dia heboh . Dia pun patut di maklum awal sebab tugasnya memang akan banyak melekat dengan bos. Sekarang ini dialah orang kanan kepada Fuad gitu.
“ Hmm..saya rasa ladybird kut” Fuad bergurau. Dia pun cuma dengar khabar angin yang bertiup kencang mencanang nama Zikri.Orangnya nampak muda dan berkarisma.Malas dia nak bercerita lebih,biarlah mereka kenal sendiri dengan bos baru.
“ Bos…janganlah pergi! Bos tak kesian kat kami” Raudah cuba memujuk. Fuad hanya membuang ketawa.Takkanlah dia nak menolak peluang yang datang.Kalau dia bertukar cawangan,dekatlah sikit dengan familinya. Taklah rasa bersalah kerap abaikan keluarga. Selepas ini ,bolehlah dia menumpukkan perhatian kepada mereka pulak. Lagipun takkanlah dia nak menolak rezeki yang datang.
“ Janganlah cakap macam tu. Rasa berat hati pulak saya nak pergi.” Kata Encik Fuad. Satu persatu wajah yang ada di situ dipandang dengan hati yang sayu.Dia pasti akan merindui mereka.Tiga tahun berhempas pulas bersama mereka mengembangkan lagi syarikat Lemenits bukanlah perkara mudah.Macam –macam yang mereka lalui.
“ Kami harap bukan Puan Kartina.” Raudah bersuara lagi.
“ Aik, kenapa awak cakap macam tu.?” Tanya Encik Fuad . Bukan Raudah saja berbunyi pasal Kartina tetapi ramai staf lain turut menyuarakan pendapat yang sama.
“ Dia garang sangat Bos. Cerewet dan ..” jawab Raudah perlahan.
“ dan sebab dia suka meeting berjam-jam?” encik Fuad saja menduga. Hilani ketawa kecil.memang tepat sekali. Kalau boleh biarlah mereka dapat bos baru yang sebaik macam Encik Fuad.Amin!
“ jangan bimbang sangat. Dia baik orangnya.” Kata Encik Fuad sebelum beredar keluar dari pejabat. Dia harap jawapan itu mampu meredakan kegelisahan mereka.
Hilani hanya terdiam. Masing-masing ada sebab dan masalah sendiri.Biarlah Encik Fuad pergi dengan tenang. Lumrahlah tu kalau bertukar bos.Anggap saja macam bertukar tempat kerja sementara nak sesuaikan diri dengan bos baru!Mata kanan Hana berkerdip berkali-kali.Hesy,tiba-tiba pulak kerdip sakan.Kata orang tua-tua,kalau mata kanan asyik berkerdip,mesti nak berjumpa dengan seseorang yang dirindui. Eceh,macam tak boleh pakai teori bodoh tu. Lagipun siapalah yang dia rindu. Baru minggu lepas dia balik ke kampung berjumpa ayah dan ibunya. Semalam pun dia dan Hadif keluar makan sekali.Celah mana pulak dia nak merindu lagi.
“ Lenny. meh sini sat.” panggil Hartimi. Hilani terus duduk di kerusi berhadapan Hartimi. Satu-satunya anak dara terlajak usia yang belum berkahwin.Hartimi tersengih lebar.Lain macam perangai kakak sorang nih. Hartimi tersengih lebar.
“ Ada apa kak Timi …tersengih lain macam saja.Kak nak kahwin ek?” Hilani mengusik.
“ Syhhh….kak rasa dah tau sapa orangnya bakal pengganti Encik Fuad.” Tuturnya separuh berbisik.Hilani terbeliak biji mata. Aik,biar betik. Macam mana kak Timi yang lebih tahu daripada dia. Encik Fuad pun kunci mulut serapatnya Hesy,dengar boleh tapi jangan percaya sangat dengan cakap Kak Timi.Perangai nak serba tau lebih dari orang lain pun susah juga. Kak Timi selalu nak lebih daripada orang lain. Hilani jungkit kening menunggu cerita lanjut.
“ Kak Tim rasa orang yang pernah Encik Fuad bawak dulu.”
“ Orang yang mana kak….ramai Encik Fuad bawak. Saya sendiri pun tak ingat….macam mana pulak kak Timi boleh tau nih.”tukas Hilani laju.
“ Kak taulah sebab kak ada kat sini masa tu…Kau kan ambil cuti nak balik jaga ayah di rumah.Lupalah tu.” Kak Timi menampar perlahan lengan Hilani yang sedap menongkat dagu di depannya.
Ah,logik juga.Dia memang pernah ambil cuti tiga hari balik ke kampung sebab ayahnya terjatuh dari motor. Hilani mula menunjukkan minat dengan cerita Hartimi.
“ Sambung cepat kak.” Hilani sudah tak sabar.Kakinya menggedik bawah meja tak sabar sangat-sangat dah. Macam –macam dia nak tau.Kak Timi mesti cerita semua sekali. Satu pun jangan tinggal!
“ Handsome…..Tall, dark and sexy!” ungkap Kak Hartimi .Hakimi yang mencuri dengar terus tak jadi sambung kerja. Pernah ke lelaki begitu singgah di sini.Ah, Hartimi memang sengaja menduga kegatalan budak Hilani .
Perghhhhh.. tiga perkataan itu membuatkan rahangnya rasa nak terjatuh. Ah,mesti sekacak Khairy Jamaludin.Eh,paling kurang pun mungkin macam Remy Ishak. Hilani bagaikan kucing siam tersipu malu. piawwww..keceh keceh!
“ Orangnya nampak serius…Kak Timi tengok pun rasa kecut perut. Tapikan, sekali dia senyum…Ya rabbi. Kiri kanan ada telaga dik!” Kak Timi mengurut dada sendiri.Itulah yang paling mahal.Senyuman manis yang boleh buat jantungnya berdentak kencang. Eiii tak sabar nak bertemu lagi.
“ Telaga?” Hilani pandang lama ke wajah Kak Timi yang masih tersengih lebar sampai ke telinga. Telaga apa pulak yang melekat di pipi.
“ dimple dik non oii…huh, takkan itu pun tak tau. Orang kampung kami panggil telaga kalau dah dalam sangat lesung pipit tu.”
“Oh..cakaplah lesung pipit. Tobat mesti kacak giler kan! Kak ,rasa-rasa dia dah kahwin ke belum?”
“ entah… susah nak agak…. Perut rapat lagi, takdelah terkeluar macam si Bidin tu. Neh,kalau kahwin pun,ada tiga kosong lagi tau…yang last tu Kak chop dulu .!” Hartimi ketawa mengekek. Ceh,boleh tahan gatal juga makcik sorang nih. Hilani pulak sudah membayangkan wajah tampan Khairy Jamaludin mengatur langkah di depan pintu utama pejabat. Aduhai.
“ weh ..Jangan percaya sangat cakap Kak Timi.Kadang tembirang lebih.” Hakimi mencelah dari belakang.Bernanah telinga dengar mereka berbual bagai nak rak puji bos baru.Belum pasti lagi sahih ke tidak orangnya. Hakimi geleng kepala.
“ Kak saja reka cerita kan!” tebak Hilani. Dia pun sama naik bodoh percayakan cerita Kak Timi.
“ woit…takde masa aku nak mereka cerita. Aku yang bawa masuk fail staf ke bilik Encik Fuad.Apa kejadahnya kalau setakat client sibuk nak belek fail kakitangan!” tukas Hartimi dalam nada geram.Sakit hati bila dituduh mengada-adakan cerita.
“ yalah..yalah kak…Nanti dia datang sini.Kita tengok betul ke tak macam kak cakap tu…Telaga minyak eh!” Hilani giat mengusik lalu cepat –cepat angkat punggung kembali ke tempat duduknya.Hartimi mencebir.Tunggulah!
“ eh bos…ada tertinggal apa-apa ke?” tegur Hilani bila ternampak Encik Fuad kelam kabut masuk semula ke pejabat. Soalan setiausahanya itu dibiarkan sepi.
Hilani menggeleng. Satu persatu gambar dibelek tetapi tiada satu pun yang berkenan di hati. Koleksi baju kurung yang bulan lepas nampak lebih cantik dan menawan coraknya. Hilani paling suka membeli kurung cotton berbunga kecil.
“ alamak kak Timi. Atifi Adenan punya collection kali ni tak mencengkam jiwalah.” Hilani letak telefon di tepi.
“ Kau baru beli bajukan, takkan nak beli lagi.Jimat duit untuk kahwin.”
“ Eh,kahwin tu bab lain . Kita orang perempuan kenalah pakai baju cantik-cantik baru terbeliak mata Hakimi.” Kata-kata Hilani membuatkan Hartimi ketawa. Hilani memang suka menyakat Hakimi.
Encik Fuad menekan butang interkom memanggil Hilani masuk ke biliknya. Sebelum dia meninggalkan syarikat ini,ada beberapa perkara yang perlu di maklumkan kepada Hilani supaya wanita itu tidak terkejut dengan ‘ angin’ bos baru.
“ Ya Encik Fuad…ada apa?”
“ Duduk.” Pelawa Encik Fuad sambil menyelak dokumen di depannya. Sesaat kemudian dia panggung kepala memandang Hilani yang masih berdiri. Pelan-pelan Hilani melabuhkan punggung dan terus membuka buku catatannya.
“ Minggu depan, bos baru akan datang. Ermm, tak perlu susah-susah buat majlis sambut or surprisekan dia. Orangnya simple tetapi tegas.” Terang Encik Fuad. Okay, lagi senang diurus kalau bos baru tak suka majlis bagai.Agaknya nak jimat duit syarikat kut.
“ Lagi satu, Hilani kena selalu suruh Kak Zurin cuci bilik.Orangnya alergik dengan debu.” Lanjut Encik Fuad.Pulak dah, jenis manusia tak kental sangat nih. Resdung kut! Hilani membuat telahan sendiri.
“ Ada lagi tak yang perlu saya take note?” Hilani bertanya dengan tenang. Apa saja berkaitan dengan bos baru,dia kena hadam supaya senang berurusan nanti. Dia akan buat yang terbaik demi memajukan syarikat Lemenits.Chaiyok!
Diam seketika.
“ Kalau sedia minuman,jangan letak susu. Dia pangkah susu susu nih,” Ungkap Encik Fuad.Kemudian dia sendiri ketawa kecil.Entah kat mana yang kedengaran lawak.Hilani mengerutkan dahi. Sedari pandangan lama Hilani kepadanya,Encik Fuad cepat-cepat mematikan ketawa.
“ Okay..itu saja yang saya nak pesan. Ada apa-apa nak tanya?” Soal Encik Fuad.Fail diatas meja ditutup rapat.Eh mestilah ada.Banyak sangat soalan nak terkeluar dari mulut dia . Hilani tarik nafas dalam-dalam.
“ Err….siapa nama bos baru?” Hilani bersikap terus terang . Ala janganlah berahsia sangat. Encik Fuad tersenyum. Dah agak itu mesti soalan pertama.
“ Zikri.” Jawabnya sepatah. Wah, sedap nama tu .Tak payah bertengku dan Syed bagai, nama pendek macam itu pun dah sedap menyapa halwa telinganya.Mesti orangnya mempunyai pakej yang lengkap jugak. Hilani menyimpan senyum. Aduhai, kenapalah tiba-tiba nama Zikri bagai terpahat terus dalam fikirannya. Nakal sangat bos baru, belum datang secara rasmi dah dapat tempat di hatinya. Zikri..Zikri,aduhai indah sungguh sebutannya. Dapat bos muda plus handsome sepasal bolehlah dia dan staf perempuan yang lain cuci mata.Yihaaa! Hilani tunduk pandang buku catatannya dengan senyum yang dibuat-buat. Gatal!
Share this novel