chapter ONE

Romance Series 7804

Lorong kecil bersebelahan makmal sains itu terus diredah.Mengejar manusia yang semakin benci dan marah dengannya. Lagi kuat namanya di seru,lagi bertambah laju budak lelaki itu mengatur langkah. Jangan panggil nama akulah! Hati kecil lelaki itu masih cuba bersabar. Hilani pantas berlari memotong langkah Erhan.Huh, dapat pun. Dia tercungap-cungap menahan nafas yang mula turun naik.

“ weh..sorry ah…Kite ikhlas minta maaf nih!” Hilani cuba berbuat baik dengan Erhan walaupun tahu lelaki berwajah ketat itu memang tak ampunkan dia sampai bila-bila.Ah, apa salahnya tolong gadis yang dalam kesusahan.Berkira sangat.

“ Pi mampoih !” jerit Erhan.Hatinya masih bengang gila dengan perangai budak perempuan bermata sepet nih. Sungguh tak sangka rupanya Hilani ada bakat jadi gila!Kenapalah takdir menemukan mereka dalam keadaan macam tu.Why..Why why?

“ Amboi mulut …. Benda kecik aje kot.” Jawapan Hilani membuatkan budak lelaki tadi terkejut.Adakah kejadian tadi perkara biasa bagi dia..No! girlfriend pun dia tak pernah ada. Bukan dia tak teringin tapi dia sedar,dia bukan kacak teruk macam kawan-kawan lain.Rambut pun hampir rapat dengan kulit kepal .Sekali pandang dah macam mesin kukur nyiok! Kulit pun taklah cerah mana. Kalau usha perempuan pun,balik-balik jelingan maut yang dia dapat. Jadi apa kejadahnya dia nak bercinta dengan gadis opera cina nih. Beza kulit pun dah macam tahi cicak! Susah sangat ke cikgu-cikgu nak faham? Bukalah mata tengok kebenaran!

“ kecik hang cakap? Aku rasa nak tumbuk muka hang.Blah!” Erhan menunjukkan penumbuk hampir ke muka Hilani. Saat ini dia takkan tertipu lagi dengan perangai menipu haram jadah Hilani.Weh pompuan,dengan cikgu bolehlah hang melalak sedih bagai.Tunggulah kebenaran akan terbuka juga suatu hari nanti.Kalau menafikan sebanyak mana pun, dia tetap nampak salah jugak .Hilani satu jenis manusia yang mempunyai wajah comel dan lemah lembut walhal perangai hodoh!. Sah-sahlah dia yang muka pecah rumah ini lagi sesuai bawa watk jahat.Phuiii.

“ kite bukan sengaja pun….terlepas cakap tadi sebab takut dengan cikgu.” Hilani tayang wajah comel.Ngek!…riak wajah itulah yang banyak menipu di dalam bilik disiplin tadi. Mungkin sebab muka budak perempuan ini nampak penuh kelembutan dan baik berbanding dirinya yang nampak muka ketat!Erhan meraup wajah berkali-kali. Kalaulah berpeluang,nak sangat dia hempuk Hilani di dinding.Paling kurang pun ,nak sangat dia patahkan jari-jari gadis itu yang ligat menyeka air mata tadi.Kaki tembirang betul.

“ Dengan tuhan hang tak takut pulak. Dajei betoi! “ Erhan menolak bahu gadis itu.Sikit lagi Hilani nak terjatuh apabila kakinya hampir masuk ke longkang . Hilani cepat-cepat berpaut supaya tidak terjatuh. Terbuntang mata Erhan melihat tangan Hilani mendarat di bahunya.Mak aiii,nampaknya Hilani memang cari nahas lagi.Tak cukup lagilah apa yang dia fitnah dulu.Ceh, laju tangan lebar lelaki itu menolak wajah Hilani dengan kasar. Kemudian tangan Erhan diangkat tepat ke wajah Hilani memberi amaran keras.

“ Don’t you dare, I’m watching you girl”. Erhan mendengus geram.Sumpah,saat ini hatinya bagai ingin melakukan sesuatu yang lebih dahsyat,tetapi memandangkan mereka masih di kawasan sekolah,dia masih cuba bersabar.

Erhan melangkah pergi dengan hati yang sebal. Kenapa hari ini terjadi dua perkara yang mengecewakan dirinya. Kunci motor diraba dalam poket seluar. Seminit pun dia tak sanggup nak duduk lagi di sekolah.Kepalanya semakin berat memikirkan masalah yang baru terjadi tadi. Kalau cikgu telefon Umi nanti,apalah dia nak jawab!

‘ Sial hang budak!’ getus hatinya .Ke mana patut dia bawa hati untuk bertenang? Ah, bukan dia tak biasa ponteng sekolah. Telinga dah kalis dengan leteran umi.Kebelakangan ini,hubungan dia dengan umi makin renggang.Umi selalu kata dirinya sukar untuk didekati,tapi Umi pun tak pernah nak ambil tahu apa yang dia rasa di dalam. Perit sungguh rasa bila hidup tanpa seorang ayah dan tiada adik beradik. Sunyi!

Share this novel

Nur Amalina
2020-07-19 09:47:50 

npe x hbskn


NovelPlus Premium

The best ads free experience