Staf yang lain mula tersengih dan mengangguk bila Erhan hambur ketawa.Anehnya,bilik meeting yang tadi sepi tiba-tiba riuh dengan gelak tawa. . Hilani saja yang simpan ketawa bawah tapak kaki.Takkan dia nak gelak dekat diri sendiri kut. Bodoh..bingai!
Hidup kita macam roda…Jadi sebelum aniaya orang… ingat tuhan sama. Karma itu memang wujud dan musuh itu benar .”sambung Erhan lagi. Nada suaranya bagai membaca talkin di kubur.Seram!
Bukkk!!!!!
Tiba –tiba Hilani merasakan sebijik durian jatuh menimpa kepala…menyucuk sangat! Dah pandai perli dan sindir dalam.Orang lain hanya ketawa menyangkakan Bos bergurau,tetapi Hilani sangat yakin….Bos baru sahaja melancarkan perang terhadapnya. Sendinya mula rasa lemah bagai dicucuk cucuk dengan besi panas.Kalau dipaksa berdiri,boleh jadi octopus nih. Segala bahagian badannya yang bertulang mula rasa lembik.
Rohnya bagai terbang jauh dari jasad sendiri. Saat begini,Hilani rasa dirinya bagai direbus hidup-hidup bila punggungnya kian panas.
Jelingan tajam Bos kepadanya membuatkan dia lebih yakin…. “ dia sedang mengata aku” . Hilani berpura tidak mendengar walaupun ikut hati,dia nak sangat tarik rambut Bos yang terpacak tinggi tu.Semakin menyampah dia melihat Erhan.
Dengan Jaket kulit tersarung kemas di tubuh, penampilan pula sudah berubah dari gaya botak kepada berambut pacak. Ah! Mesti dia rasa semakin handsome lah sangat.Ptuiii!!!Sebab tu sesuka hati memperli orang.
Hilani menggenggam penumbuk di bawah meja.Kalau itu bukan Bos, dia teringin sangat nak hempuk kepala Erhan di meja.Lepas itu, bagi siku sekali biar tertanam terus muka itu di meja Huh!
“Itu cuma peringatan untuk kita semua.Saya tak suka kalau ada pekerja yang ambil ringan tentang etika ketika bekerja.Kalau ada sebarang masalah,boleh datang berbincang di bilik saya.”
Erhan menyambung cakap lagi. Hilani sudah rasa makin semput berada lama dalam bilik meeting. Untuk pertama kalinya,dia lebih banyak menatap muka meja daripada muka bos sendiri. Staf yang lain memberikan penuh perhatian kepada amanat bos baru. Kak Timi paling bersungguh mencatat dan senyuman tak lekang dari bibirnya.
“ Okay,itu saja.Yang lain boleh pergi,Cik Hilani saja tunggu sini.Banyak perkara kita perlu bincang.” Kata Erhan sebaik saja mengakhiri sidang mesyuarat pada petang itu.
Dang! Kenapa bos sebut nama dia lagi.Hilani mula rasa seram sejuk. Memang malang yang mengejar dirinya semakin kuat baunya.Ceh, patutkah dia resign ? Eh tak boleh sebab nanti duit ansuran bulanan keretanya siapa nak tanggung. Kalau sudah berlaki,mungkin itu yang dia akan buat. Ekor mata Hilani menjeling saat staf lain beredar keluar dari bilik seorang demi seorang. Sudahnya cuma tinggal dia dengan Erhan. Hilani tetap menunduk memandang jari jemari sendiri.Masa inilah baru nak membelek celah mana lagi ada tahi lalat, dan mulalah parut paling kecil pun kau boleh nampak dengan jelas!
“ Soon!” tiba-tiba Erhan menjerit separa kuat. Sengaja mahu menguji kekuatan minda Hilani samada perempuan gila itu itu masih janji mereka. Hilani masih diam. Syhh! Mana mungkin dia beri reaksi positif walaupun perkataan itu memang terpahat dalam gegendang telinganya.
‘Stay cool girl…You can do it.’ Hilani pujuk diri sendiri. Melihat reaksi Hilani tadi,Erhan mula mencari akal lagi.
“ You…. Suka minum air kotak?” tanya Erhan.Jari nakalnya mula bergerak menarik pelan-pelan buku catatan milik Hilani bila wanita tunduk pandang kaki sendiri di bawah meja. Entah kenapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang ditulis dalam buku milik Hilani itu.
“ Err bos… itu buku saya.” Tegur Hilani bila dia mula tersedar dari lamunan.Shit, buku itu dah selamat mendarat dalam dakapan bos.
“ yeah..i know. Saja nak belek.” Jawabnya selamba terus menggenggem erat kulit buku berwarna merah jambu .Hoi tak pernah belajar adab ke, mana boleh main sauk barangan peribadi orang lain untuk dibaca.Perbuatan itu samalah macam mencuri baca diari orang lain. Siot betul! Satu persatu halaman diselak.Semuanya hanya berkaitan urusan kerja
Cuma…. Aha jumpa pun!
Tiba-tiba Erhan koyakan mukasurat paling akhir.Kan dah boleh agak mesti perempuan opera cina ada mencatat sesuatu semasa meeting tadi.Hilani terkedu. Dia boleh agak mukasurat mana yang dikoyak tadi,Aduh,bodoh sangat .Kenapalah dia gatal jari nak menulis bukan-bukan.Masak dia kalau Bos baca .Bodoh bodoh!Kebodohan dia boleh bikin alat penimbang semakin naik mencanak!
“ Roti Coklat suka tak?” Erhan jungkit kening menunggu respon tetapi Hilani tetap menggeleng. Jangan harap dia akan mengaku.Never. Erhan ketap bibir. Takkanlah Hilani cepat sangat lupa kisah antara mereka.Nonsense. Nampaknya Erhan belum putus asa. Oh,dia tak boleh tersilap langkah. Bos macam sudah sedia untuk membuat serangan walaupun baru hari pertama masuk berkerja. Dia mesti terus bertahan dan jangan sesekali nampak lemah.
“ Hurm, pelik!” ujarnya seraya melipat kemas kertas tadi dan disimpan elok di dalam poket baju.Ditampar dada perlahan bagai menahan sabar dengan tingkah laku secetary yang bodoh. Its okay,game pun baru nak mulakan.
“ Kenapa Bos tanya ya?” Hilani bertanya perlahan. Matanya bagi melekat terus di poket kemeja bos,kalaulah boleh dicuri kembali coretan tadi dah lama dia buat. Sobs sob sob!Erhan bangun dari kerusi dan kembali menyandarkan punggung di tepi meja.Kedua-dua belah tangan kemas disilang ke dada.
“ Ermm… Suara you macam biasa I dengar…. Tapi kat mana eh?” Erhan memutar jari telunjuk di kepalanya. Selagi Hilani berpura-pura tidak kenal, selagi itulah dia akan ajar Hilani cukup-cukup. Ingat dia saja -saja minta tukar ke cawangan ini. Hey,dia pun ada agenda sendiri.Hutang lama mesti dituntut.
‘Okay…kali ini aku lepaskan hang…kita tengok berapa lama hang mampu berlakon’ getus hatinya.Kalau ikutkan geram,memang dah lama dia rasa nak hempok kepala Hilani. Sabar itu lebih baik daripada terburu-buru.
“ okay..awak boleh keluar.” Beritahu Erhan seraya membuang pandang ke luar tingkap.
Share this novel