Chapter 23

Romance Series 7804

Hilani meninjau di luar tingkap.. Kereta Hakimi belum ada di parking jadinya mesti dia pun belum sampai lagi.Arghh! dia sudah tak sabar nak bercerita tentang Bos .Staf - staf lain bukan main lagi memuji bos baru.Nak muntah hijau pun ada bila kak Timi dan Raudah tergedik-gedik menggelar boss baby Shark semata-mata gaya rambut pacak bos dah mirip sirip ikan !Celah mana handsomenya kalau mulut tu suka memperli sinis terhadap manusia lain.Kak Zurin si cleaner tu pun bukan main memuji rambut pacak bos. Eh,Pak Murad yang jual sengkuang palit tu lagi hensem la walaupun kepala dililit tuala kecil..

‘ rambut dah serupa berus cat kering mengeras’ Hilani menyumpah dalam diam. Huh, mereka patut tengok rupa Bos masa zaman sekolah. Zaman tu rasanya atas kepala Erhan ada helipad gitu.Botak! Kalau Bos berjalan dalam kumpulan,muka tu tak sah kalau tak buat muka ketat. Kalau berlatih di ragbi di padang, macam itu jugaklah muka ketatnya. Muka mintak penanmpar kali. Pigidahhh!!
Hilani duduk di pantry.Air kopi dikacau perlahan. Kenangan zaman sekolah acapkali menjentik hatinya. Ada yang indah dan yang memedihkan. Kalau dihambat jauh-jauh pun kenangan itu tetap datang menjenguk sekali sekala. Tapi sekarang,kenangan itu makin kerap menyapa sejak Erhan muncul. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga wayah ketat Erhan sukar dikikis dari ingatannya.

Muka ketat macam tu pun kira laku juga la sekupang sebab ramai budak perempuan jatuh suka dengan lesung pipit empunya badan kalau dia tersenyum. Sebab tu agaknya, Erhan selalu buat muka ketat, sebab dia tahu senyuman dia sangat mahal. Hilani menampar kedua belah pipinya seraya menghalau kenangan lama dari terus mengganggu moodnya pagi itu. Lagi dia ingatkan dimple comel itu lagilah rasa nak berkubang dalam tu,Ahaks.

Semalam,Johana dah pesan macam-macam untuk mengembalikan semangatnya.Hari ini ,dia kembali seperti dulu menjadi Hilani Kwon yang ceria! Soal mintak maaf simpan tepi dulu, sekarang masa untuk berbicara tentang masa depan!

Hakimi dan staf- staf lain tak kenal siapa Erhan sebenarnya sebelum ini. Apa yang telah berlaku antara mereka berdua akan terus tersimpan sebagai rahsia. Tetapi Hilani perlu cari seseorang untuk bercerita.Jantung dari semalam rasa bagai nak meletup bila Bos tenung lama. Agaknya bos nampak dia macam itik peking kot.

Hal-hal berkaitan Erhan Zikri jangan sesekali buka cerita pada staf perempuan.Bahaya sangat sebab ramai dah macam melukut tepi ketiak bos. Silap haribulan,nanti ada yang akan menyampai kepada bos..Lagi pula semua staf perempuan tengah teruja dapat Bos muda dan handsome konon.
Yalah Tuan Fuad dulu Bos yang sudah berumur..manalah mereka semua tak seronok berboskan lelaki bernama Erhan Ziqri, jejaka dark metalik dengan perut menipis dan berdada ketang . Kemarin pun, Erhan bukan main gatal tayang sengih sana sini dengan staf perempuan. Macam sengaja membiarkan dimplenya melambai mesra staf wanita.

Haippp bos tahu tak perbuatan bos tu sama macam sexual harassment jugak. Setiap kali Bos melintas depan mereka,semua berhenti bernafas sebab terlalu sibuk menghayati kedua belah pipi Bos.

“Huh… gatai punya jantan!” Hilani mendengus geram.Tetapi kalau dengan dia ,balik-balik Erhan asyik tayang muka ketat dan renungan tajam.Ish! rasa nak sekeh rambut pacak bos biar rapat sampai tertutup mata. Bos patut layan setiausahanya lebih umphhhh berbanding yang lain barulah suasana tempat kerja lebih kondusif.Aiseh, Bos macam si ketat tu memang mintak sebaldi maki kot.

"Kimi". Jerit Hilani. Bibir mula mengukir senyum bila orang yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga.Semangat nak membawang ni. Tangan Hilani menepuk -nepuk kerusi untuk Hakimi duduk. Gelagat itu sudah cukup untuk Kimi tahu yang Hilani memang mahu bercerita sesuatu kepadanya.
" Ermm nak apa Hilani? Ni mesti dari semalam tak boleh lena kan….hati tarak senang selagi tak cerita kat aku kan!”

Hilani mencebik..sinis sangat ayat tu!.Pagi -pagi Hakimi dah 'smash' dia.Macam la dia tak kenal Kimi. Mereka berdua sama saja dua kali lim.Ceh,! Hilani memang lebih rapat dengan Hakimi memandangkan mereka mula kenal ketika sama-sama hadir untuk temuduga. Agaknya sudah tertulis rezeki milik mereka berdua kerana masuk bekerja pun hari yang sama.Meja pun dekat-dekat,jadi senang nak bersembang. Senang cerita ,Hakimi memang member terbaiklah di ofis ni.

“ lawa baju hang…mesti baju raya!” puji Hakimi.

“ baru beli online…cantikkan warna.Nah...aku belanja".Hilani menolak muk berisi air nescafe yang baru dibancuh ke depan Hakimi.Lantas lelaki itu angkat kening.Rasa nak ketawa pun ada bila Hilani tunjuk perangai konon manja didepannya. Ceh,setakat belanja air 3in1, itu pun tersengih macam dia dah berjaya buat sebiji kek! Tapi takpa sebab Hilani ingat air kegemarannya,jadi apa salahnya tadah telinga melayan cerita .

“ ni ja hang bagi aku” soal Hakimi perlahan.Hilani mencebik. Jangan nak mengada sangatlah Hakimi. Bersyukurlah ada juga perempuan yang sudi membancuh air untuknya.

“ eh ..aku ikhlas tau..” balas Hilani. Hakimi melemparkan senyuman sinis lagi.Kalau dengar Hilani cakap pasal keikhlasan,jangan percaya sangat! Kesudahannya mesti ada sesuatu yang Hilani mahukan.

“ Hurm, dua minit ja aku bagi masa. Aku kena siapkan laporan Bariq Holding cepat,Bos nak hari ni.” Beritahu Hakimi. Air nescafe yang panas dihirup pelan-pelan.

“ Samalah aku. Semalam dia bawa balik dua laporan. Tengah malam ,dia mesej pulak nak tau pasal Tuah . Nampak gayanya tak keluar lunch ler kita.” Kata Hilani sedikit kecewa.

“ Dia mesej kau tengah malam? Adoi,jahanam bos ni. Tak da life ke dia?”

“ Muka macam dia mana ada life. Masam dua puluh empat jam! Meluat tengok!” balas Hilani. Hakimi pandang dirinya atas bawah. Hilani pun ikut pandang sekali,mana tau kot-kut dia lupa pakai baju.haks.kuikui.

“ Aik, aku ingat hang masuk sekali dalam grup whatapps BossD.”

“ Boss D?” Tanya Hilani. Eh menatang apa pulak tu. Dia tertinggal kereta api lagi ke.

“ Staf perempuan buat grup , Boss Dimple ! Depa letak gambar Boss masa meeting tu jadi DP. Ngeeee!” terang hakimi sambil gigih tayang sengih.Kemudian kedua-dua jari telunjuknya sengaja mencucuk kedua belah pipi ,bahagia sungguh tunjuk lesung pipit sementara!

Haktuiii! Nampak gaya dia seorang saja manusia atau paling tepat satu-satunya perempuan yang tak diundang dalam grup itu.Innalilah! Hilani ketap bibir.Mesti kak Timi reject awal-awal spesis yang alergik dengan bos. Sampai hati sisihkan dia ?.
“Kau nak join sekali ke?” Tanya Hakimi bila mendung di wajah Hilani kian tampak jelas. Hahaha. Dah boleh agak Hilani memang tak diundang pun.

“ Ceh tak kelapaq aku.. Sorrylah,aku tak minatlah usha jodoh orang.Lagipun Hadif yang kacak amat tu mana aku nak letak.Sorry ek,ini Hilanilah. Kita cari jodoh matching warna kulit tau,”

“ cewah… sembang tinggi melangit.tenuk pun boleh hilang pampers bila dengar angin tinggi hang tu. Jangan melangut tinggi sangat,takut ludah tu jatuh atas muka sendiri.” Hakimi geleng kepala.

“ Eh, apasal main ludah-ludah ni?” Hilani cekak pinggang,

“ Aku pesan je…cakap siang pandang-pandang. Kalau dia jadi jodoh kau,mau tertiarap dagu kau di pelamin”

“ Ha ha ha…. Lawak sangat. Aku pun doakan kau dengan Kiah office di sebelah tu bertemu jodoh ya.” Sindir Hilani. Sibuk nak nasihatkan dia padahal Hakimi pun memilih lagi sakan! Mentang-mentang si Kiah tu tak berapa ada pinggang yang ramping , lagi awal Hakimi reject.

“ Bukan setakat tenuk hilang pampers, ular sawa pun boleh hilang batik bila dengar hang sibuk nasihatkan orang padahal diri sendiri pun sama.”

“ aku tegur sebab aku sayang hang.”

“ yalah tu,,,aku pun tegur sebab aku cinta giler kat hang. Puii!” marah Hilani.Berdekah Hakimi membuang ketawa. Dia memang takkan menang kalau bertekak dengan Hilani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience