Hanya aku tahu perangai gila kau...!!!!!!
Kepala Hilani mula berpusing ligat memikirkan macam-macam.Terus peristiwa lalu singgah..Hati mula Tak keruan...sungguh dia tak menyangka saat kini ..dia perlu berhadapan selalu dengan lelaki itu..lebih tepat setiap hari ..selagi dia menjadi Bos barunya....menggantikan Tuan Fuad yang bertukar ke Johor.Saat begini,dia berharap sangat Tuan Fuad balik semula ke sini dan menyepak terajang keluar Erhan dari bilik itu.Sekali dua mungkin dia mampu bersabar dengan sindiran tapi kalau sudah berdas-das tembakan semua tala kepadanya,hangus!.
Hilani berdiri di depan bilik Bos.Mulut terkumat kamit membaca doa.Doa tolak bala yang paling sesuai. Kiri dan kanan sudah selamat dihembus ayat pendinding.Selagi mampu bersabar,dia akan terus menghadap dan setia bekerja kepada majikannya itu. Kalaulah suatu hari,dia sudah jatuh tertiarap bawah kaki bos, dia akan lenyap dan berambus dari syarikat Lemenits.Yeahh itu janjinya. Pintu bilik diketuk sekali ,walaupun tiada respon,dia terus masuk dan berlagak seperti biasa.Wajah dimaniskan dan senyuman mula terbias diwajah. Jari jemari sedia untuk mencatat pesanan Bos.Chaiyokk Hilani!
Erhan memandang susuk tubuh yang berdiri dihadapannya.Senyuman wanita itu tampak seperti penuh kepura –puraan. Senyuman yang sama juga diberikan ketika mengucapkan selamat tinggal bila dia di buang sekolah dulu.Tidak ikhlas langsung. Menyampah tengok adalah.
“ kenapa dengan mulut tu, cium buntut lembu ka?” Neh,kan dah cakap,Bos toxic dah mula pergerakan senaman mulut. Penampilan dia dengan mulut sangat-sangat tak ngam.
“ Jangan senyum kalau tak perlu.saya meluat tengok” katanya lagi bagai seronok kalau ada peluang untuk menyindir.Hilani terus menyimpan senyum.oh.. Bos memang sakit jiwa. Senyum salah dan tak senyum pun salah! So childish.
“Bos perlukan apa –apa ke” Hilani cuba mengawal diri.kalau ikut rasa geram,memang rasa nak jolok highheels dalam mulut Bos.Biar bertambah tambah dalam lagi lesung pipit dia .
"Saya nak tengok semua fail- fail client kita.letak di sini ya...lepas Saya bàlik dari jumpa Encik Lee..Kita buat semakan" Erhan memberikan arahan.
“Tapi dalam jam 12 nanti Tuan Erhan ada lunch appointment dengan Bos Cassandra Village.”
“ yup,saya ingat. Mana fail yang saya mintak semalam?”
“ ada Tuan.Nak saya ambilkan sekarang ke?”
“ hmm takpa…tahun depan baru saya nak tengok. sekaranglah takkan itu pun nak tanya..” Erhan sengaja tinggikan suara. Hilani menelan liur sendiri.Sabar Hilani. Langkahnya terus maju singgah ke meja untuk mengambil fail. Sesaat kemudian,dia cepat-cepat meluru ke meja Bos. Jangan harap nak dengar ungkapan terima kasih keluar dari mulut Bos.Haram.
'kau tetap macam dulu walaupun dah jadi Bos... Tak kacak... Sombong.. tapi perasan bagus..uwekkkk uwekkk uwekkk!! watak jahat Hilani mula tersembol keluar.
'ish..Tak baik la.Dia kan sekarang Jadi Bos kau...respek sikit!' sisi baik mula bersuara.... Hilani mula mengangguk...kejap menggeleng kepala. ..kejap mengangguk semula. Dia lupa ada sepasang mata tak lekang dari memerhati tingkahlakunya.
"Penyakit gila kau datang bàlik ke?...dah makan ubat?" Bos menjeling tajam .Dari tadi terhangguk hangguk tergeleng geleng ,dah macam belatuk tua.
"Ha... Ubat?" soal Hilani ingin kepastian.Sungguh dia tidak faham apa yang cuba Bos sampaikan . Hilani membelek dirinya . Satu persatu butang baju kebayanya di belek dan semuanya dalam keadaan kemas dan elok. Kemudian jari jemari runcing itu membetulkan muncung tudung pulak.Apa lagi yang tak kena? Rasanya hari ini dialah yang paling comel dalam pejabat.Cewah. Hilani tersengih kecil sambil menggosok perlahan bahagian baju yang sedikit kedut. Ini kalau Hadif nampak dia,mau tersembul dua biji mata tu. Hadifkan suka warna merah!
Erhan mencampak pen atas fail lalu memandang tepat ke muka Hilani. Tingkah laku Hilani tadi menggelecek hati lelakinya. Bohonglah kalau dia pun tak ikut sekali memandang tubuh seksi yang berdiri di hadapannya.Renungan matanya jugak sama naik meliar ushar tubuh Hilani dari segala sudut .Jahat!Lelaki mana akan membutakan mata kalau itulah yang paling indah dipandang dan ditatap lama.
Ehem! Bos tersedar dari terus tergelincir jauh. Tali leher terasa menjerut rengkungnya dan sukar untuk bernafas.Nak telan liur sendiri pun rasa payah benar. Kalau berjayanya seorang lelaki kerana ada perempuan yang menyokong dari belakang, rasanya sekarang sudah terbalik. Perempuan yang berdiri dihadapannya boleh buat prinsip jantannya melayang sesaat tadi. Silap hari bulan,malang pulak akan datang bertimpa- timpa.Betul kata Hazreal,dia perlu berhati-hati dengan pelakon opera cina.
" Awak keluar sekarang." Erhan menghalau kasar. Dia meraup wajah berkali kali. Dia hampir-hampir kalah .Kalau dia tersilap langkah, pasti Hilani yang akan pijak dia dulu.
Hilani masih berdiri di situ. Sungguh dia tidak suka renungan jahat tadi tapi langkahnya bagai dijampi bila dia terus terkaku di dalam bilik itu.Erhan bingkas bangun dari tempat duduknya. Selangkah Bos menghampiri, dia mula dijentik rasa yang mendebarkan. Hayunan langkah bos benar-benar memukau dan dia sendiri sudah termakan jampi serapah lelaki bernama Erhan Zikri.Wajah itu semakin mendekat dengannya dan Hilani cepat-cepat melarikan pandangan bila tersedar dari lamunan.
“ jangan cuba nak try aku. Aku sendiri tak percaya dengan diri aku.Ingat kata –kata aku ni sampai bila bila. “ tegas Erhan
Terkebil kebil Hilani memandang Bos. Bila masa?.Entah bahagian mana yang dia dituduh cuba menggoda Bos sendiri. Haip! Sungguh nak kena nih.Satu tuduhan yang tidak berasas.Hello, kalau terkandas di pulau yang sama pun,tak sudilah dia nak memikat.Biawak laut lagi comel kut.
“ Blah” Erhan membuang pandang ke arah lain. Hilani tak menunggu lama,dia segera mencapai doorknob.Belum sempat keluar,suara bos menyapa halwa telinganya.
“ Farah Hilani binti Iman Kwon. Kalau sekali lagi terjadi macam tadi…aku mungkin akan mencari kau diam-diam” ujarnya sambil menguntumkan senyuman nakal.
Sungguh ,Hilani sendiri tidak faham apa salahnya kali ini.Dia sudah tidak selesa berada lama –lama di bilik Bos. Hatinya mula dimamah ketakutan.
Hilani membetulkan tudungnya yang di ikat ke belakang leher. Adakah pakaian ini menjadi puncanya. Adakah kebaya batik jawa yang tersarung ditubuhnya mengganggu pandangan Bos? Makin pelik dengan sikap Bos yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Hilani terus membelek surat-surat yang baru sampai di mejanya. Satu persatu diasingkan atas mejanya.
“ Amboi kak…lawa sangat hari ni” Kamal menyakat. Dia budak penghantar surat yang hari-hari akan singgah di situ.Hilani hanya tersenyum.Kamal memng spesis lelaki tanam tebu dibibir.Lelaki seperti kamal bersepah,jenis yang dilahirkan dengan sekilo gula dalam mulut! Lelaki macam Erhan pulak yang jenis suka menghambur kata sinis dan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya sangat pedas dan makan dalam.
“Hari ni aje lawa…hari lain tak ke?’ Tanya Hilani .Bila bergurau dengan Kamal boleh buat dia melupakan sekejap gelisah di hati.Gelisah yang berpunca daripada Bos sendiri.
“ Hari –hari kak nampak lawa…tapi hari ni kak nampak terlebih lawa…seksi . Tudung tu kak bagi labuh sikit” ujar kamal tersengih gatal. Hilani tersentap.Tangan pantas menutup dada. Agaknya itu yang dikatakan menggoda Bos. Aria meleraikan ikatan tudung bawalnya, dialih kedepan menutup bahagian dadanya. Hujung kain tudung disimpul rapi. Done!
Erhan duduk bersandar dikerusi dan tangan diletakkan di belakang leher. Walaupun mulut dan hati laju mengungkap benci tapi dia tetap seorang lelaki. Apa yang ada di depan mata, tetap dia akan ralit memandang jika menarik.
Anak dara Iman Kwon memang menarik.
Berdua-duan dengan wanita iti boleh membuatkan dia hilang fokus sebentar. Debaran di dada masih belum hilang. Melalui celah-celah vertical blinds dari dalam biliknya,Erhan ralit memandang Hilani yang sibuk menaip di mejanya. Antara sedar dan tidak,Erhan nyaris tergelicir bila wajah cantik itu mengusik hati lelakinya.Lelaki memang suka menghayati yang indah-indah.Dia pun tidak terkecuali!
Kadang dia sendiri tidak faham tindak tanduk yang di lakukan olehnya. Hatinya pernah terluka dengan perbuatan wanita itu dan pada masa yang sama wajah itu juga yang lama bersawang dalam memorinya.
Fail-fail di atas meja di tolak ketepi. Dia mencapai telefon dan terus melangkah keluar dari bilik. Dia perlu ke tempat lain untuk setting semula hatinya.Dia tidak boleh terperangkap kali kedua.Perempuan itu memang licik. Semalam elok saja Hilani berpakaian sopan tetapi hari ni wanita itu tampil menyarungkan kebaya sendat dengan tudung singkat menampakkan bahagian atas dada. Bahaya sangat perempuan ni.Dalam diam,dia sengaja memasang perangkap.
“ Bos nak pergi mana?” Hilani bertanya bila Erhan tergesa-gesa keluar.
“ dangdut.!” Jawabnya laju terus berjalan keluar.Hilani semakin fade up dengan sikap Bos.Kadang okay dan kadang tersentap ikut suka hati dia.Aduhai,payah betul nak melayan perangai huduh dia. Sebab tu orang tua selalu berpesan.bior takde ghupe...asalkan molek tingkahlaku! Apakan daya,tak semua secretary bernasib baik dapat bos yang OKAY!
Hilani mengeluh lemah.Bala dia semakin rancak mengelilingi hidupnya.Shit!
Share this novel