Haaahhhh!
‘ comel konon…Eh itu kategori cacat sejak lahir.” Bisik hatinya,namun mata tetap tertancap di wajah itu. Erhan yang sedang bercakap di depan bukan Erhan yang sama macam dulu. Agaknya dalam tempoh dua belas itu,apa yang Erhan lakukan. Berapa agaknya result Spm dia.Soalan demi soalan mula hinggap di kepala.ceh,Hilani cepat-cepat menepuk belakang kepala.
“ Yeah..ada apa Cik Hilani.Saya nampak awak macam tak selesa duduk lama di sini.Mukadimah saya cakap panjang sangat ke?” Erhan menegur direct kepada Hilani.Neh,dia nampaklah perangai huduh Hilani tadi.Hilani cepat-cepat geleng kepala. Tumpuannya kembali kepada Bos dan dia cuba sedaya upaya berlagak seperti biasa. Huh! Mentang mentang dia cuma kuli, hari pertama Bos dah komplen macam macam.Paling Hilani tak tahan bila bos barunya suka memperli. Sudah la muka gred E, mulut tu berpuaka sangat. Niat di hati asyik terlintas saja rasa nak cucuk mulut bos pakai lidi pulut panggang.
“ Sembilan!” Hartimi kembali berbisik.
“ Apa tu?” Hilani tayang muka hairan.Hartimi kembali merapatkan bahu antara mereka dan kemudian Hilani tadah telinga unuk mendengar.
“ Akak bagi markah dia Sembilan per sepuluh! Perfect as lelaki melayu. Paling mahal sekali, telaga dia yang dua tu. Hesy, akak rasa nak gigit tau.”
Terbuntang mata Hilani mendengar pengakuan Hartimi. Wah memang dahsyat sangat penangan Erhan Zikri sampai Hartimi dah angau sangat nih.
“ Dah lah kak…geli dengar!” Hilani mencebik.
“ Baguslah kalau kau geli…Taklah banyak persaing.hihi” tukas Hartimi laju.
Mata Erhan tetap galak menjeling untuk melihat respon Hilani ketika dia berucap..Ternyata Hilani masih pandai membuat muka bodoh macam dulu-dulu juga. Agaknya kalau dia pergi uji bakat,mesti ada penerbitan hulur satu dua watak dalam drama. Pelakon opera ini memang tak pernah buka topengnya. Erhan memusing musing jam di tangannya,otak ligat menyusun ayat untuk menembak musuh dalam diam.
“ Ah… sebelum saya terlupa,berbalik pada bau yang busuk tadi..mungkin saya tersilap ,kadang-kadang bau yang busuk keluar dari hati manusia yang hitam.Hati manusia yang gemar menfitnah .. Sebab itu,kita mestilah bekerja dalam situasi yang sihat. Elakan perkara-perkara yang boleh membawa fitnah dan keburukan kepada orang lain…. hahahah” Erhan menutur kata berbaur sindiran.Dia harap sangat tembakan pertama menusuk masuk dalam hati perempuan opera cina.
Diam.
Semua terdiam. Mood bos macam sekejap okay sekejap K.O. Sorang staf pun tak berani nak menyampuk sebab tak berani. Hilani saja tayang riak wajah yang masam.Agaknya dia boleh faham kot sememangnya ayat itu ditujukan khas untuknya.
“ macam buah…kadang dari luar nampak elok,kita rasa nak makan…bila buka,Masya Allah …penuh dengan ulat.sebab tu berbau busuk.” Sambung Erhan.Staf lain hanya diam.Sebenarnya mereka langsung tidak faham apa yang Erhan mahu sampaikan.Nak ketawa nanti satu dosa kalau Bos tengah serius.Nak tolong menyampuk kang tersilap susun kata,Adus! Masing-masing Cuma menjeling member sebelah. Biar bodoh beramai –ramai nampak bermaruah sikit daripada terkena sorang diri.
“ macam petai, di luar nampak sedap,hijau..kalau dibelah sebiji itu,kadang ada ulat.hahaha….Saya bergurau sahaja.Jangan ambil serius sangat.” Ujar Erhan.Keningnya diangkat saat bertaut mata dengan Hilani.Pelan-pelan dia sedang menjentik jiwa Hilani dalam diam. Kalaulah Hilani masih boleh ingat betapa ‘indah dan manis’ kenangan mereka berdua dahulu.
Share this novel