chapter 5

Romance Series 7804

Erhan melabuhkan punggung atas pangkin kayu di bawah pokok rambutan. Pandangannya menghala ke depan jalan raya. Petang yang mendamaikan walaupun hatinya masih libang libu.

“ Berikan aku…cintamu….cintamu…
Agar aku terus bernafas….sayangku
Jiwa ini memikirkan mu….Oooooo”

Hazreal tak habis-habis dengan gitar buruknya Ligat jari jemari memetik tali gitar.Suara pun taklah sedap manapun, itupun ada hati nak masuk Malaysian Idol. Nafas dengan lidah sama-sama pendek,sekali tarik tinggi suara terus hilang suara.Ha Ha! Erhan menguis daun kering yang jatuh sehelai dua di atas pangkin.

“ Aku tidoq sini tau.” Beritahu Erhan kepada Hazreal.

Eh,macam tak biasa pula.Hazreal memang tak kisah sebab mak bapak dia kerap shif malam. Kakak dia pun berkurung dalam bilik melayan drama.Pendek cerita,dia pun kadang bosan duduk lama dalam rumah sendiri.

“ Bereh… macam hang tak biasa.” Hazreal tayang sengih.
“ Kak Long hang ada?” tanya Erhan lagi.

“ Ada…duk hidup lagi dalam bilik tu.Ah, dia bukan kacau kita pun.” Terang Hazreal. Erhan cuma segan sikit dengan kak Long Hazreal sebab selalu sangat bermalam di sini.Kadang macam dia tak ada rumah.

“Han…Erhan!” jerit Amir dari jauh.Syhhh, janganlah keloi kuat sangat. Erhan hanya angkat kening ,hairan melihat kawannya itu kelihatan termengah-mengah berlari tadi.

“ Weh…awat hang kalut sangat nih?” Hazreal menyandarkan gitar di tepi pangkin dan terus bangun menghampiri Am. Kalau dia yang gendut sanggup datang berlari mesti ada cerita penting nak disampaikan!

“ Pakcik Iman ada depan rumah hang .” kata Am .Aduh,lelah sungguh rasa selepas berlari tadi. Degup jantung pun dup dap dup dap berdetak laju. Erhan dan Hazreal saling berpandangan.Siapa Iman tu,haram tak pernah dengar pun. Kedua mereka.saling berpandangan.Sumpah,tak tau siapa yang Am maksudkan.

Am menggaru belakang kepala.Bodoh juga kawannya dua ekor ni.

“ ayah budak pompuan tulah.” Terangnya lagi bila melihat mereka nampak bingung.

“ Budak yang kena tangkap dengan hang tu lah weh. Awat pak dia pi cari hang sampai di rumah.” Hazreal mencelah bila teringatkan insiden tadi.Laju tangannya menumbuk bahu Erhan. Hesy, ingatkan dah selesai di sekolah.

“ Umi!” jerit Erhan perlahan. Mesti Umi dah tau.Hurm tak payah nak tunggu minggu depan, takdan cikgu telefon, bapak Hilani dah datang depan rumahnya.Cinabeng betul!

“ Aku ingat hang dah setel di sekolah.” Kata Hazreal.Erhan laju geleng kepala. Ingat senang kes macam tu nak setel awal.

“ Minggu depan cikgu Kamran kata nak panggil mak bapak kami…aku pun tak buka mulut kat sapa pun. Ini mesti kerja budak pompuan tu. Mesti mengarang cerita menipu lagi.”

“ Habislah hang…mak aku habaq, pakcik tu bekas tentera. Awatlah hang pi cari pasai dengan anak dia” Am duduk bersebelahan dengan Erhan.Bukanlah niat dia untuk menakutkan Erhan,tetapi itulah kenyataan.

“ Bila masa aku cari pasal. Dia yang gatal masuk dalam bilik tu. Bukan aku yang tarik dia. Eiii babi betoi. Sebelum ni,aku tak pernah nampak pun dia di sekolah… tadi tu first time aku tengok dia.”

“ Nama dia Hilani ..geng-geng dia panggil Hily. Dia baru pindah masuk ke sekolah kita. Takkan hang tak perasan?” Am bertanya. Pelik juga kalau Erhan tak pernah nampak. Comel kut budak tu . Wajahnya campuran cina dengan melayu. Mata sedikit sepet tetapi mempunyai hidung mancung dan bibir mungil. Eh dia tahulah,sebab kerap meronda di blok pelajar tingkatan 3 semata-mata nak tengok Farah kawan si Hilani tu.

“ Hily ke Hingus ke…aku tak peduli. Berani kerana benar.Aku tak buat salah.” Kata Erhan terus bangun dari duduknya. Dia menyapu kekotoran yang melekat di belakang punggung.
“ Hoi…hang nak pi mana?” Hazreal sudah cuak.Erhan ni bukan boleh biarkan, kadang orangnya cepat baran walaupun bulu dada secoet pun tak ada.

“ Balik tengok Umi.” Jawabnya ringkas. Hazreal dan Am terus terdiam. Gaya Erhan melangkah ke motor pun dah boleh agak, mood Erhan dah kembali berkecamuk.

“ kami ikut sekali wei.” Jerit Hazreal dari belakang. Am pun lompat sekali atas motor.Hesy,mana boleh biarkan Erhan sorang-sorang.Bahaya!

“ Turun..turun..hang berat weh…pi naik dengan Hazreal.” Erhan menolak tubuh Am yang sudah memeluk erat tubuhnya.Susah nak pecut balik rumah kalau motor bawa bebanan berat.Am turun dengan wajah mencuka.Hazreal mengesot punggung kebelakang memberi peluang untuk Am duduk di depan.

“ Hang la bawak.” Hazreal menongkat dagu di belakang bahu Am. Kalau Am brek mengejut pun,tak sakit sangat tersadai belakang badan Am yang gebu gebas tu.

Sampai di depan rumahnya, Pakcik Iman masih tercongok di depan rumahnya.Orangnya berbadan tegap dan mata sepet seperti anaknya juga.Hurm patutlah budak tu tersilap masuk bilik,mata celik tak luas.

“ Asalamualaikum. Pakcik cari saya ka? Erhan memberanikan diri menegur.Kereta ibunya tiada,jadi kiranya dia masih selamat lagilah.Fuh lega sangat!

“ Hah..hang ka budak tu?” sergah Iman. Patutlah dari tadi bagi salam,sorang pun tak menyahut.Rupanya tiada orang di dalam rumah tadi.Erhan cuma menggangguk. Tak perlu berpura-pura sangatlah,sudah pasti Iman cari dia. Dialah budak lelaki yang kena tangkap berdua-duaan dalam bilik sakit dengan Hilani.

“ kurang ajar. Hang buat apa dalam bilik tu?” Iman meluru ke depan lalu mencekak kolar baju Erhan.Mentang-mentang dia baru 17 tahun, bukan main Iman menggertak. Eh,dia sikit pun tak takutlah. Yang salah bukan dia. Anak dara Iman yang gatal sangat nak sembunyi dalam tu.

“ Saya tidoq dalam tu sebelum…” Erhan menyusun kata.
Bukk! Satu tumbukan singgah tepat di pipi kirinya. Terhuyung hayang tubuhnya bila penumbuk ala M16 mendarat tadi.Pedih! macam berlubang terus pipinya.Hazreal dan Am cepat-cepat berlari menghampiri sahabat mereka itu. Mak aiii,tengok cincin berbatu besar di jari Iman sudah pastilah rasa sakitnya pun boleh tahan.

“ Sabar pakcik!” Hazreal mencelah.Niat cuma mahu menyabarkan hati kedua-dua yang tengah panas,alih-alih dia pulak yang kena jege.Iman menjeling kepada Hazreal yang tiba-tiba menyampuk.Kurang ajar betul menyampuk percakapan orang tua.

“ Mana bapa hang..panggil dia mai.” Iman jerkah kuat.Kecik besar dia pandang budak kurus keding di depan dia nih.Mana dia nak letak muka kalau jirannya sendiri yang membuka pasal kejadian di sekolah tadi.Hilani langsung tak buka mulut kot nak bercerita. Kalaulah cerita tu tak riuh di surau, mesti sampai sudah dia tak tau apa budak jantan tu buat terhadap Hilani.

“ Bapa saya dah meninggal .” Jawab Erhan.Tangannya masih mengusap pipi yang sakit.Mujur dia masih tahu tentang adab,kalau tak dah lama dia tumbuk balik walaupun tak sekencang tumbukan seorang bekas tentera. Am dan Hazreal setia di sisinya untuk berdepan dengan Iman.

“ Mak hang mana? Nada kemarahan Iman belum mereda. Misai hitam dan tebal itu bagai menyumpah-nyumpah Erhan sekeluarga.Sakit hatinya bila tahu anak bongsunya kena tangkap di sekolah.Hilani tu anak yang baik.Mesti budak jantan nih yang sengaja perangkap anaknya.

“Huh, tengok muka pun tau kata budak jahat. Inilah jadinya kalau mak tak reti nak ajaq anak. ” Laju mulut Iman membuat tuduhan. Erhan masih cuba bersabar. Mujur ada member yang setia pegang kedua tangannya.

“ Mujur bapa hang mati awai…kalau dia hidup lagi pun, dia tak mengaku hang anak. Mak hang pun sama saja.Tak reti ajaq anak…Beranak saja pandai!” Iman terus menghamburkan kata-kata yang mengguris hatinya.Kenapa mesti ungkit tentang mak bapak.Apa salah mak dan arwah bapanya.

“ Hoi Pakcik…sebelum pakcik mai serang anak orang lain..elok pakcik balik ajar anak pakcik dulu.Jangan ingat saya tak ada bapa…yang jahat semua berpunca dari saya. Kalau anak pakcik tu baik,takkanlah dia masuk dalam bilik tu masa saya tengah tiduq…. Pi balik ajaq anak sendiri baru tengok anak orang lain !” Erhan memulang paku buah keras.

Peduli apa kalau orang nak cop dia budak kurang ajar.Tadi elok saja dia datang menyapa, tapi apa yang dia dapat selain tumbukan padu.

“ Kurang ajar betoi budak ni.Hang nak kena sekali lagi ka?” jerkah Iman kuat.Dia dah tak kisah kalau ada yang pasang telinga.Sakit hatinya bila budak baru umur setahun jagung tunjuk pandai!Tangannya sudah diangkat tinggi.Hazreal cepat-cepat berdiri di depan untuk meleraikan pergaduhan.
Pang! Pipi kanannya terima habuan.sob sob sob! Memang pedih! Bergenang air di tubir mata Hazreal. Iman terus terkedu.

Hah,tulah sapa suruh sibuk sangat.Kan dah mendapat habuan!Hazreal terus memegang pipinya. Iman pula cepat-cepat ingin berlalu dan.terus melompat atas motor dan memecut balik. Lagi lama dia di situ,silap-silap boleh mati tiga ekor budak itu.

Lagipun tak guna cakap lebih-lebih kalau mak Erhan tiada. Dia sendiri akan pastikan budak jahat itu dapat hukuman berat di sekolah nanti.

“ Sakit ka wei?” Am tarik tangan Hazreal untuk melihat kesan di pipi kawannya itu.Soalan bodoh kot.Giler punya sakit kena penampar sulung.Mak bapak dia cubit pun tak pernah.Hazreal kalih pandang kepada Erhan yang masih diam membisu. Jatuh kesian pun ada.

“ Merah ni…Mak hang mesti nampak nih. Boh ais lama-lama sikit.” Pesan Am.Kemudian tangan dia beralih pula ke pipi Erhan. Hurm tak lah nampak sangat sebab kulit Erhan bukan melepak macam Hazreal. Tapi nanti mesti lebam membiru sikit.


*********************

“ Sakit tak wei…?” Am bertanya sambil menuam ais di pipi kanan Erhan. Wajah mendung itu cuma geleng. Hujung lidahnya menolak pipinya yang masih rasa sakit.

“ Hati aku lagi sakit. Tunggulah aku bagi pengajaran dekat budak sial tu.”

“ Oii…dah dah…jangan cari pasal dah.Bapa dia tu gila.Suka hati serang anak orang.Mentang-mentang bekas tentera.”

“ Hazreal, sorry ah…disebabkan aku,kau pula kena tampar.” Tutur Erhan perlahan.Bahu Hazreal dipicit perlahan. Hazreal hanya tersenyum.Hesy janganlah cakap macam tu,depa kan kawan sejak tadika.Takkanlah time member kena teruk,depa pun nak lari bersembunyi! Mereka yakin member mereka memang tak bersalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience