Pintu biliknya diketuk berkali-kali. Mesti umi mahu ajak berbincang lagi. Dia melangkah longlai lalu membuka pintu.Umi dah ready dengan baju kelawar tetapi tak boleh tidur.Hmm mesti otak terlalu fikir pasal pasal anak yang sorang nih.
“ umi kahwinlah..Han tak kisah dah. Han takkan suruh Umi pilih …sebab Han tau jawapannya.. lepas Umi kahwin esok..Han nak balik rumah Tok wan.” Tegas Erhan. Bunyi memang kejam dan kurang ajar tetapi kalau dia memaksa diri untuk menerima Yusuf, dia bimbang akan berlaku malapetaka besar yang melukakan hati Umi. Wanita itu kelihatan terkejut dengan kelantangan Erhan. Dia terus mengunci mulut.Kalau dilarang ,Erhan tetap akan pergi.
“ kalau Han nak pi jugak umi ikut ja tapi ingat…lepas habis SPM,balik duduk dengan Umi balik.janji?” Umi sua jari kelingking untuk disambut.Kening Erhan bertaut rapat, ish sejak bila Umi pandai berjanji cara anak muda. Nak tergelak pun ada.
“ Hmm..janji!” jarinya bertaut dengan jari Umi.
“ pi lah tidur.” Ujar umi dengan senyuman manis.Rasa sedikit lega selepas mencapai kata putus.
“ Umi, awat tiba-tiba bagi pulak?” tanya Erhan .Tadi petang Umi jugak yang berkeras tak setuju.Tiba-tiba malam ni umi berubah fikiran pula.
“ Pakcik Yusuf percayakan Han…takkan Umi tak percayakan anak sendiri. Umi nak tengok result yang gempak tau.”
Erhan menggariskan senyuman . Bila Umi dah izinkan,dia berlapang dada. Macam yang Yusuf kata, start a new life!
“ Umi.. baju melayu Han Umi dah tempah ke?”
“ Raya kan lambat lagi.”
“ Baju melayu nak teman Umi akad nikahlah.” Erhan berterus terang. Terkedu Umi. Telinganya tak salah dengarkan.
“ Han..”
“ Teruskan saja Umi. Han okey .Uncle Yusuf pun dah janji akan jaga Umi elok-elok.” Balasnya seraya mengukirkan senyuman. Umi angguk kecil.Entah apa yang kedua mereka bualkan tadi tapi sejak pulang dari gerai char kueh teow,dia memang perasan sikap Erhan terhadap Yusuf tak sedingin macam selalu.
“ Good Night. Jangan tidur lambat sangat tau.” Pesan Umi sebelum melangkah keluar dari bilik. Erhan Cuma angguk kepala.
Erhan menarik laci meja tulis, frame gambar keluarga itu ditatap lama. Hati kecilnya sangat merindui arwah ayahnya. Dia tak sanggup kehilangan Umi.Makin ditentang,makin hebat aturan jodoh antara Umi dan Yusuf. Mungkin dia masih muda,belum memahami percaturan hidup, tapi Erhan akan pastikan dia tidak hilang hak sebagai anak dan Umi pun berhak untuk bahagia kali kedua.
Share this novel