Zikri membelek maklumat staf .Dia perlu tahu kenal setiap staf dan skop bidang kerja masing-masing. Paling menarik perhatiannya bila melihat sekali lagi borang maklumat diri milik Hilani. Nama Farah Hilani binti Iman Kwon akan terpahat selamanya dalam kepalanya. Hurm, boleh tahan backgroundnya .Gambar ukuran pasport di borang itu diamati lama. Masih sepet macam dulu. Cuma bezanya wajah Hilani nampak matang di usia 27 tahun.
Zikri berdehem perlahan.Fail di tutup rapat. Dia membetulkan tali leher.Rambut disisir kemas dengan hanya menggunakan jari . Setiap inci wajahnya dibelek depan cermin. Keyakinan sudah lama terkumpul dalam dirinya. Peugeot 5008 SUV berwarna hitam diparkir di depan parking yang dikhaskan untuknya. Finally, hari-hari yang ditunggu-tunggu sudah pun sampai.Senyuman tersungging di bibirnya .
Antara dia dengan Hilani ,siapa yang akan terkejut lebih nanti. Pelakon Opera china itu akan khatam balik segala kenangan lalu tak lama lagi.Agaknya mau terjerut leher kalau ternampak dia nanti.
Bunyi nada dering menghambat semua kenangan lalu. Dia mula meraba poket kiri seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Lagi sekali wajahnya terbias senyuman bila melihat nama si pemanggil.
“ Hello.”
“ Uih… tak reti bagi salam ka…Assalamualaikum.” Hazreal menyapa.
“ Waalaikumusalam. Tiba-tiba telefon apahal?”
“ Jum jumpa malam nanti.Am yang suruh call nih.Hang dah sampai office ka?
“ Dah.”
“ err… dah tu macam mana. Ceritalah sikit!”
“ memang aku dah sampai depan office cuma belum masuk dalam. Ni hang pulak sibuk telefon.”
“ Amboi….takkan dengan member pun nak berahsia.”
“ nanti –nantilah aku cerita.Okey,chau dulu,Apa-apa whatapps aku.” Talian segera ditamatkan. Kemudian dia segera turun dari kereta. Zikri melangkah masuk dengan penuh yakin.Pintu Kaca antomatik terbuka luas saat dirinya semakin menghampiri. Bahagian depan kaunter kosong.Batang hidung penyambut tetamu pun tak nampak.Zikri geleng kepala. Kemudian dia terus mengayun langkah menuju ke bilik bos baru.
“Assalamualaikum!” Dia memberi salam . Sengaja membiarkan cermin mata hitam melekat di wajahnya.Semua sedang khusyuk menghadap komputer masing-masing.
“ Waalaikumussalam.” Jawab Hilani.Pandangannya terkaku saat memandang tetamu yang baru sampai. .Kakinya juga terkaku. Siapa lelaki itu?hatinya berdebar tanpa sebab! Hilani cepat-cepat melarikan wajah lelaki itu beralih memandangnya.
‘ Ini orangnya…not bad at all!’ bisik hati Ruhaya.
“ Waalaikumusalam, Tuan Zikri ke?” Hakimi menghulurkan tangan untuk berjabat.
Mendengar nama itu,semua pakat tergamam. Hilani pandang bos baru atas bawah,Boleh tahan bergaya dengan jaket kulit tersarung di tubuh yang berdada bidang.Nampak macam jenis yang aktif bersukan.Tapikan…erm, lagi lama Hilani memerhati lagi berdebar rasa di hati.Ah, ini bukan berdebar sebab jatuh cinta tapi macam ada ‘sesuatu’ tentang lelaki itu.
‘macam pernah jumpa tapi kat mana ek?’ Hilani mula berfikir. Ya,dia pernah nampak lelaki ini tapi susah sangat nak ingat sekarang . Ah,tak penting pun. Hilani melangkah sopan mahu menghampiri bos untuk memperkenalkan dirinya.
“ Ya.. Nama saya Erhan Ziqri bin Fahim. Saya menggantikan tempat Tuan Fuad.” Terangnya bersahaja. Bagai nak terjatuh rahang Hilani bila mendengar nama itu. Rasa seram sejuk terus menjalar celah-celah urat tengkuknya dan kemudian dia cepat-cepat kembali ke tempat duduknya. Aduh,rasanya dia tak salah dengar. Kenapa tiba-tiba jantungnya sibuk nak melompat keluar. Hilani angkat wajah memberanikan diri memandang wajah lelaki itu. Betulkah?
Dia sempat membuang jeling kepada Pelakon opera cina yang memang nampak sangat mahu mengelak dari bertentang mata dengannya. Dia dah boleh agak mesti Hilani mati kutu bila wajah itu langsung tak mampu tersenyum lagi selepas dia mula memperkenalkan diri.
Thuddd! Erhan! Dah lama dia tak dengar nama itu. Nak perhatikan lama,dia mula rasa tak sedap hati.Suara lelaki itu memang macam suara Erhan dulu .Hilani panggung wajah memandang wajah itu sekilas.Hesy,rasanya bukan. Erhan yang ini ada rambut lebat. Badan pun tak kurus sangat. Tengok dada pun berketak semacam!
Erhan yang dulu,kalau ditiup angin boleh terbang melayang.Kulit pun ala-ala dark metallic! Tetapi lelaki yang berdiri di depan mereka sekarang tampak lebih smart.Nak kata handsome,memang taklah.Pembohong sangat cerita Kak Timi.Tall,dark and seksi versi dia tu boleh lempang jauh-jauh.
Hilani cuma nampak Tall dark and ketat!Tiba-tiba,Hilani menerkup mulut sendiri. Janganlah betul tekaan dia. Jiwanya mula lelah.Malapetaka apa pulak yang dia kena hadap?
Erhan sangat pasti sikit sikit ingatan Hilani sudah mula mengingat sebab itu Hilani tak berani datang dekat. Dia masih tercongok berdiri kaku di mejanya.Macam ni ke kuli sambut bos?Ah,kalau pun Hilani tak cam dia yang sudah berambut pacak,dia ada cara lain untuk kembalikan ingatan Hilani terhadap dia.
“ Mana secetary saya, dah mati ke…langsung tak tunjuk muka. Tak sambut bos baru” Bos macam saja cari pasal hari first masuk kerja. Fail di atas meja Hakimi sengaja dicuit dengan hujung jari walhal anak mata khusyuk mengintai reaksi Hilani dari kaca mata hitam.
“ err..ada bos. Itu dia. Cik Farah Hilani.” Kata Hakimi.Melihat Hilani yang masih berdiam diri ,dia cepat-cepat berjalan menghampiri gadis itu
“ Hilani…syy…weh… Bos dah datang.Boleh kumpul staf di bilik meeting sekarang.” Hakimi mencuit siku Hilani. Entah kenapa Hilani pucat macam nampak hantu. Bila bos ada depan mata, mati kutu pulak.Sebelum ini boleh pulak menggedik tak sabar nak tengok bos yang konon-konon sama level kacak dengan abang Remy dia tuh.
“ Assalamualaikum Tuan. Saya Hartimi. Selamat datang Tuan.” Hartimi datang menyata penuh santun. Erhan mengukir senyuman . Eh,eh hati Hartimi mula melompat -lompat bila ternampak telaga minyak milik Erhan mula tertonjol keluar. Kan dia dah cakap, bos memang ada manisnya walaupun suka tayang wajah ketat.
“ Mana bilik saya?” Erhan berpura-pura tanya walhal dia bukan tak pernah datang melawat Encik Fuad .Hilani yang ‘kehilangan’ lidah cuma mampu mengiring bos barunya menuju ke bilik.Sumpah seram gila weh! Bayangkan dua belas tahun tak jumpa,tiba-tiba Erhan muncul mengejut di depannya .Eh,mati terkejut pun boleh jadi tau.
“ Erm.. nice. Mesti Encik Fuad dah beritahu semuakan tentang saya.” Erhan duduk di penjuru meja. Hujung jarinya dicalit atas permukaan meja.Perfect! Hilani berdiri dekat dengan pintu bilik ,kalaulah Erhan jerkah tiba-tiba senang sikit dia angkat kaki.
Sepi
“ Awak memang pendiam ke….atau pemalu sangat…. Atau memang Tak ada mulut ?”
“ hah…Err” Hilani mula rasa tercekik dengan sindiran bos.
“ Dah lama awak kerja di sini?” Erhan menyoal lagi.
“ 4 tahun.” Jawabnya perlahan tanpa memandang kepada tuan empunya badan yang melontarkan persoalan.Erhan berdehem kuat.Cermin mata di tanggal dan diletakkan di atas meja.
“ Hello. Saya kat sini….bukan dekat kasut awak. Bila jawab soalan saya,pandang muka saya.Respect me as your leader.Faham!”
“Ya Encik Zikri.” Jawabnya lemah.
“ Call me Tuan Erhan. “Erhan bingkas bangun dan berjalan menghampiri Hilani. Dia menyimpan senyum bila Hilani mula cuak dan mula berundur setapak ke belakang.
“ Err ada apa-apa lagi ke Encik..eh Tuan Erhan.Kalau tiada,saya keluar dulu.” Hilani gagahkan diri memandang wajah Erhan. Renungan mata itu tak pernah dia lupa.Hanya Erhan yang mampu merenung orang bagaikan mata burung helang mahu menangkap mangsa.
Erhan geleng kepala.Rasanya cukuplah permainan awal untuk hari pertama mereka. Baru acah sikit, Hilani dah tayang riak wajah takut. Neh mesti Hilani tak pernah terbayang akan berjumpa dengan dia lagi.
Hilani cepat-cepat keluar dari bilik bos.Aduh,mati akal. Apa yang patut dia buat? Pelbagai soalan mula mengganggunya. Hilani bila mula gelabah,mau habis semua kuku jari akan digigit.Pe’el itu memang tak boleh ubah sejak dari dulu.
“ Hurm, memang pandai berlakon dia ni.Tunggulah. seminit pun aku tak pernah lupa perangai haram jadah hang tu.”Kita tengoklah berapa lama kau nak berlakon depan aku.” Getus hati kecilnya. Erhan rasa bagai seluruh dunia memihak kepadanya.Orang lain mungkin menganggap pertemuan ini sebagai takdir.Dia lebih suka anggap sebagai hutang yang lama tertunggak!
Hilani melipat sekeping kertas lalu mengipas depan wajah.Kepanasan mula menjalar ke seluruh wajahnya. Sah lelaki itu memang Erhan. Lelaki muka ketat yang pernah ditangkap bersamanya dulu.Kenapa pulak dia boleh datang sini? Adakah Erhan sedang mencarinya? Adakah Erhan betul-betul jadi bosnya ?
Aduh! Hilani bagai cacing kepanasan. Saat ini punggungnya bagai duduk atas periuk gulai yang panas. Siapa kata dunia ini terbentang luas, baru tadi Ehran dan dia boleh bersua muka kembali setelah hampir dua belas tahun tidak berjumpa. Kenapa cerita lama itu timbul kembali di saat di memang sudah melupakannya.
Hilani mengetap bibir.Tak boleh jadi.Dia tak boleh tunjuk sangat takut tu. Selagi bos tak ungkit pasal cerita dulu.dia akan anggap saja dia tersalah meneka orang. Dia mesti berpura-pura selagi boleh untuk cover line. Hilani menarik nafas dalam-dalam. Kalau dulu dia boleh buat,kali ini pun pasti boleh. Hidup Farah Hilani!
Share this novel