Chapter 24

Romance Series 7804

Erhan membelek wajah di cermin.Wajah sama yang mana masih nampak ketat dan masam mencuka...cuma bezanya kini dia tampil berambut. Dulu dia lebi selesa dengan imej botak. Bukan saja selesa, ringan kepala tapi nampak macho dan garang ketika beraksi di padang.

Hmmm kerana imej itu juga haram satu perempuan pun tak berani mendekat dengannya..Penampilan diri dan perwatakan yang sebegitu dingin menjadikan ruang yang ada dikelilingi tembok tebal.Tapi itu kisah lalu.Dahulu, jiwanya memberontak terhadap Umi dan Yusuf.Sekarang dia perlu berubah sejajar dengan pertambahan usia.

Sepuluh tahun banyak mengajar dirinya tentang kehidupan.Dia perlu maju ke hadapan.Dia tinggalkan segalanya dahulu kecuali sejarah dengan Hilani. Dia akan padamkan kenangan itu bila tiba waktu yang sesuai.Sekarang,dia mahu dekatkan diri dengan Hilani supaya permainan antara mereka akan diteruskan sehingga pelakon opera cina itu kesal diatas perbuatannya dahulu. Hilani akan sentiasa rasa ‘ selamat’ disampingnya.Apapun yang terjadi,dia sudah bertekad untuk melangsaikan hutang tertunggak antara mereka.

Dia sudah berjumpa dengan Hilani secara rasmi kelmarin. Segala perancangan berjalan lancar dan kini mereka bekerja di tempat yang sama. Its so fun! Semakin menebal niatnya itu apabila melihat gadis itu tersenyum lebar bersama staf staf lain ketika menyambutnya di Pintu Utama pejabat Lemenits.Saat itu ,dia pasti Hilani berpura –pura berlagak biasa seolah tidak mengenali dirinya.Mustahil Perempuan itu tidak mengecam namanya sebagai Bos baru di situ. Ah! Dia memang keturunan dari pelakon opera cina.Kuat drama punya perempuan.

."kau tunggu Hilani..langit kau tak selalu cerah..Your thundercloud is coming!" Erhan memejam mata....mimpi buruk masih sama terbayang...Takkan hilang selagi gadis itu tidak melutut mohon kemaafan.Wajah manis itu sentiasa menari nari mengejeknya.

Erhan mendengus geram.Dia bukan gila kerana teringatkan gadis itu,cuma mungkin kurang sihat kerana luka di hati belum sembuh dan berparut.Dia patut berterima kasih dengan Hazreal dan Amir, sahabat yang selalu ada untuk dia.Sahabat yang tak pernah penat mengutus khabar berita tentang Hilani. Masih terngiang ngiang kata-kata Hazreal semalam ketika mereka lepak bersama di kedai mamak.

“ kau kena fikir betul-betul.aku takut nanti kau yang terkena sekali lagi.Dia tu kan licik” Hazreal mengingatkan Erhan tentang sikap gadis itu namun sahabatnya itu hanya menggeleng.Lebih sepuluh tahun menunggu,takkan tertiba nak cancel.Bodoh!

“ Aku tak sebodoh tu..Aku dah khatam corak permainan dia.Bila aku tengok dia depan depan… aku rasa nak panah tepat ke jantung tu…biar dia rasa apa yang aku hadap dulu” ujar Erhan.Hazreal dan Amir melepaskan ketawa kuat. Amboi,Erhan nampak konfiden sangat!

“ aku pun tau, kau tak bodoh…tapi kalau kau salah langkah, aku rasa kau yang tersungkur dulu” Amir mengingatkan Erhan. Saki baki teh tarik terus dihirup. Hilani bukan tak cantik,jadi mustahil Erhan tahan kebal.Ah,dia yang lelaki pun terjentik hati bila melihat Hilani semakin cantik sekarang.

“ Perangai huduh dia tu tolak tepilah sat. Sekarang ni hang cakap betul-betul, dia nampak lawa ke tak?” soalan Hazreal memang susah untuk dijawab.Kalau nak kata tak cantik memang pembohong sangat.Farah Hilani memang cantik.Ah,tapi itu bukan isu penting untuk diulas pun.
Erhan Zikri geleng kepala. Melihat reaksinya, kedua mereka terus hambur ketawa yang kuat. Tak berani jawablah tu.

“ Kalau masa di sekolah pun dah cantik,takkan dah kerja nak hodoh plak. Ingat lagi tak si Hadif kapten bola tu… sejak putus tunang,dia mengekor punggung si Hilani macam kambing jantan.” Amir membuka cerita. Bila nama Hadif dipetik, mood Erhan mula terganggu.

“ Hadif si celaka tu? Sebab mulut dialah aku kena teruk tau”
“ He he he… sebab dia jugaklah kau sanggup datang sini kan.” Tukas Amir laju.Eleh, Salah satu sebab Erhan kembali semula kerana nak balas balik perbuatan Hadif dulu. Berbuih dah mulut mereka nasihat tapi Erhan tetap pekakkan telinga.

“ aku tahulah apa aku buat..hangpa jangan buka mulut kat sapa-sapa” pesan Erhan.

“ baik…aku nak tengok.. jangan kau silap panah sudah..kihkihkih” dia sambung mengkekek tawa mengejek lelaki dihadapannya itu. Erhan membuang pandang keluar tingkap.Tidak semudah itu dia akan menyerah.Cukuplah sekali dia dipermainkan.Dunia itu bulat,lambat laun karma akan menyusul.

“ Good Luck bro.” Amir hulurkan tangan tapi Erhan tayang muka bodoh.Tangan Amir ditepis kasar.

“ Ingat aku nak amik SPM ke. Tak habis-habis nak perli aku.Tunggulah, dalam dua bulan dari sekarang, pelakon opera cina tu akan melutut di kaki aku.” Jawab Erhan penuh riak di dada. Dia meneguk air bila anak tekak mula kehausan bila banyak menepis kebenaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience