chapter 20

Romance Series 7804

Hilani cepat-cepat menyambar buku catatan tadi dan terus beredar keluar selepas mendapat isyarat daripada Erhan.

Selesai perjumpaan tadi, Hilani bergegas balik ke mejanya.Dia melabuhkan punggung ke kerusi.Pandangan difokuskan ke hadapan komputer. Hilani mengurut dada .Sumpah,tadi jantungnya memang dah terkeluar pun. Satu-satu Erhan mula mengungkit.Hilani mula mengingat semula Erhan yang dahulu. Disebabkan rambut pacak dan tubuh badan yang sedikit berisi dan tegap membuatkan dia tidak perasan langsung mulanya. Alahai, terus rasa berpasir rengkungnya.Sudah pasti Erhan takkan lepaskan dia dengan mudah. Erhan sudah pandai mengungkit pasal rotilah dan air kotak bagai .

Hilani cepat-cepat membuka buku catatannya,sah Bos dah curi catatan tadi. Matilah nakkkkkk! Bodoh ,bingai…. Huhuhu.

“ Hilani!” Hartimi memanggil.Hilani panggung kepala. Daripada senyuman yang terbias di wajah Hartimi,Hilani dah boleh agak apa nak disampaikan kepadanya.

“ Maniskan… Percaya tak cakap kak Tim sekarang?…Tall ,Dark and Seksi.”
Hilani mendengus geram.Pigidah dengan tagline bodoh tu.Pertama Erhan langsung tak handsome.Kedua, setakat ada dua telaga minyak tu belum tentu menjanjikan kemanisan.Ketiga, hati dia lagi gelap dari kulitnya

.Nampak sangat Erhan jenis pendendam. Dengan kaum wanita yang lemah pun dia tak kasi peluang. Sisi kejam memang terserlah dan sesuai dengan rambut pacak dia tu. Keempat, Erhan dah mula tunjuk yang dia sejenis lelaki bermulut jahat.Kelima Hilani belum dapat lagi,tapi rasanya Erhan punya keburukan boleh mencecah sampai 99!

“ Hoi…handsome tak?” tanya Kak Timi.
“ Huh, Kak…apek jual kacang rebus tu lagi handsome kot.”

“ Ish…tak baik tau… itulah barulah lelaki sejati. Kak Timi tak minat lelaki putih melepak. Tak nampak macam jantan sangat.” Balas Hartimi. Anak mata Hilani sudah berpusing naik ke atas.Tolonglah!

“ Kak…. Kalau kak nampak dia segak sangat…Kak ambil simpan helok-helok dalam laci meja kak tu!” Suara tinggi Hilani membuatkan Hakimi dan Ruhaya terpinga-pinga. Hilani sudah angin nampak,ini mesti ada kaitan dengan bos .

Kak Timi berubah riak wajah,Aik tertiba Hilani meroyan pulak.Dia salah cakap ke atau Hilani pun pasang niat sama macam dia.Ho ho…tak boleh tak boleh. Dia awal lagi dah booking bos jadi calon suami. Alah,sekarang zaman moden, setakat perbezaan umur lebih sepuluh tahun, no hal lah! Zaman sekarang siapa cepat dia akan dapat.

Erhan duduk bersandar di kerusi kulit yang empuk.Kertas yang disimpan dalam poket bajunya dibawa keluar dan dibentang atas meja. Tulisan Hilani masih sama seperti dahulu ,kemas dan cantik. Setiap perkataan dihadam betul-betul kerana semuanya berbentuk sindiran dan rasa menyampah mungkin terhadap dirinya.

“Lesung pipit adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi. Senang cerita….dia cacat kak Timi oii.”

“ cacat pun cacatlah,dia tetap nampak comel!”

Erhan jungkit kening sebelah,sungguh tak faham apa Hilani tulis tapi dia gagahkan juga membaca hasil tulisan tangan staf perempuan semasa meeting tadi. Orang lain elok saja fokus dengar taklimat tapi lain pulak dua orang makhluk nih.

“ Euwww, Tolonglah kak Timi. Tengok betul-betul, celah mananya tall,dark dan seksi tu...jauh panggang dari api tau!”

“ Ah tak kira! ,kak Timi dah booking dia,” Erhan menggaru bawah dagu.Lagi dibaca lagi merepek apa yang mereka tulis.Siapa yang mereka maksudkan comel, seksi bagai nih?.Erhan terus lagi membaca .

“ kak Timi ambillah…Free. Setakat Bos dark metallic macam dia….saya petik satu,sepuluh datang tau…”

Zapppp…kertas ditangan direnyuk kasar.Anak ayam betul.Rupanya Hilani mengutuk dia terang-terang.Cis,kurang ajar betul. Dia segera bangun keluar dari bilik mesyuarat. Antara bawang merah dan bawang putih mana yang patut dia cari dulu?

“ Mana Farah Hilani?” tempik Erhan kuat saat singgah di depan pantri. Dua tiga staf perempuan yang duduk bersembang agak terkejut dengan angin bos yang sekejap okay sekejap k.o.

“ kat depan Tuan…di meja dia agaknya.” Beritahu Raudah. Erhan menepuk pintu kayu seraya mengatur langkah menuju ke biliknya. Hilani patut diajar cukup-cukup.

“ Masuk bilik saya,Now!” jarinya mengetuk kasar monitor di depan Hilani. Mood Erhan sudah libang libu bila terang-terang Hilani mempersenda dirinya ketika sedang bermesyuarat. Bawang putih itu patut dilenyek dan ditumbuk lumat-lumat.hish!

“ Ya bos..Eh Tuan Erhan. Ada apa boleh saya tolong?” Tanya Hilani tenang . Suasana dalam bilik bos tenang dan sejuk.Nyaman dan wangi. Hilani tayang wajah paling manis penuh hipokrit bila berdepan dengan lelaki itu.

“ Baca!” Nota yang sudah renyuk dibaling tepat kepada Hilani.Mujur sempat sambut.Eh,dia dulu goal shooter kot masa mewakili sekolah untuk perlawanan bola jaring. Terbuntang mata Hilani bila sedar tulisan tangan yang tertera atas kertas.Alahai Bos baca dan hadam rupanya! Mati…mati!

“ Baca! Baca pantun awak tulis tu,” Arah Erhan tegas.
“ Saya ke ?” Hilani sudah cuak.

“ Awak ler..takkan bapak awak kot nak baca! Now!”

Hilani Tarik nafas dalam-dalam. Bismillah dulu.

“Dua tiga kucing berlari.mana nak sama si kucing hitam.dua tiga boleh kucari…..mana nak sama bos yang hitam”

“ Huh…Tak dengar…lagi sekali.” Erhan ketap bibir dengan kedua tangan memeluk tubuh sendiri.

“Dua tiga kucing berlari.mana nak sama si kucing hitam.dua tiga boleh kucari…..mana nak sama bos yang hitam” Ulang Hilani dengan suara lebih kuat dan jelas. Ceh,cinabeng punya bos.

“Ada lagi tu… bawah sekali.baca cepat.” Arah Erhan.Hilani geleng kepala. Nak baca satu pantun ni pun dia dah mula rasa semput. Janganlah suruh dia baca yang satu lagi pulak. Ampun Bos!

“ Baca! ” suara tegas Erhan membuatkan Hilani tiada pilihan.Itulah gatal sangat nak main-main,kan dah mendapat.

“ Dua budak hitam main pula lempar batu, Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu.
Satu budak hitam sesat dalam ofis, Dia kena ikat….. menangis sampai mati.”

Diam.

“ Mengata saya kan?”

“ tak..tak… Itu kan lagu Sepuluh budak hitam.” Tukas Hilani. Erhan mencebik, Hilani perangai memang macam jadah. Siot sungguh.

“ Tuan,mana aci saya aje kena. Kak Timi pun tulis jugak.” Jawab Hilani.

“ Dia puji saya melambung, Awak seorang saja yang macam ada masalah dengan saya. Saya terfikir jugak, kita biasa jumpa ke sebelum ni? Kenapa awak nampak macam tak selesa dengan saya.?” Erhan angkat kening menunggu jawapan.Ah, dia bukan marah sangat pun pasal nota-nota nakal macam tu.Tetapi bila melibatkan Hilani,sekecil-kecil zarah kesilapan Hilani dia akan beri perhatian lebih. Kali ini dia takkan tertipu lagi.

“ Bukan saya yang tulis tu Tuan. Salah faham ni.” Hilani cuba reka apa alasan sekali pun asalkan dapat selamat diri. Malang sungguh nasib badan.

“ Saya cam tulisan awak!” Hitam sangat ke saya?” Erhan membelek jari jemarinya.Eh tak adalah hitam sangat cuma sawo matang. Kulit macam dialah baru nampak original Malaysians! Orang barat berderet jemur di pantai punya nak dapatkan kulit macam dia, Hilani saja buta hati perut.

“ Eh tak… Tuan nampak smart sangat… dada bidang. Macam ada ketak-ketak...tough sangat! .” Dia angkat ibu jari. Wajah Erhan di paling ke arah lain. Berani pulak Hilani puji dia depan-depan. Ikhlas atau sindiran. Sudahnya dia tertunduk meraba dada sendiri. Shit!

“ Tuan.. Saya minta maaf tuan.Asalnya nak bergurau…tapi terlajak bergurau. Maafkan saya Tuan.” Hilani tunduk berkali-kali. Mulut dan jari sama naik makan tuan!

Diam.

“ Okay, saya boleh lupakan tapi ada syarat. Kalau awak susah sangat nak ikut syarat yang saya bagi ni, rasanya mungkin saya bawa nota ni ke pihak atasan. Pertama awak mengganggu mesyuarat dan yang kedua menghina bos.”

“ Erkk….mana ada saya hina Tuan. Sebenarnya saya tertinggal satu perkataan,Sepatutnya pantun tu berbunyi macam ni tuan, Dua tiga kucing berlari.mana nak sama si kucing hitam manis.dua tiga boleh kucari…..mana nak sama bos yang hitam manis”

“ bodoh! Awak dengan pantun awak sama bodoh! "

“ Satu lagi,kesalahan ketiga awak melakukan sexual harassment terhadap saya.”

“ Arkk…. Bila masa saya raba tuan?” Hilani tak puas hati. Mentang –mentang dia dah jadi bos,ingat semua perkara boleh ditipu. Tahulah dia cuma kuli tapi sebagai pekerja , dia pun hak mereka.jadi bos pun jangan macam-macam eh!

“ Tadi awak cakap pasal dada saya. Lupa?Start esok balik lewat. Awak kena buat summary dan report setiap cliet Lemenits. Saya nak tau perkembangan terkini progress kerja kita dengan mereka,faham?”

Diam.

“ Faham tak?”

“ Faham tuan.” Jawabnya lemah. Seminggu dua ni jangan haraplah nak berdating dengan Hadif, Bapak kucing hitam awal-awal lagi dah bagi hint nak membuli pekerja. Aduhai apalah nasib badan. Erhan menyimpan senyum.Padan muka dan best pula bila dapat pedajal hidup bawang putih merangkap pelakon opera cina sikit-sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience