Chapter 25

Romance Series 7804

Suasana di pantri sepi.Tiada respon.Hilani jauh termenung.Dia berfikir bagaimana hari-hari yang mendatang untuk dia dan Erhan bersua muka.Tambahan pula dia yang mengurus dan menyusun segala bagai berkaitan kerja untuk Erhan. Kekok? sangat –sangat rasa kekok dan menyampah pun ada. Hilani mengeluh panjang.

"hoi....apa?" Hakimi mula hilang sabar...Dari tadi bukan main kalut nak bercerita...lepas tu boleh pulak dia buat diam seribu bahasa...uishh perempuan!

"Tak tau nak mula macam mana... Ni pasal orang baru masuk kerja tu" Hilani memulakan bicara.Matanya meliar memandang sekeliling,bimbang kalau-kalau ada yang terdengar nanti.Hakimi mengangkat kening dan menunggu kawannya itu untuk terus bercerita.

“Perangai tak macam Encik Fuad ....perasan Tak ..muka dia kerek semacam .Hurm, macam dulu-dulu jugak" Hilani mula menyusun cerita.

Hakimi menghirup saki baki minuman yang ada.Dia pun bukan faham sangat apa cerita yang nak disampaikan kepadanya.Tetapi dia tahu Hilani macam berminat untuk berborak pasal bos baru. Ah, sama saja semua perempuan.Gedik tetap ada!

“ Aku tak la kenal sangat dia..tapi setahu aku.. sebelum masuk sini, dia pernah kerja di Syarikat yang besar..Tak silap aku Hisbiscus Land Property. lepas tu join Awanland sat.” Terang Hakimi penuh yakin.Dia awal lagi dah siasat tentang latar belakang bos yang muda itu.

Hilani menongkat dagu menunjukkan minat untuk mendengar cerita dari Hakimi.Hilani pernah mendengar nama itu,syarikat yang sudah teguh dan sudah banyak membangunkan projek - projek besar .Persoalan demi persoalan mula bersilih bermain di minda. Kenapa.daripada syarikat yang sudah kukuh,dia ertukar angin ke sini pulak? Hahh,paling dia nak tahu bagaimana Erhan boleh berubah watak berbanding dulu.Yang kelat bertukar jadi manis bila senyum!ouch.

“ kalau dah selesa di situ,buat apa nak kerja sini, handle projek yang biasa-biasa .Kau tak rasa ada sesuatu yang pelik” Hakimi mula menyoal.Hilani mengangkat muka memandang kepada Hakimi.Perkara yang sama juga terlintas di minda dia. Ah, sebab apa lagi melainkan Erhan simpan niat jahat terhadap dirinya.Huh!

“ Ah..takde apa kot..Dia tu memang pelik .macam dulu-dulu juga” jawab Hilani.Jawapan yang hanya untuk mematikan perbualan mereka berdua.Hatinya mula terjentik dengan kemusykilan daripada soalan Hakimi tadi.

"Macam dulu-dulu ..apa???” Suara lantang muncul dari belakang mereka.Hilani dan Hakimi terkejut lalu kedua mereka segera berpaling ke belakang.

Erhan segak tampan mengenakan jaket kulit berwarna gelap, kemeja putih yang kemas tersarung di dalam dengan di padan seluar denim berwarna gelap. Sama seperti semalam , gaya rambut Erhan tetap teguh berdiri terpacak . .Penampilan bos ini sikit jam lagi pasti merayap masuk memeriahkan Grup whatapps Ladies ofis.Raudah , Kak Timi dan Najwa , Biah Hamid dan seantero dengannya mesti kena serangan jantung pagi ini bila melihat bos .

Nak kata handsome giler memang bukanlah, sebab banyak lagi lelaki diluar sana yang duduk ranking lebih bagus tetapi bos tetap ada sisi tarikan yang boleh membuat wanita menoleh dua kali. Mungkin kerana dia nampak 'mahal' bila tersenyum.Yalah, bos selalu muka ketat semacam sembelit berbulan-bulan.Ahaks!

“Aku pantang betul kalau awal pagi ada staf berbau bawang. Syarikat bayar gaji tiap bulan.kalau macam ni prestasi, berhenti kerja…boleh mohon jadi pelakon Opera cina” Erhan memberi amaran.Tapi kenapa mesti disebut pelakon Opera Cina. Nampak sangat awal pagi Bos dah mula menyerang. Mereka berdua terus terdiam dan tunduk memandang muka masing-masing.

‘ saja cari pasal…mengata aku lagi tu Cis!’ bisik hati Hilani.Dia meluat sungguh apabila Erhan sengaja menyebut Pelakon Opera Cina.Hakimi sah-sah berwajah melayu.Hilani pula anak campuran sebelah ibu melayu dan ayahnya keturunan cina.

Sejak dari sekolah lagi,Erhan menggelarnya begitu. Dek kerana malu digelar begitu, Hilani pun membalas semula. Erhan digelar Hantu Kicap,Semakin rancak kata-kata nista dan gelaran memalukan dilempar antara satu sama lain.

"Farah Hilani masuk bilik saya.” Suara tegas Erhan mematikan lamunannya. Bos masih terpacak berdiri di depan pintu pantri...renungan tajam itu bagai kucing hitam galak mencakar wajahnya...Zapp zap zappp! Huishh... mata itu lah yang memandang kepadanya dahulu ketika mereka di bilik disiplin.

Renungan itu mematikan lamunan Hilani pada kisah lalu.Kalau dilihat pada mata kasar, jejaka dark metalik itu tampak kacak dan bergaya.Tapi kalau dia dah mula membuka mulut, Hilani beri markah kosong sebab mulut itu sangat berpuaka.Lelaki lain berlumba-lumba tanam tebu tepi bibir,tapi bos tanam cili,paku dan segala bagailah yang seangkatan. Menyampah okey!

Erhan berpaling memulakan langkah menuju ke biliknya.Hakimi Dan Hilani saling berpandangan...Warghhhhh…Awal pagi lagi kot,dah kena marah dengan Bos.Wajah kedua-duanya masam mencuka.Kalau hari-hari macam ni, jenuh bersabar dengan Bos berperangai toxic!

Langkah bos terhenti dan dia kembali semula ke pantri .Masih ada yang perlu dihamburkan supaya makhluk seorang itu tahu erti menghormati orang lain.

"Ha...Satu lagi...aku bukan budak...boleh bezakan antara bos dan kuli.Bukan susah nak bezakan.Aku bos..kau cuma setiausaha… simple.” ujarnya menjeling tajam kepada Hilani yang terpinga-pinga.Hakimi mengangkat wajah memandang ke arah Bos, Hakimi dapat menangkap sesuatu. Hilani dan Bos memang ada sesuatu dan yang pasti wanita itu memang dalam masalah yang sangat besar.

“ Why me?” Hilani mencebik. Nama Hakimi langsung tak dipetik sedangkan mereka berdua disitu. Aduhai Bos memang dah nekad nak isytihar perang.


Erhan terus melangkah laju ke biliknya.Hatinya sedikit puas dapat menyakitkan hati Hilani awal pagi. Itu baru sikit isyarat yang dihantar.Masih banyak lagi yang perlu Hilani tempuh.
Tengoklah selama mana dia mampu menahan. Perempuan spesis macam Hilani bukan boleh bagi muka sangat ,mereka bijak mencari peluang untuk pijak muka musuh rapat ke jalan tar. Sebelum dia terkena lagi,elok sangat dia ajar si bawang putih itu cukup-cukup!

Bau semerbak wangi mengiringi tuan sampai ke pintu bilik.Sesekali jari jemarinya membetulkan rambut pacaknya.Gaya maskulin yang ditonjolkan, ternyata membakar jiwa staf perempuan yang semakin hilang fokus terhadap kerja.

Kehadiran Erhan bagai menyuntik semangat baru dikalangan mereka.Ibarat bulan Jatuh ke riba,dapat bos muda,bergaya satu bonus,kalau bujang pula,itu satu rahmat dan kalau manis berlesung pipit itu rezeki beramai-ramai.Ops,tapi ingat Bos tetap bos.Hanya boleh oleh dipandang-pandang dari jauh sahaja sebab dia bukan sejenis makhluk yang mesra alam!

'Makkkkkk.....dia dengar rupanya...mujuq aku tak cerita semua...syhhhh!' bisik hatinya...jari telunjuk menampar mulut berkali Kali.Hilani kalih memandang Hakimi yang hanya mengjungkit bahu.

“ kau macam ada masalah dengan dia. Semalam kenapa dia panggil kau masuk bilik.Nampak macam moody.” Tanya Hakimi.

“nanti-nantilah aku cerita. Aku pergi dulu,Tolong basuh muk aku sekali.” Hilani menolak muknya kepada Hakimi.Entah bala apa pulak dia akan dapat hari ini. Sepatutnya semalam dia kasi jampi banyak sikit,biar Bos tak nampak jalan ke pejabat.Cis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience