Hilani membuka fail Terfylance untuk membuat semakan dan laporan seperti yang bos minta kemarin tetapi mindanya susah nak fokus dengan kerja lebih –lebih lagi bila Erhan ada di depan mata. Dia lebih berminat memandang makhluk yang berubah 180 darjah . Lengan baju kemejanya dilipat sehingga paras siku dan tig butang baju paling atas dibiarkan terbuka sangat-sangat mengganggu sisi baiknya.Hilani cepat-cepat berpaling ke arah lain. Sebelum ni bukan tak biasa dengar tagline hitam itu menawan,Cuma dia tak nampak sangat pun apa yang menawan dengan warna-warna kelabu asap nih. Tapi kali ini,suara hatinya tidak mampu menidakkan manusia yang menarik ada di hadapannya sekarang. Auranya masya Allah!
Kenapa Erhan yang sekarang sangat berbeza dengan yang dahulu? Ah,syooh syohhhh. Jangan berani kau ingat lagi hal dulu.Tutup buku Farah Hilani!Erhan pun tidak pernah mengungkit secara direct tentang peristiwa lalu. Suatu hari kalau Erhan ungkit,jenuh kau nak tepis dan alasan apa lagi kau nak bagi .
“ Okay tak kalau saya letak mesin jana duit sebelah.” Erhan bertanya.
“ hah, apadia Tuan?”
“ Daripada saya bagi free,lebih baik saya jana pendapatan, dapat juga income, kan!” sambung Erhan.
“Fokus kerja awak…Tak penat ke pandang saya? Taulah free tapi jangan melahap sangat” Sindir Erhan . Alamak ,dia perasan ke. Hilani cepat-cepat menyelak fail di tangan. Malunya.
“ Mana Fail Teguh Idaman?” Erhan bertanya.
“ Aa, Hakimi yang urus. Agaknya masih di meja dia. Nak saya ambilkan?”
“ No thanks… saya boleh ambil sendiri.” Ujarnya terus bangun dan berlalu keluar dan singgah di meja Hakimi. Hilani bijak mencuri peluang ralit memandang bos dari belakang. Kalau bukan peristiwa hitam itu, pasti dia pun antara staf yang minat dengan majikan sendiri. Erhan Zikri memang tampak bergaya. Dia bukan lagi budak sekolah yang botak atau pemain ragbi yang selekah dan selalu berpeluh sampai membasahi ketiak. Dia bukan budak lelaki dark metalik yang dulu.Meteor mana agaknya yang langgar Erhan sampai bertukar karektor terus. Erhan yang sekarang nampak perfect yang kena dengan caranya.
Dua belas tahun yang lalu, dia pernah perdajalkan hidup lelaki itu demi selamatkan diri sendiri. Jangan Tanya kenapa dia buat begitu kalau itu sajalah jalan yang ada. Rasa penyesalan pernah menjentik hatinya tapi semua itu dibiarkan sepi sebab tidak pernah terfikir akan kembali berjumpa dengan Erhan Zikri.
Dia pun dah lupa peristiwa itu, tapi sejak 33 jam yang lalu,peristiwa itu kembali melayari di fikiran.Bila difikirkan semula,mungkin itu petanda awal dia dan Erhan akan kembali berperang.
Sekarang baru dia faham,bukan semua mimpi itu mainan tidur.Dia pernah bermimpi dikejar ular besar berwarna hitam..Bila dia bertekad untuk pukul,ular itu hilang.Berulang kali Hilani bermimpikan perkara yang sama.Dia menampar perlahan kepala sendiri.Sah…ular itu mesti Erhan.Musuh dalam gelap yang psiko. Logik juga telahannya sebab ular hitam samalah macam Erhan yang sawo matang.
Aduh,kenapalah dia perasan sebelum ini, sebelum Erhan muncul,seminggu dua yang lalu dia mula mengalami kesukaran untuk tidur. Bila mata mula terlelap,dia kerap terjaga mengejut kerana merasakan ada lembaga mahu mencekiknya.
Erhan Zikri!..nama tu akan selamanya terpahat di fikiran Hilani. Ohoo… bukan mudah dia nak melupakan apa yang bos pernah lakukan padanya ketika di sekolah menengah.. Ouchh! Masih rasa sakit dan pedih seperti baru ditampar oleh Erhan. Sakit sepasal dan malu pun dapat jugak.Mujurlah Allah kurniakan dia kesabaran dan daya ketahanan yang tinggi.Ah senang cerita,kulit dia tebal. Seminggu aje orang riuh bercerita pasal tamparan si Erhan,selepas lenguh mulut mereka,pakat diamlah!
Hilani mendengus kecil, situasi sekarang akan lebih memihak kepada Erhan kerana dia sudah menjadi Bos.Silap percaturan, kerja pun boleh melayang atau silap-silap kena transfer ke cawangan lain..Aduhai! Hilani mengetap bibir.Adakah ini karma untuknya . .mungkin.
Hilani mengangkat kesemua fail dan laporan yang sudah siap ke meja Erhan. Dia melangkah lemah menuju ke meja. Sesaat kemudian Hakimi dan Erhan pulak terburu-buru masuk ke dalam bilik dan terus pintu tertutup rapat. Ah,Hilani rasa tersisih sangat sebab Erhan lebih banyak merujuk kepada Hakimi sedangkan dia lebih tahu dari yang lain.
Jam sudah menunjukkan lima petang. Beg tangan dicapai kasar dan digagau mencari telefon bimbit. Satu persatu mesej Hadif yang masuk di baca tanpa rasa teruja pun.Bermulalah hari-harinya dengan fail menimbun atas meja.
Di dalam bilik itu ada wajah yang sedang tersenyum lebar. Sudah lama hati ingin bersua menatap wajah Farah Hilani binti Iman Kwon.Kini masa itu telah pun sampai dan semuanya berjalan lancar seperti yang dia aturkan. Bukan susah sangat untuk berhadapan dengan perempuan gila itu.
Setiap hari -hari yang dia lalui...dendam yang sama juga terasa melilit dirinya kuat.Bukan dia tidak pernah cuba melupakan, makin dipujuk hati,makin jiwanya memberontak. Dia yakin keadaan sekarang membuka ruang lebih luas untuk dia melancar serangan. Ini bukan soal cinta yang remeh temeh.Ini berkaitrapat dengan maruah lelakinya yang dipijak-pijak oleh Hilani.Setiap hari yang dilalui dalam tempoh perpisahan itu, hanya Hilani yang perlu melunaskannya. Bukankah ini adalah peluang yang dipermudahkan untuknya. Matanya terpejam rapat...dua belas tahun yang dilalui terasa bagai memamah hempedu yang pahit.
'aku belajar menjadi orang yang sabar kerana kau... masanya dah sampai.. terima kasih tunggu aku datang' bisik hati kecil lelakinya. Mata lelakinya liar memandang susuk tubuh kecil yang duduk mengadap komputer. Wajah yang sama seperti dahulu,yang beza cuma kematangan. Wajah itu kekal terpahat di fikirannya selama sedekad.Sampai bila-bila pun Erhan takkan lupakan lakonan dan air mata palsu daripada pelakon opera china itu.
Sepuluh tahun dia setia mengikuti perkembangan Hilani. Walaupun tidak bersua wajah, dia tahu setiap pergerakkan dan perkembangan hidup Hilani. Erhan tak bodoh macam dulu. Dia perlu tahu segala tentang musuhnya jika ingin menang . Dua tahun yang lalu, dia pernah ternampak Hilani di majlis perkahwinan rakan sekolah mereka, Taufik.
Hazreal dan Amir mencabar dirinya untuk bersemuka dengan Hilani, namun itu bukan masa yang sesuai.Dia pasti akan kembali tapi bersama-sama misi balas dendamnya.Kalau dia tidak mengenali perangai haprak Si Hilani, pasti dia pun sama seperti lelaki lain yang leka menghayati kecantikkan itu. Farah Hilani memang cantik dari luaran,tapi busuk hati dan jiwa.
Erhan tersenyum lebar menampakkan lesung pipit.Jari ligat memusing pen dan mata terus tertancap kepada Hilani yang masih tekun menaip di depan komputer. Masuk yang ini dah tiga kali dia tolak laporan daripada Hilani. Satu huruf silap pun dia akan nampak dan cepat-cepat suruh Hilani perbetul dan cetak lagi. Sepatutnya Hilani yang hilang sabar tapi dia pulak yang sakit hati bila Hilani patuh setiap arahan. Mana pergi Hilani yang dulu, seorang gadis yang kuat tembirang, suka menjawab dan berkulit tebal tidak tahu malu. Hilani yang sekarang terlalu ‘ baik dan patuh’.
Alahai, ikutkan hatinya sekarang juga dia patut cekik ataupun ikat lidah Hilani yang cekap mereka-reka cerita. Cerita rekaan Hilani memang trending di sekolah sampaikan dia sendiri malu nak angkat muka depan kawan lain. Semua orang lebih percayakan cerita versi Hilani berbanding dirinya
Hilani menoleh bila merasakan ada mata yang memerhati dirinya.
Nah! Kedua –dua mata mereka bertembung, belum sempat Hilani melarikan pandangan, Erhan merenung tajam bagai nak menelan dirinya. Neh,nampak sangat Erhan memang tak puas hati dengan dia. Mampukah dia bergelak ketawa lagi macam dulu kalau dirinya kini diburu rasa takut dengan bos sendiri.
Hilani bingkas bangun menuju ke pantri untuk meredakan perasaannya.Mata Erhan terus mengekor sehingga hilang bayang empunya diri. Dia masih ingat janji yang dilafazkan antara mereka ketika hari terakhir dia di sekolah...SOON! yeah, sekarang dia sudah kembali untuk menuntut hutang lama.Hilani takkan tahu betapa seronoknya memulakan hari pagi dengan kemenangan di tangannya.
“ yeahh…soon dear! Kali ni aku akan pastikan kau menangis betul-betul!” bisik hati kecilnya.Kedua –dua tangan menongkat dagu dan membuang pandang mengelamun jauh.
Share this novel