Hilani mahupun Erhan masing-masing diamkan diri. Yalah,apa lagi nak diceritakan bila berulang kali sudah diperdebatkan dalam bilik disiplin. Lebih baik kedua-duanya Cuma jadi pendengar yang baik.
“ Cikgu tak sangka perangai awak macam ni Erhan. Cikgu kecewa sangat.Gatal sangat nak menikah dah ke?” Cikgu Fuad menyindir. Mentang-mentanglah Erhan antara pemain ragbi sekolah yang menyerlah,gamaknya dia gunakan title itu untuk mengayat perempuan.
“ Erhan, awak nak mengaku ke tak ni? Mak awak pun dah ada di sini. Tak kesian ke kat dia? “ Cikgu Faridah bersuara.Adoi,dah kenapa semua cikgu yang ada di dalam bilik ini,seakan-akan mengasak pelbagai soalan kepadanya dan paling tragis Cuma dia yang dipersalahkan.
“ Saya malu cikgu. Saya kenal anak saya.Hilani bukan jenis budak liar.Dia tak pandai menipu.Dia tak pernah menipu pun.Semua benda dia akan cerita kepada saya.” Puan Salmi pula mula menutur bicara. Erhan mencuri pandang kepada wanita yang hampir sebaya dengan uminya.
“ Saya minta maaf bagi pihak anak saya ya. Biasalah budak-budak.” Umi bercakap seakan mencipta alasan untuk segera menamatkan perbincangan.Erhan geleng kepala. Walaupun dia percaya Erhan takkan melakukan perkara terkutuk itu,tapi keadaan macam tak memihak kepada anaknya. Semalam pun berkali-kali Erhan bersumpah yang dia tak bersalah,takkanlah Umi pun nak tunding jari kepada anaknya.Sudahnya lagi empat jari tetap hala kepadanya.Neh,itulah emak si polan si polan yang tak pandai mendidik anak! Aduhai.
“ Umi.Han tak salah!”
“ Habis,kamu nak tuduh anak aunty yang salah?” Puan Salmi mengherdik.
“ Mujur suami saya tak ikut sekali,kalau tidak saya tak taulah jadi apa ngan budak nih. Dah terang-terang buat salah, tak mau mengaku pulak.” Nada suara Puan Salmi berubah rentak. Makin menyampah melihat wajah kelat anak muda itu. Dia percayakan cerita kawan-kawan Hilani. Dari dahulu anak gadisnya memang ramai peminat lelaki.Dia sendiri mengagak budak lelaki berwajah ketat yang duduk berhadapan dengannya mesti turut sama menyimpan perasaan terhadap anaknya. Tapi perlukah Erhan perangkap dan jatuhkan maruah anaknya sampai begitu sekali semata-mata cinta yang bertepuk sebelah tangan?
“ Makcik….anak makcik yang melulu masuk dalam bilik sakit tu. Hoi , hang cerita benda yang betoi la ni” Erhan menjawab laju. Apa nak jadi pun jadilah.Dia di sebelah pihak yang benar. Hilani tunduk senyap. Hesy,mana boleh dia buka mulut,nanti lain pula jadinya.
“ Erhan Zikri,awak jangan biadap sangat. Kita di sini bukan untuk bergaduh. Saya dah siasat kes ni. Awak memang dah lama suka Farah Hilani kan sejak dia masuk sekolah ni,sebab tu awak tarik dia masuk ke dalam bilik tu? Awak rasa tercabar dengan Hadif ke” Cikgu Kamran mula membuat hujah sendiri.
“ Cikgu mana boleh tuduh saya macam tu? Kenapa tiba-tiba naik nama Hadif pulak ni” Erhan mula geram. Pandangannya terarah kepada Hilani yang dari tadi hanya diam membisu. Tolonglah cakap! Paling dia tak tahan,kenapa pula nama si Hadif terseret sekali. Ada sesuatukah yang dia belum tahu.Konspirasi apakah ini?
“ Bila masa saya tuduh awak.Saya ada saksi tau.” balas cikgu Kamran dalam nada yang tinggi.
“ Macam nilah Erhan, awak boleh suka dia tapi kalau dia dah bagitau tak sukakan awak, mana boleh awak buat dia sampai macam tu.Tak boleh fikir ke baik buruk perbuatan awak tu. Disebabkan perangai awak, sana sini orang bercerita pasal kamu berdua.Farah Hilani ni perempuan.Awak tak terfikir ke pasal maruah seorng perempuan. Cikgu rasa Mak awak pun mesti kecewa dengan perangai awak.” Cikgu Faridah mula selaku guru kaunseling mula berhujah.
“ Gentleman lah sikit. Bila dia tolak cinta awak, tiba-tiba rasa nak malukan dia?” Cikgu Kamran pula sibuk menambah hujah.Erhan dah rasa macam duduk di kandang orang bersalah.
“ Cikgu,saya tak faham apa yang cikgu nak sampaikan. Kenapa pulak saya yang salah.Dia yang salah.Dia tu punca!”
Erhan menumbuk meja.Terkejut Cikgu Faridah yang sedang sibuk mengisi borang. Erhan berdiri terpacak bagaikan ayam jantan menunggu masa untuk bertarung. Lagi dia senyap,lagi sakan cexerita kembang mekar dengan pelbagai saksi baru yang timbul datang mengarang cerita lebih-lebih padahal cuma mereka berdua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam bilik sakit itu. Sial!
“ Awak jangan jadi kurang ajar!” herdik Cikgu Kamran. Keduanya tidak mahu mengaku kalah. Berbalas renungan tajam sekadar melepaskan rasa amarah yang terbuku dalam hati.
“ Erhan duduk…duduk!!” Suara tegas Umi membuatkan Erhan melabuhkan punggung sebelah Umi dan kembali bertenang. Dia masih tetap melurutkan pandangan kepada Hilani. Sumpah,dia memang rasa nak cekik budak perempuan itu.
“ Hurm, makin bertambah masalah disiplin awak ni. Ponteng sekolah,ponteng kelas, berkhalwat dan yang terbaru mengancam keselamatan guru.” Cikgu Faridah senyum sinis. Aduh, satu persatu diungkit. Jahat sangatkah dia?
“ err..dia ponteng sekolah ke cikgu? Tapi dia hari-hari pergi sekolah” Umi menyangkal. Puan Salmi mendengus geram.Hah,dah agak dah,budak lelaki berkepala botak ini memang spesis budak jahat.Memang ngam sangat muka dengan perangai dia.
“ Umi” panggil Erhan perlahan.Saat ini dia terpaksa mengaku salah yang satu itu.memang dia kerap ponteng sekolah tapi itu dulu ketika otaknya berserabut dan ketika hubungan mereka dua beranak sering berantakan.
“ Puan Hazura, anak puan memang kerap ponteng.Dia macam tak kisah pun nak menduduki peperiksaan SPM tahun ni. Semua tarikh yang dia ponteng tanpa sebab atau alasan,saya dah lampirkan dalam surat ni.Puan boleh tengok sendiri.” Cikgu Faridah menghulurkan borang tadi .Umi cepat-cepat menyambutnya.
“ Ini surat apa pulak?” Umi bertanya lagi.Bukan di tak boleh baca,tapi tajuk surat itu menggusarkan hatinya,Erhan panjangkan leher mengintai isi kandungan surat.
“ Demerit? Cikgu,takkan saya kena demerit sampai 50 mata. Minggu ni kan ada perlawanan. Cikgu jangan buat saya macam ni.” Erhan tayang muka tak puas hati.
“ Itulah hukuman untuk awak. Khalwat saja sudah tolak 50 mata. Itu belum saya kira kesalahan kecil yang lain.” Tukas cikgu Kamran. Erhan mendengus kasar. Makin menyampah dia nak tunggu lagi. Erhan menyambar beg sekolah di atas kerusi.Dia sudah tak sanggup nak dengar bebelan cikgu Kamran.
“Dia?” Tanya Erhan sebelum melangkah keluar.Takkan dia seorang saja dapat habuan.
“ Dia tak salah. Macam saya cakap tadi. Saya ada saksi..” belum habis Cikgu Kamran bercakap,Erhan terus melangkah pergi.Dummmmm! Pintu bilik disiplin ditutup kasar. Tak guna untuk terus menunggu di dalam ketuhar panas itu.Silap haribulan, mau terbalik meja di bilik disiplin itu kalau Erhan hilang sabar.
Umi langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi .Apa lagi yang patut dia katakan . Melihat tingkah laku Erhan tadi sudah cukup membutkan Hazura tertunduk malu. Erhan tak pernah bersikap seperti tadi. Dia sendiri terkejut .
“ Makcik nak tanya ni, betul ke anak makcik yang salah?” Umi memandang tepat ke dalam anak mata Farah Hilani. Gadis itu cuma diam. Dia mula cuak bila banyak mata memerhati dirinya.
“ Cakap je…nak takut apa, mama kan ada.” Puan Salmi mengusap lembut bahu anak gadisnya.
“ ya makcik, dia tarik saya masuk dalam bilik tu masa saya nak pergi toilet.” Jawab Hilani sayup .Ah, namapun menipu,dia sendiri rasa bimbang andai perkara ini terbongkar suatu hari. Kalaulah dia tak bersetuju dengan rancangan Hadif, mesti keadaan dah jadi lain. Pandai Hadif pusing cerita sampaikan semua orang percayakan kapten bola sepak sekolah itu. Farah Hilani terhutang budi kepada Hadif Saffian selamanya.
Share this novel