Umi duduk termenung di meja makan. Anak sorang saja tapi sepanjang bulan ini,dah dua kali dia dipanggil oleh guru disiplin ke sekolah untuk membincangkan tentang Erhan. Umi mula berfikir di mana silapnya sebagai ibu.Dahulu,Erhan anak yang baik,tidak pernah pun memberinya masalah. Erhanlah yang menjadi tulang belakangnya untuk teruskan hidup selepas kematian suaminya dalam kemalangan di tempat kerja.
“ Umi.” Seru Erhan perlahan.Dia tahu umi sedang berduka.
“ Han minta maaf.” Ujarnya penuh penyesalan. Bukan sebab kes kena tangkap dengan budak sepet itu.Yang itu dia memang tak salah.Dia siap bersumpah depan Umi. Kalau cikgu-cikgu tak percaya ceritanya pun,tak kisahlah asalkan Umi percayakan dia.
“ Tak cukup lagi ke Han…kena gantung sekolah seminggu? Kenapa cari masalah lagi?” Umi mengesat air mata. Terngiang-ngiang ditelinganya bila pihak sekolah sarankan agar Erhan ditukarkan ke sekolah baru. Senang cerita ,dia kena buang sekolah sebab melanggar peraturan sekolah lagi.
“ Umi pernah ke ajar Han berkasar dengan pompuan.Kenapa Han tampar budak perempuan tu.” Tanya Umi lagi,jari jemarinya memicit sekitar dahi. Waktu beginilah kepalanya mula rasa berat bila memikirkan masalah anak lelakinya.
“ Geram!” jawab Erhan ringkas.Ya,itulah yang dia rasa.Betapa benci dan geram dengan budak sepet itu. Kerana insiden itu, dia dipandang serong dan dan pedas disindir oleh puak-puak perempuan di sekolahnya. Tak cukup dengan itu, ada juga ustazah beri tazkirah seakan menyindir dia juga.Semua nampak dia yang teruk dan jahat. Hilani masih boleh bergelak ketawa tak ingat dunia. Adilkah?
“ Umi tak rasa apa yang Han rasa. Han benci tengok dia!”
“ Umi tahu dia menipu dari awal lagi, tapi Umi Cuma diamkan saja sebab Umi tau keadaan tak memihak kepada Han. Sepatutnya Han buka buku baru, abaikan cakap-cakap depa tu.Susah sangat ka?”
“ oo0… jadi Umi sukalah kalau orang kata Umi tak pandai jaga anak? Orang tuduh Han jahat sebab tak ada bapa.. siap perli macam-macam lagi.Sakit telinga ni dengar . Eeii, kalau Han tak fikir pasal Umi,memang dah lama Han rembat mamat poyo tu. Tak ada angin tak ada rebut kenapa dia boleh masuk campur dalam masalah ni.”
“ Sapa budak Hadif tu?” Umi berminat ingin tahu. Sebelum ini dia Cuma tahu dan kenal Hazreal dan Amir saja.
“ boyfriend budak sepet tu.” Balas Erhan laju. Dia pun baru dapat tahu cerita itu semalam selepas Amir buka mulut. Patutlah beria-ria mamat itu back up si Hilani .Sudahnya dia seorang yang terpalit taik!
“ Ni balik pada cerita tadi, Han saja tunjuk perangai kan sebab Umi nak kahwin dengan pakcik Yusuf, macam tu?” tanya Umi. Sebelum ini pun memang Erhan tidak bersetuju langsung dengan hubungan mereka. Sejak akhir-akhir ini,perangai anaknya semakin teruk bila tarikh nikah semakin dekat. Erhan tepuk dahi.Ishh Umi nih sajakan nak ungkit cerita lain pulak.Dah dah lah Umi. Letih oo!
“ Itu dululah Umi, memang Erhan tak suka umi berkawan dengan uncle Yusuf… Budak perempuan tu tak ada kena mengena dengan urusan Umi dan pakcik sebab Han pun tak pernah nampak dia sebelum kes tu. Han geram sebab la ni orang dah cop Han jahat! Budak tu juga yang nampak baik,konon dialah mangsa. ”
“ Awat pulak tak ada kaitan dengan Umi. Han masuk bilik sakit sakit tu sebab tension kan lepas Umi bagitau nak kahwin lain.Sebab tu Han cari alasan pi berehat situ. Cuba cakap, ke Umi ni yang salah faham ?”
Erhan geleng perlahan. Payan nak cakap dengan Umi yang selalu nak menang. Agaknya macam nilah yang Tok Nawi rasa selalu bila Tok Cah asyik nak menang jugak.
“ memang Han rasa stress. Terus terang cakap,Han tak suka pakcik Yusuf. Dia takkan boleh ganti tempat arwah ayah.”
“ Siapa cakap yang dia nak ganti tempat ayah?” Umi cepat-cepat mencelah.
“ Dengar dulu umi…itu yang Han rasa dulu… kalau Umi rasa pakcik Yusuf boleh bahagiakan Umi, Han izinkan tapi dengan syarat” terang Erhan satu persatu. Umi membetulkan duduk. Daripada riak wajah Erhan,dia sudah mengagak apa yang ingin Erhan sampaikan.Syarat apa pula yang Erhan mahukan sebagai galang ganti bahagianya kelak.
Share this novel