Pagi itu,Hilani dan beberapa staf perempuan lain bersama-sama Kak Zurin menerpa masuk ke dalam bilik bos. Masing-masing membelek setiap hujung pepenjuru bilik kalau masih ada debu dan habuk. Semua membuka mata seluas-luasnya memerhati kalau-kalau ada lagi debu yang masih degil bertenggek dalam bilik bos.
“ Huh, takkan tak elok lagi.Tiga kali dah kak kemas tau.” Kata Kak Zurin. Hilani masih tak puas hati lalu mencalit jari atas meja bos.Ahh, memang sudah bersih pun. Dia cuma ikut pesanan Encik Fuad. Bunga yang ada di atas meja terus dialihkan ke tempat lain.
“ Dah kenapa dengan bunga tu? Kan dah cantik letak kat situ.” Tekan Ruhaya. Bilik Bos pun perlu ada bunga juga barulah berseri!
“Dia tak suka kak.” Hilani lantas berterus terang. Itu juga antara pesanan Encik Fuad semalam.
“ Mengadanya! “
“memang mengada sangat kak Zurin. Dia hanya suka bunga hidup. Ermm kita yang perempuan pun taklah demand sangat . Dia ni mesti cerewet!” Hilani membuat andaian.
“ Weh, sini ini tak nak check sekali ke?” Tanya Ruhaya selamba .jarinya menunjuk tepat di atas meja Bos. Alamak macam mana dia boleh terlepas pandang. Hilani cepat-cepat mengambil semula tanda nama Encik Fuad yang masih tertera atas maja.
“ Hesy,macam mana boleh tak perasan .Masuk ni dah tiga kali saya Check..Mujur kak nampak. Kang ada Bos yang marajuk lari malam” Gurau Hilani tersenyum nakal.
“ Aku rasa bos baru cerewet gila !” Hartimi sedikit mengeluh.. kalau dapat bos yang cerewet alamat memang tak seronoklah bekerja.
“ Dah Encik Fuad pesan macam tu kat saya…Nanti kalau berhabuk dan tak kena dengan selera dia…kita juga yang kena.” Jawab Hilani.Kak Zurin mencebik. Sebelum ini pun,dia buat kerja tip toplah. Hari-hari dia kemas bilik bos.Sajalah mengada lebih Hilani.Kuat bodek betul.
“ Carpet ni akak dah vacuum ke?” mata Hilani giat memandang ke seluruh bilik. Semua benda mesti check berkali-kali.
“ Dah.” Jawab Kak Zurin sepatah. Malas nak melayan perangai Hilani.
“ Ermm satu lagi… bos tak suka minuman bersusu. Tak kisahlah teh susu ke..kopi susu ke….…”
“ Pulak dah!” Ruhaya mencelah. Payah bela juga bos baru sorang ni. Perangai tak mau itu tak mau ini mengalahkan budak kecik! Belum pun datang dah mengundang rasa menyampah .Grrrrrggg!
“ Ingat tau… jangan kata saya tak pesan pulak.” Ujar Hilani.Staf lain hanya mengangguk. Ruhaya tayang riak menyampah. Seriously,memang wujud ke manusia macam tu atas muka bumi nih. Cerewet nak mampus !
“ Apa lagi ek? “ Hilani belum berpuas hati. Sementara staf lain sudah beransur keluar,dia masih terpacak berdiri di dalam bilik bos. First Impression tersangatlah pemting sebab ianya akan menjadi titik tolak permulaan yang baik hubungan antara majikan dan kuli!
Jam di tangan dibelek sekilas. Lagi dua jam Bos baru akan datang menjengok. Hesy bohong kalau kata masing-masing tidak berdebar menunggu orang baru. Semua teruja bagai menunggu rembulan munculkan diri. Hilani beredar keluar dari bilik bos dan kembali ke tempat duduknya.
Hilani bertepuk tangan sendiri bila berpuas hati dengan kerjanya hari ini. Semua yang tersedia untuk bos baru dibuat ikut apa yang dipesan oleh Encik Fuad.Gerenti semuanya akan baik-baik saja.
“ Eh,apasal mata aku duk kerdip sejak dua menjak nih.” Hilani menggosok mata kanan. Lagi digosok pun mata tetap galak berkerdip. Hakimi angkat wajah memandang empunya suara berbunyi tadi.Masuk yang ini sudah berbelas kali Hilani asyik tanya benda yang sama.
“ Aya, kenapa eh dengan mata aku ni…asyik kerdip saja seminggu nih.” Hilani kalih memandang kepada Ruhaya.Manalah tau kot kawannya itu ada teori baru yang boleh dikongsi bersama.
“ Itu kan tanda nak tengok orang jauh.!” Jawab Ruhaya.
“ Hesy..mengarut…. Mana ada aku kenal orang jauh.Semua dekat-dekat sini saja.” Hilani menafikan. Dia tak percayalah benda itu semua.
“ Dia tanya kite…bila kite dah bagitau,tak nak percaya pulak…eiii geram eh aku!” Ruhaya membebel.Hilani cuma ketawa. Amboi Ruhaya sekarang pun dah pandai geram dengan orang.Dulu masa mula dia masuk kerja disitu ,Ruhayalah staf paling lemah lembut dan gaya cakap pun sopan sangat.
“ Nenek aku cakap,itu tanda sel-sel otak gagal berhubung.Sebab tu mata kau jadi macam tu.” Hakimi giat mahu mengusik . Hartimi dan Ruhaya hamburkan ketawa.
“ Nanti lunch,kita pergi sekali ek…Hari ni laki aku ada urusan lain.” Beritahu Ruhaya.Hilani tidak memberi reaksi. Bab makan tu nombor dua.Sekarang ni dia nak imagine muka bos baru .Adakah setampan Ben Amir atau sejantan Remy Ishak atau mungkin semanis abang khairy. Wakakaka Tak sabar sangat!
Share this novel