“ Bagitau Umi sekarang apa syaratnya?” Umi menyoal dengan penuh kelembutan.
“ Han nak tinggal dengan Tokwan.” Jawabnya penuh yakin.Terkedu sekejap Umi dengan syarat Erhan walaupun tadi dia sudah boleh mengagak . Perkara yang paling dia risau itulah yang Erhan pulak mahukan Anaknya tidak pernah berjauhan dengannya. Itulah satu-satunya anak dia.Dia tak sanggup berpisah dengan Erhan.Tidak sama sekali!
“ Tak boleh!”
“ awat tak boleh?”
“ Kalau Han tak suka dengan pakcik Yusuf,takpa…Umi tak jadi kahwin. Nanti Umi jumpa dia…bagitau elok-elok.” Balas Umi lalu menggenggam tangan anak terunanya itu. Tangannya ditarik kasar dari genggaman Umi. Kepala botak yang mula ditumbuhi rambut diramas kasar.Mata merahnya memandang Umi tanpa kedip.Dia cuba bertahan dari menggugurkan air mata jantannya. Tolonglah faham Umi. Jiwanya memberontak kuat sekarang dan dia cuba bertahan untuk tidak bertindak bodoh lagi.
“ Han kena tinggal dengan Tokwan. Kalau Han duduk sini lagi,otak rasa serabut. Hati Han rasa sakit. Umi tak paham apa yang Han tanggung. Han nak pegang buku pun tak boleh fokus..macam mana Han nak pulun SPM.” Luahnya penuh emosi.Kali ini,wajahnya tunduk memandang muka meja.
“ Han tak salah Umi.” Suara Erhan merintih sayu.
Umi menghela nafas. Jari jemarinya menggenggam erat tangan Erhan.Dia tahu anaknya tak bersalah.
“ Umi tahu…Umi tahu .suatu hari budak perempuan tu akan dapat balasan dia sebab aniaya anak Umi macam ni.” Pujuk Umi.
“ Tapi apa yang Han buat tu tetap salah… mana boleh sesuka hati tampar anak dara orang.”
“ kalau ikut hati Han,rasa nak tumbuk terus biar mati terus.” Jawabnya laju.
Pap! Tangan Umi mendarat di bahunya. Wajah Umi berubah serta merta. Erhan menyimpan ketawa. Alahai umi ni, lurus sangat!
“ Han buat lawak ler Umi. Jadi boleh tak Umi bagi Han tinggal dengan Tok wan?” pujuk Erhan lagi. Umi hanya diam seribu Bahasa.
Dia tidak mahu memberikan jawapan sekarang.vBanyak baik buruk dia kena pertimbangkan.Hatinya berat nak lepaskan anak yang seorang itu. Menunggu jawapan daripada mulut samalah bagai menunggu bulan jatuh ke riba!
Erhan terus bangun dan beredar dari dapur tetapi sesaat kemudian kakinya terhenti di tangga dapur.Dia pusing memandang Umi yang duduk membelakangkan tangga.
“ Umi…kalau dah jodoh,Umi tak boleh menolak. Kalau Pakcik Yusuf mampu jaga Umi, biarlah Han sambung belajar di kampung.Han pun ada cita-cita.” Lanjutnya lagi. Kali ini dia bertekad untuk pergi jauh.Kalau dia masih di takuk yang sama ditambah rasa geram yang membelenggu diri,tobat masa depan dia lebur begitu saja.
“ Jiwa Han akan mati kalau duduk sini.”
“ Kawan-kawan Han macam mana? Pasukan ragbi? Han tak kisah hilang semua tu?” Tanya Umi. Lama dia perhatikan wajah anak lelaki kesayangannya itu.
“ Mungkin tak sama,tapi Han bertekad nak mulakan yang baru di tempat lain. Han tak boleh tengok muka dia, muka Hadif ,muka semua orang! . Han meluat bila budak-budak lain kata Han jahat. Cikgu-cikgu pun sama saja lebih percayakan dia daripada cerita Han.” Tukasnya. Umi terus terdiam bila Erhan melangkah laju meninggalkannya termangu-mangu di meja makan
Share this novel